lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Titans Terus Mara
Pemain T-Team meraikan kemenangan dalam perlawanan menentang ATM selepas menundukkan pasukan tersebut dalam kelayakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.  Titans mara ke pusingan ketiga dalam saingan Piala FA selepas berjaya menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2 menerusi penentuan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ternyata tuah lebih memihak kepada pasukan tuan rumah apabila penjaga gol, Muhammad Izzuddin Muhamat Hussin muncul wira selepas berjaya menepis rembatan oleh Sirojiddn Rakhmatlaev sebelum Mohd Nor Hakim Hassan menyempurnakan sepakan penalti kelima.Penentuan penalti tersebut dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik wisel penamat dibunyikan.Ketua jurulatih T-Team, Rachmat Dermawan berkata, T-Team bejaya mencari rentak untuk menyamai kedudukan selepas melakukan perubahan pada separuh masa kedua.“Untuk separuh masa pertama, mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan kurang baik tetapi pada separuh masa kedua kita melakukan pertukaran pemain serta mengubah sedikit corak permainan agar menjadi lebih baik.“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan permainan, selain motivasi yang ditunjukkan oleh para pemain sebab sepertimana yang kita tahu, pasukan kita hanya sempat berehat selama dua hari sahaja sebelum perlawanan ini, berbanding pihak lawan pula mempunyai masa selama tiga hari untuk berehat,” katanya.Dalam perlawanan itu, pelawat terlebih dahulu membuka jaringan apabila pengadil perlawanan, P Jeevanathan menghadiahkan sepakan penalti akibat Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris mengasari Zainal Jakaria pada minit keenam dan gol berjaya disempurnakan oleh Pavel Smolyachenko.Pada minit ke-29, peluang untuk memecah benteng pertahanan pihak lawan hadir namun Dilshod Sharofetdinov gagal menyempurnakan hantaran daripada Mahamadou Samassa apabila rembatannya melepasi palang.Lima minit selepas babak kedua bermula, Farhod Tadjiev menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti apabila Mohamad Noraiman Talib menjatuhkan Mohd Nor Hakim Hassan dalam kotak penalti.Sepakan penalti yang diambil oleh Samassa pada minit ke-112 gagal disudahkan apabila tendangannya dapat dibaca oleh penjaga gawang pihak lawan, Mohamad Hafizuddin Azuhar. Kemenangan dalam penentuan penalti tersebut melayakkan T-Team mara ke pusingan seterusnya mengikuti jejak Terengganu yang turut layak apabila menang dalam perlawanan menentang Felcra FC 1-0.Undian bagi 16 pasukan yang layak mara ke pusingan ketiga Piala FA dijangka pada 19 Februari nanti.
14 Feb 17
295
Empty Image
Anak Setiu Jaguh MMA
Saiful Merican yang telah menewaskan Bernard Soriano dalam kategori bantamweight dalam saingan One Championship di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.Jaguh seni mempertahankan diri campuran (MMA), Saiful Merican, yang berasal dari Setiu terus memahat nama apabila menewaskan Bernard Soriano dari Filipina dalam saingan One Championship THRONE OF TIGERS 2017 pada 10 Februari lalu di Stadium Negara, Kuala Lumpur.Saiful, 29, yang juga atlet Muay Thai negara, memenangi perlawanan bagi kategori bantamweight selepas menundukkan lawannya dengan mudah apabila pengadil perlawanan mengisytiharkan Technical Knockout (TKO) pusingan pertama kepada Bernard.Dengan kejayaan itu, Saiful melengkapkan kemenangan kelimanya daripada lapan perlawanan sejak mula menyertai MMA pada 2013.Saiful berkata, walaupun kemenangan tersebut dianggap mudah, beliau tetap berwaspada dengan lawannya kerana Bernard hanya mengambil masa selama 15 saat untuk menundukkan lawannya dari Indonesia melalui knockout (KO) dalam perlawanan terakhir pada April tahun lalu.“Perlawanan terakhir saya pada Februari tahun lalu menyaksikan saya tewas dengan peninju dari Filipina, Geje Eustaquio melalui TKO pusingan pertama.“Untuk kejohanan ini, apa yang penting adalah nasib serta usaha yang dicurahkan oleh peninju sama ada dari pihak sendiri ataupun lawan. Jadi saya hendaklah sentiasa berwaspada,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Sebelum menyertai kejohanan tersebut, bapa kepada seorang cahaya mata itu berehat selama setahun dari menyertai mana-mana pertandingan dan hanya menumpukan perhatian kepada keluarga serta perniagaan gimnasiumnya, Merican Muay Thai yang terletak di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Pun begitu, dia tetap melakukan latihan secara intensif bagi mengekalkan stamina.Pemegang kedudukan teratas Persatuan Muay Thai Dunia (WMA) 57 Kilogram tersebut berkata, untuk mengekalkan prestasi dan berada di tangga sekarang adalah bukan mudah serta memerlukan banyak pengorbanan.“Saya mula mengenali dunia Muay Thai sejak 1998 apabila sering ada pertunjukan di kampung halaman saya dan sekali gus menarik minat untuk menceburinya.“Namun, saya tidak menyangka mampu menjadikan sukan lasak ini sebagai karier dalam hidup apabila telah mencipta nama di persada seni pertahankan diri ini walaupun mengalami pelbagai cabaran,” katanya.
