Artikel "Sukan" Terkini
Penyertaan Kontinjen Kelantan Bakal Meriahkan SUTERA 2019
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos- Kontinjen Kelantan akan turut dijemput memeriahkan lagi Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019 yang akan diadakan pada 5 hingga 9 September ini di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pasukan yang terdiri daripada atlet Negeri Kelantan itu akan mengambil bahagian dalam enam acara pilihan daerah.“Kelantan (kontinjen kesembilan) akan menghantar atlet negerinya untuk turut sama beraksi di SUTERA 2019 hanya sekadar untuk memeriahkan acara dimana pungutan pingat yang diperolehi tidak akan dikira seperti lapan daerah lain.Katanya, sukan ini hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja atau yang bermastautin di negeri ini dan penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM132,000 untuk tahun ini.“Juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000.Bagi Olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang,” katanya ketika bersiaran secara langsung di TV Darul Iman, Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Menurut beliau, terdapat 13 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam SUTERA 2019 yang julung kali diadakan itu yang mana tujuh daripadanya adalah acara wajib dan enam lagi merupakan acara pilihan daerah-daerah yang telah dipersetujui.Tambahnya lagi, SUTERA bakal menghidupkan kembali peranan Majlis Sukan Daerah yang sudah lama menyepi dengan penganjurannya termasuk menjadi medium bagi mengaktifkan atlet yang berusia 21 tahun ke atas menggunakan platform SUTERA untuk meneruskan karier mereka.“Dalam pada masa yang sama, kita mahu membentuk masyarakat yang aktif , sihat, berdisiplin dan bersatu padu di kalangan rakyat dimana kita mensasarkan SUTERA 2019 sebagai satu platform kepada para belia atau remaja dengan menjadikan sukan sebagai satu kaedah yang terbaik bukan sahaja mengisi masa mereka tetapi boleh dijadikan impian ataupun mengejar cita-cita kerana kita tahu sukan pada hari ini bukan sekadar hobi tetapi boleh dijadikan karier untuk masa depan masing-masing,” ujarnya.
25 Aug 19
47
Jambatan Angkat Laluan Baharu LAJSM’19 Terengganu
Wan Sukairi bersama wakil penaja LAJSM '19.KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) menyajikan kelainan apabila turut memasukkan Jambatan Angkat atau Drawbridge sebagai laluan utama pada penganjuran kali ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan, laluan tersebut akan dilalui oleh peserta larian bagi kategori 42km dan 21km sebelum ke Jambatan Sultan Mahmud yang menjadi ikon utama kejohanan.“Bagi kategori lain iaitu 12km, 8km dan 5km pula akan melalui laluan dalam bandar dan Jambatan Angkat sebelum berpatah balik ke lokasi akhir di Batu Burok.“Dalam LAJSM ’19, seramai 25,500 peserta telah mendaftar. Dari jumlah tersebut, seramai 5,000 merupakan peserta dari luar negeri termasuk 210 peserta dari luar negara,” katanya dalam sidang media kejohanan berkenaan, di Wisma Darul Iman, semalam.Turut hadir, wakil-wakil penaja iaitu Ultron, 100 Plus, Prozin, Yakults, Primula Beach Hotel dan Red Bull Malaysia. Beliau turut menyatakan, kerajaan negeri telah mengurangkan penajaan kos penganjuran kepada RM800,000 tahun ini dengan hampir 50 peratus pengurangan berbanding RM 1.5 juta tahun lalu.“Kami berterima kasih kepada para penaja yang setia dengan LAJSM ’19. Walaupun dengan kos lebih rendah, kerajaan negeri yakin Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) sebagai penganjur utama akan menyediakan kualiti terbaik dalam penganjuran ini.“Saya juga menyeru kepada para peserta untuk hadir bersama keluarga sekali gus dapat menikmati kecantikan dan keindahan budaya negeri ini serta mendapatkan barang-barang yang hanya ada di Terengganu,” katanya.LAJSM ’19 merupakan salah satu usaha kerajaan negeri menjayakan Visit Beautiful Terengganu 2020. Selain sukan itu, kerajaan negeri juga berusaha menaikkan pelbagai penganjuran sukan lain dalam usaha mempromosikan Terengganu menggunakan tema ‘Sport Tourism’.
