lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Hadiah lebih RM4,000 Jadi Rebutan Futsal Sahur
Ahmad Razif cuba menyepak bola ketika melancarkan program Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 yang bermula semalam di gelanggang futsal Arena Sport Centre, Gong Badak, tengah malam tadi. Foto oleh Zulkipli CW PutraSebanyak 66 pasukan berentap bagi merebut hadiah keseluruhan lebih RM4,000 sempena Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 di gelanggang futsal Arena Sport Centre, Gong Badak, bermula semalam.Kejohanan  tahunan berlangsung dua hari yang turut menawarkan hadiah cabutan bertuah anjuran Pemuda UMNO Seberang Takir.Pengerusi penyelarasnya, Nik Farizal Nik Jaafar berkata, sambutan penganjuran pada edisi ini sangat baik apabila melebihi sasaran awal 48 pasukan sejak dianjurkan bermula 2014."Kali ini juga kita buat sedikit kelainan apabila membuka penyertaan secara terbuka berbanding dua  pasukan setiap cawangan sebelum ini menyebabkan bertambah sebanyak 16 pasukan dengan penglibatan keseluruhan lebih 600 peserta.“Kejohanan ini juga disertai tiga pasukan jemputan iaitu Pasukan  Gerakan Am (PGA), Gong Badak  yang menghantar  lima pasukan, dua pasukan daripada  Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) dan Balai Polis Gong Badak (1 pasukan).Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga ADUN  Seberang Takir menyambut baik usaha yang dilakukan itu dan menyifatkan ia merupakan satu transformasi orang muda (TOM) yang juga aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan.Menurutnya, aktiviti sukan sebegini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya kes-kes merempit, lumba haram dan sebagainya.“Kerajaan sedia membantu dalam menjayakan program sebegini  dan mereka boleh menggunakan kemudahan disediakan bagi dilaksanakan pada skala lebih besar.“Saya lihat sekiranya program-program sukan sebegini dapat terus diperkasakan, InsyaAllah tidak ada lagi  gejala-gejala sosial melibatkan golongan muda di negeri ini  berlaku pada masa akan datang,” katanya.
09 Jun 17
318
Empty Image
Terengganu Sasar Satu Emas Acara Tenpin Boling Sukma 2018
Hasif (tengah) bersama Dini (kanan) dan Halil meraikan kemenangan selepas menewaskan pencabar lain di Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkipli PutraPasukan Tenpin Boling Negeri Terengganu (PTBNT) mensasarkan sekurang-kurangnya dua pingat dengan satu daripadanya emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak nanti.Sasaran itu realistik berdasarkan prestasi semasa atlet serta membaiki prestasi pasukan yang memperolehi satu pingat perak ketika Sukma Sarawak 2016 lalu.Jurulatih pasukan, Mat Salleh Jalani, berkata semua 24 atlet masing-masing 12 lelaki dan 12 perempuan yang berusia 21 ke bawah kini sedang giat menjalani latihan dan pemilihan bagi fasa pertama sepanjang empat hari seminggu yang melibatkan dua jam sehari atau satu sesi, sejak sebulan lalu.Katanya, fasa kedua pula akan bermula pada November ini melibatkan 16 peserta, yang terpilih selepas saringan pertama, manakala fasa ketiga akan bermula Januari nanti melibatkan 12 peserta yang akan membawa cabaran mewakili Terengganu ke Sukma.“Daripada 12 atlet yang mewakili Sukma lalu, hanya empat orang masih boleh meneruskan penyertaan sementara selebihnya sudah melebihi had umur ditetapkan.“Setakat ini, persembahan empat atlet yang pernah mewakili Sukma masih di tahap terbaik dan kemahiran meraka masih boleh dipertingkatkan lagi jika terus terpilih sebagai persediaan ke Sukma akan datang,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Profesor Madya Dr Mohd Rozailan Mamat yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd RahmanTurut hadir, Presiden PTBNT, Abdullah A Rahman dan Naib Presidennya, Wan Mazlan Wan Muda.Dalam pertandingan itu, Wan Muhammad Hasif Hilmi Wan Mazlan, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin muncul juara individu keseluruhan selepas unggul mengumpul 1,325 jatuhan pin, sekali gus mengenepikan pencabar lain untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta trofi.Manakala, tempat kedua pula milik Dini Nurina Azhan, 18, dengan 1,311 jatuhan pin memenangi wang tunai RM2,000 serta ketiga, Halil Hamed Hamzah, 18,  dengan 1,304 jatuhan pin menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta trofi.Sementara juara keseluruhan pula menjadi milik Terengganu, diikuti Kelantan dan ketiga Pahang. Pertandingan julung kali anjuran PTBNT melibatkan 130 peserta termasuk dari Pahang dan Kelantan selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Terengganu sempena VBT 2017. 
