Artikel "Sukan" Terkini
'Kuasa' Kipre Kembali Pulihkan Terengganu FC
Gol Kipre bangkitkan motivasi pasukan.KUALA TERENGGANU, 19 April - Penyerang Terengganu Football Club (TFC), Tchetche Kipre mula mendapat sentuhan gol 'emasnya' bagi aksi Liga Super musim ini.Beliau menjaringkan dua gol pada minit ke 49' dan minit 89' untuk membantu TFC mengatasi Felda United 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, semalam.Melayan kunjungan The Fighters di laman sendiri, Sang Penyu bermula garang dengan beberapa percubaan ke gawang lawan.Add captionPelawat yang turun tanpa kapten pasukan, Hadin Azman lebih banyak bertahan namun seringkali melakukan serangan balas pantas ke kubu tuan rumah.Gawang TFC hampir bolos pada minit 38' apabila S. Chanturu mendapat peluang di hadapan gol, tetapi rembatannya berjaya ditepis Mohd Suffian sebelum Igor Zonjic kemas menghadang rembatan susulan Kei Ikeda.Kedua-dua pasukan saling bertukar penguasan bola, namun buntu jaringan sepanjang babak pertama.Babak kedua bermula panas dengan beberapa keputusan kontroversi pengadil.Aksi Lee Andrew Tuck turut bantu TFC dominasi lawan.Bagaimanapun, TFC lebih pantas menukar suasana perlawanan apabila Kipre tenang menggelecek beberapa pemain Felda United sebelum melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Norazlan Razali.Tuan rumah memperkemaskan penguasaan dengan Sanjar Shaakhmedov banyak mengatur serangan, tetapi pelawat tampak tidak mengalah.Pada minit ke 85' Kipre menggamatkan stadium apabila rembatannya terkena palang.Seminit kemudian, TFC pula cemas apabila Jasazrin Jamaludin merembat kencang ke palang gol tuan rumah.Kipre kemudian meletakkan TFC selesa di depan dengan mudah menggelecek Norazlan selepas memanfaatkan kesilapan Jasazrin yang menghantar bola ke belakang pada minit 89'.Felda terus mencari peluang merapatkan kedudukan dan berjaya mendapatkan gol saguhati melalui rembatan deras Kei Ikeda sejurus sebelum perlawanan tamat.Ini merupakan gol ketiga Kipre selepas membantu TFC menewaskan Kelantan United 3-1 dalam pusingan ketiga saingan Piala FA, Selasa lalu.TFC naik ke kedudukan ke tujuh liga dengan 12 mata dan bakal bertandang ke kubu PJ City minggu hadapan.
19 Apr 19
85
Jersi Ketiga Terengganu FC Dapat Sambutan Luar Biasa
Jersi ketiga TFC, tampil warna luar biasa.KUALA TERENGGANU, 19 April – Jualan jersi ketiga Terengganu Football Club (TFC) yang mula dijual awal petang hari ini mendapat sambutan luar biasa peminat.Kakitangan Terengganu FC Merchandise Store, Fazrul Azril berkata, rata-rata peminat menganggap gabungan warna kuning emas (golden yellow) dan ungu memberikan kelainan bagi peminat Terengganu.“Ramai yang membelinya kerana ia merupakan warna yang baru digunakan TFC berbanding kebiasaannya, hitam dan putih.“Setakat ini hampir 100 helai terjual setakat petang tadi dengan ramai memilih potongan (cutting) Ultra Fit,” katanya ketika ditemui di butik berkenaan, hari ini.Fazrul tunjuk potongan Ultra Fit (berkotak) dan potongan biasa.Bagi yang belum mendapatkannya, jersi ini terdapat dua potongan (cutting) reka bentuk iaitu Ultra Fit dan biasa dengan masing-masing berharga RM139.00 dan 99.00.Dalam pada itu, beberapa peminat TFC yang ditemui petang tadi sudah mula mengenakan jersi baharu masing-masing sempena perlawanan yang berlangsung hari ini.Tun Muhammad Hamidi Yusof dari Kuala Berang berpendapat, jersi ketiga ini sangat cantik, berkualiti dan berpatutan harganya.“Warna ungu logo amat menyerlah dalam warna kuning jersi ini,” katanya. Rakannya pula, Ahmad Alif Hilmi Ismail memaklumkan warna baharu ini betul-betul menarik minatnya.“Apabila tengok jersi kuning ini, saya terus ajak rakan-rakan untuk datang membelinya,” katanya yang hadir bersama-sama seorang lagi teman mereka, Ahmad Rosli.Alif, Rosli dan Hamidi pamer sokongan dengan membeli jersi original.
