lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

MB Bangga Dengan Prestasi Atlet Terengganu
MB Bangga Dengan Prestasi Atlet Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 September - Menteri Besar Terengganu berbangga dengan pencapaian dan prestasi cemerlang atlet negeri itu yang muncul naib juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20. Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu menutup tirai SUKMA 2022 dengan jumlah pingat melebihi sasaran awal apabila memperoleh 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa. “Biarpun tidak menjadi juara keseluruhan, namun temasya kali ini, kontinjen Terengganu merangkul emas terbanyak sepanjang kejohanan SUKMA yang pernah kita sertai. “Secara tidak langsung, kita berada di kedudukan kedua daripada keseluruhan negeri yang bertanding,” jelasnya. Menurut Ahmad Samsuri, kejayaan itu hasil usaha semua pihak khususnya atlet, persatuan, jurulatih, bapa angkat dan jabatan angkat. “Kejayaan ini juga hasil daripada berkat doa dan sokongan padu daripada semua rakyat Terengganu,” katanya. Untuk rekod, di sebalik kemenangan di tempat kedua, Terengganu menghantar atlet lebih sedikit berbanding negeri kelompok atas yang lain. Seramai 459 atlet dihantar menerusi 334 daripada 426 acara yang dipertandingkan, jauh lebih sedikit berbanding juara, Johor yang menghantar 688 atlet dan menyertai lebih banyak acara. Wilayah Persekutuan pula 736 atlet, Sarawak (734) dan Perak (698).  
25 Sep 22
1645
Akhiri Kemarau 12 Tahun, Ibu Segala Pingat Dalam Genggaman
Akhiri Kemarau 12 Tahun, Ibu Segala Pingat Dalam Genggaman
KUALA TERENGGANU, 25 September – Pasukan bola sepak Terengganu berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam acara itu di Kejohanan Sukan Malaysia 2022 (SUKMA XX) MSN selepas kali terakhir dimenangi pada 2010. Kejayaan merangkul ‘ibu segala pingat’ tersebut diraih selepas menewaskan pasukan Pulau Pinang dengan jaringan 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Sabtu lalu. Skuad bimbingan Badrul Afzan Razali menguasai perlawanan dengan kekuatan beberapa tonggak utama Terengganu FC dan Terengganu FC II dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Jaringan berjaya dihasilkan ketua pasukan, Safuwan Mazlan apabila berjaya menanduk masuk bola ke gawang lawan melalui sepakan percuma pada minit ke-24. Pasukan Terengganu terus melebarkan kedudukan apabila pertahanan Pulau Pinang, Muhd Aidil Azuan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-87 sekali gus mengesahkan kejuaraan yang dimiliki kontinjen Terengganu. Kejayaan itu mengakhiri ketandusan memenangi pingat emas sukan tersebut selepas mencipta hatrik kemenangan pada SUKMA edisi 2006, 2008 dan 2010 lalu. Turut hadir menyaksikan perlawanan itu Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan bapa angkat acara bola sepak, Hishamuddin Abdul Karim.
25 Sep 22
359
Muay Thai Tepati Sasaran Dua Emas
Muay Thai Tepati Sasaran Dua Emas
KUALA LUMPUR, 22 September -  Muay Thai tepati sasaran awal untuk mengondol dua pingat emas di Temasya Sukan Malaysia 2022 (SUKMA 2022) selain menyumbang  tiga perak dan satu gangsa untuk Kontijen Terengganu  Dua pingat itu dipungut oleh Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dalam kategori 55-57 kg dan Ahmad Nor Iman Hakim kategori 63.5-67 kg dalam acara yang diadakan di South City Plaza, Seri Kembangan di sini.  Bapa Angkat Muay Thai, Alias Harun menzahirkan ucapan tahniah kepada semua atlet dan juga pegawai-pegawai sukan tersebut yang berjaya menepati sasaran awal.  "Sukan ini kalau kita tengok luarannya ganas dan kasar, tetapi sebaliknya sangat berdisiplin dan menghormati lawan dimana bila tamatnya perlawanan mereka berpelukan serta bersalaman," katanya.   