20 May 17
627
Empty Image
90 Peluncur Udara Terbang Di Kota Putera, Besut
Seramai 90 peluncur udara termasuk kira-kira 60 peserta luar negara menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (TIPCO) 2017 di Tapak Luncur Udara Kota Putera, Besut selama lima hari bermula Selasa ini (12 Mei).Kejohanan julung kali diadakan di Terengganu sempena Visit Beautiful terengganu 2017  itu adalah satu usaha kerajaan negeri mempromosikan aktiviti luncur udara sebagai satu daya tarikan pelancongan atau yang berpotensi besar diketengahkan kerana keunikannya.Pengurus Acara, Anuar Ngah berkata, seramai kira-kira 60 peluncur udara luar negara termasuk dari Thailand, Australia, Iran, Norway, Nepal, Jerman, Perancis, Singapura, Jepun dan Arab Saudi turut mencabar diri menyertai acara lasak itu."Sebanyak 24 buah negara menyertai kejohanan ini yang membabitkan seramai 90 peluncur termasuklah dari Malaysia, " katanya.Kejohanan dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Kelab Paramotor Terengganu dan Biro Paragliding MSAF itu.Katanya, antara yang menyertai kejohanan kali ini ialah pemenang anugerah National Geographic 2012, Sano Babu Sunuwar dari Nepal yang pernah meluncur tiga puncak dunia iaitu Gunung Everest, Kilomanjaro dan Elbrus."Selain itu, terdapat juga pertunjukan akrobatik luncur udara dari Sepanyol dan Denmark,"katanya.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan hadir pada majlis penyampaian hadiah pada 14 Mei ini.Dalam pada itu, Anuar berharap orang ramai beramai-ramai hadirmenyaksikan kejohanan luncur udara antarabangsa terbesar di Malaysia yang pertama kali mengiktiraf Terengganu selaku tuan rumah itu.
09 May 17
92
Empty Image
Litar Lumba Terengganu, Mula Dibuka
Pembukaan Litar Lumba bertaraf antarabangsa di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus  adalah ‘hadiah’ kepada golongan muda yang sebelum ini gemar menjadikan jalan raya sebagai litar lumba haram.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia yakin dengan pembinaan litar yang menelan belanja RM12.7 juta dan diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM) itu mampu menjadikan Terengganu sebagai `sifar rempit’ pada masa akan datang.Katanya, ini kerana berdasarkan pemantauan pihak berkuasa, kini hampir 95 peratus masalah sama, terutama membabitkan Jalan Durian Burung dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dapat diatasi.“Seharusnya mat rempit tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat mereka menunjuk bakat kerana ia akan membahayakan nyawa pengguna lain dan sudah tiba masa mereka membuktikan kehebatan menunggang motosikal dengan berlumba di litar lumba yang disediakan ini."Mana tahu, mereka boleh menjadi jaguh dalam sukan permotoran, sekali gus menjadikan Terengganu sebagai tempat melahirkan pelumba motosikal handal satu hari nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Litar Lumba Permotoran Terengganu dan Drag Battle 2017, malam tadi.Hadir sama, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato’ Rozi Mamat.Sebanyak RM100,000 disumbangkan kepada Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad yang dimiliki Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman sebagai insentif membuka bengkel bengkel motor sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.Litar seluas 2.4 hektar yang dibina sejak Disember tahun lalu itu juga mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 25,000 peminat sukan permotoran.Antara kemudahan yang disediakan termasuk Litar Cub Prix sepanjang 1.35 km dan Sprint Test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift.
