Artikel "Sukan" Terkini
Sukan Patuh Syariah Pertama September Ini
Wan Sukairi (tengah) melayani anak-anak Terengganu di Sabah dalam Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet 2019 di Kota Kinabalu Sabah, semalam.KOTA KINABALU, 18 Mac - Terengganu bakal melaksanakan sukan patuh syariah pertama di Malaysia dalam penganjuran Sukan Terengganu mulai 4 hingga 9 September ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan sukan patuh syariah Terengganu 2019 yang pertama di Malaysia. "Ini adalah penambahbaikan yang kita lakukan untuk merealisasikan polisi patuh syariah setiap program kerajaan. "Saya sendiri telah mengada perbincangan dengan penggiat-penggiat sukan Terengganu termasuk dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha untuk menyediakan model sukan berkenaan, dengan persetujuan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri," jelasnya. Ustaz Wan Sukairi mengakui bahawa beliau telah menemui Menteri Besar untuk tujuan tersebut dan mendapat persetujuan bagi melaksanakan sukan patuh syariah itu. Beliau berkata demikian dalam sesi dialog dengan anak-anak Terengganu di Sabah, di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Pengarah Yayasan Terengganu (YT) Haji Ishamudin Hashim, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said dan kira-kira 200 anak Terengganu di Sabah.Sebelum ini, Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam menjelaskan bahawa sukan berkenaan akan diadakan dua tahun sekali yang berselang-seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal diadakan di Johor tahun depan. Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang yang agak besar untuk pembangunan sukan di Negeri Terengganu tahun ini. "Kita mengharapkan, dengan peruntukan tersebut dan dengan kerjasama semua pihak, Terengganu terus berupaya mengungguli kejuaraan sukan di Malaysia serta di peringkat antarabangsa," ujarnya.Anak-anak Terengganu memperagakan baju t-shirt sebagai kempen rakan pelancong bagi memperomosikan Terengganu di Sabah.
17 Mar 19
140
DUN Batu Rakit Sedia Sumbang Bakat Sukan
Para peserta merakamkan kenangan sempena Kejohanan Badminton Tertutup Piala Penyelaras DUN Batu Rakit.Oleh: Helmi Abdul Salam KUALA NERUS, 17 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bersedia menyumbang kepada pembangunan bakat baharu dalam bidang sukan untuk mewakili negeri di pentas lebih tinggi.Pegawai Penyelarasnya, Mohd Shafizi Ismail berkata, amat penting bagi masyarakat setempat untuk menyokong dan menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan di peringkat DUN demi mencapai hasrat itu. "Kita akan berusaha menghantar wakil ke peringkat Kawasan dan Negeri bagi sebarang pertandingan sebagai menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai atlet cemerlang," katanya ketika berucap di Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pegawai Penyelaras DUN di Dewan Maras, semalam.Kejohanan berkenaan dianjurkan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN dengan kerjasama Department of Art, Culture and Sports (DACS), sebuah pertubuhan di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPKS) Setiu dan telah berjaya menarik penyertaan hampir 40 pasangan beregu. Sukan bina kekuatan minda dan keyakinan diri.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUN, Mohd Nazari Alias.Shafizi dalam ucapannya turut menyifatkan amalan bersukan dapat membina kekuatan dan keyakinan dalam diri setiap individu.“Melalui sukan, kita dapat membina kekuatan minda yang merupakan satu perkara penting dalam diri selain memberi keyakinan dalam menghadapi apa jua situasi, bukan sekadar berada di gelanggang," katanya.Beliau yang hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang turut berpuas hati dengan semua pihak terlibat kerana mengikut saranan kerajaan negeri supaya menutup aurat semasa bersukan.Dalam kejohanan tersebut, pasangan Sabri/Rahim dan Zamani/Hamdan berjaya menjadi juara bagi kategori Terbuka dan Veteran. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa piala pusingan,wang tunai dan medal.
