lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Kejohanan Bola Sepak MAYC Medan Cungkil Bakat Baru
Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Terengganu menjadi medan terbaik mengenalpasti bakat baru dan mampu menjalin hubungan ukhuwah yang baik di kalangan belia.Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang Dato' Nik Dir Nik Wan Ku, berkata program anjuran Persatuan Kelab -Kelab Belia  (MAYC ) Kawasan Marang bersama Majlis Belia Daerah Marang itu juga dilihat signifikan bagi mengelakkan golongan belia dari aktiviti tidak berfaedah selain memupuk gaya hidup sihat."Syabas dan tahniah kepada penganjur. Bukan mudah mengadakan acara seumpama ini apatah lagi menghimpunkan 70 pasukan dari negeri di seluruh Malaysia. Alhamdulillah program juga berjalan lancar tanpa berlaku perkara -perkara yang tidak diingini."Moga sumbangan kita dalam menjayakan amalan hidup gaya hidup sihat dengan bersukan ini mampu menjadi contoh kepada ramai persatuan lain dan dapat diteruskan pada masa akan datang, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian penutup kejohanan di Pulau Kekabu, Marang, kelmarin.Turut hadir, Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Shabudin Hashim, Pengerusi MAYC dan Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman dan ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat.Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh pasukan Gelombang FC dan naib johan pasukan Kuala Pahang.Masing- masing membawa pulang wang tunai RM2, 500 dan RM1,500 beserta medal dan piala kejohanan.Manakala tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik Pasukan Marang FA dan Telaga Batin FC , masing-masing menerima wang tunai RM500 dan medal.
29 Jan 17
46
Empty Image
Pulau Kekabu Jadi Destinasi Pilihan Acara Utama Negeri
Destinasi menarik di Marang dan antara aset pelancongan negeri, Pulau Kekabu, menjadi lokasi pilihan penganjuran pelbagai acara utama di peringkat negeri.Terbaru, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Marang dan Majlis Belia Daerah Marang menganjurkan program julung kali, Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Terengganu.Kejohanan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A. Latiff Awang.Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Yang Dipertua Daerah Marang dan pemimpin masyarakat.Kejohanan ini disertai 70 pasukan dari dalam dan luar Terengganu.A.Latiff yang juga Adun Pengkalan Berangan berhasrat menjadikan Marang sebagai sub pelancongan yang masyhur di Negeri Terengganu."Di Pulau Kekabu telah dibina infrustruktur yang baik seperti taman permainan kanak -kanak dan tandas. Terkini kiosk -kiosk kedai juga akan dibina di Pulau Kekabu ini."Rumah kayak atau kanu yang ada di sini akan diaktifkan dengan penganjuran pelbagai bentuk program. Selain itu, aktiviti perahu layar dan papan luncur air juga telah giat dijalankan,"katanya.Beliau juga amat berbangga dengan inisiatif pelbagai pihak termasuk MAYC menganjurkan program di Marang untuk menjadikan daerah  itu sebagai destinasi tumpuan pelancongan.Tambahnya, baru -baru ini Kejohanan Jamboree Batangan dan pada Februari ini akan dijalankan program Tesdec Challenge.Pada April pula akan diadakan Kejohanan Sukan Air juga di Pulau Kekabu.
