Artikel "Sukan" Terkini
Terengganu FC Pulang Dengan Satu Mata
Foto ihsan - Media PKNP FcMANJUNG, 5 Mei - Terengganu Football Club (TFC) hanya berupaya membawa pulang satu mata apabila seri 2-2 menentang Kelab Bola Sepak Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi ke-12 Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam semalam. Terengganu FC yang turun tanpa perancang kreatif, Lee Andrew Tuck mencipta peluang sulung perlawanan pada minit ke-12 menerusi sepakan percuma Thierry Chanta Bin.Sepakan pemain skuad kebangsaan Kemboja itu bagaimanapun tepat ke dakapan penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar.Tuan rumah yang lebih menekan Terengganu FC menggembirakan kem PKNP FC di minit ke-21 selepas pertahanan import, Amani Manuel Santos Aquinaldo menanduk masuk bola hasil sepakan percuma diambil Mohamad Hafiz Ramdan.Tchetche Kipre menyamakan kedudukan pada minit ke-30 apabila sepakan percuma cantik yang dilepaskannya gagal dijangkau Asyraaf Omar walaupun penjaga gol berusia 24 tahun itu sudah dapat membaca percubaan tersebut.PKNP FC hanya memerlukan lima minit sahaja untuk kembali di depan selepas Thomas Abbey tidak melepaskan peluang menyambar dengan baik bola berpunca daripada hantaran lintang di sebelah kiri pintu gol Terengganu FC oleh Yashir Pinto sekaligus menewaskan Suffian Rahman.Jaringan pada minit ke-35 itu jelas meningkatkan tempo permainan terutamanya PKNP FC yang lebih cenderung untuk melancarkan gerakan ke kubu lawan.Dua minit kemudian, ledakan kaki kiri Hafiz Ramdan hampir melebarkan kedudukan tetapi kali ini Suffian lebih bersedia untuk menafikan percubaan tersebut.Hafiz sekali lagi kecewa apabila sepakan percuma yang diambil pada masa kecederaan membias terkena benteng dan kemudiannya sekadar singgah di pintu gol.Memasuki babak kedua, Suffian terus menjadi penghalang buat ketua pasukan PKNP FC itu untuk mencetak nama selaku penjaring setelah gerakan solo ke depan pintu gol hasil tandukan Giancarlo, disusuli rembatan padu dinafikan penjaga gol veteran itu.Dalam keghairahan skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim mencipta gerakan, Sanjar Shaakhmedov meledakkan satu rembatan menarik dari luar kawasan penalti pada minit ke-68 untuk kembali mengikat kedudukan.Berselang 10 minit kemudian, sepakan percuma Ahmad Syamim Yahya nyaris menghadiahkan jaringan kemenangan buat Terengganu FC tetapi rembatannya terkena tiang gol pada minit ke-78.Keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat ditiupkan Zulkarnain Zakaria untuk memberikan satu mata buat kedua-dua pasukan.Satu mata dikongsi itu meletakkan Terengganu FC kekal menghuni tangga ke-7 dengan mengutip 16 mata manakala PKNP FC turun satu anak tangga selepas PJ City FC berjaya menewaskan Pahang 2-0 untuk berada di tangga ke-10 dengan 11 mata.
04 May 19
69
Sepak Takraw Medan Kumpulkan Anak Muda
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 4 Mei - Kejohanan Sepak Takraw mampu menjadi medan terbaik untuk mengumpulkan anak muda melalui aktiviti sukan yang dilaksanakan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata semangat kesukanan yang ditunjukkan juga boleh membentuk persekitaran masyarakat yang harmoni dan sejahtera."Kejohanan sebegini mampu mengumpulkan anak muda serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain."Malah aktiviti bersukan sebegini dapat melindungi anak muda daripada melakukan gejala yang tidak sihat,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Penyelaras Dun Jerteh yang berlangsung di Dewan Terbuka Seberang Jerteh, baru-baru ini.Seramai 20 pasukan yang hadir bagi merebut gelaran juara yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Penyelaras Dun Jerteh.Sementara itu, Kampung Alor Saji dinobatkan selaku Juara Sepak Takraw setelah menundukkan pasukan lawan.
