lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Seri 1-1 : Skuad Penyu Sama Gagah Dengan Tok Gajah
Ahmad Syamim diasak oleh pemain Tok Gajah dalam pertarungan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. TFC seri 1-1 dengan Pahang.KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Skuad Terengganu FC (TFC) dan Pahang sama kuat, masing-masing meraih satu mata dengan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.Skuad Penyu memperoleh gol pertama di minit 42 melalui jaringan Ahmad Shamim Yahya membolehkan TFC  mendahului Pahang pada separuh masa pertama.Jaringan itu muncul ketika pertahanan Pahang agak kucar kacir apabila TFC melancarkan serangan balas selepas Pahang menyerang bertubi-tubi pintu gol skuad 'Peteh Terengganu Peteh'.Bermula dengan babak kedua Muhamadou Sumareh menjaringkan gol penyamaan di minit ke 50 menggagalkan hasrat TFC memperoleh tiga mata dalam perlawanan tersebut.Ketika bercakap kepada media selepas perlawanan Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nik  berpuashati dengan permainan anak buahnya malam ini dan menyifatkan mereka berusaha bermain dengan baik.Beliau mengulas permainan Tok Gajah juga agak baik dengan kedua-dua belah pihak berbalas serangan dan kawalan pertahanan masing-masing juga boleh dipuji dengan tidak banyak kesilapan dilakukan.Dengan kedudukan seri 1-1 menghalang Pahang untuk mengesahkan Skuad Tok Gajah itu dari menyandang gelaran naib juara Liga Super.
12 Jul 19
63
Empty Image
Rangka Pelan Induk Terperinci Bagi 43 Sukan Di Terengganu - Wan Sukairi
KUALA NERUS, 12 Julai - Kerajaan negeri berjaya merangka satu pelan induk yang terperinci bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi  Wan Abdullah berkata, Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) agak berlainan dari perancangan terdahulu yang merupakan pelan induk keseluruhan."Seperti yang saya katakan, pelan induk kali ini lebih khusus kepada 43 sukan yang ada di Terengganu, tidak secara menyeluruh tetapi secara khusus."Dalam erti kata lain, apa yang kita nak capai dalam bidang sukan dari sudut pencapaian sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Dewan Banquet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan timbalannya, Ahmad Shahrizal Yahaya.Katanya, selepas daripada ini, pelan induk akan melalui satu fasa pemurnian supaya ianya lebih realistik."Ini supaya pelan yang dirangka lebih realistik kerana kita tidak mahu ia menjadi pelan yang ideal tetapi tidak berpijak di bumi yang nyata."Selepas proses pemurnian, pelan induk ini akan dibukukan dan menjadi rujukan utama dalam memperkukuhkan sukan di negeri Terengganu," ujarnya lagi.Tambahnya, pihaknya juga akan berusaha melebarkan lagi sukan-sukan lain yang berpotensi seperti bola sepak, silat dan lawan pedang.Mengulas lanjut, Wan Sukairi berharap pencapaian sukan negeri Terengganu sepanjang tempoh 10 tahun akan datang boleh dicapai melalui pelan induk tersebut.
12 Jul 19
367
Empty Image
Terengganu Sasar Lebih Ramai Atlet Ke Peringkat Antarabangsa - Wan Sukairi
KUALA NERUS, 12 Julai - Kerajaan negeri menyasarkan lebih ramai atlet-atlet negeri akan terpilih mewakili negara ke peringkat antarabangsa melalui perancangan jangka panjang Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030).Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelan induk itu akan menjadi rujukan utama dalam proses persiapan setiap pasukan atau atlet bagi menyertai kejohanan-kejohanan sukan kebangsaan dan antarabangsa."Melalui pelan ini,  kita mampu menghantar lebih dari dua nama ke peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun akan datang."Jika sebelum kita ada dua wakil atlet di peringkat ini iaitu Azizul Hasni dan Siti Rahmah tetapi dengan pelan ini kita sasarkan lebih dan ia merupakan antara kelainan yang terdapat dalam pelan induk kali ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Dewan Banquet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan timbalannya, Ahmad Shahrizal Yahaya.Bengkel kali ini melibatkan hampir 200 peserta terdiri daripada presiden-presiden dan wakil-wakil persatuan sukan yang terdapat di Terengganu.Terdahulu, bengkel selama empat hari tersebut bertujuan menyediakan satu perancangan yang kukuh dan lebih berfokus bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.Ianya merupakan kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu sebelum ini yang akan berakhir pada 2020 yang mampu menghasilkan kejayaan cemerlang bagi sukan negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa.