25 Aug 19
130
Belia Terengganu Perlu Ambil Peluang Dalam Sukan Permotoran- Wan Sukairi
KUALA NERUS, 25 Ogos – Kerajaan negeri berharap belia-belia Terengganu dapat mengambil peluang penganjuran sukan permotoran di negeri itu untuk memajukan diri dalam sukan berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penganjuran sukan permotoran dapat memberi pendedahan kepada anak-anak muda yang meminati sukan seumpamanya.“Kami mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan berharap penganjuran sukan-sukan ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.“Melalui penganjuran sebegini, para belia dapat mengambil peluang serta mereka yang berminat boleh memajukan diri dengan menyertai sukan begini dengan cara yang benar, bukan sebaliknya,” katanya. Wan Sukairi bergambar bersama penganjur dan pemenang Kelas CP150.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Malaysia Cup Prix, di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Menurutnya, terdapat beberapa kelab permotoran di negeri Terengganu antaranya di Kemaman, Dungun yang boleh digunakan sebagai saluran yang baik untuk minat mereka dalam sukan permotoran.Dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar mengatasi Nazirul Izzat Bahauddin (ONEXOX TKKR SAG Team) untuk mengungguli kelas kelas CP150 dalam pusingan kelima semalam.Manakala, anak kelahiran Terengganu, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) hanya menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan tersebut.Bagi peringkat seterusnya, pusingan keenam akan berlangsung di Teluk Intan Perak pada 7-9 September nanti.
25 Aug 19
53
Gong Nangka FC Rangkul Piala ADUN Jabi
Gong Nangka FC dinobatkan selaku juara kejohanan.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 25 Ogos - Pasukan Gong Nangka FC berjaya merangkul Piala Kejohanan Bola Sepak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi 2019 selepas mengalahkan Jabi United dengan jaringan satu gol tanpa balas, petang semalam.ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, semangat kesukanan serta tahap kematangan dan profesional para pemain menjadikan kejohanan ini berjalan dengan lancar apabila mencatatkan sifar kad merah.“Tidak ada seorang pun pemain yang diarahkan keluar padang berbanding dengan jiran-jiran kita di Daerah Besut yang kejohanan mereka ada tiga atau empat kad merah. Maknanya, pemain-pemain kita bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.“Saya yakin bahawa setiap pasukan yang bertanding bukan meletakkan hadiah sebagai matlamat utama tetapi semangat kesukanan, ukhwah, pertemuan ikatan antara kita inilah antara fokus dan objektif utama daripada kejohanan ini,” jelasnya ketika berucap pada perlawanan akhir kejohanan berkenaan. Tambah beliau, Persatuan Pengadil Daerah Besut turut memaklumkan bahawa kejohanan bola sepak ini merupakan pertandingan peringkat kampung yang paling paling teratur pengurusannya. Dr Azman mahu kejohanan seperti itu terus ditingkatkan kualitinya agar pemain-pemain bintang mampu dilahirkan.“Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengurus pasukan, pemain dan semua penyokong yang hadir memeriahkan kejohanan, tanpa anda semua, tiadalah kejohanan ini,” tambahnya.Dalam pada itu Dr Azman memaklumkan, format kejohanan akan ditambah baik supaya menjadi lebih meriah dengan melibatkan lebih banyak pasukan.Ujarnya, dalam masa yang sama ia boleh menghidupkan kembali padang-padang bola di seluruh kawasan Jabi.“Sebelum ini kita hanya tertumpu dengan dua padang sahaja. Dengan kejohanan secara liga divisyen timbal balik ini akan menjadikan ia lebih meriah dan menyeluruh di seluruh Jabi.“Selain itu, ia mampu diadakan dalam tempoh yang lebih panjang dan anak-anak muda terisi dengan kejohanan yang mengajak kita bersama untuk mengamalkan cara hidup sihat,” katanya lagi.“Mudah-mudahan kejohanan yang berlangsung tahun ini kita boleh teruskan dengan lebih baik untuk tahun akan datang. Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Jumpa lagi tahun 2020 dengan format yang lebih baik. Habis duit sikit tidak apa, asalkan anak muda kita gembira,” ujarnya lagi.