04 May 19
151
'Kayuhan YB' Hangatkan Hari Pertama Karnival Bukit Payong Sejahtera
Mohd Nor Hamzah (depan kanan).MARANG, 2 Mei - Acara 'Kayuhan Yang Berhormat (YB)' bersama komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong menghangatkan hari pertama Karnival Bukit Payong Sejahtera yang bermula semalam.Acara itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Hadir sama, Penghulu Mukim Marang, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Turut memeriahkan acara itu ialah pelumba basikal adik-beradik pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh dan Mohd Hariff Salleh. Kayuhan sempena Karnival Bukit Payong Sejahtera.Kayuhan yang bermula pada 5.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sekitar 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur mengambil bahagian.Acara itu bermula dari tapak Pasar Kedai Buluh kemudian bergerak ke dua 'checkpoint' sebelum kembali ke tapak permulaan dengan melengkapkan kayuhan sebanyak 11km.Karnival Bukit Payong Sejahtera yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang berbentuk kemasyarakatan dan keagaaman.Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Hijjaz akan membuat persembahan pada malam kemuncak karnival, Sabtu ini.
01 May 19
244
Terengganu FC Menang Tipis
Malik meraikan gol pertama TFC yang dijaringkannya.KUALA TERENGGANU, 1 Mei - Terengganu Football Club (TFC) membuka laluan ke peringkat separuh akhir Piala FA apabila menang tipis ke atas Pahang 2 - 1 dalam suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), hari ini.Tuan rumah yang turun tanpa kelibat Mohd Ashari Samsudin memperagakan aksi meyakinkan dengan menggasak kubu lawan seawal permainan.Pada minit ke 9', kesungguhan TFC membuahkan hasil setelah Abdul Malik Mat Arrif yang mendapat lorongan kemas Lee Tuck mudah menggelecek penjaga gol pelawat, Mohd Helmi Eliza Elias.Sang Penyu kemudian menambah derita Tok Gajah pada minit 26' apabila Tchetche Kipre menewaskan penjaga gol dalam situasi satu lawan satu selepas kesilapan pertahanan, Herold Mark Goulon yang membuat hantaran lemah ke belakang.Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2 - 0. Memasuki babak kedua, pasukan pelawat mula menggandakan serangan ke kubu tuan rumah dan berjaya menjaringkan gol melalui tandukan kemas Jose Eduardo pada minit ke 57'.Perlawanan berlangsung hangat dengan kedua-dua pasukan memperkemaskan serangan.Pahang hampir menyamakan kedudukan, tetapi gol Norshahrul Idlan Talaha di minit 69' dibatalkan pengadil kerana terkena tangannya terlebih dahulu.Perlawanan berakhir dengan Terengganu membawa kelebihan satu gol untuk aksi kedua di Kuantan, 10 Mei ini.
01 May 19
96
Terengganu FC Tagih 'Magis Piala Malaysia' Bertemu Tok Gajah
TFC harap 'pemain ke-12' gegarkan stadium, Rabu ini. Foto: Media TFCKUALA TERENGGANU, 30 April - Kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City, Sabtu lalu menjadi tonik terbaik buat Terengganu Football Club (TFC) yang akan menghadapi juara bertahan, Pahang FA dalam saingan peringkat suku akhir Piala FA, Rabu ini.Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan perlawanan tersebut tidak dapat dijangka dan beliau berharap detik 'ajaib' sebagaimana dalam Piala Malaysia lalu akan tercipta buat pasukannya."Piala FA ada keunikan dan nilainya tersendiri. Jadi, kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku nanti.Lee Andrew Tuck jadi sandaran kekang bahagian tengah Pahang. Foto: Media TFCSebagaimana yang berlaku di separuh akhir Piala Malaysia tahun lalu, tiada siapa jangka kita akan mengatasi Johor Darul Takzim (JDT), tetapi kita berjaya melakukannya," katanya ketika ditemui pemberita, di sini baru-baru ini.Beliau memaklumkan, pasukan Tok Gajah juga turut berdepan cabaran permainan yang tidak konsisten."Dollah Salleh (Jurulatih Pasukan Pahang) juga ada beritahu bahawa pertemuan dengan TFC di Kuantan tempoh hari merupakan 'game' terbaiknya sepanjang musim ini," katanya.Hujung minggu lalu, TFC berjaya mendapat rentak permainan lebih baik setelah bangkit dari ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama.Antara aksi menentang PJ City tempoh hari. Foto: Media TFCBermain di gelanggang sendiri, PJ City yang terkenal dengan corak permainan fizikal tidak dapat mengekang asakan Sang Penyu yang agresif pada babak kedua perlawanan.Tchetche Kipre yang semakin mendapat 'bisa' meledakkan gol kemenangan bagi menoktahkan tentangan tuan rumah.Gol ketiganya dalam aksi Liga Super itu sekali gus memberikan keyakinan kepada pasukan dan penyokong TFC yang menanti kunjungan Tok Gajah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) nanti.Penyokong harap Kipre gegar gawang Tok Gajah.
