lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Nafuzi Percaya Kemampuan Pemain Terengganu FC
Nafuzi perbaiki aspek pertahanan pasukan. Foto - Media TFCKUALA NERUS, 25 Jun - Jurulatih sementara Terengganu Football Club (TFC), Mohd Nafuzi Zain percaya dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk memberikan aksi terbaik menentang Kuala Lumpur, esok.Menanti kunjungan Skuad Ibu Kota di laman sendiri, Nafuzi yang kehilangan tonggak import Dechi Marcel N'Guessan akibat penggantungan, Ashari Samsuddin yang masih cedera serta Abdul Malik Mat Arif yang masih belum cergas, tidak mahu terlalu memikirkan masalah itu.“Ini bukan kali pertama berlaku. Kita sering kehilangan tonggak import dan pemain tempatan utama dalam perlawanan-perlawanan sepanjang musim ini.Sanjar hasrat ledak gol untuk bantu pasukan.“Kita kena hadapi situasi ini dan saya percaya pemain yang ada tidak boleh terlalu memikirkan pemain yang tiada,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sesi latihan TFC di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.Nafuzi sebaliknya menegaskan, pasukannya lebih menumpukan untuk memperbaiki aspek pertahanan dalam persiapan perlawanan esok.“Kita tahu rata-rata pemain TFC kurang dari segi fizikal dan kita cuba mempertingkatkan fokus dan keyakinan.“Kita cuba perbaiki dan meminimumkan kesalahan dalam setiap perlawanan,” katanya.Kehadiran Lee Tuck beri kelebihan kepada TFC.Beliau juga tidak menolak kemungkinan memanfaatkan kelab ‘feeder’, TFC II dengan memanggil pertahanan dari Ukraine, Serhii Andrieiev sekiranya diperlukan.Ini berikutan TFC terpaksa melupakan hasrat menurunkan pertahanan import, Luis Gustavo Camilo yang tidak mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada FIFA.“Semuanya bergantung keadaan semasa. Buat masa ini, Thierry Chanta Bin yang mengisi posisi pertahanan selesa dengan peranan barunya.“Beliau juga beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang Perak tempoh hari,” katanya.
25 Jun 19
395
Empty Image
Kerajaan Negeri Mahu Rakyat Sihat Dengan Sukan
Syed Saddiq berterima kasih atas kerjasama kerajaan negeri dalam menjayakan Fit Malaysia.KUALA TERENGGANU, 23 Jun - Kerajaan Terengganu akan menganjurkan aktiviti sukan secara berkala di seluruh daerah bagi memupuk gaya hidup sihat di kalangan rakyat.Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia sebagai menyambut usaha baik yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui program Fit Malaysia."Selepas Fit Malaysia, kerajaan negeri akan menganjurkan program-program di seluruh lapan daerah setiap minggu."Kita menyokong kuat usaha yang telah dimulakan dan semoga program yang diadakan dapat kurangkan benda-benda yang negatif di tempat kita daripada segi moral, kesihatan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui dalam sidang media Jelajah Fit Malaysia di Dataran Pantai Batu Burok, semalam.Antara kelainan acara yang dipertandingkan dalam Fit Malaysia Terengganu.Beliau menyambut kehadiran Syed Saddiq bagi merasmikan Jelajah Fit Malaysia peringkat negeri Terengganu yang diadakan selepas Selangor pada Mac lalu.Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama kerajaan negeri itu berlangsung selama dua hari dengan kehadiran peserta seramai 15,000 orang.Fit Terengganu turut menghidangkan kelainan apabila menampilkan pelbagai acara baharu, antaranya sukan memanah tradisional, bola sepak pantai, permainan tradisional dan Fun Go Green.Fun Go Green adalah usaha menyokong konsep baharu yang diterapkan KBS dalam penganjuran kali ini. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah Kempen Hindari Penggunaan Plastik Satu Kali Guna dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar negeri. Pertandingan Beyblade semakin popular di kalangan pelajar sekolah.
