lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Atlet SUKMA Terengganu Kembali Berlatih
Atlet SUKMA Terengganu Kembali Berlatih
Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Setelah pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun baru-baru ini, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu telah kembali memulakan latihan. Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menjadualkan latihan-latihan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh pihak kerajaan. "Sebelum daripada ini, latihan secara individu terus berjalan semenjak PKP dan PKP Bersyarat lagi, jurulatih menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka yang berada di rumah di mana mereka perlu menghantar video latihan mereka. “Bagi aktiviti sukan yang melibatkan kanak-kanak atau pun dewasa pula, seperti yang telah diumumkan, telah pun dibenarkan tetapi  penganjuran sukan masih lagi ditangguhkan. Secara umumnya, aktiviti sukan telah pun dibenarkan dengan masih mengekalkan SOP sedia ada," katanya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menghadiri perasmian pembukaan pejabat baru Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim di sini semalam.
02 Jul 20
295
Padang Latihan Terengganu FC Disanitasi
Padang Latihan Terengganu FC Disanitasi
KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu serta pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) melakukan proses sanitasi di pusat latihan pasukan bola sepak Terengganu di KSNT Gong Badak kelmarin. Proses pencegahan wabak pandemik Covid-19 itu adalah sebagai persediaan dan antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum pasukan Liga Malaysia (Liga M) memulakan sesi latihan. Bagaimanapun, sesi latihan yang dibenarkan mulai hari ini dengan SOP yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini, tidak dapat dilaksanakan skuad dari Pantai Timur itu kerana pemain belum lagi menjalani ujian 'swab test' atau ujian calitan. Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, proses sanitasi itu adalah salah satu SOP yang ditetapkan dan perlu dipatuhi sebelum pemain dibenarkan menjalani latihan di padang. Katanya, proses sanitasi yang dipantau JBPM dan dilakukan pengurusan KSNT mengambil masa hampir tiga jam sebelum selesai sepenuhnya bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada kuman. "Selain fasiliti sukan di sanitasi, kawasan padang termasuk tiang gol, pagar dan tempat rehat serta kawasan sekitarnya turut disanitasi bagi pencegahan wabak pandemik Covid-19 itu sebagai persediaan untuk pemain menjalani latihan. "Berkaitan sesi latihan pula, pemain belum lagi memulakan latihan esok, namun jika semua SOP sebelum latihan selesai termasuk 'swab test' pemain akan menjalani latihan dalam masa terdekat dengan SOP yang ditetapkan tanpa kehadiran penonton," ujarnya. Sebagai rekod, KSNT melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menutup sepenuhnya operasi kemudahan fasiliti sukan di kompleks berkenaan sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian wabak pandemik Covid-19. Penutupan itu juga sekali gus turut melibatkan penangguhan semua program latihan pemain termasuk atlet Sukan Malaysia (Sukma). Berikutan langkah awal yang diambil itu sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan Covid-19 melibatkan warga sukan Terengganu dilaporkan. SUMBER: HARIAN METRO
02 Jul 20
524
Kerajaan Negeri Beri Ganjaran Kepada Aiman
Kerajaan Negeri Beri Ganjaran Kepada Aiman
KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bentuk ganjaran kepada pelumba basikal, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang mengharumkan nama negara dan Terengganu pada kempen Le Tour de Langkawi (LTdL) PETRONAS Februari lalu. Pada saingan berbasikal berprestij itu, anak jati Terengganu kelahiran Setiu ini berjaya memenangi jersi merah selaku raja bukit pertama negara dalam sejarah perlumbaan itu yang sudah memasuki edisi ke-25. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan tidak akan sesekali melupakan atlet negeri yang pernah mengharumkan nama negara dalam apa-apa jenis sukan. Katanya, kerajaan negeri tetap memberi perhatian kepada atlet berkenaan sekali gus mampu memberi motivasi kepada mereka untuk terus meraih kejayaan lebih membanggakan pada masa akan datang. "Kerajaan negeri akan berbincang terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan bentuk ganjaran yang bakal diberikan kepada pelumba muda dari Setiu itu. "Dalam masa yang sama kita harap Aiman bersabar dan teruskan latihan serta menyertai kejohanan seperti biasa selepas negara kembali pulih daripada penularan wabak pandemik COVID-19 ini," katanya sebagaimana dilapor Berita Harian. Wan Sukairi menjelaskan, pelumba berpontensi itu akan terus dirai dan dihargai sebagaimana atlet lain. "Macam pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), kita sudahpun meraikan mereka di sini sebaik berakhir kejohanan itu di Langkawi, Februari lalu," katanya. Untuk rekod, pelumba berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan TSG dan menjulang beberapa kejuaraan bersama TSG.
