lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Terengganu Tekad Teruskan Kecemerlangan Sukan
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA NERUS, 31 Mac - Kerajaan Terengganu bertekad untuk meneruskan kecemerlangan sukan negeri itu dengan melaksanakan beberapa langkah awal terhadap setiap persatuan dan badan yang terbabit.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, keseriusan kerajaan dapat dilihat melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) apabila perbincangan dan program bersama telah diatur awal bagi menghasilkan keputusan yang lebih cemerlang.Jelasnya, usaha tersebut bagi memastikan keupayaan semua pihak  dalam menguruskan sukan dan atlet dapat dioptimumkan sebaik mungkin untuk terus mara ke hadapan bagi mencapai keputusan yang gemilang.“Inilah yang telah dibuktikan, apabila selesai sahaja Sukan Malaysia (SUKMA) tempoh hari, kita dapat lihat usaha gigih MSNT terus mengorak langkah bagi menghadapi SUKMA 2020, walaupun kita masih di tahun 2019,” ujarnya.“Tuan-tuan juga dapat menyaksikan, dalam suasana Institut Sukan Negara (ISN) ditutup, kerajaan negeri menyambut saranan yang dikemukakan oleh MSNT untuk mengekalkan kewujudan Institut Sukan Negeri di peringkat negeri Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Badan Sukan Negeri Terengganu di Dewan Banquet, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini. Persatuan dan badan sukan bertekad terus julang nama Terengganu.Turut hadir, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Dato' Seri Mohamad Norza Zakaria, Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu, Naib Presiden MOM, Prof. Datuk Dr Shamala Subramaniam, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dr Suhardi Alias serta Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan, Asmadi Mohamad.Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut memberi peringatan bahawa hasrat murni daripada pentadbiran tertinggi itu akan terhalang sekiranya tidak disambut oleh semua persatuan sukan.Jelasnya, semua pihak harus berganding bahu dengan semangat ‘we bleed black and white’ walaupun wujud perbezaan agama, bangsa mahupun fahaman politik.“Usaha MSNT ini tidak akan tercapai jika persatuan-persatuan sukan negeri Terengganu membawa hala tuju yang tidak jelas untuk memimpin dan mengurus persatuan.“Dalam masa yang sama, kita juga akan gagal kalau kita sibuk untuk bergaduh dan bersaing dengan tidak sihat. Kekuatan kita mestilah melihat atas nama hitam dan putih.“Lupakan semua perbezaan, fokus ke mana tujuan kita, kita ingin membawa hari ini, Terengganu yang cemerlang,” tambah beliau.
31 Mar 19
136
Empty Image
Mini Bike Tarikan Baru
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 29 Mac – Motosikal kecil atau juga dikenali `mini bike' dengan enjin berkapasiti 50cc yang ditunggang oleh golongan cilik kini mula menjadi tarikan baharu di sekitar Kuala Terengganu dan Marang termasuk di Kampung Kepong, dekat sini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sukan ekstrim itu kian menarik minat ramai terutama anak muda apabila teruja menyaksikan kelibat anak cilik dari umur 6 hingga 12 tahun beraksi di litar.“Saya dimaklumkan bahawa ada yang datang dari jauh iaitu dari Kemaman semata-mata untuk mengikuti aktiviti ini, tahniah dan syabas saya ucapkan.