Artikel "Sukan" Terkini
MDB Anjur Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut 29 April Ini
Majlis Daerah Besut (MDB) bakal menganjurkan Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut di Sekolah Menengah (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut pada 29 April ini.Yang Dipertua MDB, Ab Rasid Jusoh berkat, penyertaan bagi liga tersebut adalah terhad dan diberikan keutamaan kepada pasukan yang berdaftar lebih awal.“Untuk liga ini, kita hanya membuka penyertaan kepada 256 pasukan sahaja dan sehingga hari ini lebih 100 pasukan telahpun menghantar permohonan untuk menyertainya dengan bayaran sebanyak RM100 bagi setiap pasukan.“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 April ini dan undian turut akan diadakan pada hari tersebut di SMK Tengku Mahmud 2 pada jam 4.00 petang,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Ab Rasid berkata, Johan bagi liga tersebut bakal membawa pulang RM5,000 diikuti naib johan (RM2,000), ketiga dan keempat (RM1,000) dan kelima hingga kelapan (RM500).Katana, liga tersebut diadakan bagi menggalakkan rakyat untuk bersukan selain memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di antara penduduk setempat.
26 Mar 17
327
Kejohanan Motosikal Lasak FIM Bakal Dijadikan Acara Dwitahunan
Rozi (dua kiri) bersama pemenang kategori Asian MX2/125 kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri berhasrat menganjurkan kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship dwitahunan berikutan mendapat sambutan baik di kalangan pelumba dalam dan luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, langkah mengadakan dua tahun sekali itu perlu memandangkan penyertaan peminat motosikal lasak semakin meningkat selain aspek pengurusan juga bertambah baik.“Ini terbukti apabila kejohanan yang dibuat sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan Bulan Sukan Terengganu kali ini juga menunjukkan sambutan baik malah lebih membanggakan prestasi dan semangat penunggang tempatan termasuk dari Terengganu dan Malaysia yang berjaya memberi saingan turut meningkat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan FIM Asia Motocross Championship di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.Katanya, sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Asia MX2, MX 85 Junior, MX 85 Wanita dan MX Junior, manakala bagi kategori tempatan pula membabitkan MX Terbuka, MX125, Cubcross Terbuka dan Terbuka CKD.Menurut Rozi, kejohanan tiga hari bermula sejak Khamis lalu berjaya menarik penyertaan 98 penunggang dari 11 negara termasuk India, Amerika Syarikat, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Nepal.Sementara itu, pelumba dari Guam, Amerika Syarikat, Sean Lipanovich dinobatkan selaku juara kategori utama, MX2/125 selepas menewaskan 19 lagi peserta lain dalam kejohanan itu.Naib juara menjadi milik pelumba dari negara jiran Thailand, Chaiyan Romphan selepas menewaskan pelumba negara Muhammad Habibullah Mohd Salleh di tempat ketiga.Lipanovich membawa pulang hadiah wang tunai USD1,000 (RM4,000) bersama trofi manakala Chaiyan Romphan menerima USD900 (RM3,600) dan Muhammad Habibullah USD800 (RM3,200).
25 Mar 17
141
Terengganu Bersedia Jadi Tuan Rumah Terbaik Ekuestrian Sempena Sukan SEA 2017
Kerajaan negeri bersedia menjadi penganjur terbaik bagi sukan berkuda sempena Sukan SEA 2017 (Kuala Lumpur 2017) tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, satu jawatankuasa pengelola peringkat negeri ditubuhkan dan dipengerusikan oleh beliau serta Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku penasihat, bagi melicinkan pelaksanaan temasya sukan itu."Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi temasya sukan ini termasuklah perbincangan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan. Kita telah bersedia sepenuhnya dari segi infrastruktur dan logistik."Buat masa sekarang kita berada di tahap untuk menguji trek perlumbaan. Pada 7 dan 8 April ini juga akan dilangsungkan Piala Raja Muda sekali gus sebagai ujian sama ada kita telah bersedia atau tidak," katanya.Beliau ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak dan Liga Bola Jaring Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Hulu Terengganu, malam tadi.Rozi berkata, sukarelawan yang terlibat untuk membantu perjalanan sukan ini telah pun dipilih dan sebahagiannya terdiri daripada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)."80 orang sukarelawan ini akan mengikuti latihan dan simulasi bagi jangka masa pendek untuk mempersiapkan diri mereka di temasya sukan itu nanti."Kita sudah uji mereka baru- baru ini dalam kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC untuk mereka lebih terdedah secara praktikal terhadap perkara yang perlu dilakukan ketika Sukan SEA kelak dan saya nampak ianya berjaya,"katanya lagi.Beliau juga menjangkakan tiada banyak masalah akan timbul kerana negeri Terengganu berpengalaman mengadakan kejohanan sukan berkuda di peringkat antarabangsa."Insya-Allah, ia akan berjalan lancar seperti yang telah kita tetapkan dan sekarang kita hanya tunggu masa pelancaran sukan itu,"kata Rozi.
