lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Azizulhasni Raih Perak Di Dublin
KUALA TERENGGANU, 8 Julai- Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam acara sprint di kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019 yang berlangsung di Sundrive Velodrome.Pelumba yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu kalah kepada Jason Kenny dari Great Britain dalam perlawanan akhir pada Ahad.Mullen Eoin dari Ireland membawa pulang gangsa selepas mengetepikan pelumba Sepanyol, Jose Moren Sanchez, dalam penentuan pingat gangsa acara sprint lelaki."Ia permulaan yang perlahan bagi saya di awal perlumbaan tetapi saya berjaya memberi saingan sehinggalah tamat perlumbaan."Memenangi pingat perak dalam acara Sprint Lelaki di samping Juara Olimpik Jason Kenny adalah pelengkap yang baik dalam Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019," kata Azizulhasni dalam hantaran menerusi akaun Instagram beliau.Seorang lagi pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang meraih gangsa dalam acara keirin semalam, berkesudahan di tempat kelima manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis pula menamatkan saingan di tangga ke-12.Terdahulu, Azizulhasni berada di tempat keenam dalam pusingan kelayakan selepas beliau mencatatkan masa 10.973 saat.Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencatatkan masa kedua terbaik 10.792s manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis di tempat ke-13 dengan masa 11.315s.Sumber: BERNAMA
07 Jul 19
88
Empty Image
'Budok Kapung' Belasah Budak Bandar
Foto: Media TFCFT.KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Pasukan Futsal Terengganu (TFCFT) meneruskan rentak kecemerlangan dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) apabila menang besar ke atas Kuala Lumpur dengan catatan 6 - 0, sebentar tadi.Melayan kunjungan Skuad Ibu Kota di Stadium Negeri, Terengganu menguasai permainan dengan corak agresif berterusan.Pelawat cuba mengimbangi corak permainan dengan melakukan gerakan-gerakan ke arah gol tetapi tidak mengancam kubu tuan rumah.Foto: Media TFCFT.Terengganu berjaya mendahului lawan pada minit ke-16 apabila Mohd Hafiz Ismail berjaya memanfaatkan hantaran rakan sepasukan dengan melambungkan bola melepasi penjaga gol pelawat.Tuan rumah mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.Memasuk babak kedua, KL lebih banyak menguasai bola dan melakukan rembatan-rembatan jauh ke gawang yang dikawal Tengku Azraf Fahmi.Pada minit ke-30, pemain KL, Mohd Shahrul Anuar memperoleh kad merah akibat mengasari Muhammad Izzat Alif memberikan kelebihan kepada Sang Penyu.Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin apabila Hafiz menolak mudah bola ke gawang KL pada minit ke-31 menjadikan skor 2-0.Foto: Media TFCFT.KL kembali meningkatkan penguasaan tetapi Tengku Azraf dan pasukannya cemerlang bertahan.Minit ke-35, Terengganu sekali lagi di hadapan. Kali ini, tuan rumah dihadiahkan penalti dan disempurnakan oleh Muhammad Idham Shafuan.KL yang berdepan tekanan untuk merapatkan kedudukan menggunakan taktikal 'flying goalkeeper' untuk menggasak kubu Terengganu.Namun, keputusan itu mengundang padah apabila Sang Penyu menyumbat dua gol rembatan jauh melalui Hafiz (minit ke-38) dan Mohd Aizat Saari (minit ke-39) sekali gus melebarkan skor kepada 6-0 sehingga tamat perlawanan.Hafiz yang menjaringkan gol hatrik buat pasukannya dinobatkan Man Of The Match perlawanan itu.Selepas aksi ketiga liga, Terengganu kini berada di tangga kedua dengan tujuh mata.
