lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

'Penyokong Tranung! Doakan Kami' - THT
'Penyokong Tranung! Doakan Kami' - THT
KUALA TERNGGANU, 16 Mac- Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengharapkan doa penyokong-penyokong Terengganu dalam usaha untuk melangkah kaki ke perlawanan Piala TNB 2023, minggu ini. THT bakal berdepan pasukan UITM-HA KPT (UITM) malam ini, dalam aksi separuh akhir kedua selepas melakar kemenangan 5-1 dalam separuh akhir pertama, Selasa lalu, namun kapten pasukan, Fitri Saaari berkata, cabaran itu tidak boleh dipandang enteng. "Tahun lepas kita dapat dua piala (Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia), saya harap tahun ini kita dapat treble. Kita cuba untuk memenangi Piala TNB 2023, jadi saya mengharapkan sesuatu dari THT. "Kita, majoriti pemain ada pengalaman disamping pemain muda untuk buat kerja, kita gabung semua serta flicker korea, Jang (Junghyun) dan walaupun kita menang, saya masih kurang berpuas hati dengan 'penalti corner attack', mungkin kita kena berlatih dan perbaiki lagi. "Kita kena fokus setiap minit dan saat untuk melawan UITM , mereka agak kuat dan kita selalu ada masalah berdepan mereka yang mana kalau menang pun, agak tipis," katanya. Dalam pada itu, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) turut beraksi petang ini dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Negeri Sembilan bagi merebut Piala Vivian May Soars 2023. Terdahulu, TLHT tewas 1-4 kepada Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir pertama.          
16 Mar 23
247
Sardor Kulmatov, Hero Malam Ini!
Sardor Kulmatov, Hero Malam Ini!
KUALA TERENGGANU, 11 Mac- Jaringan tunggal pertahanan kelahiran Uzbekistan, Sardor Kulmatov membantu Terengganu FC menang 1-0 dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC), sebentar tadi. Bermula dari sepakan sudut oleh Muhammad Hairiey Hakim, Sardor melakukan tampanan dari 'near post' gawang untuk memecah kebuntuan jaringan tuan rumah pada minit ke-76. Jaringan pertama itu memastikan Terengganu FC memungut tiga mata dan mendaki ke kedudukan keenam liga. Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Sang Penyu rancak melakukan serangan untuk memburu jaringan awal. Ketandusan jaringan memaksa Tomislav Steinbruckner melakukan rombakan ketara dalam barisan kesebelasan utamanya dengan menggugurkan duo Croatia, Ivan Mamut dan Damagoj Pusic. Jordan Mintah diberi kepercayaan mengemudi serangan sementara Habib Haroon dan Nik Muhammad Sharif Haseefy kembali dalam pasukan. Pada masa kecederaan separuh masa pertama, penjaga gol PDRM FC, Mohamad Ramdhan Ab Hamid dilayangkan kad merah setelah mengasari Jordan Mintah, memberikan kelebihan kepada tuan rumah. Namun, tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan Terengganu FC. Memasuki babak kedua, pelawat yang kekurangan seorang pemain mempamerkan corak bertahan untuk mencuri satu mata dari Gong Badak. Bagaimanapun, jaringan tunggal Sardor melenyapkan hasrat itu dan memberi motivasi kepada pasukan Terengganu FC menjelang aksi bertandang ke Paroi menentang Negeri Sembilan FC, minggu depan.      
11 Mar 23
455
Regu Dungun Juara Takraw Piala Exco
Regu Dungun Juara Takraw Piala Exco
DUNGUN, 12 Mac  - Regu sepak takraw Pelam B yang mewakili Daerah Dungun berjaya menjulang Piala Exco Belia, Sukan dan NGO Terengganu sekali gus mengecewakan GASTEP yang hanya bergelar Naib Juara. Pengurus merangkap jurulatih regu itu, Azman Senik bersyukur dan berbangga dengan kejayaan anak didiknya selepas membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.  "Sekali gus membuktikan anak-anak Dungun juga setanding dengan pasukan lain dan sedia menyahut cabaran di peringkat nasional," katanya ketika dihubungi di sini.  Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu iaitu pada 2 hingga 4 Mac telah diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak.  Azman turut berharap dengan kejayaan tersebut akan memberi semangat kepada regu-regu lain khususnya dari Dungun untuk menyertai kejohanan sepak takraw di peringkat negeri "Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari semua pihak terutama Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli Ahli Parlimen Dungun," ujarnya lagi. 
