Artikel "Sukan" Terkini
Dua Gol Kipree Rentap Ego Sang Juara
Foto oleh - Media TFC.KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang Terengganu Football Club (TFC) untuk menewaskan Juara Piala FA, Kedah 2-0 pada aksi kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.Kekurangan pemain selepas penjaga gol, Ilham Amirullah diperintah keluar padang berikutan mengutip kad merah pada masa tambahan separuh masa pertama tidak menghalang TFC menjaringkan dua gol menerusi Tcheche Kipree.Pada awal saingan separuh masa pertama, penonton disajikan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan.Ia termasuk percubaan Lee Tuck pada minit ke-16 yang dihalang oleh pemain pertahanan Kedah.Gagal menyudahkan setiap peluang terhidang menyaksikan perlawanan separuh masa pertama berkesudahan dengan jaringan 0-0 . Ilham diperintah keluar padang setelah melakukan bentesan kepada Farhan Roslan.Bersambung pada babak kedua, Kedah yang berkelebihan seorang pemain mendominasi keseluruhan permainan.Meskipun diasak bertubi-tubi sejak awal babak kedua perlawanan, ia langsung tidak mematahkan semangat juang ‘Sang Penyu’ apabila gol pertama hadir pada minit ke-66 selepas sepakan percuma Lee Tuck ditanduk cantik Kipree.Tersentap dengan jaringan pasukan pelawat, Kedah menggandakan asakan terutamanya melalui penyerang berbisa mereka, Fernando Rodriguez Ortega.Serangan bertali arus ke kubu pasukan TFC hampir membuahkan hasil namun percubaan Farhan Roslan pada minit ke-70 dinafikan ketangkasan Penjaga Gol Gantian TFC, Wan Azraie.Kekentalan pertahanan TFC menyaksikan Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin terpaksa melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Zaquan Adha dan Mohammad Fayyadh pada minit ke-75 dan 80.Kemasukkan Fayyadh berjaya menambah bisa serangan Lang Merah apabila gelecekannya hampir memecah kebuntuan, namun bek tengah TFC lebih bersedia menahan rembatan itu.Wan Azraie yang menggantikan Ilham turut beraksi cemerlang.TFC yang sesekali melakukan serangan balas melalui Nabil Latpi dan Kipree hampir menambah derita Kedah pada minit ke-82 tetapi berjaya dihalang penjaga gol Kedah.Namun, pada minit ke-86 kesilapan pertahanan Kedah melenyapkan sorakan penyokong setia Kedah, apabila Kipree sekali lagi memanfaatkan peluang tersebut dengan membuat satu lambungan menarik melemaskan penjaga gol Lang Merah.Selesa mengatasi dua gol, TFC kental bertahan sehingga wisel penamat sekaligus membolehkan mereka menerajui carta teratas Kumpulan A selepas dua perlawanan.Sementara itu, Kedah jelas hampa dengan kekalahan mengejut terbabit walaupun beraksi di halaman sendiri dan kelebihan seorang pemain.
08 Aug 19
28
Ubi Terengganu Juara Ragbi U-12 MSSM
Pasukan Terengganu U-12 juara Ragbi MSSM. KUALA NERUS, 8 Ogos - Pasukan ragbi Terengganu bawah 12 tahun (U-12) dinobatkan juara Kejohanan Ragbi U-12 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) apabila menewaskan Perak dengan skor 22-5.Pencapaian tersebut nyata mengejutkan banyak pihak apabila pasukan bukan pilihan itu melepasi peringkat demi peringkat dengan baik.Jurulatih pasukan, Mohd Hilmi Mohd Yusoff melahirkan rasa syukur atas kejayaan itu.“Perlawanan pertama, bertemu dengan Perak kita kalah dan kami melihat ada masalah dengan psikologi pemain, kami selesaikan dan kita bangkit semula serta berjaya mengalahkan Johor, pasukan yang digeruni lawan di peringkat suku akhir.“Selepas itu, pemain-pemain semakin yakin untuk beraksi hari ini dan mereka bermain dengan menarik serta menunaikan hasrat untuk menjuarai kejohanan di halaman sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, hari ini.Untuk rekod, kali terakhir pasukan tuan rumah U-12 muncul juara adalah pada tahun 2007.Dalam perkembangan sama, pasukan Terengganu bawah 18 tahun (U-18) yang berdepan Melaka dalam perlawanan akhir Plate di Stadium Mini Gong Badak, hari ini berjaya mengungguli kategori berkenaan apabila menang 12-7.Zulkarnain (baju putih) puas hati perbaiki kedudukan.Jurulatih pasukan, Zulkarnain Mohd Zawawi melahirkan kegembiraan atas pencapaian tersebut. “Alhamdulillah, kita johan kategori Plate iaitu berada dalam kedudukan kelima keseluruhan. Pencapaian ini memperbaiki pencapaian tahun lepas di kedudukan kelapan keseluruhan.“Ini menunjukkan kita mula berada di landasan yang betul bagi memperbaiki semula pasukan U-18 kita setelah menjadi juara pada tahun 2015 lalu,” katanya.Pasukan U-18 meraikan kemenangan dalam kategori Plate.
