lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Dominique Hero Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 7 Mac- Dominique Da Sylva muncul hero membantu Terengganu Football Club (Terengganu FC) bangkit mencipta kejutan apabila menang 4-3 ke atas Kedah dalam aksi kedua Liga Super 2020, semalam.Penyerang kelahiran Mauritania itu meledakkan empat gol sekali gus mencatat hatrik pertamanya musim ini dalam magis yang dijelmakan Terengganu FC.Skuad Penyu yang berkunjung ke Stadium Darul Aman bermula dengan baik apabila memperolehi gol seawal minit ke-2 melalui Dominique yang menanduk masuk bola kiusan Faris Ramli bermula daripada sepakan sudut Lee Tuck.Namun, situasi mula berubah apabila Kedah berjaya mencetak dua gol dalam  empat minit melaluit Renan Alves (minit ke-19) dan Kpah Sherman (minit ke-22).Kedah mula menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama dan keputusan 1-2 kekal sehingga tamat separuh masa.Anak-anak buah Nafuzi Zain mula menukar corak permainan pada babak kedua dengan menggasak kubu tuan rumah bagi menyamakan kedudukan.Namun, Sang Helang Merah yang berjaya menembusi gawang dikawal Rahadazli Rahalim setelah bekas penyerang Penyu, Tcheche Kipre tenang menyudahkan hantaran Hadin Azman untuk gol ketiga Kedah pada minit ke-62.Tidak menunggu lama, Terengganu FC bangkit merapatkan kedudukan di minit ke-64 dengan Dominique melakukan 'tap' mudah membolosi Ifwat.Berbaki 10 minit terakhir dengan keadaan lebih memihak kepada tuan rumah, Terengganu FC mencipta magis melalui serangan balas yang disempurnakan gandingan Sanjar-Dominique.Pada minit ke-82, Sanjar yang melambung jauh bola ke kawasan Kedah disempurnakan dengan gol cantik Dominique.Selang dua minit kemudian, Sanjar sekali lagi berjaya mencari Dominique di kotak D lawan, membolehkan penyerang baharu itu melakar namanya sebagai penggempur tumpuan baru Liga Super dengan gol keempat.Perlawanan ini menyaksikan Terengganu FC masih lagi berdepan masalah pertahanan yang melepaskan tiga gol kepada Kedah.Dengan penjaga gawang meningkat naik, Rahadazli diusung keluar ketika perlawanan menggusarkan penyokong Sang Penyu.Tetapi, ketajaman Dominique pastinya sedikit meyakinkan peminat Peteh Ganu Peteh  untuk aksi seterusnya.
07 Mar 20
279
Empty Image
Cabaran Kuda Lasak Piala MB Terengganu Bermula
Antara peserta yang mencuri tumpuan.SETIU, 7 Mac - Seramai 79 peserta dari dalam dan luar negeri mewarnai kejohanan kuda lasak Piala Menteri Besar Terengganu 2020 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu yang bermula petang tadi.Kejohanan edisi keempat itu disertai peserta lelaki dan wanita termasuk dua pelumba handalan kebangsaan berasal dari Terengganu, Mohammad Fuad Hashim dan Azizatul Asma Datuk Abdullah.Perlumbaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sejauh 40 kilometer (km), 80 km serta 100 km dijangka mengambil masa antara enam hingga 12 jam dan akan berakhir pada jam 5 pagi esok.Majlis pelepasan peserta bagi tiga acara berkenaan disempurnakan sendiri Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tepat jam 5.00 petang tadi.Ahmad Samsuri melepaskan peserta.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sementara itu, Mohammad Fuad yang memakai jersi 21 pastinya bertekad mahu memperbaiki catatan musim lalu.Mohammad Fuad yang juga atlet Sukan SEA negara menyertai kategori CEI 1* 100 km dijangka bakal ditentang hebat rakan senegaranya, Azizatul Asma yang menunggang kuda diberi nama Mora Franka.Kejohanan kali ini turut mencuri tumpuan peminat apabila peserta termuda, Farish Iskandar Mohammad Iskandar akan membuat perhitungan dalam kategori CEN 40 km.Acara penyampaian hadiah akan berlangsung pagi esok dan Ahmad Samsuri dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.