17 Mar 19
68
60 Belia Seberang Takir `Khabak' Bukit Maras
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 16 Mac - Hampir 60 belia dan beliawanis Seberang Takir menyahut cabaran memupuk gaya hidup sihat sambil menikmati panorama indah apabila bersepakat memanjat Bukit Maras dalam program 'Jom Khabak Bukit Maras', pagi tadi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, program itu berjaya membuktikan orang muda bukan sekadar bijak dan leka bermain gajet semata-mata.Katanya, pada masa yang sama mereka juga boleh melakukan aktiviti yang berfaedah dan melupakan alat komunikasi itu apabila beriadah bersama rakan sebaya."Kita mahukan para pemuda dan pemudi sesekali tidak menghiraukan dunia gajet mereka dan menikmati keindahan alam semula jadi."Pada pada masa yang sama, mereka boleh menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti berfaedah ini," katanya ketika ditemui sejurus aktiviti itu.Turut bersama dalam aktiviti itu, Penolong Penyelia i-MiTS Seberang Takir, Jamaliah Abdullah dan kakitangan i-MiTS.Mohd Fazil yang juga Ketua Penyelaras Pemuda DUN Seberang Takir berkata, program bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu anjuran bersama Pejabat Penyelaras DUN, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Pemuda dan Ameerah DUN Seberang Takir.
16 Mar 19
194
RM60 Juta Kemudahan Sukan; Terima Kasih Kerajaan Pusat
KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Kerajaan negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menyalurkan dana sebanyak RM60 juta bagi tujuan membina kemudahan sukan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peruntukan tersebut adalah melibatkan pembinaan empat projek yang tertangguh termasuk pembangunan velodrom di Dungun.“Yang pertama saya ucap terima kasih dan yang kedua insya Allah peruntukan ini melibatkan banyak projek dalam senarai yang telah pun diberikan oleh menteri kepada saya,“Melibatkan empat projek semua sekali (iaitu pembinaan velodrom berbasikal Dungun, pembinaan Kompleks sukan Hulu Terengganu, Pembinaan Kompleks Sukan Mini Jabi dan pembinaan Pusat Rekreasi Air Pulau Duyong),” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Gotong- royong perdana Pasar Borong Gong Pauh pada hari ini.Menurutnya, satu projek tambahan iaitu Kompleks Sukan di daerah Marang telah diluluskan sewaktu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman datang ke negeri Terengganu pada bulan lalu.“Yang tu (projek tambahan) insya Allah kita akan susulkan untuk menjadi satu realiti. Dan saya berharap agar peruntukan sebanyak RM60 juta diagihkan secepat mungkin,” ujarnya.
12 Mar 19
39
Tchetche Kipre Bakal Kembali Menyengat
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 13 Mei- Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah memanggil tunggak utama pasukan Terengganu Football Club (TFC), Brice Hermann Tchetche Kipre. Ini berikutan pemain impot itu masih gagal menemui sentuhan gol sepanjang enam perlawanan dalam aksi Liga Super sehingga menjadi buah mulut penyokong bola sepak Terengganu.Timbalan PBSNT, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim ketika dihubungi berkata, Tchetche Kipre sebagai peledak gol utama pasukan TFC akan kembali menemui sentuhan berbisanya tidak lama lagi."Kegagalan beliau untuk meledakkan jaringan, memang menimbulkan keresahan peminat setia skuad Peteh. "Malah amat diakui kami juga resah. Kita amat berharap penjaring terbanyak musim lepas ini perlu bekerja lebih keras lagi dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memburu jaringan," jelasnya.Ustaz Hishamuddin juga berharap agar peminat memberi sokongan padu buat Tchetche Kipre supaya auranya kembali menyerlah dan akan bangkit dengan lebih menyengat di perlawanan akan datang. Hishamuddin mewakili pengurusan persatuan telah membuat inisiatif memanggil penyerang utama TFC ini sebelum berlangsungnya perlawanan menentang Melaka United baru-baru ini bagi mendengar sendiri penjelasan Tchetche. Malah sebelumnya, Ketua Jurulatih TFC, Haji Irfan Bakti turut melakukan perkara yang sama bagi memastikan prestasi beliau semakin baik untuk dipersembahkan di masa akan datang.Menurut Hishamuddin, Tchetche sebagai penjaring kedua terbanyak Liga Super 2018 dan penjaring terbanyak Piala Malaysia 2018, menjadi sasaran semua pertahanan lawan untuk mengekang kemaraan beliau. "Dalam misi berpasukan, situasi ini amat perlu dimanfaatkan oleh pemain lain untuk merebut peluang menjaringkan gol ke gawang lawan. "Perkara ini sempat dibuktikan oleh tiga pemain TFC ketika menentang Melaka United tempohari," ujarnya.Katanya, tugas selaku penggempur utama pasukan TFC tetap digalas pemain berasal dari Ivory Coast itu. "Prestasi semasa Tcheche akan diberi perhatian oleh pihak pengurusan dan beberapa tindakan akan disusun sepenuhnya di bawah peranan pihak kejurulatihan. "Kami serahkan kepercayaan penuh kepada Tuan Haji Irfan Bakti untuk menangani isu ini," ujarnya lagi.
