Artikel "Sukan" Terkini
Terengganu FC Langkah Kanan
Sharin Sapien cemerlang kemudi bahagian tengah.KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Terengganu Football Club (TFC) bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan PKNS FC 3-1 dalam aksi pertama Piala Malaysia 2019, semalam.Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Terengganu FC mempamerkan aksi bersemangat apabila mendahului pada minit ke-5 melalui Sanjar Shaakhmedov hasil gerakan menarik Tcheche Kipre dan Ahmad Syamim Yahya.Tuan rumah hampir menjarakkan kedudukan pada minit ke-16, namun gol Kipre tidak dikira kerana berada dalam kedudukan offside.Sang Penyu berjaya mendominasi perlawanan dengan pelawat sekali sekala melancarkan serangan ke kubu tuan rumah.Pada minit ke-31, Semut Merah berjaya menyamakan kedudukan setelah serangan balas mereka disudahkan Muhammad Jafri Chew yang menerima umpanan Kpah Sherman.Kipre jaring dua, tetapi tidak dikira kerana berkedudukan offside.Bagaimanapun, tuan rumah kembali di depan apabila Nasrullah Haniff menanduk lorongan Syamim untuk gol kedua Terengganu FC.Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, Kipre berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang namun dia sekali lagi terperangkap offside.PKNS FC cuba menggandakan asakan dan menguasai permainan dengan memasukkan Gabriel Guerra dan Mahalli Jasuli tetapi benteng Terengganu Fc terus bertahan.Pengendali sementara Terengganu FC, Nafuzi melakukan beberapa pertukaran untuk memastikan kelebihan terus dikekalkan.Tuan rumah akhirnya berjaya meledakkan kelegaan 'pemain ke 12' apabila Sanjar melakukan rembatan hasil hantaran lintang Nabil Latfi yang ditanduk Abdul Shukur Jusoh lantas mengukuhkan tiga mata Terengganu FC dalam pemburuan ke peringkat kalah mati.Terengganu FC akan berdepan Kedah di Alor Setar, 8 Ogos ini.
02 Aug 19
268
Terengganu Mahu Jadi Jaguh Sukan Sepak Takraw
Wan Sukairi yakin Terengganu mampu meraih kejayaan dalam Kejohanan Piala Emas Khir Johari.KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Terengganu berhasrat untuk terus mencipta nama sebagai kilang utama pengeluar bakat-bakat dalam sukan sepak takraw di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan, Terengganu sememangnya tidak asing dalam melahirkan jaguh atlet sukan itu termasuk dengan mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.Jelasnya, berbekalkan pencapaian itu, kerajaan negeri akan terus bekerja untuk melahirkan bakat-bakat yang berkualiti agar Terengganu dan Malaysia terus kekal berkuasa dalam sukan itu.“Kita sedar bahawa Terengganu sentiasa melahirkan jaguh yang hebat dalam acara ini, antara mereka yang sudah mencipta nama ialah Mohd Nor Abdullah, Abdul Ghani Abdullah, Jeffery Awang, Zulkifli Razak dan Hanafiah Dollah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Ke-55 di Hotel Permai, di sini semalam.Hadir sama, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Dato’ Seri Ahmad Ismail, Bendahari Kerajaan Terengganu, Dato’ Shukri Azam dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT), Mohd Abas Mamat.Kata Wan Sukairi lagi, pencapaian tersebut secara tidak langsung akan memartabatkan kembali sepak takraw di Malaysia sekali gus menggerunkan negara lain.Tambah beliau, usaha panganjuran kejohanan sepak takraw juga perlu diteruskan pada masa hadapan demi membantu menyemarakkan lagi sukan tersebut dalam kalangan belia.Katanya, pendekatan itu juga menjadi saluran ampuh untuk menggilap bakat dalam kalangan remaja dan belia selaku pelapis yang perlu didedah serta dilibatkan sama dalam melestarikan lagi sukan warisan bangsa tersebut.“Kerajaan negeri sentiasa sedia memberi kerjasama kepada semua pihak demi memastikan kejohanan (usaha) ini dan kejohanan lain mampu memartabatkan pasukan sepak takraw negara di mata dunia.“Sejajar dengan itu juga, Terengganu bakal menganjurkan Sukan Terengganu (SUTERA) bermula tahun ini. Sepak takraw adalah sukan wajib yang setiap daerah pelu persiapkan, melalui itulah kerajaan menyegarkan bakat-bakat sepak takraw sekali gus akan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.
