lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Piala Cabaran : TFC II Berdepan Laluan Sukar Pertahan Kejuaraan
Foto ihsan - MFLKUALA TERENGGANU, 23 Julai - Juara Piala Cabaran 2018, Terengganu FC II (TFC II) berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan B bersama naib juara musim lepas, UKM FC selain dua pasukan lain iaitu Selangor United dan pasukan Liga Super, Kuala Lumpur bagi saingan 2019.Dalam undian yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) itu, naib juara Liga Premier 2019, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pula bakal berentap bersama pasukan Kelantan dan Sarawak dalam aksi kumpulan A.Mengikut format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan, layak ke peringkat separuh akhir, dengan aksi awal kumpulan akan bermula pada 6 Ogos ini.Dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir akan berentap dengan menggunakan format timbal balik pada 6 dan 12 Oktober nanti.Untuk rekod, TFC II menewaskan UKM FC menerusi keputusan agregat 4-2 untuk meraih kejuaraan sulung Piala Cabaran pada musim lepas.Kejohanan Bola Sepak Piala Cabaran diperkenalkan buat julung kali oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada musim lepas bagi memastikan pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia tidak ketinggalan dalam aksi kompetitif sehingga penghujung musim.Ia sekaligus berjaya mengekalkan dan meningkatkan konsistensi semua pasukan dalam Liga Malaysia sebelum aksi musim baharu bermula.TFC II muncul juara pada edisi sulung musim lalu.
23 Jul 19
82
Empty Image
Piala Malaysia 2019 : Kedah Saingan Sukar Terengganu FC
Foto Ihsan - Media TFCKUALA TERENGGANU, 23 Julai - Terengganu Footbal Club (TFC) berdepan laluan mencabar dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia 2019 selepas diundi dalam Kumpulan A bersama juara lima kali, Kedah FA.Turut berada satu kumpulan dengan TFC ialah Negeri Sembilan yang pernah menjadi pemusnah harapan Terengganu pada 'final' Piala Malaysia 2011 selain pasukan bimbingan K. Rajagopal, PKNS FC.Sementara itu, pada majlis undian yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Damansara hari ini, juara enam kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat laluan mudah apabila diundi berada dalam Kumpulan B bersama PJ City FC, PKNP FC serta UITM FC yang menjadi pesaing mereka.Manakala, juara bertahan Piala Malaysia 2018, Perak pula diundi bersama naib juara Liga Super 2019, Pahang di Kumpulan C di samping kemunculan juara dan pasukan ketiga Liga Perdana 2019, Sabah serta Pulau Pinang.Kumpulan D pula menyaksikan pasukan Melaka United, Selangor, Felda United FC dan PDRM bakal membuat perhitungan bagi melayakkan pasukan masing-masing ke peringkat seterusnya.Dua belas pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan terbaik Liga Perdana, layak beraksi dalam pertandingan bola sepak tertua tanah air itu.Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019 dijadual bermula pada 3 Ogos ini dengan dua pasukan teratas setiap empat kumpulan layak ke suku akhir yang menggunakan format timbal balik.
22 Jul 19
460
Empty Image
10 Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras DUN Kuala Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 22 Julai - Sebanyak 10 buah pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi merebut Piala Penyelaras DUN berkenaan. Kejohanan yang bakal bermula 26 Julai ini akan menggunakan format liga di mana pasukan-pasukan bertanding dibahagikan ke dalam dua kumpulan sebelum bertemu diperingkat separuh akhir.Pengerusi Kejohanan, Hafiz Yusof berkata, program berkenaan hanya boleh disertai oleh Pengundi DUN Kuala Besut bagi memberikan lebih kelebihan kepada penduduk tempatan."Setiap pemain perlu menutup aurat ketika bermain dan mana-mana pemain yang melanggar peraturan ini, tidak akan dibenarkan bermain."Saya berharap kejohanan ini akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini", katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kejohanan Bola Sepak Liga di Pejabat Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN, semalam.