28 Apr 17
890
Empty Image
Siti Rahmah Cipta Sejarah
Ini kebanggaan dan kejayaan berganda buat Terengganu apabila Siti Rahmah memecah rekod muncul anak Terengganu pertama dinobatkan Olahragawati Kebangsaan sejak Anugerah Sukan Negara diadakan 51 tahun lalu, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ratu silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, 30, mencipta magis tersendiri apabila muncul anak Terengganu pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.Siti Rahmah yang juga anak bekas pemain bola sepak Terengganu, Mohamed Nasir Jalil muncul  Olahragawati Kebangsaan,  manakala atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly pula dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan di Majlis ASN 2016 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.Sejurus menerima anugerah itu, olahragawati negara yang diiiringi ibunya itu kemudiannya diraikan pula Ahmad Razif bersama kenamaan yang lain.Majlis turut dihadiri isteri Menteri Besar, To’ Puan Sri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail. Hadir sama, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Ali Rustam.“Ini satu lagi kejayaan  anak Terengganu dan saya bangga dengan kegemilangan berganda ini. Jika minggu lalu,  `The Pocket Rocketman’ Azizulhasni Awang berjaya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia, khasnya dalam pertandingan di Hong Kong.“Malam ini (tadi)  pula Siti Rahmah mencatat sejarah sebagai anak Terengganu pertama  mendapat anugerah olahragawati kebangsaan sejak anugerah itu diwujudkan 51 tahun lalu, iaitu bermula pada 1966,”katanya.Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah.Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin.Pemilihannya diputuskan Jawatankuasa Pemilihan ASN 2016 berdasarkan pengalaman serta   prestasi cemerlang dan konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya.Siti Rahmah berjaya mencipta hatrik kemenangan dalam Kejuaraan Silat Dunia selepas memenangi edisi ke-17 di Bali, Indonesia, pada Disember tahun lepas.Sepanjang tahun lalu, beliau juga meraih pingat emas di Kejuaraan Silat Antarabangsa Terbuka Belanda dan Kejuaraan Silat Asia Tenggara.
26 Apr 17
174
Empty Image
LAJSM 2017 Sasar 5,000 Atlet Luar Terengganu
Rozi menunjukan baju peserta LAJSM 2017. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLarian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang menawarkan hadiah berjumlah RM186,000 menyasarkan lebih 5,000 pelumba luar Terengganu termasuk dari luar negara untuk bersaing pada kejohanan 23 September ini.Kejohanan yang dianjurkan kerajaan negeri  dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) mensasarkan peserta keseluruhan seramai 50,000 orang. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, LAJSM 2017 yang bertemakan `Vacay Run’ menawarkan lima kategori iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 5 km dan `fun run' yang menetapkan jarak 3 km.Katanya, fokus utama pada edisi kali ini adalah untuk menarik lebih penyertaan dalam acara 42 km, 21km iaitu marathon dan half marathon.“Kedua-dua acara ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan kebiasaannya pelari-pelari jarak jauh inilah yang akan mengisi slot larian-larian marathon luar dari Bandaraya Kuala Lumpur.“Dengan kehadiran pelari-pelari ini akan menggalakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian pada pra pelancaran LAJSM  2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Presiden POAT, Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Rozi turut memberitahu, penganjur akan mengumumkan laluan rasmi untuk semua kategori sebulan sebelum acara berlangsung di facebook rasmi LAJSM 2017. Katanya, ini adalah untuk memberi ruang kepada penelitian faktor keselamatan pelari kerana pertama kali larian sejauh 42km dilepaskan pada jam 12.01 pagi dan  21km pula pada 2.30 pagi.“Faktor itu mengambil kira permintaan pelari-pelari jarak jauh sentiasa mengambil kira faktor cuaca.“Di Terengganu cuaca selepas pukul 9.00 pagi agak panas, mendatangkan ketidakselesaan selain boleh mengakibatkan risiko hidrasi iaitu kurang air didalam badan kepada pelari kategori itu,” katanyaMenurutnya, dijangka kedua-dua acara itu akan tamat sebelum 6.30 pagi untuk  memberi laluan kepada krew terlibat.untuk solat subuh.“Lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu,” katanyaOrang ramai boleh mendaftar secara dalam talian bermula hari ini di www.myraceonline.com dengan harga diskaun selama sebulan,  yang berakhir 25 Mei selepas itu peserta akan membayar dengan harga normal.Untuk pendaftaran secara manual iaitu acara bagi kategori tertutup pelajar sekolah menengah 12km dan sekolah rendah (5km) akan dibuka pada 25 Mei.Penyertaan dijangka ditutup pada 23 Ogos atau bergantung kepada jumlah pelari.
