Artikel "Sukan" Terkini
'Fit Is Sunnah' Didik Rakyat Hidup Sihat
Wan Sukairi merasmikan Fit is Sunnah.
Oleh: Wan Luqman Hakim
KUALA TERENGGANU, 29 September-Program 'Fit Is Sunnah' dilaksanakan sebagai suatu medium untuk menanam sikap mementingkan gaya kehidupan yang sihat selari dengan sunnah dikalangan rakyat Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) negeri, Wan Sukairi Abdullah berkata, dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah mengingatkan tentang dua kenikmatan sering dilupakan iaitu kesihatan dan waktu lapang.
"Kedua-dua nikmat ini hendaklah disyukuri. manfaatkan diri kita dengan melakukan aktiviti riadah yang dapat menyihatkan tubuh badan, serta memastikan waktu lapang yang ada tidak disia-siakan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat.
"Kesihatan tubuh badan juga berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan ibadah. Ini memperlihatkan perihal pentingnya seseorang mukmin menjaga kesihatan tubuh badan dan gaya hidup sihat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Merasmikan pelancaran Fit Is Sunnah peringkat Negeri Terengganu, di Bukit Besar, semalam.
Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ahli parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.
Wan Sukairi turut menegaskan, kerajaan negeri mengambil serius berkaitan isu tersebut dan tampil dengan usaha untuk melancarkan program berkenaan sebagai suatu penunjuk aras tahap kesihatan rakyat.
"Ia juga adalah satu usaha untuk memastikan penurunan kadar obesiti dalam kalangan rakyat negeri kita ini," katanya.
Mengikut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dan juga statistik daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada November 2017, seramai 5.5 juta penduduk Malaysia disahkan mengalami obesiti dan Terengganu berada di tempat yang ke -7 dengan peratusan obesiti sebanyak 32.5 peratus.
28 Sep 19
675
Terengganu FC B-19 Juara Piala Belia
Skuad 'Ubi' Terengganu berada pada kelas tersendiri apabila hanya bolos lapan gol sepanjang kejohanan. KUALA TERENGGANU, 28 September - Skuad bola sepak bawah 19 tahun Terengganu muncul juara Piala Belia 2019 selepas menewaskan PKNS FC B-19 1-0 dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.Beraksi di stadium keramat Terengganu FC IV, PKNS FC turun dengan kesebelasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu selepas terikat 0-0 pada saingan akhir pertama minggu lalu.Segala-galanya bermula baik buat PKNS FC apabila hadir menerusi ancaman Ezry Fashli Halimi seawal minit ke-3, namun sepakannya tinggi melepasi palang gol.Tersentak dengan serangan itu, TFC IV bangkit melakukan serangan pantas, hasilnya pada minit ke-5 rembatan leret Muslihuddin 'Atiq dinafikan pertahanan PKNS.Pada minit ke-20 serangan pantas TFC IV melalui gerakan Muhammad Aiman Hakim hampir membuka jaringan pertama, namun sekali lagi dinafikan pertahanan PKNS FC.Perlawanan terus berlangsung sengit dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan, namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan tiada jaringan terhasil.Bersambung babak kedua, TFC IV memperkemaskan rentak permainan, serangan bertali arus menerusi kepantasan sayap kiri dan kanan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan mereka.'Atiq muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangan.Minit ke-50 gerakan cantik dari tengah padang hampir-hampir memecah kebuntuan gol, apabila ‘Atiq bijak menyelinap dari sayap kanan sebelum melepaskan rembatan kencang yang ditepis penjaga gol.Serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil, pada minit ke-62 hantaran dari tengah padang berjaya dihidu ‘Atiq sebelum menggelecek pertahanan dan penjaga gawang PKNS.Gawang yang terbuka luas terus dimaanfaatkan ‘Atiq untuk jaringan pertama yang juga gol kemenangan buat pasukan TFC IV sekali gus menggembirakan 1,225 penyokong.PKNS yang sesekali hadir melancarkan serangan ternyata buntu untuk untuk merobek pertahanan TFC IV yang diketuai Muhammad Ikhwan Hakim.Keputusan 1-0 terus kekal hingga tamat perlawanan walaupun PKNS hampir menjaringkan gol beberapa minit sebelum permainan tamat.Dengan kemenangan itu, TFC IV membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 serta piala kejuaraan, manakala, PKNS yang muncul sebagai naib juara menerima RM50,000.
