lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Jordan Mintah Merajuk?
Jordan Mintah Merajuk?
KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Desas-desus kembalinya Tcheche Kipre ke Terengganu FC seakan menghadirkan sedikit kemelut dalam skuad itu apabila hari ini penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah dalam ciapan di laman Twitternya menghantar status berbunyi  'Apabila kepercayaan dikhianati, kita boleh duduk di Rumah#kembali ke pasukan seterusnya'. Ciapan dihantar penyerang tersebut sekitar jam dua petang hari ini mencetuskan tanda tanya, apakah Mintah sedang merajuk dengan seseorang, atau sebaliknya? Jordan Mintah, bermain untuk Terengganu FC II dan telah menjaringkan 16 gol bagi pasukannya musim ini yang turut menobatkannya sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana bersama penyerang Johor DT II, Fernando Rodriguez. Beliau turut membuktikan keupayaannya apabila membantu Terengganu FC dalam saingan Liga Super apabila menjaringkan enam gol dan dua bantuan gol. Selain itu, Jordan turut meledak lima gol dalam aksi Piala Malaysia bagi 'skuad abang' setelah dipanggil mengimbangi prestasi David Da Silva yang merudum ketika itu. Jordan dalam temu bualnya dalam portal My Metro pada November lalu, pernah menyuarakan hasrat berpindah pasukan sekiranya tidak diberi peluang beraksi di pentas utama saingan bola sepak Malaysia. "Saya akui ramai peminat mahukan saya kekal beraksi di Terengganu, saya pun sudah gembira tinggal di sini dengan suasana dan para penyokongnya, seolah-seolah rumah kedua saya.  "Saya pun memasang impian untuk beraksi dalam liga divisyen satu di sini musim depan, tapi jika saya tidak mendapat tempat dalam liga itu, tiada sebab untuk saya kekal beraksi di Terengganu," katanya.  
16 Dec 21
17518
PBSNT Anjur Liga Semi Pro Terengganu Tahun Depan
PBSNT Anjur Liga Semi Pro Terengganu Tahun Depan
KUALA NERUS, 1 Disember - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menganjurkan Liga Bola Sepak Semi Pro Terengganu pada tahun hadapan. Menurut Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong, penganjuran tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat eksekutif dan mesyuarat pengurusan serta sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pertandingan. "Pada tahun hadapan kita akan melaksanakan satu liga bertaraf semi-profesional dan kita cuba sebagaima yang dilakukan Persatuan Bola Sepak malaysia (FAM) di peringkat kita demi memartabatkan bola sepak Terengganu. "Tarikh yang dirancang adalah pada bulan Mac, di mana kita mahu kesemua sepuluh ahli gabungan ada kelab sendiri yang akan menjadi hati peminat bola sepak daerah masing masing dengan dua pasukan jemputan sebagai asas pembentukan liga kita," katanya kepada pemberita selepas Kongres Tahunan PBSNT 2021 di Raia Hotel Gong Badak, hari ini. Turut hadir, Setiausaha Agung PBSNT, Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Jelasnya, kehadiran persatuan pengadil sebagai ahli gabungan PBSNT akan lebih memantapkan penganjuran liga berkenaan. "Kita mahu betul betul bertaraf 'semi pro', di mana orang Besut boleh bermain untuk kelab di Kuala Terengganu dan sebagainya. "Kita juga akan berbincang dengan FAM supaya juara nanti dapat bersaing di Liga M3 anjuran FAM," katanya. Beliau juga bersetuju dengan idea pengajuran liga bola sepak pantai bagi menyemarakkan bakat baru dalam sukan tersebut. "Kami juga terbuka untuk menjadi penganjur dalam kejohanan bola sepak panta di pelbagai peringkat. Kalau rasa perlu ada liga di peringkat negeri, kita akan buat," katanya.   