22 Jun 19
53
Empty Image
184 Peserta Sertai Klinik Pembangunan Hoki Terengganu
Usaha PHNT mampu lahir bakat berprestasi tinggi. Foto: Media PHNT.KUALA TERENGGANU, 22 Jun - Seramai 184 pelajar dan guru menyertai Program@Klinik Pembangunan Hoki Bawah 11 dan 16 tahun yang julung kali diadakan di Terengganu.Program selama dua hari tersebut dianjurkan Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Terengganu (MSST) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bagi membangunkan akar umbi serta mengetengahkan bakat anak negeri dalam sukan berkenaan.Presiden PSNT, Saberi Salleh berkata, melaluinya para jurulatih cuba mengenal pasti bakat-bakat baharu di kalangan pelajar.Saberi mahu kekalkan kesinambungan pemain Terengganu."Matlamat utama kita adalah untuk membantu takungan pemain supaya ada kesinambungan antara pemain dahulu hingga kini."Secara langsung, kita dapat mengekalkan Terengganu sebagai salah satu kuasa hoki negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas perasmian penutup program di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, semalam.Ilmu THT disampaikan kepada bakat-bakat muda menerusi klinik pembangunan.Tambahnya, program berkenaan juga berprestij kerana dikendalikan Ketua Jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), I. Vikneswaran dengan bantuan 19 tenaga pengajar serta empat pemain THT.Saberi turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan kerajaan kepada PHNT melaksanakan program itu.Sebanyak 80 buah sekolah dari seluruh daerah menghantar peserta dalam program tersebut.Peluang mempelajari dan memperbaiki teknik kawalan bola daripada pemain profesional.Beliau juga menjangkakan, program itu akan dilaksanakan setiap tahun berdasarkan permintaan dan sambutan yang ditunjukkan oleh masyarakat dan pihak sekolah."Hari ini, kita masih ramai pemain Terengganu bertaraf profesional kerana kelompok yang bermain di tahap tertinggi ini masih ada."Tetapi, sekiranya program sebegini tidak diadakan daripada sekarang, kita bimbang empat ke lima tahun akan datang pemain-pemain bertaraf tinggi ini tidak akan wujud lagi," katanya.PHNT berharap usaha ini akan berterusan serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam sukan ini.
22 Jun 19
455
Empty Image
Hatrik Sanjar Serlah kebangkitan Terengganu FC
Sanjar pamer aksi menakjubkan dalam perlawanan semalam.KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Tiga gol penyerang Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov membantu Terengganu Football Club (TFC) bangkit untuk keputusan seri 3-3 ketika berhadapan Melaka United dalam aksi Liga Super Malaysia (MSL), malam tadi.Bertandang ke Stadium Hang Jebat selepas rehat panjang sempena Aidilfitri, Terengganu FC yang hadir tanpa kelibat pertahanan import bergelut menahan asakan tuan rumah seawal minit pertama perlawanan.Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu mendahului hasil jaringan penyerang baharu mereka, Davy Claude Angan dari Ivory Coast pada minit ke 17 yang menerima umpanan jauh Dominik Balic di belakang pertahanan lawan.Dechi Marcel bina rangkaian sempurna dalam jentera tengah TFC.Kubu Sang Penyu terus dihukum apabila Luka Milonovic pula berjaya melepasi perangkap offside lalu mudah menewaskan penjaga gol, Muhamad Ilham Amirullah pada minit ke 31. Bagaimanapun, anak buah Nafuzi Zain tidak menyerah.Jentera tengah pelawat yang dibarisi Sanjar, Sharin Sapien dan Dechi Marcel, yang membuat penampilan sulung setelah dinaikkan daripada Terengganu FC II pada awalnya longgar mula kompak merencana serangan-serangan kepada tuan rumah.Hasilnya, pada minit ke-41, Sanjar berjaya melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk merapatkan jurang gol.Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, Melaka United cuba mematikan kebangkitan pelawat dengan Angan sekali lagi memenangi situasi satu lawan satu berhadapan Ilham pada minit ke-48, menjarakkan skor kepada 3-1.Terengganu FC mendapat peluang merapatkan kedudukan setelah Lee Andrew Tuck dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-59. Namun, kecekapan Khairul Fahmi menafikannya.Ketika keputusan dijangka kekal sehingga tamat perlawanan, pemain Terengganu FC berjaya mencipta ‘10 minit terbaik’ pasukan mereka.Bermula pada minit ke-72, Sanjar sekali lagi melakukan rembatan menarik dari luar kotak penalti tepat ke bucu kanan gol melepasi Khairul Fahmi.Jaringan tersebut menaikkan semangat pasukan dan berselang sepuluh minit kemudian, bola tampanan Khairul Fahmi dirembat mudah Sanjar meleburkan hasrat Melaka United meraih tiga mata berharga.Terengganu FC kini berada di tangga ke-7 dengan 21 mata, dua mata di belakang Melaka United yang berada di kedudukan ke-5 liga.   Persembahan taktikal Nafuzi mula dapat perhatian penyokong TFC.
