Artikel "Sukan" Terkini
T-Team Naib Juara Piala Presiden
T-Team hanya mampu bergelar naib juara Piala Presiden apabila tewas 0-2 kepada Kelantan dalam saingan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Kekalahan T-Team dengan agregat 1-3, menghadiahkan kejuaraan buat Kelantan sekaligus mempertahankan piala itu buat kali kedua berturut-turut. Ketua jurulatih T-Team, Mohd Nafuzi Mahammad Zain berkata, walaupun tewas dalam perlawanan akhir itu, prestasi anak didiknya sepanjang musim ini suatu yang masih boleh dibanggakan.“Dari awal musim sehingga sekarang, pemain-pemain ini menunjukkan mutu permainan yang hebat dan membuktikan mampu ke peringkat akhir walaupun pada awalnya kami hanya mensasarkan ke peringkat suku akhir sahaja.“Mereka bermula dari bawah, tiada siapa sangka pasukan kami mampu ke peringkat akhir dan ini merupakan suatu pencapaian yang besar untuk pasukan serta pemain itu sendiri,” katanya.Tambahnya, dalam perlawanan akhir malam tadi, T-Team banyak melakukan kesilapan sekaligus membuka ruang kepada pasukan Kelantan untuk mencipta kemenangan.“Perlawanan akhir menyaksikan pasukan yang melakukan kesilapan akan dihukum. Kita banyak melakukan kesilapan dan akhirnya dihukum.“Tetapi dari segi persembahan pemain-pemain ini, saya sangat berpuas hati. Mereka inilah merupakan pemain di masa hadapan untuk pasukan Terengganu,” katanya.Dalam aksi malam tadi, walaupun masing-masing berbalas serangan, namun kesilapan yang dilakukan tuan rumah, memberi peluang pasukan pelawat mencipta jaringan pertama pada minit ke-40 menerusi rembatan Muhamad Raihan Mohd Huzaiz.Pada minit ke-81, Kelantan terus menambah lara T-Team apabila Muhammad Danial Ashraf Abdullah menambah jaringan buat pasukannya menerusi gerakan solo.Selaku naib juara Piala Presiden, T-Team meraih RM100,000 manakala Kelantan membawa pulang piala pusingan berserta wang tunai berjumlah RM150,000.Hadiah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.
25 Oct 16
40
Azizulhasni Terima Ganjaran Pangsapuri, Wang Tunai RM10 Ribu
Sultan Terengganu berkenan menyampaikan ganjaran kepada Mohd Azizulhasni pada Majlis Minum Petang Bersama Penggiat-Penggiat Sukan, Penaja Sukan dan Wakil Olimpik di Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa pangsapuri bernilai RM250,000 dan wangtunai RM10,000 kepada pelumba basikal, Mohd Azizulhasni Awang berikutan kejayaan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio, baru-baru ini.Selain Azizulhasni, lapan pemain hoki Terengganu dan pendaki Gunung Everest, Fairul Adib Mohamad Yusof masing-masing menerima satu lot kediaman.Kerajaan negeri turut memperuntukkan wang tunai RM10,000 seorang kepada tiga atlet olimpik, iaitu Fatehah Mustafa (atlet berbasikal), Khairul Anuar Mohammad (memanah), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) dan atlet paralimpik acara ping pong, Mohammad Azwar Bakar.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada semua penerima pada Majlis Minum Petang Bersama Penggiat-Penggiat Sukan, Penaja Sukan dan Wakil Olimpik di Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang semalam.Hadir mengiringi baginda, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri juga bersetuju melantik Mohd Azizulhasni dan Fatehah sebagai duta Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017. Katanya, pelantikan mereka membolehkan nama Terengganu terus dikenali di seluruh negara melalui kejohanan-kejohanan berbasikal yang bakal disertai dengan mengenakan jersi yang mempunyai logo Beautiful Terengganu.“Pada masa yang sama, kita bersetuju untuk melaksanakan Program 'Road To Olympic Tokyo 2020’ bersama atlet yang sedang dikenalpasti Majlis Sukan Negeri Terengganu,”katanya .