22 Jul 19
91
Empty Image
Kerja Berpasukan Bantu Tajin FC Rangkul Juara Piala ADUN Kuala Berang
Oleh: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 22 Julai - Kerjasama berpasukan Tajin FC akhirnya membuahkan hasil sekali gus muncul juara Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang selepas menewaskan Tanjung Putat FC 2-3 di Padang Astaka, Kuala Berang, malam tadi.Separuh masa pertama, Tanjung Putat FC yang keseluruhannya diwakili anak jati kampung mereka mendahului Tajin FC dengan dua gol tanpa balas dengan penguasaan bola yang seimbang dari kedua-dua pasukan.Biarpun ketinggalan dengan dua gol, pasukan Tajin FC tetap bersemangat memburu jaringan pada separuh masa kedua sehinggalah berjaya menjaringkan tiga gol berbalas dua untuk menjulang Piala ADUN Kuala Berang selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1999.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, beliau sangat kagum dengan kebangkitan pasukan Tajin FC untuk memenangi perlawanan akhir tersebut."Satu contoh yang baik ditunjukkan oleh pasukan Tajin FC pada malam ini (semalam) apabila mereka terus berjuang walaupun dua kali mereka bolos dan ini merupakan satu perkara yang kita semua patut contohi."Mereka menunjukkan kerjasama yang baik di antara pemain mereka dan berjaya mencipta tiga gol yang sangat baik bagi saya," ujarnya.Menurut Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang, etika pemakaian menutup aurat ketika bersukan mestilah ditekankan kerana ianya merupakan tuntutan agama."Islam tidak melarang umatnya untuk bersukan, tetapi kita mestilah mengikut garis panduan agama seperti menutup aurat dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi," katanya.Perlawanan akhir malam tadi turut menyaksikan anugerah Pemain Terbaik Kejohanan dimenangi oleh Muhamad Hanafi Umar dari Tajin FC.Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Penyelaras Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Berang, Mohamed Abdullah dan Penyelaras Pemuda DUN Kuala Berang, Aminuddin Mohamad.
22 Jul 19
63
Empty Image
Tapak Kompleks Sukan Mini Marang Terengganu Sedang Diteliti
Wan Sukairi (tengah) meneliti tapak cadangan di Padang Kekabu. MARANG, 22 Julai - Tapak Kompleks Sukan Mini Marang sedang diteliti dan dikaji sebelum proses mempersiapkan tapak berjalan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti dua lokasi sesuai untuk dibina kompleks sukan yang akan memberi manfaat kepada ratusan ribu penduduk di sana.Jelasnya, Bukit Mawi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang dan Padang Kekabu di kawasan DUN Bukit Payung adalah dua tempat terpilih yang akan diteliti sebelum salah satunya dipilih bagi menjayakan pembinaan itu.  “Selepas ini kita akan berbincang dan mengkaji (daripada sudut kos dan kesan) dengan beberapa pihak bagi dua tempat ini untuk kita dirikan kompleks tersebut yang diberikan bajet oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).“Kompleks sukan ini akan menempatkan kemudahan bagi sukan-sukan utama seperti trek olahraga, bola sepak dan beberapa sukan ‘indoor’ lain yang sekali gus akan meningkatkan lagi prestasi sukan di daerah dan negeri ini.Wan Sukairi berkata, pembinaan projek itu akan mengambil kira soal kos dan implikasi kepada penduduk setempat.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Tapak Cadangan Pembinaan Kompleks Sukan Mini Marang di Bukit Payung dan Bukit Kor, di sini semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Mohd Huzairil Nizam Ibrahim,  Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Wahad Osman, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Mamat Jusuh serta Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan KBS.Mengulas lanjut, Wan Sukairi memaklumkan, pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh kepada pihak terlibat khususnya JKR dan MDM untuk menyiapkan anggaran kasar serta implikasi projek di dua tempat tersebut.“Kita sedang menilai tapak yang terbaik, jadi kita tidak meletakkan satu tempoh yang tertentu.“Walau bagaimanapun, kita harap pemilihan tapak yang sesuai ini kita dapat selesaikan dalam masa satu hingga dua bulan ini,” tambah beliau.Pada Februari lalu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan sebuah kompleks sukan mini bakal dibina di daerah Marang. Turut meneliti tapak cadangan kedua di Bukit Mawi.Menurut Dr. Samsuri, pembinaan kompleks sukan bernilai RM4 juta itu merupakan satu daripada 10 projek Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diluluskan untuk negeri Terengganu bagi tahun 2019.“Lebih menarik, kita juga menerima tambahan satu lagi projek iaitu kompleks sukan mini buat warga Marang,” katanya.