15 Jun 19
145
Empty Image
Atlet Terengganu Impi Cemerlang Di Kejohanan Silat ASG
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Kerajaan negeri meletakkan harapan dan doa kepada kontinjen Silat Terengganu yang bersaing dalam Kejohanan Silat ASEAN School Games (ASG) di Air Keroh, Melaka yang bermula semalam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali merakamkan hasrat supaya kontinjen tersebut dapat menggondol kejayaan dan kemenangan dalam saingan kali ini. “Pasukan kita telah menjalani sesi latihan dalam bulan Ramadan lalu dan latihan ini kena pada masanya kerana dalam bulan Ramadan, umat Islam banyak mencipta sejarah gemilang.“Ramadan adalah suatu masa yang paling sesuai untuk kita latih jiwa dan semangat kita, maka ia sepatutnya memberi kekuatan kepada kita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Silat di Gerbang Silat Majlis Sukan Negeri Terengganu, kelmarin.Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu serta ahli jawatankuasaSilat Pesaka Terengganu.Yahaya turut mengingatkan supaya para atlet berusaha penuh kesungguhan dalam merebut tempat untuk mewakili Malaysia di ASG 2019 yang bakal berlangsung di Semarang, Indonesia pada Julai nanti.“Memang kita hendak menang, tetapi ketahuilah kejayaan tidak datang bergolek tanpa diiringi usaha,” katanya seraya memohon sokongan rakyat Terengganu untuk mendoakan kejayaan pasukan itu.
11 Jun 19
444
Empty Image
Terengganu FC Mara Dengan Gol Tunggal
Kipre (dua dari kiri) sentiasa dikawal ketat pemain pertahanan Selangor. TFC menang 1-0 mengalahkan Selangor di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam semalam.KUALA TERENGGANU, 25 Mei - Terengganu FC (TFC) memperoleh gol tunggal melalui gol sendiri oleh Kapten Pasukan Selangor, Sarkunan Krishnansamy pada minit ke 90 sebelum tambahan masa tiga minit.TFC mempunyai banyak peluang menarik untuk menjaringkan gol ketika pertahanan Selangor agak rapuh dan mudah dibolosi pemain lawan.Antara percubaan menarik adalah tendangan ayam tambatan TFC, Brice Hermann Tchétché Kipré dalam kotak penalti gol Selangor namun terkena palang pada minit ke 85.Pemain Sang Penyu meraikan kemenangan 1-0 ke atas Selangor di minit ke-90.Cubaan kedua Kipre pada minit ke 87 di luar kotak penalti, melepasi palang gol.Sehingga tambahan masa satu minit separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masih gagal mencipta gol, walaupun beberapa percubaan menarik dibuat ke pintu gol lawan masing-masing.Bagaimanapun pada minit ke 90 separuh masa kedua, TFC dapat mencipta gol apabila bola terkena tubuh Sarkunan, terus menembusi pintu gol Selangor.Dalam aksi itu, kerapuhan benteng pertahanan skuad The Red Giants menerima padah apabila dibolosi pada minit terakhir permainan menerusi jaringan sendiri Sarkunan yang jelas membangkitkan kemarahan pengendali  pasukan Selangor, B. Satianathan.Pengendali pasukan Selangor meluahkan kekecewaannya terhadap benteng pertahanan pasukannya yang jelas gagal berkomunikasi dengan baik dan menyebabkan mereka gagal meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan itu.Beliau memuji permainan TFC kerana pemain Sang Penyu itu sentiasa berlari mendapatkan bola sehingga menyebabkan pemain Selangor sentiasa kehilangan bola.Dia memberitahu, pasukannya bukan sahaja gagal bertahan dengan baik malahan gagal mencipta serta menyudahkan peluang yang ada.“Kami memang tidak layak untuk menang dalam perlawanan ini kerana banyak pemain tidak bermain dengan baik, kawalan bola tidak cukup kemas dan banyak menunggu bola berbanding berlari.“Memang saya tidak berpuas hati dengan sejumlah besar pemain dalam perlawanan ini dan selepas ini kami akan terus beri fokus kepada latihan,” katanya selepas tamat permainan.
