Artikel "Sukan" Terkini
SUTERA Terengganu: Adi Aliffudin Menang Emas Acara Lontar Peluru
KUALA NERUS, 8 September- Adi Aliffudin Hussin yang mewakili kontinjen Marang melakukan balingan terhebat pada percubaan terakhir untuk meraih pingat emas lontar peluru acara olahraga Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2019, hari ini.Pada acara olahraga kejohanan SUTERA edisi pertama yang berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, Adi yang pernah mewakili Terengganu pada SUKMA 2010 berjaya memenangi emas acara tersebut selepas melakukan lontaran terbaik sejauh 12.92 meter (m).Beliau menewaskan kontinjen jemputan dari Kelantan Muhamad Loqman Baharuddin (11.67m) di tempat kedua manakala gangsa milik atlet Kemaman Ahmad Zakwan Iddin Alias (11.62m) dan Ali Muzamsyar Arif Abdullah dari Dungun ditempat keempat dengan jarak lontaran (11.23m).Sementara itu, bagi lempar cakera (wanita akhir) emas dimenangi Kontinjen Setiu, perak (Besut) dan gangsa (Kuala Terengganu).Manakala Kontinjen Hulu Terengganu memperoleh emas dan gangsa bagi acara merejam lembing (lelaki akhir) serta perak dimenangi kontinjen Dungun.Bagi acara 800m wanita akhir, emas dimenangi Kuala Nerus, perak (Setiu), gangsa (Kelantan) dan tempat keempat Marang.Acara 800m lelaki akhir, johan menjadi milik Kelantan, Kuala Terengganu ditangga kedua, Dungun ketiga dan Kemaman ditempat keempat.
08 Sep 19
1628
Kuala Terengganu Ungguli SUTERA 2019 Hari ini
KUALA NERUS, 8 September - Daerah Kuala Terengganu mengungguli tujuh daerah lain dan pasukan Kelantan, memungut 16 pingat emas sekali gus mengumpul mata keseluruhan teratas sebanyak 40 mata bagi acara sepak takraw dan olahraga Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 setakat 3.35 petang tadi.Menurut carta Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) yang dikeluarkan di sini hari ini, Kuala Terengganu mengumpul 10 pingat Perak dan 14 Gangsa.Kuala Nerus sebagai pesaing paling rapat Kuala Terengganu hanya kekurangan satu pingat emas untuk menyamai jumlah pingat daerah itu dengan memungut 15 pingat emas manakala pingat lain sama dengan Kuala Terengganu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 39 pingat.Dungun mendapat tujuh pingat emas, perak (13) dan gangsa (tujuh) dengan jumlah kesuluhan pingat (27).Sementara Setiu, mendapat lima pingat emas, perak (tiga) dan gangsa (lima) dengan jumlah pingat terkumpul (13).Marang berjaya memperolehi empat pingat emas, perak (10) dan gangsa (lapan) dengan jumlah pingat keseluruhan sebanyak 22 pingat.Manakala Hulu Terengganu mengumpul empat pingat emas, perak (lima) dan gangsa (sembilan) dengan jumlah pingat keseluruhan (18).Dalam pada itu Besut berjaya memungut tiga pingat emas, perak (lima) dan gangsa (enam) dengan pingat keseluruhan berjumlah 14 pingat.Kemaman mengumpul tiga pingat emas, perak (dua) dan gangsa (lapan) dan jumlah pingat keseluruhan (13).Sementara Kelantan mengutip empat pingat emas, perak (tiga) dan gangsa (empat) dengan jumlah keseluruhan pingat (11).Jumlah keseluruhan pingat ialah 197 termasuk masing-masing 61 pingat emas dan perak serta 75 pingat gangsa.
