lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Irfan Bakti Kembali Terajui Skuad Terengganu?
Ahmad Razif bertemu peminat pasukan T-Team FC sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan pasukan berstatus kelab, T-Team FC berdasarkan prestasi memberangsangkan pasukan itu, manakala Terengganu FA pula akan diberi nafas baru sebagai persediaan menghadapi musim hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala Malaysia, namun corak permainan serta aksi yang dipamerkan agak memuaskan."Kita berpuas hati dengan corak persembahan dan semangat juang yang begitu tinggi ditunjukkan para pemain sehingga mampu mencapai ke tahap ini."Maka saya merasakan pasukan T-Team perlu dikekalkan dan pastikan pasukan ini diberi peluang untuk diperkemaskan lagi bagi menghadapi saingan liga dan Piala Malaysia tahun hadapan,"katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Bagi pasukan Terengganu, Ahmad Razif berkata satu penstrukturan semula serta rombakan akan dilakukan untuk memantapkan kembali pasukan itu.Beliau berkata, penstrukturan tersebut melibatkan kesemua aspek termasuk di bahagian pengurusan dan kejurulatihan.“Kita akan lakukan rombakan secara keseluruhan bagi memastikan bahawa tahun depan peminat dapat melihat Terengganu yang baharu di mana telah dilakukan satu transformasi dan paling mustahak kegemilangan Terengganu pada satu masa dahulu dapat dikembalikan semula pada musim hadapan.“Perbincangan dengan bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti sedang dilakukan manakala Dato’ Rozi ditugaskan untuk mengenalpasti pemain-pemain yang perlu diambil bagi memantapkan Terengganu FA,” katanya.
15 Oct 16
69
Empty Image
T-Team Optimis Ke Final
Kita mampu bangkit untuk mencipta sejarah menuju ke final, kata Pengurus Pasukan T-Team, Dato’ Mohamad Kamil Othman.Beliau meminta seluruh rakyat serta penyokong bola sepak Terengganu mendoakan agar pasukan T-Team dapat menguasai 90 minit perlawanan dan menyekat pihak lawan dengan menggunakan setiap taktikal serta strategi untuk mara ke persaingan akhir.“Segalanya boleh berlaku dalam bola sepak dan tentulah kami mengharapkan pasukan kita ini mampu mara dan mencipta kejutan dalam sejarah bola sepak negara,” katanya kepada Teganukita.Mohamad Kamil mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua The Titans menentang Selangor, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu, malam esok.Katanya, sesi latihan berjalan lancar selain pemain turut diserapkan motivasi dari pihak pengurusan bagi meningkatkan moral dan disiplin ketika di padang nanti.Tambahnya, pihaknya turut menganjurkan solat hajat sebelum sesi latihan di stadium yang sama, petang semalam.