02 Aug 19
557
Tidak Mustahil TFC Mampu Ulangi Aksi Final - Nafuzi Zain
Nafuzi memerhatikan Serhii, sewaktu latihan di pantai baru-baru ini. Foto: Media TFC.KUALA NERUS, 1 Ogos – Pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain melahirkan harapan pasukannya mampu mengulangi pencapaian layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya terus mempamerkan aksi berdisiplin dan konsisten.Nada itu disuarakan menjelang aksi pembukaan Piala Malaysia menentang PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nassiruddin Shah, esok.“Kalau kita bermain dengan penuh komitmen, saya percaya tiada yang mustahil untuk dicapai. Tetapi, jika kita hanya meletakkan target tanpa usaha, ia tidak akan ke mana.“Sebagai finalis tahun lalu, jangkaan ramai memang tinggi, tetapi ia bukannya perkara mudah,” katanya ketika ditemui media sewaktu latihan akhir di padang latihan TFC, Gong Badak, baru-baru ini.Nafuzi bagaimanapun, berjanji akan cuba memberikan aksi yang terbaik untuk mengatasi lawannya.“Bagi saya kumpulan A adalah grup yang sukar dengan Kedah yang memiliki moral tinggi selepas menjadi juara Piala FA, PKNS pula mempunyai rangkaian pemain import yang hebat dan Negeri Sembilan, sekiranya tidak hebat masakan mereka mampu layak beraksi di Piala Malaysia.“Namun, saya akan cuba memberikan yang terbaik dan yang paling utama kita perlu melepasi peringkat kumpulan sebelum memikirkan sasaran seterusnya,” katanya. Foto: Media TFC.Pasukan TFC menanti kunjungan PKNS FC tanpa kelibat kapten, Lee Andrew Tuck yang digantung perlawanan serta beberapa pemain utama yang masih cedera.Bagaimanapun, Nafuzi tidak menganggap ia satu alasan sebaliknya percaya dengan barisan pemain sedia ada. “Kita telah mengharungi banyak pelawanan musim ini tanpa skuad penuh dan saya percaya dengan kebolehan pemain yang ada untuk menampung kekurangan itu.“Kita juga lebih yakin setelah mendapat khidmat pertahanan TFC 2, Serhii Andrieiev yang telah menunjukkan keserasian dalam pasukan,” tambahnya.Pemain kelahiran Ukraine itu diturunkan kali pertama bersama skuad ‘abang’ dalam perlawanan terakhir Liga Super 2019 ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) dan telah menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
01 Aug 19
219
Terengganu Naik Taraf Stadium Mini Gong Badak
Stadium Mini Gong Badak berwajah baharu.KUALA NERUS, 31 Julai - Kerajaan Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah berjaya menyiapkan Projek Cadangan Menaik Taraf Padang Ragbi Di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak di sini, yang dilaksanakan di bawah harga asal setelah semakan semula skop kerja dibuat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, harga kontrak asal adalah berjumlah RM3.76 juta manakala harga kontrak semasa RM1.47 juta.Katanya, tarikh milik tapak adalah pada 21 Mei tahun lalu sementara tarikh siap asal pada 20 Mac tahun ini.Penyerahan replika kunci oleh Ir Saiful Azmi (tiga dari kanan) kepada Ibni Amin (tiga dari kiri) sebagai simbolik penyerahan semula Stadium Mini Gong Badak kepada MSNT.Menurutnya, kerajaan berunding semula dengan kontraktor bagi menetapkan tarikh baharu sekali gus menetapkan 13 Ogos tahun ini untuk tarikh tersebut.Bagaimanapun katanya, pihak kontraktor terbabit berjaya menyiapkan projek 15 hari lebih awal iaitu pada 29 Julai lalu.