Artikel "Sukan" Terkini
Tour Gateh D'Tranung Labuh Tirai
KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Tour Gateh D'Tranung 2024 (TGDT2024)Â yang melibatkan lima daerah iaitu Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu melabuhkan tirainya semalam.
Kejohanan di peringkat akhir semalam bagi acara 'Night Criterium' membabitkan jarak sejauh 57 kilometer di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Dalam acara kemuncak, pelumba dari Terengganu Cycling Team (TSG), Irwandy Lakkasek telah memenangi perlumbaan dengan saingan sengit daripada rakan sepasukan.
Bagi kategori bawah 23 tahun menyaksikan ASC Monster dari Indonesia telah muncul juara diikuti Nusantara Cycling Team berada di tempat kedua dan TSG (Terengganu Cycling Team) berada di tempat ketiga.
Manakala untuk kategori Local Club Team menyaksikan MIFH Cycling Group menjadi johan, tempat kedua dimenangi MBPJ dan tempat ketiga PDRM Cycling Team.
Untuk kategori Best Elit Team pula, Armed Cycling Group telah muncul sebagai johan, di tempat kedua TSG dan ketiga Malaysia pro Cycling.
Kejohanan TGDT2024 semalam telah dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Timbalan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri (NGO), Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.
Â
29 Oct 24
418
Tour Gateh: Kuala Nerus Ujian Peringkat Keempat
KUALA NERUS, 27 Oktober- Peringkat keempat Kejohanan Tour Gateh D'Tranung 2024 (TGDT2024) menyajikan jarak perlumbaan paling panjang diharungi pelumba-pelumba bertanding dalam sepanjang kejohanan iaitu sejauh 181 kilometer.
Perlumbaan yang bermula dari hadapan Pejabat Daerah Kuala Nerus melalui tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Setiu sebelum berakhir di lokasi sama.
Pada perlumbaan yang berakhir petang ini, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki muncul pemenang jersi merah Pro Apparel setelah mencatatkan masa terbaik 3:37:53 saat.
Dalam pada itu, pelumba RCF Cycling Team, Jeroen Meijers terus mengekalkan jersi kuning Helaz setelah empat peringkat perlumbaan.
Manakala, seorang lagi pelumba TSG, Mohamad Nur Aiman Mohd Zarif mengukuhkan penguasaan jersi hijau EPIC buat dua hari berturut-turut.
Kejohanan TGDT2024 akan berlangsung pada peringkat akhir esok dalam acara kriterium sejauh 57 kilometer melibatkan lokasi perlumbaan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Â
27 Oct 24
319
Tour Gateh : Jersi Batik Tampil Identiti Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Kejohanan Tour Gateh D' Tranung edisi ketiga memperkenalkan tema batik pada jersi pemenang setiap peringkat perlumbaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, kejohanan kali ini juga menawarkan kelainan dengan lima jersi kemenangan.
"Jersi kuning bagi juara keseluruhan, hijau bagi raja pecut, jersi merah polkadot untuk raja bukit, jersi putih bagi pelumba bawah 23 tahun dan jersi oren buat pelumba tempatan terbaik.
"Jersi ini khas merupakan inisiatif oleh penganjur kepada pelumba-pelumba amatur tempatan sebagai penghargaan dan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Memperkenalkan Pelumba dan Penaja Tour Gateh D' Tranung 2024 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Kejohanan ini disertai seramai 156 pelumba melibatkan 24 pasukan dengan 69 pelumba bawah 23 tahun serta pelumba bawah 17 tahun.
23 Oct 24
755
SUKSEM: Terengganu Dinobatkan Juara Keseluruhan
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Sebagaimana dijangka, Terengganu mengesahkan kedudukan sebagai juara keseluruhan Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX) setelah meraih lapan pingat emas, satu perak dan satu gangsa sepanjang temasya sukan.
Terengganu memenangi emas dalam sukan tenpin boling, boling padang, karom, ping-pong, e-Sport, badminton, sepak takraw dan bola sepak.