19 Apr 19
689
Cacat Tidak Halang Wahida Juarai Wheelchair Race
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 17 April - Kecacatan tubuh badan tidak menjadi penghalang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Nur Amirka Wahida Azhar, 13, menjuari acara wheelchair race Pertandingan Tepoh Sport Challenge (TSC), di Tok Jiring, di sini, baru-baru ini.Wahida antara lima peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyertai program anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim turut berkerusi roda bagi menyelami kesusahan golongan itu.Wahida berkata, dia teruja kerana dijemput untuk bersama-sama peserta lain menyertai program yang julung kali diadakan itu.“Walaupun diri saya tidak sempurna seperti insan lain, saya tetap bersemangat menyertainya dan alhamdulillah dengan kekuatan yang ada saya berjaya menjuarai kategori wheelchair race," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program itu.Tambahnya, apa yang dilalui itu menjadi pendorong untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti sukan lain.
16 Apr 19
329
Kerajaan Tumpu Pembangunan Sukan Luar Bandar
Oleh: Wan Luqman HakimKEMAMAN, 13 APRIL-Pembangunan sukan di kawasan luar bandar adalah penting dalam usaha kerajaan negeri melahirkan masyarakat sihat tanpa sebarang penyakit.Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata program sukan luar bandar ini bertujuan memupuk minat dan menarik penyertaan orang ramai di peringkat akar umbi ke arah membudayakan masyarakat bersukan agar dapat merialisasikan konsep Terengganu, Cergas, Sihat dan BersatuKatanya, antara tujuan utama program itu adalah untuk meluaskan akses kemudahan sukan kepada rakyat di kawasan pendalaman, menyerlahkan potensi belia pandalaman dan luar bandar dalam kepimpinan.“Saya mengharapkan program sebegini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Terengganu 2019, Kampung Seberang Tayor, Kemaman Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim dan Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman.Khairul Anuar Yasin,
15 Apr 19
54
`Kedah' Juara Bola sepak Tujuh Sebelah MPKK Bukit Depu
Oleh:Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 13 April- Pasukan Kedah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Tertutup MPKK Bukit Depu di Padang Bola Sepak Bukit Depu, semalam.Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250, piala pusingan dan medal dalam kejohanan yang julung kali diadakan ini.Kejohanan julung kali yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Depu mendapat sambutan baik di kalangan penduduk setempat dengan penyertaan lapan pasukanAntaranya Perak, Kedah, Pahang, Terengganu, JDT, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka yang bersaing sengit antara mereka yang diadakan secara tertutup pada peringkat kampung tersebut.Timbalan Pengerusi MPKK Bukit Depu, Mohd Izzat Abdullah berkata, kejohanan bola sepak bukan hanya perlawanan di atas padang malah menjadi faktor untuk mengeratkan hubungan yang baik antara ahli kampung.“Selain itu, kejohanan ini adalah untuk mengeratkan MPKK kepada anak muda dan masyarakat melalui aktiviti sukan bukannya hanya program kemasyarakatan sahaja," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini, semalam.Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk,Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.Dalam kejohanan ini, pasukan Pahang berjaya bergelar naib juara manakala tempat ketiga dan keempat disandang oleh pasukan Perak dan Kuala Lumpur.