29 Apr 19
152
Terengganu Mahu Lahirkan Jurulatih Senamrobik Lelaki Bertauliah
Wan Sukairi Wan Abdullah bersama peserta kursus.Oleh: Wan Luqman HakimKEMAMAN, 29 April - Terengganu berhasrat melahirkan jurulatih senamrobik lelaki yang bertauliah bagi memperluaskan aktiviti riadah itu di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keperluan untuk melahirkan tenaga pengajar lelaki sangat tinggi memandangkan aktiviti kecergasan itu semakin mendapat sambutan.Katanya, Terengganu belum memiliki jurulatih lelaki yang mempunyai kelayakan untuk mengendalikan program kecergasan berbanding pengajar wanita.“Saya dimaklumkan kita tiada lagi pengajar aerobik yang terdiri daripada kaum lelaki, yang ada cuma kaum wanita sahaja.Jadi mewujudkan kelas ini untuk melahirkan jurulatih lelaki, ini adalah suatu keperluan dan satu kewajiban bagi kita di Negeri Terengganu ini kerana dasar kita adalah Islam dan kita mesti mewujudkan pengajar lelaki“Apabila pengajar perempuan ini, dibimbangi tidak mencapai tujuan (sebenar aktiviti), kerana apabila jurulatih perempuan akan berlaku situasi yang kita tidak ingini,” ujarnya.Wan Sukairi berucap pada majlis berkenaan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup Program Kursus Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 (Asas) di Kompleks Rakan Muda Kemaman, di sini, semalam.Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Mohd Soufi Mohd Ibrahim serta ketua-ketua agensi yang terlibat.Wan Sukairi juga bercadang untuk mengadakan satu program Fit Sunnah di setiap daerah selepas ini dengan menggunakan jurulatih yang dilahirkan daripada kursus kejurulatihan itu.Tambahnya, Program Fit Sunnah itu bakal menjadikan jurulatih lepasan kursus berkenaan lebih berpengalaman dan bersedia untuk memimpin program berlandaskan hukum syarak.“Pengajar yang lahir daripada program ini akan dihantar terus untuk mengendalikan program-program pada masa akan datang seperti Fit Sunnah.“Jadi sudah tentu mereka akan lagi terlatih dan berpengalaman apabila mengendalikan program secara terus (praktikal), tidak hanya tamat selepas kursus ini,” tambah beliau.
29 Apr 19
186
Kejohanan Bola Jaring Biar Setanding Bola Sepak Piala MB - Isteri MB
Oleh: Aslam WiraMARANG, 27 April - Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman mengharapkan penglibatan ramai wanita muda dalam kejohanan bola jaring dapat memartabatkan lagi acara itu sebagai sukan tahunan yang diminati ramai serta setanding Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Terengganu.Menurutnya, sebanyak 14 pasukan yang terdiri daripada 140 orang pemain, 20 orang pegawai sukan termasuk empat pengadil dalam pertandingan sukan bola jaring pada kali ini memberi petunjuk baik penyertaaan yang sentiasa meningkat dan mendapat sambutan ramai peminat sukan itu.“Saya juga berharap agar kejohanan ini akan memberi perangsang kepada pemain-pemain khasnya dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung agar bersatu hati megharumkan nama DUN Rhu Rendang.“Syabas dan tahniah di atas langkah yang diambil oleh i-MiTS (Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera) dan Ameerah DUN Rhu Rendang dalam menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Piala Isteri Menteri Besar ini dan sewajarnya perlu diberi perhatian,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bolah Jaring Piala Isteri ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Rhu Rendang, kelmarin.Turut hadir, Pembantu Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Nor Asikin Mohamad, Ketua Ameerah Kawasan Marang, Asma’ Abdullah dan Wakil Hawa DUN itu, Sarifah Seman.Kejohanan Bola Jaring itu adalah anjuran Ameerah mengetengahkan bakat dan minat golongan wanita itu belangsung dua hari bermula 26 April lalu di Dewan Maecon Sport Centre, Kelulut.Dalam pertandingan itu, Kumpulan Tengku Lela Segara muncul johan dan pemainnya turut menerima hadiah pemain terbaik, Liza Nuralyaa Natasha.Manakala penjaring terbanyak dengan 42 jaringan, Nurul Filzah Wira dari kumpulan Bravo. Kumpulan itu pula mendapat naib johan.Dalam perkembangan yang sama, pengarah program, Nurhidayah Ali berkata, tujuan utama bukan sekadar merebut hadiah perlawanan, tetapi juga untuk merapatkan silaturahim dan keseronokan bermain serta melahirkan rasa suka dan minat untuk melaksanakan sukan yang mematuhi syariah.“Ini, kerana antara peraturan yang ditetapkan kepada pemain adalah mengenakan jersi dan pakaian muslimah serta menutup aurat sepenuhnya, malah perlawanan ini diadakan di tempat yang tertutup.“Di pihak penganjur juga, kami bersedia menyahut seruan untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan di DUN ini,” katanya.