12 Jul 19
121
Empty Image
Padang SSMZA Siap Dibaik Pulih September Ini - Wan Sukairi
Wan Sukairi (tengah) meninjau keadaan semasa padang SSMZA.KUALA NERUS, 11 Julai - Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang sedang dalam proses penukaran dan baik pulih dijangka siap sepenuhnya pada September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, proses tersebut sudah siap 80 peratus dan berjalan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan. Jelasnya, projek yang menelan belanja RM1 juta itu turut melibatkan pembaikan sistem saliran air dan longkang stadium, sekali gus ia akan memberikan nafas baharu kepada stadium berkenaan.“Kita jangka proses tambah baik ini siap pada September, namun kita tidak akan terus menggunakan padang ini, sebaliknya akan menunggu dalam sedikit masa supaya struktur padang ini benar-benar kukuh.“Selepas tempoh itu insya-Allah padang di SSMZA ini siap untuk diguna pakai dalam sebarang pertandingan bola sepak,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke trek olahraga dan Stadium Gong Badak, di sini hari ini.Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.Mengulas lanjut mengenai keadaan tempat duduk penonton di stadium berkenaan, Wan Sukairi memaklumkan, pihaknya sedang menunggu surat pengesahan daripada kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kawasan itu kukuh dan selamat digunakan.“Selepas kita dapat surat jaminan itu, barulah kita akan berbincang untuk membina bumbung, tetapi untuk tempoh satu hingga dua tahun ini dengan mengambil kira kos, soal bumbung tidak berbangkit.“Mengenai trek di sini pula, kita akan cabut dan letak rumput tiruan, tiada trek olahraga di stadium ini dan SSMZA hanya khusus untuk sukan bola sepak,” tambah beliau.Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri perintis dalam usaha Malaysian Football League (MFL) meningkatkan kualiti padang semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M).Dimaklumkan juga, MFL bakal bergerak dengan projek menaik taraf pusat latihan yang bersesuaian untuk Terengganu FC pada masa akan datang.
11 Jul 19
172
Empty Image
Lawan ‘Tok Gajah’, Terengganu FC Sasar Tiga Mata
Foto ihsan - Media TFC.KUALA NERUS, 11 Julai - Menjelang pertemuan ‘derby’ Pantai Timur menentang Pasukan Pahang malam esok, Terengganu Football Club (TFC) menyasarkan untuk mendapatkan tiga mata penuh sekali gus membalas kekalahan dalam aksi terdahulu.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim memberi keyakinan, semua pemain TFC bersedia untuk melakukan yang terbaik dalam dua perlawanan terakhir Liga Super yang berbaki.Ujarnya, meskipun situasi pasukan sedikit tertekan, keupayaan dan fokus pasukan setakat ini berada dalam keadaan terbaik bagi mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam liga.“Kita harap TFC mampu untuk menambahkan tiga mata lagi, itu harapan kita, walaupun dalam suasana yang tidak menentu untuk TFC apabila kita kehilangan Ketua Jurulatih dahulu, Irfan Bakti.“Walaubagaimanapun, kita sudah melepasi satu fasa iaitu kekal di Liga Super, dengan kedudukan mata sekarang yang agak selamat, tetapi matlamat kita adalah untuk melonjak lebih ke atas,” jelasnya.Hishamuddin (kanan) menzahirkan keyakinan kepada pemain TFC.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah melakukan lawatan kerja ke trek olahraga dan Stadium Gong Badak, di sini hari ini.Mengulas mengenai kerja-kerja pembaikan padang di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Hishamuddin menghargai pertolongan yang dihulurkan Malaysian Football League (MFL).Katanya, usaha berkenaan untuk melihat kemajuan dan peningkatan bola sepak di Terengganu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh persatuan.“Daripada PBSNT, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MFL, khususnya kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), yang sebelum ini sudi meluluskan pembaikan padang di Terengganu.“Kita memilih Stadium Sultan Mizan kerana stadium ini agak bermasalah sebelum ini, kita harap usaha MFL untuk melihat pembangunan bola sepak dalam negara ini berjaya dan Terengganu menyambut usaha tersebut,” tambah beliau.