22 Sep 22
294
SUKMA XX: E-Sport Sumbang 2 Emas, 1 Perak
SUKMA XX: E-Sport Sumbang 2 Emas, 1 Perak
KUALA TERENGGANU, 21 September - Kontinjen sukan E-Sport Terengganu berjaya membawa pulang dua emas dan satu perak dengan debut pertama apabila sukan itu pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Malaysia SUKMA XX MSN 2022. Gandingan Muhammad Afiq Qusyairi Zamzuri dan Muhammad Faizal Razali berjaya menewaskan pasukan Johor 2-0 dalam acara PS4-Pro Evolution Soccer (PES) 2021 kategori Double bagi menghadiahkan emas pertama pasukan. Dalam acara PS4-PES 2021 berpasukan pula, atlet Johor sekali lagi tewas kepada pasukan diwakili Muhammad Faizal Razali, Muhammad Rafiq Firdaus Junus@ Ramli, Muhammad Hanis Kamsah dan Muhammad Afiq Qusyairi Zamzuri. Pengurus Sukan E-Sport, Mohd Fauzan Mamat menzahirkan rasa syukur kerana hari terakhir kejohanan E-Sport akhirnya membuahkan pingat kepada pasukannya, semalam. Jelasnya, walaupun sasaran awal adalah tiga emas, kejayaan meraih dua emas memberikan kelegaan kepada pasukan. Satu lagi pingat perak disumbangkan Muhammad Rafiq yang tewas kepada pasukan Negeri Sembilan dalam saingan PS4-PES 2021 kategori individu. Selain PES, SUKMA XX juga menyenaraikan Mobile Legend (ML) dan Dota sebagai acara melalui sukan E-Sport.
21 Sep 22
433
SUKMA 2022: Nurul Afiqah 'Rampas' Semula Emas Angkat Berat
SUKMA 2022: Nurul Afiqah 'Rampas' Semula Emas Angkat Berat
PUTRAJAYA, 20 September -Atlet angkat berat berbakat Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri menebus kekecewaan lalu dengan memenangi pingat emas dalam acara 45kg wanita pada Sukan Malaysia SUKMA XX MSN, hari ini. Kemenangan di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 11 itu, menyaksikan atlet kebangsaan itu 'merampas' kembali emas yang ditarik daripadanya pada SUKMA Perak 2018 kerana isu doping. "Saya gembira kerana dapat ambil balik pingat ini menggantikan apa yang hilang dulu. "Ia sangat bermakna sebab ini juga merupakan penampilan terakhir saya di SUKMA," katanya. Dalam pada itu, beliau berharap agar rekod yang dicatatnya dapat diiktiraf secara rasmi. "Tetapi apa pun, saya telah buktikan saya mampu mencipta rekod baru dan saya akan cuba buat terbaik dalam pertandingan yang akan datang," katanya. Anak kelahiran Seberang Takir itu pernah meraih pingat perak dalam penampilan pertamanya di SUKMA Sarawak 2016. Beliau mendedikasi satu-satunya pingat emas miliknya kali ini kepada semua pihak yang banyak menyokong dan melatihnya selama ini.
20 Sep 22
2611
Enam Tahun Menanti, Saniy Tuai Emas SUKMA
Enam Tahun Menanti, Saniy Tuai Emas SUKMA
NILAI, 18 September - Pelumba basikal BMX negara yang mewakili Terengganu, Saniy Syahmi Mohd Safiee, 21, menamatkan penantian emasnya apabila muncul pemenang dalam acara BMX individu lelaki akhir di Sukan Malaysia SUKMA XX MSN, hari ini. Pada aksi di Velodrom Nasional Malaysia itu, Saniy muncul juara setelah hanya meraih perak empat tahun lalu dan gangsa pada penampilan pertamanya di SUKMA Sarawak 2016. "Alhamdulillah, sasaran saya tercapai, setelah menunggu selama empat tahun apabila kejohanan ini ditangguhkan. "Saingan kali ini boleh dikatakan agak seimbang tetapi, suasana di sini memberikan sedikit tekanan untuk saya beraksi. "Insya-Allah, selepas ini saya akan bertanding dalam acara BMX Downhill, juga merupakan acara yang menjadi sasaran saya, tolong doakan kejayaan saya," katanya. Dia turut berharap dapat mempamerkan aksi terbaik dalam penampilan ketiga dan juga terakhirnya di pentas SUKMA.
