Artikel "Sukan" Terkini
Virus Influenza : Atlet Negeri Disaran Ambil Langkah Berjaga-Jaga
Oleh: Wan Luqman HakimHULU TERENGGANU, 16 Januari - Para atlet negeri disarankan mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti luar bagi menggelakkan terkena jangkitan virus influenza.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sehingga hari belum ada kes yang melibatkan para atlet di Terengganu namun langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelakkannya berlaku.Jelasnya, langkah pencegahan ini turut ditekankan kepada atlet yang bakal beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor pada Julai ini."Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bahawa virus Influenza di Terengganu masih dalam terkawal."Pihak jabatan kesihatan juga telah menasihatkan kepada semua rakyat agar berhati-hati dan jangan terlalu obses dengan apa yang berlaku sehingga menimbulkan suasana panik."Saya turut mendapat maklumat dikebanyakan klinik-klinik kesihatan terlalu ramai pergi ke sana untuk mendapatkan vaksin sehingga stoknya habis akibat kita terlalu obses dengan apa yang berlaku," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian Faedah Pengurusan Jenazah dan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di rumah keluarga arwah Syamirul Aiman Bidin di Kampung Kua, Ajil di sini hari ini. Tambahnya, orang ramai juga turut dinasihatkan mengambil langkah pencegahan awal dan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan serta patuh kepada etika batuk dan bersin.Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan dua kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai sembilan individu dijangkiti influenza dalam kluster itu pada 5 dan 7 Januari 2020 di daerah Setiu.Justeru itu, masyarakat juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.Manakala bagi golongan berisiko dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin influenza di klinik swasta.
16 Jan 20
57
Pemilihan Pemain Pasukan Bola Sepak KT Rovers Bermula Esok
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Pemilihan pemain bagi mewakili Pasukan Bola Sepak Kuala Terengganu (KT) Rovers bakal bermula esok, 17 Januari bertempat di Padang SMK Seri Nilam.Sesi pemilihan yang terbuka kepada semua peringkat umur itu berlangsung selama dua hari dan akan berjalan seawal jam 5.00 petang selama dua jam.Pasukan KT Rovers merupakan pasukan yang baru dibentuk dan pemilihan itu adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapin saingan Piala FA dan Liga Malaysia M3 musim depan.
16 Jan 20
1432
THT Berpesta Gol ‘Ratah’ Kedah
Foto Ihsan - MHL.KUALA LUMPUR, 15 Januari - Pasukan Hoki Terengganu (THT) berpesta gol membelasah Kedah/Nurinsafi HT 8-2 dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang berakhir sebentar tadi.THT yang masih segar dengan kejayaan besar menumpaskan TNB Thunderbolts 5-0 tempoh hari turun dengan skuad utama bagi meraih kemenangan kedua berturut-turut.Walau bagaimanapun, THT dikejutkan dengan jaringan awal Kedah/Nurinsafi pada minit ke-3 perlawanan menerusi Muhammad Azfar Yaqoob yang bijak memanfaatkan peluang di hadapan pintu gol THT.Tersentak dengan gol tersebut, THT melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pasukan Hoki Kedah/Nurinsafi, hasilnya Muhammad Rashid Baharom menyamakan kedudukan pada minit ke-5.Dua minit kemudian, THT sekali lagi mengganas apabila Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran menghasilkan gol padang untuk meletakkan THT memimpin perlawanan.Faizal melakukan gerakan menarik sebelum mengganas dengan jaringan ketujuh.Permainan terus berlangsung rancak apabila pada minit ke-7 pemain Kedah/Nurinsafi, Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi menyamakan kedudukan juga menerusi jaringan padang.THT yang tercabar dengan jaringan tersebut memperkemaskan jentera pasukan dan serangan untuk terus melancarkan beberapa serangan merbahaya.Hasilnya, pada minit ke-21, THT dihadiahkan pukulan sudut penalti dan peluang itu tidak disia-siakan pemain import kelahiran Korea Selatan, Jung Manjae untuk meledak gol ketiga pasukan. Pada minit ke-29, THT terus melebarkan jaringan apabila Faizal Saari menambah gol keempat sebelum Muhammad Sufi Ismat Mrrohulamin menjadikan kedudukan 5-2 berpihak THT pada minit ke-36.Pasukan Hoki Kedah/Nurinsafi yang dibarisi gaungan pemain baharu dan lama jelas tidak mendapat belas kasihan pasukan THT apabila menambah jaringan keenam menerusi penyudah Muhammad Azri Hassan pada minit ke-42.Fitri Saari (dua dari kiri) cemerlang memimpin pasukan untuk kemenangan kedua.Lima minit berselang, hasil gerakan cantik, Faizal Saari sekali lagi menambah derita Kedah/Nurinsafi dengan jaringan ketujuh.Sebelum jaringan padang Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran melengkapkan derita pasukan utara itu empat minit sebelum perlawanan tamat.
