lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
LTdL 2020 : Jones Takluk Terengganu, Harrif Hampiri Podium
Peserta melalui jalan pantai di Marang.KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Jaguh pecut ARA Sunshine Coast, Taj Jones memenangi peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sekali gus melonjak ke tangga ketiga kedudukan keseluruhan sebentar tadi.Pelumba kelahiran Australia itu menamatkan perlumbaan dari Kuala Terengganu ke Kerteh yang juga jarak terpanjang pada edisi kali ini sejauh 175.5 kilometer (km) dengan catatan masa empat jam lima minit 29 saat.Tempat kedua menjadi milik Maximilian Richard Walscheid dari pasukan NTT Pro Cycling Team, manakala Lecroq Jeremy dari pasukan B&B Hotels Vital Concept melengkapkan kedudukan podium.Pelumba terbaik Malaysia merupakan anak jati Terengganu, Harrif Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dengan berjaya menduduki tempat kelima dari kedudukan ke-10 dalam peringkat pertama semalam.Dengan meraih tempat kelima tersebut, Harrif turut dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia pada peringkat kedua.Pelumba melalui Jambatan Marang.Sementara itu, meskipun menamatkan peringkat kedua di tempat ke-40, pelumba pasukan Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov terus mengekalkan Jersi Kuning (keseluruhan), Jersi Hijau (pecut) dan Putih (pelumba terbaik Asia).Tidak banyak drama yang berlaku pada perlumbaan hari ini dengan pecahan solo yang dilakukan pelumba NTT Pro Cycling Team, Rylee Field berjaya ditangkap semula di dua km terakhir perlumbaan.Majlis pelepasan pelumba sebelah pagi tadi telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azhar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Peringkat ketiga esok akan bermula di Temerloh dan berakhir di Kuala Lumpur dengan jarak perlumbaan sejauh 162.5 km.Majlis pelepasan pelumba di Dataran Batu Buruk.
08 Feb 20
272
Empty Image
LTdL 2020 : Harrif Saleh Laung Amaran Awal
Harrif Saleh.KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Pelumba handalan pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh melaungkan amaran awal apabila berjaya merangkul tempat kedua dalam aksi pemanas sebelum jelajah sebenar PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 bermula esok.Dalam acara Kriterium Antarabangsa Malaysia sejauh 90 kilometer yang berakhir sebentar tadi, Harrif berada di kelas tersendiri untuk mengatasi 112 peserta lain.Dengan hanya ketinggalan beberapa saat di belakang jaguh Jerman, Maximilian Richard Walscheid, Harrif pastinya sudah bersedia bagi mengharungi peringkat pertama di Kuching, Sarawak.Pada Sabtu ini, Terengganu akan menjadi tuan rumah dalam saingan berprestij antarabangsa itu dengan jarak 175.5 kilometer dari Kuala Terengganu ke Kerteh.Untuk saingan LTdL kali ke-25 ini, TSG menampilkan lima pelumba, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Harrif Saleh, Metkel Eyob, Artem Ovechkin, Drew Morey dan Carlos Quintero untuk merebut kejuaraan.
05 Feb 20
354
Empty Image
THT Berhempas Pulas Raih Tiga Mata
Aksi pemain THT dan TNB-T di Stadium Hoki Batu Buruk Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Terengganu Hokey Team (THT) memungut tiga mata penuh dengan tiga jaringan berbalas dua, menumpaskan TNB Thunderbolts (TNB-T) dalam Perlawanan  Hoki Liga Premier di Stadium Hoki Batu Burok di sini hari ini. TNB-T memulakan aksi memungut jaringan pertama pukulan sudut penalti melalui Muhammad Fahmi Khalid pada minit ke-13 perlawanan. Bagaimanapun THT terus mengasak kubu lawan sehingga memperoleh pukulan sudut penyamaan 1-1 pada minit ke-15 melalui pukulan padu pemain import, Jang Jong Hyun.Pemain THT diasak pemain lawan.Pada minit ke-24 melalui hantaran tengah Mohd Fitri Saari, THT memperoleh tambahan jaringan 2-1 melalui Faizal Saari melepasi kawalan penjaga gawang TNB-T, Che Shahrul Azmi Che Saupi. Kemudian pada minit ke-42 TNB-T menyamakan kedudukan 2-2 apabila pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti. Sekali lagi Muhammad Fahmi membuat pukulan penalti 'stroke' melepasi kawalan penjaga gol THT,  Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri.Akhirnya pada minit ke-55 THT mendapat mata penuh melalui Jang dengan pukulan sudut kencangnya melepasi kawalan penjaga gol lawan. 