12 Mar 19
89
29 Pasukan Berentap Dalam Liga Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Telemong 2019
Oleh: Shahril Aswad HULU TERENGGANU, 12 Mac - Sebanyak 29 pasukan akan berentap bagi merebut Piala Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah Piala Penyelaras DUN Telemong bermula 14 Mac ini.Pengawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, kejohanan itu menjadi acara wajib setiap tahun yang bermula sejak beberapa tahun lalu lagi sebagai medan menghimpunkan golongan belia dalam aktiviti kesukanan."Namun pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk mengubah format terdahulu daripada 9 sebelah kepada 11 sebelah.“Antara objektif utama kejohanan ini supaya golongan muda di sini merasa diri mereka didekati, tidak dipinggirkan dan dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti berfaedah dan sihat,” katanya Beliau berkata demikian kepada pemberita seusai mesyuarat penyelarasan kejohanan tersebut, di Kompleks Annur Kampung Pauh, semalam.Mohd Safari berkata, kejohanan itu juga menjadi landasan kepada anak muda untuk mengembangkan bakat mereka dalam sukan bola sepak.
12 Mar 19
591
Sukan, Gaya Hidup Baharu Belia Langkap
Azmi Maarof bersama pasukan terbaik kejohanan.Oleh : Ariss AliasSETIU, 10 Mac - Aktiviti sukan untuk anak muda di sekitar kawasan Langkap akan diberi keutamaan agar potensi dan kebolehan mereka dapat digunakan sebaik mungkin. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, aktiviti itu sememangnya menjadi agenda penting yang akan diusahakan oleh pihaknya.Jelasnya, sukan merupakan aktiviti utama yang dapat menarik minat anak muda, secara tidak langsung ia juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi."Kita akan mengutamakan sukan buat anak muda di DUN Langkap. Alhamdulillah kejohanan futsal telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini."Insya-Allah selepas ini kita merancang mengadakan kejohanan sukan sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan ping-pong peringkat DUN," ujarnya.Penyampaian hadiah untuk pemenang.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kejohanan Futsal Tertutup DUN Langkap bagi tahun 2019, di sini, semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap, Hassan Karim, serta ahli jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Langkap.Tambah beliau, kerajaan negeri turut menggalakkan golongan muda untuk bergiat aktif dalam bidang sukan."Saya ingin menekankan hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang mahu setiap peserta mematuhi syarat menutup aurat."Kerajaan negeri tidak menghalang bahkan sentiasa mengutamakan sukan namun haruslah mematuhi syariat," katanya.Kejohanan itu menyaksikan Bukit Putera B dinobatkan sebagai juara setelah mereka menewaskan pasukan Kasar FC melalui tendangan penalti apabila keputusan terikat hingga tamat masa sebenar.Pasukan itu membawa pulang piala pusingan, pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.Manakala Kasar FC selaku naib johan pula membawa pulang pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM300.Anugerah penjaring terbanyak menjadi milik Mohd Zakaria Abu Bakar dari Kasar FC dan M. Aiman Che Zakaria daripada Bukit Putera B menerima anugerah penjaga gol dan pemain terbaik kejohanan. Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Khidmat DUN Langkap dengan kerjasama i-MiTS DUN Langkap dan Pertubuhan Sahabat Komuniti Sejahtera DUN Langkap (PEMULA Sejahtera).