Dalam golf, tuan rumah meraih perak dan gangsa menerusi sukan bola jaring.Â
Kejuaraan itu merupakan gelaran kali ketiga selepas kejayaan dalam SUKSEM kali ke-5 2014 di Pulau Pinang dan SUKSEM kali ke-6 di Johor.
Dalam temasya sukan kali ini, Terengganu mengumpul 89 mata meninggalkan Sabah di tempat kedua dengan 33 mata san dan Perak (30 mata) di tempat ketiga.
Dalam majlis penutup yang berlangsung di Wisam Darul Iman itu, pasukan Sabah dinobatkan sebagai pasukan paling 'sporting'.
Manakala, pasukan Negeri Sembilan terpilih sebagai pasukan sorak paling dinamik dalam temasya sukan itu.
Dalam kegembiraan meraikan semua kontinjen yang hadir, kerajaan negeri Terengganu turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abdul Halim Md Daud, atlet Kedah yang meninggal ketika SUKSEM IX berlangsung.
19 Oct 24
1622
SUKSEM: Pingpong Terengganu Cipta Sejarah
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober- Pasukan pingpong Terengganu mencipta sejarah apabila muncul juara acara berkenaan setelah menewaskan Sabah 3-1 dalam perlawanan akhir sempena Temasya Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX) yang berlangsung, semalam.
Pengurus pasukan, Mohd Hanaffi Samsudin berkata, skuad pingpong tidak pernah meraih pingat emas sepanjang penganjuran Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSEM).
"Alhamdulillah, pasukan kami dapat berlatih awal sekitar tiga empat bulan sebelum temasya dan usaha ini membuahkan hasil seperti yang kita mahukan. Dalam temasya sukan sebelum ini, kita sering berahadapan halangan dan kekangan untuk berlatih lebih lama, namun kali ini kita berjaya mencapai sasaran emas.
"Terima kasih kepada pengurusan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) kerana membenarkan dan memberikan komitmen untuk anak buah mereka (para pemain), disebabkan kita ini bekerja bukannya bersukan sepenuh masa," katanya ketika dihubungi Sekretariat Media SUKSEM IX, hari ini.
Mewakili skuad pingpong, Hanaffi juga merakamkan ucapan takziah kepada kontinjen Kedah dan keluarga atlet pingpong, Abdul Halim Md. Daud yang meninggal dunia, baru-baru ini.
"Kita berdukacita juga kerana dalam sukan dan pertandingan, menang atau kalah jadi nombor dua. Sebenarnya, kita lebih mahu merapatkan hubungan sesama kita.Â
"Kita harap, semua pemain dapat mengambil iktibar selepas ini. Sekiranya berasa kurang sihat, eloklah tarik diri dan menjaga keadaan diri supaya tidak bertambah teruk," katanya.
Â
19 Oct 24
1255
SUKSEM: Semangat 'Briged Hanelang' Suntik Kejuaraan Kontinjen Terengganu
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober 2024 - Kelibat pasukan sorak `Briged Hanelang’ yang setia bersama para penyokong kontinjen Terengganu sempena Sukan SUK Se-Malaysia Ke-9 (SUKMA IX) bermula 15 Oktober lalu menjadi antara watak penting menyuntik kejayaan atlet tuan rumah untuk mendominasi hampir kesemua perlawanan sekali gus meraih kejuaraan pada temasya kali ini.
Kumpulan sorak yang terdiri daripada 70 pelajar dengan diiringi empat guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas, Setiu di bawah penyelarasan Jawatankuasa Jualan, Keusahawanan dan Tugas-tugas Khas yang dipengerusikan oleh Puan Maldiana Abd Patah amat ditagih dalam setiap perlawanan melibatkan atlet tuan rumah, apatah lagi perlawanan yang mara ke peringkat separuh akhir dan akhir sebagai pendorong semangat atlet.
Berbekalkan alatan 'bass' dan 'snail', pasukan ini mempersembahkan beberapa lagu rancak seperti 'Ayuh Tranung Ku', 'Akhir Hayat Ini', 'Tranung Kita Bersaudara', 'Mahu Jadi Apa,' 'Kita Bersatu Hati' dan 'Berjuang Dengan Darah' dengan penuh bertenaga sepanjang bersorak.