29 Jan 17
288
Empty Image
Terengganu Kembali Hangatkan LTdL 2017
Rozi (dua dari kanan) bersalaman dengan Emir sejurus selesai sidang media mengenai status terkini penyertaan Terengganu dalam kejohanan LTdL 2017, di Hotel Permai Inn, semalam. Foto oleh Zulkifli CW PutraBerita gembira buat semua peminat sukan berbasikal Terengganu apabila negeri ini disahkan kembali tersenarai sebagai laluan dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato' Rozi Mamat itu susulan persepakatan yang dicapai kerajaan negeri dengan penganjur LTdL, sekali gus menyelesaikan isu penarikan laluan Terengganu dalam peta LTdL 2017 yang tersebar di media, sebelum itu."Kerajaan negeri juga bersetuju membantu penganjur menaja keperluan logistik dan penginapan sepanjang perlumbaan LTdL di negeri ini nanti, " katanya pada sidang media, di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan ), Zainal Abidin Hussin. Sebelum ini, kerajaan negeri kecewa dengan keputusan penganjur untuk menggugurkan Terengganu meskipun kerajaan negeri banyak menyokong dan membantu LTdL termasuk memberi sumbangan bagi menjayakan perlumbaan tersebut. Sementara Emir berkata, pihaknya juga akan mempromosikan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 sempena Tahun Melawat Terengganu di sepanjang perlumbaan bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini. Sebagaimana jadual asal, LTdL yang dijangka akan disertai 20 pasukan profesional seluruh negara itu melibatkan dua peringkat perlumbaan di Terengganu iaitu dari Kuala Berang ke Jertih dan Jertih ke Grik.
29 Jan 17
123
Empty Image
LTdL 2017: TSG Mungkin Tarik Diri
Pasukan lumba basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG) berkemungkinan akan menarik diri dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang dijangka bermula pada 22 Februari hingga 1 Mac ini .Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, TSG juga yang sebelum ini ditadbir urus melalui kerajaan negeri mungkin dibubarkan atau diserahkan kepada pihak lain untuk mengurusnya.“Saya berasa seolah-olah apa yang diusahakan Terengganu dalam membangunkan sukan lumba basikal tidak dihargai pihak berkaitan, jadi buat apa kita membuang duit untuk terus menaja Pasukan TSG,”katanya.Ahmad Razif melahirkan perasaan kecewa berikutan tindakan drastik penganjur  LTdL 2017 yang menyingkirkan Terengganu sebagai salah satu laluan kejohanan itu pada tahun ini.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau perubahan laluan di Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar.Katanya, hanya kerana kerajaan Terengganu tidak menjadi penaja LTdL, penganjur berkenaan mengambil keputusan menggugurkan  laluan peringkat Kuala Berang-Kuala Terengganu dan Jerteh-Grik tanpa terlebih dahulu mengadakan sebarang rundingan.“Bagi saya, perkara itu tidak adil, penganjur sepatutnya mengenang jasa Terengganu yang melahirkan ramai jaguh bertaraf dunia dan pernah memberi sumbangan kewangan dalam beberapa edisi LTdL sebelum ini,”katanya
23 Jan 17
90
Empty Image
Kobert Perkenal Jersi Versi Replika
Jersi Terengganu FA, T-Team FC dan THT boleh mula didapatkan di Al-Ikhsan seluruh Terengganu serta beberapa cawangan di Lembah Klang.Kobert bakal memperkenalkan jersi versi replika untuk Pasukan Hoki Terengganu (THT), Terengganu FA dan T-Team FC dengan harga RM69.90 bermula pertengahan Februari ini sebagai menghargai peminat bola sepak serta hoki di Terengganu.Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof berkata Kobert sebagai penaja utama pasukan Terengganu FA, T-Team FC dan THT telah menurunkan harga untuk jersi versi pemain dari RM149.90 kepada RM129.90.Katanya, penurunan harga serta pengenalan jersi versi replika tersebut adalah tanda sokongan pihaknya kepada para peminat pasukan bola sepak serta hoki Terengganu."Selain daripada inisiatif oleh pihak kami, saranan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu berkaitan harga jersi turut diambil kira."Pihak kami juga mengambil inisiatif untuk mengeluarkan jersi versi replika yang lebih murah harganya bagi memberi peluang kepada semua peminat untuk mendapatkan jersi original dari Kobert," katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Telusuri Terengganu di Hotel Rimba, Kuala Nerus.Mengulas lanjut tentang kualiti yang digunakan pada jersi versi pemain, Faeez berkata ianya menggunakan teknologi terbaru bagi keselesaan pemain."Dengan harga yang dijual, ianya memang berbaloi kerana kami menggunakan teknologi terbaru iaitu FR9."Teknologi ini menggunakan material yang memang berkualiti tinggi, ringan, membantu mengeluarkan kehangatan serta membantu penyejatan peluh dengan lebih cepat," katanya.Dalam pada itu, Faeez berkata bagi versi pemain, peminat boleh mula mendapatkannya di Kobert Concept Store yang terletak di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus dan Al-Ikhsan seluruh Terengganu serta beberapa cawangan di Lembah Klang khas kepada mereka yang berada di sana.