14 Apr 19
962
Fuad Rampas Kembali Kejuaraan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu
SETIU, 14 April - Atlet kuda lasak negara, Mohammad Fuad Hashim, 29, berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu 2019 yang berlangsung mulai petang semalam di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, di sini.Penunggang dari pasukan State Terengganu Endurance Team (STET) itu menamatkan perlumbaan sejauh 120 kilometer dengan catatan masa 7 jam 24 minit dan 21 saat membawa pulang wang tunai RM10,000, piala pusingan, plak iringan, pingat dan jaket. Beliau yang pernah muncul sebagai juara pada edisi 2016 dan 2017 meraih kemenangan berganda apabila kudanya, Mora Makaka dinobatkan kuda terbaik dan sekali gus membolot hadiah wang tunai RM5,000, plak dan hadiah iringan buah-buahan.Tempat kedua dimenangi Mohd Yunus Abdullah dari pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) yang ketinggalan lebih sejam di belakang dengan hadiah wang tunai RM7,500, plak, medal dan jaket. Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, hari ini. Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut mengiringi, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta barisan Exco kerajaan negeri.Mohammad Fuad ketika ditemui pemberita bersyukur dapat mengulangi kejayaan untuk kali ketiga selepas tahun lalu gelaran juara berpihak kepada Azizatul Asma Abdullah walaupun hakikatnya, Mora Makaka mengalami masalah di samping cabaran dari segi cuaca yang perlu dilalui.“Cuaca panas kali ini agak mencabar berbanding kejohanan lalu dan saya terpaksa beberapa kali memperlahankan pergerakan kerana lebih mengutamakan keadaan Mora Makaka bagi mengelak sebarang kecederaan."Saya kini dalam proses persiapan untuk menyertai Sultan Mizan Cup pada bulan Oktober nanti dan sekarang ini sedang menjalani latihan berkala selang sehari," ujarnya.Sementara itu, bagi kategori berpasukan pula dimenangi Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) yang diwakili Che Mat Din, Mohd Yunus Abdullah, Jasryn Jaffly, Mohd Bulkhari Rozali dan Dr Ahmaf Naqib dengan catatan masa 25 jam 20 minit dan 32 saat, sekali gus membawa pulang wang tunai RM7,500, plak iringan dan medal. Naib juara kategori berpasukan disandang oleh STET dengan catatan masa 29 jam, 36 minit dan 35 saat dengan membawa pulang wang tunai RM5,000, plak iringan dan medal. STET diwakili Mohammad Fuad, Azizatul Asma, Mohd Suhairi, Saikh Ahmad Safwan dan Mohd Firdaus.
14 Apr 19
532
MB Lepas 102 Peserta Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (pegang bendera) melepaskan (flagoff) peserta Kejohanan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Lembah Bidong Setiu hari ini. SETIU, 13 April - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melepaskan (flagoff) seramai 102 peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong di sini hari ini.Ini termasuk 15 peserta kategori CEI Dua Bintang 120 kilometer (km), 16 peserta kategori CEI Satu Bintang 80 km, 24 peserta CEN 80 km dan 47 peserta CEN 40 km.Tiga kategori berkenaan adalah kategori utama kejohanan tersebut.Sementara acara sampingan ialah Kids Fun Ride 10 km, Mini Endurance 20 km, VIP atau Veteran Ride 20 km, Horseback dan Fast Shooting, Barrel Race, Musical Chairs, Show Jumping dan Lompatan Derby.Ini termasuk juga Futsal Padang 3 On 3 Kategori Terbuka bawah 15 tahun dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 dan 6 Tahun.
13 Apr 19
58
Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu Lahirkan Pelapis Sukan Berkuda
Atlet cilik yang bakal meneruskan kecemerlangan sukan berkuda Terengganu.SETIU, 13 April - Acara Sampingan Kids Fun Ride sempena kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan berkuda.Kids Fun Ride merupakan acara berkuda yang disertai oleh kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sambil diiringi seorang penunggang senior.Acara sampingan lain yang turut berlangsung serentak ialah pertandingan Endurance kategori pony (30KM) dan beginner riders (20KM) serta Barrel Race.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara sampingan pada Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, semalam.Ahmad Samsuri (tengah) hadir menyampaikan hadiah.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan negeri, Mohd Zahari Md Azahar dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar.Sementara itu, acara Endurance 20KM turut mencuri tumpuan apabila personaliti terkenal, Syed Mohd Nor Hisyam muncul sebagai 5 peserta terbaik dalam acara itu. Acara penuh Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu berlangsung hari ini dan dijangka majlis pelepasan 'FlagOff' pertandingan itu yang melibatkan kategori CEI 80KM, CEN 80KM dan CEN 40KM akan dihadiri oleh Ahmad Samsuri.Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam memenangi tempat kelima.