“Pada masa yang sama, saya amat menyokong program seperti ini  supaya terus diadakan kerana ianya dapat mencungkil bakat serta memberi pendedahan awal kepada anak cilik dalam dunia permotoran,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup serta penyampaian hadiah dalam Pertandingan Pelumbaan Tertutup Mini Bikes, di Kampung Kepong, baru-baru ini.Muhammad Hakim (kiri), Presiden Kelab, Ahmad Bustaman (tengah) dan Muhammad Izham.Pertandingan anjuran Pemuda PAS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kepong dengan kerjasama Kelab Permotoran Alur Limbat Bike Pocket Team (A.L Bike).Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat mengalu-alukan A.L Bike menggunakan dataran Kampung Kepong itu bagi mengadakan sesi latihan kepada pelumba-pelumba cilik dan bakat-bakat baharu. “Tidak mustahil, di sinilah titik permulaan untuk menghasilkan ramai penunggang hebat dan bakal menjadi pelumba terbaik dunia, " ujarnya lagi.A.L Bike ditubuhkan pada 2014 berpangkalan di Kampung Alur Limbat. Kelab itu sudah melahirkan dua orang pelumba ke peringkat Cup Prix iaitu, Muhammad Hakim Danish Ramli, 12 dari Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu dan Muhammad Izham Hanafi Amran, 15 dari Kampung Padang Mengkuang Bukit Payong, Marang.Sementara itu,  Presiden kelab Ahmad Bustaman Rais, 49, berharap kerajaan negeri dapat mengetengahkan sukan motosikal kecil ke peringkat lebih tinggi. "Saya juga berharap mendapat sokongan daripada ADUN Alur Limbat untuk ke peringkat lebih tinggi kerana kami satu-satunya kelab motosikal kecil di Marang, khususnya di DUN Alur Limbat ini,"katanya.
30 Mar 19
553
Empty Image
Kejohanan Golf Amal MB Terengganu Raih Dana RM100,000
Dr. Samsuri ucap terima kasih atas sumbangan penaja dalam kejohanan golf amal.PUTRAJAYA, 31 Mac - Penganjuran Terengganu Inc Classic: Golf Amal Menteri Besar Terengganu berjaya meraih dana sebanyak RM100,000 melalui penyertaan lebih 50 syarikat dalam acara tersebut.Kejohanan yang julung kali diadakan itu berjalan lancar dengan penyertaan 144 peserta terdiri daripada agensi kerajaan negeri, swasta dan individu perseorangan dari seluruh negara.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan terima kasih kepada penyumbang dan berbesar hati dengan penganjuran kejohanan berkenaan."Objektif kejohanan amal kali ini adalah untuk mengumpul dana bagi menterjemahkan tanggungjawab sosial kita yang akan diagihkan kepada badan-badan yang layak dan sesuai.Firdaus Ahmad menerima piala juara keseluruhan."Saya percaya walaupun dengan aktiviti sosial yang santai, tetapi sumbangan kita amat besar dan kita menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik dengan cara masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam sempena kejohanan itu di Palm Garden Golf Club, IOl Resort, di sini, semalam.Turut hadir menyertai kejohanan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dan mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak serta wakil-wakil penaja terlibat.Mantan MB, Ahmad Said turut sertai kejohanan.Dr. Samsuri yang merasmikan program itu awal petang semalam turut memaklumkan kemungkinan penganjuran kejohanan tersebut pada masa akan datang."Apa pun, ini adalah satu permulaan dan kita menerima respon yang baik atas penganjuran ini."Sekiranya ada permintaan lagi, mungkin kita boleh adakannya pada masa akan datang," katanya.Pada malam berkenaan, Mohd Firdaus Ahmad yang mewakili WRA Resources Sdn. Bhd dinobatkan sebagai juara keseluruhan Terengganu Inc Classic.Beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000, dua tiket penerbangan pergi balik ke Jakarta dan piala kejuaraan.Manakala, Roslan Ismail daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memenangi cabutan bertuah utama berupa sebuah motosikal SYM Sport 110R.Roslan bertuah bawa pulang motosikal.