25 Apr 17
55
Empty Image
Terengganu Drag Battle 2017 King Of The King 2.0 Himpun 500 Pelumba
Antara pelumba yang akan turut memeriahkan kejohanan yang bakal bermula pada 27 April ini di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Permotoran Terengganu Darul Iman (PPTDI) dan Koperasi Permotoran Terengganu Darul Imam Berhad bakal menganjurkan Kejohanan Terengganu Drag Battle 2017 King Of The King 2.0 tanpa henti selama lima hari bermula 27 April ini di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.Pengerusi PPTDI, Rosli Nooral Azhar @ Hassan berkata, program yang merupakan kesinambungan daripada kejohanan tahun lalu bakal menghimpunkan lebih 500 pelumba dari dalam dan luar negara.Katanya, pada tahun lepas, penyertaan hanya melibatkan 400 pelumba namun meningkat kali ini melibatkan lebih ramai pelumba muda berikutan dengan pembukaan litar baru di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu."Sehingga hari ini, bagi kereta seramai 200 pelumba yang melakukan pengesahan termasuk 17 pelumba dari Thailand dan 12 pelumba dari Singapura, manakala untuk motosikal pula lebih 300 peserta akan menyertai kejohanan tersebut."Bagi kereta, terdapat 20 kategori bakal dipertandingkan manakala 10 kategori untuk motosikal dengan hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah sebanyak RM500,000," katanya yang ditemui dalam sidang media sempena Kejohanan Terengganu Drag Battle 2017 King of the King 2.0 di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, hari ini.Rosli berkata, selain daripada acara utama sempena perasmian litar baharu tersebut, pelbagai program-program lain turut dijalankan.Tambahnya, sebelum acara perlumbaan dilakukan, majlis solat hajat akan dilakukan terlebih dahulu."Acara-acara lain seperti 'drift', 'time attack', 'mini bike', 'gymkhana' termasuk 'auto show' turut dimuatkan sepanjang kejohanan ink berlangsung," katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Koperasi Permotoran Terengganu Darul Imam Berhad, Mohd Yasin Awang berkata, kejohanan itu bakal memberi impak positif kepada kerajaan negeri terutama sempena Visit Beautiful Terengganu 2017."Litar yang baru siap dibina ini adalah litar pertama di Malaysia dibina khas untuk mengatasi gejala sosial oleh Mat Rempit di Terengganu."Dengan penganjuran kejohanan-kejohanan sebelum ini, Terengganu telah melahirkan ramai jaguh dalam bidang permotoran di peringkat antarabangsa," katanya.
25 Apr 17
346
Empty Image
Terengganu Tuan Rumah Boling Padang Peringkat Antarabangsa
Wan Nawawi memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu. Foto  Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah bagi `Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu  2017' yang berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, bermula semalam.Kejohanan yang berlangsung sepanjang lima hari, berakhir 23 April itu menampilkan 64 pasukan termasuk dari Hong Kong serta empat pasukan paralimpik melibatkan Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu.Presiden Persatuan Boling Padang Terengganu,  Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, Terengganu bakal menghantar 11 pasukan antaranya pasukan Sukma Terengganu, MSNT, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, UMT, Paralimpik Terengganu, UniSZA dan SUK Terengganu.Katanya, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah  merupakan satu pengiktirafan besar dan bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 .“Peserta bukan sahaja dapat menyertai kejohanan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanmjang persaingan, malah boleh mengambil peluang sepanjang berada di Terengganu dengan melawati pelbagai tempat menarik, termasuk Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Pasar Payang dan Pantai Batu Burok,”katanya.