07 Jul 19
178
Empty Image
Pelumba TSG Cipta Kejuaraan Di Singapura
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Pelumba Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Goh Choon Huat muncul juara dalam kejohanan OCBC Cycle National Road Championship (Men’s Elite) yang berakhir hari ini.Choon Huat cemerlang meninggalkan pelumba Matador Racing, Thomas Thrall serta pelumba Cycling Training.CC, Boon Kiak Yeo yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.Pelumba TSG itu mengumpul masa sebanyak tiga jam empat saat untuk jauh meninggalkan Thomas dan Kiak Yeo sekaligus mengesahkan kejuaraan menjadi miliknya.Sementara itu, seorang lagi pelumba TSG, Mohd Zamri Saleh pula turut cemerlang apabila berada di kedudukan keenam daripada 37 peserta yang bertanding.Zamri terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tersebut apabila ketinggalan enam minit 38 saat di belakang Choon Huat.Dalam perlumbaan tersebut, peserta disyaratkan menggunakan jalan menghala ke Kepulauan Bintang di Tanjung Pinang yang melalui dua litar jalan raya.Setiap peserta diiringi oleh pegawai pertandingan sejauh 10 kilometer sebelum perlumbaan sebenar bermula di Dampak.
07 Jul 19
96
Empty Image
Terengganu FC Menang Lagi
Aksi pemain TFC dan PKNS FC di Stadium Shah Alam malam ini. TFC kalahkan PKNS 2-1SHAH ALAM, 5 Julai – Terengganu FC (TFC) membawa pulang tiga mata apabila menundukkan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam malam ini.Gawang PKNS FC bolos minit ke 34 melalui tendangan pendek Sanjar Shaakhmedov di depan pintu gol pasukan itu.Bagaimanapun pada minit ke 83 separuh masa kedua PKNS FC menyamakan kedudukan melalui jaringan pemain gantian importnya Kitthipong Pluemjai melepasi jangkuan menjaga gol Terengganu, Ilham.Kemenangan itu adalah kemenangan kedua berturut-turut buat skuad Ketua Jurulatih TFC Nafuzi Zain dalam perlawanan sengit dan menarik malam ini.Meskipun berjaya mendahului perlawanan, hasil jaringan Sanjar pada babak pertama, namun PKNS FC hadir dengan tempo permainan laju.Pada babak kedua menyaksikan gawang TFC kerap diuji dengan percubaan berbahaya.Tetapi ketangkasan Ilham, menafikan percubaan-percubaan tersebut sehingga Kitthipong yang masuk sebagai pemain gantian melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan Ilham.Jaringan penyamaan itu hanya bertahan lima minit apabila gol kemenangan TFC hadir menerusi tandukan Nasrullah Hanif yang menyambut baik sepakan percuma ketua pasukan Lee Tuck pada minit ke 88.Tiga mata yang sangat berharga buat Sang Penyu untuk memperkemaskan kedudukan dalam carta Liga Super Malaysia.
