lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
LTdL 2020 : Harrif Saleh Menang Lagi!
Harrif membuktikan anak Terengganu mampu menewaskan jaguh lumba basikal Eropah. Foto ihsan - LTdL.KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Kehebatan jaguh pecut negara, Harrif Saleh sudah tidak dapat dibendung apabila sekali lagi mencipta sejarah dengan mengungguli peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sebentar tadi.Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu berkata, meskipun dalam keadaan cuaca lembap dari Bagan ke Alor Setar, strategi dan kerjasama dari rakan-rakan sepasukannya berjaya meletakkan dirinya sebagai juara.“Rakan sepasukan sangat bekerja keras untuk menempatkan diri saya dalam kelompok hadapan, Carlos Quintero, Nur Amirul Fakhruddin, Metkel Eyob dan Artem Ovechkin sentiasa melindungi saya di sepanjang laluan berangin.“Dan pada satu kilometer terakhir saya mencari kedudukan pelumba Bardiani CSF Faizane, Matteo Pelucchi, saya melihat dia melakukan pecutan pada 300 meter terakhir, saya terus dapatkan dia dan memintas dia di 100 meter sebelum penamat,” katanya ketika ditemui pemberita.Tambahnya lagi, peringkat terakhir esok pastinya akan menjadi lebih mencabar kerana setiap pelumba mahu mencari mata untuk merampas dan mengekalkan jersi masing-masing.“Ditambah pula dengan laluan berbukit ia pastinya menjadi sukar buat saya, apa-apa pun kami (TSG) akan buat yang terbaik,” ujarnya yang menamatkan perlumbaan 130.4 kilometer itu dengan masa dua jam 53 minit 18 saat.Harrif muncul pelumba Asia Pertama yang memenangi tiga peringkat dalam LTdL.Pecutan Harrif ternyata gagal dicabar oleh Pelucchi apabila sekadar berada di kedudukan kedua dan Taj jones dari pasukan ARA Pro Racing melengkapkan tiga pelumba terbaik.Kemenangan Harrif turut menyaksikan TSG terus kekal sebagai pasukan kedua terbaik LTdL dengan hanya ketinggalan beberapa minit di belakang Sapura Cycling Team (TSC).Manakala, perebutan jersi pula memperlihatkan tiada perubahan apabila dua pelumba TSC Danilo Celano (TSC) dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff mengekalkan Jersi Kuning (keseluruhan) dan Merah (raja bukit).Di samping, Maximilian Walscheid dari pasukan NTT Pro dengan Jersi Hijau (Raja Pecut) dan Yevgeniy Fedorov dari Vino - Astana Motors Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia.Saingan peringkat kelapan yang juga terakhir akan bersambung esok iaitu bermula di Dataran Lang dan berakhir di Kuah, Langkawi dengan jarak perlumbaan sejauh 108.5 kilometer.
12 Feb 20
550
Empty Image
Shaharizukirnain Dilantik Bapa Angkat Skuad Tinju SUKMA
Shaharizukirnain (dua dari kiri).Oleh: Muhammad A RahmanKUALA TERENGGANU, 13 Februari - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir telah dipilih menjadi Bapa Angkat kepada Kontijen Tinju Negeri Terengganu sempena kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor Julai nanti.Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Pentauliahan Ketua dan Timbalan Ketua Kontijen, Bapa Angkat dan Jabatan Angkat di Wisma Darul Iman semalam.Bercakap kepada pemberita selepas majlis, Shaharizukirnain mengharapkan Pasukan Tinju Terengganu mampu mengekalkan momentum untuk menambah pingat sekali gus mengharumkan negeri dalam acara itu.“Saya berbangga dapat menjadi bapa angkat bagi sukan Tinju yang telah berjaya mengharumkan nama Terengganu pada temasya SUKMA lalu.“Saya juga berharap dapat memberi rangsangan dan dorongan kepada atlet tinju kita dalam menjuarai SUKMA yang akan diadakan di Johor tahun ini,” ujar beliau selepas berakhirnya majlis tersebut.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Pada SUKMA 2018 yang lepas, skuad tinju Terengganu telah menyumbang tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa.Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim pula dilantik menjadi Bapa Angkat untuk acara ibu segala pingat, sukan bola sepak.