19 Apr 17
133
Empty Image
Rakyat Terengganu Rai `The Pocket Rocket Man’
Azizulhasni disambut bagai wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini. Foto Harish Fadzillah Kassim “Jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Menteri Besar, kepimpinan kerajaan negeri, ibu bapa dan keluarga yang tidak putus-putus berdoa, memberi sokongan serta pelbagai bantuan dihulurkan.“Tanpa mereka, tidak mungkin saya boleh mencapai kejayaan seperti hari ini, hampir sepuluh tahun bercita-cita mahu menggenggam juara peringkat  dunia,” kata pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini.Azizulhasni, yang terkenal dengan jolokan nama The Pocket Rocket Man, memenangi gelaran dunia pertama selepas menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu.Ketibaan Azizulhasni disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Johari Abu Bakar serta Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin.Sebaik tiba di LTSM, pelumba basikal negara itu menaiki kenderaan pacuan empat roda diiringi lebih 1,000 peminat dan penyokong termasuk pelapis dalam acara berbasikal.Konvoi berbasikal dan motosikal itu melalui Seberang Takir menghala Jambatan Sultan Mahmud, kemudiannya melalui bulatan Sultan Omar dan tiba Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu untuk menghadiri Majlis Sambutan Wira Berbasikal Negara Anak Terengganu.Azizulhasni turut memberitahu, kerajaan banyak membantu untuk memastikan kejayaan semua atlet dalam pelbagai bidang termasuk acara berbasikal."Sambutan yang diberikan kerajaan negeri pagi ini juga saya anggap sebagai bantuan yang boleh menyemarakkan semangat untuk meneruskan perjuangan. "Saya sedar, sejak menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu, pelbagai pendapat dan tohmahan diviralkan melalui laman sosial. Ada juga kritikan tetapi saya hanya mengambil komen positif untuk dijadikan sebagai inspirasi," katanya
18 Apr 17
103
Empty Image
Ahmad Razif Yakin Keupayaan TMJ Terajui FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. Presidennya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan rekod kejayaan yang diperolehi sebelum ini sebagai pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), membuktikan baginda layak berada di kedudukan baru itu.Beliau yang juga Menteri Besar berkata, TMJ pastinya mempunyai formula tersendiri untuk menyuntik dan membawa pasukan Harimau Malaysia kembali ke zaman kegemilangannya sebagaimana yang pernah diraih sebelum ini."Dengan kepimpinan baharu yang diterajui oleh TMJ ini ianya akan memberi suntikan baru kepada pasukan bola sepak Malaysia."Ianya juga sekali gus dapat mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia di arena antarabangsa," katanya yang turut mengucapkan tahniah dengan kemenangan TMJ tanpa bertanding dalam pemilihan jawatan nombor satu badan induk bola sepak negara yang baharu itu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Hi-Tea Bersama Pasukan Terengganu FA Sempena Menghadapi Suku Akhir Piala FA di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Dalam pada itu, mengulas mengenai penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad Razif berkata, bekas pemain kebangsaan itu kini masih berada dalam skuad Terengganu.Katanya, Sharbinee diberikan rehat selama enam bulan untuk menjalani rawatan dan pihak PBSNT tiada masalah mengenai perkara tersebut."Sharbinee akan terus dibayar gaji seperti biasa dan akan diberi rehat sepenuhnya sehingga keadaannya mengizinkan."Saya dimaklumkan rawatan yang dilakukan terhadap beliau ada menunjukkan peningkatan dan pihak doktor memberi jaminan dalam masa enam bulan Sharbinee akan sembuh penyakitnya sekali gus boleh bermain seperti biasa," katanya.
27 Mar 17
71