15 Jan 20
280
Gagal Manfaat Peluang, THT Berputih Mata
Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional.KUALA LUMPUR, 11 Januari - Kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan menyebabkan Pasukan Hoki Terengganu (THT) terpaksa berputih apabila gagal mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lalu.Ketua Jurulatih THT, Dhaarma Raj Abdullah berkata, anak buahnya bermain baik apabila mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, ia terbukti dengan dua jaringan THT terhasil menerusi gerakan menarik para pemainnya."Dalam beberapa masa kita menunjukkan permainan yang cukup bagus, tetapi apa yang membezakan UniKL dan THT adalah peluang pukulan sudut penalti."UniKL cukup klinikal dalam peluang itu, manakala kita pula gagal, apa pun kita cemerlang dengan dua jaringan padang," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.Dhaarma Raj.Sementara itu, Kapten THT, Fitri Saari pula mahu rakan sepasukan terus bangkit mencari mata penuh dalam perlawanan selepas ini."Malam ini kita kehilangan piala dan mata, untuk perlawanan seterusnya menentang TNB kita harap penyudah kita akan lebih tajam," katanya.Menurut penyerang THT, Faizal Saari, beliau mengakui ketumpulan menyudahkan pukulan sudut penalti menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan."Pukulan sudut penalti hari ini kita gagal mungkin kerana pihak lawan sudah mengkaji THT punya taktikal, dan disebabkan itu kita kehilangan mata," ujar penjaring dua gol THT itu.Dalam perlawanan pembukaan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) itu, UniKL meraih gelaran Piala Sumbangsih buat kali pertama dalam sejarah selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas THT di Stadium Hoki Nasional semalam.Fitri dan Faizal Saari.Kedua-dua pasukan tampil dengan corak permainan terbuka namun jaringan yang dinantikan hanya tiba pada minit ke-19 apabila Muhammad Razie Abd Rahim memberikan pendahuluan buat UniKL hasil pukulan sudut penalti.Faizal Saari pada minit ke-26 dan ke-36 kemudiannya menemui sentuhan jaringan apabila berjaya meletakkan THT 2-1 di hadapan.Namun ia tidak bertahan lama, seminit berselang UniKL mengikat kedudukan apabila Razie sekali lagi memanfaatkan pukulan sudut penalti sebelum Pemain import baharu UniKL dari Belanda, Roel Bovendeert melengkapkan malam gemilang UniKL minit ke-50.