08 Aug 19
967
Terengganu Ke Perlawanan Akhir Kejohanan Ragbi MSSM
Antara aksi perlawanan U-12 tadi.KUALA NERUS, 7 Ogos - Pasukan ragbi Terengganu bawah 12 tahun (U-12), berjaya melangkah ke perlawanan akhir (Cup) Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setelah menewaskan Sabah di peringkat separuh akhir, hari ini.Dalam perlawanan yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Gong Badak itu, Terengganu menang dengan mata 41-34.Jurulatih pasukan, Mohd Hilmi Mohd Yusoff melahirkan kegembiraan atas pencapaian tersebut.Mohd Hilmi."Alhamdulillah, kita berjaya ke perlawanan akhir setelah sekian lama tidak berada pada tahap ini."Kita akan mencuba sebaik mungkin dalam perlawanan esok untuk menjadi juara di bumi Terengganu ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.Terengganu akan menentang pasukan Perak yang menang ke atas Selangor melalui lambungan syiling setelah terikat 20-20 sehingga tamat masa tambahan.Pemain dan penyokong merakamkan kenangan selepas perlawanan.Sementara itu, pasukan Terengganu bawah 18 tahun (U-18) berjaya menebus kekalahan semalam apabila turut mara ke perlawanan akhir kategori Plate setelah menewaskan Kuala Lumpur 10-3, dalam separuh akhir yang berlangsung petang tadi.Perlawanan akhir U-12 akan berlangsung di padang SM Teknik Terengganu pada jam 9.30 pagi esok.Manakala, perlawanan akhir kategori Plate pula akan berlangsung pada jam 9.45 pagi esok di Padang B, Mini Stadium, Kompleks Sukan Gong Badak.Aksi Terengganu U-18 semalam.
07 Aug 19
1265
Terengganu FC2 Atur Langkah Pertahan Piala Cabaran 2019
Bruno Suzuki jaring dua gol bantu Terengganu FC2 atasi Kuala Lumpur.KUALA TERENGGANU, 6 Ogos - Juara bertahan tahun lalu, Terengganu Football Club (TFC) 2 memulakan saingan Kumpulan B Piala Cabaran 2019 dengan kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur, semalam.Melayan kunjungan Warga Kota di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), tuan rumah mempamer aksi meyakinkan apabila kerap melakukan percubaan-percubaan merbahaya ke kubu pelawat.Penyerang dari Jepun, Bruno Suzuki pada minit ke-21 cuba menyempurnakan hantaran Marcel Dechi tetapi kuisannya hanya melepasi palang gol.Biarpun perlawanan tampak seimbang, Terengganu FC2 lebih tajam di hadapan kubu lawan dan beberapa kali mengancam benteng pelawat.Pada minit ke-28, Mohammad Ridzuan Razali berjaya mengelecek dari tengah pada sebelum rembatannya dari luar kotak penalti. Sayangnya, rembatan tersebut dinafikan palang gol.Terengganu FC2 menggandakan serangan dan Ridzuan sekali lagi berjaya meloloskan diri untuk berdepan penjaga gol lawan, tetapi rembatannya ditampan Mohamad Faridzuean.Di minit akhir separuh masa pertama, Marcel menyempurnakan sepakan percuma Terengganu FC2 dengan menghantar bola tepat kepada Bruno yang disudahkan rembatan deras menembusi gawang pelawat.Memasuki babak kedua, pasukan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan itu mendapat peluang menjarakkan kedudukan apabila dihadiahkan penalti pada minit ke-55, namun gagal disempurnakan Bruno.Rentak perlawanan terus rancak antara kedua-dua pasukan. Pada minit ke-62, Terengganu FC2 berpeluang mengatur serangan balas dan Ashari Samsuddin melakukan lorongan cantik yang berjaya disudahkan Bruno memberikan harapan tiga mata buat pasukan.Tersentak dengan keadaan itu, Kuala Lumpur cuba menggasak kubu tuan rumah. Kesungguhan pelawat akhirnya berhasil pada mnit akhir perlawanan apabila Paulo Josue berjaya melakukan rembatan dari luar kotak penalti menebusi gawang yang dikawal Mohd Shamirza Yusoff.Bagaimanapun, kebangkitan itu tidak cukup untuk mencuri satu mata daripada Sang Penyu. Tamat perlawanan, keputusan kekal 2-1 meletakkan Terengganu FC2 berada di landasan yang betul untuk mempertahankan kejuaraannya.
