lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Terengganu Raih Dua Emas Kejohanan Angkat Berat Pra Sukan SEA
 Abd Mubin Rahim memperoleh emas dalam kategori 77 kgPasukan angkat berat Terengganu berjaya menggondol dua pingat emas dan satu perak menerusi tiga kategori dalam Kejohanan Angkat Berat Pra Sukan SEA 2017 anjuran Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) di Putrajaya, Kuala Lumpur, semalam.Kejohanan selama tiga hari dan berakhir esok itu, PABM bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menghantar  tiga atlet iaitu, Abd Mubin Rahim mewakili kategori 77 kg, Muhammad Darul Najmi Dollah (kategori 69 kg) dan Muhammad Saiful Irfan Ab Rahim pula bagi kategori 62 kg.Muhammad Darul Najmi Presiden PABM Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, Terengganu berjaya memperolehi dua emas menerusi Abd Mubin dengan angkatan keseluruhan 310 kg `snatch dan clean & jerk' dan Muhammad Darul Najmi (angkatan seberat  261 kg) serta pingat perak menerusi Muhammad Saiful Irfan berjumlah 236 kg.  Katanya, sebanyak 13 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan anjuran PABM sebagai platform untuk menilai dan mengenal pasti atlet yang boleh diketengahkan ke program Sukan Komanwel 2018 nanti. Muhammad Saiful Irfan “Kejayaan yang diraih Abd Mubin melayakkan beliau menyertai pra kelayakan terakhir Sukan Komanwel yang akan diadakan di Gold Coast, Australia pada 5 hingga 9 September.“Langkah itu juga sebagai syarat untuk melayakkan Abd Mubim untuk menyertai kejohanan sebenar pada tahun depan,” katanya.Segala perbelanjaan bagi penyertaan tersebut akan ditanggung  PABM dan MSNT sebagai usaha transformasi kecemerlangan sukan angkat berat untuk Terengganu.   
08 Aug 17
1042
Empty Image
T-Team Perlu Baiki Segera Mutu Permainan
“Diharapkan T-Team boleh berubah dan memperbaiki mutu permainan ke arah yang lebih baik,” itu peringatan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat kepada skuad T-Team susulan prestasi yang semakin merosot.Menurutnya, kerajaan negeri cuma memantau pasukan itu dari luar sahaja dan menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan T-Team untuk membuat sebarang tindakan bagi memulihkan segera mutu permainan pasukan itu.“Saya kurang berpuas hati dengan persembahan T-Team sekarang ini, saya tidak tahu apa masalah kerana mutu permainan pasukan ini sangat merosot dan perlu diatasi segera.“Sekarang ini kita tidak masuk campur, cuma pantau daripada luar sahaja dan serah seratus peratus kepada jurulatih serta pihak pengurusan pasukan dan berharap mereka boleh ambil tindakan segera,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Kali Ke-20 sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Rozi berkata, kerajaan negeri memenuhi segala keperluan dan menyediakan kemudahan untuk pasukan T-Team, sekali gus mengharapkan pemain dapat menghasilkan prestasi terbaik dan berbaloi.“Jangan jadi pasukan belasahan, sebab kita telah sediakan semua kehendak mereka. Saya tidaklah memberi kata dua, tetapi saya mengharapkan mereka boleh berubah dan memperbaiki mutu permainan ke arah yang lebih baik.“Mungkin jurulatih ada perancangan tersendiri dan apa yang dirancang saya tidak tahu. Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan termasuk jurulatih untuk mengetahui apa masalah sebenar,” ujarnya.
29 Jul 17
75
Empty Image
TMJ Ulas Hukuman Terhadap Dollah Salleh
TMJ ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Eksekutif FAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Malah saya sendiri dan Tan Sri Annuar Musa (Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan) juga pernah digantung sebelum ini, kata presidennya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Menurutnya, semua pemain dan pegawai tanpa mengira pangkat dan kedudukan adalah tertakluk kepada peraturan dan mereka yang melakukan kesalahan tetap akan menerima hukuman.TMJ berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Eksekutif FAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam.Katanya sebagai mengulas keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu menggantung 18 bulan dan didenda RM30,000 terhadap ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang lantang mengkritik mutu pengadilan. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat. Dollah yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (LIga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM. Bagaimanapun, TMJ menjelaskan bahawa Dollah masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan dalam tempoh 10 hari bermula semalam.TMJ berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan berhubung prestasi pengadil dalam Liga M, namun ia ada batasannya dan ada perkara tertentu yang tidak boleh dikeluarkan."Apa yang berlaku terhadap bekas pengendali kebangsaan itu seolah-olah dia menuduh pihak atasan yang mengatur perlawanan dalam Liga M. Jika  pihak atasan (FAM) atau tuduhan terhadap saya yang mengatur perlawanan, sudah pasti JDT memenangi Piala FA dan Piala Sumbangsih musim ini. Betul ke tidak."Jadi, dari mana datangnya idea dia (Dollah) itu yang mengatakan pihak atasan mengatur perlawanan,”katanya lagi.
