lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
'Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge' Janji Pamer Aksi Terbaik
KUALA TERENGGANU, 6 September - 'Festival Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge 2019' menjanjikan aksi terbaik buat peminat permotoran Terengganu dalam perlumbaan yang bermula hari ini.Seramai 35 peserta terdiri daripada pelumba profesional terkemuka negara bakal menggegarkan kawasan Gong Badak sepanjang dua hari pertandingan berlangsung.Turut serta, 10 artis terkenal Malaysia yang menyertai perlumbaan kategori selebriti, antaranya ialah Janna Nick, Wany Hasrita, Nabil Ahmad dan Shukri Yahya.Buat kali pertamanya, penganjur Toyota Gazoo Racing turut mengadakan perarakan Meet & Greet (temu mesra) artis bersama peminat mereka di Pasarnita, Kuala Terengganu yang dihadiri kira-kira 300 peminat tempatan, semalam.Untuk rekod, tahun ini merupakan musim ketiga festival berkenaan diadakan di Terengganu.
05 Sep 19
401
Empty Image
SUTERA 2019 : ‘Kemaman Kemah Keming’ Suntik Semangat Atlet
Foto: Ahmad Syahid AdnanOleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 5 September - Slogan ‘Kemaman Kemah Keming’ menjadi penyuntik semangat kepada atlet Kemaman untuk beraksi cemerlang di Sukan Terengganu (SUTERA 2019) yang bermula hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, persiapan kental dari segi fizikal dan mental yang diterapkan sepanjang latihan sangat bersesuaian dengan slogan dicipta.“Suntikan semangat ini perlu supaya atlet Kemaman dapat mendominasi SUTERA 2019 sekali gus menjadi juara keseluruhan temasya pertama kali ini,” kata beliau kepada pemberita di Majlis Penyerahan Bendera dan Pelepasan Kenderaan ke temasya tersebut, di sini semalam.Ir Saiful Azmi juga memberitahu, SUTERA 2019 adalah medan terbaik kepada atlet membuktikan kemampuan masing-masing yang mungkin membuka laluan kepada mereka beraksi mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) tahun hadapan.“Penganjuran SUTERA 2019 yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran SUKMA melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya,” tambah beliau.Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Ridhwan Abdul Rahman menggalas cabaran sebagai ketua kontinjen ke temasya yang akan berakhir pada 9 September 2019 ini.“Kontinjen Kemaman diwakili 246 atlet dan 34 pegawai dalam temasya sukan yang pertama kali diadakan ini, ia juga model kejohanan sukan patuh syariah pertama di negara kita.“Sebanyak 13 sukan dengan 98 acara dipertandingkan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.“Jumlah keseluruhan pingat yang dipertandingkan adalah 68 emas, sasaran kutipan pingat Kemaman adalah 22 emas, 23 perak, 19 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan pingat sebanyak 64,” ujar beliau.Sementara itu, Burung Macaw sejenis burung terancam yang mempunyai ekor panjang dan berwarna warni dipilih sebagai maskot kontinjen Kemaman.
04 Sep 19
381
Empty Image
326 Pingat Dipertandingkan Dalam SUTERA 2019
KUALA TERENGGANU, 5 September- Sebanyak 326 pingat membabitkan 13 acara sukan dipertandingkan dalam  Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019 yang bermula hari ini.Daripada jumlah itu, pingat emas dan perak masing-masing 98, manakala gangsa sebanyak 130 pingat.Seramai 1,545 atlet dari lapan daerah bakal berentap dalam kejohanan yang diadakan di lokasi pertandingan utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan lokasi-lokasi sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu selama empat hari sehingga 9 September ini bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini.Penyertaan untuk SUTERA 2019 melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Besut, Marang dan Setiu.Manakala, Kontinjen SUKMA Negeri Kelantan turut dijemput untuk memeriahkan edisi yang julung kali dianjurkan itu.Sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, bola sepak, berbasikal, badminton, pencak silat, sepak takraw serta olahraga bagi acara wajib.Dan bola tampar, pentanque, pingpong, tenis, tenpin boling dan law bowls untuk acara pilihan.