28 Sep 19
593
Sang Penyu 'Lemas' Di Larkin
Foto: Media TFC.KUALA TERENGGANU, 28 September- Segalanya tidak menjadi buat Terengganu Football Club (Terengganu FC) pada separuh masa pertama menentang Johor Darul Ta' zim (JDT) dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2019, hari ini.Beraksi di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Terengganu FC bermula baik seawal permainan dan menekan lawan dengan tempo tinggi untuk mengurangkan defisit satu gol.Bagaimanapun, JDT lebih banyak mengatur serangan dengan penyerang tuan rumah, Safawi Rasid beberapa kali berjaya melakukan rembatan ke arah pintu gol pelawat.Namun, segalanya berubah pada minit ke-15 apabila JDT dihadiahkan penalti setelah Nasrullah Hanif menjatuhkan Corbin Ong.Penalti berkenaan disudahkan Gonzalo Cabrera, meletakkan JDT di depan dengan agregat dua gol.Penyokong Terengganu FC yang hadir ke Larkin memberikan sokongan kepada pasukan. Foto: Media TFC.Terengganu FC cuba bangkit, tetapi JDT lebih pantas menjarakkan kedudukan setelah Safawi menyempurnakan sepakan percuma tepat membolosi sebelah kanan gawang pelawat pada minit ke-21.Gol kedua itu seakan-akan merentap semangat pemain Sang Penyu apabila mereka mudah dibolosi dua gol lagi, kali ini melalui tendangan sangga Safawi pada minit ke-36 dan tampanan Cabrera, empat minit kemudian.Terengganu FC kembali mengatur gerak dan pada minit akhir separuh masa pertama, Lee Tuck berjaya merapatkan kedudukan hasil rembatan kencang luar kotak penalti.Bersambung babak kedua, pelawat lebih agresif menyerang namun tidak berjaya merobek gawang yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.Pada minit ke-67, rembatan Tcheche Kipre hanya singgah di palang. Manakala, hantaran lintangnya pada minit ke-82 tidak berjaya disudahkan Serhii Andrieiev.Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus, JDT melangkah ke peringkat separuh akhir dengan agregat 5-1.
28 Sep 19
151
Sukan Dapat Jauhkan Gejala Negatif
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 28 September – Anak-anak muda diharap dapat menjauhi gejala negatif termasuk penyalahgunaan dengan melibatkan diri dalam acara sukan antaranya bola sepak.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, dengan adanya program ini dapat mengelakkan melakukan perkara yang tidak berfaedah."Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini.“Dengan adanya program-program sebegini,semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat,” jelasnya.Ustaz Riduan berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Bola Sepak Penalti Piala beliau, di sini, pada hari ini.Menurutnya, sebanyak 44 pasukan berentap di padang Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2 yang dianjurkan sempena "Kempen Anti Dadah 2019".Program tersebut telah dirasmikan baru-baru ini di Medan Selera Jertih Oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Puan Nor Hafizza Mat Zin.Oleh itu, Ustaz Dr. Riduan berkata, Pejabat Penyelaras Parlimen Besut akan mempelbagaikan program seumpama itu untuk anak-anak muda."Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini. Dengan adanya program-program sebegini, semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat.“InsyaAllah kita akan adakan program berbasikal "FUN RIDE" peringkat Parlimen Besut pada hujung Bulan 10 nanti dan diharap dikalangan anak muda paling ramai yang akan menyertai nanti,” ujarnya.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.
