lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Terengganu FC 'Ratah' Sabah
Terengganu FC 'Ratah' Sabah
KUALA NERUS, 29 Ogos- Terengganu Football Club (Terengganu FC) sekali lagi mempamerkan semangat untuk mengekalkan kedudukan di Liga Super Malaysia apabila mudah mengatasi Sabah FA 4-0, sebentar tadi. Beraksi di laman sendiri, tuan rumah jelas menguasai perlawanan dengan serangan seawal minit kedua oleh kapten pasukan, Lee Tuck  yang ditampan penjaga gol Sabah, Wan Azraie. Terengganu FC tidak menunggu lama untuk mendahului pelawat. Pada minit ke-12, rembatan Faiz Nasir hasil hantaran silang pemain muda, Mohd Syafiq Ismail ditampan pertahanan lawan muntah di kaki Dominic Da Silva yang mudah menolak masuk bola ke gawang Sabah. Terkejut dengan gol tersebut, Sabah cuba mengatur serangan namun benteng anak didik Nafuzi Zain kemas menghalang bola dari gawang pasukan. Terengganu terus menggandakan asakan, hasilnya pada minit-43, Sanjar Shaakhmedov menyudahkan lorongan Lee Tuck untuk tuan rumah selesa dengan kedudukan 2-0. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, Sabah menukar corak permainan dengan memasukkan Mickeal Kassy Guy dan Maxsius Musa. Namun, beberapa serangan pelawat berjaya dipatahkan tuan rumah. Pada minit ke-70, Dominic berjaya mengumpan bola leret kepada Faiz namun kuisannya ditampan Wan Azraie, bagaimanapun bola muntah tersebut berjaya disudahkan Sanjar untuk gol kedua peribadinya malam ini. Terengganu FC terus mengatur serangan, kali ini pemain gantian, Faris Ramli menyumbat mudah ke gawang Sabah setelah menerima bola dari Lee Tuck hasil lorongan sempurna Dominic menjadikan kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.                
29 Aug 20
1012
PKM Batu Rakit Lancar Kelab Berbasikal
PKM Batu Rakit Lancar Kelab Berbasikal
  SETIU, 23 OGOS - Pelancaran Kelab Basikal Batu Rakit kelmarin bukan sahaja mengalakkan amalan gaya hidup sihat malah memperkenalkan garis panduan pemakaian patuh syariah dalam kalangan masyarakat. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, inisiatif penubuhan kelab basikal daripada Pusat Khidmat Masyarakat itu adalah yang pertama pernah diwujudkan. Menurutnya, kewujudan kelab tersebut boleh dijadikan aspirasi dan contoh kepada PKM lain untuk mengikutinya kerana ia memberi banyak manfaat. “Penglibatan ahli yang terdiri daripada warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim tetapi menjadikan badan lebih cergas serta sihat.  “Dengan adanya kelab basikal ini, ia akan lebih memberi semangat kepada anak muda di Batu Rakit melalui aktiviti berbasikal yang diwujudkan ini. "Kelab ini telah wujud sejak 3 bulan yang lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan ia terdiri daripada belia cawangan Bukit Cempaka, Pasir Puteh, Bukit Nenasi, Maras, Pecah Rotan, Darat Batu Rakit dan sebagainya," katanya. "Kami yang hampir 70 peserta memulakan kayuhan merdeka dari Dataran Pusat Khidmat Masyarakat Kg Bukit Cempaka dan sampai di lokasi pada jam 10.30 pagi. Aktiviti ini akan kami teruskan di masa akan datang," katanya ketika pelancaran kelab terbabit. Beliau juga berharap, dengan adanya kelab basikal tersebut, belia di sekitar kawasan berdekatan akan mengambil peluang untuk bersama-sama beriadah sambil menjaga kesihatan di samping mengeratkan hubungan silaturahim. "Di antara objektif utama penubuhan kelab basikal ini adalah menggalakkan aktiviti berbasikal di kalangan warga kerja Pusat Khidmat Masyarakat PKM.  "Selain mengamalkan gaya hidup yg sihat,ianya juga akan menjadi contoh kepada orang awam untuk bersama-sama menggalakkan orang awam berbasikal," tambah beliau. Program pelancaran Kelab Basikal Batu Rakit ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sambil diiringi oleh Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnan Abdul Kadir dan Pengarah UBSNT, Mohd Nasir Razak.