23 Jul 17
80
Empty Image
FAM Minta FMLLP Kaji Semula Jadual Perlawanan Musim Depan - TMJ
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya mengkaji semula kepadatan jadual perlawanan liga Malaysia (Liga-M) musim ini supaya pemain dan pasukan tidak dibelenggu isu yang sama pada musim depan.Presidennya, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, FAM tidak mahu masalah berulang pada masa depan apabila sesetengah pasukan negeri sukar untuk melepaskan pemain menyertai skuad kebangsaan akibat kepadatan jadual perlawanan."Pihak FMLLP  diminta kaji semula jadual pertandingan-pertandingan kita supaya memberi lebih ruang kepada pasukan kebangsaan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua EksekutifFAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat bersama delegasi FAM yang lain.TMJ menambah, selain FMLLP perbincangan berkaitan penyusunan semula jadual perlawanan itu juga akan melibatkan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bagi memberi ruang dan masa kepada pasukan kebangsaan yang menjadi keutamaan FAM.Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat pada kali ini turut membincangkan inisiatif  untuk mendapat penajaan berikutan kekangan sumber kewangan yang dihadapi badan induk bola sepak negara itu."Menerusi pengarah teknikal yang baru, sepertimana yang semua tahu FAM tiada duit, jadi kita berbincang untuk mendapatkan penajaan dengan Astro dan sesetengah syarikat berkaitan supaya dapat membantu setiap pasukan yang bertanding dalam liga tempatan,"katanya lagi.
22 Jul 17
51
Empty Image
Ketibaan Obor Di Terengganu Disambut Meriah
Penyerahan obor daripada Datuk Zawawi Othman telah diterima oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. - Foto oleh Harish Fadzillah KassimLarian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan tiba di Terengganu dengan sambutan yang meriah d sempadan negeri Kelantan dan Terengganu, kira-kira jam 2.15 petang semalam.Sambutan diwarnai dengan perarakan kereta kuda, pasukan berbasikal, jentera bermotor serta diraikan penduduk sekitar temasuk pelajar sekolah.Penyerahan obor daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Kelantan, Datuk Zawawi Othman telah diterima oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ahmad Razif berkata, Terengganu akan membuat kelainan dalam menyambut obor di negeri ini, dimana obor akan dibawa melalui laluan laut iaitu dengan menyelam (skuba driving) di Pulau Perhentian pada hari ini.“Kita harus bersyukur dengan apa yang telah kita kecapi, kita telah dapat menyediakan sesuatu lengkap. Semoga pasukan Malaysia akan dapat mengumpul pingat emas terbanyak dan menjadi Juara Sukan SEA 2017.“Sekiranya antara 71 atlet Terengganu yang mewakili negara dapat memungut pingat dalam sukan SEA ini, kerajaan negeri akan memberi imbuhan kepada mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan,”katanya.Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata obor tersebut mula dibawa dari Johor Baru dan akan mengelilingi setiap negeri.Katanya, sepatutnya Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2019, oleh kerana negara Brunei telah menarik diri, Malaysia sanggup untuk menjadi penganjur pada tahun ini demi menjaga reputasi Sukan SEA.“Oleh itu, saya mewakili Kementerian Belia dan Sukan memohon kerjasama dari semua pihak untuk menyokong hampir 500 para atlet memungut emas terbanyak dan menjadi juara keseluruhan pada tahun ini,”katanya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, Nawi Mohammad, Adun Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Rahman dan pegawai kerajaan negeri.
16 Jul 17
104
Empty Image
1,500 Peserta Hangatkan Run For Peace
Dato' Mohd Zubir mengibarkan bendera SGM dalam perasmian Run For Peace 2017. - Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Lebih 1, 500 peserta yang menyertai acara larian Run For Peace 2017 sepanjang lapan kilometer di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.Acara anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong.Mohd Zubir berkata, acara itu sebagai satu langkah yang baik dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat.Katanya, program itu sepatutnya lebih kerap diadakan supaya masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia ini dapat memahami dan menghormati antara satu sama lain.“Saya berharap agar masyarakat dapat mengekalkan cara hidup yang sihat untuk dijadikan sebagai contoh kepada generasi yang akan datang. Malah, kita harus mngekalkan keamanan dengan saling menghormati budaya dan agama lain di negara ini.“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur program kerana berjaya mengumpulkan masyarakat dalam acara ini. Saya berharap agar lebih ramai lagi yang akan menyertai Run For Peace pada masa hadapan,” katanya.Pengerusi Soka Gakkai Terengganu, Khor Wan Khoon berkata, aktiviti Run For Peace diadakan bermula hari ini (semalam) hingga 8 Ogos di 19 lokasi yang berlainan seluruh Malaysia.Katanya, selain untuk menyebarkan ideologi keamanan, GSM berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menggalakkan orang ramai untuk terus mengamalkan cara hidup yang sihat.Turut hadir, Suruhanjaya MCA negeri, Dato' Toh Chin Yaw, Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng, Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina, Tan Beng San serta Ahli Council SGM, Lim Tee Yen.
