lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Darren Lok Sah Sertai Terengganu FC
Darren Lok.KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Bekas penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok sah menjadi rekrut terbaharu Terengganu Football Club (TFC) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020.Menerusi kenyataan dikeluarkan TFC hari ini, Darren yang pernah bermain untuk Johor Darul Takzim (JDT) II mendapat kepercayaan ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain bagi mengisi barisan serangan bersama Dominique Da Sylva.Kehadiran penyerang kacukan Malaysia-England juga pastinya memberi lebih banyak pilihan kepada Nafuzi untuk merencanakan corak serangan yang beliau ingin sajikan.“Setelah seminggu Darren Lok menjalani latihan bersama TFC, saya berpuas hati dengan prestasi beliau dan memutuskan untuk mendapatkan khidmat Darren bagi mengharungi Liga Super 2020.“Darren pernah mewakili kelab Eastbourne Borough England, bersama JDT dan JDT II selain pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan boleh membantu pasukan TFC terutamanya posisi serangan agar lebih mantap,” kata Nafuzi.Selesai menandatangani kontrak bersama TFC.Sebelum ini, beberapa gambar tular di laman media sosial memaparkan Darren menyaksikan perlawanan pra-musim melibatkan TFC serta terlibat dalam beberapa aktiviti pasukan kendalian Nafuzi itu.Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi daripada peminat bola sepak seluruh Malaysia dan Terengganu.Untuk rekod, sebelum menyertai JDT II bermula 2016, Darren pernah mewakili Kelab Eastbourne Borough di England.
30 Jan 20
509
Empty Image
Tiada Lagi Kelibat Ashaari 'The Silent Killer'
Ashaari Samsudin (dua dari kiri) dipeluk skuad muda TFC selepas menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 28 Januari – Terengganu Football Club (TFC) mengambil keputusan untuk menghormati keputusan bekas pemain berbisa pasukan itu, Ashaari Samsudin yang bertindak bersara daripada dunia bolasepak professional.Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana ia adalah kehendak Ashaari, 34, meskipun ramai peminat mendesak agar pengurusan bola sepak Terengganu kembali mendapatkan khidmat  pemain yang digelar ‘the silent killer’.“Bagi saya, dia adalah pemain tempatan yang berkualiti dan sememangnya kami memerlukan khidmat Saha (Ashaari), sejak awal kami telah menawarkan kontrak padanya.“Tetapi keputusan itu (bersara) telah dibuat olehnya, dan itu pilihannya, kami menghormati keputusan itu,” ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Dalam pada itu, mengulas tentang kecederaan yang dialami oleh Faiz Nasir, Nafuzi memaklumkan pemain itu sudah dalam proses pemulihan.“Faiz dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang sepak mula Liga Super 29 Februari nanti, dia dah mula berlatih bersama pasukan.“Mungkin dalam seminggu dua ini Faiz akan cergas seperti biasa dan dapat digandingkan dengan pemain-pemain lain,” jelas beliau.
27 Jan 20
338
Empty Image
Futsal Piala Belia Platform Kembangkan Bakat
KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Kejohanan Futsal Piala Belia Terengganu menjadi platform terbaik untuk anak muda negeri itu mempamerkan kebolehan dan mengembangkan bakat ke tahap yang lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan sebanyak 66 pasukan dari seluruh negeri membuktikan futsal sangat diminati oleh belia dan ia akan dipelihara sebaik mungkin supaya Terengganu dapat melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan itu.“Mudah-mudahan program ini bukan dianjurkan pada hari ini sahaja, tetapi terus dirancakkan pada bulan-bulan berikutnya, mungkin kejohanan besar seumpama ini boleh diadakan setiap dua atau tiga bulan.“Kita boleh melihat, penyertaan sangat ramai, ada yang datang dari Kemaman, dan menyeluruh dari Terengganu, tidak ketinggalan pasukan dari negara jiran kita, Kelantan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut di Hazlan Indoor Soccer, di sini hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memartabatkan bakat belia dan sukan di Terengganu.“Kecenderungan yang tinggi anak muda dalam sukan futsal mahupun bola sepak akan dijaga sebaik mungkin agar ia memberi hasil utuk negeri kita.“Insya-Allah kita juga sedang menjalankan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu yang mana peringkat akhir akan berlangsung Februari nanti,” tambah beliau.