10 Mar 19
377
Terengganu FC Menang Bergaya Ke Atas Melaka 3-0
Syamim ketika meraikan gol ketiga di minit ke-74 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Melaka pulang dengan berputih mata apabila Terengganu Football Club (TFC) menyumbat tiga gol tanpa balas sekali gus memungut tiga mata penuh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam ini. TFC menemui sentuhan gol pertama pada minit ke-23 melalui tandukan Nasrullah Haniff Johan selepas sepakan sudut dibuat oleh Lee Andrew Tuck.Sehubungan itu, hasrat untuk meraih kemenangan pertama di halaman sendiri musim ini akhirnya tercapai apabila skuad TFC mencatat kemenangan yang bergaya ke atas Melaka United, dengan jumlah gol tersebut lalu melonjakkan kedudukan mereka dalam kelompok enam teratas Liga Super.Dalam perlawanan ini, penjaga gol utama Suffian Rahman mengambil alih tugas selaku kapten pasukan daripada Kipre Tchetche untuk mengurangkan tekanan kepada penyerang import tersebut.Kipre Tchetche (tengah) sebagai pemain tunggak utama TFC, sentiasa dikawal rapi pemain pertahanan Melaka.Seperti biasa, pengendali Skuad Penyu, Irfan Bakti menggunakan formasi 4-1-4-1 dengan Kipre Tchetche menjadi ‘target man’ sambil dibantu oleh Sanjar Shaakmedov dan Lee Tuck. Manakala dua bekas pemain Pahang, Ashari Samsuddin dan Malik Arif mengisi posisi sayap kiri dan kanan. TFC memulakan perlawanan dengan lebih kerap mengasak ke kubu Melaka dalam usaha mencari gol di awal babak pertama. Peluang pertama mereka hadir melalui sepakan percuma di sebelah sayap kanan setelah Malik dijatuhkan namun percubaan Adib Zainuddin melambung tinggi pada minit ke-14.Melaka United dilihat mengalami kesukaran untuk mengekang kemaraan jentera serangan TFC dan masih mencari rentak untuk mendapatkan gol pertama mereka. 10 minit kemudian, usaha TFC mengasak ke kubu lawan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan, Nasrullah Hanif memanfaatkan peluang dengan menanduk bola sepakan penjuru Lee Tuck. Tersentak dengan jaringan itu, Melaka United terus mengaturkan serangan dan kerap menguji penjaga gol TFC. Peluang terbaik hadir melalui percubaan Safiq Rahim di minit ke-39 namun Suffian berjaya mendakap bola dengan kemas tanpa sebarang masalah.Lee Tuck (tiga dari kiri) beraksi cemerlang menentang Melaka. TFC jelas sekali tidak mahu keputusan seri berakhir sekali lagi pada malam ini apabila Lee Tuck membuat hantaran kepada Sanjar Shaakhmedov lalu disudahkan dengan kawalan dan rembatan cantik yang meletakkan Sang Penyu dua gol di hadapan sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, Irfan Bakti membuat sedikit perubahan taktikal dan melakukan pertukaran pertama pemain dengan memasukkan Syamim Yahya menggantikan Malik Arif di posisi sayap kanan. Percaturan itu ternyata memberikan pulangan yang lumayan apabila Syamim kerap memberi masalah kepada benteng pertahanan Melaka dan berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-74 setelah menerima umpanan cantik daripada Ashari Samsuddin. Situasi itu menyebabkan Zainal Abidin tidak senang duduk lalu mengeluarkan penyerang import, Aselmo Arudda Da Silva dengan memasukkan Shukor Adan untuk mengawal benteng pertahanan. Namun ia ternyata sudah terlambat untuk mempamerkan kebangkitan dan terpaksa mengakui kehebatan jentera tengah TFC. Kemenangan TFC malam ini merupakan hasil kebijaksanaan jentera tengah ditambah pula dengan percaturan yang menjadi daripada Irfan Bakti. Segala-galanya tidak menjadi buat Melaka United malam ini apabila gagal mempamerkan corak permainan sebenar dan ketiadaan tonggak tengah, Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan ternyata memberi kesan yang besar kepada skuad itu.
09 Mar 19
195
SMAASZA Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan MASMAT 2019
HULU TERENGGANU, 9 Mac - Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) berjaya menggondol johan keseluruhan dan johan keseluruhan perempuan dalam Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama (MASMAT) pada kali ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, generasi muda pada hari ini digesa bersaing secara sihat di semua peringkat termasuk antarabangsa bagi melahirkan anak-anak muda yang cemerlang dalam pelbagai bidang."Ruang dan peluang sentiasa terbuka luas kepada mereka yang mahu mencubanya."Dunia tanpa sempadan pada hari ini dan jika kita tidak meneroka dunia, maka orang lain akan terlebih dahulu meneroka dunia."Oleh itu, kita perlu meningkatkan jati diri dan kemampuan untuk jadi yang terbaik sekali gus membentuk bakal pemimpin akan datang," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup MASMAT Kali Ke-49 di Dewan Tok Fakeh, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Azmi Mat Arsyad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh.Seramai 13 kontinjen terdiri daripada sekolah agama dan madrasah yang terdapat di Terengganu menyertai sukan yang berlangsung di SMA Mahmudiah.Tambah Satiful lagi, kerajaan negeri sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anak Terengganu bagi meraih kejayaan khususnya dalam bidang pendidikan.Sementara itu, Azmi berkata, MASMAT adalah medan mencari peserta yang layak ke Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESUMA) pada 14 hingga 22 Julai ini di UITM Shah Alam, Selangor.Beliau berharap, pasukan Terengganu dapat mengekalkan kejohanan dan membawa pulang piala apabila mengondol johan keseluruhan KESUMA pada tahun lepas.
