lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
25,500 Peserta Sertai Larian Antarabangsa Sultan Mahmud
Peserta-peserta memulakan cabaran.KUALA TERENGGANU, 14 September - Acara tahunan penuh gemilang, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019 (LAJSM19) yang bertemakan ‘vacay-run’ (berlari dan melancong) mencatat penyertaan seramai 25,500 orang untuk bersaing dalam 24 kategori.Acara pelepasan bagi jarak 42 dan 21 kilometer disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di dataran Batu Burok, di sini tepat jam 12.01 pagi tadi.Manakala Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali membuat pelepasan peserta bagi jarak 12, lapan dan lima kilometer bermula jam 7.00 pagi ini.LAJSM19 mencatat kejayaan tersendiri dengan berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 peserta dari luar Terengganu.Peserta pertama bagi jarak 42 kilometer tiba di garisan penamat.Di samping itu, acara 42 kilometer merekodkan peningkatan penyertaan dengan 210 peserta antaranya dari Kenya, Papua New Guinea, Somalia, Yaman, Brunei, India, Bangladesh, Jordan, Afrika Selatan, Nigeria, Amerika Syarikat, India, Singapura, dan Thailand.Kemeriahan dan cabaran tahun ini juga berbeza apabila para peserta melalui laluan baharu, Jambatan Angkat sebagai destinasi akhir sebelum menamatkan larian di dataran Batu Burok.LAJSM19 edisi kali ini menawarkan hadiah keseluruhan RM165,500 buat semua jarak pertandingan.
13 Sep 19
315
Empty Image
Terengganu Berpesta Gol Benam Kedah 5-1
Foto oleh - Terengganu FC Futsal Team.KUALA TERENGANU, 11 September - Terengganu FC Futsal Team meneruskan rentak kemenangan selepas membenam cabaran Kedah dengan jaringan 5-1 dalam aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) di Stadium Negeri Terengganu, semalam.Terengganu yang turun beraksi di halaman sendiri terpaksa menunggu sehingga minit ke-19 untuk mencetak jaringan pertama menerusi pemain tengah, Muhammad Alif Mat Amin sekali gus menggamatkan kira-kira 350 peminat setia.Jaringan itu terhasil menerusi serangan balas hasil umpanan cantik Haziq Shahiran Marzuki dari sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.Skuad kendalian Mohd Rozairi Ahmad terus mengasak untuk mendapatkan jaringan kedua, namun keampuhan benteng skuad Helang Merah menafikan hajat Terengganu.Bersambung separuh masa kedua, Terengganu menggandakan jaringan menerusi tolakan mengelirukan Mohd Hafizi Ismail dalam kotak penalti pada minit ke-24 hasil hantaran kapten, Amirrul Izzad Adang.Sembilan minit kemudian, kombinasi serangan balas Mohd Hafizi dan Amirrul Izzad terus menjadi pemusnah Kedah apabila gandingan mereka disempurnakan Mohd Hafizi untuk meledak gol kedua peribadinya sekali gus menjadikan kedudukan 3-0.Skuad TFCFT.Namun kegembiraan itu tidak lama apabila pelawat yang dibimbing Samsul Abd Latiff berjaya menghasilkan jaringan pertama berselang seminit menerusi rembatan kencang Muhammad Nazren Ramli.Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Terengganu untuk menambah gol keempat apabila Azlan Nasti Azwar mudah menolak masuk hasil hantaran silang Muhammad Alif pada minit ke-35.Muhamad Alif terus menambah derita pelawat apabila meledak jaringan kelima pasukannya yang juga gol kedua peribadinya melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti yang gagal ditepis penjaga gol, Muhammad Nashrul Helmy Rusdi pada minit ke-36.Dengan kemenangan itu, Terengganu kini mengumpul 21 mata di kedudukan keempat liga manakala Kedah kekal di tangga kedua tercorot dengan mengutip 12 mata.Skuad Terengganu akan bertandang ke Shah Alam pada 15 September ini bagi berhadapan dengan pendahulu liga, Selangor di Stadium Panasonic.Muhammad Alif Mat Amin dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