30 Mar 19
47
Empty Image
MB Rasmi Golf Amal Terengganu Inc Classic
Para peserta bergambar bersama Menteri Besar dan penaja sebelum kejohanan berlangsung.PUTRAJAYA, 30 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hadir merasmikan Kejohanan Terengganu Inc Classic: Golf Amal Menteri Besar Terengganu yang berlangsung di Palm Garden Golf Club, IOl Resort, di sini, hari ini.Beliau menyempurnakan perasmian berkenaan dengan melakukan pukulan Tee Off disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Hadir sama dalam acara berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Zainal Abidin Mohamed serta Presiden Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.Naib Presiden Komunikasi Strategik Terengganu Inc, Suridah Supian memaklumkan, kejohanan tersebut julung kali diadakan bagi mengumpul dana amal untuk disalurkan kepada 10 badan kebajikan melalui pertubuhan Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa').Dr. Samsuri melakukan Tee Off sebagai gimik perasmian."Alhamdulillah, program ini sebenarnya sangat berjaya dari segi sambutan dan kami menerima penyertaan seramai 144 peserta terdiri daripada agensi kerajaan negeri, swasta dan individu perseorangan."Kejohanan ini turut mendapat tajaan lebih 50 penaja, antaranya PETRONAS, Concorde Group dan syarikat anak negeri seperti Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan Golden Pharos Berhad," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman.Katanya, selain mengumpul dana, acara berkenaan turut menjadi platform menjenamakan Terengganu Inc di kalangan pemain korporat besar negara. Kejohanan golf amal itu berlangsung selama sehari dan akan berakhir malam ini.Dato' A. Rahman Yahya turut tunjuk kehebatan bermain golf dalam kejohanan amal Terengganu Inc Classic.
30 Mar 19
526
Empty Image
Sukan Berkuda Untuk Semua
Ustaz Wan Sukairi (kanan sekali) merasmikan Mesyuarat Agong Kali Ke-10 Persatuan Ekuin Terengganu di Setiu hari ini. SETIU,  26 Mac - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan sukan berkuda dimanfaatkan kepada semua orang,  tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia  juga bermanfaat untuk terapi kesihatan kepada mereka yang bermasalah dari segi kesihatan. Katanya, justeru itu kerajaan negeri akan mengadakan pelbagai aktiviti sukan berkuda untuk rakyat negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-10 Persatuan Ekuin Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong di sini malam ini.Ustaz Wan SukairiUstaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf  Mempelam dilantik semula sebagai presiden persatuan tersebut buat kali kedua tanpa bertanding.Seterusnya beliau berkata, sukan berkuda perlu dijadikan satu sukan yang boleh dimanfaatkan untuk semua orang."Dengan erti yang lain, kita tidak menjadikan sukan berkuda ini sebagai sukan yang khusus untuk beberapa golongan sahaja tetapi diumumkan atau dimasyhurkan untuk segenap lapisan masyarakat."Ini kerana kita sedar tentang kelebihan dan manfaat yang boleh diambil daripada sukan berkuda ini," jelasnya.Katanya, sebab itu timbul slogan 'Kuda Untuk Semua' bertujuan untuk merakyatkan sukan berkuda di negeri Terengganu.Di samping itu katanya, sukan berkuda juga boleh menjadi terapi kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan."Ia bukan sahaja boleh dijadikan aktiviti riadah tetapi juga menjadi terapi  kepada mereka yang bermasalah kesihatan," jelasnya lagi.
26 Mar 19
170
Empty Image
Dr Khairuddin Rasmi Gelanggang Takraw RM20 Ribu
Oleh: Nizam at-Takiri  KUALA NERUS, 24 Mac - Sebuah gelanggang sepak takraw siap dibina di Kampung Bukit Datu, di sini Januari lalu hasil sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM20,000. Gelanggang itu telah digunakan untuk Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Datu dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato'  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kelmarin.  Dato'  Dr Mohd Khairuddin berkata, gelanggang yang baru disiapkan itu diharap dapat digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti sepak takraw dan sepak raga.  “Aktiviti-aktiviti kesukanan ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat, tetapi ia dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan gelanggang takraw itu sekali gus menyampaikan hadiah kejohanan tersebut. Kejohanan itu telah berlangsung pada 15 hingga 22 Mac lalu dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang melibatkan 13 pasukan termasuk penduduk Kampung Bukit Datu dan Perumahan Bukit Datu.  Turut hadir di majlis penyampaian hadiah itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukitt Tunggal, Harun  Salleh dan Pengerusi MPKK Bukit Datu, Mohd Refian Mamat.