25 Mar 17
34
Tinju Sirkit Remaja Di Mydin Mall Gong Badak
Terengganu dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Siri 1/2017 yang akan berlangsung selama lima hari, bermula 27 Mac ini bertempat di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus.Kira-kira 150 peninju tempatan dan luar Terengganu bakal berentap bagi merebut gelaran juara.Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Persekutuan Tinju Malaysia dan Persatuan Tinju Negeri Terenganu tersebut bakal mempertandingkan 18 kategori.Bagi acara 15 dan 16 tahun, sembilan kategori dipertandingkan bermula dari 46 kilogram (kg) sehingga 66 kg.Manakala bagi 17 dan 18 tahun yang turut mempertandingkan sembilan kategori, ianya bermula dari 49kg sehingga 91kg
22 Mar 17
408
110 Peserta Sahkan Sertai Fim Asia Motocross Championship 2017
Seramai 110 peserta dari dalam dan luar negara telah menyesahkan penyertaan untuk bersaing dalam kejohanan motosikal lasak Fim Asia Motocross Championship 2017 dari 23 hingga 25 Mac di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.Negara tersebut termasuk Filipina, Indonesia, Nepal, India, Thailand, Singapura, Jepun serta Malaysia.Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM45,000.Orang ramai dijemput menyaksikan kehebatan pelumba motosikal lasak dalam pelbagai kategori yang bakal dipertandingkan pada kejohanan itu.
21 Mar 17
175
Terengganu Bike Week 2017 27 Mac- 2 April, Tampil Kelainan
Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini.Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 2 April ini, bakal membawa kelainan kepada pengunjung dan kira-kira 3,000 peserta yang datang dari dalam dari luar negara, sempena sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017. Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, program tahunan bagi edisi kali kelima itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti baharu kepada peserta yang mampu menonjolkan tradisi dan kebudayaan Terengganu."Pada tahun ini, program ini dijangka lebih meriah dan menarik dengan penglibatan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya, selain pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran serta jualan turut dianjurkan di Dataran Batu Buruk dan di Dataran Permata Seberang Takir.“Kali ini ada sedikit perbezaan apabila program yang turut mendapat sambutan dari kerajaan negeri ini turut mempromosikan VBT 2017 yang sedang berlangsung,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sidang Media Sempena Terengganu Bike Week 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Zanariah Mamat dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani .Katanya, dalam memeriahkan lagi acara sempena VBT 2017 pihaknya akan menonjolkan pelbagai aktiviti dan warisan yang terdapat di negeri ini kepada peserta terutama mereka yang datang dari luar Terengganu termasuk Brunei, Singapura dan Thailand."Pada 31 Mac, semua peserta akan berkumpul dan kita akan menjemput penunggang dari luar negara di sempadan dan pada 1 April, kita akan adakan konvoi muhibah di Kampung Baru Seberang Takir dan peserta akan didedahkan dengan aktiviti kebudayaan masyarakat setempat termasuklah aktiviti pembuatan keropok lekor."Selain itu, kita juga akan menjalankan program amal yang mana kita akan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan,"katanya.
21 Mar 17
769
Hancock Juara Keseluruhan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2017
Hancock muncul pelumba terpantas bagi kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Perenang dari Australia, Dean Hancock menewaskan perenang yang pernah mencipta masa terpantas dalam Kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang, Benjamin Konscak dari Jerman sekali gus muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut.Dalam perlumbaan sejauh 6.5 kilometer yang bermula dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut tersebut, Hancock, 48, menewaskan peserta-peserta lain apabila berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 34 minit dan 10 saat.Hancock yang ditemui berkata, penyertaannya kali ketiga pada tahun ini memberi tuah apabila berjaya muncul sebagai juara keseluruhan selain memenangi bagi kategori lelaki 47 tahun dan ke atas.“Catatan masa yang saya perolehi pada hari ini merupakan yang terbaik pernah saya lakukan walaupun ianya agak mencabar.“Pada permulaan perlumbaan ianya cukup sukar untuk melawan arus ombak namun saya harunginya kemudian di pertengahan arus kembali tenang dan di pengakhiran sedikit mudah apabila ditolak oleh arus untuk sampai ke pesisir pantai,” katanya.Dengan kemenangan tersebut Hancock membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, piala kejohanan dan medal manakala bagi kategori lelaki 47 tahun dan ke atas pula Hancock membawa pulang RM1,200.Bagi kategori wanita 35 tahun dan ke atas, Alexandra Evens yang juga dari Australia muncul sebagai juara dengan catatan masa 1:48:10 saat.Manakala peserta dari United Kingdom, Andrew Tebbutt pula memenangi acara bagi lelaki 30-46 tahun dengan masa 1:39:20s.Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Dalam kejohanan yang bermula pada jam 8.00 pagi tadi, seramai 400 peserta melibatkan 26 buah negara berentap bagi memenangi gelaran juara bagi acara yang memasuki edisi ke-18.