07 Mar 20
606
Empty Image
Liga Darul Iman : Setiu, Kuala Nerus Terikat Tanpa Jaringan
Aksi sengit kedua-dua pasukan.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 7 Mac - Pasukan Setiu FA gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan berdepan Kuala Nerus dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Mini Stadium Sungai Tarom semalam.Setiu yang diketuai Norhisyam Yaacob buntu mencipta gol walaupun berkali-kali mengasak kubu pasukan pelawat yang dibarisi bekas pemain Terengganu FC, Ismail Faruqi.Ketua Jurulatih Pasukan Setiu, Shahrizan Che Abd Rani berkata, meskipun hanya berjaya mengutip satu mata, pasukannya masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya.“Kita mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke separuh akhir sekiranya menang baki perlawanan peringkat kumpulan menentang pasukan Besut minggu hadapan, walau bagaimanapun pasukan Besut tidak boleh dilihat mudah.“Kita telah kenal pasti bahagian yang perlu diperkuatkan bagi mengharungi baki perlawanan peringkat kumpulan ini dan corak permainan serta strategi kita akan ubah supaya bahagian serangan lebih berkesan bagi menghasilkan gol,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam.Hadir sama menyaksikan perlawanan petang tadi Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Dato’ Abdul Halim Jusoh.Pasukan Setiu ketika ini mengumpul empat mata hasil daripada dua perlawanan sebelum ini.Kira-kira 400 orang penonton hadir menyaksikan perlawanan pada petang ini yang rata-rata adalah penduduk tempatan dan peminat bola sepak.Padang Mini Stadium Sungai Tarom aktif digunakan sebagai tempat rasmi bagi perlawanan bola sepak sama ada melibatkan peringkat DUN mahupun daerah.
06 Mar 20
119
Empty Image
Acara Sampingan Hangatkan Kuda Lasak Piala MB
Peserta terbaik kejohanan.SETIU, 6 Mac - Acara sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu yang berakhir hari ini menjadi medan pemanas badan sebelum aksi sebenar bermula esok.Saingan di Pusat Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu itu melibatkan enam kategori sejauh 20 kilmeter selain turut menampilkan beberapa peserta cilik.Majlis penyampaian hadiah kepada peserta terbaik disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Zahari Md Azahar, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Mengungguli acara keseluruhan ialah pasukan HKRC apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik, kumpulan terbabit mencatatkan masa empat jam lima minit dan 55 saat sekali gus bergelar juara edisi kali ini.Kemenangan itu diraih setelah mereka cemerlang dalam dua kategori pertandingan iaitu mencatat johan bagi acara Mini Endurance Pony menerusi Nurin Kasih Arisya.Selain turut berjaya memenangi kedudukan satu dan dua dalam pertandingan Mini Endurance Horse apabila M Aminuddin serta Haikal Danish Darini berjaya menidakkan peserta lain.Kejayaan itu sekali gus mengenepikan kumpulan Sri Panji Stable yang ketinggalan enam minit di belakang, manakala Mok Ngoh Stable berpuas hati di kedudukan ketiga.Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu akan membuka tirai petang esok dan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan merasmikan kejohanan.
06 Mar 20
223
Empty Image
Terengganu FC Tumpas Aksi Pertama Liga Super 2020
Perak berjaya rebut tiga mata dalam aksi pertama.KUALA NERUS, 29 Februari- Terengganu Football Club (Terengganu FC) gagal memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri apabila tumpas 1-3 kepada Perak FC dalam aksi pertama Liga Super 2020, sebentar tadi.Bermain di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang baharu dipulihkan dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL), tuan rumah memulakan aksi dengan melancarkan serangan ke kubu pelawat.Seawal minit keempat, Babacar Diallo sudah menguji penjaga gol lawan, sayang tandukannya hanya melewati gawang.Perak turut berpeluang mendahului pada minit ke-10 tetapi tendangan percuma Shahrul Saadcuma singgah ke tiang gol yang dikawal Muhammad Rahadiazli Rahalim.Penjaga gol muda Terengganu FC itu turut menyelamatkan kubu tuan rumah beberapa kali dari serangan pasukan Perak yang dilihat lebih tajam di hadapan gol.Terengganu FC berjaya mendahului pelawat apabila Sanjar Shaakhmedov yang mendapat bola sepakan penjuru Lee Tuck merembat kencang ke dalam gawang Perak FC.Tuan rumah hampir menjarakkan kedudukan apabila hantaran satu dua antara Faris Ramli dan Dominique Da Silva melepaskan Dominique dari kawalan lawan, namun rembatannya dinafikan Mohammad Nasrullah Abd Aziz.Perlawanan berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan saling menguasai bola dan bertukar-tukar serangan.Perak terpaksa menunggu sehingga minit ke-41 untuk menyamakan kedudukan. Itupun melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Guilherme De Paula setelah dia dijatuhkan Mohamad Arif Fadzilah seminit sebelumnya.Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Bagaimanapun, babak kedua nyata berbeza.Perak menguasai hampir keseluruhan masa kedua dan berjaya mendahului melalui tandukan deras kapten pasukan, Shahrul Saad pada minit ke-53.Perak berjaya menjarakkan kedudukan apabila De Paula menjaringkan gol ketiga pelawat setelah menerima hantaran Firdaus Saiyadi pada minit ke-80.Gol keempat perlawanan itu sekaligus menoktahkan kebangkitan anak buah Nafuzi Zain untuk mengutip sebarang mata.