11 Jul 19
383
Empty Image
PBSNT Setuju Saranan Tubuh Jawatan Pengarah Teknikal
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA NERUS, 11 Julai - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju dengan saranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) diwajibkan mempunyai jawatan Pengarah Teknikal.Timbalan Presidennya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya sedang menunggu makluman dan arahan rasmi daripada FAM sebelum membuat sebarang tindakan.Jelasnya, Terengganu yang sedang menumpukan kepada proses penswastaan pasukan yakin usaha berkenaan pasti akan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.“Saya sudah dimaklumkan tentang keperluan untuk mewujudkan Pengarah Teknikal bagi semua pasukan dalam Liga-M, tetapi secara rasminya pihak Malaysian Footbal League (MFL) belum mengeluarkan arahan kepada persatuan bola sepak negeri.“Sekarang kita juga fokus menuju ‘penswastaan’ persatuan bola sepak negeri (FA) kepada kelab (FC), jadi itu yang menjadi fokus kita sekarang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah melakukan lawatan kerja ke trek olahraga dan Stadium Gong Badak, di sini hari ini.Wan Sukairi dan Hishamuddin memeriksa keadaan trek Stadium Gong Badak.Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menjelaskan, hasrat untuk menubuhkan jawatan tersebut sebenarnya telah dibincangkan oleh PBSNT pada akhir tahun lepas.Katanya, disebabkan kekangan kewangan semasa, idea dan cita-cita tersebut terpaksa dilupakan buat sementara waktu.“Tetapi apabila ada arahan daripada MFL sendiri, perkara itu akan kita sambut dan fikir jalan terbaik untuk melaksanakannya, ideanya telah ada,” tambahnya. Kelmarin, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan, jawatan Pengarah Teknikal wajib diwujudkan dalam setiap pasukan yang bersaing dalam Liga-M."Kita perlu menekankan perkara ini (pembangunan akar umbi) untuk memastikan ahli gabungan daripada persatuan bola sepak negeri ini lebih serius dan ia bermula dengan mereka perlu melantik Pengarah Teknikal.“FAM akan menetapkan jawatan Pengarah Teknikal sebagai mandatori dalam perlesenan kelab dan saya serius mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran DNA Bola Sepak Malaysia.
11 Jul 19
200
Empty Image
Terengganu FC Pungut Satu Mata
Terengganu FC berpuas hati dengan satu mata di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah apabila  seri 2-2 dengan Kedah.KUALA TERENGGANU, 9 Julai - Terengganu FC (TFC) memperoleh satu mata seri dengan Kedah 2-2 di tempat sendiri malam ini.Separuh masa pertama, Kedah yang bertandang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, mendahului 2-1 dengan  permainan timbal balas serangan dari kedua-kedua pasukan.Gawang TFC bolos seawal minit ketiga permainan  apabila tendangan sudut Kedah dijaringkan oleh Muhamad Shakir Hamzah.Gol penyamaan TFC hadir di minit ke 15 apabila sepakan kencang Sanjar Shaakmedov dari luar kotak penalti menembusi gol sebelah kanan Kedah, melangkaui jangkauan penjaga golnya, Abdul Hadi Abdul Halim.Bagaimanapun Kedah mempunyai peluang menyumbat gol di minit terakhir permainan setelah mengucarkacirkan pertahanan TFC.Diminit 45, Baddrol Bakhtiar menyumbat satu gol penyudah separuh masa pertama untuk Kedah berada di hadapan.Di separuh masa kedua, beberapa minit sebelum tamat permainan, Kedah bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanannya, Azmeer Yusof menerima kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas pemain TFC.Dengan kepincangan itu Sang Penyu mengambil peluang melakukan serangan bertubi-tubi ke pintu gol lawan dan gol penyamaan ditemui di masa tambahan.Tcheche Hermann Brice Kipré menanduk masuk dengan bergaya hantaran dari sebelah kanan padang, mengalahkan penjaga gawang Kedah.
09 Jul 19
65
Empty Image
Kita Tidak Akan Toleh Ke Belakang - MB Terengganu
KUALA NERUS, 9 Julai - Kerajaan negeri tidak akan menoleh ke belakang dan akan bergerak terus mencari jalan untuk memperkukuhkan penguasaan sukan di Terengganu, dengan menyedari bahawa Terengganu adalah sebuah negeri kuasa utama sukan negara.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengadakan Bengkel Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak selama empat hari, bermula hari ini."Bengkel tersebut bertujuan menyediakan satu perancangan yang kukuh dan lebih berfokus bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.“Ianya merupakan kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu sebelum ini yang akan berakhir pada 2020.“Pelan yang lalu telah membuktikan bahawa perancangan jangka panjang yang bersepadu telah menghasilkan kejayaan cemerlang bagi sukan negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bengkel Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah MSNT, Ibnu Amin Busu.Katanya, semua pihak menyedari bahawa Terengganu adalah sebuah negeri kuasa utama sukan negara."Dengan beberapa testimoni menyaksikan Terengganu menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) yang lalu dan beberapa kali sebelum ini, serta mewakili negara dalam temasya yang besar seperti Sukan Sea, Asia, Komanwel dan Olimpik.“Jadi, bengkel yang diadakan ini lebih berfokus di mana setiap pasukan sukan akan berbincang dalam kumpulan masing-masing kerana mereka lebih memahami kedudukan sukan, apakah kekuatan dan kelemahan, peluang-peluang yang ada dan sebagainya.“Dengan cara itu (perbincangan secara kumpulan sukan masing-masing), saya rasa ianya lebih memudahkan peserta bengkel ini untuk mencapai matlamatnya,” ujarnya.