24 Mar 19
339
Empty Image
Terengganu Sasar 5 Pingat Emas
KUALA NERUS,  23 Mac - Terengganu menetapkan sasaran lima pingat emas untuk dipungut di Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-19 di Kuantan,  Pahang pada 26 hingga 30 Mac ini. Seramai 37 pesilat muda menyertai kejohanan tersebut dengan latihan agresif lima malam berturut-turut  antara jam 9 hingga 11 malam mulai 21 hingga 25 Mac ini. Pengerusi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, Terengganu mempunyai target lebih dari tiga pingat emas dalam kejohanan tersebut."Pencapaian terbaik kita ialah tiga pingat emas dan kita ada potensi beberapa orang atlet yang ada kemampuan untuk menggondol pingat emas," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini hari ini.Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri berkata, semua ini adalah hasil usaha gigih yang sudah dibuat oleh pihak kepimpinan MSNT, persatuan, jurulatih serta semua pihak yang terlibat."Mereka berkampung di sini sejak 21 Mac lagi. Sehingga ke tarikh kejohanan, mereka berlatih siang dan malam," jelasnya.Menurut beliau, semangat mereka setakat ini sangat tinggi dan kerajaan negeri mengharapkan mereka dapat mengekalkan semangat dan berada dalam suasana kerja berkumpulan (team work)."Dan saya yakin kita boleh mencapai yang terbaik dalam kejohanan kali ini," katanya.Berhubung dengan pengurusan pasukan pula, beliau berkata, pihak pengurusan pasukan pesilat Terengganu adalah mereka yang sudah lama terlibat dalam dunia silat sebagai jurulatih dan kepimpinan sukan."Saya tidak nampak ada masalah dari segi pengurusan kerana mereka yang ada sekarang ini adalah mereka yang berkebolehan, banyak pengalaman dan mampu untuk menaikkan imej negeri Terengganu dalam bidang seni silat ini," ujarnya.
23 Mar 19
230
Empty Image
Bina Kekuatan Dan Ukhuwah Melalui Sukan
Aktiviti sukan membina kekuatan fizikal dan mental anak-anak.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 21 Mac - Bersukan merupakan satu aktiviti lapangan yang boleh membina jaringan ukhuwah Islamiyah selain membentuk kekuatan fizikal dan mental.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, masyarakat perlu menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan seharian kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan rohani, malah kekuatan jasmani."Hari ini, kita berdepan dengan cabaran yang kian meningkat dari semasa ke semasa, sudah pasti persiapan diri perlu dirancang lebih awal untuk menghadapi ujian hidup yang mendatang," katanya ketika merasmikan Program Sukan Tahunan Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Kemaman (SRIDTK) ke-25 di padang sekolah berkenaan, semalam.Saiful Azmi saran jadikan sukan amalan harian.Program tersebut turut dihadiri Guru Besar SRIDTK, Zahari Draman serta ibu bapa yang menyaksikan pelbagai aktiviti berlangsung untuk anak-anak mereka.Dalam ucapannya, Saiful Azmi juga menyeru semua pihak supaya melibatkan diri dalam membantu perkembangan anak-anak secara menyeluruh."Kalau kita (ibu bapa) hendak mempersiapkan anak-anak untuk menjadi seorang atlet, maka komitmen yang tinggi perlu diberikan sepanjang proses latihan dan pemerkasaan bakat mereka."Namun begitu, murid-murid juga perlu didedahkan dengan pembelajaran akademik dan akhlak supaya kejayaan dalam bidang sukan dikecapi bersama nilai-nilai Islam yang dipupuk sebagai benteng diri," katanya.