05 Jul 19
24
Empty Image
Halim Tekad Julang Nama Negara
Wan Sukairi berkata, kerajaan negeri akan membantu meringan dan memudahkan urusan Halim dalam bidang itu.KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Anak jati Terengganu, Abdul Halim Abdullah, 48, berazam untuk mencipta kejayaan dalam kejohanan lumba kereta berprestij, Asia Auto Gymkhana Competition (AAGC) Rd1 2019 di Yokjakarta, Indonesia yang berlangsung 11 Julai ini. Abdul Halim yang mewakili ‘Team Malaysia’ dalam pertandingan peringkat antarabangsa itu meletakkan sasaran untuk mencapai kedudukan yang terbaik bagi menebus kehampaan pada kejohanan lepas.Katanya, aksi ‘pemanas badan’ yang disertainya di Sepang sebelum berangkat ke Indonesia akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperbaiki segala kekurangan yang ada.“Kami memang letakkan target tertentu, pada pusingan terdahulu kita berjaya berada di kedudukan yang baik, namun berlaku sedikit masalah teknikal pada saat akhir menyebabkan kami tercicir mata, jadi kami akan tebus balik.“Manakala dalam kejohanan Asia itu sebelum ini, kami berjaya berada pada kedudukan ketiga daripada 16 buah negara di Asia, jadi pada kali ini kami harap untuk meningkat ke kedudukan lebih tinggi,” ujarnya.Halim bersama keretanya.Halim berkata demikian ketika ditemui media selepas dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di kediamannya di Kampung Bukit Kecil, di sini hari ini.Sementara itu, Wan Sukairi berkata, pencapaian membanggakan Abdul Halim Abdullah, 48, dalam beberapa siri perlumbaan kereta peringkat antarabangsa sebelum ini akan memberi inspirasi kepada anak muda khususnya di Terengganu.Kata beliau, kejayaan mewakili ‘Team Malaysia’ dalam pertandingan lumba kereta, adalah pencapaian terbaharu yang cukup membanggakan dan wajar diberi pujian. Justeru, kerajaan negeri akan membantu menyalurkan bantuan kewangan.“Insya-Allah kita akan memberikan apa yang diperlukan oleh pelumba yang mewakili negeri dan negara ini bagi melancarkan lagi aktiviti dan perjalanan karier mereka.“Mudah-mudahan kejayaan dan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain dalam mencapai impian dalam hidup masing-masing dan semoga ia juga mampu menaikkan nama negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang rakyatnya cemerlang dalam bidang sukan permotoran,” tambah beliau.Kejayaan-kejayaan yang pernah diraih Halim.Abdul Halim cukup berminat dalam bidang permotoran di awal usia muda dengan mernyertai perlumbaan motor 'Cub Prix' dan pernah mengalami kemalangan yang serius sebelum bertukar ke bidang perlumbaan kereta.Dia yang pernah menjadi juara dalam beberapa kejohanan seperti di Thailand, Singapura memulakan karier itu sejak tahun 2000.
04 Jul 19
200
Empty Image
Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kini Dalam Proses Baik Pulih
Keadaan padang SSMSZA pada 2 Julai 2019- foto oleh terengganufc.com KUALA NERUS, 4 Julai - Proses penukaran dan baik pulih padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kini berjalan lancar mengikut  masa yang telah ditetapkan dan dijangka sedia digunakan pada Oktober 2019.Projek baik pulih padang di stadium ini telah ditaja oleh Malaysia Football League (MFL) dalam usaha pihak MFL membantu pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Malaysia untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan bagi membaiki dan menaiktaraf venue perlawanan masing-masing.Projek perintis pertama MFL ini merupakan satu jalinan kerjasama selama ini serta komitmen Terengganu FC untuk menjadi sebuah Kelab Bolasepak professional di dalam Liga Malaysia dan bakal bergerak dengan projek membantu menaiktaraf pusat latihan yang bersesuaian untuk Terengganu FC dimasa akan datang.Menurut satu kenyataan dalam laman rasmi terengganufc.com, kerja-kerja awal telah dijalankan pada 09 April 2019 oleh kontraktor yang dilantik dan mengambil masa lima hingga enam bulan menggunakan rumput jenis rumput Bermuda Princess 77. Mengikut laporan yang telah diberikan oleh syarikat yang telah menjalankan projek baik pulih ini, mereka menyatakan kesemua kerja-kerja baik pulih padang stadium ini berjalan baik termasuk memastikan sistem saliran air berada dalam keadaan baik dan semestinya proses penanam benih rumput baru yang akan memberikan nafas baru bagi permukaan padang ini.Sementara itu, Terengganu FC serta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor) selaku Pengerusi MFL yang memberikan nafas baru kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk kembali digunakan bagi perlawanan tertinggi Liga Malaysia.Jika projek penukaran padang pada tahun ini berjaya, Stadium Sultan Mizan akan menjadi venue pasukan utama (TFC) mulai musim 2020.