23 Aug 20
1381
Isu Atlet Angkat Berat, Terengganu Minta Menteri Campur Tangan
Isu Atlet Angkat Berat, Terengganu Minta Menteri Campur Tangan
KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Kerajaan negeri kesal dengan tindakan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang tidak membenarkan dua atlet Terengganu bertanding dalam sukan angkat berat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Johor Mac 2021. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, alasan yang diberikan berkait dengan isu doping terhadap kedua-dua atlet itu pada SUKMA Perak dua tahun lalu adalah tidak munasabah. Ini kerana katanya, atlet tersebut telah digantung selama lapan bulan bermula September sehingga Mei 2018, selain telah memulangkan kembali pingat-pingat yang diperoleh (1 emas, 1 perak dan 2 gangsa) kepada Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM). “Selepas habis tempoh pergantungan dan mengikuti beberapa program pendidikan, atlet-atlet ini telah pun dibenarkan bertanding dalam kejohonaan peringkat negeri dan juga antarabangsa. “Yang menghairankan kenapa mereka tidak dibenarkan bertanding dalam SUKMA Johor,” katanya. Beliau berkata demikian pada Sidang Media di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Wan Sukairi berkata, keputusan itu dilihat kurang bijak dan tidak adil sama sekali kerana atlet yang berlatih untuk mewakili negeri ke SUKMA Johor tidak dibenarkan. “Sebaliknya membenarkan salah seorang daripada mereka mewakili negara," jelasnya. Melihat keadaan itu, kerajaan Terengganu bimbang kerana di sebalik isu berkenaan seolah-olah ada perkara yang telah dirancang. “PABM sepatutnya memperjuangkan nasib atlet-atlet negara tanpa mengira dari negeri mana mereka lahir atau bertanding, bukannya menghukum secara tidak berprinsip. “Oleh itu, bagi mengelak  isu ini bertambah keruh, pihak kami meminta Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican masuk campur, kerana Terengganu bersama beberapa pihak berkaitan mahukan keadilan,”katanya      
23 Aug 20
1131
Qabil Tiada Tandingan
Qabil Tiada Tandingan
SEPANG, 16 Ogos - Pelumba cilik Terengganu, Qabil Irfan Azlan berada di kelas tersendiri apabila menjuarai perlumbaan 1 dan 2  bagi kategori 110cc dalam pusingan 1 SIC Motogp Championship 2020 hari ini. Qabil yang juga antara pelumba termuda dalam kejohanan ini nyata tidak berdepan sebarang masalah untuk mengatasi pelumba-pelumba senior. Dalam perlumbaan 1, pelumba yang mendapat julukan Valentino Rossi Jr gah menamatkan perlumbaan dengan 15 minit 39 saat meninggalkan Danish Rahman (Johor) serta Adie Putra (Melaka) untuk tempat kedua dan ketiga. Manakala dalam perlumbaan 2 pada sebelah petang, Qabil sekali membuktikan kejaguhannya apabila terus berjaya mengekalkan podium pertama daripada dirampas pelumba Johor. Kemenangan bergaya Qabil pasti akan menguatkan lagi impiannya untuk menjadi seperti ikon sukan permotoran dua roda negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi sehingga ke peringkat tertinggi, Kejuaraan Motosikal Dunia Dalam pada itu, seorang lagi pelumba Terengganu, Hakim Danish yang beraksi dalam kategori 160cc tidak kurang hebatnya apabila menuruti pencapaian podium pertama Qabil. Memenangi kedua-dua pusingan perlumbaan sudah cukup memberi kebanggaan kepada seluruh jentera pasukan Hakim. Apatah lagi, pesaing di tempat kedua dan ketiga ditinggalkan jauh oleh pelumba yang menggunakan motor bernombor 19 itu. Untuk rekod, kejohanan sulung ini sebahagian daripada MAM SpeedWeek yang akan berlangsung sebanyak lima pusingan di SIKC sehingga Disember depan membabitkan 21 peserta muda daripada lingkungan umur lapan hingga 13 tahun berentap merebut gelaran. Inisiatif dilakukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama ZK Racing kendalian ikon dua roda negara, Zulfahmi Khairuddin ini bakal menggunakan jentera BucciMoto BR-10 GP yang berkapasiti 110cc dan 160cc.