12 Dec 21
4194
Pelumba TSG Juara Keseluruhan Di Jelajah Thailand
Pelumba TSG Juara Keseluruhan Di Jelajah Thailand
KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) berjaya merangkul gelaran pelumba terbaik keseluruhan menerusi pelumbanya Jambaljamts Sainbayar. Atlet berbasikal berbangsa Mongolia itu berjaya menyarung jersi kuning setelah mengekalkan prestasi sejak hari pertama, meskipun menamatkan kayuhan terakhir di tempat kedua. Pada perlumbaan peringkat keenam, Adne van Engelene dari Bike Aid muncul tempat pertama dengan catatan masa 3 jam 45 minit 16 saat sementara Sarawut Sirironnachai mewakili Thailand Continental Cycling Team di kedudukan ketiga ( 3 jam 45 minit 51 saat). Bagi kategori pasukan terbaik pula dimenangi oleh Bike Aid manakala TSG berada di kedudukan kedua dan Team Sapura Cycling ketiga. Jersi Hijau pula dimenangi oleh pelumba Bike Aid Lucas Carstensen manakala Engelene mengungguli sebagai Raja Bukit (Jersi Polka Dot). Dalam pada itu, Jambaljamts berkata, dia berpuas hati dengan kerjasama semua pihak untuk memperoleh keputusan positif dalam perlumbaan Jelajah Thailand. "Perlumbaan yang cukup mencabar namun saya berterima kasih kepada pasukan, rakan dan juga penaja yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh perlumbaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro, baru-baru ini. Sementara itu, rakan sepasukannya, Nur Amirullah Fakhruddin Mazuki lega dengan kemenangan itu sekali gus menyaksikan strategi yang diterapkan sepanjang tempoh perlumbaan membuahkan hasil. "Syukur Alhamdulillah, perlumbaan terakhir rakan sepasukan dapat memenangi Jersi Kuning. Ini adalah hasil daripada taktik berkesan untuk memperoleh kejayaan itu," jelasnya. Untuk pengetahuan, Jelajah Thailand edisi 2021 menawarkan hadiah secara keseluruhan mencecah setengah juta ringgit dengan pasukan Bike Aid mendominasi wang kemenangan itu apabila memperoleh kira-kira RM115,000.
08 Dec 21
1052
Kpah Sherman Sah Milik Terengganu FC
Kpah Sherman Sah Milik Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Penyerang kelahiran Liberia, Kpah Sherman sah menjadi penyerang import Terengganu FC bagi saingan Liga Malaysia 2022. Menerusi kenyataan dikeluarkan Terengganu FC di laman Facebook rasminya, Sherman dikatakan memilih untuk mewakili pasukan Terengganu selepas beraksi bersama kedah sejak 2020. Sepanjang dua musim di Kedah, Sherman telah menjaringkan 19 gol bersama pasukan itu selain pernah beraksi pada kejohanan kelayakan dan playoff Piala AFC 2020.
08 Dec 21
752
Tradisi Lumba Perahu Gamit Kembali Budaya Terengganu
Tradisi Lumba Perahu Gamit Kembali Budaya Terengganu
KUALA NERUS , 8 Disember - Selepas 30 tahun hilang dalam budaya masyarakat Terengganu, tradisi lumba perahu kini diperkenalkan semula oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sabtu kepada golongan muda dan dewasa. Program ini telah menarik peminat dari kalangan golongan remaja dan dewasa sekaligus mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung bersama barisan JPKK dengan kemeriahan sambutan yang sangat menggalakkan.  Mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Abdullah Amir Zabudin berkata, program tersebut telah menarik peminat dan sambutan yang sangat menggalakkan. Menurutnya, program sebegini diharap dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam memelihara tradisi lumba perahu, warisan zaman berzaman demi generasi seterusnya. “Penganjuran program seperti ini memberi kebaikan dalam mengekalkan tradisi kita sebagai rakyat Terengganu disamping mengeratkan hubungan antara penduduk kampung yang lain. “Insya-Allah kerjasama akan sentiasa dihulurkan oleh Pihak Parlimen Kuala Nerus demi kebaikan dan kemakmuran rakyat khususnya di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Menurutnya lagi, lumba perahu menggunakan perahu kayu telah terhenti sejak tahun 1986, iaitu kira-kira 33 tahun selepas ia digantikan dengan perahu gentian kaca. Dalam pertandingan lumba perahu tersebut, pasukan dari Kampung Buluh Gading telah mendahului tiga pasukan lain dan berjaya membawa pulang RM600 beserta pingat. Manakala, pasukan Tanjung Sabtu telah meraih tempat kedua diikuti Petai Bubus di tempat ketiga dan Jeram di tempat keempat, masing-masing membawa wang tunai RM480, RM360, RM240 beserta pingat. Turut hadir menyempurnakan majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Produk) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fathil Abd Ghani dan Penolong Pengarah Jabatan Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti, Mohd Saiful Bahari Ramli. 