11 Mar 23
625
THT Juara Lagi!
THT Juara Lagi!
KUALA TERENGGANU, 12 Mac- Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengekalkan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 setelah melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas seteru utama, pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan terakhir MHL di Stadium Hoki Batu Buruk, semalam. Skuad kendalian Seo Jongho bangkit dari ketinggalan dua kali sebelum menamatkan tentangan TNB dengan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan. Perlawanan bermula sengit sebaik siren dibunyikan dengan kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar penguasaan bola. Pada minit terakhir sebelum separuh masa pertama ditamatkan, pemain kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad melakukan 'reverse flick' melepasi kawalan Muhammad Hafizuddin Othman untuk TNB mendahului 1-0 pada babak pertama. Memasuki babak kedua, THT cuba menggandakan asakan dengan sokongan padu penyokong tuan rumah. Pada minit ke-35, Abdul Khaliq Hamirin melakukan pukulan deras dalam situasi kelam-kabut dalam dihadapan gawang lawan bagi mengikat pelawat dengan 1-1. Tuan rumah cuba bangkit, namun TNB kembali mengancam kedudukan THT di tahta liga apabila Muhammad Aminuddin Mohd Zain meledak gol kedua untuk pelawat kembali di depan. THT kembali menyamakan kedudukan setelah Jang menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-47. Pada suku terakhir, The Turtles terpaksa menahan serangan bertali-arus TNB sebelum Jang menjaringkan gol kemenangan THT menerusi pukulan sudut penalti pada minit terakhir perlawanan. THT melakar rekod tanpa kalah musim ini apabila mencatatkan 13 kemenangan dan satu seri dengan kutipan 40 mata sepanjang liga berlangsung. Pasukan gergasi pantai timur itu kini mengintai kejuaraan ketiga setelah merangkul Piala Sumbangsih dan Piala Liga MHL tahun ini.    
11 Mar 23
321
'Tea Peng King' Penaja Baru TFC
'Tea Peng King' Penaja Baru TFC
KUALA NERUS, 8 Mac - Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) mengumumkan produk Tea Peng King Legacy (TPK) sebagai rakan penaja baharu pasukan itu untuk musim 2023. Pengurus Operasi TPK Legacy, Mohd Farhanuddin Salleh berkata keputusan itu dibuat bertujuan untuk membawa kelainan dari sudut mempromosikan produk TPK ini. Katanya, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkolaborasi dengan TFC yang merupakan sebuah syarikat gergasi yang terkenal di negeri ini. “Tercedusnya idea untuk menjadi penaja bagi pasukan TFC ini adalah melalui perbualan dan ajakan daripada rakan kerja yang ingin melakukan sesuatu perubahan yang lebih besar terhadap jualan TPK ini. “Inisiatif ini diambil adalah untuk kepentingan produk kami supaya mendapat hasil yang lebih berkembang justeru kami yakin bahawa TFC merupakan 'platform' yang terbaik untuk mempromosikan produk ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penaja antara Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) dan Tea Peng King Legacy (TPK) bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh, Ketua Pegawai Operasi TFCSB, Sabri Abbas dan Pengurus pemasaran TPK LEGACY, Amri Salleh. Tambah Mohd Farhanuddin, jumlah penajaan adalah sebanyak RM70,000 untuk semusim namun bergantung kepada komisen, bilangan penonton, permainan dan sebagainya. "Kami berharap TPK Legacy dapat bersama dengan TFC selama yang boleh serta dapat menjalin hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata kerjasama penajaan ini amat dialu-alukan oleh pihak TFC bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak di negeri ini. Di samping, dapat mempromosikan produk serta jualan masing-masing selaku penaja. Setakat ini, sebanyak 20 Syarikat telah bersama menjadi rakan penaja bagi pasukan TFC untuk musim 2023 dan mungkin akan bertambah. “Berbeza pada musim 2022 yang hanya mendapat bilangan penaja sebanyak 15 Syarikat,” ujarnya.  
