lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Sukan SEA : Walaupun Latihan Bersama Singkat, Skuad Ekuestrian Cipta Kejutan - Che Mat
Pengurus Pasukan Kuda Lasak Malaysia Che Mat Din Ismail menyifatkan strategi yang diatur berjaya dituruti anak didiknya sehingga membuahkan hasil apabila membolot dua emas dan satu perak, di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, semalam.Menurut Che Mat, detik kemenangan skuad ekuestrian itu adalah rekod pencapaian terbaik negara dalam temasya Sukan SEA apabila meleburkan rekod lama bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu berkumpulan dan individu yang sebelum ini turut diungguli negara.Beliau berkata rekod baharu itu dicipta oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang menunggang kuda RTES Annaversary (kategori individu) menerusi catatan masa 3 jam 48 minit 36 saat mengatasi rekod dipegang pada Sukan SEA Myanmar oleh Sulaiman Muda yang mencatat 6 jam 26 minit 04 saat.Pasukan Malaysia juga memperbaharui rekod catatan masa bagi kategori berpasukan iaitu 11 jam 31 minit 30 saat berbanding 21 jam 23 minit dan 39 saat.Mempertaruhkan 'JQ Tuan Junior', Mohd Bulkari Rozali yang memakai jersi 112 meraih pingat perak bagi kategori individu dengan catatan masa 3 jam 48 minit 40 saat, manakala gangsa menjadi milik Warit Khuntaraporn dari Thailand yang menunggang Shardell Prince Ali pula sekadar gangsa (4 jam 16 minit 05 saat).Sementara itu, Thailand memenangi pingat perak bagi acara berpasukan dan pasukan Kemboja pula memungut gangsa.Bercerita lanjut cabaran sepanjang persaingan, Che Mat menjelaskan setiap penunggang akan memeriksa fizikal kuda setiap tiga pusingan (loop) iaitu pada jarak 35 km, 25 km dan 20 km bagi memastikan haiwan masing-masing di tahap terbaik sebelum menamatkan saingan sejauh 80km.“Skuad negara berlepas pada jam 3 pagi dan strategi berubah selepas 10km apabila mendapati pasukan Thailand beraksi secara perlahan pada permulaan."Oleh itu, kita telah memulakan rentak untuk mendahului dengan enam penunggang kita saling memecut dan berjaya menamatkan pusingan pertama dengan kelajuan 20km/jam. “Saya telah maklumkan kepada penunggang skuad agar mengekalkan kelajuan kerana kita sudah jauh mendahului untuk menamatkan pusingan akhir dan mahukan kuda tunggangan sentiasa dalam keadaan baik," katanya yang turut menjelaskan tempoh pemulihan untuk kuda di setiap pusingan kurang daripada lima minit.Pada 10km yang terakhir, katanya setiap penunggang berjaya mengawal situasi, lebih bersahaja dan tenang sebelum berjaya melepasi pusingan terakhir dengan kelajuan 22km/j serta memastikan kuda dalam keadaan kekal cergas.Menurutnya, kejayaan itu juga rekod dan pencapaian yang terbaik di TIEP kerana purata kelajuan setiap penunggang adalah 20.9km/j bagi jarak 80km.Apa yang menarik, Che Mat memberitahu, kerasian penunggang bersama kuda masing-masing sangat membantu kemenangan itu, walaupun kurang tiga minggu menjalani latihan bersama."Saya berasa amat berbangga kerana skuad baru berkumpul pada 15 Julai lalu untuk membuat latihan bersama dan saya dapat melihat semua penunggang kita serasi antara satu sama lain termasuk Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,''katanya.Jelas Che Mat lagi, Sultan Mizan juga dipilih untuk mewakili negara dengan merit setelah berjaya mengumpul mata peringkat antarabangsa dan menduduki tangga ke empat di antara pelumba yang mewakili Malaysia. Dalam pada itu, temasya acara berkuda negara akan diteruskan  dengan kejohanan Piala Sultan Mizan pada Oktober nanti di TIEP yang melibatkan laluan sepanjang 120km. 