14 Jul 17
274
Empty Image
Konvoi Jelajah 1Jiwa Tiba Di Terengganu
Konvoi Jelajah 1Jiwa bersempena sambutan ulangtahun ke-50 Jubli Emas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tiba di Terengganu hari ini dengan penyertaan 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi.Konvoi  selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu disertai kakitangan Bernama dan pemilik motosikal berkuasa tinggi akan mengunjungi semua negeri di Semenanjung.Program sama turut melawat  biro  dan pejabat Bernama serta beberapa rumah pesara Bernama bagi menjalin hubungan berterusan antara mereka dengan agensi  berita itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia berharap program Jelajah itu membawa Bernama lebih dekat di hati rakyat termasuk masyarakat di Terengganu.Katanya, dia difahamkan jelajah  selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu turut mengunjungi   pesara-pesara Bernama yang uzur.“Saya berharap program seumpama ini akan diteruskan  dengan penglibatan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat,” katanya .Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Ahmad Razif turut mengingatkan peserta konvoi agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan memandangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini agak membimbangkan.
12 Jul 17
93
Empty Image
Terengganu Muncul Juara Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan MAYC 2017
Amirullah (menjulang piala) bersama para atlet MAYC Terengganu.Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan (KSKK) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.Program dua hari bermula 7 Julai lalu, melibatkan acara futsal, ping pong, sepak takraw, bola jaring dan mencari harta karun dari MAYC seluruh Malaysia.Pengerusi MAYC Terengganu, Amirullah Othman berkata, Terengganu berjaya merampas kembali kejuaraan KSKK yang diadakan setiap dua tahun sekali bermula 2010 itu, selepas memenanginya pada edisi ketiga di Terengganu pada 2013.Beliau yang juga Timbalan MAYC Kebangsaan, KSKK kali ini kelima ini menghimpunkan 158 atlet di kalangan belia negeri yang menampilkan semangat kesukanan dan kesatuan yang tinggi sehingga mampu memenangi kebanyakan acara yang dipertandingkan itu.“Program dianjurkan sejak 2010 bermula di Melaka, seterusnya di Perlis, manakala pada tahun 2013 Terengganu sebagai tuan rumah dan kita muncul juara buat kali pertama."Bagi 2015 pula, KSKK di Selangor dan seterusnya pada tahun ini dijalankan di Sintok, Kedah sekali gus Terengganu menjadi johan buat kali kedua dan pulang dengan bergaya,"katanya.Katanya, Terengganu mendapat johan keseluruhan selepas menjuarai tiga acara sukan iaitu ping pong lelaki, sepak takraw dan mencari harta karun.“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta kerajaan negeri kerana banyak memberikan sokongan kepada MAYC dalam memacu kejayaan di kalangan belia pada hari ini.“Tanpa pertolongan dari kerajaan negeri dan pihak-pihak lain yang menyalurkan bantuan, MAYC tidak mungkin dapat menjadi juara pada tahun ini,"katanya.Amirullah turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang membuktikan kerjasama dan kesungguhan mampu menghasilkan sesuatu yang sangat membanggakan semua pihak, sekali gus berharap KSKK 2019 Terengganu dapat mempertahankan kejuaraan sekali lagi.