08 Mar 23
983
Bukan Tujuh, Tapi Sepuluh!
Bukan Tujuh, Tapi Sepuluh!
KUALA TERENGGANU, 7 Mac- Selepas Liverpool dan Johor DT, Pasukan Hoki Terengganu (THT) pula memeriahkan minggu 'pesta gol' apabila meratah UITM HA-KPT (UITM) 10-0 dalam perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL), hari ini. Beraksi di Stadium Hoki Batu Buruk yang terkenal sebagai kubu THT, anak-anak buah Seo Jongho tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan. Seawal minit ke-8, Jang Junghyun menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti. Lima minit berselang, THT melebarkan kedudukan kepada 2-0 dengan gol dijaringkan Ismail Abu, juga menerusi pukulan sudut penalti. Memasuki minit ke-25, pelawat sekali lagi bolos melalui pukulan sudut penalti, kali ini Jang merekodkan gol keduanya dalam perlawanan ini. Tiga minit kemudian, Ismail yang menerima umpanan Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran mudah melakukan kuisan untuk gol keempat tuan rumah. THT mendahului 4-0 sehingga separuh masa pertama ditamatkan. Memasuki babak kedua, UITM terus longlai apabila bolos buat kali kelima dengan Muhammad Akhimullah Anuar Esook menjaringkan gol melalui pukulan deras ke gawang lawan. Jang kemudian meneruskan pesta gol dengan meledak dua gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-44 dan minit ke-50 untuk menjarakkan mata skor kepada 7-0. Belum sempat UITM mengatur langkah, THT sekali lagi merobek gawang dengan jaringan kelapan oleh Faizal Saari seminit kemudian. THT terus garang dengan jaringan gol kesembilan daripada Faizal (minit ke-57) dan Ismail, seminit sebelum perlawanan ditamatkan. Kemenangan besar dengan 10 jaringan tanpa balas itu mengekalkan THT di tahta liga MHL dengan 34 mata.        
07 Mar 23
1506
Terengganu FC Terus Kemarau Jaringan
Terengganu FC Terus Kemarau Jaringan
KUALA NERUS, 5 Mac- Terengganu FC gagal memanfaatkan kelebihan tempat sendiri apabila sekadar seri 0-0 menentang Kuala Lumpur City FC (KLCFC) pada aksi ketiga Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), hari ini. Beraksi di halaman sendiri, Tomislav Steinbruckner melakukan sedikit rombakan dengan menurunkan Rahadiazli Rahalim sebagai benteng utama pasukan. Di awal permainan, KLCFC bermula garang apabila berjaya menggegarkan gawang tuan rumah pada minit ke-8 menerusi Paulo Josue hasil hantaran satu dua bersama Herlison Caion, bagaimanapun gol tersebut dibatalkan pengadil kerana Caion didapati berada pada kedudukan offside terlebih dahulu. Skuad kendalian Bojan Hodak sekali lagi berpeluang mendahului pada minit ke-14, tetapi rembatan Caion tinggi melewati palang. Pada minit ke-24, Syafik Ismail melakukan hantaran lintang dari sebelah kiri kubu lawan namun tandukan Liridon Krasniqi tersasar tinggi dari gawang. Penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut hampir memecah kebuntuan jaringan pada minit ke -30 apabila sepakan percumanya deras menuju gawang pelawat, tetapi Kevin Mendoza lebih cemerlang menampan bola tersebut. Keputusan kekal tanpa jaringan sehingga masa pertama ditamatkan. Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan saling meningkatkan momentum serangan. Sekalipun tuan rumah lebih menguasai perlawanan, pelawat dilihat lebih banyak mengancam apabila melakukan serangan. Zhafri Yahya berjaya melakukan percubaan dari jarak dekat namun dapat ditampan Rahadiazli dan dikeluarkan pertahanan pada minit ke-56. Memasuki minit ke-62, Azam Azmi Murad melihat peluang di luar kotak penalti lawan, sayang rembatannya hanya sedikit melewati palang. Seminit kemudian, Josue yang menerima hantaran di dalam kotak penalti melakukan tolakan ke gawang, namun Rahadiazli sempat menafikan ancaman KLCFC. Terengganu FC semakin rancak menyerang sehingga minit-minit terakhir perlawanan. Memasuki masa tambahan, Ivan Mamut memanfaatkan kelebihan keadaan kelam-kabut di depan gawang dengan lambungan ke arah gol, tetapi Kevin Mendoza sempat menepis bola keluar untuk kedudukan terikat 0-0 sehingga wisel penamat ditiupkan. Terengganu FC meneruskan kemarau jaringan namun berjaya memungut satu mata dalam perlawanan ini. Gergasi pantai timur itu bagaimanapun kekal di dasar liga setelah tiga perlawanan. Terengganu FC akan melayan kunjungan PDRM FC yang masih segar dengan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC, pada 11 Mac ini.  