25 Jan 20
417
Empty Image
Bayangan Kesebelasan Utama Terengganu Sudah Ada - Nafuzi
Nafuzi Zain.KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain mengakui beliau sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Walau bagaimanapun Nafuzi berkata, keputusan muktamad mengenai kesebelasan tersebut hanya akan diumumkan sebaik sahaja perlawanan persahabatan pra-musim berakhir.Katanya, ia ekoran rata-rata pemainnya menunjukkan prestasi membanggakan dan sukar untuknya membuat keputusan dalam tempoh yang singkat.“Kesebelasan utama pemain saya akan tentukan pada akhir Februari ini, iaitu selepas tiga atau empat lagi perlawanan persahabatan.“Kita akan guna platform perlawanan persahabatan untuk mencari kelemahan, keserasian dan menilai prestasi pemain sebelum dapat tentukan barisan utama pasukan,” katanya yang akan berlepas ke Bangkok pada 28 Januari ini untuk perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di sana.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Indonesia, Madura United, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.Mengulas tentang kemenangan yang diraih semalam, beliau berpuas hati dengan prestasi semua pemain yang mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan persahabatan dan juga latihan.“Namun, biar pun kita menang pada malam ini, kita juga kelemahan dan kekurangan pasukan, ia akan diatasi sebelum aksi sebenar bermula,” tambah beliau.
25 Jan 20
433
Empty Image
Lapan Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras Parlimen Besut
Oleh: Saifullah JusohFoto: Jusmawari BESUT, 25 Januari - Lapan pasukan bola sepak dari Besut akan berentap bagi merebut Piala Kejohanan Bola Sepak Penyelaras Parlimen Besut 2019.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri Awang berkata, setiap DUN menghantar dua pasukan bagi merebut piala berkenaan yang akan bermula pada 23 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020.“Kejohanan ini diadakan bagi memupuk semangant kesukanan dalam kalangan anak muda di Besut. “Selain itu juga kejohanan ini mewajibkan semua pemain berpakaian mematuhi syariat iaitu dengan menutup aurat,” jelasnya.Beliau yang juga Pengarah program berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Penyelarasan Kejohanan di Pejabat Pusat Khidmat Dun Jerteh, pada Khamis, 23 Januari.Menurutnya, kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Besut dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Besut serta Persatuan Bola Sepak Besut itu akan berlangsung di Padang Bola Sepak Astaka Jerteh dan Padang Pacakan, Kuala Besut.Beliau menambah, ia bertujuan bagi memilih pemain-pemain yang akan mewakili Parlimen Besut bagi merebut Piala Menteri Besar yang akan bermula pada 28 Februari 2020. “Kita juga berharap kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh mencemarkan kejohanan ini,” ujar Hakim.
24 Jan 20
43
Empty Image
Terengganu FC Garang Tundukkan MU 2-0
Jaringan pertama TFC dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di SSINS.KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Walaupun turun tanpa kelibat Dominique Da Sylva dan Sanjar Shaakmedov, Terengganu Football Club (TFC) tetap berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas kelab Indonesia, Madura United (MU) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.Perlawanan berlangsung sengit sejak wisel permainan dibunyikan dengan serangan bersilih ganti daripada kedua-dua pasukan.Bagaimanapun setiap peluang terhidang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan oleh pasukan bimbingan Nafuzi Zain dan Rahmad Darmawan.Situasi tersebut memaksa kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0.Deretan peluang hadir, namun gagal dimanfaatkan.Bersambung babak kedua, TFC dilihat lebih garang mengasak kubu MU, gerakan menarik  dijana dari kiri dan kanan pintu gol MU menerusi Faris Ramli serta D Saarvindran.Hasilnya, pada minit ke-60, gerakan lincah Faris memaksa pertahanan Madura menjatuhkan pemain itu di luar kotak penalti.Muhd Azalinullah Mohd Alias yang ditugaskan mengambil sepakan percuma akhirnya berjaya meledak gol pertama TFC dengan lecongan menarik yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol MU, Muhammad Ridho.Tersentak dengan jaringan itu, MU mempertingkatkan corak serangan namun benteng pertahanan TFC yang dikawal Babacar Diallo tenang mengawal keadaan.Menjelang penghujung minit perlawanan, kemasukkan Lee Tuck dan Syafik Ismail menambah variasi serangan TFC.Deretan peluang keemasan hadir namun ketiadaan Dominique Da Sylva jelas menghampakan 7,600 penyokong TFC yang memenuhi stadium sejak 7.30 malam.Kemunculan Lee Tuck mengembirakan penyokong TFC.Perlawanan hampir berkesudahan 1-0, namun sepakan sudut lewat yang diperolehi Terengganu merubah keadaan.Sepakan penjuru Lee Tuck, ditanduk cantik ke sudut kanan gawang Madura oleh Nasrullah Hanif untuk menamatkan saingan 2-0 memihak TFC.