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Padang Ragbi di stadium tersebut hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir Yusuf Ab Ghani dan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.Ir Saiful Azmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, skop kerja utama projek berkenaan termasuk kerja awalan dan kerja meroboh dan kerja Naik Taraf Bangunan Astaka.Katanya, antara kerja naik taraf bangunan itu termasuk dua bilik persalinan, bilik urusetia, bilik medik, bilik persalinan Tuanku Muda, bilik santapan diraja dan tandas di tingkat bawah stadium.Sementara tingkat atas pula naik taraf dibuat untuk tempat duduk VVIP (tetamu kehormat), VIP dan bilik media.Turut dibina stor olahraga, 'Sewerage Treatment Plan' (STP) serta kerja-kerja Mekanikal dan Elektrik (M&E).Kontraktor utama projek ini ialah Petro Dynamic Engineering Sdn Bhd.Sementara itu, satu Majlis Penyerahan Dokumen antara pihak syarikat kepada kerajaan dan MSNT diadakan sempena majlis tersebut.Pengurusan dan penyelengaraan mini stadium dan padang ragbi bertaraf antarabangsa itu dikendalikan oleh MSNT.
31 Jul 19
1164
Terengganu FC Sedia Hadapi Saingan Piala Malaysia
Hishamuddin Abdul Karim. Foto ihsan - Media TFCKUALA TERENGGANU, 31 Julai – Motivasi pasukan naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu Football Club (TFC) berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan pertama Piala Malaysia 2019 menentang PKNS FC Jumaat ini.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan cabaran Piala Malaysia musim ini selepas melakukan beberapa persiapan memantapkan pasukan.Katanya, kemampuan para pemain akan dibuktikan dalam kancah saingan tersebut lebih-lebih lagi apabila berada satu kumpulan bersama juara Piala FA 2019, Kedah.“Walaupun dalam keadaan beberapa pemain yang cedera, tetapi kita telah menyusun kembali pasukan dengan baik, dan saya percaya pemangku jurulatih, Nafuzi Zain telah melakukan kerja yang baik bagi membina pasukan yang mantap.“Semangat pasukan berada pada tahap tinggi, kita sentiasa memberi motivasi dan insya-Allah mereka akan buat yang terbaik apatah lagi kita adalah naib juara musim lalu,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Serhii Andrieiev yang dinaikkan daripada TFC II beraksi cemerlang menetang JDT baru-baru ini.Sementara itu, pemain pertahanan TFC, Serhii Andrieiev berikrar memberikan aksi terbaik untuk memastikan benteng pertahanan skuad Penyu sukar ditembusi penjaring terbanyak Liga Super 2019 yang juga penyerang PKNS FC, Kpah Sherman.Pemain kelahiran Ukraine itu berkata, beliau tidak mahu mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh Nafuzi Zain serta rakan sepasukan baharunya dan akan diterjemahkan ketika TFC menerima kunjungan The Red Ants di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.“Memang ada sedikit kelainan apabila bermain dengan skuad 'abang' (TFC) berbanding ketika dengan pasukan asal iaitu TFC ll terutama daripada segi kualiti atau falsafah permainan kerana ia adalah di satu tahap yang lain.“Bagaimanapun saya akan cuba sehabis baik untuk mempamerkan aksi lebih mantap bagi membantu pasukan memenangi perlawanan pertama itu nanti,” ujarnya.