29 Feb 20
374
Empty Image
Kejohanan Hanelang 7S Buka Gelanggang Hari ini
KUALA TERENGGANU, 29 Februari-Kejohanan Ragbi Jemputan Bawah 21 Tahun- Hanelang 7S membuka tirainya, pagi ini.Bertempat di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, kejohanan tersebut menampilkan 20 pasukan melibatkan 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan yang bersaing dalam acara ragbi tujuh sepasukan.Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sebagai badan penganjur mengadakan Hanelang 7S untuk pendedahan dan memberi peluang sama rata kepada setiap pasukan bertanding yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor, Julai nanti. Bermula sejak 8.00 pagi tadi, perlawanan akan berlangsung sehingga jam 6.00 petang ini. Kejohanan berkenaan akan berakhir esok petang.
28 Feb 20
62
Empty Image
Terengganu Kids Champ Ukir Sejarah Himpun 1,500 Peserta
KUALA NERUS, 28 Februari - Terengganu Kids Champ 2020 berjaya mengukir sejarah apabila menghimpunkan hampir 1,500 kanak-kanak pra sekolah dari seluruh daerah dan agensi di bawah satu bumbung melalui acara sukan.Pengerusi  Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata acara yang akan berlangsung selama dua hari juga merupakan program julung-julung kali menghimpunkan semua agensi pra sekolah secara bersama.Katanya, ia melibatkan semua agensi pra sekolah iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Perpaduan dan Jabatan Pendidikan Negeri bersama-sama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)."Saya difahamkan matlamat utama program ini bukanlah berbentuk perlawanan antara peserta tetapi lebih kepada menarik minat anank-anak untuk mencuba sukan-sukan tertentu seperti hoki, bola sepak, bola jaring, bowling padang dan sepak takraw."Dalam masa yang sama, saya dimaklumkan bahawa rekod penyertaan dan pencapaian anak-anak ini akan disimpan dalam pengkalan data MSNT untuk dijejaki perkembangan mereka pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Terengganu Kids Champ 2020 Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Negeri, Stadium Gong Badak di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya dan Ketua Unit Akademi MSNT merangkap Penyelaras Program, Mat Noor Bidin.Tambah Dr Alias lagi, beliau berharap melalui program yang diadakan ini, akan berjaya melahirkan nama-nama besar dalam bidang sukan pada masa akan datang.Justeru itu, kerajaan negeri sentiasa mengadakan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan  kesejahteraan rakyat di samping  menggalakkan masyarakat di Terengganu untuk menceburi bidang sukan secara serius.
28 Feb 20
442
Empty Image
30,000 Tiket Dikeluarkan, TFC Mahu Peminat Pecah Rekod Kehadiran
Hishamuddin. KUALA TERENGGANU, 26 Februari- Terengganu Football Club (Terengganu FC) mengumumkan sebanyak 30,000 tiket bagi perlawanan pertama Liga Super 2020 menentang Perak FA.Tiket perlawanan akan mula dijual bermula Sabtu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) sehingga waktu perlawanan dan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sehingga jam lima petang.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menjangkakan sambutan bagi aksi pertama ini memberangsangkan. “Mungkin sekitar 20 ribu keping boleh terjual. Cuma, saya menyeru peminat bola sepak di Terengganu. Tahun lalu, perlawanan pertama Liga Super 2019 antara Terengganu dan Pahang adalah yang tertinggi iaitu sekitar 28,000 penonton.Jadi, inilah masanya untuk orang Terengganu memecahkan rekod tersebut dan membuktikan penyokong kita benar-benar merupakan peminat bola sepak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sembang Santai Perkembangan Bola Sepak Terengganu FC di Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Tambahnya, PBSNT yakin dengan kemampuan pasukan kendalian Nafuzi Zain untuk mencatatkan keputusan terbaik menentang Juara Piala Malaysia 2018 itu.“Saya yakin kepada ketua jurulatih kita, tetapi bola sepak tidak boleh ditentukan dengan keyakinan semata-mata.“Bagaimanapun, Nafuzi telah mencorakkan pasukan yang cukup baik untuk menjadi pencabar kepada pasukan lawan,” katanya.Jelasnya, Perak juga bukan calang-calang pasukan dantidak boleh dipandang enteng.“Kita sering bertemu mereka dan adakala kita menang, adakala kita tewas. Apapun, kita akan memberikan saingan yang terbaik,” katanya.