28 Sep 19
315
Terengganu FC Harap Doa Penyokong
Foto:Media TFC.KUALA TERENGGANU 28 September- Pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain berharap peminat skuad Penyu mendoakan kejayaan pasukan itu dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2019 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), malam ini."Bagi penyokong yang hadir ke Larkin, kami mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi untuk menaikkan semangat pasukan," katanya ketika ditemui dalam sesi latihan pasukan TFC, kelmarin.Berkunjung ke gelanggang lawan, Nafuzi mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk menundukkan tuan rumah, namun menegaskan perjalanan mereka belum berakhir.Foto: Media TFC."Hadir dengan defisit satu gol, memang sukar kerana JDT hanya tewas sekali di laman sendiri musim ini."Tetapi, saya lihat pemain-pemain kini lebih bersedia dan bersemangat untuk mencipta kemenangan," katanya.Beliau juga memaklumkan telah menerapkan beberapa formasi untuk lebih mendominasi perlawanan malam ini.Dalam perkembangan sama, pemain tengah, keadaan Ahmad Syamim Yahya dan Thierry Chanta Bin yang baru pulih dari kecederaan masih lagi dalam pemantauan pasukan dan tidak dapat dipastikan samada mampu beraksi dalam perlawanan itu.Foto:Media TFC.
27 Sep 19
96
Taekwando Pantai Tawan Hati Pengunjung TBG
Peserta sekolah tadika yang berjaya mengondol pingat.KUALA TERENGGANU, 27 September - Pertandingan taekwando pantai yang menjadi acara utama dalam ‘Terengganu Beach Game’ (TBG) 2019 berjaya menarik ribuan pengunjung tempatan dan luar negara untuk menyaksikan sukan itu.Presiden Persatuan Taekwando Negeri Terengganu (PTNT), Dato’ Din Adam berkata, Terengganu merupakan pemula dan satu-satunya negeri yang menganjurkan pertandingan tersebut.Selain itu ujarnya, sukan ‘dodgeball’ turut mencuri perhatian pelancong apabila ramai antara yang mereka turut serta mencuba permainan berkenaan.“Kemeriahan sambutannya dirasai apabila acara-acara itu memperlihatkan peningkatan penyertaan peserta tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.“Sambutan hebat daripada peserta dan pengunjung itu sekali gus mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada penduduk sekitar yang membuka perniagaan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian TBG 2019 yang disempurnakan oleh Penaung PTNT dan TBG, Tengku Sri Temenggong Raja Dato' Sri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud di Batu Burok, di sini hari ini.Din Adam mencadangkan agar TBG dijadikan acara tahunan.Sementara itu, menurut Pengarah TBG 2019, Mohamad Ramlan Mohd Farook, beliau berbangga dengan sokongan dan penyertaan peserta pada kali ini yang menunjukkan peningkatan mendadak.Katanya, peningkatan peserta dalam acara taekwando kategori sekolah tadika mampu memberikan impak yang positif dalam pembangunan sukan itu pada masa hadapan.“Untuk sekolah tadika, yang mengumpulkan kanak-kanak berumur tiga hingga enam mencatatkan 159 peserta manakala sekolah menengah menyaksikan 192 orang bertanding.“Penyertaan untuk ‘fun ride’ juga membuktikan TBG ini mampu memberikan pulangan lumayan kepada negeri, apabila seramai 700 peserta akan berkayuh malam ini” tambahnya.Dalam pada itu, Ramlan memaklumkan, pihaknya yakin lebih 10,000 pengunjung akan hadir menyaksikan kemeriahan TBG 2019 yang akan berakhir esok.Mohamad Ramlan.
27 Sep 19
128
Cadangan ‘Terengganu Beach Game’ Jadi Acara Tahunan Akan Diteliti
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 27 September - Kerajaan negeri akan meneliti cadangan untuk menjadikan program ‘Terengganu Beach Game’ (TBG) sebagai acara tahunan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan itu bergantung kepada penganjuran berkenaan sama ada ia mampu memberikan impak yang positif kepada beberapa sukan yang dilaksanakan dalam program berkenaan.Jelasnya, pembangunan rakyat dan perkembangan ekonomi negeri adalah dua aspek lain yang akan diberikan perhatian sekiranya program itu mahu dimasukkan ke dalam kalendar negeri.“Kita juga akan melihat sejauh mana garis panduan yang telah kita berikan kepada penganjur diikuti dan dilaksaakan dalam TBG ini.“Sekiranya ini semua menunjukkan perkembangan yang baik, saya rasa tiada masalah TBG ini untuk dijadikan acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri,” ujarnya.Wan Sukairi bersama Persatuan Dodgeball Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengunjungi program tersebut di Dataran Pantai Batu Buruk, di sini hari ini.Mengulas lanjut tentang garis panduan yang diutarakan kerajaan negeri untuk sukan pantai itu, beliau berkata pihak penganjur memberikan kerjasama yang baik.“Hari ini saya turut melihat pelaksanaan dan bagaimana cara permainan ini berlaku, Alhamdulillah beberapa penambahbaikan telah dilakukan selepas pertemuan sebelum acara berlangsung sebelum ini.“Beberapa syarat telah kita sepakat bersama dan hari ini saya melihat tidak berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu pasukan,” tambah beliau.TBG yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok menyajikan beberapa jenis sukan, antaranya Taekwando, ‘Dodgeball’ dan berbasikal.Sukan taekwando turut dipertandingkan.