30 Jul 19
142
32 Pasukan Rebut Empat Slot Ke Kejohanan Piala YB Ahli Parlimen KT
Jadual perlawanan sebelah pagi.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 30 Julai - 32 pasukan dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk akan bersaing untuk merebut empat slot ke Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pertengahan Ogos ini.Slot tersebut akan diisi oleh empat pasukan terbaik yang bertarung dalam Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk bermula 2 Ogos nanti.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) DUN Batu Buruk, Abu Bakar Salleh sementara itu berkata, dalam menempuhi kehangatan kejohanan berkenaan, para pemain setiap pasukan dinasihatkan agar bermain dengan penuh semangat kesukanan.“Pasukan yang bertanding dingatkan agar bermain secara ‘fair play’ dan tidak secara agresif.“Peminat boleh hadir ramai-ramai menyaksikan di Padang Bola Sepak Lagun Chendering pada hari Jumaat dan Sabtu ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk, di sini semalam.Program yang akan berlangsung di Padang Bola Sepak Lagun Chendering itu dianjurkan oleh Kelab Belia Sahabat Batu Buruk (Sahabat) dan turut mendapat kerjasama daripada i-MiTs DUN Batu Buruk.
29 Jul 19
531
Terengganu Fight 2019 Hadiah Buat Peminat Muay Thai Tempatan
Antara aksi kejohanan edisi pertama tahun lalu.KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kurang lima hari lagi, peminat sukan lasak Muay Thai berpeluang menyaksikan pertembungan 12 petarung dalam dan luar negara di Kejohanan Terengganu Fight 2019 yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, 2 Ogos ini.Lebih menarik, kejohanan anjuran Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu (PMTNT) dan Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu diadakan secara percuma bagi menghargai peminat-peminat sukan berkenaan di seluruh negeri.Pengerusi Persatuan Muaythai Terengganu (PMTT) Najmi Abdullah berkata, kejohanan berkenaan diadakan bertujuan menarik minat bakat-bakat muda Muay Thai dalam usaha melahirkan atlet pelapis bertaraf profesional dari negeri itu.Najmi bersama wakil PKBM dan MSNT sewaktu sidang media Terengganu Fight 2019.“Kita menampilkan empat petarung profesional dari luar negara iaitu Felipe Lobo Amantha dari Brazil, Ayoub Sadam Sergama (Algeria), Rungravee Sasiprapa (Thailand) dan Latxasak Souliyavong (Laos).“Paling istimewa, anak Terengganu yang juga merupakan kapten Muay Thai Negara, Muhamad Ali Yaakub serta atlet-atlet kebangsaan seperti pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Ain Kamarrudin dan petarung kebanggaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Ropi Kuda Merah juga akan beraksi,” katanya dalam sidang media kejohanan itu, baru-baru ini.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut menyokong usaha yang dilaksanakan."Dengan adanya pendedahan seperti ini, generasi muda akan lebih terdedah dengan sukan lasak ini sekali gus mampu mencungkil bakat-bakat baharu di negeri ini."Cuma, kerajaan negeri amat mengharapkan penganjur akan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam aspek pemakaian atlet-atlet yang bertanding," katanya. Untuk rekod, tahun lalu, kira-kira 5,000 peminat sukan lasak itu membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak bagi menyaksikan kejohanan edisi pertama tersebut yang turut digegarkan dengan aksi hebat, lagenda Muay Thai, Saenchai.