04 Sep 19
293
Empty Image
SUTERA Terengganu : Dungun, Marang Raih Emas Pertama
Pemenang kategori lelaki.KUALA TERENGGANU, 5 September - Majlis Sukan Daerah (MSD) Dungun dan Marang masing-masing membuka catatan pingat dengan cemerlang apabila meraih emas dalam acara berbasikal (ujian masa perseorangan) yang tamat, sebentar tadi.MSD Dungun menggondol emas dalam acara kategori lelaki yang diwakili Kee Zhe Yie setelah mencatat masa terbaik kejohanan menewaskan Muhammad Shahmir Aiman dari MSD Kuala Terengganu yang memperoleh Perak dan Mohd Afiq Iskandar dari MSD Setiu (Gangsa).Peserta dilepaskan dari garisan permulaan.Manakala, MSD Marang mengungguli kategori wanita melalui Siti Nur Adibah Akma yang mengatasi Ezzatie Fifiyana Shazwanie dari MSD Kuala Terengganu dan Siti Nur Alia Mansor dari MSD Kuala Nerus untuk meraih emas pertama daerahnya.Peserta kategori wanita.Bagaimanapun, MSD Kuala Terengganu berjaya mendominasi pungutan pingat apabila mengumpulkan dua perak dalam acara pertama itu.Acara berbasikal kategori 200m Sprint akan berlangsung pagi esok di Litar Permotoran  Terengganu, Gong Badak.
04 Sep 19
525
Empty Image
SUTERA Terengganu : Atlet Masuk Gelanggang Bermula Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 5 September – Kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 membuka tirainya, bermula pagi ini.Seramai 1,545 atlet dari lapan daerah bakal berentap bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini. Turut serta, kontinjen dari Negeri Kelantan yang hadir sebagai pasukan jemputan dalam edisi ini.Penganjuran sukan yang julung kali diadakan itu bakal berlangsung di lokasi pertandingan utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Gong Badak dan lokasi-lokasi sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu selama empat hari sehingga 9 September.Sebanyak 13 sukan dipertandingkan dengan tujuh  daripadanya adalah acara wajib dan enam lagi merupakan acara pilihan daerah-daerah yang telah dipersetujui.Antara sukan yang memulakan aksi bermula 8.30 pagi ini ialah:Berbasikal (ujian masa perseorangan) – Lebuh raya Pulau Sekati ke Gemuruh.Bola Sepak – Padang Bola, KSNT.Bola Tampar – Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Boling Padang – Arena Lawn Bowls, KSNT.Petanque- Gelanggang Petanque, Majlis Sukan Negeri (MSNT).Sepak Takraw – MSNT.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan, kejohanan itu melibatkan atlet pelapis (had umur) dan juga atlet elit (terbuka) di Terengganu.“Kita menyediakan kos RM1 juta bagi penganjuran kali pertama ini.“Juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000.Bagi Olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang .“ katanya dalam temu bual bersama Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.