10 Sep 19
656
Empty Image
Terengganu Sasar 70 Peratus Sukan Patuh Syariah
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri meletakkan sasaran antara 60 hingga 70 peratus aktiviti sukan patuh syariah di negeri Terengganu di masa akan datang.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau percaya untuk mencapai seratus peratus kesempurnaan, amalan tersebut agak sukar namun tidak mustahil target berkenaan boleh dicapai. "Oleh kerana kita berusaha untuk patuh syariah dalam aktiviti sukan walaupun tidak mencapai seratus peratus, paling tidak, kita dapat mencapai 60 hingga 70 peratus."Itu adalah satu perkembangan yang sangat positif untuk kita kembangkan pada masa yang akan datang," jelasnya.Katanya, sasaran itu tidak berjaya dicapai melainkan mendapat sokongan daripada semua warga sukan negeri Terengganu termasuk kepimpinan sukan dan atlet-atlet dari kalangan rakyat negeri Terengganu sendiri.Hishamuddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.Turut hadir,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Pegawai-pegawai Daerah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Beliau yang juga ADUN Tepoh berkata, apa yang perlu dibuat adalah semua pihak perlu berusaha gigih untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Allah walaupun berada di dalam gelanggang sukan."Saya percaya dan saya yakin kita tidak akan dapat mencapai seratus peratus kesempurnaan, apatah lagi bengkel yang dibentuk untuk memberikan garis panduan patuh syariah ini belum lagi lengkap disiapkan oleh pihak jawatankuasa kita."Insya-Allah sedikit masa nanti akan diterbit dan ditampilkan (garis panduan tersebut) kepada semua berdasarkan kepada nasihat Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu yang terlibat sama dalam bengkel yang kita adakan tempoh hari," tambahnya.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa atlet bukan Islam yang terlibat dalam temasya sukan tersebut."Mereka telah menampilkan imej yang sopan, dalam masa yang sama mereka juga berusaha gigih untuk patuh syariah seperti yang kita terap."Bagi atlet yang belum lagi bersedia, marilah kita sama-sama bergerak dan mengatur langkah bagi memulakan perubahan dengan meletakkan tanggungjawab kita kepada Allah mengatasi segala-galanya walaupun untuk kita meraih emas dan seumpamanya," ujarnya lagi.
09 Sep 19
47
Empty Image
Kerajaan Teliti Prestasi Atlet SUTERA 2019
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat prestasi atlet Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 termasuk mengenal pasti kejayaan mereka memecah rekod sukan di mana-mana peringkat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz  Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai prestasi tersebut dan perkara ini akan diketahui sedikit masa lagi.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Temasya SUTERA 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Sementara itu, dalam satu kenyataan media, MSNT merekodkan sebanyak 312 pingat berjaya dirangkul atlet SUTERA kali ini termasuk masing-masing 96 Emas dan Perak serta 120 Gangsa selepas penutupan temasya itu semalam.Dari jumlah itu, kontinjen Kuala Terengganu memperolehi 67 pingat termasuk 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa sekali gus muncul Juara Keseluruhan kejohanan itu.Kuala Nerus pula mengondol 57 pingat termasuk 19 Emas, 17 Perak dan 21 Gangsa, meletakkan kontinjen itu sebagai Naib Juara Keseluruhan.Sementara Dungun mengutip 41 pingat termasuk 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa meletakkan kontinjen itu di tempat ketiga.