25 Oct 16
104
Gol Tempat Lawan Bukan Kelebihan
Ketua jurulatih T-Team, Nafuzi Zain dan ketua pasukan, Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri serta ketua jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha dan ketua pasukan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Keputusan seri 1-1 menentang Kelantan dalam perlawanan akhir pertama Piala Presiden 2016 pada 18 Oktober lalu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu bukanlah satu kelebihan untuk T-Team.Ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain berkata pemain perlu fokus untuk menang dalam saingan akhir kedua yang akan berlangsung esok di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan tidak mengharapkan gol ditempat lawan baru-baru ini.“Untuk bermain dalam tempoh 90 minit tanpa jaringan dari kedua-dua pihak adalah suatu yang amat sukar kerana ianya satu tempoh yang panjang.“Keutamaan kami untuk malam esok adalah supaya tidak bolos dan dalam masa yang sama cuba menjaringkan gol bagi menjamin kemenangan pasukan,” katanya yang ditemui di Pejabat T-Team, Kuala Terengganu, hari ini.Tambahnya, misi untuk esok adalah bagi memburu kejuaraan pertama sekaligus membawa pulang satu piala ke Terengganu khas untuk peminat bola sepak negeri yang sebelum ini mengharapkannya dari dua pasukan senior.Beliau berkata, pemain dari Liga Super juga mungkin diturunkan dalam senarai kesebelasan utama untuk menentang pasukan Kelantan esok.“Masalah utama kepada pasukan adalah ramai diantara pemain kita mempunyai kecederaan. Muhammad Sapawi Rasid mungkin akan diturunkan jika pemain utama kami tidak sempat pulih sepenuhnya menjelang esok,” katanya.Bagi kapten pasukan tersebut, Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri berkata semua pemain telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menentang Kelantan.“Untuk esok, kami akan mencari gol awal untuk menaikkan semangat pasukan.“Kami akan lakukan yang terbaik untuk peminat bola sepak di negeri ini dan membawa pulang Piala Presiden ke Terengganu,” katanya.
24 Oct 16
769
Sung Baek Park Hancurkan Impian Hariff Naiki Podium
Aksi Sung Baek Park ketika menamatkan pusingan terakhir Jelajah Malaysia 2016 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Pelumba KSPO, Sung Baek Park raih tempat pertama dalam pusingan terakhir Jelajah Malaysia 2016 yang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sekaligus menghancurkan hasrat pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh untuk menaiki podium.Dengan kemenangan tersebut, pelumba dari Korea Selatan itu sekaligus merampas jersi Biru yang sebelum ini diperolehi oleh Hariff dalam pusingan ketiga dan keempat.Sung Baek Park berkata, untuk pusingan terakhir itu, semua ingin merebut peluang memenangi Jelajah Malayia namun dia bertuah kerana dapat menamatkannya di tempat pertama.“Saya hanya memberi sasaran untuk juara pusingan dan tidak menyangka dapat meraih jersi Biru untuk pusingan terakhir ini.“Saingan sengit diberikan oleh beberapa peserta dari Malaysia namun tuah memihak kepada saya untuk menamatkan di tempat pertama,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menamatkan saingan peringkat kelima Jelajah Malaysia 2016 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Dalam saingan sejauh 184.4 kilometer yang bermula di Kemaman tersebut, Mohd Hariff Saleh hanya menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa tiga jam 14 minit 37 saat.Tempat kedua dalam perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba NSC Mycron, Irwandie Lakasek (3:14:39) manakala ditempat ketiga dimenangi oleh pelumba TSG, Dadi Suryadi (3:14:39).Pasukan dari Iran, Pishgaman Cycling Team menempa nama apabila memenangi tiga kategori untuk pusingan terakhir te! rsebut apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik keseluruhan selain turut memenangi individu terbaik (Arvin Moazami Godarzi) dan Raja Bukit (Amir Kolahdouz Hagh).Pelumba Pasukan Kebangsaan Malaysia, Nik Mohd Azwan Zulkiflie mengekalkan jersi Merah miliknya manakala jersi Putih juga kekal milik pelumba yang mewakili 7 Eleven Sava RBP Philippines, Jesse James Ewart.