04 Jul 19
1676
Empty Image
'Ubi Muda' Terengganu Laung Amaran Kebangkitan
Skuad Terengganu FC IV. Foto ihsan We Bleed Black And White.KUALA NERUS, 4 Julai - Skuad Terengganu FC IV (TFC IV) melaungkan amaran untuk terus bangkit selepas kekalahan pertama tempoh hari.Pemain utama pasukan TFC IV, Faris Ikhmal Mamat, 19, berkata, tewas kepada Selangor B-19 selepas 15 perlawanan menyedarkan mereka untuk sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.Ujarnya, walaupun masih menghuni tangga teratas kumpulan B dalam saingan Piala Belia 2019, skuad ‘ubi muda’ Terengganu itu akan terus berwaspada dengan ancaman pasukan lain.“Selepas ini kami akan menentang pasukan Pulau Pinang B-19, kami berharap agar kami dapat meningkatkan motivasi dan terus bangkit untuk mencipta kejayaan.“Semoga kekalahan pertama baru-baru ini kepada Selangor mengajar dan menunjukkan beberapa kelemahan yang perlu kami baiki sebelum berdepan Pulau Pinang pada 7 Julai,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri bersama Atlet Terengganu di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini hari ini.Faris Ikhmal Mamat.Bercakap tentang skuad 'abang', Terengganu FC I, Faris berharap agar pasukan kendalian Nafuzi Zain itu meneruskan rentak kemenangan.Selepas berjaya menidakkan cabaran Kuala Lumpur baru-baru ini, semangat untuk merebut tangga teratas liga super pastinya meningkat.“Kepada TFC 1, semoga terus mencipta kemenangan, buat yang terbaik, atas padang pemain mesti melaksanakan segala arahan jurulatih,” tambah faris.Untuk rekod, TFC IV berjaya mengutip 40 mata daripada 15 perlawanan sekaligus berada di tempat pertama kumpulan B meninggalkan Perak di tangga kedua.Manakala dalam kumpulan A, pasukan PKNS FC B-19 terus menjarakkan diri daripada UITM FC B-19 dengan mengumpul 33 mata.
04 Jul 19
206
Empty Image
Terengganu Berhasrat Jadi Negeri Kuasa Sukan Utama Malaysia
Wan Sukairi (kiri) sibuk melayan atlet Terengganu di Majlis Temu Mesra Bersama Exco itu di Dewan Serbaguna MSNT Kuala Nerus.KUALA NERUS, 4 Julai - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor tahun depan.Justeru Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata untuk itu para atlet Terengganu perlu memperkuatkan tekad serta konsisten menjaga kualiti dan prestasi sukan untuk mencapai matlamat tersebut.Sekaligus beliau menasihatkan semua pengurus sukan negeri tidak membiarkan permasalahan dalaman atau luaran berlarutan sehingga merosakkan mutu sukan atlet Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Temu Mesra bersama Exco Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan. Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Mufti negeri, Dato’ Dr Zulkifly Muda dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu.Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, kerajaan negeri akan mencungkil bakat baru dari kampung, taman sehingga ke bandar dalam Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang bakal diadakan pada bulan September ini bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini.SUTERA dijangka akan diadakan di beberapa tempat terpilih yang akan diumumkan kemudian bermula 5 hingga 9 September ini.Katanya, untuk itu di samping keazaman kental dipertahankan di kalangan atlet Terengganu, mereka juga perlu terus konsisten untuk mencapai kejayaan dalam sukan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antara bangsa.Dengan konsisten memboleh atlet menghadapi segala rintangan dengan mudah seperti seseorang yang konsisten mengangkat binatang ternakan yang besar sejak dari kecil sehingga berumur dua atau tiga tahun."Walaupun berat ketika berumur tiga tahun tetapi seseorang itu berjaya berbuat demikian kerana dia mula mengangkat binatang itu setiap hari sejak dilahirkan dari perut ibunya sehingga usia berkenaan."Begitu juga dengan aktiviti sukan, tidak mustahil atlet Terengganu berupaya berbuat demikian dan sekaligus mempertahankan kejuaraan dalam SUKMA Tahun 2020 nanti," katanya.