18 Sep 22
2288
SUKMA 2022: Atlet Terengganu Lebur Rekod Kanu Wanita
SUKMA 2022: Atlet Terengganu Lebur Rekod Kanu Wanita
PUTRAJAYA, 18 September- Pendayung wanita Terengganu, Syahida Asyiqin Rusli, 18, berjaya merangkul pingat emas dalam acara kanu K1 1,000M wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN, hari ini. Lebih manis, Syahida yang membuat penampilan pertama di pentas SUKMA berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa 4.24.294 saat, mengatasi rekod 4:49.430s milik Nor Azita Ibrahim yang dilakukan pada SUKMA 2014 di Perlis. Jurulatih kanu Terengganu, Mohd Azlan Ibrahim, 32 berkata, pasukannya beraksi cemerlang pada hari pertama sukan tersebut berlangsung. "Untuk hari ini, kita melepasi sasaran untuk meraih satu emas yang mana kita berjaya dapat satu emas, dua perak dan tiga gangsa. "Kalau ikutkan, kami masih memiliki peluang untuk mengejar sasaran tiga emas melalui acara 500M serta 200M yang akan berlangsung esok dan lusa," katanya. Selain Syahida, Terengganu turut beroleh pingat melalui K4 1,000M wanita dan lelaki (perak). Manakala, acara K2 1,000M wanita dan lelaki serta K1 1,000M lelaki menghadirkan gangsa. Dalam pada itu, enam acara yang dipertandingkan tadi menyaksikan enam rekod kebangsaan lebur dengan Johor mendominasi lima pingat emas.
18 Sep 22
5278
'Insentif Berganda SUKMA, Motivasi Jerih Payah Atlet'
'Insentif Berganda SUKMA, Motivasi Jerih Payah Atlet'
KUALA TERENGGANU, 17 September -Kerajaan Terengganu menawarkan imbuhan berganda buat para atlet yang memenangi pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 sekiranya Terengganu berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang dimenangi pada 2018 lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1.862 juta sebagai motivasi kepada 462 atlet yang sedang beraksi dalam kejohanan itu di Lembah Klang ketika ini. "Kadar insentif ini merupakan kadar yang tertinggi daripada yang diberikan sebelum ini seandainya Terengganu berjaya menjadi juara keseluruhan pada temasya SUKMA ke-20 ini. "Insentif besar ini merupakan satu dorongan atas kesabaran atlet untuk bersama kontinjen Terengganu pada kali ini. "Dengan penganjuran yang lewat hampir dua tahun, ada atlet yang mengorbankan kerjaya dan kebebasan mereka untuk meneruskan cita-cita dan misi mencapai kejayaan bagi Terengganu, termasuk atlet yang telah berkahwin," katanya pada sidang media yang diadakan di Asrama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini semalam. Jelasnya, sehubungan itu pihak kerajaan negeri menawarkan imbuhan lebih tinggi untuk hadiah kemenangan mereka. Menurutnya, setiap pemenang pingat bakal menerima insentif bernilai RM6,000 bagi pingat Emas, RM3,000 bagi pingat Perak dan RM2,000 bagi pingat Gangsa. "Tetapi, sekiranya tidak menjadi juara keseluruhan, maka kita akan memberikan insentif sebagaimana kadar sebelum ini iaitu RM3,000 bagi pingat Emas, RM2,000 (Perak) dan RM1,000 bagi pingat Gangsa," katanya. Dalam temasya kali ini, Terengganu menyasarkan 57 Emas, 25 Perak dan 40 Gangsa dengan sukan pelayaran, judo dan basikal menjadi antara sukan tumpuan sasaran tersebut.                   