06 Aug 19
176
400 Sertai Acara Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMARANG, 4 Ogos- Seramai 400 peserta mengambil bahagian dalam acara berbasikal Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge sejauh 30 kilometer yang bermula di susur masuk lebuhraya Bukit Payung melalui lebuhraya Telemong dan berakhir di lokasi yang sama, semalam.Acara berbasikal yang julung kali dianjurkan Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung itu terbahagi kepada tujuh kategori iaitu RB pro, RB Open, RB Amatur, RB Veteran & Heavyweight dan MTB Vetaran & Heavyweight.Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata program berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa apabila penyertaan daripada peminat sukan berbasikal dua kali ganda sasaran asal.“Saya melihat program sebegini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dimana pada jangkaan awal hanya mensasarkan sekitar 200 orang peserta sahaja tetapi kita mendapat dua kali ganda daripada jumlah itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelepasan flag off Bukit Payung 2019 (BP19) Highway Challenge di susur masuk lebuhraya Bukit Payung, semalam.Mohd Nor yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, program sebegini bagus buat remaja dimana dapat bersukan secara sihat dan dalam masa yang sama mengelakkan mereka terjerumus dengan gejala tidak berfaedah.Sementara itu, Penghulu Mukim Bukit Payung merangkap Ketua Penganjur, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki berkata, walaupun pertama kali dianjurkan program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan dimana terdapat penyertaan dari luar termasuk Pahang dan Kelantan.Beliau juga berkata, BP20 Highway Challenge akan dianjurkan pada tahun hadapan diatas sambutan yang mengalakkan ini. “Kami mendapat peserta dari seluruh Terengganu serta sekitar Pahang dan Kelantan dan diatas sambutan yang mengalakkan ini kami akan meneruskan program sebegini dimana akan membuat BP 20 Highway challenge pada tahun hadapan,” ujar beliau.BP19 Highway Challenge turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan kelab-kelab ternama seperti Terengganu Cycling Team (TSG) serta skuad Team Pelapis Negeri Terengganu, Team Sukma Terengganu, LAW Cycling Team, IZRIMEEBIKE, BMCC dan Pasir Puteh Cycling Team.
04 Aug 19
484
Beregu CBBC dan GTBC Cemerlang Raih Johan
Azmi (Tengah) bersama Johan Kategori Expert dan Novice Oleh: Ariss AliasSETIU, 4 Ogos – Pasangan beregu Mohd Amirul Aizat dan Ahmad Bustamin Abdullah daripada Chalok Barat Badminton Club (CBBC) dan Mohd Syahrizal Arbae yang berpasangan dengan Mohd Syahmi Awang daripada Gong Terap Badminton Club (GTBC) cemerlang meraih johan kategori masing-masing.Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap yang berlangsung di Dewan Sivik Chalok Kedai, pasangan daripada CBBC itu mengenepikan cabaran Nazri Ismail dan Azwadee Ismail dari Rahmat Badminton Club (RBC) 22-20, 25-23 untuk muncul johan kategori ‘Expert’ dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400.Bustamin berkata, dia berpuas hati dengan pasangannya yang sama-sama bekerja keras mengejar kemenangan dan menyifatkan tidak ada laluan mudah untuk bergelar juara.Izat pula menyifatkan kejayaan ini tidak mungkin akan dicapai tanpa sokongan Ahmad Suhardy Hamzah selaku pengurus pasukan CBBC dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suharmizi Hamzah, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Chalok Permai yang banyak memberi sumbangan untuk kemajuan sukan badminton kelab terbabit. Kategori ‘Novice’ pula menyaksikan gandingan Mohd Syahrizal Arbae dan Mohd Syahmi Awang terpaksa bergelut hingga ke set penentuan sebelum menundukkan Aliff Nazmi dan Wan Shahrazuan (CBBC) 21-18, 16-21, 23-21. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.Pegawai Penyelaras DUN Langkap Azmi Maarof ketika merasmikan majlis penutup berkata, beliau amat berpuashati dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat DUN Langkap samaada dari segi penyertaan sebagai pemain dan sokongan sebagai penonton.“Tahniah saya ucapkan kepada pemenang. InsyaAllah kejohanan badminton peringkat parlimen akan diadakan pada tarikh yang bakal ditetapkan kemudian, saya harapkan pemain-pemain yang mewakili DUN Langkap nanti akan dapat mencapai kejayaan seterusnya menaikkan nama DUN kita ini.“Selepas ini, kita akan mengadakan kejohanan bola sepak peringkat DUN Langkap yang akan dibuat pada pertengahan bulan September depan. Saya harapkan semua pasukan dapat menyiapkan pasukan masing-masing untuk merebut piala nanti,” ujarnya.Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam disertai oleh 20 pasangan yang bertanding dalam kategori ‘Expert’ dan 39 buah pasukan dalam kategori ‘Novice’.Dewan Sivik Gong Terap antara yang menjadi gelanggang bagi pusingan peringkat kumpulan dan 16 kategori Novice sementara peringkat separuh akhir dan akhir kedua kategori telah dilangsungkan di Dewan Sivik Chalok Kedai.