21 Jan 17
328
Empty Image
Harga Tiket Perlawanan Terengganu FA Turun RM5
Harga tiket bagi perlawanan Terengganu FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak diturunkan kepada RM10 bagi musim ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor.“Faktor utama penurunan harga ini adalah disebabkan permintaan daripada penyokong-penyokong yang meminta agar harga tiket diturunkan berbanding harga asal RM15.“Diharapkan dengan penurunan harga tiket ini menarik lebih ramai peminat hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FA setiap kali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya dalam satu kenyataan.Terengganu bakal memulakan perlawanan pertama dalam saingan Liga Perdana pada Jumaat ini menentang PKNP FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
19 Jan 17
27
Empty Image
Perlawanan Amal Lagenda Terengganu, Selangor Kutip RM30,000
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan hasil daripada kutipan Jualan tiket bagi perlawanan amal dan persahabatan antarabangsa sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak & Hoki Terengganu, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM30,000.Sumbangan akan diserahkan kepada enam badan kebajikan iaitu Tabung Solidariti Rohingya, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Tabung Amanah Anak Yatim Negeri Terengganu, Tabung Darul Iman, Persatuan Bekas Pemain Terengganu dan Tabung Bantuan Banjir.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan itu kepada semua penerima dengan masing-masing menerima RM5,000.Perlawanan amal antara Legenda Terengganu menentang Lagenda Selangor tersebut, berakhir seri tanpa jaringan.Selepas tamat perlawanan, penyokong juga disajikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Penyu menentang naib juara Liga Singapura, Tampines Rovers FC.Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengikat kelab dari negara jiran kendalian Akbar Nawas dengan keputusan 2-2.
15 Jan 17
32
Empty Image
Peruntukan Terengganu FA Dan T-Team FC Ditambah
Barisan pemain T-Team FC yang akan bersaing dalam Liga Super untuk musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan negeri akan menambah perbelanjaan pengurusan dua pasukan utama bola sepak Terengganu,  Terengganu FA dan T-Team FC untuk musim ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan keadaan semasa, kos untuk kedua-dua pasukan dijangka meningkat dari tahun ke tahun.“Namun demikian ianya belum dapat diputuskan lagi untuk kedua-dua pasukan utama kerana masih berada dalam rundingan akhir.“ Untuk musim lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM30 juta bagi pasukan-pasukan ini. Tahun ini dijangkakan kos ini akan meningkat,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak & Hoki Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Ahmad Razif yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, kerajaan negeri turut mengenakan konsep penajaan bagi mengurangkan perbelanjaan yang akan diperuntukkan kepada dua pasukan utama tersebut.“Sekarang ini kita menerapkan konsep penswastaan namun masih di bawah pimpinan kerajaan di mana kerajaan akan mendapatkan sumber untuk diberi kepada pasukan-pasukan ini,” katanya.Dalam pada itu, Ahmad Razif berharap agar mana-mana pasukan tersebut akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala kepada peminat bola sepak di Terengganu.
