Artikel "Sukan" Terkini
TSG Unggul Atasi 43 Pasukan Jelajah Asia
Pelumba TSG berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik Tour Of China 2. Foto ihsan - Media TSG KUALA TERENGGANU, 24 September – Terengganu Inc. Cycling Team (TSG) kini mendahului senarai 43 pasukan dalam saingan Jelajah Asia apabila mengumpul 1,965 mata mengatasi Team Sapura Cycling (TSC) yang mengumpul 1,956.97 mata di kedudukan kedua.Dua pasukan dari Malaysia itu bakal berentap bagi memburu kedudukan pertama Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berakhir bulan depan.Ia dilihat persaingan dua penjuru apabila pasukan di kedudukan ketiga, Team Ukyo dari Jepun sudah tidak mampu mencabar apabila sekadar mengumpul 943.17 mata.TSG pernah muncul juara Jelajah Asia pada 2012 berbanding TSC yang belum pernah memenangi kejuaraan itu sejak ditubuhkan tiga tahun lalu.Youcef Reguigui menyarung jersi kuning.Pasukan dari Terengganu itu telah memenangi beberapa pencapaian terbaik seperti kejayaan Mohd Harrif Saleh menjuarai peringkat kedua LTdL, jersi kuning Tour de Siak menerusi Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dan Youcef Reguigui yang menyarung jersi pecut dalam Tour of China 2.Sementara itu, sepanjang musim ini, TSC meraih beberapa pencapaian cemerlang termasuk juara peringkat di perlumbaan berstatus 2HC (hors class) di Le Tour de Langkawi (2 peringkat) dan Tour of Qinghai Lake (1 peringkat).Selain itu, mereka turut meraih dua jersi kuning menerusi Benjamin Dyball (LTdL) dan Mario Vogt (Tour de Iskandar).
23 Sep 19
48
'Terengganu Beach Games Bukan Program Kerajaan Negeri'
Poster iklan kejohanan yang menimbulkan pertikaian warga net, sebelum ini.
KUALA TERENGGANU, 23 September- Terengganu Beach Games bukan program anjuran kerajaan negeri, itu kenyataan yang dikeluarkan pengurus acara Terengganu Beach Games, Mohd Fazli A.Rahman kepada Urus Setia Darul Iman (UPDI).
Beliau yang ditemui di pejabat UPDI, hari ini menafikan penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran program berkenaan serta acara-acara yang dipertandingkan.
"Cuma, kita ada mendapatkan kelulusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi lokasi program sahaja, secara berbayar (sewa tapak)," katanya.
Beliau turut memohon maaf berikutan timbul isu dan persoalan warga net tentang percampuran atlet lelaki dan perempuan pada Kejohanan Dodgeball Pata 2019 yang bakal berlangsung dalam program tersebut.
"Kami maklum dengan isu ini dan Persatuan Dodgeball Terengganu juga mengakui mereka tidak merujuk kepada pihak berkaitan sebelum melaksanakan kejohanan itu.
"Pihak mereka akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkenaan hal ini," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang dikaitkan dengan Persatuan Dodgeball Terengganu menafikan perkara tersebut.
"Baru-baru ini, memang saya ada menerima kunjungan Dodgeball Terengganu yang berhasrat mencadangkan saya sebagai penaungnya, namun itu baru diperingkat cadangan tidak rasmi tanpa sebarang surat pelantikan.
"Dalam pertemuan itu, saya turut dimaklumkan tentang kejohanan yang akan diadakan tetapi sama sekali tidak mengetahui percampuran atlet lelaki dan wanita dalam satu pasukan sebagaimana yang diiklankan," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera oleh persatuan tersebut dengan merujuk exco Sukan negeri.
"Mereka telah mengatur pertemuan dengan YB Wan Sukairi dan semoga dapat diselesaikan dengan baik kerana ia melibatkan prinsip patuh syariah yang dipegang kerajaan negeri," katanya.
