lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
2800 Peserta Sertai Kayuhan Shimano Fellowship Ride 2020
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 23 Februari- Seramai 2800 peserta menyertai kayuhan Shimano Fellowship Ride 2020 di Taman Rekreasi Batu Buruk, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri,Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan kali ini meningkat  daripada tahun-tahun sebelumnya melibatkan  bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga  peserta daripada luar negara seperti Thailand dan juga Singapura.Katanya, kayuhan ini juga dapat memberikan nilai ekonomi kepada negeri  dan rakyat Terengganu khususnya malah hotel-hotel, peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana mendapat sumber pendapatan di atas program kayuhan yang dianjurkan oleh TSG Shimano Fellowship Ride.“Saya juga difahamkan, diantara kejayaan TSG pada musim 2019 telah tercipta apabila TSG dinobatkan pasukan terbaik seluruh ASIA 2019 yang mana mengulangi kejayaan yang dicipta pada tahun sebelumnya dan juga dinobatkan pasukan Benua Terbaik Dunia 2019.“Lebih membanggakan, pasukan TSG juga telah berjaya memduduki tempat ke-28 dunia daripada 214 pasukan yang bertanding dalam kelendar UCI termasuk Alaskan 'Pro Continental' dan 'Pro Tour' yang mana di atas kemenangan ini, nama Terengganu terus melonjak di mata dunia. “Saya juga berharapkan agar pelumba-pelumba dan seluruh pengurusan pasukan TSG dapat memberikan usaha seratus peratus untuk meneruskan lagi rentak kemenangan TSG pada masa hadapan. Harapan untuk mengekalkan kedudukan TSG sebagai Pasukan Benua Terbaik Dunia dapat diteruskan sehingga tahun 2020,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Shimano Fellowship Ride 2020 di Taman Rekreasi Batu Buruk.Wan Sukairi juga berkata aktiviti kayuhan ini merupakan salah satu cara senaman yang memberikan banyak faedah kesihatan. “Kajian menyatakan dengan mengayuh basikal ke tempat kerja, dapat membakar sehingga 1050 kalori. “Selain itu, dengan berkayuh juga dapat memberikan faedah kesihatan mengurangkan risiko penyakit dan dapat merehatkan minda. Berbasikal juga secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi yang membawa kepada pengurangan serangan jantung sebanyak 50 peratus,”ujarnya.
22 Feb 20
547
Empty Image
Beladau Kolam Juara Futsal Piala ADUN Manir
Pasukan Beladau Kolam muncul juara pada Kejohanan Futsal Piala Adun Manir Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir 2020 Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 23 Februari - Pasukan Beladau Kolam muncul juara pada Kejohanan Futsal Piala Adun Manir Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir 2020 anjuran Kelab Kebajikan Pemuda Sejahtera Manir di Gelanggang MJ Futsal Teluk Pasu di sini kelmarin.Dengan merangkul kejuaraan pada kali ini, mereka  membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan medal manakala KUDQI yang berada pada kedudukan kedua menerima wang tunai RM500 dan pingat.Sementara itu, tempat ketiga pasukan Alam Reba menerima wang tunai RM 300 dan tempat keempat pasukan Banggol menerima wang tunai RM100.Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini.Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato' Harun.Hilmi berkata,  aktiviti yang diadakan itu secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pemain dan penyokong untuk menghargai kesihatan disamping mewujudkan semangat kerjasama di antara mereka.Tambahnya lagi, beliau berbangga dengan komitmen penganjur, pemain dan pengunjung yang sentiasa menyokong aktiviti riadah seperti itu dalam melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat.