09 Sep 19
40
Empty Image
NR Sofea Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YBC
Oleh: Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN, 10 September - Pasukan NR Sofea telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBC Tertutup DUN (Dewan Undangan Negeri) Chukai selepas berjaya menundukkan lawannya dari pasukan Kuala 48 dengan kemenangan selesa 2-0 dalam aksi yang cukup mendebarkan.Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari bermula Jumaat melibatkan 24 pasukan berlangsung dalam suasana cukup meriah di Padang Sintetik, Stadium Mak Chili, Kemaman.Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Chukai, Hamka Hashim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS DUN Cukai (PPDC) dan juga Department Of Arts, Culture & Sport (DACS) DUN Chukai di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan yang dianjurkan pada kali ini."Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang memperuntukkan RM5,000 dan juga Pejabat ADUN Cukai yang turut menaja RM5,000 bagi menjayakan program ini," ujarnya lagi.NR Sofea membawa pulang wang tunai RM2,500, medal berserta Piala YBC. Tempat Kedua yang menjadi milik Kuala 48 pula membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal. Tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik Pengkalan Pandan FC dan Al-Farabi FC dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 berserta medal.Manakala KFJ Team, Habiel 66 FC, CMC Team dan NR team yang mara sehingga ke peringkat suku akhir turut membawa pulang wang tunai RM250. Johan dan naib johan pula layak secara automatik ke Piala Parlimen yang akan diadakan nanti.Hadiah disampaikan oleh Penyelia Pejabat ADUN Cukai, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus. Turut hadir memeriahkan majlis, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood dan Penyelia Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) DUN Cukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.
09 Sep 19
1026
Empty Image
Kuala Terengganu Juara Keseluruhan SUTERA 2019
Dua atlet dari Kuala Terengganu dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SUTERA 2019.  KUALA NERUS, 9 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 diungguli oleh Kontinjen Daerah Kuala Terengganu dengan pungutan pingat 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa.Kenyataan media Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang diedarkan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam ini menyebut bahawa kontinjen itu juga meraih gelaran Juara Keseluruhan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM70,000, Piala Pusingan dan Piala Iringan.Manakala Naib Johan Keseluruhan dimenangi oleh Kontinjen Daerah Kuala Nerus dengan pungutan pingat 19 Emas, 17 Perak, 21 Gangsa serta membawa hadiah wang tunai RM45,000 dan Piala Iringan. 'Kami Juara!'... Kontinjen Kuala Terengganu muncul Juara Keseluruhan SUTERA 2019.Kenyataan itu menyebut lagi bahawa Kontinjen Daerah Dungun hanya berpuas hati di tempat ketiga keseluruhan dengan mengutip pingat 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa serta membawa pulang Piala Iringan dan Hadiah Wang Tunai RM15,000.Anugerah Olahragawan dan Olahragawati SUTERA 2019 juga turut dibolot oleh atlet dari Kontinjen Kuala Terengganu.Anugerah Olahragawan dinobatkan kepada Abdul Wafiy Roslan kerana berjaya meraih Empat Pingat Emas dalam Sukan Olahraga bagi Acara 200 Meter (M), 400 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M. Abdul Wafiy (kanan) menerima hadiah  sebagai Olahragawan SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).Sementara Olahragawati pula disandang oleh Ezzati Fifiyana Shazwanie Hisham yang cemerlang dalam Sukan Berbasikal dengan memenangi Lima Pingat dari Lima Acara yang dipertandingkan termasuk Tiga Emas bagi Acara 500 M Ujian Masa (Time Trial), Lepas Beramai-ramai Individu dan Kriterium serta Dua Perak masing-masing bagi Acara 100 M, 200 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M."Ini melayakkan beliau bergelar Ratu Pecut SUTERA 2019. Kedua-dua atlet itu masing-masing membawa Pulang Piala Iringan dan Hadiah Tunai sebanyak RM1,000 seorang," jelas kenyataan itu. Ezzati Fifiyana Shazwanie (kanan) menerima hadiah sebagai Olahragawati SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).Temasya SUTERA 2019 ditutup dengan Upacara menurunkan Bendera Kejohanan dan penyerahan bendera itu serta Buku Manual Pengelolaan SUTERA kepada Majlis Sukan Daerah Kuala Nerus yang bakal menjadi Tuan Rumah SUTERA 2021.