Sebelum ini, poster iklan berkenaan Kejohanan Dodgeball Pata 2019 sempena Terengganu Beach Games yang memaparkan kategori terbuka 3 lawan 3 akan melibatkan dua atlet lelaki dan satu wanita dalam acara tersebut.
Ia kemudiannya mengundang persoalan warga net berkaitan dasar patuh syariah yang dipromosikan kerajaan negeri dalam penganjuran sukan di negeri itu.
Untuk rekod, Terengganu Beach Games yang akan berlangsung 26 September itu nanti merupakan anjuran Jawatankuasa Terengganu Beach Games terdiri daripada Persatuan Taekwando Terengganu, Persatuan Dodgeball Terengganu, Persatuan Lumba Basikal Terengganu dan Kuala Terengganu Residen (KUTERER).
23 Sep 19
1147
Lumba Perahu Terengganu, Tradisi ‘Hanyut’ Yang ‘Mudik’ Kembali
Lumba perahu bina semangat kerjasama dalam sesuatu komuniti.Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA NERUS, 23 September - Sukan lumba perahu yang dipertandingkan di Kampung Tanjung Sabtu sempena Karnival Sukaneka Air Dan Darat 2019, menggamit kembali budaya masyarakat Terengganu yang ‘hilang’ lebih 30 tahun lalu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berharap, penganjuran semula sukan lumba perahu itu bakal menghidupkan kembali nostalgia temasya berkenaan yang telah dipertandingkan sejak dahulu.“Saya difahamkan lumba perahu menggunakan perahu kayu telah terhenti sejak tahun 1986, iaitu kira-kira 33 tahun yang lepas dan digantikan dengan perahu gentian kaca.“Bagaimanapun, lali terakhir sukan ini dianjurkan adalah pada tahun 2012, dan insyaAllah kita akan hidupkan kembali kerana sambutannya begitu meriah dan sangat diminati ramai,” katanya ketika berucap merasmikan penutup karnival berkenaan di persisir sungai Kuala Nerus, Sabtu lalu. Peserta Karnival Sukaneka Air dan Darat bergambar bersama.Dalam program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Sabtu selaku penganjur utama itu, pasukan ‘Dol Said’ muncul juara pertandingan dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM600 berserta pingat.Manakala, pasukan ‘Tok Janggut’ yang meraih tempat kedua, ‘Tok Ku Paloh’ di tempat ketiga dan ‘Abdul Rahman Limbong’ di tempat keempat, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM480, RM360, RM240 berserta pingat.Ridzuan turut melahirkan perancangan supaya sukan lumba perahu dipertandingka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.”Sukan lumba perahu ini akan diadakan secara tahunan serta mutu dan aspek perlawanannya akan dipertingkatkan. “Kita mungkin akan melibatkan empat atau lima buah kampung lagi di pesisir Sungai Nerus ini agar acara berkenaan lebih meriah,” katanya sambil mengungkapkan rasa terima kasih atas kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan para penduduk kampung untuk terlibat dalam temasya berkenaan walaupun ia agak mencabar.Sukan air jadi tarikan pengunjung.
23 Sep 19
1485
Pemuda Berlawan Kerana Piala YB ADUN Air Putih
Oleh: AminjiKEMAMAN, 22 September - Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih melabuhkan tirai baru-baru ini dengan gelaran johan menjadi milik Paman FC.Kejohanan berlangsung di Padang Bola Sepak Batu 4, Binjai, menyaksikan pasukan Paman FC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, piala pusingan dan medal.Pasukan Seberang Tayur Hulu bergelar naib johan serta tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh pasukan Bukit Mentok dan Batu 4B FC.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim berkata, kesemua pemain yang menyertai kejohanan tersebut menunjukkan semangat berpasukan yang begitu baik di samping turut menghormati pasukan lawan.“Alhamdulillah kejohanan ini selamat berlangsung dan dapat mengikat silaturrahim antara pasukan lawan.“Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang tidak berjaya diharap terus berusaha pada masa yang akan datang,” ujarnya.Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Akademi Didik Ulama Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood, Penyelaras Pemuda DUN Air Putih, Dasuki Tahir, Ketua DACS Kemaman, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paman dan Seberang Tayur Hulu.
