lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Terengganu Kekal Juara Judo Lima Kali Berturut-Turut
Terengganu mencatat sejarah apabila pasukan judo negeri berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut pada Kejohanan Judo Kebangsaan kali ke-55, di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak, Kuala Nerus.Dalam kejohanan yang berlangsung dua hari berakhir semalam, pasukan itu berjaya memungut lapan emas, lima perak dan enam gangsa sekali gus mengenepikan 11 pasukan lain yang turut mengambil bahagian, termasuk pasukan Judo Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (TMI) Johor yang berada di tempat kedua dengan lima emas, lima perak dan lapan gangsa.Tempat ketiga menjadi milik pasukan Judo Perak dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa.Malah, kemenangan pasukan Judo Terengganu turut diceriakan apabila atlet wanita kategori 63 kilogram (kg) Nik Norlydiawati Nik Azman dipilih sebagai peserta wanita terbaik keseluruhan.Manakala, peserta lelaki kategori bawah 66 kg dari TMI, Muhamad Haikal Iskandar Halidon dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik keseluruhan.Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah MSNT, Mohd Sabri Abas yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman
12 Mar 17
397
Empty Image
Terengganu Mara, T-Team Tewas
Tandukan Lutfulla Turaev yang melayakkan Terengganu ke pusingan suku akhir Piala FA. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu FA mengesahkan tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan T-Team 1-0 pada minit-minit akhir sebelum wisel penamat ditiupkan,  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ketua jurulatih bagi pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata walaupun telah bermain dalam masa 120 minit, beliau amat berbangga terhadap pemain-pemainnya.“Saya memberitahu pemain-pemain supaya menghabiskan perlawanan dalam masa 90 minit kerana jika bermain dalam tempoh 120 minit ianya amat meletihkan.“Walau bagaimanapun, saya amat berbangga dengan pemain-pemain saya kerana tiada yang mengalami kekejangan otot dalam masa tersebut,” katanya.Dalam perlawanan tersebut, permainan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun masing-masing sering berbalas serangan sepanjang 90 minit.Bermula minit ke-6, rembatan Issey Nakajima Farran dari luar kotak penalti hampir meletakkan Terengganu di hadapan namun sepakan tersebut sedikit tersasar.Pasukan T-Team tidak mengalah dan cubaan pada minit ke-14, Dilshod Sharofetdinov melalui rembatan kencangnya, bagaimanapun dinafikan apabila ditangkap kemas oleh penjaga gol, Muhamad Syazwan Yusoff.Seminit sebelum berakhirnya babak pertama, Terengganu sekali lagi cuba mencari gol pembukaan melalui Lutfilla Turaev, namun rembatannya gagal menembusi gawang skuad The Titans.Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah hampir berjaya meletakkan pasukan di hadapan menerusi rembatan Farhod Tadjiev pada minit ke-49 namun dapat ditepis oleh Syazwan.Pada minit ke-62, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Muhammad Azalinullah Alias diarah keluar padang selepas mengutip dua kad kuning.Lima minit kemudian, skuad penyu pula menerima nasib yang sama apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kad merah dilayangkan kepada Mohd Firdaus Mohd Faudzi.Kebuntuan dalam mencari gol menyebabkan perlawanan terpaksa di bawa ke masa tambahan. Namun pada minit ke-120, Terengganu berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah menerusi tandukan Turaev Lutfulla.
12 Mar 17
137
Empty Image
Ukom Juara Kejohanan Futsal Epic
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul sebagai juara Kejohanan Futsal Jemputan EPIC 2017 yang berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam kejohanan julung kali anjuran anak syarikat kerajaan negeri itu, Ukom menewaskan pasukan Dun Bandar dengan keputusan 2-1.Ukom terlebih dahulu membuka jaringan pada perlawanan tersebut, namun Dun Bandar menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.Semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Ukom nyata membuahkan hasil apabila berjaya menambah jaringan sebelum wisel penamat dibunyikan.Sebelum itu, Ukom terpaksa melalui laluan yang agak sukar pada pusingan separuh akhir berdepan Syarikat Air Terengganu (Satu) sehinggakan perlawanan tersebut ditentukan dengan sepakan penentuan penalti.Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat berkata walaupun pertama kali Ukom menyertai kejohanan futsal, namun pemain-pemain menunjukkan prestasi yang amat membanggakan."Selain dari tugas-tugas hakiki yang dilakukan oleh pemain pasukan kami, mereka juga mampu untuk bersukan."Saya amat berbangga dengan prestasi memberangsangkan ini serta kejayaan pasukan yang dinobatkan sebagai johan bagi kejohanan anjuran Epic itu," katanya ketika dihubungi.Dengan kemenangan tersebut, Ukom membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, piala kejohanan, dan medal.