24 Aug 19
116
1,545 Atlet Bakal Beraksi Di SUTERA 2019
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos – Seramai 1,545 atlet dari lapan daerah bakal berentap untuk Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang akan diadakan pada 5 hingga 9 September ini bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia berkonsepkan sukan untuk semua, melibatkan atlet pelapis (had umur) dan juga atlet elit (terbuka) di Terengganu.Katanya, sukan ini terbuka hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja atau yang bermastautin di negeri ini serta penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM132,000.“SUTERA merupakan sukan yang julung kali diadakan di Terengganu dan ia akan berlangsung pada 5 hingga 9 September di Kompleks Sukan Negeri , Gong Badak selama empat hari.“Juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000.Bagi Olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang .“ katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Kali Kedua Sutera 2019 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Menurut beliau, terdapat 13 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam SUTERA 2019 yang mana tujuh daripadanya adalah acara wajib dan enam lagi merupakan acara pilihan daerah-daerah yang telah dipersetujui.Tambahnya lagi, SUTERA bakal menghidupkan kembali peranan Majlis Sukan Daerah yang sudah lama menyepi dengan penganjurannya termasuk menjadi medium bagi mengaktifkan atlet yang berusia 21 tahun ke atas menggunakan platform SUTERA untuk meneruskan karier mereka.“Dalam pada masa yang sama, kita mahu membentuk masyarakat yang aktif , sihat, berdisiplin dan bersatu padu di kalangan rakyat dimana kita mensasarkan SUTERA 2019 sebagai satu platform kepada para belia atau remaja dengan menjadikan sukan sebagai satu kaedah yang terbaik bukan sahaja mengisi masa mereka tetapi boleh dijadikan impian ataupun mengejar cita-cita kerana kita tahu sukan pada hari ini bukan sekadar hobi tetapi boleh dijadikan karier untuk masa depan masing-masing,” ujarnya.
24 Aug 19
39
Terengganu Juara Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2019
Pasukan Judo Terengganu mempamerkan pingat ydam piala ang dimenangi. Foto: Media MSNT.Oleh: Muhammad 'Ammaar Salehudin KUALA NERUS, 19 Ogos – Kontinjen Terengganu berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan edisi Ke-24 yang berakhir semalam.Kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak itu menyaksikan skuad Sang Penyu berjaya membawa pulang 52 pingat keseluruhan iaitu 22 pingat Emas, 12 Perak dan 18 Gangsa meninggalkan pesaing terdekat, Pulau Pinang yang mengumpul 14 Emas, 14 Perak dan 1 Gangsa manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ditempat ketiga keseluruhan dengan 8 Emas, 9 Perak dan 4 Gangsa. Ali Tengah selaku pengurus pasukan ketika dihubungi berkata, atlet Terengganu berada dalam prestasi terbaik melalui persiapan rapi yang dilakukan oleh barisan jurulatih yang diberi tanggungjawab, diketuai oleh Marjan Abdullah. “Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet yang telah berjuang bermati-matian sehingga berjaya meletakkan nama Terengganu di tahap yang tertinggi dan merebut piala Juara Keseluruhan kejohanan ini. Ali Tengah.“Namun begitu, kita tidak harus leka malah menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk melipatgandakan usaha supaya mencapai prestasi terbaik di SUKMA Johor 2020 nanti,” katanya.Kejohanan berkenaan disertai 319 atlet daripada 11 pasukan pada kali ini turut mempertandingkan empat kategori umur iaitu B21, B17, B14 dan B12 tahun. Terengganu muncul juara 3 kategori manakala menduduki tangga ketiga bagi kategori B12 dengan pungutan 1 Emas dan 1 Gangsa.Antara aksi dalam kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2019. Foto: Media MSNT. Sementara itu Presiden Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA), Wan Mohd Hamidi Wan Harun ketika mengulas pencapaian pasukanya, berbangga dengan prestasi yang dipamerkan atlet negeri. “Syukur kerana penganjuran kali ini berjaya dikelola dengan baik tanpa sebarang masalah. Terima kasih terutama kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman yang merupakan penaung TEJA, atas sumbangan dan sokongan. Begitu juga, kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negara(MSN) yang memberikan bantuan material serta khidmat nasihat penganjuran,” katanya.Foto: Media MSNT.