20 Mar 19
260
Empty Image
Terengganu Tubuh Institut Sukan Negeri
Kerajaan negeri berusaha kekalkan konsistensi pembangunan sukan negeri - Dr. Samsuri.KUALA NERUS, 20 Mac - Terengganu bersetuju untuk menubuhkan Institut Sukan Negeri (ISN) di bawah seliaan kerajaan negeri bagi mengekalkan konsistensi pembangunan sukan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, usaha tersebut perlu dilaksanakan kerana aspek sains sukan merupakan bahagian penting yang amat diperlukan oleh atlet dan persatuan sukan.“Pada asalnya, kita ada ISN di bawah seliaan Kerajaan Perseketuan melalui Institut Sukan Negara untuk setiap negeri, tetapi kini ia telah ditutup.“Ketiadaan ISN merencatkan pelbagai perancangan atlet dan pasukan lebih-lebih lagi bagi negeri Terengganu yang banyak pencapaian membanggakan dan agak terkehadapan dalam bidang ini,” katanya selepas Majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini kelmarin.Tambahnya, pertimbangan kerajaan negeri terhadap perkara itu akan diputuskan selepas perbincangan bersama Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dijangka selesai dalam tempoh satu atau dua bulan lagi. “Sekarang, kita masih dalam proses memperkemaskan kertas penubuhan termasuk perancangan pembelian peralatan keperluan selain membawa masuk pengalaman dan kepakaran yang ada ke dalam ISN kerana ia memakan kos yang besar.“Kita akan melaksanakannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada sukan-sukan utama seperti berbasikal dan olahraga,” katanya.Beliau turut memaklumkan sebahagian dana penubuhan institut berkenaan boleh disumbangkan pihak swasta bergantung kepada kewangan negeri dan rundingan bersama pihak penaja yang akan diperhalusi.Dalam majlis yang berlangsung meriah itu, Dr. Samsuri menyampaikan anugerah kepada pelumba trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang serta pesilat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati AST 2018.Majlis yang diadakan sebagai penghargaan kepada atlet Terengganu atas sumbangan dan pencapaian mereka itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah dan barisan kepimpinan serta pegawai kanan negeri.
19 Mar 19
103
Empty Image
Sukan IPTIP 2019 Wasilah Erat Silaturahim
Oleh : Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 17 Mac- Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi Islam PAS (IPTIP) berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara tiga institut pengajian tinggi (IPT) di bawah naungan parti itu.Tiga IPT berkenaan masing- masing, Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Manir, Terengganu, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) di Kuala Nerang, Kedah dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Kuala Lumpur.Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ismail Osman berkata, sukan bukanlah matlamat utama mereka berada di KUDQI, tetapi menjadi wasilah mengeratkan silaturahim sesama peserta.“Dalam masa yang sama, janganlah kita lupa tanggungjawab sebenar kita seperti yang telah  diamanahkan oleh Rasullah SAW yang menyuruh kita agar menuntut ilmu dan berusaha untuk menyampaikannya kepada masyarakat sekeliling kita," katanya di Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan IPTIP 2019 Kali Ke-2 yang berlangsung di perkarangan KUDQI, baru-baru ini.Ismail juga mengingatkan penuntut dari ketiga-tiga IPT berkenaan dapat bergabung tenaga dalam usaha menyebarkan dakwah Islam sesama mereka sepertimana bekerjasama untuk memenangkan kumpulan masing-masing dalam acara sukan berkenaan.Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mac mempertandingkan lapan acara seperti bola sepak pasir, sepak takraw, bola tampar, memanah, bola jaring, badminton, pingpong dan catur.Johan keseluruhan milik tuan rumah KUDQI, manakala naib johan pula dirangkul KIDU dan ketiga KUIZM.
18 Mar 19
563