11 Mar 17
57
Empty Image
Ukom, Kawat Wakil Media Kejohanan Futsal EPIC
Ukom (jersi putih) akan turut berentap dalam Kejohanan Futsal Jemputan Piala EPIC di Sports Planet Gong Badak, esok.Dua pasukan di kalangan pengamal media bakal bersaing dengan 22 pasukan lain dalam Kejohanan Futsal Jemputan EPIC 2017 yang akan berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Nerus pada 11 Mac ini.Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)dan Kelab Media Wartawan Negeri Terengganu (Kawat) dijangka akan memberi saingan pada kejohanan julung kali anjuran anak syarikat kerajaan negeri itu.Dalam persaingan berkenaan, Ukom ditempatkan di kumpulan G bersama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.Manakala Kawat pula ditempatkan dalam kumpulan D bersama pasukan Celcom dan Majlis Peguam Terengganu.Johan bagi kejohanan tersebut bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, medal serta piala manakala naib juara pula wang tunai berjumlah RM700 serta medal dan tempat ketiga (RM500 dan medal).
10 Mar 17
77
Empty Image
Malaysia Tundukkan China 2-1
Zaharim meraikan jaringan pembukaan olehnya seawal minit ke-2.Malaysia tewaskan China 2-1 dalam perlawanannya yang terakhir bagi peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang berlangsung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.Ketua jurulatih Malaysia, Ismail Zakaria berkata beliau amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain.Katanya, kemenangan pada hari ini adalah janji para pemain Malaysia untuk peminat yang memberi sokongan sejak perlawanan pertama."Walaupun kita tidak mampu ke pusingan seterusnya, saya tetap bangga dengan pemain-pemain Malaysia yang sentiasa menunjukkan kesungguhan sejak dari perlawanan pertama."Saya amat bangga dengan kesungguhan mereka, mereka cuba yang terbaik dan sekaligus menunaikan janji untuk menang menentang China," katanya.Dalam perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu mencipta jaringan seawal minit ke-2 melalui kapten pasukan, Mohd Zaharim Mohd Yusof.Beberapa saat sebelum berakhirnya suku pertama, Malaysia sekali lagi menewaskan penjaga gawang pasukan China, Chang Rui Qi hasil dari rembatan oleh pemain yang berasal dari Terengganu, Mohamad Fakhruddin Mohamad.Bermula suku kedua permainan tersebut, kem China berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-16 melalui sepakan percuma oleh Liu Yi Si.Walaupun terdapat beberapa percubaan pada suku ketiga, namun kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan.