22 Oct 16
132
Hariff Kekal Jersi Biru Jelajah Malaysia Di Gong Badak
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh mengekalkan jersi Biru bagi saingan peringkat keempat Jelajah Malaysia 2016 yang berakhir di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Beliau yang hanya mampu menamatkan saingan di tangga keempat hari ini, berkata, segala yang dirancang pada hari ini tidak berjalan seperti disasarkan."Walaupun rancangan dibuat tidak menjadi, namun saya dapat mengekalkan jersi Biru untuk peringkat keempat ini."Sebenarnya saya sedikit kecewa, tetapi untuk peringkat terakhir esok, saya akan lakukan yang terbaik," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menamatkan saingan peringkat keempat Jelajah Malaysia 2016 di Gong Badak, Kuala Nerus.Dalam saingan tersebut, pelumba kebangsaan, Muhammad Zawawi Azman yang mewakil NSC Mycron memenangi peringkat keempat Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia dengan masa 2 jam 38 minit 27 saat.Bagi tempat kedua dan ketiga pula, ianya dimenangi oleh Mark John Lexer Galedo yang mewakili 7 Eleven Sava RBP Philippines (2:38:27) dan Nik Mohd Azwan Zulkiflie dari Pasukan Kebangsaan Malaysia (2:38:34) yang turut memperoleh jersi Merah.Untuk peringkat keempat, jersi Kuning menjadi milik Arvin Moazmu Godarzi yang mewakili Pishgaman Giant Team, manakala jersi Putih disarungkan kepada Jesse James Ewart dari 7 Eleven Sava RBP Philippines.Peringkat keempat Jelajah Malaysia pada hari ini melibatkan jarak sejauh 125.20 km dari Machang ke Gong Badak dengan tiga zon pecutan di Jerteh, Rhu Sepuluh dan Mengabang Lekor.
21 Oct 16
222
Litar Lumba Gong Badak Siap Januari 2017
Litar lumba bertaraf antarabangsa yang masih dalam pembinaan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka siap dan boleh digunakan bermula Januari tahun hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang bernilai hampir RM12.7 juta tersebut kini sedang giat dibangunkan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.Beliau berkata, walaupun dijangka akan siap pada awal 2017, namun kemungkinan pembinaan terjejas akibat bencana dan musim tengkujuh juga perlu diambil kira."Kita jangkakan litar ini akan siap dibina dan boleh mula digunakan bermula Januari tahun hadapan."Namun demikian ianya bergantung dengan keadaan cuaca. Kalau bulan November atau Disember mengalami hujan lebat serta banjir mungkin disitulah akan terjadi sedikit kelewatan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas melawat tapak Litar Lumba Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Ahmad Razif berkata, litar berkeluasan 2.4 hektar yang mengikut piawaian AAM tersebut dibina sejak Disember tahun lalu.Tambahnya, bagi mengelakkan gangguan bunyi di kawasan persekitaran, Jabatan Kerja Raya ditugaskan untuk memasang penghadang bunyi di litar tersebut."Kita akan pasang penghadang bunyi di sekitar litar ini. Jika tidak mencukupi, kita akan tambah supaya ianya tidak mengganggu penduduk setempat," katanya.Litar tersebut akan dilengkapi dengan komponen utama seperti litar cup prix sepanjang 1.35 kilometer (km) sprint test 0.95 km, drift, tempat duduk penonton serta menara tinjau.Bagi tempat duduk penonton, ianya mampu memuatkan kapasiti seramai 1,500 orang namun dijangkakan perkarangan litar mampu menempatkan lebih 10,000 peminat sukan permotoran tersebut.
20 Oct 16
1045
Setiu Juara Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu
Pasukan Setiu menjulang Piala YAB Menteri Besar Terengganu apabila muncul juara selepas menewaskan Kuala Nerus 2-0 di Kejohanan Bola Sepak Liga Darul Iman 2016, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ketua Jurulatih pasukan tersebut, Rosli Hasyim berkata, pada separuh masa pertama, pasukannya menggunakan strategi menekan dan menyerang pihak lawan sebelum menukarnya pada masa kedua.“Separuh masa kedua pula, pertukaran pemain serta taktikal dilakukan bagi memburu gol sekaligus memenangi kejohanan ini.“10 minit terakhir, taktikal yang digunakan mula berhasil apabila pihak lawan mula kehabisan stamina dan pada masa itulah kita berpeluang menjaringkan dua gol kemenangan,” katanya.Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof.Dalam perlawan tersebut, gol kemenangan dijaringkan oleh penyerang pasukan itu, Muhd Nuruddin Yusof pada minit ke-80 dan 84.Dengan kemenangan itu, Setiu membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai RM10,000 manakala naib juara, Kuala Nerus membawa pulang medal serta wang tunai (RM7,000).Berkongsi di tempat ketiga, pasukan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu dengan masing-masing membawa pulang RM3,000.Kejohanan berkenaan adalah penganjuran kali kedua, selepas pertama kali diadakan pada 2014.