01 Jul 20
233
COVID-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
COVID-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil inisiatif membantu atlet-atlet di bawah naungannya dengan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan, sumbangan tersebut disampaikan kepada seramai 120 atlet dan 42 kakitangan MSNT di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. “Hari ini kita menyampaikan sumbangan yang merupakan inisiatif MSNT untuk membantu atlet kepada sebahagian mereka, mudah-mudahan dapat ringankan bebanan sepanjang tempoh PKP yang sedang berlangsung ini,” katanya. Wan Sukairi puji inisiatif MSNT. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan ringkas yang turut dihadiri Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu di pejabat MSNT, hari ini. Jelasnya, sumbangan itu akan turut disalurkan secara berperingkat kepada atlet-atlet di daerah lain. Wan Sukairi turut memuji inisiatif pemantauan menggunakan video yang dilaksakan MSNT dalam mempersiapkan atlet untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang masih ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19. “Ia satu kaedah yang cukup baik, walau dalam keterbatasan kita masih mampu mengaktifkan atlet pada kadar paling minima dan sedikit sebanyak membantu para atlet berada dalam keadaan siap siaga sentiasa,” katanya.  
30 Mar 20
131
Latihan Atlet SUKMA Terengganu Dipantau Melalui Video
Latihan Atlet SUKMA Terengganu Dipantau Melalui Video
  Wan Sukairi. Oleh: Wan Luqman Hakim   KUALA TEREGGANU, 26 Mac- Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) memastikan jurulatih memantau latihan semua atlet Sukan Malaysia (SUKMA) yang diteruskan di rumah masing-masing ekoran penularan pandemik Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) melanda negara ketika ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, latihan jangka panjang yang disusun akan terjejas jika latihan dihentikan.   "Bagaimanapun, MSNT telah memantau latihan semua atlet mereka melalui video dan semakan kadar nadi latihan setiap hari.   "Setiap atlet diwajibkan menghantar data kadar nadi awal dan kadar nadi maksimum latihan setiap hari kepada jurulatih masing-masing," katanya.   Penjelasan itu dinyatakan beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan MSNT, semalam.   Jelasnya, terdapat juga kekangan dari aspek kombinasi pemain, teknik dan taktik perlawanan yang tidak dapat diadakan.   "Namun, apabila keadaan kembali nomal aspek tersebut akan dilaksanakan secara agresif supaya persiapan menyeluruh latihan pasukan dapat diperkemaskan.   "Kita berharap, tarikh baru SUKMA akan ditetapkan dan dimaklumkan lebih awal bagi memastikan jurulatih dapat menyediakan latihan baru yang lebih sempurna," katanya.   Dalam keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA, baru-baru ini, dijangkakan tarikh baru akan ditetapkan sebelum Mei 2020.   Sebelum ini, MSNT telah mengambil tindakan menutupkan semua premis latihan sukan negeri termasuk premis pejabat bermula dari 18 Mac lagi hingga 14 April 2020 selaras tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan Persekutuan.  