21 Sep 19
370
Terengganu FC Tewas 0-1 Kepada JDT
KUALA TERENGGANU, 22 September- Skrip sama! Kali ini, Terengganu Football Club (TFC) pula tewas tipis 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2019, di gelanggang sendiri, semalam.Beraksi di hadapan 11,250 penyokong, Sang Penyu lebih banyak bermain di kawasan sendiri berbanding menggasak lawan. Sebaliknya, JDT nyata mendominasi penguasaan bola seawal minit pertama dengan serangan bertali arus.Gol tunggal perlawanan diperolehi pelawat pada minit ke-22 melalui rembatan kencang Diogo yang berjaya melepasi kawalan Serhii Andrieiev selepas menerima bola hantaran Safawi Rasid.Pemain JDT meraikan gol kemenangan mereka.Pada separuh masa kedua, Terengganu FC masih tidak dapat mengatasi JDT walaupun memasukkan Abdul Malik Mat Ariff dan Rahmat Makasuf bagi menambah 'sengat'.Harimau Selatan hampir-hampir menambah jaringan pada minit ke-53, namun sepakan leret Safawi yang melepasi kawalan Wan Muhammad Azraie diselamatkan Nasrullah Hanif Johan tepat di depan gawang.Tuan rumah pula cuba menyamakan kedudukan, bagaimanapun rembatan Sanjar Shaakhmedov ditepis penjaga gol lawan, Farizal Marlias pada minit ke-64.Memasuki minit ke-72, Safawi sekali lagi berpeluang menjaringkan gol setelah berjaya menggelecek Wan Azraie, tetapi rembatannya hanya menggegarkan sisi gawang. Keputusan perlawanan kekal sehingga tiupan wisel penamat.Nafuzi mahu pemain terus berjuang di Larkin.Pengendali sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui kekalahan tersebut dan menyifatkan beraksi menentang JDT bukan perkara yang mudah."Tetapi, pemain saya berusaha keras dan bermain dengan baik."Cuma, perbezaan yang ketara adalah kualiti pemain. Tidak dinafikan, mereka mempunyai pemain-pemain tempatan yang terbaik di negara ini manakala, pemain import lawan juga memiliki kualiti berbeza," katanya ketika sidang media selepas perlawanan tersebut.Bagaimanapun, Nafuzi tidak mahu mengangkat 'bendera putih' terlalu awal."Saya positif walaupun ketinggalan 1-0. Kita masih ada satu perlawanan di Larkin untuk menang walaupun banyak pasukan sukar untuk meraih mata di sana."Dalam bola sepak kita kena percaya dan berusaha sebaik mungkin, selebihnya takdir yang akan menentukan akhirnya," katanya.
21 Sep 19
395
Piala Cabaran 2019: Tewas Tipis, Terengganu FC2 Yakin Bangkit Aksi Kedua
KUALA TERENGGANU, 20 September- Pengendali Terengganu Football Club 2(TFC2), Tengku Hazman Raja Hassan yakin keajaiban akan berlaku dalam aksi separuh akhir kedua menentang Johor Darul Takzim 2(JDT2) di Pasir Gudang, 27 September ini."Peluang masih ada, kita tidak akan beri laluan mudah kepada lawan dalam aksi kedua nanti."Dengan pemain yang ada, kita akan bermain sehabis baik dan saya yakin kita mampu mencipta kejutan di sana," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran, semalam.Dalam perlawanan itu, Terengganu FC2 tidak berjaya memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah apabila tewas tipis 1-2 kepada JDT2.Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Sang Penyu tampil lebih banyak bertahan dalam kawasan sendiri pada awal separuh masa pertama.JDT2 memulakan perlawanan dengan agresif namun tidak berjaya menembusi gawang Terengganu FC2, sebaliknya tuan rumah berjaya mencemaskan pelawat dengan serangan-serangan balas merbahaya.Bagaimanapun, perlawanan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, Terengganu FC2 terlebih dahulu di depan apabila Bruno Suzuki menyudahkan hantaran Zuasyraf Zulkiefle dengan rembatan kencang menembusi gawang yang dikawal Haziq Nadzli pada minit ke-60.Namun, keputusan tersebut tidak bertahan lama. Pemyerang gantian JDT2, Darren Lok berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan kemas melepasi kawalan Shamirza Yusoff.Pelawat kemudiannya merakamkan kemenangan melalui S. Kumaahran pada minit ke-82 sekali gus memberikan kelebihan buat mereka dalam kunjungan Sang Penyu ke Pasir Gudang nanti.Perseteruan antara Terengganu dan Johor masih belum berakhir dan malam ini, Terengganu FC pula bakal berdepan JDT dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2019.