12 Apr 19
267
Terengganu FC Terus Gagal Kutip Mata
Foto ihsan - Media Terengganu FCKUALA TERENGGANU, 13 April - Terengganu Football Club (TFC) kecundang lagi, kali ini kepada pasukan Kedah dengan keputusan 3-0.TFC yang berkunjung ke Stadium Darul Aman di Alor Setar mengalami kekalahan keempat musim ini dan jatuh ke kedudukan kelapan dengan hanya sembilan mata selepas aksi kesembilan Liga Super 2019, semalam.Beraksi tanpa kelibat dua awang import, Lee Andrew Tuck yang cedera dan Theirry Chantha Bin yang digantung perlawanan, Sang Penyu berhempas pulas untuk mengimbangi permainan agresif tuan rumah seawal babak pertama.Kedah mula mengungguli perlawanan pada minit ke 24' selepas Farhan Roslan dijatuhkan oleh Nasrullah Hanif Johan dalam kotak penalti.Foto ihsan - Media Terengganu FCJonathan Bauman tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan skuad Lang Merah di depan.Sepuluh minit kemudian, Penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Razak menambah kelebihan jaringan apabila tenang menewaskan penjaga gol, Mohd Suffian Abdul Rahman dalam situasi satu lawan satu.Pada babak kedua, TFC meningkatkan corak permainan dan beberapa kali mengancam kubu Kedah namun tidak berjaya merapatkan jurang gol.Kipre Tchetche yang ketandusan gol musim ini terus kecewa apabila rembatannya pada peluang terbaik di minit 66 sekadar melencong ke sebelah kiri gawang Kedah.Sebaliknya, tuan rumah melengkapkan kekecewaan pasukan pelawat apabila Fernando Rodriguez merembat kencang menembusi gawang TFC pada minit ke 72' sekaligus mengesahkan tiga mata buat Kedah.TFC akan berdepan Kelantan United di Kota Bharu dalam saingan Piala FA, Selasa ini sebelum melayan kunjungan Felda United di Kuala Terengganu hujung minggu hadapan.Foto: Media Terengganu FC.
12 Apr 19
43
Kelantan Sambut Baik Kolaborasi Sukan Berbasikal Dengan Terengganu
Pasukan Berbasikal Kayuhan Muhibbah dari Bachok Kelantan, sampai ke destinasi mereka di Pantai Peranginan Batu Burok petang ini.KUALA TERENGGANU, 12 April - Kerajaan Kelantan sambut baik cadangan kolaborasi sukan berbasikal antara Terengganu dan negeri itu sekali gus kerajaan itu akan memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya ia direalisasikan di masa akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama (Bachok, Kelantan), Mohd Huzaimy Che Husin berkata, cadangan tersebut amat baik untuk mengeratkan hubungan antara warga sukan berbasikal Kelantan dan Terengganu di masa akan datang.Di samping itu katanya, kedua-dua belah pihak secara tidak langsung boleh memperkenalkan tempat-tempat menarik bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua negeri tersebut.Mohd Huzaimy (tengah) diwawancara berkait cadangan kolaborasi sukan berbasikal. "Ini merupakan cadangan yang baik dan kerajaan Kelantan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk merealisasikan cadangan tersebut," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pentas Budaya Pantai Batu Buruk di sini.Kira-kira 70 peserta terlibat dengan program Kayuhan Muhibbah anjuran River Village Cycling Club (RVCC) dari Pantai Irama dengan kerjasama Pepsi Blue Club dari Terengganu.Peserta tersebut berlepas dari Pantai Irama bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 6.30 petang di Pantai Peranginan Batu Burok.Ustaz Mohd Soud (tengah) bersama Pepsi Blue Club. Mereka diraikan di majlis ringkas di dewan pentas berkenaan sejurus sampai di situ.ADUN Pantai Irama menyampaikan ucapan di majlis tersebut sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan program berkenaan.Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Ustaz Mohd Soud Said.Mereka juga turut diraikan oleh ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed di Majlis Makam Malam sempena program tersebut di Kediaman Seri Iman di sini.
12 Apr 19
377