21 Aug 17
388
Empty Image
Sukan SEA: Ratu Ekuestrian Dedikasi Kejayaan Buat Seluruh Rakyat Terengganu Dan Negara
Atlet wanita tunggal skuad kuda lasak Azizatul Asma ketika meraikan kemenangan bersama ibu bapanya. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailAtlet wanita tunggal skuad kuda lasak Azizatul Asma Abdullah, 21, mahu mendedikasikan kemenangan pingat emas bagi acara berpasukan dalam Sukan SEA ke-29, semalam untuk seluruh rakyat Terengganu dan juga Malaysia khasnya."Saya mahu hadiahkan kemenangan ini kepada seluruh rakyat Terengganu, dan juga Malaysia. Tak lupa keluarga yang sentiasa menyokong saya dari awal penglibatan dan menguatkan semangat saya,"kata atlet kelahiran Marang itu lagi.Azizatul menamatkan perlumbaan 80km di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu di kedudukan kelima dalam masa 3 jam 51 minit dan 26 saat dengan purata kelajuan 20.740km/j  selaku penampilan sulung dalam temasya Sukan SEA.Menurut anak bongsu daripada tujuh beradik itu, dia tidak mampu menyembunyikan perasaan gemuruh berikutan tanggungjawab serta harapan menggunung semua pihak terhadapnya dan skuad ekuestrian apabila beraksi di negeri sendiri."Syukur..sebab kita mampu menguasai persaingan dan mengikut strategi coach. Sebaik sahaja skuad negara yang diketuai Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, mendahului pada awal perlumbaan, moral semua penunggang Malaysia mula meningkat naik.“Kejayaan ini sangat membanggakan. Tuanku pun bersemangat dan menambahkan lagi tekad kita untuk Malaysia kali ini," kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di Universiti Malaysia Terengganu itu lagi.Tambah Azizatul, persiapan dilakukan sejak penghujung tahun lalu membuahkan hasil dan pingat emas ini akan dijadikan motivasi untuk meraih pelbagai kejayaan lagi.Penunggang Mora Tishaka itu berkata, kerjasama berpasukan dan konsentrasi sangat membantu skuadnya mendahului sepanjang saingan biarpun tidak terlepas dari cabaran kecil ketika menuju ke garisan penamat.dapat menamatkan 120km dalam acara Piala Sultan Mizan nanti dan meraih lebih banyak kejayaan di masa akan datang. wanita pertama negara dalam acara ini. Dia juga merupakan pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di Universiti Malaysia Terengganu.Katanya, bagi mencapai kejayaan pada hari tersebut ialah perlu bekerjasama satu sama lain dan semangat berpasukan itu sangat penting dalam meraih pingat emas.Cabaran yang utama dalam perlawanan ini adalah pasukan lawan, cuaca dan keadaan kuda kerana kadang-kadang kita tidak perasan yang kuda kita cedera dan sebagainya.Pada awal lagi Malaysia berada di hadapan berbanding skuad Negara lain dan tidak ada tekanan ketika perlawanan kerana tahu pasukan lain telah ketinggalan kebelakang.Katanya, dalam perlawanan itu, dia dan skuad sentiasa fokus dan memegang matlamat untuk menang.Memang kami bersungguh-sungguh dalam meraih pingat emas ini, malu sekiranya kalah di tempat sendiri.Dengan kemenangan ini, saya berharap agar dapat menamatkan 120km dalam acara Piala Sultan Mizan nanti dan meraih lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
21 Aug 17
658
Empty Image
Sukan SEA : Skuad Ekuestrian Kebanggaan Negara - MB
"Saya mewakili seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Terengganu amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi oleh skuad ekuestrian negara khususnya kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas kejayaan menjuarai pingat emas dalam acara individu.“Ini adalah satu kehebatan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah skuad ekuestrian negara kerana dapat mencipta sejarah dalam Sukan SEA di bumi Terengganu dan juga Lembah Bidong, hari ini," kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Setiu.Beliau sebelum itu mengiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada semua pemenang acara kuda lasak di TIEP.Menurut Ahmad Razif, kejayaan gemilang itu sudah pasti akan memberikan semangat kepada atlet negeri yang lain sekali gus membuktikan Terengganu berupaya meneruskan kesinambungan sebagai pusat kecemerlangan bidang sukan dan juga pendidikan di Malaysia.Tambahnya, beliau juga amat berbangga kerana sebahagian besar atlet negara yang mewakili sukan SEA ini merupakan atlet dari Terengganu."Ini merupakan satu kejayaan yang telah disumbangkan oleh (atlet) negeri kita (kepada negara). Saya berharap dengan kejayaan ini, Malaysia akan menjadi juara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,"katanya.Ahmad Razif sebelum itu turut mengucapkan tahniah kepada skuad negara yang dibarisi empat