04 Jul 19
39
Empty Image
Anak Terengganu Jaguh Lumba Kereta
Abdul Halim Abdullah.Oleh Pok AbasKUALA TERENGGANU, 2 Julai - Seorang anak Terengganu bertuah kerana akan mewakili 'Team Malaysia' dalam pertandingan lumba kereta berprestij,  Asia Auto Gymkhana Competition (AAGC) Rd1 2019 di Yokjakarta, Indonesia pada 11 Julai ini.Seorang pelumba profesional, Abdul Halim Abdullah, 48, kini mengumpulkan segala keperluan termasuk kewangan dan penajaan bagi menyertai acara tersebut sekali gus berhasrat mengharumkan nama Terengganu dan negara  di persada antarabangsa melalui acara tersebut.Beliau yang sebelum ini telah menyertai pelbagai kategori perlumbaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa itu akan menggunakan kereta berjenama Toyota dalam perlumbaan tersebut.Abdul Halim yang juga seorang jurumekanik kenderaan berharap dapat mencapai kemenangan dalam acara itu sebagaimana kebanyakan pertandingan yang beliau sertai sebelum ini."Harapan saya memang nak menang, akan cuba sedaya upaya untuk naikkan nama Malaysia dan Terengganu di persada dunia," ujar beliau.Abdul Halim  berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Kecil, di sini semalam.Pegawai Penyelidik Menteri Besar, Ustaz Ahmad Kamal Ali  menyampaikan sumbangan wang sebagai galakan penyertaan Abdul Halim dalam pertandingan itu.Turut hadir dalam perjumpaan itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Mohd Zaim Azfar Muhamad dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang, Mohamad Umbaidah Tengah.Menurut Abdul Halim, beliau telah banyak kali menyertai acara perlumbaan kereta  sejak memulakan karier berkenaan awal tahun 2000."Peringkat awal kita main 'Drag' di Terengganu dan Jempol dan kenangan paling manis  apabila muncul juara dan mendapat hadiah lumayan yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, di Indera Mahkota, Kuantan Pahang."Di Thailand pernah dapat juara, pernah menang tempat kedua dan di Singapura pernah dapat nombor tiga dengan kategori open menggunakan jentera Myvi 1.3 auto," tambah beliau.Abdul Halim cukup berminat bidang berkenaan di awal usia muda dengan mernyertai  perlumbaan motor 'Cub Prix' dan pernah mengalami kemalangan yang serius sebelum bertukar ke bidang perlumbaan kereta.
02 Jul 19
321
Empty Image
Penyokong Beraya Di Stadium, Rai Kemenangan Terengganu FC
Kek 'Durian' turut jadi sajian jamuan raya di stadium.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Hadir menyaksikan pasukan kesayangan dalam suasana hari raya, penyokong Terengganu Football Club (TFC) memiliki cara tersendiri untuk meraikannya.Sebahagian penyokong Sang Penyu hadir ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam tadi dengan persalinan lengkap Melayu.Lebih menarik, mereka turut mengadakan jamuan hari raya di waktu rehat separuh masa serta mengagihkannya kepada penyokong dan pengamal media yang hadir.Persembahan pasukan tambah seri hari raya penyokong.Keraian tersebut juga diserikan dengan kemenangan TFC ke atas Kuala Lumpur dengan skor 3-1.Gol-gol TFC diperolehi menerusi tendangan Lee Andrew Tuck, Mohamad Mohd Faudzi dan Abdul Malik Mat Arif.Beraksi di laman sendiri, TFC mengekalkan kedudukan di tangga ketujuh liga dengan 23 mata.
26 Jun 19
630