08 Sep 19
625
SUTERA Terengganu: Kuala Terengganu 'Nelang' Sukan Badminton
Skuad Kuala Terengganu.Foto: Wan Luqman HakimOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 7 September- Acara akhir sukan badminton Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang berlangsung semalam menyaksikan penguasaan kontinjen Kuala Terengganu yang mendominasi kedua-dua acara berpasukan kategori lelaki dan wanita.Berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu, wakil Kuala Terengganu menggondol pingat Emas bagi kategori lelaki berpasukan apabila menewaskan pasukan Marang dengan mata 3-0 di tempat kedua manakala pasukan Kuala Nerus dan Dungun masing-masing memperoleh Gangsa.Manakala, bagi kategori wanita wakil Kuala Terengganu juga mengungguli Emas mengatasi Marang dengan mata 4-1 manakala Kuala Nerus dan Hulu Terengganu membawa pulang pingat Gangsa.SUTERA memasuki hari keempat dengan kontinjen Kuala Terengganu terus mendahului carta pungutan pingat dengan 14 Emas, 9 Perak dan 12 Gangsa.
07 Sep 19
629
SUTERA Terengganu: Zulfiqar, Nurul Dinobat Raja dan Ratu Pecut SUTERA 2019
KUALA NERUS, 7 September- Atlet Majlis Sukan Daerah (MSD) Setiu, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka yang mewakili MSD Kuala Nerus dinobatkan sebagai raja dan ratu pecut Sukan Terengganu (SUTERA) edisi pertama bagi tahun 2019.Zulfiqar yang juga atlet kebangsaan mengekalkan penguasaannya walaupun bersaing hebat dalam acara berkenaan apabila menewaskan pesaing dari Kuala Nerus, Muhammad Hasrul Nazmi Badrul dan Ruslem Zikry Putra Roseli dari Kuala Terengganu.Lebih menarik, ketiga-tiga mereka mencatatkan masa larian 10.3s dalam saingan tersebut, semalam.Bagi kategori wanita, Nurul mencatatkan masa larian 11.8s untuk meraih pingat Emas mengatasi atlet Dungun, Nurul Alyssa Azman (11.9s) di tempat kedua dan atlet Setiu, Siti Nur Zullaika Ramli (11.9s) yang memungut Gangsa.Catatan tersebut menjadikan Nurul sebagai pencabar baharu buat ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) kelahiran Terengganu, Azreen Nabila Alias yang mencatatkan masa terpantas 11.81s di Ipoh, tahun lalu.
07 Sep 19
589
SUTERA Terengganu: Tiga Daerah 'Pulun' Acara 4×100m
Kuartet 4×100m Kuala Nerus menunjukkan pingat Emas yang diperolehi.KUALA NERUS, 7 September- Acara akhir 4×100 meter Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang berlangsung hari ini menyaksikan penguasaan kontinjen Majlis Sukan Daerah (MSD) Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus apabila ketiga-tiga pasukan itu mendominasi pungutan pingat dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.Berlangsung di Stadium Olahraga Universiti Malaysia Terengganu (UMT),wakil MSD Kuala Terengganu menggondol pingat Emas bagi kategori lelaki, menewaskan kuartet Marang di tempat kedua dan kuartet Kuala Nerus yang meraih Gangsa.Manakala, bagi kategori wanita kuartet Kuala Nerus pula menggungguli Emas mengatasi Kuala Terengganu dan Marang.Pengarah MSNT menyampaikan pingat kepada pemenang.Pada hari ketiga kejohanan SUTERA petang tadi, turut berlangsung acara akhir lompat kijang dan lompat jauh.