anak Terengganu termasuk Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Adhwa Embong yang menghadiahkan emas kedua buat Malaysia bagi acara kusa lasak.Selain itu, beliau juga berbangga dengan pencapaian Mohd Bukhori Razali yang meraih pingat perak untuk negara, selepas ditinggalkan Sultan Mizan dalam acara individu.Sultan Mizan yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit dan 38 saat, meleburkan rekod atlet Malaysia yang meraih emas Sukan SEA 2013 Myanmar, Mohd Sulaiman Muda dengan catatan masa enam jam 26 minit.Seorang lagi atlet ekuestrian negara, Mohd Bulkhari Rozali meraih pingat perak dengan catatan masa 03:48:40 diikuti gangsa, Warit Khuntaraporn dari Thailand (04:16:05).Emas kedua pula disumbang dalam acara berkumpulan menerusi trio negara Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Adhwa Embong yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat.Malaysia mendahului 4 jam 37 minit dan 52 saat di hadapan meninggalkan pasukan Thailand yang membawa pulang pingat perak menerusi Wipawan Pawitayalarp, Kitikorn Nongbeung dan Kanapos Taytaisong.Sementara pingat gangsa menjadi milik Kemboja dengan catatan masa 16 jam 38 minit 39 saat oleh trio Sovanchandara LY, Sopheaktra Lon dan Visal Phay.
20 Aug 17
523
Empty Image
Sukan SEA : Sultanah Terengganu Kalungkan Emas Buat Tuanku Mizan
Sultan Terengganu berjaya meraih emas dan mencipta rekod baru Sukan SEA. Tengku Syamim Tengku IsmailSultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara kuda lasak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, di Lembah Bidong, Setiu, petang ini.Lebih magis, apabila baginda yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengalungkan pingat emas buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang unggul menjuarai acara individu kuda lasak itu.Sultan Mizan yang menguji kuda ‘ Rtes Annaversary’ bukan sahaja berjaya meraih emas tetapi juga mencipta rekod baru Sukan SEA kali ini.Baginda mengenakan jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3.00 pagi tadi berjaya membenam rekod apabila menamatkan persaingan tiga jam lebih awal.Sultan Mizan yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit dan 38 saat, meleburkan rekod atlet Malaysia yang meraih emas Sukan SEA 2013 Myanmar, Mohd Sulaiman Muda dengan catatan masa enam jam 26 minit.Seorang lagi atlet ekuestrian negara, Mohd Bulkhari Rozali meraih pingat perak dengan catatan masa 03:48:40 diikuti gangsa, Warit Khuntaraporn dari Thailand (04:16:05).Emas kedua pula disumbang dalam acara berkumpulan menerusi trio negara Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Adhwa Embong yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat.Malaysia mendahului 4 jam 37 minit dan 52 saat di hadapan meninggalkan pasukan Thailand yang membawa pulang pingat perak menerusi Wipawan Pawitayalarp, Kitikorn Nongbeung dan Kanapos Taytaisong.Sementara pingat gangsa menjadi milik Kemboja dengan catatan masa 16 jam 38 minit 39 saat oleh trio Sovanchandara LY, Sopheaktra Lon dan Visal Phay.
20 Aug 17
1156
Empty Image
Sukan SEA : Sultan Mizan Beraksi Acara Kuda Lasak
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai acara sejauh 80 kilometer itu dan dijangka menamatkan perlumbaan kira- kira jam 5 petang ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail  menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag Off) Sukan Kuda Lasak Sukan Sea ke 29  Kuala Lumpur, di Lembah Bidong kira- kira 3.00 pagi tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai acara sejauh 80 kilometer itu dan dijangka menamatkan perlumbaan kira- kira jam 5.00 petang ini.Lebih istimewa dalam acara sama, kesemua penunggang yang mewakili pasukan negara adalah dari Pantai Timur.Mereka adalah Muhammad Fuad Hashim, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Azizatul Asma Abdullah dari Terengganu manakala Mohd Yusran Yusuf dari Kelantan.Sultan Mizan menunggang kuda bernama Rtes Annaversary, Muhammad Fuad pula menunggang Mora Makaka, Mohd Adhwa (Mora Franka), Mohd Bulkhari (JQ Tuan Junior), Mohd Yusran (Castlebar Twilight) dan Azizatul Asma (Mora Tishaka).Penyertaan baginda Sultan Mizan turut melakar sejarah di Terengganu tetapi juga negara berikutan pertama kali menyertai acara kuda lasak dalam Sukan SEA.Lembah Bidong menjadi Venue sukan lasak bertaraf dunia selama dua hari itu dengan penglibatan 25 peserta membabitkan lima negara iaitu Malaysia,  Thailand, Singapura Kemboja dan Brunei.Masing- masing enam peserta dari Malaysia, Thailand, Singapura dan Kemboja manakala Brunei hanya menghantar seorang peserta.