09 Sep 19
745
Empty Image
SUTERA 2019: Kuala Terengganu Rebut Enam Emas Acara Silat
 Pesilat Putri sedang beraksi.KUALA NERUS, 9 September – Daerah Kuala Terengganu dinobatkan juara keseluruhan Acara Silat Sukan Tengganu (SUTERA) 2019 di Gerbang Sukan Negeri di sini tengahari tadi.Daerah itu mendapat enam pingat emas, Perak (tiga) dan gangsa (satu) setelah 14 acara dipertandingkan.Naib johan keseluruhan jatuh kepada pasukan Kemaman dengan mengumpul empat pingat emas dan dua perak, sementara Marang mendapat tempat ketiga dengan memungut dua emas, satu perak dan tiga gangsa.Pesilat Lelaki Kuala Terengganu memungut emas dalam Acara Putra B, Putra D, Putra F, Purta H dan Putra I. Pesilat Wanita daerah itu pula mengutip emas dalam acara Putri E.Sementara Pesilat Lelaki Kemaman memungut emas dalam acara Purta A, Putra C dan Putra G manakala pesilat wanitanya menggondol emas dalam acara Putri D.Marang mengutip emas dalam acara Putri A dan Putri B.Seramai 147 pesilat termasuk 14 peserta dari Kelantan menyertai pertandingan tersebut dengan membabitkan diri dalam  133 perlawanan.Seramai 28 orang pegawai teknikal dan pembantu gelanggang diketuai oleh Pengarah Pertandingan Fakhrul Azman Abu Bakar, bertukus lumus menjayakan pertandingan silat olahraga itu di SUTERA yang julung kali diadakan tahun ini.
09 Sep 19
1478
Empty Image
Muhammad Shamir Aiman Pungut Emas Acara Kriterium Berbasikal
Muhammad Shamir Aiman (kanan) dan Ezzatie Fifiyana Shazwanie bersama dengan pingat emas masing-masing dalam Acara Kriterium Berbasikal  petang tadi.KUALA NERUS, 8 September - Dua pelumba muda lelaki dan wanita dari Kuala Terengganu masing-masing menggondol pingat emas acara akhir lumba basikal Kategori Kriterium Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 hari ini.Muhammad Shamir Aiman membuat kayuhan terpantas, dengan masa 29 minit 30 saat mendahului pencabarnya Mohammad Shafiq dari Pasukan Kelantan yang menamatkan kayuhan diminit ke 30 sekali gus menggondol pingat perak.Sementara Muhammad Afiq Iskandar dari Setiu mendapat pingat gangsa juga dengan catatan masa 30 minit.Muhammad Shamir Aiman (tengah) bersama pemenang lain dalam Acara Kriterium Berbasikal.Kategori wanita pula, Ezzatie Fifiyana Shazwanie menamatkan pecutan dengan masa 20 minit 28 saat mendahului mencabarnya dengan menggondol pingat emas, Siti Nur Adibah Akma dari Marang yang menamatkan kayuhan dengan masa 21 minit 4 saat, memperolehi pingat perak.Manakala Sharifah Nur Ilyana dari Dungun mendapat pingat gangsa dengan catatan masa 21 minit 45 saat.Kriterium Lelaki memperuntukkan masa sebanyak 25 minit dicampur  tiga pusingan terakhir untuk capai garis penamat manakala Kriterium Wanita dihadkan masa 15 minit dicampur tiga pusingan terakhir ke garis penamat.Acara Kriterium Lelaki dan Wanita sejauh 1.3 kilometer berlangsung di Litar Permotoran, Kompleks Sukan Negeri di sini, mengumpulkan seramai 63 pelumba termasuk 49 pelumba lelaki dan 14 pelumba wanita.Acara berkenaan diadili beberapa orang pengadil berpengalaman diketuai oleh Dahaizal Dahanan.