08 Mar 17
125
Empty Image
Malaysia Kalah Tipis Di Tangan Bahrain
Pemain Malaysia berhempas pulas sebelum kalah tipis 6-5 di tangan Bahrain. Foto oleh Harish Fadzillah Malaysia sekali lagi tewas dalam pusingan kumpulan pada  Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC menentang Bahrain 6-5 sekaligus menutup ruang untuk mara ke peringkat separuh akhir.Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Ismail Zakaria berkata, walaupun tewas, beliau tetap bangga dengan semangat juang pemain-pemain.“Walaupun Bahrain merupakan satu pasukan yang berpengalaman di peringkat antarabangsa, tetapi semangat juang pemain Malaysia membolehkan kita mengejar menjadikan keputusan 6-5.“Turut membataskan kita adalah dari segi kekurangan pengalaman serta teknik yang tidak sehebat pasukan bertaraf antarabangsa itu,” katanya.Tambahnya lagi, jika diberikan peluang untuk mempersiapkan pasukan lebih lama, mungkin Malaysia mampu memberikan persembahan lebih baik.“Persiapan yang dibuat hanya mengambil masa tiga minggu sahaja manakala pasukan-pasukan lain membuat persiapan sehingga memakan masa berbulan-bulan.“Kalau diperhatikan pada perlawanan hari ini, kita mempunyai peluang untuk melakukan persembahan yang lebih baik jika persiapan dilakukan  lebih awal,” katanya.Dalam perlawanan yang berlangsung di Batu Buruk, Kuala Terengganu tersebut, Bahrain terlebih dahulu membuka jaringan melalui Abdulla Almalki pada minit ke-11.Namun begitu, kegembiraan pasukan Bahrain hanya beberapa saat apabila serangan balas terus dilakukan oleh Mohd Riduwan Mohd Noor untuk menyamakan kedudukan.Seminit berselang, Bahrain kembali berada di hadapan hasil daripada kapten pasukan tersebut, Rashed Jamal.Bermula suku kedua, penjaga gawang pasukan Bahrain, Saleh Sami Saleh Mohamed terus menjarakkan jaringan pada minit ke-13.Pada minit ke-17, Bahrain terus mara meninggalkan Malaysia melalui jaringan oleh Mohamed Abdulla.Dua minit kemudian, Abdulla sekali lagi menundukkan penjaga gawang Malaysia, Mohd Nazri Sulaiman menjadikan kedudukan semasa 5- 1.Ketinggalan empat gol dibelakang, Malaysia tidak menunggu lama untuk kembali bangkit melalui kapten pasukan, Mohd Zaharim Mohd Yusof beberapa saat kemudian.Seminit sebelum berakhirnya suku kedua, Malaysia kembali bersemangat apabila Mohd Fakhrullah Mohamad berjaya menewaskan penjaga gawang Bahrain Sayed Mohamed Abbas menjadikan 5-3.Dengan semangat juang yang tinggi pada pemain Malaysia, Mohd Khairul Nizam berjaya merapatkan kedudukan empat minit selepas bermulanya suku ketiga.Namun demikian, sepakan percuma yang dihadiahkan kepada Bahrain pada minit ke-32 memberi peluang untuk Abdulla Abdullatif Alabdulla menjarakkan kembali kedudukan.Seminit sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan, Zaharim sempat menambah gol untuk merapatkan kedudukan menjadikan 6-5.
06 Mar 17
83
Empty Image
Malaysia Kecundang 0-14
Aksi perlawanan antara Malaysia menentang Iran petang ini. Tuan rumah tumpas 0-14 . Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Selepas tewas di tangan Afghanistan semalam, Malaysia hari ini dimalukan lagi apabila kecundang 0-14 kepada Iran dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang berlangsung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.Iran membuka jaringan seawal minit ketiga melalui Moslem Mesigar. Berselang tiga minit kemudian, Mohammadali Mokhtari menambah jaringan menjadikan kedudukan 0-2.Pada minit ketujuh, Moslem sekali lagi menambah jaringan untuk menjarakkan lagi kedudukan.Kekasaran yang dilakukan pemain Malaysia pada minit ke-11 membolehkan Farid Boulokbashi menambah jaringan hasil daripada tendangan penalti yang berjaya disudahkan olehnya.Sebelum berakhirnya suku pertama permainan, Iran berpeluang menambah dua lagi gol melalui Mohammadali dan Mostafa Kiani.Tidak terhenti di situ, Iran terus mengasak dalam suku kedua. Pada minit ke-14, Seyed Ali Nazem terus menjaringkan gol tambahan buat Iran menjadikan kedudukan 0-7.Pada minit ke-17, Iran terus membenam tuan rumah dengan menambah tiga gol lagi melalui penjaga gol mereka, Hamid Behzadpour seterusnya oleh Farid dan Mohammadali.Walaupun telah meninggalkan Malaysia dengan 10 gol, kapten pasukan Iran, Mohammad Ahmadzadeh enggan ketinggalan dalam pesta jaringan apabila turut berjaya menjaringkan gol pada minit ke-21.Berselang dua minit kemudian Farid terus bernafsu menambah jaringan peribadi ketiga buatnya sekaligus menjadikan kedudukan semasa 0-12.Pada suku ketiga, walaupun terdapat beberapa percubaan oleh Malaysia namun ianya dapat dipatahkan oleh pasukan Iran.Enam minit sebelum perlawanan ditamatkan, Iran sekali lagi menambah dua gol terakhir melali Mohammadali dan  Farid.