16 Aug 20
4336
Bersukan Untuk Kecergasan Dan Ibadah
Bersukan Untuk Kecergasan Dan Ibadah
MARANG, 6 Ogos - Bersukan secara aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat sangat digalakkan dalam Islam bagi mengekalkan tahap kecergasan diri sekali gus membantu untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan khusyuk.  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha itu mampu mencungkil bakat golongan muda yang sememangnya gemar bersukan  "Kita sebagai orang muda mesti 'gagah' semuanya, tidak hanya jaguh di gelanggang futsal sebaliknya gagah juga masjid dan surau untuk beribadah dan mendengar kuliah terutama sekali pada waktu subuh.  "Niatkanlah bersukan ini untuk menguatkan badan dan mencergaskan badan untuk beribadah kepadaNya, insya-Allah mendapat pahala," katanya ketika merasmikan Perlawanan Futsal Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) dan Pelancaran Jersi DACS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung di sini baru-baru ini.  Katanya, program sebegini mampu menyemarakkan gaya hidup sihat di samping dapat menguatkan lagi ukhuwah di antara satu sama lain. Tambahnya lagi, akal yang sihat datangnya daripada badan yang sihat. Gunakan masa muda sebelum masa tua.  "Al aqlu salim fil jismi salim. Akal yang cergas datangnya daripada badan yang sihat. Yang paling baik sekali ialah hati yang baik (qolbin salim). Datang menghadap Tuhan dengan hati yang sejahtera," jelasnya. Turut hadir dalam perlawanan tersebut, Ketua DPPKM, Yusuf Abdul Hadi.
05 Aug 20
1133
Tour Of Peninsular Postponed To Next Year
Tour Of Peninsular Postponed To Next Year
KUALA LUMPUR, August 4 - Motoshoot Event Sdn Bhd, the organiser of the Tour of Peninsular (ToP) cycling race, has decided to postpone its second edition to next year due to uncertainties as a result of the COVID-19 pandemic. It chief operating officer Emir Abdul Jalal said the five-stage race slated for Oct 13-17 will be held around the same time next year. “We are still under the Recovery Movement Control Order (to combat COVID-19) which is due to end on Aug 31. Also we have yet to the know the government's exit plan (on the pandemic) and are unable to invite foreign teams because the country's borders are yet to be reopened. “Sponsors are also not sure about giving their full commitment as they had promised before. So all things considered, we do not want the take the risk by going ahead with the race (this year),” he told Bernama. He said if participation only involved local teams, it would affect the race's 2.1 status in the Union Cycling Internationale (UCI) calendar. This, he said, was because only three teams in Malaysia – the national team, Team Sapura Cycling (TSC) and Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) -  fulfilled the criteria to compete in races of 2.1 status. Besides ToP, this year's Tour de Femina, Jelajah Malaysia (Tour of Malaysia) and National  Cycling Championship events have also been impacted by the pandemic. Only the prestigious Le Tour de Langkawi (LTdL) was not affected as it was held in February, before COVID-19 hit Malaysia hard. The inaugural edition of the ToP held from Oct 15-19 last year attracted almost 200 riders,  from 18 continental and two national teams and was a huge success. It involved a total distance of 751.6km with the stages being from  Dungun-Kuala Terengganu, Kuala Terengganu-Chukai, Kuantan-Karak, Sungai Koyan-Cameron Highlands and Kuala Lipis-Setiawangsa. -  R. Vikneswaran | BERNAMA.
04 Aug 20
498
Terengganu Hargai Usaha Pasukan Ragbi Tamatkan Penantian 37 Tahun
Terengganu Hargai Usaha Pasukan Ragbi Tamatkan Penantian 37 Tahun
KUALA TERENGGANU, 20 Julai -  Kerajaan negeri menghargai usaha Pasukan Ragbi Negeri Terengganu  menamatkan penantian 37 tahun bagi menjulang kejuaraan dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong dengan suntikan sebanyak RM150,000 sebagai penghargaan. Pengerusi Jawarankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah mengulas bahawa beliau memahami betapa besarnya nilai kesabaran dan kerja keras untuk muncul juara dalam kejohanan tertinggi bagi sukan ragbi di negara kita. Wan Sukairi menyampaikan replika cek kepada Yang Dipertua PRNT, Amir Amri Mohamad. "Kesabaran dan kerja kuat dari setiap lapisan warga kerja tidak kira di peringkat Majlis Sukan Negeri mahupun persatuan dan juga atlit – atlit sendiri akhirnya membuahkan hasil. Lebih membanggakan Persatuan Raqgbi Negeri Terengganu (PRNT) turut menyumbang dalam kejayaan skuad 7 sebelah yang sekali lagi merangkul kejuaraan di peringkat kebangsaan tahun lalu setelah mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 2017," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Meraikan Kemenangan Skuad Ragbi Piala Agong dan Skuad Ragbi 7 sebelah Sepasukan Kebangsaan Negeri Terengganu Tahun 2019 di Hotel Primula, Sabtu lalu. Tambahnya, kejayaan itu turut menjadikan pasukan tersebut dilantik sebagai ikon Negeri Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Terengganu (Tourism Terengganu) sebagai pemangkin kepada Tahun Melawat Terengganu 2020. "Matlamat utama kita semua adalah bagi memartabatkan dan mengharumkan nama negeri kita iaitu Negeri Terengganu Darul Iman dalam bidang sukan secara amnya dan sukan ragbi tempatan secara khususnya sekali gus membawa motto Terengganu, Maju, Berkat, Sejahtera ke peringkat yang lebih dikenali," katanya.    