05 Feb 20
317
Empty Image
TLHT Terus Hambat Hockademy KL Di Puncak Liga
Aksi yang berlangsung di SHBB sebentar tadi.KUALA TERENGGANU, 4 Februari – Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) terus menghambat kedudukan Akademi Hoki Kuala Lumpur (Hockademy KL) di puncak liga selepas melakar kemenangan 5-0 ke atas Sabah sebentar tadi.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk di sini bagaimanapun bermula dengan agak perlahan apabila kedua-dua pasukan menyajikan aksi berhati-hati.Jurulatih TLHT, Mohd Nasihin Nubli berkata, walaupun mengutip tiga mata, anak-anak buahnya dilihat melakukan banyak kesilapan teknikal yang mengakibatkan permainan tidak berlangsung rancak.“Sepatutnya bermain di tahap ini kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk mancari gol yang lebih besar.“Tetapi apa yang positifnya, mereka sudah faham taktikal gaya permainan dengan mencipta banyak peluang, namun perkara kecil yang saya sebutkan tadi menjadi masalah pada kita,” ujarnya yang masih optimis merebut kejuaraan liga.Dalam perlawanan petang tadi, TLHT dilihat agak bergelut untuk mencari gol pembukaan meskipun mendominasi sebahagian besar perlawanan.Mohd Nasihin.Tetapi usaha berterusan juara musim lalu itu akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke-14, TLHT berjaya di depan menerusi jaringan sudut penalti oleh Nursyafiqah Mohd Zain.Tersentak dengan gol itu, Sabah mengatur strategi untuk menyamakan kedudukan, namun keputusan 1-0 kekal memihak Terengganu sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, TLHT dilihat lebih agresif dengan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol tambahan, pada minit ke-33, Fatin Naimah Zaki menceriakan lebih 200 penyokong Terengganu apabila menjaringkan gol cantik untuk TLHT menjarakkan kedudukan.Berselang 11 minit kemudian, kealpaan benteng pertahanan Sabah sekali lagi dihukum Terengganu apabila Nuraslinda Said meledak gol sebelum Auni Atikah Gahni menambah derita Sabah untuk merubah keputusan 4-0.Kedudukan itu ternyata melemahkan semangat skuad muda Sabah, beberapa strategi mereka juga tidak menjadi menyebabkan TLHT berjaya menambah satu lagi gol melalui pukulan sudut penalti Juliani Mohamad Din pada minit ke-56.Add captionDengan kemenangan itu, TLHT berjaya memungut 13 mata untuk terus kekal di tangga kedua di belakang Hockademy KL yang berkelebihan lima mata.Perlawanan menentang Hockademy KL pada 8 Februari ini akan menjadi perlawanan penting untuk TLHT memungut tiga mata sekaligus terus mencabar kejuaraan bersama pendatang baru Liga Hoki Wanita Malaysia itu.
04 Feb 20
333
Empty Image
Terengganu FC Perkenal Pemain, Jersi Khamis Depan
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Peminat setia skuad Terengganu Football Club (TFC) berpeluang mendekati pemain kesayangan mereka pada Majlis Memperkenalkan Jersi dan pemain TFC 2020 yang akan berlangsung Khamis depan di Dataran Batu Buruk di sini.TFC dalam satu kenyataan hari ini memberitahu sebelum bermulanya majlis berkenaan, pada sebelah pagi akan diadakan kejohanan cabaran e-sport, pameran, jualan jersi rasmi TFC dan juga pesta makanan anjuran komuniti trak makanan.Acara perasmian majlis dan pelancaran jersi serta pemain akan dimulakan tepat jam 5.00 petang.Musim ini naib juara Piala Malaysia 2018 itu mempertaruhkan dua awang import baharu iaitu penyerang, Dominique Da Sylva dan pertahanan dari Senegal, Babacar Diallo.Selain pemain tengah Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov dari Uzbekistan yang terus dikekalkan skuad Peteh Terengganu Peteh itu.Selain bintang import yang bakal diperkenalkan, peminat setia turut dapat saksikan pemain terbaik Liga Singapura 2019, Faris Ramli serta barisan pemain tempatan yang lain.