05 Mar 17
103
Empty Image
Nuqman Faris Juara 40km Kejohanan Kuda Lasak Piala MB
Nuqman Faris Rozi muncul juara kategori 40 kilometer individu Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu yang bermula awal pagi tadi.Nuqman menerima hadiah wang tunai RM3,500, medal dan piala yang disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Tempat kedua, Mohd Azizie Ismail manakala kedudukan ke ketiga, Asmusrairi Abdullah masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,500.Juara kategori 80 kilometer individu lelaki dimenangi Mohd Bulhari Rozali dari RTES menerima wang tunai RM3,000 manakala kedua, Mohd Yusran Yusof dan tempat ketiga, Dato' Seri Sharifuddin Ab Ghani masing-masing menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000Mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang turut menyampaikan hadiah kepada beberapa kategori lain.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail,  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat. 
04 Mar 17
652
Empty Image
Suntikan Semangat Peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB MB
Ahmad Razif bergambar kenangan dengan peserta cilik Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar sempena majlis makan malam kejohanan itu, di LembahBidong, Setiu, malam tadi. Foto oleh Zulkipli CW PutraPeserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar mendapat kata-kata perangsang daripada Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebelum bermulanya kejohanan, di majlis makan malam di Lembah Bidong, Setiu malam tadi.Menteri Besar tiba kira-kira jam 9 malam bersama beberapa tetamu khas yang lain antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri, Dato' Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib,  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof.Turut hadir, Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Tetamu juga dihiburkan dengan penyanyi jemputan, Pok De dan Adi Jagat.Seramai 120 peserta dijangka menyerta Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong yang berlangsung selama dua hari, berakhir 4 Mac.Mereka termasuk peserta di bangku sekolah rendah, bakal menyertai kategori 80 kilometer (km), 40 km, 30 km dan 10 km.Majlis pelepasan bagi kategori 80 km (qualifier) dan 80 km (CEN) akan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi  Wan Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pula dijangka berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang  pada 4 Mac (Sabtu) , kira-kira jam 11.45 pagi.
03 Mar 17
208
Empty Image
Juara LTdL 2017 Milik Ray Gibbons
Gibbons (tengah) muncul Juara Keseluruhan LTdL 2017. Foto Oleh: Harish Fadzillah KasimRay Gibbons, pelumba Team Dimension Data mengunguli kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 apabila muncul pemenang keseluruhan acara sukan berprestij itu yang berakhir di Putarjaya, semalam.Pada perlumbaan peringkat akhir (peringkat kelapan) yang melibatkan jarak 112 kilometer daripada Setiawangsa  hingga Putrajaya, walaupun Gibbons menduduki tempat keempat, namun pelumba berusia 22 tahun ini memenangi jersi kuning dengan memungut mata terkumpul 29 jam 04 minit dan 57 saat.Pelumba dari Afrika Selatan itu turut merangkul gelaran Raja Pecut dengan mengumpul 75 mata, diikuti pelumba UnitedHealthCare Pro Cycling Team, Travis McCabe dari Amerika (62 mata) dan pelumba Itali Jakub Mareczko di tempat ketiga dengan 54 mata.Sementara itu, McCabe diumumkan sebagai pemenang peringkat kelapan diikuti pelumba Australia, Anthony Giacoppo yang mewakili IsoWhey Sports SwissWellness di tempat kedua sementara pelumba Itali, Riccardo Stacchiotti dari Nippo Vini-Fantini di tempat ketiga.Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) pula kekal di tempat pertama dalam carta pelumba terbaik negara dengan catatan masa keseluruhan 29 jam 12 minit 59 saat.
01 Mar 17
46