20 Sep 19
63
Pelumba TSG Muncul Pendahulu Keseluruhan ‘Tour Of China 2’
Youcef menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.KUALA TERENGGANU, 19 September - Pelumba Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Youcef Reguigui muncul pendahulu keseluruhan selepas peringkat kedua perlumbaan dalam kejohanan 'Tour Of China 2'.Youcef melonjak ke tempat teratas selepas menamatkan kayuhan di tempat ketiga dalam peringkat kedua hari ini yang melalui jarak 127.8 kilometer di bandar Anshun, China.Kemenangan itu sekali gus mengenepikan pendahulu sebelum ini dari pasukan Androni Giocattoli - Sidermec, Marco Benfatto.Dia sekali lagi mengekalkan kedudukan podium selepas berjaya menduduki tempat kedua semalam.Lebih manis, seorang lagi pelumba TSG, Artem Ovechkin turut berjaya menempatkan diri dalam kalangan peserta terbaik apabila berada di tempat kedua keseluruhan.Esok, akan berlangsung peringkat keempat yang akan melalui laluan di bandar Mengdingshan.'Tour of China 2' yang bermula 16 September lalu akan berakhir pada 22 September ini dengan lima peringkat keseluruhan.
19 Sep 19
42
Selepas Bedal PKNS, Terengganu Ke Suku Akhir
Foto oleh - media TFC.KUALA TERENGGANU, 17 September - Terengganu Football Club (TFC) garang membelasah PKNS FC 2-0 pada aksi terakhir Piala Malaysia peringkat kumpulan A di Stadium Shah Alam sebentar tadi.Dua jaringan pada 10 minit pertama perlawanan masing-masing menerusi Sanjar Shaakmedov dan Tchetche Kipree membawa TFC ke suku akhir.Turun beraksi dengan kesebelasan yang berbeza berbanding menentang Kedah tempoh hari, TFC pantas melancarkan serangan seawal minit pertama.Hasilnya, pada minit ke-4 hantaran cantik Ashaari Samsudin disudahkan dengan bergaya oleh Sanjar, rembatan kencang Sanjar gagal ditepis penjaga gol PKNS menjadikan kedudukan memihak kepada pasukan pelawat.Tersentak dengan jaringan awal pasukan TFC, PKNS cuba bangkit dan berjaya mendapatkan sepakan percuma di luar kotak penalti TFC pada minit ke-7, namun, gagal dimanfaatkan oleh Romel Morales apabila sepakannya melepasi palang gol.Berselang satu minit kemudian, gerakan pantas Lee Tuck yang menewaskan pemain tengah PKNS dirembat kencang Kipree untuk jaringan kedua TFC.Aksi berbalas serangan berlanjutan hingga tamat babak pertama, namun tiada tambahan gol dihasilkan.Bersambung separuh masa kedua, PKNS cuba merapatkan kedudukan, peluang itu hadir menerusi gerakan Mahali Jasuli pada minit ke-46 tetapi digagalkan Penjaga Gol TFC, Wan Azraie.TFC yang mengendurkan sedikit permainan sesekali hadir melakukan serangan merbahaya, antaranya sepakan deras Lee Tuck pada minit ke-51 dan 67.Beberapa percubaan daripada kedua-dua pasukan gagal menemui jaringan, menyaksikan kedudukan dua gol tanpa balas kekal hingga tamat perlawanan.TFC menamatkan saingan Piala Malaysia Kumpulan A di kedudukan kedua dengan 12 mata di belakang Kedah yang mengumpul 13 mata.Kedudukan itu menyaksikan TFC bakal membuat perhitungan dengan JDT di peringkat suku akhir.