13 Oct 16
53
Empty Image
Penyokong `Sesat' Dapat Pas Masuk Percuma
  Nasib 45 penyokong T-Team yang tersesat hingga ke Jempol  menyebabkan mereka terlepas untuk menyaksikan perlawanan suku akhir kedua, T-Team menentang Felda United, di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, baru-baru ini, terubat apabila mereka mendapat pas percuma bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir, malam Sabtu ini.     Seorang daripada penyokong berkenaan, Ariffin Mat Ali, 54, dari Kampung Wakaf Dua, Bukit Payong, mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan T-Team kerana menyediakan pas berkenaan kepada mereka bagi meneruskan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada The Titans.   “Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi penghargaan kepada kami selepas peristiwa tersesat sampai ke Jempol untuk menyaksikan perlawanan di Jengka, baru-baru ini.   “Tetapi, syukurlah T-Team menang… dan saya meramalkan T-Team 1- Selangor 0 pada perlawanan  Sabtu ini, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,”katanya.   Ariffin mewakili rakan-rakannya menerima pas berkenaan yang disampaikan Pengawai Penyelaras T-Team, Mohd Sharizam Mohd Zin, di Pejabat Pengurusan T-Team, Jalan Air Jernih, hari ini.   Difahamkan, dalam insiden 17 September lalu, pemandu bas persiaran berusia 20-an, yang membawa 44 penyokong T-Team  dikatakan tidak tahu laluan ke STAR sehingga tersasar ke Jempol, Negeri Sembilan.   Ketua rombongan, Sulong Abdul Rahman, berkata mereka berkumpul dan bertolak dari Chendering, di sini untuk ke Jengka pada kira-kira jam 1.30 petang, Sabtu lalu. Bagaimanapun, katanya sebaik tiba di Maran, Pahang beberapa penyokong yang pernah ke STAR memberitahu bas yang mereka naiki tersalah laluan dan bukannya menuju ke stadium.   Mereka dikatakan singgah mencari kedai makan di Jempol yang menyediakan skrin besar untuk menyaksikan aksi The Titans sebelum bertolak pulang ke Terengganu, selepas tamat perlawanan.   Akibat kejadian itu, dia menanggung kerugian tiket sebanyak RM460 dan akan berbincang dengan syarikat itu untuk mengurangkan kos sewa bas kerana apa yang berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu.   
13 Oct 16
63
Empty Image
Atlet Terengganu Dilindungi Insurans
Semua atlet di Terengganu di bawah Program Pembangunan Sukan kelolaan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dilindungi insurans.Pengarahnya, Ibni Amin Busu berkata lebih 500 atlet terlibat dalam program tersebut."Daripada senarai tersebut, empat orang atlet yang terlibat dalam kemalangan sebelum ini telah menerima pampasan hampir RM400, 000 di mana  setiap individu menerima  pampasan antara RM70,000 sehingga  RM 103.000."Insurans yang diambil tersebut merangkumi kecederaan semasa latihan serta kematian," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Insurans Atlet di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Pengarah Urusan Pasific Insurance, Ponusamy Doraisamy.Pada majlis tersebut, Ponusamy menyampaikan sumbangan sebanyak RM103,900 kepada MSNT untuk diserahkan kepada keluarga atlet kabaddi, Fatin Nadeera Jasni yang telah meninggal dunia pada Mei tahun lepas.Untuk rekod, tiga atlet yang pernah menerima pampasan yang sama adalah dua atlet basikal, Syafiq Imran Syahril dan Mohamad Asmu'i Ali serta atlet bola baling, Muhamad Naim Mat Nasir.Tambah Ibni, kerajaan negeri sering mengambil cakna kebajikan atlet-atlet Terengganu."Kebiasaannya, atlet-atlet tidak dilindungi dengan insurans kerana kebanyakan pihak tidak menyediakan insurans yang bersesuaian untuk mereka."Jadi pihak kerajaan negeri melalui MSNT mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan Pasific Insurance untuk menjaga kebajikan atlet di Terengganu," katanya.
10 Oct 16
69
Empty Image
Mohd Fuad Menjuarai Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu
Barisan pemenang bergambar selepas Kejohanan Kuda lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2016 di Lembah Bidong, Setiu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Mohd Fuad Hashim membawa pulang  RM10,000, piala dan medal selepas dinobatkan menjuarai kategori Individu 80 kilometer Kejohanan Kuda lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2016 di Lembah Bidong, Setiu, semalam.Fuad yang mewakili State of Endurance Team  (STET) menunggang kuda, Mora Mokaka berjaya menamatkan perlumbaan dengan kelajuan 19.865km/jam  menewaskan Mohd Asri Aziz dari Royal Terengganu Endurance Stable (19.446km/jam).Manakalan tempat ketiga bagi kategori sama,  Mohd Suhairi Ramli juga dari STET.Bagi kategori berkumpulan pula, dimenangi STET yang dianggotai Mohd Fuad Hashim, Ahmad Faizal Ahmad Fanizar, Mohd Adwa Embong dan Mohd Suhairy Ramli membawa pulang wang tunai RM7,500 dan medal.Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada Mohd Fuad Manakala tempat kedua dimenangi team Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) membawa pulang  wang tunai RM5,000 dan medal.Bagi kategori VIP kategori Ride 10 Kilometer, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman muncul juara selepas menewaskan 15 peserta lain, tempat kedua dimenangi, Tan Sri Dato’ Abdullah Taib manakala tempat ketiga, Faradiba Liana Nasir.Hadiah pertandingan disampaikan, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Ahmad Razif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyaksikan pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu.