12 Feb 20
60
Empty Image
KESRA Pusat Sukan Untuk Anak Muda - MB Terengganu
Dato Seri’ Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan sepak penalti sebagai merasmikan gelanggang baru Futsal KESRA.Oleh: Aslam WiraMARANG, 13 Februari - Dewan Kelab Sukan dan Rekreasi Rhu Rendang Sejahtera (KESRA) akan menjadi pusat sukan bagi anak muda di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dewan futsal yang sedia ada ini telah diubah suai dengan padang dan gelanggang baharu sebagai tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti sukan.“Saya ucapkan tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menyiapkan dewan futsal ini bagi kemudahan orang ramai.“Walaupun asalnya tempat ini untuk anak muda, namun golongan lain termasuk orang tua, muslimat dan anak-anak juga turut dialu-alukan untuk menggunakan dewan ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dewan Futsal KESRA dan kejohanan sepak penalti terbuka di Kampung Paya, Kijing di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Ahli Majlis Daerah Marang, Yusuf Abdul Hadi, Pengarah Majlis Tindakan DUN, Hassan Awang dan Ketua Pemuda PAS DUN, Ziyad Zakaria.Kejohanan sepak penalti terbuka yang disertai oleh 36 pasukan telah dijuarai oleh pasukan Hiliran Z86.Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah menarik seperti bola, jersi dan hamper disampaikan oleh Menteri Besar kepada pemenang.
12 Feb 20
575
Empty Image
THT ‘Berpeluh’ Jinakkan TNB
TNB gagal memanfaatkan lima peluang pukulan sudut penalti.KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Pasukan Hoki Terengganu (THT) terpaksa bermandi peluh sebelum membenam cabaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) 1-0 dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2020 di Stadium Hoki Batu Buruk sebentar tadi.Pertahanan import dari Korea Selatan sekali lagi menjadi wira THT apabila berjaya merobek pintu gol TNB pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti.Jang Jong Hyun yang menerima hantaran baik dari Muhammad Umar Bhutta tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan melakukan pukulan cantik ke sudut kanan pintu gol TNB untuk menceriakan hampir 200 penyokong THT.Pelawat yang dibimbing Nor Saiful Zaini Nasiruddin berpeluang menyamakan kedudukan selepas melakukan serangan balas pada minit ke-28, tetapi pukulan Muhammad Ramadan Rosli hanya singgah di tiang gol THT.Beberapa minit berselang THT juga hadir dengan serangan cantik yang dijana oleh pasangan adik-beradik, Faizal Saari dan Fitri Saari, namun penyudah yang tumpul mengecewakan pasukan.Ketangkasan Hafizuddin menyelamatkan tiga mata THT.Perlawanan terus berlangsung sengit dengan deretan peluang yang diperoleh kedua-dua pasukan termasuk lima pukulan sudut penalti yang menjadi milik TNB.Ketangkasan penjaga gol THT, Hafizuddin Othman juga wajar dipuji setelah berjaya menidakkan beberapa peluang keemasan TNB sekali gus memberi kelebihan kepada Terengganu untuk menamatkan perlawanan dengan kedudukan 1-0.Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Jurulatih THT, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, keputusan hari ini memberi tonik terbaik kepada anak-anak buahnya menjelang pertarungan Piala TNB selepas kejuaran liga sudah terlepas ke tangan UniKL.“Perlawanan ini ibarat aksi kalah mati buat kami, kami perlukan tiga mata penuh andai ingin mengekalkan peluang untuk memintas TNB bagi kedudukan kedua liga.“Jaringan Jong Hyun beri kelebihan buat kami bermain secara taktikal, sekali gus mengecewakan lawan dan memberi tonik terbaik kepada kami sebelum saingan Piala TNB bermula,” ujar beliau.THT kini kekal berada di kedudukan ketiga dengan 27 mata yang hanya dipisahkan satu mata di belakang TNB di tempat kedua.Dhaarma memuji semangat yang ditunjukkan anak-anak buahnya.