24 Jan 20
190
Empty Image
Pakaian Patuh Syariah Atlet, Terengganu Puji Pahang
Hishamuddin (dua dari kanan) menerima sijil penghargaan dari pihak pengajur.KUANTAN, 23 Januari – Kerajaan Terengganu memuji Kerajaan Pahang kerana mula mengorak langkah untuk melaksanakan pakaian patuh syariah di kalangan atlet negeri itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, langkah permulaan kerajaan itu wajar dipuji. “Kalau semua negeri berganding bahu, kelak industri pakaian sukan patuh syariah bakal mengambil tempat dalam negara ini. Percayalah.. ia bukan melumpuhkan pembangunan sukan,” tulis beliau dalam status facebooknya sempena Seminar Pemakaian Atlet Sukan Patuh Syariah Peringkat Negeri Pahang di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) di sini kelmarin.Hishamuddin berucap dalam 'sharing session' di Seminar Pemakaian Atlet Sukan Patuh Syariah Peringkat Negeri Pahang di Kuipsas, Kuantan Pahang.Katanya, selama satu jam beliau diberi ruang untuk 'sharing session' (sesi berkongsi) melalui pengalaman Terengganu dalam memperkenalkan konsep patuh syariah di kalangan atlet dan aktiviti sukan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata konsep patuh syariah skopnya besar (luas) dan penumpuan khusus banyak diberikan kepada etika berpakaian agar lebih bertepatan.“Penegasan saya mudah, konsep yang ingin diperkenalkan mesti seiring dengan proses mendidik rakyat bukan menghukum. “Ruang dan peluang perlu diberikan secukupnya untuk semua pihak melakukan perubahan dengan tunjuk ajar yang konsisten,” jelasnya.Tambahnya, ia juga bukan soal siapa memulakan dahulu dan tidak ada sebarang kebanggaan pun (dari sudut politik) dengan langkah awal kerajaan Negeri Terengganu membentuk garis panduan pemakaian atlet. “Ia bukan peluang untuk meraih 'political mileage' (keuntungan politik). Sebenarnya ia tanggungjawab kepada agama. Malah, hampir dua tahun ini kita belum lagi mencapai tahap yang membanggakan dalam aspek pematuhan syariah ini. “Pun begitu, usaha terus berjalan, sinarnya makin terang tapi cabaran semasa amat menggerunkan,” ujarnya.Katanya, dalam usaha melakukan perubahan ini, kerajaan akan dilihat secara persepsinya untuk 'terus perfect' dalam agenda tersebut sedangkan sistem sedia ada tidak mampu untuk menyaksikan perubahan secara total. “Tindakan 'enforcement' (penguatkuasaan) adalah langkah paling akhir. Yang sedang berjalan adalah kempen dan didikan. “Kita mesti lalui semua kecaman dengan sabar dan terus konsisten mengejar matlamat untuk dijayakan. Sebab itu matlamat mesti jelas,” katanya lagi.
22 Jan 20
47
Empty Image
Azizulhasni Rampas Ranking Nombor Satu Dunia
Azizulhasni Awang. Foto ihsan - UCI.KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, 32, mendapat rangsangan terbaik dalam usaha meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas melonjak ke tempat pertama bagi acara Men Elite Keirin.Berdasarkan senarai ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang dikeluarkan hari ini, juara dunia keirin 2017 itu kini berada pada ranking pertama selepas mengumpul 2,560 mata.Pelumba kelahiran Terengganu itu berada sembilan mata di hadapan jaguh Jepun dan 212.5 mata berbanding pelumba Perancis, iaitu Yudai Nitta serta Vigier Sebastien.