08 Oct 16
973
Empty Image
Minta KBS Selenggara Peralatan Gym 1Malaysia- Rozi
Rozi bersama peserta menyertai senamrobik  pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Terengganu, di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia diminta menyelenggara peralatan senaman, termasuk dumbbell dan basikal senaman  yang ditempatkan di Gym 1 Malaysia di setiap daerah di Terengganu.Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’Rozi Mamat, berkata,  kebanyakan peralatan di pusat senaman rakyat itu didapati sudah  rosak dan perlu dibaik pulih segera untuk kegunaan orang ramai.“Berdasarkan rekod, hampir 10,000 ahli dan peminat sukan  menggunakan peralatan berkenaan pada setiap bulan.“Kebanyakan masyarakat sudah  sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan, oleh itu saya berharap KBS memandang serius perkara ini,”katanya .Beliau berkata demikian  selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Terengganu, di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Hampir 7,000 peserta hadir untuk mengikuti 20 acara yang disediakan penganjur, termasuk, OKU Fun Walk, Fun Run, Terengganu Run Challenge, Beach Soccer, Senamrobik dan kayuhan basikal.Manakala di seluruh Terengganu lebih 220 ,000  penyertaan melibatkan, jabatan kerajaan, agensi swasta, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan  Sekolah  berjaya dicatatkan.Sambutan yang bertujuan mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ itu diadakan secara serentak diseluruh negara pada hari ini.
08 Oct 16
343
Empty Image
Kejohanan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu Jadi Acara Utama Kalendar Pelancongan
Kerajaan negeri bakal menjadikan Kejohanan Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu  sebagai acara teras dalam kalendar pelancongan negeri dalam usaha menarik lebih ramai penyertaan peminat sukan berkuda dari dalam dan juga luar Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata,  pihaknya akan mempergiatkan usaha promosi untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam kejohanan itu pada tahun akan datang.“Kejohanan ini merupakan pertama kali diadakan. Walaupun penyertaan tidak seberapa ramai namun ianya merupakan permulaan yang amat baik dalam usaha kita untuk memperkenalkan dan memperluaskan sukan berkuda kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu.“Apa yang menarik adalah penyertaan di kalangan anak-anak muda daripada peringkat kampung yang turut menyertai kejohanan ini dengan membawa kuda-kuda mereka sendiri serta bersaing dalam acara 20 hingga 80 kilometer,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menamatkan saingan bagi kategori VIP 10 kilometer (km) yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Setiu, hari ini.Seramai  17 peserta termasuk Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman antara yang turut menyertai saingan itu bagi kategori VIP 10 km.Selain dari aktiviti sukan kuda lasak, pelbagai acara sampingan turut diadakan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.Dalam pada itu, Rozi berkata kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai kayu pengukur dalam persediaan menghadapi kejohanan kuda lasak sempena Sukan SEA ke-17.“Dengan adanya kejohanan ini, secara tidak langsung kami dapat menguji sendiri trek yang akan digunakan untuk Sukan SEA dari beberapa aspek termasuk dari segi teknikal supaya ianya berjalan lancar kelak, “ katanya.