19 Aug 19
867
Hatrik Kipree Benam Negeri Sembilan
Kipree mendedikasikan hatrik pertamanya musim ini untuk Suffian.KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Terengganu Football Club (TFC) meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Piala Malaysia apabila garang menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.Jaringan Hatrik daripada penyerang berbisa TFC, Tchetche Kipree didedikasikan khas buat penjaga gol pasukan itu, Suffian Abdul Rahman yang meninggal dunia tengah hari tadi.TFC bermula garang apabila melancarkan serangan seawal minit ke-6 permainan, namun sepakan leret Kipree ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan, Mohamad Fadzley Abdul Rahim.Tidak berputus asa, TFC terus melancarkan serangan demi serangan yang hampir membuahkan hasil apabila percubaan Lee Tuck pada minit ke-16 sekali lagi ditangkis Mohamad Fadzley.Berselang satu minit kemudian, Negeri Sembilan yang hadir untuk memburu mata pertama sesekali mengancam kubu TFC melalui Jose Almir Barros Neto yang berjaya melepasi kawalan pertahan TFC namun digagalkan Serhii Andrieiev.Perlawanan berlangsung rancak dengan serangan bertali arus pasukan TFC, namun penyudah yang tumpul menghampakan 7,750 penyokong yang hadir ke stadium.Lee Tuck turut beraksi cemerlang dengan hantaran-hantaran menarik yang manghasilkan gol.Walau bagaimanapun, tiga minit sebelum permainan separuh masa pertama berakhir, Kipree muncul wira TFC apabila berjaya memecahkan kebuntuan hasil umpanan cantik Sanjar Shaakmedov dalam kotak penalti.Kipree yang tidak dikawal tenang menyudahkan hantaran itu untuk memastikan TFC mendahului Negeri Sembilan sejurus tamat babak pertama.Bermula separuh masa kedua, TFC terus garang melancarkan serangan bagi memburu gol kedua, peluang itu hadir pada minit ke-47 hasil gerakan cantik Sanjar dan Rahmat Makasuf namun sepakan Kipree melambung tinggi.Tersentak dengan serangan itu, Negeri Sembilan menyerang balas, pada minit ke-57 gerakan cantik yang bermula dari bahagian sayap hampir menewaskan Wan Azraie teteapi gagal disudahkan dengan sempurna oleh Danial Hadri apabila sepakan lemahnya diselamatkan.Rahmat yang beraksi lincah di bahagian sayap kanan TFC sesekali menguji penjaga gawang Negeri Sembilan tetapi aksi cemerlangnya menafikan segala gerakan menarik daripada bahagian itu.Kemasukkan Malik berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.Selepas berhempas pulas, gol kedua TFC muncul pada minit ke-56 apabila Kipree bijak melakukan tandukan hasil sepakan sudut Lee Tuck.Namun, kegembiraan TFC tidak lama, apabila berselang 10 minit kemudian, Negeri Sembilan berjaya merapatkan kedudukan, apabila tandukan cantik Igor Luiz berjaya menewaskan Wan Azraie di penjuru kiri gawang gol.TFC terus memperkemaskan pasukan dengan memasukkan Abdul Malik pada minit ke-77, dan ia berhasil apabila gerakan Malik berjaya membuatkan pertahanan Negeri Sembilan melakukan beberapa kesilapan mudah.Hasilnya, lima minit sebelum perlawanan tamat, Kipree tenang melakukan sepakan leret untuk melengkapkan hatriknya apabila berlaku keadaan kucar kacir di dalam kotak penalti Negeri Sembilan.Kedua-dua pasukan saling memburu jaringan sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan dengan keputusan muktamad TFC menang 3-1
17 Aug 19
90
Terengganu Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Suffian
SETIU, 17 Ogos - Pemergian Penjaga Gol Terengganu Football Club (TFC), Suffian Abd Rahman mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak negeri itu termasuk Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Ahmad Samsuri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Suffian yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.00 petang tadi."Dengan rasa dukacita saya mengambil kesempatan ini mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Suffian."Pihak kerajaan negeri sangat terhutang budi dengan segala permainan (khidmat) dan jasa yang telah diberikan sepanjang menyarung pasukan TFC," ujarnya ketika ditemui pemberita, di program pesta makan buah, kampung Pelong, di sini hari ini.Tambah beliau, pihak kerajaan akan memikirkan cara terbaik untuk menyalurkan sumbangan sebagai menghargai jasa Suffian."Kita akan memikirkan sebarang bentuk sumbangan yang akan disalurkan kepada keluarganya, atas jasanya selama ini."Diharap keluarganya juga tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini," tambah beliau.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol Pauh selepas solat asar hari ini.Pada 1 Ogos lalu, penjaga gol berpengalaman itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami masalah jantung.Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari dirawat di HSNZ, Suffian berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang untuk membuat rawatan susulan.Musim lalu, Suffian merupakan watak utama yang membawa skuad Penyu muncul naib juara Piala Malaysia dan menduduki tangga keempat Liga Super.Pemain paling senior Liga Malaysia (Liga M) itu yang menyarung jersi skuad TFC bermula pertengahan 2017 juga beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.