22 Jan 20
144
Empty Image
Larian Ultron Catat ‘Malaysia Book Of Records’
Peserta kanak-kanak turut mencuri tumpuan dalam acara larian tahun baharu.KUALA TERENGGANU, 18 Januari - Penganjuran Larian Tahun Baharu 2020 Ultron di sini hari ini, turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).Program julung-julung kalinya diadakan di Dataran Drawbridge itu tersenarai sebagai penyertaan acara larian serentak tertinggi yang melibatkan sembilan buah negeri di seluruh Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran program sukan selagi mana ia berjalan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.“Sebagaimana kita sedia maklum, Terengganu merupakan negeri yang cukup kuat dalam pelbagai jenis sukan, melalui program ini sudah pasti ia mampu memberi kelebihan pada kita untuk terus kuasai bidang ini.“Sementara itu, aktiviti ini bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan kecergasan tetapi turut mencetuskan suasana harmoni dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Wan Sukairi Wan Abdullah.Mengulas tentang garis panduan terbaharu, beliau berkata, perkara itu dijangka akan dirasmi dan dilancarkan dalam masa terdekat oleh Menteri Besar Terengganu.“Ia meliputi semua segmen di Terengganu termasuk sukan, hiburan dan pelancongan,” tambah beliau.Dalam pada itu, seramai 1,325 peserta dari seluruh negeri menyertai acara yang bermula jam 7.00 pagi dan ia juga melibatkan peserta termuda berumur empat tahun serta Orang Kurang Upaya (OKU).Peserta OKU yang menghangatkan lagi program.
18 Jan 20
333
Empty Image
Jaringan Saat Akhir Beri TLHT Kemenangan
Pemain THLT meraikan gol kemenangan.KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Jaringan pada saat-saat akhir Fazilla Sylvester Silin memberi tiga mata berharga kepada Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) apabila menumpaskan PDRM Blue Warriors 1-0 sebentar tadi.Gol pada minit ke-60 hasil pukulan sudut penalti itu menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan setelah permainan berlangsung sengit di Stadium Hoki Batu Buruk, di sini. Menurut Fazilla, perlawanan hari ini sangat mendebarkan dan dia tidak menyangka dapat menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya. “Kami memang mengharapkan untuk meraih tiga mata penuh di tempat sendiri walaupun kami agak gementar pada mulanya kerana pemain-pemain dalam TLHT agak muda berbanding pasukan PDRM.“Alhamdulillah, kami berjaya capai mata penuh dan memberi tentangan sengit kepada pasukan hebat seperti PDRM,” jelasnya.Sementara itu, Jurulatih TLHT, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, pasukannya bermain dengan baik apabila mendominasi permainan dan beberapa strategi yang dirancang berjaya dilaksanakan.Jaringan TLHT yang dibatalkan oleh pengadil perlawanan.“Namun, ketumpulan jentera serangan memanfaatkan setiap peluang terhidang menyebabkan kami terpaksa menunggu hingga minit terakhir bagi menjaringkan gol.“Dan Alhamdulillah, kami berjaya juga akhirnya dalam keadaan pasukan lawan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, kredit diberikan kepada pemain saya termasuk pemain muda,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Dalam perkembangan sama, kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani berkata, meraih tiga pada hari ini adalah perkara yang paling mustahak perlu dilakukan oleh TLHT.“Kami sedikit bergelut pada awal permainan’, tetapi usaha yang ditunjukkan daripada keseluruhan pasukan berjaya memberikan kami tiga mata untuk terus mencabar Pasukan Hoki Akademi KL,” jelasnya.Dalam pada itu, ujar pemain tengah TLHT, Tuan Nurhidayah Tuan Ismail, bermain secara berpasukan dan fokus hingga wisel penamat menjadi kunci pasukannya meraih kemenangan.Tuan Nurhidayah (berbaju putih).“Kami juga mendapat tunjuk ajar daripada pemain-pemain senior dan kebangsaan, mereka membantu pemain-pemain baharu dengan baik,” ujarnya.
18 Jan 20
40