21 Jul 19
608
Empty Image
Ilham Tepis Keluar Kemenangan JDT Ke Atas Terengganu FC
Ilham cemerlang kawal kubu TFC. Foto: Media TFC.KUALA TERENGGANU, 20 Julai - Ketangkasan Ilham Amirullah Razali menampan sepakan penalti penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Diogo Luis Santo pada minit ke-90 membantu Terengganu Football Club (TFC) membawa pulang satu mata dalam aksi terakhir Liga Super Malaysia (MSL) 2019, semalam.Beraksi di gelanggang lawan, TFC bangkit dari ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama untuk mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang juara Liga Super itu.Biarpun mendahului tuan rumah pada minit ke-24 hasil rembatan deras Sanjar Shaakhmedov, Sang Penyu terpaksa berhempas-pulas menahan asakan barisan bintang Harimau Selatan sedari awal permainan.Kepercayaan Nafuzi kepada anak buahnya terbalas. Foto:Media TFC.Nafuzi Zain cuba memanfaatkan kehadiran pemain pertahanan TFC 2 yang baru dinaikkan, Serhii Anrdrieiev dalam memperkukuhkan barisan bentengnya.Bagaimanapun, tuan rumah berjaya memadamkan kelebihan TFC apabila Leandro Velazquez yang menerima umpanan Azrif Nasrulhaq menyamakan kedudukan pada minit ke-31.Empat minit berselang, pemain kelahiran Terengganu, Safawi Rasid pula meletakkan JDT di hadapan selepas menyempurnakan lorongan Harris Harun dengan rembatan kaki kiri.Kubu pelawat bocor lagi pada minit akhir separuh masa pertama, kali ini melalui Gonzalo Cabrera yang menewaskan tiga pertahanan TFC  sebelum menolak bola leret melepasi penjaga gol.Keadaan mula berubah di babak kedua dengan TFC mula memperkemas serangan balas bagi mengendurkan ancaman JDT.Serhii cemerlang dalam aksi pertama bersama TFC. Foto: Media TFC.Pada minit ke-65, Serhii membuktikan dirinya layak menyarung jersi skuad 'abang' setelah tandukan kemasnya menerjah gawang lawan.Adrenalin Sang Penyu mula memuncak dan Harimau mula tampak goyah.Pemain muda yang semakin meningkat, Rahmat Makasuf memberi harapan kepada TFC apabila dia dijatuhkan di luar kotak penalti lawan pada minit ke-77.Foto: Media TFC.Seminit kemudian, Lee Tuck menyempurnakan harapan pasukan dengan melencongkan bola rendah menggegar gawang lawan.Bagaimanapun, sebaik permainan kembali dimulakan kapten pasukan itu dilayangkan kad  merah kerana mengasari lawan menyebabkan TFC terpaksa berkubu di kawasan sendiri.JDT terus menyerang, sekalipun dihadiahkan penalti pada akhir perlawanan, Ilham gagah menyempurnakan tugasnya menampan 'tiga mata' dari terhasil di Larkin.Pemain TFC meraikan penyokong yang hadir ke Larkin.
19 Jul 19
947
Empty Image
MB Terengganu 'Gateh' Aplikasi Saranan Gaya Hidup Sihat
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 19 Julai - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak ketinggalan mengamalkan aktiviti sihat dan beriadah selaras dengan saranan pentadbiran pimpinannya untuk membudayakan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Terengganu.Petang semalam, beliau bersama Kateh Cycling Community melakukan kayuhan santai di sekitar bandaraya Kuala Terengganu.Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa,Dr. Azman Ibrahim; Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), Mohd Soud Said serta Pengarah Urus Setia Belia, Sukan & NGO, Nasir Abdul Razak. Kayuhan sejauh 37 km itu bermula dari Batu Burok melalui Jambatan Pulau Sekati dan pulang semula melalui Jalan Kota Bharu- Kuala Terengganu (KB-KT) merentasi Jambatan Sultan Mahmud. Berbasikal sememangnya menjadi antara aktiviti riadah utama rakyat Terengganu selain 'kabat' atau mendaki bukit dan berjoging.Aktiviti berkenaan juga secara tidak langsung memupuk minat remaja untuk menceburi sukan berbasikal secara profesional.Lebih-lebih lagi dengan kejayaan pasukan negeri, Terengganu Cycling Team (TSG) dan pelumba negara, Azizulhasni Awang di peringkat antarabangsa.Dalam aktiviti yang itu disertai sekitar 20 penunggang itu, Dr. Samsuri turut menerima jersi rasmi Kateh Cycling Community yang disampaikan Wan Sukairi.