28 Apr 19
685
Kebor Air FC Bawa Pulang Piala YB ADUN Buluh Gading
Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA NERUS, 28 April - Pasukan Kebor Air FC muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Buluh Gading Dewan FC pada kejohanan bola sepak 11 sebelah tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dan membawa pulang Piala Yang Berhormat Ridzuan Hashim, baru-baru ini (24 April).Perlawanan sengit itu tamat pada minit ke-90 dengan keputusan penuh seri 1-1 dan pengadil terpaksa membuat keputusan mengadakan sepakan penalti lima lawan lima dan kemenangan akhirnya berpihak kepada Kebor Air FC 5-4.ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, kejohanan ini mengambil masa hampir dua bulan dengan 38 perlawanan keseluruhannya di lima padang iaitu Padang Bola Tetambah, Kesom Haji Husin, Kesom Che Nordin, Jeram dan Banggol Tuan Muda dan disertai oleh 23 pasukan yang bermain setiap hujung minggu.“Kejohanan ini julung-julung kali diadakan dan kita akan menjadikannya sebagai acara tahunan kerana sambutannya sangat menggalakkan terutamanya dari golongan muda.“Syabas dan tahniah kepada pasukan Kebor Air FC yang telah menjadi juara pada kejohanan kali ini. Pasukan lain juga masih berpeluang untuk menjadi juara pada kejohanan yang akan datang.“Syabas dan tahniah juga kepada semua pemain yang telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung tanpa ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan dan seumpamanya walaupun kadang-kadang ada provokasi dari pihak penyokong masing-masing,” ujar beliau ketika ditemubual selepas tamat perlawanan akhir di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Terengganu.Ridzuan berterima kasih kepada Penyelaras Pemuda DUN Buluh Gading selaku penganjur atas kejayaan cemerlang dalam mengendalikan kejohanan tersebut. Kejayaan itu pastinya adalah hasil dari kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pemuda walaupun ianya agak mencabar.“Syabas juga saya ucapkan kepada Buluh Gading Dewan FC yang menduduki tempat kedua, Banggol Peradong FC tempat ketiga dan Tanjung Sabtu FC yang menduduki tempat keempat,” tambah beliau lagi.Kejohanan ini menawarkan hadiah utama berupa tunai sebanyak RM3 ribu, pingat dan piala pusingan, tempat kedua RM2 ribu berserta pingat, tempat ketiga RM1 ribu berserta pingat dan tempat keempat RM700 beserta pingat.