17 Sep 19
115
Lebih 700 Peserta Sertai Kayuhan Malaysia Sejahtera
Peserta Kayuhan Malaysia Sejahtera disempurnakan oleh Wan Sukairi.Oleh : Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 17 September - Lebih 700 peserta menyertai program Kayuhan Malaysia Sejahtera di sekitar bandar raya ini bersempena Hari Malaysia semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, aktiviti yang turut disertai pelbagai lapisan masyarakat tersebut bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.Di samping itu juga, program berkenaan yang melalui jarak sejauh 35 kilometer adalah sebagai langkah pihak kerajaan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. “Sempena Hari Malaysia ini saya mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada semua, dan semoga program ini memberi kesan kepada rakyat Terengganu bagi mendepani hari-hari mendatang,” ujarnya ketika berucap melepaskan peserta kejohanan di Dataran Batu Burok, semalam.Turut hadir memeriahkan aktiviti tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Ikonik baharu Terengganu, ‘Drawbridge’ dan Jambatan Sultan Mahmud menjadi dua lokasi utama yang dilalui para peserta. Selain untuk menikmati keindahan suasana dan destinasi menarik di setiap laluan, para peserta turut mengibar Jalur Gemilang sepanjang kayuhan itu berlangsung.Peserta melalui jambatan angkat.
16 Sep 19
72
Berlari Tanpa Kaki, Shahabudin Berjaya Tamatkan Larian 12KM
Shahabudin bersama sebahagian peserta LAJSM.KUALA TERENGGANU, 14 September- Tidak memiliki anggota sempurna bukan halangan buat Mohd Shahabudin Othman, 45, untuk menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2019 yang berlangsung di Batu Buruk, hari ini.Lelaki berasal dari Batu Rakit itu berjaya menamatkan jarak larian sejauh 12km dalam masa sejam 28 minit untuk kategori Tertutup Veteran Lelaki."Saya telah menyertai LAJSM sejak tiga tahun lalu iaitu, 5km pada tahun 2017, manakala memilih 12km pada 2018 dan tahun ini kerana lebih mencabar."Larian tahun ini melibatkan laluan baharu yang meningkatkan lagi stamina larian, serta lebih menarik untuk para pelari," katanya ketika ditemui selepas kejohanan tersebut.Laluan baharu LAJSM 2019.Tanpa kedua-dua kakinya yang dipotong kerana penyakit darah beku dalam saraf, sejak 10 tahun lalu, usahawan 'online' itu menyatakan, larian berkenaan adalah cabaran buat dirinya."Saya hanya cuba buktikan pada diri yang saya boleh lakukan sesuatu sebagaimana orang lain."Untuk rakan-rakan senasib dengan saya, jangan berputus asa, kena yakin kita boleh lakukan apa sahaja, mengikut tahap kemampuan kita," nasihatnya.Beliau bagaimanapun mengakui, menyertai kejohanan menggunakan kerusi roda bukan mudah.Peserta sempat ambil peluang bergambar berlatarkan Jambatan Angkat Terengganu."Kayuhan perlu kuat kerana jalan tidak rata, memang sukar, tetapi ada peserta yang membantu jika saya tersekat seperti ketika menaiki bukit di Jambatan Angkat yang tinggi."Untuk berdepan cabaran sebegini, saya telah mempersiapkan diri dengan berlatih di kampung seminggu sekali," katanya.LAJSM kali ini disertai seramai 25,500 peserta dalam dan luar negara meliputi 24 kategori penyertaan.Program tersebut juga diserikan dengan penganjuran Karnival Pantai 2019 yang turut berlangsung sehingga Isnin ini.Keletah ibu bapa bersama peserta cilik mereka.
14 Sep 19
603