19 Jul 19
399
Empty Image
GATRET Medan Pertempuran Gasing
Liga GATRET himpun masyarakat bersama.KUALA NERUS, 18 Julai - Liga Gasing Tradisional Terengganu (GATRET) membuka semula lembaran budaya ‘orang-orang lama’ di kawasan Tepoh.Penganjur kejohanan, Omar Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Din, 64, menyatakan pertandingan itu dianjurkan bertujuan menghidupkan semula permainan gasing tradisional Terengganu yang semakin dilupakan.“Liga ini berlangsung setiap Sabtu bermula Jun lalu dan akan berakhir pada September nanti melibatkan sebanyak 11 pasukan terdiri dari kampung-kampung sekitar Tepoh dan Batu Rakit.“GATRET yang telah berjalan selama tiga tahun menyaksikan ramai pemain lama ‘turun tangan’ mempertontonkan sukan tradisi ini kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di Gelanggang Gasing  Pasar Kedai Tepoh, baru-baru ini.Pok Din juga merupakan jurulatih dan pembuat gasing.Beliau menyifatkan pertandingan itu turut memupuk semangat harmoni dalam masyarakat.“Mana tidaknya, satu pasukan memerlukan 25 orang pemain terdiri daripada pelbagai peringkat umur.“Secara tidak langsung, ia membina jalinan ukhuwah sekali gus menghangatkan suasana setiap kali pertandingan berlangsung,” katanya.Pok Din turut berharap acara berkenaan dapat diangkat sebagai salah satu tarikan pelancongan negeri berikutan keunikan gasing tradisional itu sendiri.“Gasing leper atau gasing pangkah Terengganu ini memiliki kelainan tersendiri. Sepanjang saya bermain dalam dunia gasing, gasing bentuk ini tidak dijumpai lagi di negeri lain."Malah, dalam Terengganu sendiri hanya masyarakat Tepoh, Batu Rakit dan beberapa kawasan dalam Parlimen Kuala Nerus yang mahir bermain gasing jenis ini,” katanya.GATRET mengadakan dua perlawanan setiap minggu bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.30 petang.Gasing diletakkan atas pinggan kaca yang berminyak menjadikannya bertahan lebih lama.
17 Jul 19
926
Empty Image
‘Nite Ride’ Rentasi Drawbridge
Wan Sukairi menunjukkan t-shirt yang bakal diperolehi peserta.KUALA TERENGGANU, 17 Julai - ‘Nite Ride’ yang berlangsung pada 23 Ogos nanti bakal merentasi ‘Drawbridge’ apabila ia dijadikan sebagai salah satu laluan dalam aktiviti berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program bersempena Ulang Tahun Ke-20 Bank Muamalat itu dipecahkan kepada dua kategori iaitu ‘Fun Ride’ sejauh 45 kilometer dan kayuhan 10 kilometer bersama keluarga yang terbuka buat seluruh rakyat Malaysia.Jelasnya, kayuhan tersebut dijangka menghimpunkan sekitar 2,000 peminat sukan berbasikal dari seluruh negara sekali gus berjaya mempromosikan ‘Sports Tourism’ di Terengganu.“Antara keistimewaan program ini adalah ia akan melalui laluan yang melibatkan Jambatan Sultan Mahmud, Lebuh Raya Pulau Sekati dan ikonik baharu Terengganu, Drawbridge sebelum terus ke garisan penamat di Batu Buruk.“Untuk pertandingan ‘Nite Ride’ 45 kilometer ini juga, selain tarikan motosikal Y150 yang menjadi hadiah cabutan bertuah, tarikan melalui peserta juga tidak kurang hebatnya apabila Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan penyertaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena program ‘Nite Ride 45 Kilometers’ di Tingkat 5, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Wan Sukairi mengajak seluruh masyarakat untuk menyertai acara ini.Hadir sama dalam majlis tersebut, Penyelaras Pengurusan Acara Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Sabri Mustaffa, serta Timbalan Pengurusan Deposit dan Pemasaran Bank Muamalat, Wan Hosni Wan Kamal.Mengulas lanjut tentang program itu, Wan Sukairi memaklumkan, penyertaan yang telah dibuka sejak 20 Jun dan akan berakhir pada 20 Julai itu sudah mencecah 1,500 penyertaan. Katanya lagi, pendaftaran dibuka tanpa mengira peringkat umur dan terdapat pakej yang tidak dikenakan sebarang yuran. “Peserta diberi pilihan sama ada mahu membuat pembayaran sebanyak RM100 atau RM50 atau tidak membuat sebarang pembayaran. “Peserta akan mendapat sehelai jersi, pingat, makanan dan cabutan bertuah untuk bayaran RM100, manakala bagi bayaran RM50 pula, t-shirt, pingat, makanan serta cabutan bertuah akan diberikan,” tambah beliau. Program tersebut juga mengetengahkan beberapa lagi kategori pertandingan, antaranya basikal berhias yang bakal menonjolkan bakat kreatif masyarakat dan akan diberikan hadiah lumayan.Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar secara atas talian di https://www.cognitoforms.com/NiteRite1/BANKMUAMALATNITERIDE atau menghubungi saudara Timber di 019-9285019.