26 Feb 20
115
Empty Image
Hasrat THT Lebur, UniKL Juara Piala TNB 2020
Pemain THT sedang mempertahankan gawang ketika diserang pemain UniKL.KUALA LUMPUR, 23 Februari - Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) mempertahankan status juara Piala TNB lebur apabila tewas 1-2 kepada Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2020, semalam.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan THT berjaya mendahului lawan seawal minit ke-13 menerusi Nabil Fikri Mohd Noor yang berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti ke gawang lawan.Peluang THT tampak cerah melihat kepada keampuhan benteng pasukan dalam mengekang serangan bertali arus UniKL.THT muncul naib juara Piala TNB 2020.Pasukan kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah itu berjaya menambah gol kedua pasukan pada minit ke-38 tetapi dibatalkan pengadil untuk menghadiahkan THT pukulan sudut penalti.Bagaimanapun, pukulan sudut penalti ditarik semula selepas perbincangan antara kedua pengadil.Selang beberapa minit kemudian, pengadil sekali lagi melakukan keputusan kontroversi apabila memberikan kad kuning kepada tonggak pasukan, Jang Jong Hyun.Jang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan.Tindakan itu nyata mengejutkan THT dan kelebihan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh UniKL yang berjaya menyamakan kedudukan melalui Mohd Faid Farhadh Mohd pada minit ke-48.Selang beberapa saat kemudian, Tengku Ahmad Tajuddin pula berjaya meletakkan UniKL di depan sekali gus membantu pasukan itu muncul juara Piala TNB 2020.
22 Feb 20
52
Empty Image
TSG Lonjak Nama Terengganu Di Mata Dunia
Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 23 Februari - Pasukan TSG Terengganu Inc Cycling Team (TSG) berjaya melonjakkan nama Terengganu di peringkat dunia serta mengharumkan nama negeri dan rakyat Terengganu dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam bidang lumba basikal.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pasukan tersebut juga dinobatkan pasukan benua terbaik dunia pada tahun lepas.“Negeri ini menduduki tempat ke-28 daripada 214 pasukan yang bertanding dalam kalendar Union Cycliste Internationale (UCI) termasuk pasukan ‘Pro Continental’ dan ‘Pro Tour’. “Sejarah telah tercipta apabila pasukan TSG dinobatkan pasukan terbaik seluruh ASIA 2019 yang mana mengulangi kejayaan yang dicapai pada tahun 2012,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Dan Memperkenalkan Pelumba Serta Barisan Penaja Pasukan TSG 2020 dan majlis penyampaian hadiah di Pentas Utama Dataran Batu Buruk, semalam.Dato' Yahaya Ali.Teks ucapan Menteri Besar itu telah dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali sebagai mewakili beliau.Menurutnya, pasukan TSG terdiri daripada 16 orang yang mana lapan pelumba tempatan merupakan anak Terengganu dan selebihnya adalah dari luar negara iaitu dari Algeria, Singapura, Russia, Australia, Eritheria, Mongolia, Panama dan juga Colombia.“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 20 penaja kerana sudi menaja pasukan TSG pada musim 2020 yang mana dapat membantu meningkatkan mutu sukan basikal serta menaikkan nama Terengganu dalam bidang sukan basikal profesional di mata dunia.“Saya amat berharap penaja-penaja akan terus memberikan sokongan dan penajaan kepada TSG pada masa akan datang,” jelasnya.Justeru itu, beliau berharap agar para pelumba dan seluruh pengurusan pasukan TSG dapat memberikan usaha seratus peratus untuk meneruskan lagi rentak kemenangan pada masa hadapan. “Harapan untuk mengekalkan kedudukan pasukan TSG sebagai Pasukan Benua Terbaik Dunia dapat diteruskan sehingga tahun 2020, insya-Allah,” tambah beliau.
22 Feb 20
160