08 Sep 19
373
Empty Image
AMEERAH Sokong Polisi Patuh Syariah Terengganu
Pelepasan peserta Fun Run.KUALA TERENGGANU, 8 September - AMEERAH Negeri Terengganu menyokong penuh kenyataan dan tindakan yang diambil oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam polemik berkaitan pemakaian patuh syariah dalam sukan.Pengarahnya, Zuraida Md Noor mempertahankan pendirian tegas kerajaan negeri yang bersedia menarik diri dalam beberapa jenis sukan sekiranya bercanggah dengan syariat Islam seperti gimrama dan gimnastik wanita. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita menegaskan, AMEERAH negeri berdiri teguh di belakang kerajaan negeri dalam membela dan menjaga maruah wanita khususnya atlet wanita di Terengganu.Zuraida nyatakan sokongan kepada kerajaan negeri."Islam tidak menolak sukan dan riadah, bahkan Islam menggalakkan aktiviti yang boleh mendatangkan kesihatan kepada umatnya. "Islam juga meraikan bakat dan potensi seseorang serta mengiktiraf kebolehan dan kehebatan wanita tetapi semua kurniaan Allah mesti digarap dalam ruang lingkup syariat, halal dan haram demi menjaga maruah wanita Islam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Program Sukan Merdeka peringkat Negeri Terengganu, semalam.Zuraida turut menyeru kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Belia dan Sukan supaya menyemak kembali etika pemakaian ahli sukan muslim supaya ia selaras dengan tuntutan syarak.Pertandingan Beyblade tarik penglibatan 'hangat' kanak-kanak.Dalam penganjuran Sukan Merdeka sempena hari kemerdekaan ke-62 itu, sekitar 1,000 peserta terdiri daripada pelajar, kanak-kanak dan dewasa menyertai Fun Run, pertandingan tarik tali, Beyblade dan pertandingan mencari harta karun.Program berkenaan dirasmikan Wan Sukairi dengan sokongan penuh kerajaan negeri.
08 Sep 19
67
Empty Image
'Spin' Izza Kejutkan Atlet SUKMA Terengganu
Nurul Izza Zaharuddin.Oleh : Ariss AliasKUALA NERUS, 8 September - Selepas tujuh tahun, akhirnya Nurul Izza Zaharuddin berjaya memecahkan 'badi' apabila menang buat kali pertama ke atas lawannya yang juga atlet SUKMA Terengganu, Aina Zayani Mohd Amri.Pemain perseorangan ping-pong wanita Majlis Sukan Daerah (MSD) Setiu itu menang pada perlawanan keempat dengan kiraan 14-12,11-7, 3-11 dan 11-9 ke atas Aina Zayani yang mewakili MSD Besut di kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) 2019.Kata Izza, keputusan yang diperolehi itu ternyata mengembirakannya setelah gagal dalam banyak percubaan."Saya memang tidak menjangkakan keputusan ini kerana saya tidak pernah menewaskan beliau sejak pertemuan kami ketika saya berumur 13 tahun hinggalah sekarang."Saya sangka kami dah kalah kerana pasukan regu wanita yang sepatutnya menang tewas pada perlawanan ketiga menjadikan mata ketika itu 2-1 dengan MSD Besut mengatasi MSD Setiu," ujarnya ketika dihubungi media.Jelasnya, meskipun permainan sedikit terganggu akibat kecederaan, dia berjaya fokus hingga tamat perlawanan."Bahu saya tercedera ketika di pusingan separuh akhir, bagaimanapun saya bertahan dan merasa syukur kerana dapat menunaikan harapan pasukan dan penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan, tambah beliau.Majlis penyampaian pingat kategori wanita telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dengan diiringi Timbalan Presiden Persatuan Ping-Pong Terengganu, Dr. Balachandran H Krishnan.Dalam pada itu, Sophian sangat berpuas hati dengan persembahan atlet ping pong Setiu dalam kejohanan tersebut."Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana pasukan ini menyumbang satu emas kepada MSD Setiu."Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pengurus, jurulatih dan pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi."Mudah-mudahan pasukan ping-pong MSD Setiu akan terus maju dan digeruni di dalam dan luar Terengganu," tambah beliau.Sophian (tengah) bergambar bersama pasukan Setiu.
08 Sep 19
550