13 Feb 17
130
Empty Image
Jadikan Kejayaan Azizulhasni Contoh Terbaik
Kejayaan pelumba trek kebangsaan yang berasal dari Dungun, Azizulhasni Awang diharap menjadi pendorong kepada atlet berbasikal terutamanya pelumba Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kejayaan beliau memenangi emas dalam acara pecut individu elit lelaki Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India sesuatu yang amat membanggakan."Saya ucapkan tahniah kepada Azizulhasni, jaguh lumba basikal kerana memenangi pingat emas dan kejayaan beliau diharapkan menjadi pendorong utama kepada atlet basikal Terengganu agar dapat dicontohi serta mengikuti jejaknya."Saya juga yakin dan percaya bahawa beliau mempunyai masa depan yang sangat cerah sekali gus memperoleh kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya.Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-35, di New Delhi, India, Jumaat lalu.Pemenang pingat gangsa acara keirin di Olimpik Rio 2016 itu meraih kemenangan 2-0 selepas mendominasi perlumbaan pertama dan kedua dengan catatan masa 10.451 saat dan 10.526 saat di Velodrom Indira Gandhi. Anak kelahiran Dungun itu menewaskan Tomoyuki Kawabata dari Jepun yang mencatat masa 10.543 saat dan 10.623 saat bagi dua perlumbaan. Sebagai rekod pelumba yang lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu pernah memenangi emas dalam acara pecut individu pada 2008, 2009 dan 2014.Ahmad Razif ditemui pemberita di Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Acara Badminton Sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam.Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.Dalam program itu, Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) muncul sebagai juara bagi kategori Classic Plate.Dengan kemenangan tersebut, pasukan badminton Serikandi membawa pulang Piala Jelapang, medal serta hadiah iringan.
11 Feb 17
145
Empty Image
Serikandi Bawa Pulang Piala Jelapang
Barisan pemain badminton Serikandi yang menjadi juara bagi kategori Classic Plate dalam PTIWRBNM yang berrlangsung di Alor Setar, Kedah. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) muncul juara bagi kategori Classic Plate dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM), semalam.Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata,  kemenangan di program lima hari di Kedah bermula 8 Februari lalu tersebut adalah hasil daripada komitmen semua pemain yang bersemangat tinggi dan sangat fokus.“Tahniah buat pasukan badminton Serikandi yang telah menjadi johan bagi kategori Classic Plate dan ini adalah hasil kerjasama daripada semua ahli-ahli yang memberi komitmen yang penuh bersemangat di samping latihan yang diberikan oleh jurulatih.“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, menyokong kami sehingga berjaya mencapai kejayaan hingga ke tahap ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Penyampaian Hadiah Bagi Acara Badminton di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam.Majlis penyampaian tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dengan kemenangan tersebut, pasukan badminton Serikandi membawa pulang Piala Jelapang, medal serta hadiah iringan.