27 Sep 19
232
‘Bermainlah Demi Lencana Di Dada’ – Zairo Anuar
Zairo Anuar Zailani.KUALA TERENGGANU, 27 September – Menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia, bekas kapten skuad Penyu, Zairo Anuar Zailani mahu pemain Terengganu bermain dengan sepenuh hati menentang Johor Darul Takzim (JDT) malam esok.Ujarnya, walaupun bermain di stadium keramat JDT dan ketinggalan 0-1 mengikut aggregat, ia tidak bermaksud pasukan Terengganu telah mengaku kalah atau tersungkur daripada persaingan.“Bermainlah sepenuh hati demi lencana di dada dan ingatlah kepada setiap peminat yang selalu memberi sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.Zairo yang juga bekas pemain kebangsaan turut menegaskan, kunci untuk meraihkan kejayaan dalam perlawanan adalah memberikan fokus terhadap segala perancangan jurulatih. “Apa yang penting, setiap pemain harus fokus dalam 90 minit permainan dan dengar setiap arahan serta taktikal jurulatih, bagi 100 peratus untuk kalahkan JDT, Insya-Allah kita mampu.“Setiap pemain mesti beraksi lebih baik malam esok lebih-lebih lagi Stadium Larkin adalah kubu kuat JDT.“Saya yakin keupayaan pemain Terengganu, mereka mampu mengatasi JDT malam esok untuk melayakkan mereka ke separuh akhir,” tambahnya.Untuk rekod, Zairo merupakan skuad emas Terengganu yang berjaya merangkul Piala Malaysia pada tahun 2001 di bawah bimbingan Mat Zan Mat Aris.
27 Sep 19
840
Edisi Pertama 'Tour Of Peninsular 2019' : Terengganu Taja RM500 Ribu
Kerajaan Terengganu penaja utama Edisi Pertama Acara Berbasikal Antarabangsa 'Tour Of Peninsular 2019'. Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersama Muhd Opandi (dua dari kanan) memperkenalkan penaja utama dan promosi untuk acara tersebut.KUALA TERENGGANU, 26 September - Kerajaan negeri menaja sebanyak RM500,000 sekali gus menjadi penaja utama Edisi Pertama Acara Berbasikal Antarabangsa Tour of Peninsular 2019 bermula dari Dungun ke Setiawangsa, 15 hingga 19 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penajaan itu akan kembali kepada negeri Terengganu melalui program sewaan bilik hotel dan promosi pelancongan negeri sepanjang program berjalan.Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bercakap dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.Katanya, kira-kira 20 pasukan bertaraf antarabangsa akan turut serta dalam lima pentas (stage) pertandingan, berakhir di Setiawangsa, Kuala Lumpur."Kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran perlumbaan bertaraf antarabangsa bukan sahaja kerana acara itu menyediakan ruang promosi dan penjenamaan yang cukup besar kepada sektor sukan pelancongan negeri, tetapi juga menyediakan ruang bagi rakyat negeri ini menyaksikan pasukan dan pelumba-pelumba negeri bertanding dalam perlumbaan yang cukup besar di laman mereka sendiri," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, perlumbaan 'Tour Of Peninsular' ini juga akan membawa jenama 'Visit Beautiful Terengganu' ke serata dunia melalui siaran 'live streaming' yang jelas dan lebih berkesan berbanding siaran televisyen konvensional.Ustaz Wan Sukairi (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelumba Terengganu. "Acara berbasikal antarabangsa itu juga akan mempromosikan Terengganu kepada pelancong domestik kerana perlumbaan ini juga akan dibawa ke negeri-negeri lain pada peringkat seterusnya," jelas beliau.Masyarakat antarabangsa juga katanya berpeluang melihat dengan lebih dekat keindahan jambatan angkat atau 'drawbridge' Terengganu melalui beberapa acara dan perlumbaan yang melibatkan penggunaan jambatan itu sendiri.Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Motoshoot Event Sdn Bhd, Dato Muhd Opandi Che Wook selaku pengajur, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana kesungguhan membantu melancarkan penganjuran acara tersebut.Antara pelumba Terengganu akan turut serta dalam acara tersebut."Penajaan ini amat besar maknanya untuk kami. Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan perbelanjaan kewangan yang agak besar, tetapi menggerakkan hampir keseluruhan jentera pentadbiran negeri dalam membantu memastikan acara ini dilangsungkan dengan jayanya khas penganjuran acara pra-perlumbaan dan acara di Peringkat 1 dan 2."Tour of Peninsular 2019 itu akan berlangsung pada 15 hingga 19 Otober ini dengan penganjuran bertaraf UCI2.1 lebih rendah satu mata berbanding Acara Berbasikal Antarabangsa Tour De Langkawi dengan penyertaan 20 pasukan professional UCI dan kebangsaan dari serata dunia," tambahnya.Laluan peringkat pertama bermula dari Dungun ke Kuala Terengganu sejauh 196 kilometer pada 15 Oktober, peringkat kedua, Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 197.8 kilometer (16 Oktober), peringkat ketiga, Pasir Mas ke Gerik sejauh 200 kilometer (17 Oktober), peringkat keempat, Ipoh ke Cameron Highlands sejauh 110.5 kilometer (18 Oktober) dan peringkat kelima, Tapah ke Setiawangsa sejauh 146.4 kilometer (19 Oktober).
25 Sep 19
312
Piala Belia : ‘Kami Mahu Juara’ - Terengganu FC IV
Foto ihsan - Media TFC IVKUALA TERENGGANU, 26 September - Menjelang aksi akhir kedua Piala Belia 2019 Sabtu ini, Terengganu Football Club (TFC) IV yang hanya selangkah menjulang trofi itu bertekad mahu memastikan kejuaraan itu menjadi milik mereka.Ketua pasukan, Tuan Ahmad Muqris Tuan Noor Marzuki, 19, berkata, setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan akhir pertama minggu lalu, skuadnya pada kali ini lebih bersedia mengatur strategi bagi merobek pintu gol PKNS FC.Katanya, tidak mustahil pasukannya akan muncul juara setelah melihat rakan sepasukannya mempamerkan semangat yang tinggi dalam latihan bermula sejak tiga hari lepas.“Kali ini kami lebih teliti mempersiapkan diri kami untuk menghadapi saingan akhir kedua pada hari Sabtu ini setelah kami tidak mendapat mendapatkan bekalan gol di tempat lawan tempoh hari.“Kami tidak berputus asa dan terus komited dalam latihan, masing-masingg berusaha kerana kami meletakkan target untuk menjulang menjulang Piala Belia,” ujarnya ketika dihubungi media hari ini.Skuad Muda Terengganu.Dalam pada itu, Ahmad Muqris sangat mengharapkan agar seluruh peminat bola sepak Terengganu hadir memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) hujung minggu ini“Harapan saya kepada penyokong yg berada di Terengganu supaya dapat datang ke stadium pada Sabtu ini bagi memberi sokongan dan semangat lagi kepada kami.“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan hadiah juara untuk semua penyokong dan rakyat Terengganu,” tambahnya.Dalam aksi pertama di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) 21 September lalu, TFC IV berjaya menghalang PKNS daripada mendapat bekalan selesa di halaman sendiri apabila berjaya mengikat keputusan 0-0.Keputusan itu juga sekali gus memberi kelebihan kepada skuad bawah 19 tahun Terengganu untuk merangkul gelaran juara.Muslihuddin Atiq ayam tambatan TFC IV.
25 Sep 19
502