07 Sep 19
397
Wany Hasrita Ungguli 'Toyota Gazoo Racing' Terengganu 2019
Selebriti terkenal, Wany Hasrita muncul juara.KUALA NERUS, 7 September – 'Toyota Gazoo Racing' (TGR) Festival 2019 di Litar Permotoran Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, di sini hari ini menyaksikan Wany Hasrita muncul sebagai pemenang bagi kategori selebriti.Kemenangan pada pusingan pertama perlumbaan kedua tersebut dicapai selepas menewaskan Nabila Razali serta Shukri Yahya yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan artis dalam kejohanan anjuran syarikat Toyota membuktikan garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri tidak menjadi penghalang untuk mereka turut serta.Bahkan beliau berkata, kerjasama yang diberikan pihak penganjur sangat profesional dan menarik minat kerajaan negeri untuk meneruskan penganjuran program tersebut pada musim akan datang. “Kalau kita tengok penampilan setiap acara hari ini termasuk yang disertai para artis, penampilan mereka sangat sopan dan baik, dan ia tidak menjadi masalah pada kita.'Flag Off' dilakukan Wan Sukairi sebagai gimik perasmian kejohanan.“Kita nak menonjolkan bakat mereka, bukan nak ekploitasi apa-apa daripada mereka, kita juga telah meletakan garis panduan dan ia diikuti dengan baik oleh pihak penganjur,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kejohanan tersebut, di sini hari ini.Menurut beliau, bagi meningkatkan kualiti sukan permotoran di Terengganu, kerajaan negeri sedang berusaha untuk membina satu lagi litar yang akan berpusat di Kemaman.“Kita telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menjayakan pembinaan tersebut, memandangkan beliau sendiri bercadang untuk membina satu litar permotoran di setiap negeri.“Kita dah ada satu litar, di sini (Kuala Nerus) tetapi ini di bawah kerajaan negeri, jadi peruntukkan kerajaan pusat itu kita bercadang untuk bina di Kemaman,” tambah beliau. Festival yang berlangsung sejak 4 September lalu dan berkahir hari ini itu turut menampilkan tujuh lagi pelumba selebriti antaranya Shawn Lee, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Ain Edruce, Syafiq Kyle dan Akio Takeyama.Wan Sukairi (tengah) bersama barisan pelumba TGR. Acara-acara seperti pameran dan sesi pandu uji kenderaan baru Toyota, persembahan 'drift', cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas dan persembahan oleh selebriti turut menghangatkan program.Pusingan kedua TGR 2019 akan berlangsung di Lembah Klang dan seterusnya Johor bagi tiga bagi melengkapkan empat pusingan.
07 Sep 19
708
Sukan Rakyat Bukit Berangan Tarik 200 Penyertaan
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 7 September – Pesta Sukan Rakyat Kampung Bukit Berangan Tepoh di sini menarik penyertaan seramai 200 penyertaan dari penduduk pelbagai lapisan masyarakat dari kampung tersebut semalam.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wan Khalid Wan Embong berkata, dengan penyertaan ramai itu menunjukkan bahawa sukan tradisonal masih terpahat di hati masyarakat.Di samping itu katanya ia juga boleh memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan bagi melahirkan masyarakat saling bantu membantu antara satu sama lain.“Program yang mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur itu bertujuan untuk mengeratkan ukhawah silaturahim dengan lapisan masyarakat disamping untuk menyihatkan badan,” jelas beliau ketika ditemui di tapak pesta berkenaan semalam.Tambahnya, sukan rakyat yang diketengahkan itu juga membolehkan peserta dan penonton menghayati suasana kehidupan kampung."Sambutan daripada peserta amat menggalakkan terutamanya golongan muda dan mereka tidak kekok ketika bermain pancing botol dan sebagainya," katanya. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merasmi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pelbagai acara pesta tersebut.