11 Feb 17
31
Empty Image
Kopi Super Jantan Belanja Hampir Setengah Juta Taja T-Team
Zulkifli menyampaikan tajaan berupa Kopi Super Jantan kepada kapten pasukan T-Team FC, Mohd Hasbullah Awang di Padang Latihan T-Team, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kopi Super Jantan keluaran GLE Centre Sdn Bhd telah membelanjakan hampir RM500,000 sepanjang menjadi penaja pasukan berstatus kelab, T-Team FC selama lima tahun bermula dari tahun 2013.Pengarah Urusan syarikat tersebut, Mohd Zulkifli Harun berkata penajaan yang dilakukan secara berterusan itu adalah berdasarkan prestasi T-Team."Sehingga hari ini, kami tidak pernah putus untuk menjadi penaja bagi pasukan ini kerana melihat pada T-Team yang mampu pergi lebih jauh."Buktinya pada tahun lepas, walaupun tidak diberi harapan yang tinggi, namun T-Team mampu ke separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia dan saya yakin untuk tahun ini pasukan ini mampu melakukan lebih daripada itu," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Tajaan Kepada Pasukan T-Team di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Dalam pada itu, Zulkifli berkata, Kopi Super Jantan tidak akan terlepas untuk mengadakan program bersama peminat pasukan T-Team."Kita sentiasa adakan program-program bersama penyokong serta kelab-kelab penyokong termasuk dengan Titans Troppers. Kita ada buat laksanakan pelbagai program."Dan pada masa yang terdekat ini, untuk perlawanan Piala FA, Titans menentang ATM akan ada sesuatu untuk penyokong pasukan T-Team," katanya.
10 Feb 17
319
Empty Image
TSG Pencabar Di Sukan SEA
Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mewakili negara bagi acara lebuh raya Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 19-31 Ogos ini.Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata, persediaan rapi sedang dilakukan bagi menyertai temasya dwitahunan itu termasuk menghantar 12 pelumba ke Melbourne, Australia bagi menjalani latihan insentif menerusi kendalian Jeremy Hunt selama 45 hari bermula 2 Januari lalu.Sementara itu, senarai enam pelumba yang akan mewakili negara ke Sukan SEA akan diputuskan pada akhir Mac ini, sebelum fasa latihan seterusnya diadakan di Cameron Highlands dan Chiang Rai, Thailand.“Latihan di Australia bagi menyesuaikan pelumba dengan laluan yang bakal mereka tempuhi dan memperbaiki kelajuan, pendakian bukit mahu pun teknik kayuhan supaya mampu bersaing dengan pelumba dari benua terutamanya Eropah.“Ianya juga sekaligus sebagai persiapan dalam menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) dan juga Le Tour de Filipinas pada bulan ini sebelum menghadapi sukan SEA,” katanya kepada Suara Transformasi.Sejurus tamat latihan di Melbourne pada 14 Februari ini, hanya enam pelumba akan dipilih menyertai LTdL yang akan berlangsung dari 22 Febuari hingga 1 Mac, manakala bakinya mengambil bahagian dalam Le Tour de Filipinas bermula 18 hingga 21 Februari.Dalam pada itu, Farhan berharap TSG terus mencipta nama dipersada antarabangsa dalam sukan berbasikal.“Pada tahun lepas, pasukan kami telah menaiki 29 podium dan ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.“Sekarang pasukan kami berada tempat keempat Asia dan untuk tahun ini kami akan tingkatkan lagi prestasi dengan menyasarkan 30 podium,” katanya.