07 Oct 16
328
Empty Image
T-Team Beraksi Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Separuh Akhir Kedua
“Kita akan kekal bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada aksi separuh akhir kedua nanti, memandangkan pemain T-Team sudah serasi dan kita bimbang hilang `skill' jika menggunakan padang lain," kata Menteri Besar yang juga Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.Beliau mengulas mengenai persaingan separuh akhir kedua melibatkan pasukan junior Terengganu, T-Team menentang Selangor, pada 15 Oktober ini.Ahmad Razif berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, pemain The Titans sudah serasi dengan keadaan padang kerana sentiasa menjalani latihan dan menempuhi banyak perlawanan di SSINS. Katanya, kita sedar masalah kebanjiran peminat bola sepak  akan berlaku memandangkan stadium itu hanya dapat menampung kira-kira 10,000 penonton berbanding di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus yang boleh memuatkan sehingga 50,000 penonton. Ahmad Razif berkata, bagi menyelesaikan masalah limpahan penyokong, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan kemungkinan akan memasang skrin layar besar di lokasi tumpuan peminat bola sepak negeri.
05 Oct 16
274
Empty Image
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 7 Hingga 9 Oktober Ini
Ahmad Razif bersalaman dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan  Datuk Bandar itu, di Wisma Darul Iman, hari ini.Buat julung kali kerajaan negeri dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) akan menganjurkan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada 7 hingga 9 Oktober ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kejohanan itu dianjurkan bagi meneruskan sinergi kecemerlangan sukan lasak berkuda di Terengganu disamping dijadikan platform kelayakan ke Kejohanan FEI World Endurance Championship.“Kejohanan pertama kali dianjurkan ini bakal meneruskan kesinambungan kejayaan penganjuran sukan berkuda seperti FEI World Endurance Championship pada tahun 2008 dan kejohanan tahunan Sultan Mizan Cup.“Malah, secara tidak langsung berupaya menonjolkan destinasi pelancongan menarik di negeri ini sekali gus sebagai platform kepada promosi awal kempen Tahun Melawat Terengganu 2017,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar Dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, ianya juga sebagai pra-persediaan menghadapi kejohanan kuda lasak sempena Sukan SEA Ke- 17, apabila lokasi yang sama menjadi venue sukan berkuda di negara ini.Menurut beliau, dalam mencetus kesedaran baru kepada trasformasi pembangunan  sukan di negeri ini agar menyuntik minat kepada generasi remaja dan belia menceburi sukan berkuda, elemen hiburan dan santai akan turut disediakan bagi penglibatan pelbagai peringkat usia sebagai satu tarikan."Selain acara utama iaitu perlumbaan kuda lasak, aktiviti lain turut disediakan seperti pertandingan mewarna model kuda untuk pelajar dan kanak-kanak," jelasnya.Katanya, turut diadakan pada hari itu ialah demonstrasi dan pertandingan memanah berkuda tradisional, pertandingan kuda cantik (kuda kampung), kejohanan sepak takraw dan bola tampar tertutup Terengganu, sukan tradisional dan pelbagai acara menarik yang lain.
05 Oct 16
60
Empty Image
Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd Taja SSEAYP Ke-43
Syarikat Bumiputera dari Terengganu, Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, semalam, secara rasmi menjadi penaja utama Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-43.Acara penyerahan penajaan itu dilancarkan di Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kebangsaan SSEAP, yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Putrajaya.Pengarah Urusan syarikat tersebut, Faeez Arsy Yusof, berkata penajaan tersebut merupakan usaha bagi mengembangkan lagi jenama syarikatnya ke peringkat antarabangsa.“Sehingga hari ini, jenama Kobert telahpun mula dikenali di Malaysia dan dengan penajaan untuk program ini diharapkan ianya dapat dikembangkan ke persada antarabangsa.“Selain itu, penajaan program ini juga dapat membantu kami menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan,” katanya kepada Teganukita.Program di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negara tersebut akan bermula pada 24 Oktober akan datang sehingga 15 Disember dengan melibatkan peserta-peserta dari negara ASEAN.Seramai 29 peserta yang akan mewakili Malaysia untuk program tersebut menerima tajaan berupa kelengkapan pakaian dari Kobert sepanjang pelayaran selama hampir dua bulan tersebut.
05 Oct 16
280