17 Sep 22
391
Nafuzi, Faisal Halim Angkat Kaki?
Nafuzi, Faisal Halim Angkat Kaki?
KUALA TERENGGANU, 15 September – Pengendali Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain menyatakan hasrat beliau untuk berhijrah ke kelab lain bagi musim hadapan. Walau bagaimanapun, fokusnya buat masa sekarang adalah menamatkan aksi berbaki Liga Super dalam misi layak ke saingan Piala AFC dan layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia. “Saya tidak menolak kemungkinan besar bahawa mungkin musim ini merupakan yang terakhir bagi saya mengendali TFC. “Saya kira ini masa yang sesuai untuk mengembangkan lagi karier saya sebagai seorang jurulatih bola sepak di Malaysia,” katanya selepas aksi Perlawanan Liga Super menentang Penang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi. Aksi tersebut berakhir dengan TFC berjaya mendapatkan tiga mata berharga dengan jaringan 3-0 melalui satu gol daripada Faisal Halim serta Tcheche Kipree (2). “Kemenangan TFC malam ini (semalam) merupakan kemenangan yang penting, tiga jaringan itu pula menjadi satu bonus buat pasukan. “Saya agak risau sebenarnya untuk ‘game’ menentang Penang FC kerana moral pemain buat masa sekarang agak jatuh selepas kalah dengan Johor Darul Ta’zim ketika final Piala FA,” tambahnya. Mengulas lanjut berkenaan status beliau sebagai ketua jurulatih TFC, Nafuzi bertekad akan memberikan yang terbaik sehingga tamat aksi musim ini. “Saya akan tetap memberikan yang terbaik untuk menamatkan aksi musim ini sebagai ‘Top 3’ dalam liga dan layak ke final Piala Malaysia. “Saya sayang Terengganu, dengan sokongan luar biasa daripada penyokong. Keluarga saya pun suka tinggal di sini (Terengganu),” katanya lagi. Nafuzi Zain memulakan karier sebagai pembantu jurulatih T-Team sejak 2016 dan tiga tahun dilantik sebagai ketua pengendali pasukan TFC. Terdahulu, penyerang lincah negara, Faisal Halim turut menyatakan bahawa antara syaratnya kekal bersama TFC bagi musim hadapan adalah Nafuzi masih ketua jurulatih.
15 Sep 22
28495
Shitembi 'Assist' Kemenangan Terengganu FC
Shitembi 'Assist' Kemenangan Terengganu FC
KUALA NERUS, 14 September - Dua jaringan pada separuh masa pertama dan satu gol pada masa kedua melengkapkan kemenangan 3-0 Terengganu FC ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super Malaysia, sebentar tadi. Petrus Shitembi muncul hero pasukan apabila menghasilkan tiga bantuan gol dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu. Bermula dengan permainan satu dua di sisi kanan kubu lawan, lorongan Shitembi berjaya disudahkan dengan rembatan rendah Mohd Faisal Abd Halim pada minit ke-37. 10 minit kemudian, pemain kelahiran Jamaica itu sekali lagi menghukum pertahanan Harimau Kumbang melalui hantaran lintang dari sebelah kanan gawang yang berjaya disempurnakan melalui tandukan Tcheche Kipre. Pada minit akhir perlawanan, hantaran lintang Shitembi sekali lagi menemui Kipre, kali ini penyerang Ivory Coast itu melakukan sepakan volley yang tidak berjaya diselamatkan Hafizul Hakim Hassan untuk gol keduanya, yang merupakan jaringan ketujuh dalam liga. Kemenangan tersebut menyaksikan Sang Penyu terus kekal di landasan yang betul untuk menempah laluan beraksi di peringkat Asia setelah tewas pada perlawanan akhir Piala FA, minggu lalu. Terengganu FC kini berada di tangga keempat liga dengan 32 mata, empat mata di belakang Sabah (No.2) dan tiga mata di belakang Negeri Sembilan (No.3).          
14 Sep 22
780