"Laungan sorakan dan nyanyian bertenaga mereka menyuntik semangat para atlet berjuang habis-habisan bagi memastikan sasaran bergelar sang juara tercapai," menurut jurucakap pasukan kepada Sekretariat Media SUKSEM IX, hari ini.
Pasukan sorak ini juga bukan sahaja membantu kem kontinjen SUK Terengganu, malah sudah banyak terlibat dalam kejohanan dan karnival sukan lain seperti perlawanan Piala FA Bola Sepak Terengganu, Le Tour de Langkawi, Ragbi Piala Agong dan Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Â
19 Oct 24
485
SUKSEM: Cenderamata Dari Terengganu Jadi Sisipan Kenangan
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober- Cenderamata bertemakan Temasya Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX) mendapat sambutan hangat dari kalangan peserta dan pengunjung yang hadir.
Memasuki hari terakhir, cenderamata ini masih boleh didapatkan di Ar-Riyadah Residence selain akan turut dibuka pada majlis penutup malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Jualan, Keusahawanan dan Tugas-tugas Khas, Maldiana Abd Patah pada temasya sukan kali ini menyifatkan, cenderamata yang dibuat mendapat respon positif para atlet dari kontinjen yang bertanding.
"Saya dimaklumkan, beberapa penganjuran terakhir sebelum ini tiada jualan cenderamata khusus bagi temasya, mungkin ada suatu waktu dahulu tetapi ramai memaklumkan tiada. Jadi, ketika saya diberi tugas ini saya putuskan untuk buat beberapa produk bertemakan SUKSEM IX dan hasilnya ada lebih 10 produk yang dijual.
"Sewaktu majlis perasmian, ramai pengunjung yang tengok dahulu. Tetapi, selepas itu ramai yang datang membeli, tambahan pula kita juga edarkan risalah jualan membolehkan ramai yang buat tempahan. Paling saya gembira apabila pasukan badminton Pahang memakai baju SUKSEM IX untuk bermain di perlawanan akhir baru-baru ini.
"Saya juga berterima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa saya yang banyak membantu melakukan penghantaran tempahan ke hotel-hotel penginapan kontinjen dan venue pertandingan, termasuk secara pos kepada pembeli," katanya yang turut berterima kasih kepada atlet-atlet SUKSEM yang memberikan sokongan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ar-Riyadah Residence, semalam.
Tambahnya, SUKSEM IX adalah satu jenama ekslusif yang harus diketengahkan.
"SUKSEM adalah jenama sebagaimana SUKMA. Jadi setiap tuan rumah wajar buat produk bertemakan SUKSEM pada setiap penganjuran yang menunjukkan identiti negeri berkenaan.
"Kalau di Terengganu kali ini, kami cuma meletakkan identiti Terengganu iaitu warna asas hitam dan putih pada jersi serta baju yang dijual.Â
"SUKSEM itu ekslusif dan menjadi peluang kepada setiap tuan rumah untuk menonjolkan ciri-ciri kenegerian mereka pada produk yang dijual sebagai kenangan para atlet dan pengunjung," katanya.
Â
Â
Â
19 Oct 24
2063
Sis Be Fit Galak Wanita Hidup Sihat
KUALA TERENGGANU, 18 Oktober – Program Sis Be Fit (Green Fun Walk) mendorong wanita di negeri ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah yang mudah tetapi berkesan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim, berkata acara ini sejajar dengan tema 'hijau' yang dipilih bagi menyatakan kecintaan terhadap alam sekitar dan solidariti bersama rakyat Palestin, bersempena setahun tragedi Taufan Al Aqsa.
“Program ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti berjalan kaki, tetapi juga bertujuan mendidik masyarakat untuk lebih aktif dalam aktiviti fizikal serta mencapai tahap kecergasan yang lebih baik.
"Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk menyatukan masyarakat setempat, khususnya wanita, agar terus komited dalam menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kehidupan seharian," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Sis Be Fit (Green Walk) yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, semalam.
Beliau menekankan bahawa inisiatif ini amat penting memandangkan wanita, sama ada yang bekerja mahupun suri rumah, sering menghadapi kekangan masa untuk bersukan.