22 Feb 20
864
Empty Image
THT Tagih Sokongan Padu Penyokong Malam Ini
Fitri Saari (tengah).KUALA LUMPUR, 22 Februari - Fitri Saari berharap penyokong Terengganu akan membantu menyemarakkan semangat pasukannya ketika aksi balas dendam menentang UniKL dalam perlawanan akhir Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.Kapten Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu berkata, kehadiran penyokong yang ramai pasti meningkatkan lagi semangat pemain, seterusnya memberi mereka sedikit kelebihan untuk membenam ego UniKL."Kehadiran penyokong yang ramai memberi impak kepada permainan kami kerana 'disuntik' oleh sorakan semangat penyokong."Saya yakin penyokong kita dapat melakukan. Oleh itu saya harap Stadium Hoki Bukit Jalil akan dibanjiri penyokong Terengganu malam ini," katanya ketika dihubungi media.Dalam pada itu Fitri berkata, persiapan pasukannya untuk menghadapi perlawanan malam ini berjalan lancar dengan kesemua rakan sepasukan berada pada tahap terbaik."Apa pun kita juga mengharapkan doa daripada penyokong-penyokong di seluruh Terengganu yang tidak berkesempatan hadir," tambah beliau.Pada perlawanan malam ini, THT turun selaku juara bertahan Piala TNB manakala UniKL yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara liga pastinya mahu merampas kejuaraan itu. Untuk rekod, dalam dua perlawanan liga musim ini, UniKL menang tipis ke atas THT sekali gus mereka dianggap pasukan pilihan.
21 Feb 20
77
Empty Image
Jong Hyun Mengganas, THT Ke 'Final'
Jong Hyun (kiri) meleburkan hajat TNB. Foto ihsan - MHC.KUALA LUMPUR, 20 Februari - Pakar pukulan sudut penalti, Jang Jong Hyun, muncul wira Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam pertemuan menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam apabila meledak hatrik untuk memastikan kemaraan ke pentas akhir Piala TNB.THT yang turun dengan misi mempertahan kejuaraan musim lalu bagaimanapun terpaksa berkerja keras sebelum berjaya membenam kebangkitan TNB dengan keputusan 4-3.Segala-galanya tampak mudah buat THT apabila skuad Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu mula meledak gol menerusi Jong Hyun pada minit ketujuh melalui pukulan sudut penalti.Jong Hyun terus mengganas apabila menyempurnakan hatriknya dalam perlawanan itu selepas menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke-27 dan 28 untuk THT selesa 3-0 di hadapan sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, anak buah Nor Saiful Zaini seakan mendapat tonik baharu apabila bangkit merapatkan jurang pada minit ke-33 menerusi Muhammad Azrai Abd Kamal dan Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-35 untuk kedudukan 3-2.Perlawanan terus berlangsung rancak dengan aksi berbalas serangan disajikan kedua-dua pasukan.Fitri (tengah) mahu rakan-rakan kekal fokus menghadapi UniKL.Namun, THT lebih bernasib baik apabila berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-37 menerusi Luqman Nul Hakim hasil gerakan menarik dari tengah padang.Berbaki 20 minit permainan, TNB masih belum mahu mengaku kalah apabila terus bersemangat melancarkan serangan kilat ke kubu THT.Usaha itu ternyata berbaloi selepas TNB berjaya menjaringkan gol melalui Aminuddin Mohd Zain untuk kedudukan menjadi 4-3.Bagaimanapun THT terus kebal bertahan bagi mengekalkan keputusan 4-3 sehingga tamat masa perlawanan sekali gus menyaksikan Terengganu melangkah peringkat akhir berdepan UniKL, Sabtu ini.Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Dhaarma memuji semangat dan kebijaksanaan anak-anak buahnya memanfaatkan setiap peluang terhidang."Tetapi kebangkitan yang dipamerkan TNB di separuh masa kedua sedikit mendebarkan kita, namun pertahanan kita berjaya mempertahankan gawang gol daripada dibolosi untuk mengecewakan mereka," katanya.Sementara itu, kapten THT, Fitri Saari mahu rakan sepasukannya belajar dan bangkit daripada kesilapan sebelum bertemu UniKL 22 Februari ini."Apabila kita dah 'lead' tiga kosong, tiba-tiba permainan kita sedikit terjejas sehingga bolos dua gol berturut-turut, itu perlu kita perbaiki sebelum Sabtu ini," katanya.