05 Mar 23
395
'Sepak Takraw Tidak Akan Pupus di Terengganu '
'Sepak Takraw Tidak Akan Pupus di Terengganu '
KUALA NERUS, 2 Mac- Itu keyakinan yang dilontarkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Exco Belia &Sukan Terengganu, hari ini. Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu, beliau berharap bahawa penganjuran tersebut menjadi satu permulaan penguasaan sukan sepak takraw di kalangan 'ubi-ubi' Terengganu. "Saya sebut pada YB Tengku Zaihan (presiden persatuan) tadi, apabila saya melihat kanak-kanak berumur 8,9,10 tahun yang menyertai, saya cukup yakin bahawa Terengganu tidak akan kepupusan pelapis untuk mewakili negeri dalam sukan sepak takraw hingga ke peringkat antarabangsa. "Harapan saya sudah tentulah pada persatuan sebab anak-anak ini sudah pasti tidak akan dapat aktif dan mempamerkan bakat mereka sekiranya tidak ada sokongan daripada persatuan itu sendiri. "Saya cukup yakin persatuan dapat berkerja keras untuk menggerakkan usaha di peringkat akar umbi supaya lebih banyak bakat baru dapat dicungkil," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian kejohanan terbabit. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu disertai lebih 80 pasukan melibatkan dua kategori iaitu Bawah 12 tahun dan Atas 12 tahun. Wan Sukairi turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan ,Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) dalam menjayakan program itu dengan kerjasama Urus Setia Belia Sukan &NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT). "Sukan ini merupakan salah satu sukan teras daripada program Sukan Untuk Semua (SUS) yang dibentangkan Menteri Besar, Dato'Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Belanjawan 2023 yang lalu. "Selain daripada sepak takraw, sukan teras lain yang turut terlibat adalah Badminton, Bola Jaring dan Bola Sepak. "SUS bakal menjadi medan untuk mencungkil tunas-tunas dan bakat-bakat baru daripada seluruh pelusuk negeri yang kemudian dipilih persatuan-persatuan sukan untuk dijadikan atlet di peringkat lebih tinggi," katanya.            