08 Feb 17
106
Empty Image
Serikandi Sertai PTIWRBNM Di Kedah
YDP Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria bersama ahli-ahlinya yang lain pada majlis perasmian PTIWRBNM di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.Seramai 28 peserta mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah bermula semalam dan berakhir 11 Februari ini.PTIWRBNM 2017 disertai 718 peserta membabitkan 14 negeri dan mereka akan bertanding dalam perlawanan badminton serta tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.Majlis perasmian PTIWRBNM tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.Manakala majlis penutup program tersebut dijangka dirasmikan  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 11 Februari ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
08 Feb 17
113
Empty Image
TRT Nekad Muncul Juara Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2
Barisan pemain TRT yang akan memulakan perlawanan pertamanya pada 11 Februari ini di Jerantut, Pahang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Ragbi Terengganu (TRT) meletakkan sasaran muncul sebagai juara Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2 sekali gus mara ke divisyen 1.Ketua jurulatih pasukan tersebut, Izaimi Zainuddin berkata persiapan sudah dilakukan sejak 12 Januari lalu termasuk mengadakan dua perlawanan persahabatan sebelum melakukan penampilan sulong pada liga berkenaan.“Seramai 36 pemain telah dipilih untuk menghadapi Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2 ini dan sepanjang tempoh sebulan ini kita telah mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang dengan Kota Bharu RC dan Bidong Broccoli Rugby Club.“Hasilnya kami mencapai satu seri dan satu menang dan ini menampakkan keyakinan untuk menghadapi perlawanan pertama menentang Jerantut Rainforest RC pada 11 Februari ini di Jerantut, Pahang,” katanya.IzaimiBeliau ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Ragbi Terengganu di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Kuala Nerus.Tambah Izaimi, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) telah bersetuju untuk tidak menggunakan pemain import dalam saingan liga tersebut kerana yakin bahawa pemain sedia ada mempunyai potensi tinggi untuk muncul sebagai juara.“Kebanyakan daripada pemain TRT adalah bekas pemain bawah 18 tahun untuk pasukan negeri di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSN) dimana kita telah menjadi johan pada 2016 dan naib johan pada tahun lepas.“Disamping itu, dua pemain pasukan kami iaitu kapten Abdul Latif Said dan Muhammad Khairul Nor Azmi telah mewakili Malaysia dalam dua kejohanan antaranya Kejohanan Ragbi Asia bawah 19 di Universiti Putra Malaysia,” katanya.Mengulas lanjut, Izaimi berkata beberapa pasukan dijangka akan memberi saingan sengit kepada TRT dalam divisyen 2 tersebut.“Saingan pertama sudah tentu Jerantut Rainforest Rugby Club kerana pasukan ini telah beraksi dalam Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan pada tahun lepas dan seterusnya adalah pasukan ATM Navy Orca yang juga menjadi pasukan kegemaran untuk menjuarai divisyen 2 ini,” katanya.
08 Feb 17
809
Empty Image
Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan
Barisan pemain yang menyertai perlawanan persahabatan antara Ukom dan pengurusan T-Team di Sport Planet Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Budaya bersukan menjadi amalan baik bagi menjalani gaya hidup yang sihat terutamanya kepada kakitangan kerajaan.Pengarah Ukom, Ab Rasid Jusoh berkata, aktiviti itu juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan antara sesama agensi dan jabatan lain, selain memudahkan jalinan kerjasama dalam menjayakan program-program bermanfaat yang lain.“Aktiviti-aktiviti sebegini perlu diamalkan oleh setiap agensi bagi memupuk semangat kesukanan selain dapat menyihatkan tubuh badan mereka selepas seharian bekerja. “Sebagai Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom), aktiviti bersukan juga dapat mewujudkan hubungan baik dengan pihak-pihak lain bagi memudahkan urusan di masa akan datang dan antara satu cara penyampaian dan komunikasi terbaik,” katanya, di Sport Planet Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Perlawanan futsal persahabatan antara Ukom dan pengurusan T-Team yang berlangsung semalam berakhir dengan seri 6-6.Dalam perlawanan tersebut, pengurusan T-Team turut dianggotai oleh ketua jurulatihnya, Rahmad Dermawan serta penolongnya, Mohd Azhari Salim manakala Ukom pula diwakili oleh kakitangannya.
31 Jan 17
109
Empty Image
Kejohanan Motocross Besut Uji Ketahanan Mental, Fizikal Remaja
Penganjuran aktiviti lasak Kejohanan Motorcross Besut mampu menjadi platform menarik pembabitan remaja mendekati program yang berfaedah dan menguji ketahanan fizikal serta mental melibatkan diri dalam sukan ekstrim.Kejohanan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Benting Lintang, Besut, itu dilihat berjaya menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat.Lebih 2,000 penonton menyaksikan kejohanan yang dianggap paling meriah dan menarik terutama aksi mencabar yang dilakukan peserta.Pengerusi J3K Kampung Benting Lintang, Ghazali Daud berkata, kejohanan itu bertujuan menarik minat golongan muda dalam sukan lasak dan aktiviti permotoran.Katanya, pada kejohanan itu, seramai 150 peserta dari seluruh Terengganu mempamerkan kehabatan dalam aksi yang penuh cabaran.Beliau berkata, sambutan menggalakkan daripada peserta selain sokongan peminat setempat meneriahkan kejohanan kali pertama tahun ini.Majlis pelepasan peserta disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa.Beliau turut meluangkan masa menonton kejohanan itu sehingga tamat.
30 Jan 17
279