10 Jan 20
148
Penyokong Terengganu FC Sangat Luar Biasa – Faris Ramli
Faris Ramli.KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Pemain baharu Terengganu Football Club (TFC), Faris Ramli, 27, mengakui teruja dengan sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh penyokong pasukan itu semenjak beliau melengkapkan perpindahan.Pemain pasukan kebangsaan Singapura itu berkata, pengalaman tersebut pastinya akan menjadi sesuatu yang baharu dan sangat berharga buat dirinya dalam mengharungi saingan Liga Malaysia.“Alhamdulillah, semua penyokong TFC sangat terbaik, sebelum ini saya bersama PKNS dan Hougang United, tetapi ‘fans’ TFC ini sangat luar biasa.“Selepas saya menyertai TFC, ramai penyokong yang selalu menghantar mesej kepada saya di Instagram dan tak sabar melihat saya beraksi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan TFC di Gong Badak kelmarin.Menurut Faris, disebabkan itu beliau sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan pertama menentang Perak FA 29 Februari depan.“Saya sangat bahagia di sini, jadi apa yang harapkan kepada mereka adalah terus menyokong TFC dan saya akan buat yang terbaik buat TFC.“Sebagaimana harapan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang mahu satu piala pada musim ini, insya-Allah kami akan usahakan,” jelasnya.Tambah beliau, pemain seperti Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov pastinya akan menjadi gandingan terbaik buat dirinya bagi mencetak jaringan untuk TFC.“Mereka adalah pemain utama dan arkitek TFC yang saya sangat tidak sabar untuk bermain bersama,” katanya.Faris menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad TFC bagi mengisi kuota pemain Asean yang sebelum ini menjadi milik pemain dari Kemboja yang dilahirkan di Perancis, Thierry Chantha Bin yang digugurkan TFC sebelum ini.
08 Jan 20
510
Pertahan Trofi Sumbangsih, Piala TNB Sasaran Awal Terengganu
Pasukan THT bersama Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Terengganu Hockey Team (THT) meletakkan sasaran awal untuk mempertahankan Piala Sumbangsih dan Trofi TNB yang dimenangi tahun lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selepas berbincang dengan pengurusan THT dan melihat kesungguhan para pemain, beliau yakin target itu akan berjaya dicapai.“Ada dua kejohanan besar yang akan disertai, pertama TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) yang dijuarai UniKL tahun lalu dan kedua, Piala TNB yang kita muncul juara tahun lalu, dan sudah tentu tahun ini kita berhasrat untuk mengekalkan kejuaraan itu termasuk Piala Sumbangsih.“Jika diikutkan semua kejohanan kita mahu letakkan sebagai juara termasuk kejuaraan TNB MHL, namun kita berhasrat untuk pertahan apa yang dimenangi tahun lalu dahulu,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Logo dan Jersi Pasukan serta Memperkenalkan Pemain THT dan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT), di Hotel Permai semalam.Jersi baharu pasukan THT dan TLHT.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Penaung Persatuan Hoki Terengganu, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Ahmad Samsuri, beliau turut berbangga dengan pencapaian THT sejak ia mula ditubuhkan lebih-lebih lagi ramai anak jati Terengganu yang berada dalam skuad itu.Ujarnya, tajaan sebanyak RM2.5 juta daripada kerajaan negeri dan syarikat-syarikat besar lain pastinya merancakkan lagi perkembangan pasukan. “Musim 2020 kita mempertaruhkan 10 pemain tempatan daripada kesemua 22 pemain dalam THT, gandingan pemain tempatan dan luar ini mampu melonjakkan prestasi pasukan,” tambah beliau yang teruja dengan kehadiran Ketua Jurulatih THT yang baharu, Dhaarma Raj Abdullah.THT akan memulakan musim 2020 pada 10 Januari nanti apabila akan berhadapan dengan juara MHL 2019, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.TLHT turut tidak ketinggalan dalam menghadiahkan kejayaan buat rakyat Terengganu.