28 Apr 19
546
Lee Tuck Idam Sarung Jersi Kebangsaan
Lee Tuck sedang beraksi dalam satu perlawanan bolasepak sebagai pemain tengah TFC.KUALA TERENGGANU, 23 April - Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck masih mengidam untuk menyarung jersi kebangsaan dan kini berusaha gigih mengumpul dokumen kerakyatan Malaysia keluarga ibunya sehingga tempoh akhir diberikan, hujung minggu ini.Lee Tuck akui bukan mudah untuk mengemukakan dokumen lengkap berhubung pertalian darah Malaysia keluarga ibunya dan dia kini dalam proses mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan bagi menentukan status sebenar pemain berdarah campuran England-Malaysia ini.Jelasnya, semua pihak tidak ketinggalan turut sama membantu mempercepatkan proses berkenaan untuk memastikan status kewarganegaraannya dapat diputuskan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Cita-cita Lee Tuck (dua dari kanan) menyarung jersi kebangsaan pasti tercapai sekiranya dokumen kerakyatan segera diperolehi.“Masalah utama yang saya sedang hadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semua dokumen lengkap daripada sebelah nenek saya di United Kingdom dan saya sedang berusaha dapatkan sebelum tarikh tutup yang diberikan.“Banyak perkara di belakang tabir perlu dilakukan sebelum segala dokumen yang diminta akan lengkap, ia bukan satu proses yang mudah serta boleh selesai dalam sekelip mata.“Sememangnya saya masih ingin beraksi bersama skuad kebangsaan cuma perkara seperti ini memakan masa dan harap ia mampu direalisasikan.“Tetapi saya yakin semua itu akan selesai dalam masa terdekat dan hasrat peminat untuk lihat saya sarung jersi kebangsaan pasti akan tercapai, “ katanya.Sebelum ini, penolong pengurus TFC, Zulfadli Rozi memaklumkan Lee Tuck masih gagal mengemukakan dokuman lengkap yang diperlukan untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara menyebabkan hasratnya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan tertangguh.Lee Tuck (kanan).Jelasnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak pernah membelakangkan impian pemain berusia 31 tahun itu sebaliknya tetap memberi sokongan untuknya segera mengumpul maklumat yang berkaitan.Statusnya masih samar sehingga kini kerana pemain yang dilahirkan di England itu masih belum berjaya mengumpulkan kesemua maklumat lengkap berhubung keluarganya dan perlu menyelesaikan proses itu secepat mungkin sekiranya enggan menunggu lebih lama untuk beraksi bersama Harimau Malaya.
22 Apr 19
372
Kejohanan Boling Erat Hubungan Terengganu Inc-Anak Syarikat
Maliaman Kassim melakukan gimik perasmian kejohanan.KUALA TERENGGANU, 21 April - 'Bowling Tournament Staff Get-Together' antara Terengganu Incoperated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) dan anak syarikat termasuk media yang diadakan semalam berjaya menjalinkan hubungan dengan lebih erat.Kejohanan yang julung kalinya dianjurkan itu merupakan satu usaha Terengganu Inc dalam menghargai sumbangan anak syarikat dan petugas media selain mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pembudayaan sukan.Mewakili penganjur, Naib Presiden Komunikasi Strategik Terengganu Inc, Suridah Supian berkata, program tersebut melibatkan beberapa kumpulan media akhbar cetak, elektronik arus perdana, portal berita dan juga beberapa anak syarikat dan mendapat sambutan yang sangat baik.“Kejohanan ini merangkumkan 16 keseluruhan anak syarikat di bawah Terengganu Inc, alhamdulillah kita berjaya mengumpulkan sebanyak 104 peserta untuk bersama-sama kita hari ini.“Kita berharap program ini akan dapat dijalankan lagi untuk tahun hadapan, supaya bersama kita dapat mengenali dengan lebih rapat. Saya rasa boling adalah satu medium yang sesuai untuk kita kumpulkan semua staff kerana ia melibatkan peserta yang ramai,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada 'Bowling Tournament Staff Get-Together' di Coral Crown, Paya Bunga (PB) Sentral, kelmarin.Aksi menarik peserta.Turut menyerikan kejohanan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim yang muncul antara peserta terbaik pertandingan.Maliaman turut bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan pertandingan itu sebagai acara tahunan.“Syukur kita dapat beraksi dengan selamat dan saya bersetuju kejohanan ini dijadikan acara tahunan.“Acara hari ini akan menjadi 'turning point' untuk kerjasama yang lebih erat antara rakan-rakan media,” tambah beliau lagi.Antara rakan media yang menghangatkan kejohanan itu ialah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Sekretariat Akhbar Menteri Besar Terengganu, Harakah, Manis FM, TV9, TV3, RTM, Kosmo dan NSTP.Manakala, Ladang Rakyat, Syarikat Air Terengganu (SATU), Permai Hotel, Primula Beach Hotel, EPIC Berhad, TDM Berhad, GPQ dan Golden Pharos mewakili anak syarikat Terengganu Inc.
20 Apr 19
817