26 Mar 20
236
Empty Image
COVID-19 : SUKMA Johor Ditangguh
KUALA TERENGGANU, 25 Mac - Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang dijadualkan berlangsung Julai ini  akan ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa aspek yang melibatkan pasukan bertanding dan penganjur."Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dengan sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan SUKMA Johor ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian."Setelah mengambil kira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan para atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, beliau menyatakan, pihaknya telah mengenal pasti dua cadangan tarikh yang menjadi pilihan untuk dilangsungkan SUKMA.Katanya, tarikh yang menjadi pilihan majoriti (ahli mesyuarat) ialah Disember 2020 atau dianjakkan ke tahun 2021 setelah meneliti beberapa aspek."Aspek utama ialah pemantauan berterusan dengan perkembangan COVID-19 di samping tarikh yang dicadang juga tidak bertindih dengan tarikh penting lain seperti peperiksaan awam."Kita juga meneliti kepentingan semua pemegang taruh SUKMA dan kerajaan Johor sebagai tuan rumah," jelasnya.Tambah beliau, keputusan mengenai tarikh baharu tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya Mei depan.
25 Mar 20
154
Empty Image
Turun Padang Agih Hadiah Bola dan Minuman
Oleh: Mohd Fakhrullah MohamadMARANG, 15 Mac –Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah tidak pernah lupa menjeguk dan bertanya khabar penduduk setempat termasuk golongan belia.Setiap kali ada ruang masa, Mohd Nor turut meluang masa bersama golongan belia di padang bola sepak di kawasan Bukit Payung  secara bergilir-gilir dengan membawa hadiah bola sepak dan minuman.Petang semalam,  beliau sempat singgah di Padang Bola Kampung Atas Tol dan Titian Baru bagi tujuan sama .Apa yang dilakukan itu diteruskan secara bulanan atau mingguan dan akan berjumpa mana-mana pasukan untuk agihan sumbangan bola dan minuman.Mohd Nor berkata, pihaknya mengagihkan sumbangan itu bertujuan memberi semangat kepada  orang muda dan orang kampung  supaya terus mengamalkan hidup yang sihat.“Sekarang ini ada di kalangan mereka yang aktif dalam pertandingan,  Jadi pemberian ini sedikit sebanyak  dapat membantu mereka supaya lagi bersemangat untuk berlatih.” katanya yang juga Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika turun padang untuk mengagihkan sumbangan  bola sepak dan minuman di padang bola Kampung Titian Baru, petang semalam. Sumbangan seumpama itu akan diteruskan  ke kampung lain sekiranya ada kelapangan masa.  
16 Mar 20
742
Empty Image
Terengganu FC Bangkit Raih Satu Mata
Sanjar jaring gol kedua pasukan.KUALA NERUS, 11 Mac- Terengganu Football Club (Terengganu FC) bangkit memungut satu mata apabila seri 3-3 menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, sebentar tadiBermain di gelanggang sendiri, Terengganu FC lebih banyak menguasai bola dan melakukan serangan seawal permainan.Penyerang meningkat naik, Dominique Da Sylva memperolehi beberapa peluang di hadapan gol tetapi Khairul Azhan cekap mengawal gawang pelawat daripada dibolosi.Memasuki minit ke-15, Selangor mula mendapat rentak dan melakukan percubaan-percubaan merbahaya ke kubu tuan rumah.Pada minit ke-39, Selangor berjaya mendahului tuan rumah melalui penyerang, Ifedayo Olusegun.Antara aksi malam tadi.Bermula dengan sepakan sudut yang diambil Sandro Da Silva, Safwan Baharuddin menanduk bola kepada Ifedayo yang menyudahkan peluang dengan tandukan mudah melepasi Ilham Nasrullah.Sang Penyu tidak menunggu lama, serangan dijana dan pada minit ke-42, Rahmat Makasuf pantas menyambar lorongan Faris Ramli dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan rendah.Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.Memasuki babak kedua, Gergasi Merah sekali lagi mendahului tuan rumah, kali ini melalui 'tap' mudah Khyril Muhymeen dalam situasi kelam-kabut di depan gol pada minit ke-52.Selangor dan Terengganu FC pamer permainan menakjubkan.Sebelas minit kemudian, Dominique yang menerima hantaran Lee Tuck pantas melorongkan bola kepada Sanjar Shaakhmedov dan mudah disempurnakan penyerang Uzbekistan itu untuk Terengganu FC menyamakan kedudukan 2-2.Selangor sekali lagi menunjukkan taringnya pada minit ke-69 apabila Brendan Gan menyambar bola tandukan Ifedayo yang gagal ditangkap kemas Ilham untuk gol ketiga pasukannya.Ketika kedudukan dilihat memihak kepada pelawat, pertahan Selangor, Rodney menjatuhkan Faris Ramli di dalam kotak penalti dan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir permainan.Antara gelagat penyokong Terengganu FC.Terengganu FC berjaya bangkit mengutip satu mata setelah Lee Tuck menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-94.Setelah tiga aksi Liga Super, Terengganu kini berada di kedudukan keenam liga dengan mengumpul empat mata.