24 May 19
64
Empty Image
Prestasi ‘Yo-yo’ TFC, PBSNT Kaji Tindakan Serius
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memandang serius prestasi pasukan Terengganu FC (TFC) yang tidak menentu kebelakangan ini.Presiden PBSNT, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau bimbang dengan prestasi pasukan yang 'terumbang-ambing' dan ia boleh menjadi lebih serius jika tiada sebarang tindakan diambil.Jelas beliau, pengurusan PBSNT akan mengadakan perbincangan mendalam dengan pihak kejurulatihan pasukan bagi mencari mekanisme terbaik untuk kembali digeruni pasukan lawan.“Saya rasa semua pihak merasa kecewa (dengan prestasi TFC), kita akan tengok balik apa sebenarnya yang berlaku, kita akan tengok balik keseluruhannya.“Kita tidak ragu-ragu tentang jurulatih kita, kita akan kaji di mana kesalahan strategi dan apakah perkara-perkara yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi ini, kita akan tangani perkara ini dengan serius,” kata beliau.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.TFC mendahului PJ City FC dengan jaringan 3-0 pada separuh masa pertama.Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam, TFC terus dihimpit kekalahan apabila ditewaskan oleh PJ City FC dengan jaringan 3-5 meskipun mendahului 3-0 pada babak pertama perlawanan.Keputusan itu menyaksikan TFC jatuh tangga kelapan Liga Super dengan kutipan 16 mata di bawah Melaka United FC (MUFC) selepas mengharungi 13 perlawanan.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang tindakan sebelum mendapatkan penjelasan terperinci mengenai masalah yang dihadapi TFC sehingga mempamerkan prestasi yang tidak menentu.“Justeru, kita akan cari jalan untuk meminimakan kelemahan pasukan, kita akan buat ‘post morterm’, kita juga sentiasa berbincang dengan pihak kejurulatihan, pertemuan nanti kita akan bincang dengan lebih serius sebelum membuat tindakan lanjut,” tambah beliau lagi.
14 May 19
39
Empty Image
Terengganu FC Tersungkur Lagi
Penyokong TFC kecewa melihat pemain-pemain PJ City meraikan gol.KUALA TERENGGANU, 14 Mei - Terengganu Football Club (TFC) kecundang lagi.Skuad Penyu yang melayan Petaling Jaya (PJ) City di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam mengejutkan penyokong-penyokong yang hadir apabila tewas 5-3 kepada pelawat setelah mendahului 3-0 pada babak pertama.TFC memulakan permainan dengan agresif setelah wisel ditiupkan.Pada minit ke 11, gerakan cantik gandingan Ashari Samsudin, Sanjar Shaakhmedov disudahkan dengan rembatan Tcheche Kipre yang terbias menerjah jaring.TFC menguasai permainan dengan melakukan serangan demi serangan. Segalanya tampak tidak menjadi buat TFC walaupun mendahului tiga gol.Kali ini, pemain sayap yang baru tiba dari Ultimate FC, Mohamad Nabil Latpi merembat kemas hantaran Lee Tuck ke dalam gawang pada minit ke 17' untuk jaringan 'debut'nya.Dua minit kemudian, Ashari pula meledakkan gol ketiga mencatatkan kelebihan tiga gol di separuh masa pertama.Memasuki babak kedua perlawanan, segalanya serba tidak menjadi buat tuan rumah.Nabil dikeluarkan pada separuh masa pertama tidak dapat membantu serangan pasukan.Pada minit 49', pertahanan import PJ City, Elizeu Batista mula merapatkan kedudukan dengan menampan mudah bola melepasi penjaga gola, Suffian Ab Rahman.Seterusnya, Pedro Henrique pula melakukan 'flick' menewaskan Suffian sekali lagi pada minit 56'.Seminit kemudian, satu lagi gol berjaya dihasilkan pelawat menerusi rembatan kencang Washington Dos Santos.Kebangkitan PJ City dalam masa kurang 10 minit nyata meledakkan semangat mereka untuk terus memburu jaringan.Kebangkitan PJ City kejutkan penyokong dan pasukan.Memasuki minit 77', Mohamad Zamri Ramli melenyapkan harapan TFC apabila melakukan rembatan kencang menjadikan kedudukan 4-3.Tidak cukup dengan itu, Pedro Henrique sekali lagi menambah luka tuan rumah apabila menanduk masuk gol kelima PJ City.Kekalahan tersebut mengejutkan penyokong dan rata-rata mereka melaungkan rasa tidak puas hati kepada pasukan atas keputusan yang disifatkan 'paling teruk' buat TFC.Penyokong menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pengurusan pasukan di luar stadium.