11 Jul 17
96
Empty Image
Mansor Tiba Di Batu Buruk
Mansor (lima dari kiri) disambut Mohd Zubir dan Ibni sejurus selamat tiba di Pantai Batu Buruk, jam 2 petang hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraPendayung solo Ekspedisi Expresi Negaraku, Mansor Omar, 70, selamat tiba di Pantai Primula Beach Resort, Batu Buruk pada jam 2 petang hari ini.Ekspedisi anak jati Kemaman itu sudah melepasi enam lokasi persinggahan bermula di Jeti Pengkalan Kubur, Kelantan sejak 1 Julai lalu. Jarak keseluruhan ekpedisi yang hampir 2,000 kilometer itu dijadualkan bersambung esok ke destinasi seterusnya di Pantai Pulau Kerengga, Marang.Mansor berkata, kayuhan bermula jam 7.45 pagi dari Pantai Rhu Tapai sejauh 33 kilometer sebelum tiba di Pantai Batu Buruk.Katanya, jangkaan ketibaan di Pantai Batu Buruk adalah lebih awal, akan tetapi mengalami sedikit masalah apabila melawan arus (breakwater) yang menyebabkan terlewat dari sasaran hampir sejam.“Saya tidak menghadapi ancaman-ancaman lain kerana dengan pengalaman saya yang hampir 36 tahun ini, saya mampu mengawalnya. Malah, sebelum menjalankan ekpedisi ini, saya selalu membuat latihan di hadapan rumah di Teluk Kalong,” katanya. Turut menyambut ketibaan Mansor, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri , Dato' Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Mohd Zubir berkata, beliau begitu teruja kerana dapat menyambut anak jati Terengganu yang sanggup menempuhi cabaran sepanjang berdayung secara solo walaupun umurnya dikategorikan sebagai warga emas.Katanya, Mansor kelihatan sangat sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan sepanjang ekpedisi itu dan kelebihan tersebut wajar diteladani ramai terutama anak muda di Terengganu.“Saya sangat berbangga kerana jarang orang yang sudah berumur mempunyai jati diri dan masih aktif dalam bidang kesukanan demi mengharumkan nama negara. Apalagi negara kita akan menyambut bulan kemerdekaan tidak lama lagi.“Saya menyeru agar generasi Y dapat menjadikan Mansor sebagai inspirasi untuk turut menyumbang sesuatu kepada negara kita,” katanya.
06 Jul 17
389
Empty Image
Pendayung Solo Tertua Jelajah 60 Hari Seluruh Pesisir Semenanjung Malaysia
Mansor Omar (pendayung) bersama dua pembantu `bank support' (sokongan tebing) Jimie Mansor & dan Alef Shafiq yang  mengiringi pendayung melalui jalan darat selama 71 hari ekspedisi ini.Pesara Kanan Kerajaan, Mansor Omar, 70, dari Teluk Kalong, Kemaman, pendayung tegar dalam sukan kayak sedang berdayung secara solo menjelajah pantai Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai hingga 9 September ini. Ekspedisi tersebut bermula di Kelantan dan akan berakhir di Kuala Perlis.Presiden Kayak Terengganu, Dzulkafli Abas berkata, program ini diadakan sebagai menandakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 dengan hari dayungan akan mengambil masa selama 60 hari di sepanjang pesisiran Semenanjung Malaysia.Katanya, pendayung akan tiba di Sempadan Kelantan - Terengganu pada 3 Julai di Pantai Bukit Keluang dan ekspedisi diteruskan di Pantai Penarik pada 4 Julai, seterusnya pada 5 Julai di Pantai Perkarangan Sutra Beach Resort, di pantai Perkarangan Primula Hotel Batu Buruk (6 Julai), Jeti Kecil Pantai Pulau Kerengga (8 Julai), Pantai Perkarangan Teratai Emas Beach Resort Rantau Abang (9 Julai), Pantai Paka, Dungun (10 Julai), Pantai Penunjuk Kijal (11 Julai), Pantai Teluk Mak Nik (12 Julai), Pantai Gebeng, Pahang (13 Julai).“Kami berharap Mansor Omar dapat merealisasikan impian beliau dan boleh memegang rekod sebagai 'Pendayung Solo Tertua' kali ini,” katanya.Program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan aktiviti berdayung di Malaysia di samping memperkenalkan setiap pantai yang menarik di Semenanjung.Ekspedisi selama 71 hari merentasi 11 negeri dan 60 tempat penginapan yang berbeza di setiap negeri.Pelepasan checkpoint pertama disempurnakan oleh Mat Razi Mat Ali  Pelepasan checkpoint pertama disempurnakan oleh, Penolong Pegawai PPD Tumpat (Pengurusan Sekolah), Mat Razi Mat Ali di Jeti Polis Marin, Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan.Dalam pada itu, penglibatan Mansor dalam Persatuan Rekreasi Negeri Terengganu bermula pada 1985 dan aktif dalam pelbagai aktiviti sukan air.Ekspedisi itu bertujuan menunjukkan pengamalan cara hidup yang sihat pada veteran dan anak muda, sekali gus membuktikan bahawa umur bukan penghalang mencapai apa yang dihasratkan.Mansor juga menyeru agar setiap lapisan umur untuk melakukan aktiviti yang sihat selari dengan moto beliau “Umur bukan menjadi penghalang”.
02 Jul 17
270