04 Sep 19
617
Empty Image
SUTERA: Marang Sasar 17 Emas
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMarang, 2 September – Kontinjen Marang menyasarkan sekurang-kurangnya 17 emas dalam dalam Sukan Terengganu (SUTERA) yang bakal  membuka tirainya pada 5 September ini.Sasaran emas, termasuk sukan berbasikal, silat, olahraga,pingpong,  tenpin boling, sepak takraw dan bola tampar. Ketua SUTERA Kontinjen Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, walaupun  Marang antara daerah terkecil di negeri ini tetapi pihaknya akan memastikan atlet yang bertanding dapat memberi  saingan sengit bagi mencapai sasaran itu “Daerah kecil, bukan alasan  untuk membuktikan bahawa kami turut dapat bersaing dengan kontijen –kontijen yang lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan pada Majlis Himpunan Atlet SUTERA  Kontinjen Marang 2019 di Dewan Utama , Majlis Daerah Marang ,Kampung Paya, di sini semalam.Turut hadir pada acara tersebut Pengurusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor hamzah dan Timbalan  Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Sulaiman Sulong.Jelasnya lagi, kontijen Marang yang  akan menggunakan maskot sotong bakal  menghantar seramai 218 atlet yang akan bertanding bertanding dalam 13 acara SUTERA. ““Kita hanya mampu menghantar atlet sejumlah itu,  sesuai dengan daerah kita yang kecil akan tetapi kita pergi dengan semangat juang yang besar bagi memastikan ‘sotong’ dapat memberi kesan yang kepada pihak lawan” kata beliau
03 Sep 19
54
Empty Image
SUTERA 2019 : Kontinjen Kuala Nerus Sasar Emas Acara Bola Jaring, Berbasikal
Kontinjen Kuala Nerus sedia berentap.Oleh : Izzat Al QushairiKUALA NERUS, 3 September – Kontinjen Kuala Nerus meletakkan acara bola jaring dan berbasikal sebagai sasaran utama untuk meraih emas bersempena Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak Khamis nanti.Ayah angkat bola jaring dan berbasikal Kuala Nerus, Mohd Shafizi Ismail berkata, kejohanan kali pertama yang akan berlangsung 5 hingga 9 September itu akan dijadikan medan terbaik untuk memperaga kekuatan pasukan dalam dua sukan berkenaan.Jelasnya, beliau yakin dan percaya dengan perancangan serta latihan rapi, Kuala Nerus mampu mencapai target itu.“Saya ingin melihat kejayaan anak angkat kami dalam SUTERA tahun ini.“Kekuatan fizikal dan mental perlu dimanfaatkan untuk memastikan kemenangan dibawa pulang pingat emas ke Daerah Kuala Nerus,” katanya.Shafizi Ismail (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Hishamuddin (tengah)Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera, Jersi, Sijil Penghargaan dan Sumbangan Kepada Persatuan Daerah sempena SUTERA 2019 di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, semalam.Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Dalam pada itu, menurut Hishamuddin, pihaknya mengharapkan, 196 atlet daerah itu dapat mempamerkan aksi terbaik bagi menjulang gelaran juara keseluruhan sekali gus akan membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000.Sementara itu, katanya, naib juara pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM45,000 untuk dan ketiga RM15,000, selain RM1,000 masing-masing untuk olahragawan dan olahragawati.SUTERA 2019 Khamis ini bakal menyaksikan pertembungan lapan daerah di Terengganu bagi merebut kejuaraan.Tidak ketinggalan, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan yang menjadi kontinjen jemputan turut sama menghangatkan pertandingan.Atlet bola jaring Kuala Nerus.
02 Sep 19
52
Empty Image
‘Pahang FA’ Bolot Trofi Merdeka Kampung Kolam
'Pahang FA' juara trofi merdeka.Oleh : Fahmi Azizi KUALA TERENGGANU, 1 September – Pasukan ‘Pahang FA’ muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam 2019 selepas menewaskan ‘Pulau Pinang’ semalam.Pengerusi MPKK Kampung Kolam, Muhammad Hamdi Abas memaklumkan, pertandingan yang berlangsung selama sehari itu bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan yang disambut di kampung itu.Jelasnya, secara tidak langsung ia juga mampu menarik anak muda untuk menyertai aktiviti yang membina semangat patriotik dan berfaedah.“Kejohanan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam setiap pemain supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.“Antara yang paling menarik dalam kejohanan ini, hadiah berupa sepasang kasut milik penjaga gol Terengganu FC (TFC 1), Wan Muhammad Azraie Wan Teh yang didermakan beliau kepada MPKK Kampung Kolam untuk diberikan hadiah cabutan bertuah,” katanya ketika dihubungi media hari ini.Kasut yang disumbangkan Wan Azraie.Tambah beliau, kejohanan tersebut berjaya mengumpulkan sebanyak 16 pasukan dari seluruh kampung berkenaan.“Yang mana ia terbahagi 12 pasukan dewasa dan empat pasukan kanak-kanak, ini menunjukkan kejohanan yang diadakan sempena kemerdekaan ini sangat mendapat sambutan.“Melalui usaha ini juga, kanak-kanak yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini,” tambah beliau.