08 Dec 21
2041
Bekas Atlet, Pemimpin Belia Terima Manfaat Perubatan RM40,000
Bekas Atlet, Pemimpin Belia Terima Manfaat Perubatan RM40,000
KUALA TERENGGANU, 7 Disember - Sebagai menghargai jasa pengorbanan bekas atlet serta mantan pemimpin belia yang telah mengharumkan nama negeri, kerajaan Terengganu memberi Kad Sejahtera bagi membantu kemudahan kesihatan kepada 80 penerima daripada golongan berkenaan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM40,000. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, setakat ini seramai 29 bekas atlet dengan keutamaan golongan berpendapatan isi rumah terendah (B40) terpillih menerima manfaat itu. Selain itu katanya, 51 orang mantan ahli belia tersenarai sebagai penerima yang diselia oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).  "Kerajaan negeri menghargai jasa dan pengorbanan mereka dengan memasukan nama mereka sebagai peserta Kad Sejahtera, satu inisiatif manfaat perubatan bagi mereka yang layak di kalangan rakyat Terengganu berjumlah RM500 setahun bagi setiap pemegang kad. "Ini kerana, kita tahu tidak semua mereka mendapat pekerjaan yang membolehkan mereka hidup senang, jadi kita mengenang jasa mereka dengan cara ini. Setakat ini, kita tidak ada sasaran berapa jumlah semuanya dan kita tengok berdasarkan laporan yang diterima serta kelayakan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Agihan Kad Sejahtera tersebut di Taman Tamadun Islam, baru-baru ini. Tambahnya, pemberian kad sejahtera itu merupakan inisiatif yang lebih membantu bekas atlet dan mantan ahli belia. "Kita pilih kad sejahtera kerana kebanyakan mereka berada dalam usia lanjut dan seperti kita tahu kos perubatan juga bukan rendah. Jadi, usaha ini lebih bermanfaat dalam tempoh lebih lama supaya membantu mereka dari segi kesihatan dan ekonomi yang boleh ditumpukan kepada perkara lain," katanya. Dalam program berkenaan, Wan Sukairi turut menyampaikan sumbangan tunai berjumlah RM3,000 kepada pasukan Markless Komii yang telah menjuarai Festival Bola Sepak Pantai AFF 2021 yang berlangsung di pantai Pattaya, Chonburi Thailand, baru-baru ini. Sumbangan berkenaan merupakan sebaahagian dari keseluruhan RM5,000 jumlah sumbangan kerajaan negeri di mana sebanyak RM2,000 telah diberikan sebagai kos perjalanan pasukan tersebut ke Thailand sebelum ini.    
07 Dec 21
790
Jurulatih Selesai, Siapa Pula Pengarah Teknikal Baru TFC?
Jurulatih Selesai, Siapa Pula Pengarah Teknikal Baru TFC?
KUALA TERENGGANU, 7 Disember - Belum reda berkenaan pelantikan ketua jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain, ahli lembaga pengarah (BOD) TFC sebenarnya turut membuat keputusan mengejut apabila bersetuju melantik Pengarah Teknikal (TD) baru bagi pasukan pantai timur itu. Salah seorang ahli lembaga pengarah, Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu mendedahkan, BOD TFC menerima tiga nama cadangan daripada pihak pengurusan kelab pada 2 Disember lalu untuk dilantik sebagai ketua jurulatih. "Bagaimanapun, berdasarkan nama dicadangkan BOD telah bersetuju mengekalkan Nafuzi Zain, ketua jurulatih sedia ada untuk terus membimbing pasukan bagi musim 2022. "Namun, bagi menjayakan hasrat ini kita mengambil kira penambahbaikan yang bakal kita lakukan, maka kita bersetuju dalam mesyuarat tadi untuk mengambil salah seorang daripada calon lain yang dicadangkan dilantik sebagai Pengarah Teknikal TFC untuk membantu Nafuzi menyediakan satu pasukan yang mampu mencabar pada tahun depan. "Kita telah buat keputusan siapa orangnya, cuma pihak pengurusan TFC akan segera berunding dengan individu terbabit untuk menentukan apa yang diperlukan antara kedua-dua pihak. Kini, terpulang kepada empunya badan untuk menerimanya atau tidak," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), malam tadi. Tambahnya, keputusan mengekalkan Nafuzi dengan kontrak setahun, berasaskan kepada faktor keperluan berlakunya kesinambungan yang dirintis sebelum ini dan ia sangat penting untuk memastikan semua pemain Terengganu memiliki asas kukuh dari peringkat TFC4 sehingga pasukan utama. "Kebanyakan pemain TFC sedia ada dikekalkan, terutama pemain tempatan yang rata-rata mengikat kontrak dua tahun. Jadi sudah tentu keserasian yang diwujudkan oleh jurulatih sebelum ini dengan pemain sangat penting untuk menguatkan pasukan berhadapan cabaran 2022. "Kita masih memberi ruang kepada Nafuzi membuktikan sesuatu. Namun begitu beliau juga terikat kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan ditetapkan pihak kelab untuk memastikan kesungguhannya dalam membina pasukan yang mantap," katanya. Terdahulu, nama dua bekas pengemudi T-Team iaitu jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner dan jurulatih kelahiran Indonesia, Rahmad Darmawan dikhabarkan bakal menggantikan Nafuzi di TFC.  Namun, siapakah diantara keduanya bakal muncul sebagai Pengarah Teknikal di TFC nanti?  