14 Jan 17
430
Empty Image
Lebih 20,000 Peminat Bola Sepak Bakal Penuhi Kompleks Sukan Negeri
Ahmad Razif (tengah) bakal hadir ke Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Lebih 20,000 peminat bola sepak negeri Terengganu dijangka memenuhi perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak,  Kuala Nerus sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata program yang akan dijalankan selama tiga hari bermula 12 Januari ini membawa kelainan kerana ianya berkonsepkan karnival.Katanya, sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai acara sampingan akan dijalankan bagi menarik peminat bola sepak negeri untuk berkumpul disamping menunjukkan komitmen kerajaan negeri kepada pasukan bola sepak dan hoki Terengganu.“Pelbagai aktiviti bakal diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya gerai jualan dan pameran, jualan jersi, pertandingan memancing, persembahan pentas, cabaran stadium tanggathon serta Kuala Nerus Cycling Ride.“Acara kemuncak bagi program ini adalah pada 14 Januari bermula jam 2.30 petang iaitu Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017 di hadapan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Tambah Ahmad Razif, selain daripada program-program tersebut, turut diadakan perlawanan amal antara Juara Piala Malaysia Terengganu 2001 menentang pemain nostalgia Harimau Malaya serta perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan Terengganu dan Tampine Rovers dari Singapura pada 14 Januari ini jam 8.00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.“Bermula 6 Januari lalu, tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM10 di Kobert Store, Chicken Cottage, Blue Valley Jeans, Hazlan Bistro dan Salaza Bistro. Kutipan hasil jualan tiket ini akan disumbangkan ke Tabung Solidariti Rohingya, Yayasan Diraja Sultan Mizan, Tabung Amanah Anak Yatim Negeri Terengganu, Tabung Darul Iman dan Persatuan Bekas Pemain Terengganu.“Disamping itu, dengan pembelian tiket ini, peminat turut diberikan baucer diskaun sebanyak RM5 di Chicken Cottage,” katanya.Sehingga hari ini, sebanyak lebih 7,000 tiket untuk perlawanan amal serta persahabatan telahpun dijual.
10 Jan 17
168
Empty Image
Pesilat Negara Terima Lot Tanah
Razak dan Siti Rahmah menerima sumbangan dari kerajaan negeri berjumlah RM16,500 serta satu lot tanah kediaman setiap seorang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa lot tanah kediaman dan wang tunai sebanyak RM16,500 seorang selepas kejayaan mengharumkan nama Malaysia.Pesilat negara, Razak Ghazali dan Siti Rahmah Mohd Nasir masing- masing berasal dari Kuala Terengganu, menyumbang dua pingat emas buat negara yang di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 5 hingga 10 Disember lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  berkata,  dengan kejayaan terbaru oleh atlet berkenaan bermakna Terengganu tidak ketandusan melahirkan jaguh sukan yang hebat dan tidak tertumpu pada bidang sukan tertentu sahaja.“Kebelakangan ini, sukan-sukan lain seperti sukan lasak dan sebagainya mula mendapat tempat di Terengganu. Ini bermakna Terengganu boleh dikatakan tempat melahirkan atlet-atlet negara.“Dengan kejayaan dua pesilat ini, sudah tentu kita akan masukkan sukan silat sebagai salah satu lagi sukan yang akan menjadi tumpuan kerajaan negeri,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Juara Pesilat Olahraga Dunia di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.Dalam majlis yang sama, jurulatih silat Terengganu, Shahrul Fahmi Abu Bakar turut menerima insentif sebanyak RM9,000 dan seorang lagi pesilat Terengganu, Mohamed Khusairy Azhar yang berjaya ke suku akhir kejohanan itu pula menerima RM1,500.Tambah Ahmad Razif, selain daripada sukan silat, kerajaan negeri akan menimbang untuk memberi tumpuan kepada sukan permotoran berdasarkan prestasi kejayaan acara itu.“Sukan permotoran juga mungkin akan diberi perhatian hasil daripada kejayaan atlet cilik permotoran, Qabil Irfan Azlan yang baru berusia empat tahun namun telah mencipta nama pada kejohanan di Johor baru-baru ini apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga.“Ini bermakna sukan-sukan di Terengganu mempunyai potensi yang sangat bagus dan akan memberi banyak peluang kerjaya kepada anak-anak Terengganu yang banyak mencipta nama di peringkat dunia,” katanya.
28 Dec 16
155