03 Aug 19
258
280 Pelumba Motocross Berentap Di Gong Badak Terengganu
Antara peserta yang mencuri tumpuan.KUALA NERUS, 3 Ogos - Seramai 280 pelumba sukan motocross dari seluruh Semenanjung Malaysia berentap dalam kejohanan KBS Motocross Championship 2019 di Gong Badak yang bermula semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program kali pertama diadakan di Terengganu itu mendapatkan sambutan yang menggalakkan dalam kesemua 12 kategori pertandingan.Jelasnya, kejohanan dua hari itu melibatkan pelbagai lapisan umur peserta, iaitu bermula daripada 18 hingga 60 tahun.“Program seumpama ini secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai untuk menggayakan minat dan budaya hidup mereka dengan cara yang sihat.“Ia juga dapat memupuk minat anak muda Terengganu untuk turut serta dalam sukan lasak ini dan dalam masa yang sama, kepakaran yang mereka ada tidak disalahgunakan untuk perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.Wan Sukairi bersalaman dengan peserta yang terlibat dalam kejohanan itu.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dalam kategori Open Enduro, di Litar Permotoran Gong Badak, di sini semalam.Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim serta pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.Menurut Wan Sukairi lagi, Terengganu sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti sukan yang memupuk dan membina jati diri anak-anak muda bagi membina pelapis kepimpinan negeri yang berkualiti. “Kita mengharapkan pada masa akan datang, lebih banyak lagi program-program seperti ini mahupun yang lebih besar lagi termasuk penyertaan dari dalam dan luar negara dilaksanakan.“Saya juga difahamkan, hujung tahun ini akan ada kejohanan motocross terbesar yang membabitkan peserta dari luar negara, ia akan berlangsung di Pantai Mak Nik, Kemaman,” tambah beliau.
03 Aug 19
563
Kejohanan PPD Bukit Besi Medan Lahir Bintang Bola Sepak
Ghazali Sulaiman bersama pasukan bertanding Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 Ogos - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah bagi merebut Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi meletakkan misi untuk terus melahirkan pemain bintang di peringkat tertinggi. Penyelaras Pemuda DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, sebanyak 18 pasukan yang menyertai acara berprestij tersebut telah menyajikan aksi terbaik bagi merebut kejuaraan.Katanya, kejohanan seperti itu mampu mencungkil bakat-bakat baharu seperti yang pernah dilahirkan sebelum ini.“Ia telah terbukti sebagaimana munculnya bakat berkualiti seperti penjaga gawang Terengganu FC, Ilham Amirullah dan Kapten Pasukan Terengganu FC II, Hasbullah Awang,menunjukkan sentiasa ada bakat-bakat baharu yang boleh digilap,” katanya semasa ditemui media selepas kejohanan berkenaan berakhir baru-baru ini.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman memberi penghargaan atas penganjuran kejohanan berkenaan kepada PAS dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Besi.Menyaksikan kejohanan yang sedang berlangsung.“Kita harapkan agar aktiviti sukan dan kejohanan tidak bertumpu pada bola sepak sahaja, perlu juga kepada menganjurkan aktiviti sukan yang lain seperti ping pong, badminton, berbasikal dan sebagainya agar akan lebih ramai lagi mampu melibatkan diri, kerana minat diantara anak muda adalah berlainan,” saran beliau.Dalam kejohanan tersebut Bukit Besi A telah mencipta sejarah apabila memenangi kejohanan itu sekaligus membawa pulang piala, medal berserta wang tunai sebnayak RM 1,000.Naib Johan pula dimenangi Kuala Jengai B dengan membawa pulang medal beserta wang tunai RM700, manakala tempat ketiga dan keempat diungguli Kuala Jengal A serta Ayahanda FC sekaligus membawa pulang wang sebanyak RM400 berserta medal.18 pasukan lain yang turut berentap ialah Bukit Besi B, Syukur A, Kuala Jengai A, Dendang FC, Jerangau, Taman Mulia, Syukur B, AMBS A, Perumahan Bukit Besi, Felda Jerangau, Pasir Raja FC, Besol, Bukit Besi A, Setia FC, Tangki Air, Sri Cemerong, Gabang FC dan Kuala Jengal B.