14 May 19
33
Empty Image
Terengganu FC Hampa Tamat Cabaran Piala FA 2019
Keputusan penuh perlawanan. Foto: Media TFC.KUANTAN, 11 Mei - Terengganu Football Club (TFC) menamatkan cabaran di Piala FA 2019 apabila tewas di tangan Pahang 4 - 0, dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur, di sini, semalam.Bertandang ke gelanggang lawan dengan kelebihan satu gol, Sang Penyu ditekan seawal permainan oleh serangan bertali arus Tok Gajah.Tuan rumah yang kembali diperkuatkan dengan 'orang besi', Dickson Nwakaeme dan Safwan Baharuddin tidak menunggu lama untuk menyamakan agregat setelah Faisal Abdul Halim menolak bola 'muntah' yang ditepis penjaga gol TFC, Suffian Abdul Rahman ke gawang pelawat pada minit ke 7'.Kipre beraksi baik namun gagal tembusi kubu lawan. Foto: Media TFC.Pahang terus menggandakan asakan bagi mencari kelebihan jaringan tetapi separuh masa pertama berkesudahan hanya dengan satu gol hasil kecekapan Suffian menahan rangkaian percubaan bahaya mereka.Sebaik wisel ditiupkan di babak kedua, Tok Gajah terus melancarkan serangan pertama dan berhasil apabila Nwakaeme dijatuhkan oleh Suffian dalam kotak penalti pada minit ke 46.Tonggak import itu tenang menyempurnakan penalti dan memberikan tuan rumah kelebihan jaringan.TFC bagaimanapun tidak putus semangat, serangan kembali diatur dengan beberapa percubaan bahaya.Suffian berjaya selamatkan beberapa percubaan bahaya lawan. Foto: Media TFC.Penyerang TFC, Tcheche Kipre hampir merapatkan kedudukan pada minit 61', tetapi tandukan golnya tidak dikira kerana berada di kedudukan offside.Tersentak dengan kesungguhan TFC, Pahang melancarkan serangan balas dan Nwakaeme menambah derita pelawat dengan menolak mudah hantaran Norshahrul Idlan Talaha dua minit kemudian.Mohamadou Sumareh seterusnya melengkapkan kemenangan mutlak Pahang apabila merembat masuk bola pada minit ke 74'.Pahang menang dengan agregat 5 -2 sekaligus memadam harapan TFC untuk aksi separuh akhir musim ini.Foto: Media TFC.
10 May 19
32
Rohani Dan Jasmani Yang Sihat Jadikan Hidup Lebih Bermakna
Rohani Dan Jasmani Yang Sihat Jadikan Hidup Lebih Bermakna
Alias Harun   Oleh : Nooreni Abu Bakar   DUNGUN, 6 Mei - Kesihatan tubuh badan iaitu jasmani dan rohani perlu dijaga sebaik mungkin untuk menjadikan kehidupan yang lebih bermakna.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kesihatan merupakan aspek terpenting dalam menjamin kehidupan yang bahagia bersama keluarga.   Jelasnya, kesihatan yang tidak dijaga dengan baik bukan hanya akan menggangu keharmonian rumah tangga tetapi turut dilarang dalam agama.    “Kita mesti menjaga fizikal kita, tubuh badan kita, jangan kita rosakkan, sesiapa yang merosakkan tubuh badan, dengan dia tahu perkara-perkara yang menyebabkan fizikalnya makin hari susuk makin lemah ini amat dimurkai Allah,” ujarnya.   Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program ‘Family On Alert’ di Dewan Sivik Seberang Pintasan, di sini, semalam.    Alias turut berkata, kesihatan rohani juga memainkan peranan dalam memelihara keharmonian sesebuah keluarga. Tambah beliau, kekuatan rohani itu akan lahir apabila setiap ahli keluarga mendekatkan diri dengan perkara-perkara berbentuk keagamaan.   "Kita tidak boleh lari, kita kena dekatkan dengan al-Quran kerana al-Quran merupakan penyembuh bagi setiap penyakit yang ada.   “Apabila badan dan rohani kita sihat maka sebagai ketua keluarga, maka kita akan dapat menjalankan tanggungjawab untuk mencari nafkah dan akan hidup bahagia tanpa terpaksa dibebani tugas tersebut kepada isteri yang sepatutnya menguruskan anak-anak,” katanya lagi.   Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu adalah  untuk memberi  pemahaman serta kemahiran kepada keluarga Orang Kena Pengawasan (OKP) untuk bersama-sama berganding bahu membanteras dadah dan membebaskan anggota keluarga  daripada musuh negara itu.  
05 May 19
425