"Program ini menawarkan cara mudah bagi wanita untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti yang tidak memakan masa lama, tetapi memberikan impak positif.
“Dengan program seperti ini, kita berharap agar wanita Terengganu lebih aktif bersukan dan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
“Ini juga selaras dengan usaha kerajaan melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030), yang memfokuskan pembangunan insan dan ekonomi secara holistik," tambahnya.
Selain itu kata Maliaman, pelancaran Dasar Wanita Terengganu pada September 2022 juga merupakan langkah penting dalam melindungi dan memperkasa wanita di negeri ini.
"Beberapa program hiburan dan sukan seperti Alamanda Fun Run, Sukan Untuk Wanita (SUKWA), dan Terengganu Hijab Day (THD) telah dianjurkan selaras dengan garis panduan hiburan patuh syariah," katanya lagi.
Justeru, beliau berharap program Sis Be Fit (Green Fun Walk) dapat membuka jalan kepada lebih banyak inisiatif serupa pada masa hadapan, sekali gus memperkukuhkan sokongan terhadap gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di Terengganu.
19 Oct 24
157
SUKSEM: Skuad Karom 'Jentik' Emas Buat Terengganu
KUALA NERUS, 18 Oktober - Satu lagi pingat emas berjaya dijelmakan kontinjen SUK Terengganu dalam Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX), hari ini.
Kali ini, pingat emas kelima Terengganu hadir menerusi pasukan Karom yang berjaya mengatasi Sarawak 3-1 dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.
Dalam penentuan tempat ketiga pula, Pulau Pinang akhirnya berjaya meraih gangsa setelah mengheret Perak sehingga ke set penentuan sebelum menang tipis 3-2.
Kejayaan skuad karom mencerahkan peluang Terengganu merebut kembali gelaran juara Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSEM) yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2016.
Setakat ini, kontinjen SUK Terengganu telah berjaya meraih enam pingat emas masing-masing menerusi e-Sport, tenpin boling, boling padang, karom, ping-pong dan badminton.
Manakala, skuad golf meraih pingat perak dan pasukan bola jaring berjaya 'memikat' gangsa.
Â
18 Oct 24
421
SUKSEM: Skuad E-Sport Tambah Koleksi Emas Terengganu
KUALA NERUS, 18 Oktober - Pasukan e-sport Terengganu mengungguli ketiga-tiga acara yang dipertandingkan untuk muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan e-Sport Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX), hari ini.
Kemenangan itu menambah koleksi pingat emas buat tuan rumah dalam usaha merebut gelaran juara SUKSEM IX.
Manakala, pingat perak dimenangi Sabah dan gangsa menjadi milik Pahang.
Bagi acara EA Sports FC24 (EAFC24), Terengganu menang selesa 3-0 ke atas Pahang dalam perlawanan akhir.
Di arena pertandingan Mobile Legend (ML) pula, Terengganu mengalahkan Sabah 28-6 untuk dinobatkan sebagai johan pertandingan.Â
Kemenangan dua acara berkenaan melengkapkan prestasi cemerlang tuan rumah setelah menjuarai acara Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) dengan 175 mata, sebelum ini.
Dalam acara itu, Sabah berada di kedudukan kedua dengan 119 mata dan Selangor (113) di tempat ketiga.
Pengurus pasukan, Mohamad Hafiz Che Awang ketika ditemui menyatakan, amat berpuas hati dengan pencapaian itu.
"Kita berjaya memperbaiki kedudukan berbanding dua tahun lalu dan kali ini sebagai juara.
"Sebagai tuan rumah, kita memang letakkan sasaran sebagai juara, tetapi untuk permainan e-Sport ini banyak kekangan dari segi masa, tekanan dalam permainan dan kadang-kadang dari kontinjen sendiri juga.
"Boleh dikatakan ada tentangan sengit di setiap perlawanan. Di peringkat awal ada perlawanan yang mengheret sehingga set kelima bagi EAFC24, ada juga kita mengalami kekalahan.
"Alhamdulillah, pemain cemerlang mendominasi ketiga-tiga kategori," katanya.
Â
Â
Â
18 Oct 24
169