07 Jan 20
35
Dhaarma Raj Tagih 'Magic' Faizal, Fitri Saari
THT mempertaruhkan 22 pemain termasuk empat import iaitu dua dari Korea Selatan dan Pakistan.KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Ketua Jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), Dhaarma Raj Abdullah menagih kelicikan dua beradik, Mohd Faizal Saari dan Mohd Fitri Saari bagi menghadapi saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2020 (MHL).Kata Dhaarma, dua pemain kebangsaan kelahiran Terengganu itu mempunyai kelebihan istimewa yang boleh membawa kejayaan buat pasukan THT.“Terengganu mempunyai dua pemain luar biasa, adik beradik Saari berkelebihan untuk melakukan ‘magic’ dalam setiap perlawanan sama ada ketika bermain untuk THT atau Malaysia.“Kita juga ada pemain import dari Korea Selatan, Jung Manjae dan Jang Jong Hyun yang pakar pukulan sudut penalti, di samping dua lagi pemain dari Pakistan diharap mampu menjulang pasukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Logo dan Jersi Pasukan serta Memperkenalkan Pemain THT dan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT), di Hotel Permai semalam.Dharmaa (kiri) berkata, THT bukanlah pasukan pilihan musim ini, namum pasukannya akan melakukan yang terbaik.Mengulas tentang Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada 10 Januari ini, Dhaarma berkata, THT membawa cabaran getir untuk mempertahankan kejuaraan kerana Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dibarisi ramai pemain kebangsaan dan import yang berkualiti.Malah beliau yang juga bekas jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan turut menolak anggapan bahawa THT adalah pasukan pilihan bagi menjuarai piala itu dan liga musim ini.“Apa pun penting untuk kami menang perlawanan Piala Sumbangsih bagi mendapatkan mata sebagai landasan untuk muncul juara kali ini,” katanya yang turut dibantu penolong jurulatih, Seo Jongho.Dalam pada itu, beliau turut mengakui cabaran getir akan dihadapi skuad wanita apabila ramai muka-muka baharu membarisi THLT itu setelah pemain ternama dipancing pasukan lain.“Pemain sandaran kita musim lalu telah ‘dicuri’ oleh Hockademy KL, ini sedikit kesukaran kepada kita, namun kita jangka THLT tetap akan bersaing hebat dengan Hockademy KL untuk merebut juara liga,” tambah beliau.TLHT diperkuat 20 pemain termasuk tiga import dari Argentina dan Kazakhstan.THT menutup tirai MHL 2019 dengan cemerlang apabila memenangi Piala Sumbangsih dan Piala TNB manakala TLHT pula muncul juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2019.
06 Jan 20
144
Atlet TatiUC Terengganu Kutip 2 Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan
SEGAMAT, 1 Oktober - Empat atlet Kolej Universiti Tati (TatiUC) Terengganu mencatat keputusan membanggakan di Kejohanan Angkat Berat Senior dan Junior Kebangsaan Siri 2 yang berlangsung di Segamat apabila mengumpul 2 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa.Kejohanan yang bermula 28 September lalu dan berakhir sebentar tadi disertai oleh Mohammad Zafrul Zainol Abiddin dan Umar Abdul Aziz Muhd Bustaman dari program pengajian pemesinan.Sementara Muhammad Hanafi Hamizi Abd Ghani dan Ahmad Fayyadh Zainal Abidin dari program Diploma in Non-Destructive Testing.Pingat emas disumbangkan oleh Zafrul yang berjaya membuat angkatan keseluruhan 201 kilogram (snatch 86 kg, jerk 115 kg) bagi kategori 55 kg. Sementara Umar (kategori 61 kg), Hanafi (kategori 89 kg) dan Fayyadh (kategori 96 kg) masing masing mencatat jumlah angkatan terkumpul 233 kg, 275 kg dan 206 kg.