28 Jul 19
1066
Kontinjen Marang Johan Sulung Piala Bola Jaring ADUN Wanita Terengganu
MARANG, 28 Julai - Pasukan Alur Limbat Sejahtera yang mewakili kontinjen Marang dinobatkan juara sulung dalam Kejohanan Tertutup Bola Jaring Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu peringkat negeri yang diadakan di Wakaf Tapai, kelmarin.Pengarah program, Tengku Fathimah Tengku Hashim berkata, kejohanan tersebut diadakan bertujuan membina semangat berpasukan selain memupuk suasana harmoni para wanita dalam masyarakat.“Bukan itu sahaja, kita juga dapat menepis stigma bahawa sukan hanya khusus untuk golongan tertentu sahaja. “Beriadah dan bersukan untuk melahirkan insan yang cergas dan cerdas dituntut oleh agama. Dalam kejohanan ini, kita turut berpakaian sukan patuh syariat sebagai menyahut seruan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap dalam penutup kejohanan itu.Kejohanan berkenaan menemukan 16 pasukan yang mewakili parlimen masing-masing setelah memenangi kejohanan peringkat daerah awal Julai lalu.Kejohanan tertutup itu dirasmikan sendiri ADUN Wanita, Zuraida Md Noor yang turut dihadiri Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Khairunnisa' (Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Bekas Wakil Rakyat Terengganu).Zuraida ketika berucap turut menzahirkan kegembiraan atas kejayaan acara yang julung kali diadakan itu.“Terima kasih atas usaha menjayakan program ini. Usaha mengetengahkan konsep sukan patuh syariah ini disambut baik di semua peringkat, namun usaha penerangan masih perlu dibuat. “Saya yakin tidak mustahil, agenda sukan patuh syariah ini akan dipersada di peringkat nasional,” katanya yang menasihati peserta agar sentiasa memperbetulkan niat untuk satu tujuan iaitu merapatkan hubungan antara satu sama lain.Selain bakal diadakan secara tahunan, Kejohanan Tertutup Bola Jaring ADUN Wanita menjadi pemacu acara sukan bagi wanita negeri Terengganu pada masa akan datang.
28 Jul 19
336
Kelulut FC Juara Piala ADUN Rhu Rendang
Kelulut FC.MARANG, 28 Julai – Pasukan Kelulut FC muncul sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang 2019 setelah mengenepikan cabaran Rhu Rendang FC dengan jaringan 2-0.Rhu Rendang FC terpaksa akur menerima kekalahan selepas dua jaringan Mohammad Khairul Nizam Abdul Wahab pada setiap babak perlawanan berjaya menjulang Kelulut FC.Jaringan Khairul Nizam pada minit ke-7 dan 50 itu turut menobatkan dia sebagai pemain terbaik perlawanan.Kejohanan bolasepak yang telah membuka tirai pada 4 April lepas dengan penyertaan 23 pasukan dari seluruh DUN Rhu Rendang itu ditutup dengan perlawanan akhir di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM), di sini semalam. Kejohanan yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar yang juga ADUN Rhu Rendang, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Aksi menarik kedua-dua pasukan.Ahmad Samsuri ketika berucap selepas perlawanan berkata, kerajaan negeri komited merancakkan aktiviti pelbagai bidang sukan di daerah ini khususnya bola sepak supaya setanding dengan daerah lain di negeri ini.Turut hadir ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong.Dalam kejohanan tersebut, juara membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta piala pusingan diikuti naib juara RM2,000 dan ketiga RM1,000.
27 Jul 19
343
Sukan Medan Eratkan Silaturrahim
Oleh : Saifullah JusohBESUT, 28 Julai - Sukan merupakan medan terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahmi sesama masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, selain untuk menyihatkan tubuh badan, sukan juga merupakan satu cara untuk kita membina hubungan yang baik dan mengelakkan permusuhan."Sukan juga merupakan satu cara untuk kita berhibur. Oleh sebab itu Islam sudah menetapkan cara yang sesuai untuk kita bersukan mengikut ajaran Islam iaitu dengan menutup aurat dan menjaga akhlak sesama kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Kuala Besut 2019 yang bertempat di Padang Astaka Kampung Pacakan, baru-baru ini.Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut ini telah disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada pengundi-pengundi DUN Kuala Besut.Ia juga turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan kejohanan ini, antaranya Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Amal Besut.
27 Jul 19
39