19 Aug 17
702
Empty Image
1,300 Mahasiswa Dijangka Memeriahkan Karnival Sukan Permata 2017
Bersempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) akan mengadakan Karnival Sukan Permata 2017 bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak pada 26 Ogos ini.Penyertaan tersebut melibatkan 1,300 mahasiswa yang mewakili Permata di Institut Pengajian Tinggi di seluruh negeri.Karnival itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Yang Dipertua Permata Kebangsaan, Kamaruzaman Jusoh berkata, pada kali ini, Permata mengadakan sukan berkonsepkan karnival.“Antara enam sukan utama dipertandingkan ialah Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Jaring, Bola Tampar, Penalti Bola Jaring, Boling Padang dan Futsal 3 on 3. Malah, kami juga akan adakan beberapa sukan sampingan yang terbuka kepada orang ramai iaitu Kayak, E-games PES2017, Dart Challenge dan sebagainya.“Permata berharap agar karnival yang akan dijalankan nanti sama seperti kejohanan sukan berprestij seperti Majlis Sukan Malaysia (Masum) atau Sukan IPT (SukIPT)”, katanya.Terdapat juga pameran agensi kerajaan dan pelbagai jualan food-truck pada hari karnival tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
16 Aug 17
788
Empty Image
Sultan Mizan Kembali Beraksi Sukan SEA 2017
Sultan Mizan berkenan menyerahkan obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu lalu. Foto Harish Fadzillah KassimSultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.Menurut Low, MOM telah menerima surat daripada Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) yang memaklumkan perkara berkenaan hari ini.Katanya, pihak persatuan memberitahu seorang daripada atlet dalam skuad kuda lasak mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri."Pihak persatuan memaklumkan bahawa penggantian perlu dibuat dan hanya ada seorang lagi atlet iaitu Sultan Mizan,” kata Low.Sultan Mizan sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada temasya itu kerana kudanya kurang cergas untuk bertanding dalam acara kuda lasak di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong pada 20 Ogos ini.Sultan Mizan adalah antara empat ekuestrian terbaik negara yang berada dalam ranking Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI). Baginda pernah menyertai Kejohanan Endurance Dunia di Lembah Bidong pada 2008.Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ketika ditemui pemberita pada satu majlis di Petaling Jaya, yakin keputusan baginda itu akan menambah semangat dan kekuatan pasukan kuda lasak atau endurance negara.Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad ekuestrian Malaysia ialah pada edisi 2001 dengan mengutip lima pingat emas dalam acara kuda lasak individu, individu dan berpasukan showjumping serta individu dan berpasukan dressage.Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, skuad negara meraih tiga emas iaitu dua dalam acara individu dan berpasukan kuda lasak 80km, dan satu emas dalam acara dressage individu.-Bernama
14 Aug 17
127
Empty Image
Terengganu Jadi Lokasi Kejohanan Sukan Kuda Lasak, Satu Pengiktirafan Besar
Pemilihan Terengganu sebagai lokasi acara Kejohanan Sukan Kuda Lasak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 boleh dianggap sebagai  pengiktirafan besar terhadap negeri ini.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemilihan itu bakal melakar lagi cerita kejayaan buat Terengganu di samping kejayaan anak jati Terengganu dalam bidang sukan, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Katanya, apatah lagi Sultan Terengganu sendiri merupakan atlet `endurance’ berkelas dunia dan aktif mempromosikan sukan tersebut di negeri ini.“Begitu juga dengan jaguh dunia lain, siapa yang tidak kenal juara dunia kita, Mohd Azizulhasni bin Awang atau dikenali ramai sebagai 'The Pocket Rocketman' Azizulhasni, Fatihah Mustaffa, Mohd Adiq Husainie Othman, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh, semuanya jaguh kelahiran Terengganu dalam sukan Lumba Basikal. "Dalam temasya Sukan SEA kali ini, saya juga dimaklumkan bahawa seramai 73 atlet anak  jati Terenggani telah terpilih mewakili negara,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidn berkenan berangkat merasmikan majlis itu.Hadir mengiringi baginda, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Nadirah Zahara, Tengku Muhammad Muaaz  dan Tengku Fatimatuz Zahara.