19 Feb 20
36
Empty Image
Nurasma'a Teraju Gawang TLHT Aksi Malam Ini
Nurasma'a.KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Ketiadaan penjaga gol utama dari Kazakhstan, Guzal Bakhavaddin yang terpaksa pulang ke negaranya, bukan alasan bagi Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) untuk memberikan cabaran mudah kepada pasukan lawan dalam aksi separuh akhir Piala Vivian May Soar yang akan berlangsung di Stadium Hoki Kebangsaan, Bukit Jalil malam ini.Penjaga gol pasukan, Nurasma’a Ahmad Kamil, 22, berkata, beliau bersedia untuk beraksi sebagai tonggak utama di gawang pasukan memberikan saingan sengit kepada pasukan di kedudukan ketiga Liga Hoki Wanita Malaysia 2020, PKS Uniten.“Untuk piala ini, saya telah bersedia fizikal dan mental dari awal dan saya telah beberapa kali beraksi menggantikan penjaga gol utama dalm saingan liga, baru-baru ini.Barisan pemain TLHT 2020.“Memang ada sedikit tekanan bagi kami sebab tahun lalu kami bergelar juara, jadi untuk kekalkannya bukanlah senang,” katanya.Bagaimanapun, beliau menganggap ia merupakan peluang untuk membawa pulang kejayaan ke negeri Terengganu.Kami jadi naib juara TNB-LHM (Wanita) 2020 kali ini, jadi kami akan cuba rebut piala ini untuk Terengganu,” katanya.Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu merupakan antara tonggak utama TLHT selama empat musim berturut-turut.
19 Feb 20
191
Empty Image
TLHT Naib Juara Liga Hoki Wanita Malaysia 2020
Pasukan TLHT meraikan kejayaan selaku naib juara TNB-LHM 2020.KUALA TERENGGANU, 17 Februari- Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) akur bergelar naib juara Liga Hoki (Wanita) Malaysia 2020 apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi terakhir liga.Melayan kunjungan PKS Uniten di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Batu Buruk berbekal jumlah mata yang sama dengan pendahulu, Hockey Academy KL, LTHT cuba memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri sebaik mungkin.Walaupun menyedari perbezaan jaringan yang besar memberi kelebihan kepada pendahulu, anak buah Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tetap mempamerkan aksi terbaik.Mohd Nasihin Nubli.Bagaimanapun, pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan apabila penyerang, Ziti Nur Arfah Mohd Nor berjaya menguis bola hantaran Nur Aisyah Yaacob menerobos gawang tuan rumah pada minit ke-22.TLHT cuba bangkit menyamakan kedudukan dan akhirnya berjaya menerusi Juliani Mohamad Din yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-44.Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan membolehkan TLHT mengumpul 23 mata sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan musim lalu.Pengendali pasukan, Nasihin bagaimapun berpuas hati dengan pencapaian anak-anak buahnya.“Tahniah kepada  Hockey Academy KL, tetapi kami berjaya memberikan saingan yang terbaik kepada mereka, malah berjaya mengalahkan mereka satu ‘game’ dan berada di kedudukan kedua juga masih dalam sasaran kami.“Sebenarnya, kita hilang mata ketika kalah dengan pendahulu para peringkat pertama, tetapi saya rasa pemian-pemain boleh berikan yang terbaik lagi kerana permainan mereka meningkat ‘game by game’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut, hari ini. Tambahnya, TLHT juga telah bersedia untuk memberikan cabaran dalam saingan Piala Vivian May Soars yang akan bermula Rabu ini.“Kami sudah melakukan banyak ‘try and error’, jadi kalau tengok kami tiada menang besar sebab kekuatan kami di bahagian pertahanan pasukan.“Hari ini, saya berpuas hati kerana kami tidak ‘drop’ mata dan ini memberikan motivasi kepada pasukan untuk perlawanan akan datang,” katanya.Jelasnya, beliau tetap meletakkan sasaran untuk mempertahankan status juara walaupun menyedari kekuatan pasukan-pasukan yang bertanding jauh berbeza berbanding tahun 2019.“Kami akan ambil peluang yang terbaik untuk ke ‘final’ dan tanpa tekanan untuk bergelar juara, walaupun banyak yang sudah berubah tahun ini,” katanya.