19 Oct 16
161
Status Irfan Bakti Masih Dalam Perundingan
Status bekas pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim untuk mengemudi skuad Terengganu musim depan belum muktamad, sehingga perundingan selesai dan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kedatangan Irfan sebagai meneruskan perundingan dan pihaknya akan memastikan perbincangan tersebut membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak samada dari PBSNT serta jurulatih berkenaan."Sekarang ini Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) baru bercadang untuk menawarkan Irfan sebagai jurulatih utama tetapi ianya belum muktamad."Keputusan untuk jadikan Irfan sebagai ketua jurulatih adalah bergantung kepada hasil perundingan yang akan mula dibuat hari ini,”katanya.Beliau ditemui pemberita sebelum meneruskan perundingan mengenai khidmatnya itu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.“Keutamaan sekarang adalah untuk memastikan bahawa pada musim hadapan, prestasi permainan akan lebih cemerlang dan meningkat seperti yang pernah diperolehi sebelum ini.“Jadi kerana itu kita nak pastikan keputusan yang tepat untuk pembangunan bola sepak di negeri Terengganu,” katanya.Untuk rekod, sepanjang khidmat Irfan Bakti selama tiga musim sejak 2009 di Terengganu, pasukan tersebut pernah muncul sebagai naib juara Liga Super dan menjuarai piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011.
17 Oct 16
93
Terengganu Lokasi Penamat Jelajah Malaysia 2016
Terengganu bakal menjadi lokasi penamat bagi perlumbaan berbasikal, Jelajah Malaysia 2016 yang dijadualkan berlangsung dari 18 Oktober hingga 22 Oktober ini.
Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd. Jalil berkata, kejohanan penjelajahan ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia melibatkan lima peringkat perlumbaan akan bermula di Kuala Lumpur sebelum menyusuri Negeri Perak, Pahang, Kelantan dan berakhir di Kuala Terengganu yang merangkumi jarak keseluruhan 756.9 kilometer (km).
Katanya, dua peringkat akhir akan berlangsung di negeri ini melibatkan Daerah Kuala Nerus, Kemaman dan Kuala Terengganu.
“Peringkat keempat yang bermula dari Machang, Kelantan dengan jarak 125.2 km akan berakhir di Gong Badak, Kuala Nerus.
“Manakala, para peserta akan memulakan kayuhan dari Kemaman ke lokasi penamat di Kuala Terengganu sejauh 142.7 kilometer pada peringkat akhir,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.
Sehingga kini, 17 pasukan tempatan dan luar negara telah mengesahkan penyertaan.
Jelajah Malaysia 2016 dianjurkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), dengan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara serta diuruskan oleh Peloton Resources Sdn Bhd.
17 Oct 16
64
Langkah T-Team Terhenti
Kesebelasan utama pemain T-Team yang beraksi di perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Perjuangan pasukan berstatus kelab, T-Team terhenti di peringkat separuh akhir apabila tewas 0-3 kepada Selangor dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.Ketua jurulatih pasukan itu, Rachmat Darmawan berkata gol awal dari pasukan pelawat sedikit menjatuhkan moral pemain Titans.“Kita bermain terlalu berhati-hati di awal permainan dan apabila pasukan pelawat menjaringkan gol pada minit kedua, ianya sedikit menjatuhkan mental pemain T-Team.“Kita cuba bangkit namun tidak kesampaian apabila pasukan pelawat sekali lagi menambah jaringan tidak lama kemudian,” katanya.Pasukan pelawat, The Red Giant bermula selesa apabila mula membuka jaringan seawal minit kedua melalui R Gopinathan.Walaupun terdapat percubaan dari T-Team untuk menyamakan kedudukan, namun Selangor bijak mencari peluang daripada kekalutan di hadapan pintu gol untuk menjarakkan lagi kedudukan pada minit ke-18 hasil jaringan Ugochukwu Ukah.Kekecewaan The Titans terus ditambah apabila Selangor menambah gol ketiga sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil melalui kapten pasukan pelawat, Andik Vermansah.T-Team gagal untuk mara ke final selepas tewas menentang Selangor dengan agregat 1-5. Pada perlawanan separuh akhir pertama, Titans tewas 1-2 di Stadium Shah Alam.
15 Oct 16
767