11 Mar 20
85
Empty Image
Pakaian Patuh Syariah Atlet Mulai 12 Mac
KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Terengganu bakal memperkenalkan garis panduan  pemakaian patuh syariah atlet termasuk mereka yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 pada 11 hingga 19 Julai depan.Perkara itu akan dinyatakan dalam majlis khas yang akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 12 Mac ini.Mulai tarikh itu, pihak berkaitan akan menetapkan garis panduan bagi setiap atlet beragama Islam, termasuk mereka yang menyertai sukan gimnastik dan akuatik.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, garis panduan pemakaian atlet itu nanti bukan sahaja meliputi aspek pemakaian, tetapi aspek syariah yang lain.“Terengganu akan menguna pakai sebaik mungkin garis paduan itu supaya dapat diikuti dan dicontohi negeri lain,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Rasmi Kontinjen Terengganu sempena SUKMA Johor, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Wan Sukairi turut memberitahu, pihaknya bermungkinan akan menghantar kira-kira 600 atlet bagi menyertai 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan.Katanya, buat masa sekarang, pihaknya sudah  melantik  bapa dan jabatan angkat bagi memberi sokongan pada setiap sukan yang akan dipertandingkan pada SUKMA Johor nanti.“Bagi tujuan sama, setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri dipertanggungjawabkan menjadi bapa angkat.“Manakala Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zainal Abidin Hussin dilantik sebagai Ketua Kontinjen,” katanya,
09 Mar 20
103
Empty Image
Terengganu Catat Penyertaan Terbesar Di Kejohanan Memanah Kebangsaan
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA NERUS, 8 Mac- Terengganu mencatatkan penyertaan terbesar dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan Siri 1 2020 yang berlangsung di Pusat Memanah Terengganu, Kem Pengakap Tengku Muhamad Ismail bermula dari 4 hingga 8 Mac baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia melibatkan penyertaan seramai 402 orang yang melibatkan atlet dan pegawai-pegawainya yang merupakan jumlah terbesar bagi siri-siri Kejohanan Memanah Kebangsaan. “Faktor yang menyebabkan kejohanan ini mendapat sambutan ramai apabila semua pasukan negeri-negeri menyediakan pasukan untuk kejohanan sukan SUKMA  2020 di Johor nanti.Ini adalah salah satu medan terakhir untuk menguji atlet  dan oleh itu kita mendapat sambutan yang paling menggalakkan.“Biasanya enam pasukan memanah Malaysia akan menganjurkan tiga siri kejohanan setiap tahun, dimana siri pertama dan kedua akan dilakukan di negeri-negeri yang menjadi persatuan yang berpayung di bawah pasukan Malaysia dan siri akhir biasanya buat di Majlis Sukan Keramat,” ujarnya ketika merasmikan majlis perasmiannya baru-baru ini.Katanya lagi, pada kejohanan kali ini, buat pertama kalinya acara Barebow diperkenalkan dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan. Kategori yang dipertandingkan adalah Recurve Lelaki, Recurve Wanita, Compound Lelaki, Compound Wanita, Barebow Lelaki dan Barebow Wanita.
07 Mar 20
300