08 Jul 19
70
Empty Image
Alur Limbat Sejahtera Wakili Marang Kejohanan Bola Jaring Piala ADUN Wanita Terengganu
Oleh: Aslam WiraMARANG, 9 Julai - Pasukan Alur Limbat Sejahtera muncul juara Kejohanan Tertutup Bola Jaring Piala ADUN Wanita peringkat kawasan Marang sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan tersebut.Isteri Ahli Parlimen Marang, Dr. Norzita Taat beranggapan, sukan bola jaring mampu menjadi salah satu wadah bagi memupuk budaya aktif bersukan di kalangan muslimat muda bermula dari peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kawasan dan seterusnya negeri."Pendedahan seperti ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya impaknya dirasai seterusnya meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan wanita.“Akal yang sihat lahir daripada badan yang cergas. Kata-kata ini membuktikan betapa pentingnya aturan hidup disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmonikan perjalanan hidup seseorang.“Islam telah memberi garis panduan yang sempurna untuk bersukan. Maka, jadilah hamba Allah SWT yang akur dengan syariat-Nya walaupun ketika bersukan kerana Dia Maha Tahu akan fitrah ciptaan-Nya,” ucapnya sewaktu merasmikan pertandingan Bola Jaring Kawasan Marang di Maecon Sport Center, Kelulut, baru-baru ini.Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Zarani Othman, Pengarah Program, Asma Abdullah serta Ahli Jawatankuasa Ameerah Kawasan Marang.Pertandingan tersebut disertai tujuh pasukan mewakili empat DUN dari seluruh kawasan Marang. Bagi penganjuran kali ini, DUN Alur Limbat Sejahtera dinobatkan sebagai johan pertandingan.Manakala,naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Bukit Payung Satu dan Bukit Payung Dua.Dr. Norzita turut menegaskan bahawa pertandingan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta membentuk modal insan yang berkualiti.“Di samping itu, program ini juga akan membina semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengukur keupayaan diri masing-masing," katanya.Selaras dengan hasrat dan tujuan perlawanan itu, beliau berharap agar pemain yang bakal mewakili kawasan Marang nanti dapat memberi komitmen dan seterusnya berusaha mendapatkan pingat untuk mengharumkan nama kawasan Marang.
08 Jul 19
988
Empty Image
Aura Azizulhasni Terus Berbisa
Wan Sukairi Wan Abdullah.MELAKA TENGAH, 9 Julai - Aura jaguh pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang terus berbisa dalam sukan tersebut apabila unggul meraih pingat dalam kejohanan dunia.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, anak kelahiran Dungun itu sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau setelah merangkul pingat perak dalam acara 'sprint' di Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019 yang berlangsung di Sundrive Velodrome, pagi semalam.Jelas Wan Sukairi, kebolehan yang dimiliki oleh Azizulhasni pastinya membanggakan seluruh rakyat dan ia seharusnya menjadi ikutan semua anak muda Terengganu khususnya."Mewakili kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni Awang yang sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam sukan berbasikal."Ini juga merupakan satu lagi rekod pencapaian gemilang yang ditonjolkan oleh anak jati Terengganu dan semoga ia menjadi inspirasi kepada seluruh warga Terengganu," katanya.Menyantuni anak perantau Terengganu pada majlis ramah mesra.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Perantau Melaka di Dewan Muaalim, Bukit Katil, di sini semalam.Hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Dr Kamaruzzaman Yusof, Pengerusi PERANTAU Melaka, Dr Azlan serta Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas.Semalam, ‘The Pocket Rocketman’ berjaya meraih tempat kedua dalam saingan akhir kejohanan sekali gus menyaksikan Azizulhasni merangkul pingat perak.Manakala, Mullen Eoin dari Ireland membawa pulang gangsa selepas mengetepikan pelumba Sepanyol, Jose Moren Sanchez, dalam penentuan pingat gangsa acara sprint lelaki.“Ia permulaan yang perlahan bagi saya di awal perlumbaan tetapi saya berjaya memberi saingan sehinggalah tamat perlumbaan.Antara 400 anak Terengganu di Melaka yang hadir.“Memenangi pingat perak dalam acara Sprint Lelaki di samping Juara Olimpik Jason Kenny adalah pelengkap yang baik dalam Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019,” kata Azizulhasni dalam hantaran menerusi akaun Instagram beliau.
08 Jul 19
215