02 Feb 20
261
Empty Image
Kecewa ‘Gelagat’ Pengadil, KHM Disaran Guna Rujukan Video
Aksi pengadil (berbaju kuning) acap kali mengundang jeritan penyokong dalam perlawanan THT menentang UniKL semalam.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) disaran untuk segera mengaplikasikan penggunaan rujukan video (video referral) pada setiap perlawanan Liga Hoki Malaysia (LHM).Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, kegagalan pengadil memberikan keputusan yang tepat sudah kerap kali menjejaskan rentak dan fokus anak-anak buahnya.Justeru katanya, sudah tiba masanya untuk KHM menggunakan video rujukan, terutama apabila melibatkan aksi tumpuan saingan liga tempatan.  “Apabila berlaku keputusan yang tidak tepat, tiada cara lain menentukannya selain disahkan daripada video rujukan sendiri.“Perkara yang berlaku dalam perlawanan Sumbangsih lalu terus berulang, pengadil membuatkan pemain-pemain saya hilang fokus dalam situasi itu.Dhaarma Raj.“Pengadil tiba-tiba melayangkan kad hijau kepada pemain saya di saat kami sedang melakukan serangan. Saya belum pernah tengok pemain dapat kad hijau ketika membawa bola,” ujarnya ketika ditemui pemberita semalam.Sebelum ini, bekas jurulatih pasukan Hoki Wanita Kebangsaan itu turut menyarankan kepada KHM untuk beralih kepada perakam video jika masalah kos menjadi penyebab teknologi 'video referral' tidak dapat digunakan.“Ia sebagai kaedah jimat bagi merealisasikan penggunaan rujukan video dan ia sekali gus membawa kepada keputusan lebih tepat oleh pengadil terutamanya di dalam kawasan 23 meter,” ujarnya.Malah, jika dibandingkan dengan kuasa besar hoki Eropah, kebanyakan negara terbabit sudah melaksanakan penggunaan rujukan video sepenuhnya untuk membolehkan pemainnya mengikut peredaran dunia hoki moden.Kapten THT, Fitri Saari turut membantah beberapa keputusan 'tidak cermat' pengadil semasa perlawanan. 
02 Feb 20
177
Empty Image
Kecemerlangan David John Lebur Hasrat THT
David John menggagalkan peluang THT untuk menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 2 Februari – Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk membalas dendam atas kekalahan kepada UniKL dalam Piala Sumbangsih awal tahun lalu berkecai apabila sekali lagi tumpas kepada pasukan itu 0-2 sebentar tadi.Kecemerlangan penjaga gol terbaik dunia, David John Harte yang menafikan deretan peluang THT pada separuh masa pertama ternyata mengecewakan hampir 300 penyokong di Stadium Hoki Batu Buruk di sini.Jurulatih THT, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, David melakukan kira-kira lima penyelamatan berkelas dunia untuk menafikan gol pasukan Terengganu.“Kita menampilkan aksi berkualiti terutamanya pada babak pertama perlawanan, namun saya rasa penjaga gol UniKL beraksi sangat cemerlang hari ini.“Dia menyelamatkan keadaan yang cukup penting bagi THT menjaringkan gol, dan permainan terus menjadi sukar (pemain hilang fokus) buat THT apabila UniKL mendapat gol pertama menerusi pukulan sudut penalti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Dhaarma tetap berbangga dengan kesungguhan anak buahnya.Mengulas lanjut, Dhaarma turut mengakui beberapa keputusan yang dibuat pengadil dalam perlawanan hari ini banyak menjejaskan moral para pemainnya.Katanya, perkara itu boleh dilihat dengan lebih jelas dalam suku keempat permainan apabila pemainnya dilayangkan kad hijau dalam situasi yang sangat tidak wajar.“Sama seperti perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini, beberapa keputusan kontroversi pengadil mengganggu fokus dan emosi pemain.“Di saat kita memerlukan kemenangan dan ketinggalan jaringan, keputusan pengadil memang membuat pemain hilang semangat dan gagal mengatur strategi dengan baik, ini memberi tamparan hebat kepada kita,” tambah beliau.Dalam perlawanan itu, UniKL meneruskan rentak kemenangan untuk kekal di puncak liga hasil jaringan kapten kebangsaan, Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-33 dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin seminit sebelum permainan berakhir.Faizal Saari dikawal ketat oelh pertahanan UniKL.
02 Feb 20
203
Empty Image
'Penyokong Terengganu, Ayuh! Penuhkan Stadium Hoki Petang Ini' - Faizal Saari
Faizal Saari.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pemain Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari menyeru penyokong Terengganu memenuhi Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bagi memberikan sokongan kepada pasukan yang akan menentang pendahulu Liga Hoki Malaysia 2020, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), jam lima petang ini.Jelasnya, beliau mahukan peminat memberikan semangat kepada pemain dalam misi pasukan untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan tersebut.“UniKL memang salah satu 'team' gergasi dalam liga dan kami menjangkakan perlawanan yang sengit Ahad ini (hari ini).“Secara peribadi saya rasa kami tidak boleh ketinggalan mata, setiap ‘game’ kami perlu menang dan untuk perlawanan ini kita akan pergi semaksimum mungkin untuk menang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelawanan menentang Maybank, Jumaat lalu.Katanya, kehadiran penyokong bakal meningkatkan semangat pasukan yang beraksi sebagai tuan rumah. Kehadiran penyokong amat diharapkan lebih-lebih lagi MBKT tidak mengenakan sebarang bayaran masuk ke stadium. Antara aksi pemain THT, Fitri Saari dalam perlawanan menentang Maybank.