19 Mar 17
240
400 Peserta dari 26 Negara Berentap dalam Kapas-Marang International Swimathon
Wan Abdul Hakim meninjau lokasiKejohanan Kapas-Marang International Swimathon 2017 dijadualkan pada 19 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Seramai 400 peserta melibatkan 26 buah negara bakal berentap dalam kejohanan Kapas- Marang International Swimathon 2017 sejauh 6.5 kilometer bagi edisi ke-18 pada 19 Mac ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, kejohanan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri itu banyak membantu Terengganu dalam mempromosikan negeri ini.“Untuk tahun ini, seramai 400 peserta mengesahkan penyertaannya dan 67 daripadanya merupakan dari luar negara termasuk dari Algeria, Australia, Kanada, China serta peserta dari Jerman yang memegang rekod terpantas dalam kejohanan ini, Benjamin Konscak.“Jumlah ini makin berkembang dari tahun ke tahun serta kita juga turut menerima kembali kedatangan peserta-peserta yang pernah menyertai kejohanan ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kapas-Marang International Swimathon 2017 di Pulau Kapas, Marang, hari ini.Dalam kejohanan tersebut, perenang termuda yang telah mengesahkan kehadirannya adalah peserta dari Malaysia, Phua Yu Ning, 12, manakala peserta tertua pula adalah dari Kanada, Paul Brewer, 69.Sebanyak enam kategori bakal dipertandingkan pada kejohanan tersebut dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.
15 Mar 17
41
TLHT Muncul Juara Berganda, Rangkul Piala Vivian May Soars
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menebus kekecewaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila meraih kejuaraan berganda dengan merangkul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan PDRM Blue Warriors.TLHTsebelum ini turut bergelar juara saingan Liga Hoki Wanita Malaysia .Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar yang memaksa permainan diheret ke penalti shoot-out.Ketua jurulatih TLHT, Mohd Asari Abd Aziz berkata permainan menentang Blue Warrior tersebut memang sangat memberi cabaran kepada pasukannya.“Perlawanan pada malam ini memang di luar jangkaan kerana sebelum ini kita pernah menang mudah 3-0 dan 4-0 membuatkan saya rasa pemain-pemain rasa terlebih yakin.“Pada separuh masa kedua permainan pula, tiga orang pemain kami mempunyai kecederaan dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan perancangan yang telah dibuat pasukan ,” katanya.Turut hadir memberi sokongan dalam perlawanan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Dalam persaingan itu, TLHT terlebih dahulu membuka jaringan melalui gerakan cantik yang disudahkan oleh Fatin Naimah Zaki pada minit ke-11.Memasuki babak kedua, Blue Warriors berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-32 menerusi gol padang oleh Norbaini Hashim.Kebuntuan kedua-dua pasukan mencipta jaringan sehingga suku keempat menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti.Dengan kemenangan terhadap Blue Warrior tersebut, TLHT berjaya membawa pulang RM20,000, piala kejuaraan serta medal.
13 Mar 17
183
Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 18 Hingga 20 Mac
Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bakal menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 pada 18 hingga 20 Mac di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Presiden persatuan, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata program sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 tersebut adalah bagi memberi pendedahan selain mempersiapkan atlet dari segi fizikal dan mental sebelum menghadapi Sukan SEA 2017 serta Sukan Malaysia (Sukma) 2018.Katanya, kejohanan melibatkan 150 peserta dari 14 pasukan itu akan mempertandingkan dua kategori dengan beberapa acara.“Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu Bawah 17 tahun dan Terbuka bagi atlet lelaki serta wanita.“Sebanyak 64 acara kategori berat dengan kelas angkatan Snatch dan Clean and Jerk melibatkan kategori berat badan terendah 44 kilogram dan tertinggi 105 kilogram ke atas turut dipertandingkan,” katanya.Selain itu, pelbagai acara sampingan juga turut diadakan seperti Pertunjukan Bina Badan oleh atlet bina badan tempatan, gerai promosi penaja dan gerai jualan sepanjang tiga hari tersebut.
13 Mar 17
417