12 Feb 20
440
Empty Image
Terengganu Ikrar Pertahan Kejuaraan SUKMA
Hishamuddin Abdul Karim.Oleh: Mohd Zukifli MatMARANG, 12 Februari - Juara bertahan Sukan Malaysia (SUKMA), Terengganu berikrar untuk mempertahankan gelaran itu buat kali keenam apabila temasya itu berlangsung di Johor tahun ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bidang sukan sememangnya menjadi agenda kepada kerajaan negeri yang ingin melihat Terengganu terus kekal sebagai kuasa utama sukan di Malaysia.“Misi tahun ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mempertahankan kejuaraan membawa balik piala juara keseluruhan ke negeri Terengganu.“Walaupun tugas mempertahankan kejuaraan tidak mudah terutamanya menentang tuan rumah iaitu Johor yang pasti memberi tentangan sengit,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kem 2020 ‘Victory Mission’ siri dua di Perkarangan Masjid Rhu Muda di sini kelmarin.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Dalam perkembangan sama, Hishamuddin menjelaskan, Terengganu telah mencipta sejarah menjadi juara buat kali pertama pada tahun 2008 iaitu semasa menjadi tuan rumah dengan kutipan 61 pingat emas.“Ia melonjak 15 pingat berbanding kejohanan sebelumnya iaitu peningkatan melebihi 400 peratus satu pencapaian yang menakjubkan dan sukar dilakukan mana-mana pasukan.“Kontinjen negeri selepas daripada itu tidak lagi menoleh ke belakang apabila kita dinobatkan sebagai kontinjen terbaik untuk tiga edisi berturut-turut pada tahun 2010, 2011 dan 2012,” katanya.Tambah beliau, kenangan manis itu pastinya akan berulang sekiranya setiap atlet bekerja keras dan mendapat sokongan serta doa seluruh rakyat.Ujarnya, setiap atlet juga harus menjadikan kejohanan SUKMA sebagai platform terbaik untuk lebih berjaya dalam sukan masing-masing sehingga ke peringkat tertinggi.“Saya percaya perancangan rasmi dan bersepadu serta pelan latihan tersusun yang disediakan termasuk kem-kem sebegini bagi mempersiap para atlet pada prestasi kemuncak pada hari kejohanan nanti,” jelasnya.Sebanyak 31 jenis sukan bakal dipertandingkan dalam kejohanan yang akan bermula 11 hingga 19 Julai ini dan ia akan disertai seramai lebih daripada 500 orang atlet negeri.
11 Feb 20
76
Empty Image
LTdL 2020 : Pecutan Harrif Sambar Tempat Pertama
Harrif mengulangi sejarah LTdL tahun lalu. Foto ihsan - Google.KUALA TERENGGANU, 11 Februari – Pecutan bertenaga Harrif Saleh pada 400 meter terakhir memberi keceriaan kepada Terengganu Cycling Team (TSG) apabila pelumba itu meraih tempat pertama dalam peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sebentar tadi.Kejayaan tersebut mengulangi sejarah yang dilakarnya bagi saingan LTdL 2019 apabila turut memenangi saingan peringkat selepas sembilan tahun pelumba Malaysia gagal memenanginya.Hari ini, Harrif sekali lagi membuktikan kejaguhannya apabila mengungguli perlumbaan dari Kuala Kubu Bharu ke Bandar Meru Jaya, Ipoh sejauh 165.8 kilometer dengan catatan masa tiga jam 39 minit 42 saat.Ia sekali gus menyaksikan beliau muncul pelumba Asia pertama yang memenangi dua peringkat LTdL dalam tempoh dua tahun berbeza.Pecutan Harrif turut menafikan kehebatan penyarung Jersi Hijau (raja pecut) dari pasukan NNT Pro Cycling, Maximilian Richard Walscheid yang berada di tempat kedua.Manakala, Matteo Pelucchi dari pasukan Bardiani Csf Faizane melengkapkan podium tiga pelumba terbaik.Pecutan di 400 meter terakhir membawa kegembiraan untuk anak Terengganu itu.Kejuaraan yang dicipta Harrif turut melonjakkan beliau ke kedudukan ketiga raja pecut keseluruhan di samping mengekalkan TSG sebagai pasukan kedua terbaik keseluruhan LTdL ketinggalan lima minit di belakang Sapura Cycling Team (TSC).Untuk perebutan Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan), Putih (terbaik Asia) dan Merah (Raja Bukit) pula menyaksikan tiada perubahan berlaku.Ia selepas Danilo Celano dari TSC, pelumba Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff juga dari TSC mengekalkan jersi masing-masing yang dimenangi semalam.Saingan peringkat keenam akan bersambung esok iaitu bermula di Taiping dan berakhir di Pulau Pinang dengan jarak perlumbaan sejauh 151.3 kilometer.
