lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
T - Team Mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia
T- Team akan terus mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia pada1 Oktober 2016 menentang Selangor.Ini berikutan T-Team menewaskan FELDA United dalam perlawanan suku akhir kedua malam tadi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Maran Pahang.PEMAIN T-Team, Dilshod Sharofetdinov (tengah) yang membuat jaringannya pada perlawanan yang cukup menarik itu.Kemaraan T-Team ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan FELDA United, 1-0, menjadikan agregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Kuala Terengganu sebelum ini dalam suku akhir pertama.Para peminat dan penyokong bolasepak Terengganu ketika ditemui.melahirkan rasa bangga di atas kejayaan itu.Mereka mengucapkan syabas kepada pengurusan T-Team, para pemain serta rakan-rakan penyokong yang penuh sabar menanti saat kemenangan malam tadi."Semoga permainan yang baik dan bermutu sepertimana malam tadi dapat dikekalkan apabila menentang Selangor nanti,' kata mereka.
18 Sep 16
68
Empty Image
MB Kongsi Kegembiraan Kejayaan T-Team Ke Separuh Akhir
Pasukan T-Team bersama pengurusan meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menjinakkan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua, di Stadium Tun Abdul razak Jengka, Pahang, malam tadi. Photo Credit : T-Team FC.“Alhamdulillah, Alhamdulillah! Tahniah dan syabas kepada T-Team di atas kemenangan 1-0 menentang Felda malam ini (malam tadi) di Jengka,Pahang dan seterusnya melayakkan diri ke separuh akhir nanti.“Saya yakin dengan kemampuan semua pemain T-Team untuk membawa pasukan tersebut ke  `next level’. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan T-Team di peringkat seterusnya,” Demikian respon Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman sejurus T-Team mengesahkan laluan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua,  di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, malam tadi.Beliau bersama isteri, Hajah Halina Zakaria yang masih berada di Mekah mengulas kejayaan itu menerusi Page Facebook sebagai tanda meraikan kejayaan dan kegembiraan itu bersama rakyat Terengganu yang lain khususnya penyokong bolasepak negeri.“Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan T-Team, pengurusan serta penyokong.Majulah bolasepak untuk negeri Terengganu! ,”katanya.Beliau sebelum perlawanan itu turut mendoakan kejayaan T-Team dan menaruh keyakinan yang tinggi pasukan kedua negeri mampu menampilkan kesungguhan dan disiplin yang tinggi untuk membawa kemenangan kepada Terengganu.“Saya yakin T-Team mampu menguasai perlawanan menentang Felda malam ini di Jengka,Pahang. Kesungguhan yang ada pada pasukan T-Team sepatutnya menjadi contoh kepada pasukan yang lain. “Saya mendoakan kejayaan anda. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua penyokong T-Team yang turut berkonvoi ke Jengka hari ini. Anda membuktikan bahawa sukan telah berjaya menyatupadukan kita,”katanya lagi. Dalam perlawanan timbal balik di gelanggang lawan itu,  T-Team menang 1-0 selepas terikat 1-1 pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 28 Ogos lalu.Pemain import kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov muncul wira skuad The Titans apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 sekali gus memadamkan kelebihan tuan rumah yang turun beraksi dengan  mempunyai bekalan gol di tempat lawan.Ledakan gol itu meranapkan impian Felda United untuk mara lebih jauh dalam saingan merebut piala berprestij berkenaan berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohd. Nor Hakim Hasan sebelum Sharofetdinov yang tidak dikawal menanduk bola ke dalam gawang The Fighters.T-Team dijadualkan menentang Selangor pada peringkat separuh akhir nanti.