17 Feb 20
1003
Empty Image
Harrif Saleh Mahu Anak Muda Terengganu Berani Capai Impian
Harrif menunjukkan pingat yang diperolehinya di LTdL 2020.KUALA NERUS, 17 Februari - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang mencatat sejarah sebagai pelumba Asia pertama meraih tiga kejuaraan podium sejak mula menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL), Mohd Harrif Saleh menyeru anak-anak muda Terengganu supaya lebih berkeyakinan dan berani dalam mencapai impian.Bercerita tentang video temu bualnya bersama wartawan ketika memenangi peringkat ketujuh kejohanan yang tular baru-baru ini, Harrif, 31, menyatakan keyakinannya banyak membantu kelancaran bahasa Inggerisnya.  “Tahun lepas memang sudah ada video seperti itu, tetapi kali ini lagi tular. Saya pun bercakap memang begitu saja. Cakap ‘orang putih’ pun bunyi Terengganu juga.“Macam saya, memang saya beranilah. Ini kerana saya berkomunikasi memang kena cakap bahasa Inggeris dengan jurulatih, dengan rakan-rakan sepasukan yang lain seperti dari Itali,” katanya.Tambahnya, jangan sesekali rasa malu dan takut untuk bercakap dalam bahasa tersebut, sebaliknya berani sebagaimana rakan-rakan sepasukannya yang berbangsa lain dalam TSG.Kepimpinan negeri bersama pasukan TSG.“Kita tengok, dia cakap pun ‘berat’ juga macam kita, tetapi apa yang dikatakan kita boleh fahamlah. Kita jangan takutlah, yang penting kena ada keyakinan, keyakinan tu yang boleh bawa kita lagi jauh.“Anak-anak muda kena bersungguh-sungguh, kena ada impian yang besar. Semua boleh buat jika kita bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam.Pasukan TSG yang menduduki tempat kedua keseluruhan dalam saingan kali ini disambut meriah oleh sekitar 100 peminat tempatan.Turut hadir, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim, Ahli Lembaga Pengarah TSG, Tengku Seri Bijaya Raja serta Dato’ Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Ab. Rasid Jusoh.Keluarga Harrif turut menyambut ketibaannya di LTSM semalam.
17 Feb 20
68
Empty Image
Anak Terengganu Terus Lakar Sejarah
Foto ihsan - Facebook We Bleed Black & White.KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Dua anak kelahiran Terengganu, Mohd Harrif Saleh serta Muhammad Nur Aiman Zariff melakar sejarah baharu dalam sukan berbasikal negara dan Asia selepas meraih kejayaan di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang berakhir semalam.Harrif, 31, menutup mulut pengkritik apabila dia menjadi pelumba Asia pertama meraih tiga kejuaraan podium sejak mula menyertai LTdL pada 2008 walaupun LTdL kali ini turut disertai pasukan berbasikal berstatus dunia.Dua kejuaraan podium digondol tahun ini iaitu peringkat kelima dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, sebelum meraih kemenangan peringkat ketujuh dari Bagan ke Alor Setar.Kejayaan tersebut mengulangi sejarah yang diciptanya bagi saingan LTdL 2019 apabila turut memenangi saingan peringkat selepas sembilan tahun pelumba Malaysia gagal menjuarainya.Pecutan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu menyaksikan dia menafikan kehebatan jaguh pecut, Maximillian Walschield.Anak jati Kampung Ladang tersebut juga membuktikan fizikalnya yang lebih kecil berbanding lawan bukannya penghalang untuk dirinya mengenepikan jaguh Eropah.“Memang saya akui telah sampai tahap boleh bersaing dengan mereka. Saya rasa kami sudah setaraf,” ujarnya.Sementara itu, Aiman, 23, daripada Sapura Cycling Team (TSC) meletakkan dirinya sebaris dengan pelumba luar negara selepas unggul menyarung Jersi Merah selaku Raja Bukit pada LTdL edisi ke-25. Kejayaan anak peniaga pasar malam dari Setiu itu turut menjadikan dirinya muncul sebagai atlet sulung kebangsaan meraih gelaran itu.“Memang tidak menyangka kejayaan ini. Alhamdulillah dapat mencipta sejarah untuk rakyat Malaysia,” katanya yang juga pernah bersama TSG.Lebih manis, sejarah yang dicipta Harrif dan Aiman melepasi serta menyamai rekod dua pelumba negara, Annuar Manan, yang pernah menyarung Jersi Hijau Raja Pecut pada LTdL 2010 dan Adeq Husaini Othman dengan Jersi Putih Terbaik Asia (2016).Keempat-empat pelumba berkenaan berasal dari Terengganu sekali gus menjadikan Terengganu kekal sebagai ‘kilang’ menghasilkan pelumba berkualiti untuk Malaysia di pentas antarabangsa.