07 Dec 21
5238
TFC Pilih Jurulatih Baru Petang Ini
TFC Pilih Jurulatih Baru Petang Ini
DUNGUN, 6 Disember- Teka teki mengenai siapakah pengendali Terengganu FC (TFC) bagi musim 2022 bakal terjawab hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pengurusan tertinggi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Lembaga Pengarah petang ini bagi menentukan calon terbaik yang bakal mengisi kekosongan jawatan itu. “Ahli Lembaga Pengarah TFC yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan bermenyuarat. “Pelantikan jurulatih baru antara agenda yang akan dibincangkan dan kita akan buat keputusan mengenainya dan beberapa perkara berkaitan pengurusan pasukan dalam menyuarat tersebut, “ ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program TDM Prihatin Mesra Komuniti di Dewan Balora, Bandar Al- Muktafi Billah Shah, hari ini. Dalam laporan media sebelum ini menyatakan, selain jurulatih musim ini, Nafuzi Zain, beberapa nama kini berada dalam radar pengurusan skuad itu untuk memegang jawatan berkenaan termasuk bekas pengendali T-Team, Tomislav Steinbruckner dan Rahmad Darmawan serta pembantu jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Nenad Bacina.
06 Dec 21
2747
107 Sertai 'Monsoon Fun Ride'
107 Sertai 'Monsoon Fun Ride'
SETIU, 6 Disember : Seramai 107 peserta menyertai program Monsoon Fun Ride Permaisuri 2021 yang julung-julung kali diadakan itu. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, program yang menghimpunkan peminat sukan berbasikal itu wajar diadakan sebagai medan ukhwah mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. "Kita mengharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan ianya salah satu sukan yang dekat pada masyarakat disamping sukan lain," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian penutup di Laman Seri Rhu 10.  Terdahulu, pelepasan program berbasikal itu disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari A Rahman dan Penolong Pegawai Daerah Setiu, Muhammad Maliki Md Jusoh. Program yang bermula dari Kampung Guntung Luar menuju ke Laman Seri Rhu 10 sejauh hampir 20 kilometer itu tidak mematahkan semangat peserta walaupun dalam keadaan hujan.  Rata-rata peserta ditemui menyatakan keterujaan menyertai 'Monsoon Fun Ride' yang diadakan kali ini.  
06 Dec 21
606
Qabil Muncul Juara Keseluruhan Junior SIC Ohvale
Qabil Muncul Juara Keseluruhan Junior SIC Ohvale
SEPANG, 6 Disember - Pelumba cilik Terengganu, Qabil Irfan Azlan sekali lagi membuktikan dia berada di kelas tersendiri apabila muncul juara keseluruhan bagi kelas 110cc Kejuaraan Junior SIC Ohvale 2021. Kejayaan tersebut adalah dua kali berturut-turut setelah turut muncul juara SIC MiniGP tahun lepas, sebelum kejuaraan itu dijenamakan semula kepada Kejuaraan Junior SIC Ohvale. Qabil bersama bapanya, Azlan Abd Rahman. Pada pusingan kemuncak minggu ini, pelumba berusia sembilan tahun itu menguasai keempat-empat perlumbaan dan seterusnya menutup tirai kempen 2021 dengan 284 mata. Berada di tempat kedua adalah rakan senegerinya, Adam Danial yang menamatkan kempen dengan 219 mata manakala Shah Putra melengkapkan podium di tempat ketiga, 167 mata. Mengulas mengenai dua perlumbaan hari ini termasuk yang terakhir berlangsung dalam keadaan litar basah, Qabil berkata, saingan sedikit sukar berbanding biasa. "Sedikit susah hari ini disebabkan hujan namun sebelum ini saya banyak melakukan latihan dalam keadaan hujan. "Selain itu, tahun ini lebih susah berbanding tahun lalu kerana kali ini, pesaing ramai yang lebih laju," katanya seperti dilaporkan Berita Harian Online, semalam. Qabil (nombor satu) dilihat pantas mendahului saingan Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook turut mengucapkan tahniah buat pelumba cilik kebangaan negeri itu. “Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat buat pelumba-pelumba cilik Terengganu yang lain,” katanya. Untuk rekod, Qabil daripada 12 perlumbaan musim 2021, Qabil meraih 11 kemenangan dan hanya sekali berada di tempat ketujuh pada Perlumbaan 2 Pusingan 4 di Litar Kart Antarabangsa Sepang, sebelum ini.
06 Dec 21
1206