17 Sep 16
167
Empty Image
T-Team Kutip 3 Mata Menentang Felda United
 The Titans mempamerkan aksi garang di laman sendiri apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Super menentang Felda United di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Pengendali pasukan tersebut, Rachmad Darmawan berharap kemenangan yang diperolehi malam tadi dijadikan sebagai motivasi kepada para pemain bagi perlawanan akan datang serta tidak leka."Saya berpuas hati dengan persembahan dan kerja keras yang ditunjukkan para pemain. Kita juga banyak peluang untuk menghasikan gol pada malam ini (semalam)."Bukan sahaja kemengan yang kita perolehi namun kita juga berjaya menghasilkan gol yang banyak. Jadi kita harap pemain dapat terus mengekalkan kecemerlangan ini bagi menghadapi Felda dalam saingan Piala Malaysia 17 September ini," katanya.Serangan bertalu-talu dari pasukan tuan rumah sejak awal permaianan membuahkan hasil apabila berjaya membuka jaringan pada minit ke-28 hasil rembatan pemain kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov dari luar kotak penalti.Lima minit selepas bermulanya babak kedua, Felda United yang ketinggalan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohd Hadin Azman.Pada minit ke-67, hantaran Patrick Dos Santos tidak disiakan oleh Makan Konate untuk menambahkan jaringan menjadikan T-Team kembali berada di hadapan.Empat minit berselang, Felda United sekali lagi menyamakan kedudukan hasil jaringan dari Abdul Shukor Jusoh menjadikan kedudukan 2-2.Namun demikian, pada minit ke-74, T-Team kembali di hadapan hasil daripada tendangan penalti oleh Dilshod Sharofetdino. Penalti tersebut dihadiahkan oleh pengadil apabila penjaga gawang pasukan pelawat, Mohd Farizal Harun melakukan kekasaran kepada Makan Konate.Dengan kemenangan malam tadi, T-Team kini mengutip 26 mata menjadikan pasukan tersebut berada di tangga ke lima.Terengganu pula berada di tangga ke-11 dengan hanya mengutip 19 mata berkongsi dengan Pulau Pinang.
11 Sep 16
59
Empty Image
RM1.5 Juta Insentif Buat Atlet Sukma Sarawak
Kerajaan negeri terus mengiktiraf kecemerlangan atlet Terengganu apabila memperuntukkan lebih RM1.5 juta sebagai insentif kemenangan di Sukan Malaysia(Sukma) pada edisi ke-18 Sarawak baru-baru ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun tidak berjaya menjadi juara keseluruhan dalam temasya tersebut dan sekadar menduduki tempat ketiga, kem Terengganu masih mampu mengatasi Wilayah Persekutuan yang menjadi juara Sukan itu pada 2014.Tambahnya, selain dari insentif yang telah diberikan pada majlis itu, Terengganu turut memperuntukkan insentif segera kepada pemenang pingat pada temasya tersebut.“Insentif segera kepada pemenang pingat emas baru-baru ini adalah yang tertinggi pernah diberikan kepada atlet. Selain RM300 yang diberikan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), pihak pengurusan pasukan telah menambah RM700 menjadikannya RM1,000 untuk setiap pemenang pingat emas.“Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan insentif kemenangan seperti Sukma lepas walaupun tidak bergelar juara iaitu RM5,000 kepada pemenang pingat emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa).“Di samping atlet-atlet terbabit, jurulatih, pengurus pasukan serta persatuan sukan yang diwakili oleh atlet tersebut juga turut menerima insentif yang sama,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukma ke-18 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Dalam pada itu, Ahmad Razif dalam ucapannya turut menyarankan MSNT dan serta Rozi mempercepatkan proses penyediaan atlet Sukma 2018 yang akan berlangsung di Perak.“Saya minta kepada pihak MSNT dan Dato’ Rozi Mamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia melakukan pelancaran atlet Sukma 2018 dan serahkan pada jabatan angkat sebagai persediaan lebih awal.“Walaupun keadaan ekonomi tidak begitu memberangsangkan, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam bidang sukan dan pendidikan,” katanya.Pada temasya Sukma edisi ke-18 baru-baru ini, Terengganu berada di tangga ketiga dengan memungut 47 emas, 42 perak dan 44 gangsa manakala Selangor di kedudukan pertama dan tuan rumah, Sarawak tempat kedua.Sukan berbasikal menjadi penyumbang emas tertinggi kepada kontinjen Terengganu dengan kutipan 14 emas, 4 perak dan 4 gangsa sekaligus menyamai rekod kutipan emas kanu pada Sukma 2014 lalu.