09 Mar 19
1042
Terengganu Kaji Prestasi Bola Sepak
Ustaz Hishamuddin melawat Stadium Ajax Amsterdam baru-baru ini. KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang mengkaji dari segenap sudut bagi menambah baik pembangunan sukan bola sepak supaya lebih berprestij di masa akan datang.Timbalan Pengerusinya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, mengurus pasukan bola sepak bukan suatu perkara mudah."Banyak pihak terbabit. Kewajipan atas pemain, pihak pengurusan, padang, pusat latihan, penyokong, tiket dan pelbagai perkara lagi yang berkaitan."Kesempatan di Amsterdam tempoh hari saya manfaatkan dengan melawat Stadium Johan Cruyff Arena yang merupakan stadium utama buat kelab AFC Ajax Amsterdam (sebutannya Ayex).Turut sama saya singgah di Stadium Feyenoord cuma tak sempat ronda kerana ditutup pada hari itu," tulisnya di status Facebook semalam.Terdahulu, jelas beliau, Ajax berjaya menundukkan Real Madrid 4-1 di laman lawan sekali gus berjaya menyingkirkan Real Madrid dari pentas Liga Juara-juara."Stadium berkapasiti 55,000 orang ini sangat berprestij. Penjagaan keseluruhan infrastruktur bangunan amat baik dan sangat cemerlang. Lihat sahaja proses penjagaan rumput padangnya. "Sistem pencahayaan untuk kesegaran rumput dipasang. Lengkap berbumbung."Bak kata orang, semuanya bagus dan berkualiti," katanya ketika mengimbau kembali lawatan kerjanya ke Amsterdam, Netherlands baru-baru ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berusaha untuk membangunkan semula kemudahan stadium bola sepak Terengganu."Merenung balik ke tempat sendiri, kita akan keliru. Tidak tahu hendak mula dari arah mana."Bercakap soal Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, ia wujud sebelum Jabatan Kerja Raya (JKR) masuk Terengganu lagi. Begitulah gambaran usianya," jelas beliau.Menurutnya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak pula, jika dibaiki padangnya, keseluruhan SSMZA perlukan sentuhan baik pulih.Kosnya hampir sama dengan kos membina sebuah stadium baharu berkapasiti 20 hingga 30 ribu penonton."Kalau anda, di mana anda mahu bermula?" soalnya.Menyentuh soal penajaan, beliau berkata, bukan mudah untuk menerima tajaan di negeri Terengganu. Ia memerlukan syarikat yang mampu menaikkan 'volume' jualan produk mereka."Di sana (Amsterdam), mereka ditaja sepenuhnya Heineken (syarikat arak) di samping syarikat lain."Hasil jualan Heineken mengatasi hasil jualan tiket (full house). Ia bukan budaya kita. Kita perlu lebih kreatif lagi untuk menjana hasil dengan cara yang menepati syariah. Itu juga cabaran kita semua," jelas beliau.Berhubung dengan peminat pula, Hishamuddin berkata, di Malaysia, mereka agak bagus kerana peminat makin matang."Kita tidak lagi bergaduh dengan peminat pasukan lain. Paling tidak bergaduh di media sosial sahaja."Ajax dan Feyenoord, peminat mereka bertelagah teruk. Tidak boleh berada sekali dalam stadium. Pun begitu, penyokong masing-masing cukup menggilai bola dan menyokong pembangunan industri bola," jelas beliau."Lihat sahaja keupayaan kedai 'merchandise' mereka. Kita akan rasa ‘wow’ apabila menjengah masuk. Wow juga melihat harga jersi rasmi mereka."Harga jersi home €89.95. Orang sana kata jangan 'convert'. Tapi saya convert jugak, akhirnya dapatlah harganya dalam RM iaitu sebanyak RM400.00 untuk sehelai jersi. Yang order tempoh hari, pohon maaf luar kemampuan untuk membelinya," jelas beliau secara bergurau.
08 Mar 19
381