01 Oct 19
310
Karnival Main Ga'yong Pantai Timur Berpencak
Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 29 September - Karnival Main Ga'yong Pantai Timur dijangka menggamit seribu kenangan buat warga Perguruan Persilatan di negeri Terengganu apabila ianya bakal diadakan pada 3 hingga 5 Oktober ini di Kijal.Karnival tersebut akan menghimpunkan seluruh guru silat dari Pantai Timur malah turut melibatkan Perguruan Persilatan dari Selangor, Melaka, Johor, Kedah dan negara jiran iaitu Thailand yang akan berkampung selama tiga hari di Pantai Penunjuk, Kijal.Karnival yang julung kali diadakan itu adalah hasil kerjasama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dengan Pertubuhan Persaudaraan Seni Silat Melayu Pantai Timur (PERSIMA) dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu.Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya Demontrasi Seni Silat Tradisi, Demontrasi Pergendangan, Himpunan Busana Tradisi, Pameran Senjata Melayu, Kejohanan Silat Olahraga dan Santai Ilmiah yang bertajuk Ulama dan Pendekar Berpisah Tiada.Selain pameran dari agensi kerajaan, turut diadakan adalah Sukan Rakyat, gerai jualan, Pertandingan Memancing Pantai, Explore Race, Musang Berjanggut, Bola Sepak Pantai, Tarik Tali, Panjat Tiang licin dan Gusti Bantal.“Semua warga Pantai Timur dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival yang akan dijadikan sebagai acara tahunan di Kemaman ini,” seru Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Haji Hazri Jusoh ketika ditemui di Pantai Penunjuk, Kijal.“Di samping pelbagai acara menarik yang disediakan, kita juga menghidangkan jamuan rakyat gulai kawah bagi pengunjung yang bertandang di karnival tersebut pada hari kemuncak iaitu hari Sabtu 5 Oktober ini,” ujar beliau lagi.Karnival ini juga bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara Perguruan Persilatan di seluruh Pantai Timur.Majlis perasmian dijadualkan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali selaku Khalifah Gayong Terengganu.
29 Sep 19
1987
Selepas Julang Piala Belia, Wira Terengganu Enggan Dabik Dada
'Atiq watak penting Terengganu B-19 yang menjulang Piala Belia semalam.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 29 September – Selepas meranapkan impian PKNS FC yang ingin mempertahankan Piala Belia semalam, Wira Terengganu FC IV, Muhammad Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid enggan mendabik dada.Katanya, walaupun menyumbang satu gol yang juga jaringan kemenangan untuk TFC IV, dia tetap mahu fokus bagi terus meningkatkan prestasi permainan.“Saya gembira kerana dapat membantu Terengganu untuk menjadi juara pada malam ini, persiapan yang rapi diadakan sebelum perlawanan malam ini dengan mengenakan latihan intensif membantu saya untuk menjaringkan gol tadi.“Walau bagaimanapun, saya tidak mahu berhenti setakat ini, saya mahu terus meningkatkan mutu permainan dan mencapai lebih kejayaan termasuk bersama skuad kebangsaan,” ujarnya semasa ditemui pemberita selepas tamat perlawanan semalam.Sementara itu, Pemain Tengah Terengganu FC IV, Muhammad Azam Azmi Murad yang turut terpilih menyertai pemilihan Skuad Kebangsaan bagi menghadapi kelayakan AFC B-19 2020 pada 31 Oktober ini gembira dengan pencapaiannya bersama TFC IV.Azam tekad untuk terus mencipta kejayaan bersama Terengganu dan Malaysia.Ujarnya, dia yang gemar berada di bahagian tengah diletakkan untuk bermain pada posisi pertahanan kanan dalam pasukan Malaysia B-19.“Apa pun posisi yang diberikan, saya akan buat yang terbaik dan mengikut arahan jurulatih. “Saya akan terus fokus untuk pemilihan skuad negara sejurus selepas ini dan pasukan Terengganu tetap menjadi keutamaan saya,” jelasnya.Untuk rekod, dalam karier ‘Atiq dan Azam sebagai pemain kebangsaan, mereka telah menjaringkan satu gol apabila membantu Malaysia muncul naib juara dalam Kejohanan AFF B-18 di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini. Seorang lagi pemain Terengganu FC IV yang terpilih untuk menyertai latihan Skuad Kebangsaan bersama ‘Atiq dan Azam ialah Muhamad Rahadi Azli Rahalim yang beraksi di posisi penjaga gol.
28 Sep 19
1556