11 Feb 20
116
Empty Image
UNITEN Juara SUMZOT 2020
Satiful bergambar bersama semua atlet yang bertanding. Foto oleh - Amirullah MansorKEMAMAN, 10 Februari - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Pahang muncul juara Kejohanan Sukan Masiswa (Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Malaysia) Zon Timur (SUMZOT) 2020 yang berakhir, kelmarin.Berlangsung di University College Terengganu Advanced Technical Institute (UC TATI), Kemaman, UNITEN berjaya mengutip 7 emas, 2 perak dan 4 gangsa dengan jumlah 13 pingat melalui 11 jenis sukan dan 12 acara yang dipertandingkan sepanjang empat hari kejohanan. Ketua kontinjen UNITEN menerima piala kejohanan SUMZOT 2020.Paling menarik, institusi tersebut turut mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara SUMZOT buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2017.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat ketika merasmikan penutup kejohanan, merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang yang meraih pingat SUMZOT. Satiful Bahri.“Alhamdulillah, tahniah juga kepada UC TATI yang dipilih sebagai tuan rumah tahun ini dengan penyertaan peserta teramai kali ini iaitu seramai 1,061 atlet.“Moga tercapai segala matlamat dan hasrat untuk membina generasi mahasiswa di pantai timur yang lebih baik,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program, kelmarin.Sementara itu, Profesor Dr. Anuar Ahmad turut mengambil kesempatan pada Majlis Penutup SUMZOT untuk merakam rasa terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu menaja penganjuran kejohanan tersebut. Dr. Anuar Ahmad.Jelasnya, ia merupakan usaha yang besar dalam membantu golongan mahasiswa menimba pengalaman dan ilmu baharu.Kenyataan tersebut juga disokong Presiden Masiswa, Profesor Dr. Zamri Yusoff yang menyifatkan kejohanan tersebut sebagai platform untuk pembangunan bidang sukan di kalangan pejalar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dr. Zamri.“Ia adalah salah satu usaha kita mendukung hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menyediakan atlet yang akan bertanding dalam dua sukan besar iaitu Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Sukan Universiti Asean yang akan berlangsung di Thailand tahun ini,” katanya.SUMZOT kali ini merekodkan penyertaan 1,061 atlet, 139 pegawai daripada 17 kontinjen terdiri daripada IPTS dan sekaligus merupakan penyertaan terbesar sejak ia diadakan.Atlet UNITEN bersorak kegembiraan ketika diumum sebagai juara kejohanan.
10 Feb 20
680
Empty Image
LTdL 2020 : Ovechkin TSG Ketiga, Celano Rampas Jersi Kuning
 Pelumba TSG, Artem Ovechkin. Foto ihsan-News Straits Times.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Artem Ovechkin meraih tempat ketiga dalam peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Putrajaya ke Cameron Highlands hari ini.Ovechkin pada mulanya hampir menamatkan saingan di kedudukan pertama apabila mendahului pelumba-pelumba lain di tiga kilometer (km) terakhir.Bagaimanapun pelumba senior yang berasal dari Rusia itu berjaya dikejar dua pelumba lain di dua km sebelum garisan penamat.Perlumbaan yang dianggap peringkat penentuan kerana pendakian sukar di kawasan tanah tinggi itu menyaksikan pelumba pasukan Androni, Kevin Rivera serta Sapura Cycling (TSC), Danilo Celano mendapat tempat pertama dan kedua.Dengan kemenangan podium itu, TSG muncul pasukan kedua terbaik keseluruhan ketinggalan lima minit di belakang satu lagi pasukan dari Malaysia, TSC.Sementara itu, tempat kedua yang diraih Celano melonjakkan dirinya ke tangga pertama keseluruhan sekali gus berjaya merampas Jersi Kuning daripada pelumba Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov.Meskipun terlepas jersi kuning, Fedorov masih berjaya mengekalkan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia, manakala Jersi Hijau (raja pecut) pula dimenangi Maximilian Richard Walscheid dari pasukan NTT Pro Cycling dan Jersi Merah (raja bukit) kekal milik pelumba TSC, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.Saingan peringkat kelima akan bersambung esok iaitu bermula di Kuala Kubu Bharu dan berakhir di Bandar Meru Jaya dengan jarak perlumbaan sejauh 165.8 km.