17 Aug 19
1608
Nafuzi Waspada Ancaman Negeri Sembilan
Foto: Media TFC.KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Pengendali sementara Terengganu Football Club (Terengganu FC), Nafuzi Zain mengingatkan anak supaya berwaspada dengan ancaman yang mampu dijelmakan pasukan Negeri Sembilan dalam pertemuan malam ini."Pihak lawan inginkan kemenangan untuk mengekalkan cabaran pasukan mereka dalam kempen Piala Malaysia kali ini," katanya ketika ditemui media di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), baru-baru ini.Melayan kunjungan si Rusa dalam aksi ketiga di halaman sendiri, Sang Penyu turun pincang tanpa penjaga gol utama, Ilham Nasrullah yang digantung perlawanan akibat menerima kad merah ketika menentang Kedah, minggu lalu.Nafuzi bagaimanapun, yakin kekurangan itu dapat ditampung penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh."Selain Ilham, pasukan kami juga berdepan kecederaan beberapa pemain penting tetapi saya percaya pemain sedia ada mampu menggalas tugas sebaiknya."Azraie sendiri bermain cemerlang ketika dimasukkan dalam perlawanan tersebut dan saya yakin dengan kemampuannya," katanya.Beliau turut berharap 'pemain ke-12' turun menghangatkan suasana dan memberi suntikan semangat kepada pasukan, malam ini.
16 Aug 19
258
Elak Judi Dalam Sukan Bola Sepak
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 15 Ogos – Semua aktiviti sukan termasuk kejohanan bola sepak berupaya menerapkan ukhuwah dan bukannya dianggap sebagai hiburan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata sebagai umat islam, tidak wajar sama sekali menjadikan sukan bola sepak sebagai hiburan sebagaimana yang dilakukan masyarakat di negara barat..“Umum mengetahui, masyarakat di negara itu gemar menjadikan sukan bola sepak sebagai bonus menghasilkan duit melalui pelbagai cara, terutama judi.“Perkara itu jelas haram di sisi agama islam dan pastinya akan dilaknat Allah. Oleh itu, masyarakat perlu peka perkara ini,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Jersi Pasukan di Dewan Dato Wan Mutallib, Kuala Ibai semalam.Pasukan Budiman FC, Kuala Ibai Pantai FC, Padang Negara FC dan Island FC adalah empat pasukan yang berjaya mewakili DUN Batu Buruk ke Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung dalam tempoh masa yang terdekat.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri turut memberitahu semangat persaudaraan dan silaturahim berjaya dipupuk untuk membina masyarakat yang lebih baik.“Apa yang penting,kita tunjukkan semangat kesukanan,mengikut peraturan dan undang-undang,mengawal emosi supaya kita bermain dalam suasana matang dan Sejahtera.Matang dan Sejahtera bukan sahaja di dalam politik bahkan di dalam bola sepak pun mesti diterapkan.“Dalam bola sepak,banyak nilai-nilai islam boleh diterapkan di dalam sukan ini yang bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan ,” katanya lagi.
14 Aug 19
40