19 Jul 20
476
Tiga 'Ubi' Terengganu Perkuat Skuad Malaysia
Tiga 'Ubi' Terengganu Perkuat Skuad Malaysia
KUALA TERENGGANU, 4 Julai - Tiga pemain muda Terengganu Football Club (TFC) bakal membarisi pasukan Malaysia B-19 selepas terpilih menjalani latihan pusat bermula esok. TFC dalam satu kenyataan berkata, mengetuai senarai itu ialah penjaga gol tinggi lampai Terengganu, Muhammad Rahadi Azli Rahalim. Selain itu, pemain yang beraksi di posisi penyerang, Muhammad Muslihuddin A'tiq dan pemain tengah, Muhammad Azam Azmi Murad turut terpilih sebagai persiapan khas skuad negara.  
06 Jul 20
530
Bekas Pertahanan Terengganu Derita Penyakit Kronik Terima Bantuan
Bekas Pertahanan Terengganu Derita Penyakit Kronik Terima Bantuan
Oleh: Mohd Zulkifli Mat KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Bekas pemain bola sepak Terengganu era 90-an, Fadli Jalil yang menderita penyakit kencing manis dan serangan saraf menerima bantuan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di kediamannya di Bukit Besar semalam. Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Fadhli atau lebih dikenali sebagai Weck mengalami kemerosotan kesihatan sejak Januari lalu akibat komplikasi penyakit berkenaan. Katanya, keadaan itu menyebabkan Weck terlantar di rumahnya dengan pergerakan yang terbatas. "Alhamdulilah, selepas mengetahui keadaan lagenda bola sepak Terengganu ini saya bersama Setiausaha Agung PBSNT, Y.M Tengku Seri Bijaya Dato' Tengku Farok Hussin  mengunjungi beliau di kediamannya. "Sedikit bantuan kewangan kita hulurkan bagi meringankan beban Weck sekeluarga dan sebagai menghargai jasanya," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini Turut hadir, Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain. Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, jasa dan sumbangan Weck dalam arena bola sepak Terengganu cukup besar. "Kita amat menghargai segala sumbangan veteran-veteran sukan negeri ini yang berjuang mengangkat nama Terengganu ke tahap tertinggi," tambah beliau. Untuk rekod, Weck merupakan bekas pemain pertahanan Terengganu yang sering muncul bersama pasukan dengan jersi bernombor 6.
06 Jul 20
212
Aiman Contoh Terbaik Pelumba Muda Terengganu
Aiman Contoh Terbaik Pelumba Muda Terengganu
Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA TERENGGANU, 16 Jun- Anak muda Kampung Bukit Putera, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang berjaya meraih jersi raja bukit (Jersi merah) pada perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 lalu, menerima hadiah sebanyak RM10, 000 diatas kejayaannya. Pada Februari lalu, bekas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) berusia 23 tahun ini muncul pelumba kebangsaan pertama bergelar raja bukit dalam pentas LTdL selepas negara menanti sejak 24 tahun lalu bermula edisi sulung pada 1996. Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejayaan Aiman perlu dijadikan contoh dorongan dan juga semangat kepada rakyat Terengganu yang lain untuk mencipta sejarah dalam kehidupan mereka. "Walaupun beliau meraih kejayaan ketika menyarung jersi SAPURA, tetapi atas nama anak Terengganu kita tetap merasa bangga dengannya," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan hadiah kepada atlet berkenaan di kediamannya di Setiu, baru-baru ini. Kunjungan bersama dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu merupakan sebahagian program menyatuni atlet harapan Terengganu yang  mengharumkan nama negeri dan juga Negara.  
02 Jul 20
223