15 Feb 20
119
Empty Image
THT Kenduri Gol Belasah Hockademy KL
Faizal melakukan gelecekan menarik sebelum menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tempoh hari, Pasukan Hoki Terengganu (THT) meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah pasukan Hoki Akademi Kuala Lumpur (Hockademy KL) 6-0 dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Buruk, sebentar tadi.THT yang sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala TNB yang akan berlangsung Rabu depan bermula garang dengan melancarkan serangan pantas ke kubu Hockademy KL.Hasilnya, pada minit keenam, pemain muda THT, Muhamad Shahrin Izzuddin Shamsuri yang tidak dikawal berjaya meledak gol pembukaan selepas menerima hantaran cantik daripada Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee.Tersentak dengan gol THT, anak buah kendalian Selvaraju Sandrakasi cuba mengubah permainan dengan melancarkan serangan balas ke pintu gol THT.Namun pertahanan Terengganu yang dikawal Jung Manjae tenang mengawal asakan, kedudukan 1-0 kekal hingga tamat suku pertama.Pemain Hockademy KL bertahan selepas diasak THT.Bersambung suku kedua, pada minit ke-26, THT mendapat pukulan sudut penalti selepas bola terkena kaki pemain Hockademy KL dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Jang Jong Hyun untuk menggandakan jaringan.Perlawanan terus berlangsung rancak dengan THT dilihat lebih merbahaya ketika melakukan seranganPada minit ke-35, Jang terus menjarakkan kedudukan THT selepas menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti bagi memastikan skuad Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu selesa dengan tiga gol di depan. Jaringan itu ternyata melemahkan semangat skuad ibu kota apabila THT semakin selesa menguasai permainan dengan melakukan asakan ke kubu pelawat dan hasilnya pada minit ke-56, gol keempat berjaya dijaringkan menerusi sentuhan Muhammad Umar Bhutta.Berselang empat minit kemudian, THT terus mengganas dengan serangan bertali arus ke pintu gol yang dikawal oleh Mohd Safiuddin Sahrom.Fitri Saari memperdaya dua pemain Hockademy KL.Bagaimanapun penjaga gol Hockademy KL itu gagal menafikan gol kelima Terengganu selepas sungkitan bersahaja Faizal Saari menambah derita pasukan di tangga terbawah liga.Ketika permainan dijangka berkesudahan dengan 5-0, Jang membuktikan kehebatannya dengan melengkapkan hatrik, gol itu dijaringkan sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti pada 10 saat sebelum wisel penamat.Perlawanan terakhir liga menentang Maybank Ahad ini akan menjadi perlawanan penentuan sama ada THT akan menamatkan saingan di tangga kedua atau ketiga.
14 Feb 20
205
Empty Image
Terengganu FC Tegar Guna Anak Jati
Red One menjadi penaja utama Terengganu FC 2020.KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Terengganu Football Club (Terengganu FC) tetap tegar menggunakan khidmat anak negeri ketika pasukan lain lebih banyak mendapatkan khidmat pemain-pemain berpengalaman.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyatakan, tahun ini pasukan Terengganu FC telah melakukan satu perubahan besar dengan meningkatkan jumlah peratusan pemain yang berasal dari negeri itu.“Pada tahun lalu, kita memiliki 60 peratus pemain kelahiran Terengganu dan tahun ini kita telah ada 80 peratus pemain-pemain terdiri dari anak negeri.Dr. Ahmad Samsuri.“Komitmen kita adalah untuk melahirkan pemain-pemain yang ‘real’ (berasal) dari Terengganu supaya mereka juga mampu beraksi bukan sahaja membawa nama negeri, tetapi juga untuk negara,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi Terengganu FC bagi tahun 2020 di Dataran Pantai Batu Buruk, semalam.Mengenai sasaran dalam saingan kali ini, Dr. Samsuri mahukan pasukannya mencabar setiap kejuaraan yang dipertandingkan.“Tentunya kita ingin pencapaian lebih baik berbanding musim lalu. Pada saya, tidak salah untuk meletakkan target yang tinggi sebab itu adalah perkara biasa dalam pertandingan dan kita akan buat yang terbaik.“Walaupun kita berdarah merah, moto kita ‘We Bleed Black And White’ menunjukkan betapa kita serius untuk mencabar,” katanya.Lee Tuck mengetuai pasukan melakukan 'viking clap' semasa pelancaran jersi.
14 Feb 20
167