10 Feb 20
35
Empty Image
Terengganu FC Kekal Jersi Hitam Putih
Hishamuddin. Foto oleh - Pok Abbas.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Warna hitam putih terus menjadi pilihan Terengganu Football Club (TFC) untuk jersi pertama pasukan itu dalam mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2020.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim bagaimanapun berkata, rekaan penuh jersi untuk tuan rumah, tempat lawan dan ketiga akan diumumkan secara rasmi pada Khamis ini.Jelasnya, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan melancarkan jersi itu sempena Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi di Dataran Batu Buruk tepat jam 5.00 petang.“Jersi TFC kita kekalkan tema ‘Black and White’, cuma sedikit kelainan bagi jersi tempat lawan dan ketiga. Apa pun, ciri-ciri Terengganu kita kekalkan pada jersi kita,” ujarnya ketika ditemui media baru-baru ini.Mengulas tentang laporan pemain TFC diintai kelab Liga 1 Thailand, Hishamuddin berkata, perkara itu sudah berada dalam makluman pihaknya.Pemain muda, Azalinullah antara pemain yang disebut-sebut diminati kelab Thailand.“Memang ada beberapa pemain kita yang sedang diminati oleh kelab Thailand, namun buat masa ini pemain itu akan terus bermain bersama TFC selagi belum ada pengumuman rasmi.“Kita juga sentiasa memberi dorongan kepada para pemain supaya memperagakan aksi terbaik terutama dalam Liga M 2020 nanti supaya selepas ini mereka dapat beraksi luar Liga M,” katanya yang enggan mendedahkan nama pemain tersebut.Skuad bimbingan Nafuzi Zain akan membuka tirai Liga Super bertemu juara Piala Malaysia 2018, Perak FA di Stadium  Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), 29 Februari ini.
09 Feb 20
211
Empty Image
TLHT Garang Tumpaskan Pendahulu Liga
Pasukan TLHT bergambar selepas perlawanan.KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Jaringan pemain kebangsaan, Siti Noor Amarina Ruhani melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-37, sudah cukup untuk membantu Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menumpaskan Akademi Hoki Kuala Lumpur dalam aksi Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2020, petang ini.Melayan kunjungan pendahulu liga itu di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tuan rumah menerapkan permainan bertahan untuk mengimbangi kekuatan serangan pelawat.Mohd Nasihin Nubli.Pengendali pasukan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menyatakan, pasukannya bermain berdasarkan kekuatan yang dimiliki sebaiknya."Kami ikut kemampuan kami dan hari ini taktikal berjalan baik."Kita dapat bertahan dengan baik, bahagian serangan juga melakukan tekanan kepada lawan dengan baik," katanya.Siti Noor Amarina, penjaring tunggal perlawanan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut, sebentar tadi.Jelasnya, walaupun barisan serangannya terdiri daripada pemain-pemain muda, mereka mempamerkan aksi yang baik dalam perlawanan."Sebelum ini mereka ada peningkatan, tetapi bertemu dengan pasukan kuat seperti ini kita kurang mendapat peluang menyerang.Penjaga gol TLHT, Guzal Bakhavaddin menjadi wira di gawang pasukan."Tetapi mereka melaksanakan tugas dengan baik sebagai pasukan," katanya.Berbaki tiga perlawanan lagi, Mohd Nasihin Nubli lebih fokus untuk mendapatkan mata penuh dalam setiap perlawanan mendatang."Selepas kita kalah tempoh hari, kita perlukan setiap mata dalam setiap 'game'."Pemain sudah tunjukkan kesungguhan mereka, jadi yang lain kita berserah pada Allah SWT. Kita buat mana yang mampu," katanya.Pemain meraikan kemenangan sebaik tamat perlawanan.
08 Feb 20
270