06 Sep 19
373
Sukan Terengganu Rancakkan Pembangunan Atlet Pelapis
Wan Sukairi Wan Abdullah (dua dari kanan).KUALA NERUS, 7 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang secara rasminya bermula semalam adalah medan membangunkan atlet pelapis di setiap peringkat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jika sebelum ini pembangunan sukan lebih tertumpu di satu daerah, namun menerusi SUTERA 2019 ia akan lebih menyeluruh apabila semua daerah terlibat dalam mencari bakat-bakat muda bagi setiap acara.Jelasnya, penganjuran tersebut menjadi pentas buat atlet untuk mempamerkan potensi masing-masing supaya dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.“Penganjuran SUTERA 2019 adalah kali pertama selepas temasya sukan seumpama ini dihentikan pada 2007. Selepas 12 tahun, kita mengembalikan sukan supaya dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan atlet di Terengganu sebagai pelapis untuk akan datang.Atlet Kelantan turut menyertai temasya SUTERA.“Malah ia juga peluang kepada atlet sedia adakan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sukan selain kerajaan negeri juga mahu mengaktifkan majlis sukan di peringkat daerah supaya dapat memberi peluang kepada akar umbi untuk berkecimpung dalam sukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian SUTERA 2019 di Stadium Mini Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, malam tadi.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Tambah beliau, bagi menyemarakkan lagi industri tersebut, kerajaan negeri bersedia untuk memajukan sukan secara saintifik serta memperkasakan penggunaan Sains Sukan di Terengganu.Pelapis sukan silat Terengganu.Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menubuhkan Bahagian Teknologi Sukan di Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk tujuan mengaplikasikan teknologi dan sains dalam latihan atlet.“Atlet muda wajar didedahkan sejak daripada awal dengan Sains Sukan supaya negara dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi.“Melalui bahagian ini nanti, kita akan melabur dalam aspek kepakaran Sains Sukan dan peralatan agar atlet mendapat bantuan alatan dan teknologi sukan terkini,” katanya.
06 Sep 19
235
Sukan Terengganu 2019 Buka Tirai
Piala SUTERA menjadi rebutan sembilan kontinjen.KUALA NERUS, 7 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gilang gemilang di Stadium Mini Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini malam tadi.Perasmian kejohanan dwi-tahunan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah tepat jam 9.00 malam dengan lafaz perasmian disusuli gimik penyerahan baton.Ribuan penonton dan penyokong setiap pasukan bertanding hadir seawal jam 7.00 petang bagi menyaksikan temasya bersejarah itu.Hadir sama, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim serta Pegawai-Pegawai Majlis Sukan Negeri.Gimik penyerahan baton dijayakan oleh atlet-atlet kelahiran Terengganu yang berjaya di peringkat antarabangsa.Lintas hormat itu dijayakan 2110 atlet dan pegawai daripada sembilan kontinjen yang diketuai oleh Kuala Terengganu, diikuti Kemaman, Dungun, Besut, Hulu Terengganu Marang, Setiu, Kuala Nerus, dan Kelantan selaku kontinjen jemputan.SUTERA 2019 berlangsung dari 5 hingga 9 September melibatkan 96 acara dengan menawarkan 319 pingat keseluruhan daripada 13 jenis sukan.Penganjuran SUTERA 2019 adalah kali pertama selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2007 yang lalu.
06 Sep 19
546
SUTERA Terengganu : Dungun Rampas Tiga Pingat Petanque
Para pemain bergambar bersama selepas perlawanan.KUALA TERENGGANU, 6 September- Majlis Sukan Daerah (MSD) Dungun mempamerkan aksi terbaik sekali gus berjaya merampas tiga pingat dari enam pingat yang dipertandingkan dalam acara Petanque kategori Shooting di Sukan Terengganu (SUTERA) 2019, semalam.Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali menggondol pingat emas dalam Shooting Wanita setelah mengatasi peserta jemputan dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Wan Noor Fatin Atikeh Wan Zakaria (Perak) serta rakan sepasukan, Nurnadirah Burhan Shahidi yang meraih gangsa.Manakala, bagi kategori Shooting Lelaki, wakil Dungun, Syed Afiq Fakhri Syed Ali sekadar meraih perak dalam pertandingan yang dimonopoli MSD Besut melalui Adib Rifqy Azman (emas) dan Muhammad Rahmat Azizi (gangsa).SUTERA memasuki hari kedua pertandingan dan menawarkan pingat dalam acara Berbasikal, Tenpin Boling, Boling Padang (Lawn Bowl) dan Olahraga, hari ini.
05 Sep 19
1042