17 Jul 19
279
Empty Image
'Anak Jati' Taruhan Terengganu FC 2020
Hishamuddin sasar majoriti bakat anak negeri barisi TFC 1 dan TFC 2. KUALA TERENGGANU, 17 Julai - Terengganu Football Club (TFC) bakal menampilkan lebih ramai pemain anak negeri itu dalam saingan musim hadapan.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menyasarkan sekitar 80 ke 85 peratus ‘ubi’ hasil pembangunan negeri itu akan membarisi skuad Terengganu FC 1 dan Terengganu FC 2 dalam saingan musim baharu nanti.“Kita berhasrat menggunakan majoriti pemain terdiri daripada anak Terengganu sebagai salah satu usaha mengangkat bakat-bakat muda kita yang semakin menyerlah dalam pelbagai peringkat.“Lebih-lebih lagi dengan perkembangan yang berlaku pertengahan musim ini, di mana beberapa pemain yang dimanfaatkan dari kelab ‘feeder’ menunjukkan hasil positif,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di Wisma Darul Iman, semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh bagaimanapun menegaskan kekal dengan pendirian tidak mencampuri pengurusan pasukan di bawah pemangku jurulatih, Nafuzi Zain.“Sewaktu mengambil alih PBSNT tahun lalu, ketua jurulatih ketika itu, Irfan Bakti Abu Salim kurang cenderung membariskan ‘anak jati’ dan kita hormati keputusannya.Barisan pemain TFC 4 yang berjuang dalam saingan Piala Belia 2019. Foto: Media TFC.“Sebaliknya, Nafuzi kali ini lebih optimis mengetengahkan bakat muda negeri, disebabkan itu kita menyuarakan hasrat ini dan disambut baik olehnya,” katanya.Mohammad Rahmat Makasuf menjadi pemain terbaru yang dinaikkan daripada Terengganu FC 2 musim ini selepas Abdul Shukor Jusoh dan Muhamad Hafizal.Manakala, Shahrin Sapien, Muhamad Fauzi, Haidir Husani dan Izzan Syahmir Mustafa terpilih mewakili Terengganu FC 1 pada awal musim. Hari ini, PBSNT mengumumkan tiga pemain Skuad Terengganu FC 4 berusia bawah 18 tahun iaitu Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid,  Muhd Rahadi Azli Rahalim dan Muhammad Azam Azmi Murad yang disenaraikan menyertai kem latihan dan pemilihan pusat skuad B-18 Kebangsaan bermula 20 Julai ini, menjelang kejohanan B-18 AFF 2019 di Vietnam.       Skuad yang mereka wakili juga menunjukkan prestasi terbaik apabila layak ke peringkat suku akhir Piala Belia 2019 setelah memungut  49 mata dalam saingan kumpulan jauh meninggalkan pasukan di tangga kedua dengan jarak 16 mata dengan rekod 16 kemenangan, 1 seri dan hanya 1 kekalahan dengan baki dua perlawanan di tangan.Manakala, Terengganu FC 3 mengukuhkan langkah dalam saingan Piala Presiden 2019 setelah menewaskan Kelantan B-21, 3-1 untuk berada di kedudukan ketiga kumpulan dengan 39 mata, sembilan mata di belakang pendahulu, PKNS FC.Barisan pemain TFC 3 dalam saingan Piala Presiden 2019. Foto: Media TFC.
16 Jul 19
1374