02 Mar 23
735
Tonton Bola Gaya Mewah, Tapi Murah
Tonton Bola Gaya Mewah, Tapi Murah
KUALA TERENGGANU, 1 Mac - Budaya menonton perlawanan bola sepak di warung-warung adalah perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat tempatan. Namun, tidak semua kaki bola berpeluang menikmati kemeriahan dan kehangatan suasana tersebut, lebih-lebih lagi bagi yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Sebagai penyelesaiannya, Permai Hotel melalui restorannya, Cahaya Restaurant mengetengahkan budaya berkenaan dengan konsep yang lebih mesra dengan golongan itu. Penolong Pengurus Cahaya Restaurant, Jaslina Jusoh memaklumkan, pakej siaran skrin gergasi itu telah dimulakan sejak kejohanan Piala Dunia tahun lalu. Jaslina menunjukkan pakej set lengkap 'Big Screem' berharga serendah RM15. "Kita buat pakej ini untuk menawarkan suasana ekslusif untuk pengunjung yang menonton dan memberi lebih keselesaan terutama bagi peminat bola sepak yang berkeluarga. Ini kerana, kita menyediakan ruang makan lebih selesa, luas dan berhawa dingin. "Kami di Permai mahu merubah persepsi masyarakat melalui tawaran pakej set makanan serendah RM15 pelbagai pilihan seperti set martabak, set keropok lekor dan kentang goreng serta cucur udang yang dihidang bersama kopi atau teh tarik. "Kita harap lebih ramai akan datang ke Permai Hotel untuk menikmati perlawanan bola sepak dengan suasana lebih mesra keluarga dan berbaloi," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas siaran skrin gergasi Piala Sumbangsih antara Terengganu FC menentang Johor DT, baru-baru ini. Jaslina menambah, Permai Hotel akan mengadakan lebih banyak siaran langsung skrin gergasi untuk perlawanan terpilih terutama bagi pasukan Terengganu FC selepas ini. Dari kiri: Fadhil, Firdaus dan Safian. Dalam pada itu, Mohd Fadhil Ali Afendi, 34, salah seorang pengunjung yang hadir bersama rakannya, Ahmad Safian Mamat,39 dan Ahmad Firdaus Mamat, 35, mengakui hal tersebut. "Di sini, kita boleh menikmati makanan hotel, gaya mewah tetapi dengan kemeriahan yang sama. "Tempat ini lagi sesuai jika kita hendak bawa anak-anak kecil dengan keadaan selesanya untuk merasai suasana  "Bagi kita sebagai ibu bapa pula, menonton di sini lebih kuranglah kerisauannya berbanding di warung dan gerai-gerai yang hampir dengan jalan, orang ramai dan agak sesak," katanya. Tambah Firdaus pula, harga yang ditawarkan agak berpatutan dengan pakej dan perkhidmatan diberikan. "Harganya tidak terlalu mahal, padan dengan suasana dan keselesaannya serta lebih selamat untuk anak-anak bersama. Tambahan pula, bebas dari asap rokok," katanya. Bagi penyokong bola sepak yang berminat menonton siaran langsung skrin gergasi di Permai Hotel, boleh mengikuti laman Facebook dan Instagram Permai Hotel Kuala Terengganu untuk mendapatkan makluman berkenaan siaran perlawanan-perlawanan terpilih. Selain itu, pada hari-hari biasa Permai Hotel turut menawarkan pakej buffet 'supper' pada harga RM15 (kanak-kanak) dan RM25 (dewasa) diiringi persembahan pemuzik jalanan (buskers). Antara perlawanan yang pernah ditayangkan sebelum ini.   
01 Mar 23
382
Pemuda Palestin Teruja Lihat Semangat Rakyat Terengganu
Pemuda Palestin Teruja Lihat Semangat Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Seorang Pemuda Palestin, Anas Kamal Abu Alatta menzahirkan perasaan teruja melihat kesungguhan rakyat Terengganu menyertai Program Kayuhan Basikal 'Family Fun Ride' sempena Minggu Al-quds 2023. Katanya, pendekatan kerajaan Terengganu itu bukan sahaja berupaya untuk mendidik rakyat agar sentiasa mencaknai konflik yang berlaku secara berterusan di negara tersebut tetapi juga memastikan masyarakat menjalani kehidupan sihat. "Hari ini saya sangat seronok melihat kesemua mereka yang bersemangat menyertai program ini, jika diberikan kesempatan pada tahun hadapan saya ingin turut bersama menyertainya," ujarnya. Dia yang juga merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) itu, berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada program berkenaan yang diadakan di Dataran Awam Batu Burok yang telah menerima penyertaan seramai 1,000 peserta. Dalam pada itu dia turut menyifatkan negeri Terengganu memiliki keindahannya yang tersendiri. "Saya sangat beruntung hadir ke sini, ini merupakan Kali kedua hadir ke sini, dimana Kali pertama adalah pada Oktober tahun lalu. "Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat menarik, banyak makanan lazat di sini diantaranya saya sangat mengemari 'nasi dagang', "ujarnya yang hadir bersama temannya yang juga merupakan warga Palestin.
26 Feb 23
1027