01 Feb 20
1080
Empty Image
Hatrik Jang Julang THT
Jang tenang menyudahkan pukulan penalti untuk gol kedua perlawanan.KUALA TERENGGANU, 1 Februari- Jaringan hatrik penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT), Jang Jong Hyun ke atas pasukan Maybank membantu pasukannya mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga Divisyen Perdana dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2020.Melayan kunjungan pelawat di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), THT mencatat kemenangan 4-1 melalui aksi bertenaga di hadapan penyokong sendiri.Jaringan Jang pada minit ke-22, minit ke-43 dan minit ke-48 meletakkan THT dalam kedudukan selesa sekalipun Maybank berjaya menyamakan kedudukan pada suku kedua pemainan melalui Muhammad Nur Asyraf Ishak di minit ke-41.Rashid melonjak meraikan gol yang dijaringkannya.Pukulan kilas Muhammad Rashid Baharom pada minit ke-53 akhirnya menoktahkan kemenangan tuan rumah dalam aksi ketujuh liga yang berlangsung, petang tadi.Kemenangan itu juga merapatkan mata THT dengan pasukan di tangga kedua, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tewas kepada pendahulu liga, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) satu lagi perlawanan yang berlangsung di Bangi hari ini.Pengendali THT, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, aksi yang dipamerkan anak buahnya dalam perlawananan itu merupakan persembahan terbaik pasukan setelah tamat pusingan pertama liga.Muhammad Dharma Raj.“Saya rasa, enam perlawanan sebelum ini walaupun ada yang menang, kita tidak nampak kita bermain dengan bagus. Ini adalah perlawanan pertama yang kita nampak bermain dengan bagus di semua kawasan."Momentum yang kita dapat daripada sini untuk berlawan dengan UniKL mungkin akan menjadi tempat di mana kita menguji apa yang pemain dapat dalam enam ‘game’ sebelum ini. Saya rasa, ini masa yang sesuai untuk bermain dengan mereka di sini, dua hari lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut, hari ini.Jelasnya, THT telah bermain jauh lebih baik berbanding pertemuan pertama mereka dengan UniKL dalam pembukaan liga, yang lalu."Ini adalah masa yang sesuai dan kita akan lihat macam mana. Mungkin kita yang perlu tewaskan mereka di sini dan membuka peluang pasukan lain untuk mencuri mata dari UniKL selepas ini,” jelasnya.Tambahnya, pemain THT berada dalam keadaan baik menjelang aksi akan datang tanpa sebarang senarai kecederaan. Ammar Shakeel Butt (baju putih) antara nadi penting pasukan THT.
31 Jan 20
61
Empty Image
Kuala Besut Johan Kumpulan Setelah Membelasah Hulu Besut
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 30 Januari - Kuala Besut muncul Johan Kumpulan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Besut setelah membelasah Hulu Besut dengan 10 jaringan tanpa berbalas.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri berkata, perlawanan itu telah memasuki hari ke lima tetapi pasukan Kuala Besut telah pun layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir setelah menang ketiga-tiga perlawanan.“Kedua-dua pasukan Kuala Besut muncul sebagai satu pasukan yang menang kesemua perlawanan dan layak untuk beraksi diperingkat seterusnya."Hari ini merupakan satu sejarah buat Kuala Besut B setelah menjaringkan 10 gol mengatasi lawan dan menjuarai Kumpulan A," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perlawanan antara Kuala Besut B dan Hulu Besut A di Padang Bola Astaka Gong Kemuntong, Jerteh pada hari Rabu, 29Januari.Menurutnya, beliau berharap agar para pemain sentiasa mengamalkan semangat kesukanan dan disiplin yang baik sepanjang perlawanan."Setakat hari ini sebanyak 44 jaringan telah dihasilkan oleh semua pasukan dengan Muhamad Supian dari Pasukan Kuala Besut B muncul sebagai penjaring terbanyak.“Perlawanan sebegini akan terus diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama belia agar terhindar daripada melakukan aktiviti yang kurang baik," tambah beliau.
30 Jan 20
338