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Khairy Jamaluddin dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’  Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, Rozi berkata beliau berharap dua sasaran emas daripada bagi acara Endurance dapat dicapai oleh atlet negara berdasarkan persediaan rapi yang dilakukan mereka."Saya menaruh harapan kepada atlet-atlet endurance Terengganu  yang terbaik setakat ini, Insya-Allah," katanya.Seramai lima daripada enam atlet acara Endurance merupakan anak jati Terengganu iaitu Muhammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari
13 Aug 17
255
Empty Image
75 Atlet Terengganu Sahut Cabaran Sukan SEA 2017, Kuala Lumpur
Sultan Terengganu berkenan menyerahkan obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto Harish Fadzillah KassimSeramai 75 atlet anak Terengganu daripada keseluruhan 845 atlet negara bakal membawa cabaran negara  pada temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 pada 19 hingga 31 Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, jumlah itu merupakan antara penyertaan tertinggi atlet dari Terengganu berbanding dalam sukan sama dua tahun lalu di Singapura dengan penglibatan lebih  50 atlet dalam pelbagai acara sukan.Katanya,peningkatan atlet yang menyertai temasya  terbesar anjuran negara itu secara tidak langsung memberi impak positif dalam perkembangan sukan di Terengganu  sekali gus membuktikan bahawa atlet negeri ini mampu bersaing di persada antarabangsa.“Jadi saya harap mereka dapat bertanding dengan bersungguh-sungguh  dan mampu mengharumkan nama negara menerusi sasaran 111 pingat emas dalam 398 acara yang dipertandingkan nanti.“Malah kita juga berbangga apabila Terengganu turut terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada sukan kuda lasak yang akan memulakan saingan pada 20 Ogos nanti di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Majlis Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidn berkenan berangkat merasmikan majlis itu Hadir mengiringi baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Nadirah Zahara, Tengku Muhammad Muaaz dan Tengku Fatimatuz Zahara.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’  Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.
12 Aug 17
133
Empty Image
Paragliding Sempena Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Pada 12 Hingga 13 Ogos Ini
Program Terengganu Merdeka Paragliding diadakan sempena program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 bagi kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Tembila, Besut, pada 12 dan 13 0gos ini.Acara yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan 48 orang 'pilot' paragliding yang akan membawa Jalur Gemilang terbang dengan ketinggian 400 sehingga 500 kaki dari paras laut.Destinasi riadah itu menjadi lokasi pilihan kerana pemandangan yang menarik dan strategik bagi menjalankan aktiviti ekstrim tersebut.Menurut jurucakap, dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan aktiviti sukan lasak itu sebagai satu daripada produk pelancongan menarik dan unik yang terbaru di Terengganu.Katanya, ia juga dapat menarik lebih ramai penglibatan golongan belia dalam bidang sukan paragliding dan membantu pihak Persekutuan Sukan Udara (MSAF) mencari bakat baru untuk diketengahkan mewakili Malaysia ke acara bertaraf dunia.Menurutnya, program ini merupakan anjuran Unit Belia Dan Sukan Negeri Terengganu di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Sumber Manusia Negeri, Dato Rozi Mamat, dengan kerjasama Unit Korporat Setiausaha Kerajaan, Kelab Sukan Udara Bukit Baru, Kelab Luncur Angin Besut, Kelab Luncur Udara Jerai dan MSAF yang dipengerusikan oleh Kaptain Mohd Arif Ibrahim."Orang ramai juga dijemput hadir ke program tersebut bagi memeriahkan dan menyaksikan acara sukan paragliding yang pertama kalinya diadakan di sana,"katanya.
08 Aug 17
231