06 Sep 16
436
Empty Image
Rombakan Besar-besaran Pasukan Bola Sepak Terengganu Demi Pulih Imej
Kerajaan negeri akan membuat rombakan besar-besaran terhadap pengurusan bola sepak negeri tahun hadapan dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda pasukan Terengganu FA sejak akhir-akhir ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata rombakan itu bertujuan memperkukuh pasukan bola sepak negeri ekoran prestasi hambarnya dalam beberapa siri liga sebelum ini.Rozi mengulangi kekecewaan­nya berikutan kemerosotan prestasi pasukan Terengganu yang diletakkan pada paras bahaya untuk memastikan mereka masih berada dalam liga super."Sekarang kita berada pada kedudukan bahaya, semua kemungkinan boleh berlaku, apapun kami berharap buat masa ini mereka bertahan untuk mengutip mata dalam liga seterusnya...kekal dalam Liga Super tahun depan dan bukannya turun ke Liga Perdana."Kalau mereka tidak dapat bertahan, jadi pada tahun hadapan kita terpaksa membuat penilaian menyeluruh ke atas skuad Terengganu FA ini bagi memastikan prestasi pasukan tersebut dapat dipulihkan daripada para bahaya untuk terus kekal dalam saingan Liga Super serta mengukuhkan bola sepak Terengganu, "katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tree For a Tree di Dataran Waterfront Kuala Berang, semalam.Rozi berkata, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai rombakan terhadap pengurusan dan pasukan Terengganu ekoran kemerosotan prestasi skuad itu."Namun kita masih melihat secara menyeluruh selain menghantar laporan dan melakukan siasatan apa punca sebenarnya berlaku kepada pasukan Terengganu kerana situasi ini tidak pernah berlaku sebelum ini,"katanya lagi.
06 Sep 16
84
Empty Image
T-Team Kecewa, Namun Hormati Keputusan
Pengadil perlawanan bola sepak Piala Malaysia diharapkan lebih bersikap profesional dalam mengadili perlawanan-perlawanan akan datang.Ketua jurulatih T-Team, Rachmat Darmawan berkata walaupun pasukannya menunjukkan permainan yang agak baik semalam dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia, tapi hanya satu gol sahaja yang disahkan oleh pengadil."Semestinya tiada alasan untuk pengadil membatalkan gol kedua T-Team. Tapi itulah, dia sudah membuat keputusan."Untuk ke separuh akhir, peluang masih terbuka. Cuma saya nak minta agar pengadil lebih adil dalam mengadili perlawanan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Felda FC, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.Tambahnya, walaupun kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan malam tadi, ianya telah diputuskan dan haruslah dihormati.Dengan keputusan 1-1, pasukan berstatus kelab tersebut haruslah bekerja lebih kuat untuk layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia.Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan malam tadi menyaksikan tuan rumah bermula dengan cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit kedua melalui Mohd Safawi Rasid selepas bijak memanfaatkan hantaran Mohd Nor Hakim Hassan.Walaupun banyak peluang diperolehi oleh kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama, The Titans terus mempertahankan kubu pertahanan sehingga wisel ditiup.Bermulanya separuh masa kedua, Felda yang kelihatan lebih bersemangat akhirnya menemui hasil daripada penjaring terbanyak mereka, Francis Forkey Doe pada minit ke-51.Pada minit ke-70, kekalutan yang berlaku di hadapan gawang pelawat berjaya dimanfaatkan oleh Dilshod Sharofetdinov.Walau bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan pengadil perlawanan Khairulazuan Kidam setelah pemain T-Team didakwa mengasari penjaga gawang pelawat terlebih dahulu.Suku akhir kedua Piala Malaysia antara Felda dan T-Team akan berlangsung pada 17 September di Stadium Tun Abdul Razak , Jengka.
06 Sep 16
142