01 Sep 19
310
Empty Image
Azizulhasni Rangkul Gelaran Pecut, Keirin Di China
Foto - BernamaKUALA TERENGGANU, 31 Ogos - Skuad berbasikal berbasikal trek negara menghadiahkan tiga pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa China 2019 yang berlangsung di Velodrom Laoshan, Beijing, semalam.Lebih manis, kejayaan itu dicapai sempena Hari Kebangsaan ke-62 hari ini.Jaguh negara Mohd Azizulhasni Awang menyumbang dua pingat emas masing-masing dalam acara keirin dan pecut manakala satu lagi emas diperolehi menerusi pelumba meningkat naik Anis Amira Rosidi menerusi acara keirin wanita.Azizulhasni atau jolokannya The Pocket Rocketman meraih emas acara pecut menewaskan pelumba Kazakhstan, Andrey Chugay, yang meraih perak manakala pelumba tuan rumah Zhou Yu terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.Dua lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis yang mewakili Yayasan Sime Darby (YSD) masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan ke-12.Dalam acara kegemarannya pula, Azizulhansi yang mewakili Team Azizul mengetepikan pelumba Taiwan, Kah Shing Fen yang meraih perak manakala Muhammad Fadhil pula di tempat ketiga.Anis Amira turut cemerlang apabila mengungguli acara keirin wanita menewaskan pelumba Jepun, Ohta Riyu dan Crismonita Dwi Putri dari Indonesia di tempat ketiga.- Bernama
30 Aug 19
111
Empty Image
Azizulhasni Buru Tiket Ke Tokyo
Mohd Azizul Hasni Awang.NILAI, 28 Ogos - Dua pingat emas yang dimenangi pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, di sini, pada Ahad menjadi pembakar semangat untuk Mohd Azizul Hasni Awang melakar keputusan positif dalam beberapa kejohanan selepas ini.Jaguh berbasikal negara itu menjelaskan beliau tidak menyangka dapat menewaskan seorang lagi pelumba kebangsaan, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara 1km ujian masa individu lelaki, memandangkan acara berkenaan merupakan acara pilihan pelumba kelahiran Selangor itu.Anak jati Terengganu itu meraih emas dalam acara berkenaan setelah mencatat masa terpantas 1 minit 03.168 saat, disusuli Muhammad Fadhil dengan pingat perak (1:04.283 saat), manakala pelumba Johor, Amar Danial Masri terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa setelah mencatat masa 1 minit 05.052 saat."Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan pencapaian saya, tetapi saya turut gembira dengan pencapaian Muhammad Fadhil dan rakan senegara yang lain, kecuali kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kurang sihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya perlumbaan berkenaan.Mohd Azizulhasni turut memenangi acara pecut setelah menewaskan Muhammad Fadhil.Dalam pada itu, Mohd Azizulhasni yang lebih dikenali sebagai "The Pocket Rocketman" memaklumkan beliau berpuashati dengan kutipan mata yang diraihnya pada kejohanan berkenaan dan Kejohanan Grand Prix Asia Tenggara, di venue yang sama, baru-baru ini bagi menempah tiket beraksi kejohanan Siri Piala Dunia seterusnya yang merupakan medan kutipan mata ke Sukan Olimpik Tokyo 2020."Bagi saya, pungutan mata yang saya perolehi ketika ini sudah memadai untuk layak beraksi pada Siri Piala Dunia, tapi saya rasa Muhammad Shah masih perlu banyak mencari mata dalam beberapa kejohanan selepas ini," katanya.Pandangan sama turut disuarakan pelumba wanita elit negara, Fatehah Mustapa yang meraih dua emas dalam acara 500m ujian masa individu dan pecut wanita, dan menyifatkan kejohanan berkenaan sebagai medan pemanas terbaik sebelum menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia di India dari 21-23 September depan."Alhamdulillah, saya amat berpuashati dengan pencapaian saya pada kali ini, terutamanya catatan masa saya pada kejohanan ini walaupun ia agak sedikit menurun berbanding Kejohanan GP Asia Tenggara, di sini, baru-baru ini."Kejayaan ini merupakan pembakar semangat untuk saya kembali bangkit untuk memburu pingat di India nanti," jelas pelumba berusia 30 tahun itu.SUMBER: BERNAMA
27 Aug 19
58