03 Aug 19
42
Alhamdulillah, Kita Dapat Tiga Mata
Sanjar berjaya jaring dua gol.KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - "Alhamdulillah, kita dapat tiga mata," itu luahan pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain setelah pasukannya menewaskan PKNS FC 3-1, semalam.Melayan kunjungan pelawat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dalam aksi pertama Piala Malaysia 2019, Nafuzi berpuas hati dengan aksi bersemangat anak-anak buah kendaliannya.“Paling penting, kita dapat tiga mata dan jaringan besar yang terhasil adalah bonus bagi kami. Tahniah kepada pemain atas komitmen dan semangat walaupun kita beraksi tanpa kelibat beberapa pemain utama.“Perlawanan ini adalah aksi yang terbaik pasukan di bawah kendalian saya. Tetapi, belum cukup sempurna dan masih banyak pergerakan dan peningkatan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, semalam.Nafuzi puas hati aksi bersemangat pasukan.Beliau turut memaklumkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak meletakkan sebarang tekanan sebaliknya memberi sepenuh sokongan untuk memberikan yang terbaik dalam kempen kali ini.Nafuzi juga mengingatkan pemain untuk terus mendapatkan mata penuh dalam perlawanan seterusnya menentang Kedah di Alor Setar pada 8 Ogos ini.“Kita tahu, moral pasukan lawan tinggi selepas memenangi Piala FA baru-baru ini. Tetapi, kita akan terus cuba menambah kualiti dalam permainan kerana kita perlukan setiap perlawanan untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.
03 Aug 19
59
Terengganu Fight Muay Thai Acara Tahunan Pelancongan Negeri
Ariffin (dua dari kanan) menyampaikan piala kepada Ali (tengah) dalam Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus.KUALA NERUS, 3 Ogos - Kerajaan Terengganu akan memasukkan Terengganu Fight Muay Thai dalam kalendar pelancongan negeri sekiranya penganjur berhasrat meneruskan pertandingan itu tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, pertandingan berprestij itu adalah kali kedua buatnya semalam."Malam ini (malam semalam) adalah untuk tahun kedua saya hadir di sini bagi menyaksikan perlawanan Muay Thai.Ariffin (tiga dari kanan) bersalaman dengan peninju dari negara Algeria."Tahun hadapan kalau pihak penganjur bersetuju untuk menganjurkan buat kali ketiga, saya akan memasukkan acara ini dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika merasmikan Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman.Acara tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.Ali (kanan) dalam satu aksi menentang Deng di Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus, semalam.Dalam perkembangan lain, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan negeri baru sahaja membuka 'drawbridge' kepada laluan kenderaan kelmarin."Kita (kerajaan negeri) mengharapkan Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dalam semua bidang," ujarnya.Ariffin turut menyampaikan piala kepada peninju Terengganu, Ali Yakob selepas menang dengan kiraan mata mengalahkan peninju dari Kelantan, Deng Chidam.Ali dan Deng adalah saingan regu keenam dan terakhir dalam pertandingan tiga pusingan bertaraf dunia itu.Pertandingan tahunan itu disertai oleh peninju dari Republik Islam Iran, Algeria, Laos, Thailand dan Malaysia.Turut diadakan cabutan bertuah berupa hadiah dua buah motosikal berjenama yang dimenangi dua anak Terengganu termasuk dari Besut dan Setiu.
02 Aug 19
724