lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
RTGC Juara Kejohanan Golf Piala KDYMM Tuanku Al-Sultan Terengganu
Wakil RTGC yang berjaya muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Golf Piala KDYMM Tuanku Al-Sultan Terengganu.Kelab Golf Diraja Terengganu (RTGC) muncul juara bagi kategori berpasukan dalam Kejohanan Golf Piala KDYMM Tuanku al-Sultan Terengganu Kali Ke-17 yang berlangsung di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun selama dua hari pada 16 dan 17 September lalu.Dengan agregat kejohanan tiga di bawah par 573 RTGC  yang diwakili oleh 10 orang ahlinya berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 menewaskan Kelab Sukan Pemain Golf Kuala Terengganu yang hanya mencatatkan satu di bawah par 575.Kejohanan anjuran Persatuan Golf Terengganu bersama Kelab Golf Bukit Besi tersebut telah disertai oleh 160 peserta dengan 14 pasukan.Wakil dari RTGC, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, persaingan pada kejohanan tersebut amat sengit berdasarkan beberapa faktor."Setiap kelab membariskan pemain-pemain yang terbaik dalam kejohanan kali ini selain dari tempat yang diadakan di Kelab Golf Bukit Besi yang mencabar termasuk kedudukan pinnya."Namun begitu, pemain-pemain RTGC menunjukkan prestasi terbaik dan berjaya menyerap tekanan yang begitu tinggi untuk muncul sebagai juara kumpulan bagi kejohanan ini," katanya kepada Teganukita.Dalam kejohanan tersebut, Shahril Jusoh yang juga dari RTGC pula muncul sebagai juara individu dengan markah 69 menewaskan Affendy Mohd (70) dan Muhammad Aqeel Aqram (70) yang berada di tempat kedua dan ketiga.Shahril berkata, Kelab Golf Bukit Besi adalah antara lapangan yang agak sukar di Terengganu."Ia memerlukan ketahanan mental dan tenaga memandangkan faktor lapangan yang berbukit serta dibatasi lereng-lereng bukit curam memaksa pemain untuk membuat pukulan lebih berhati-hati."Syukur pada tuhan, permainan saya pada dua hari itu cukup baik dibantu dengan 'putting' dan pukulan ke 'green' yang lancar seterusnya dapat menewaskan pemain yang hebat dari kelab golf lain," katanya.
19 Sep 17
223
Empty Image
Terengganu Nekad Rampas Juara Sukma 2018
Rozi bersama sebahagian daripada atlet yang bakal bertanding dalam kejohanan Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kontinjen Terengganu menggunakan formula tersendiri bagi mengembalikan gelaran juara keseluruhan yang pernah dimenangi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008, 2010 dan 2012 lalu.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, semua atlet sudah menjalani latihan dan melakukan persiapan awal bagi menghadapi cabaran Sukma 2018 di Perak.Katanya, ketika ini, semua atlet memasuki persediaan fasa kedua dan akan memulakan fasa ketiga pada Disember nanti."Untuk fasa kedua, kita mempunyai hampir 700 atlet dan apabila bermulanya fasa ketiga pada Disember ini hanya akan tinggal lebih kurang 500 atlet (selepas ujian saringan)."Apabila masuk fasa ketiga iaitu fasa 1:1 kita akan pastikan persediaan yang lebih mantap dan kemas," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Himpunan Kontinjen Sukma Terengganu Menjelang Kira Detik Setahun Sebelum Sukma 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Tambah Rozi, kerajaan negeri tidak bergantung sepenuhnya kepada sukan-sukan yang memberi kelebihan kepada kontinjen Terengganu."Setakat ini dimaklumkan kayak dan kanu tidak dipertandingkan dan kita tidak bergantung harap hanya kepada sukan-sukan tersebut."Sebab itu kita buat persediaan awal untuk mencapai sasaran sebagai juara keseluruhan. Maka kita telah mengenal pasti beberapa sukan yang baru meningkat naik kepada atlet Terengganu antaranya judo, berbasikal, memanah dan menembak," katanya.Bagi Sukma 2018, sebanyak 29 acara sukan akan dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan acara sebanyak 430.
11 Sep 17
231
Empty Image
600 Belia Memeriahkan Futsal Piala MAYC Terengganu
Kira-kira 600 belia termasuk peserta memeriahkan Kejohanan Futsal Piala Pengerusi Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, hari ini.Pengerusi MAYC Terengganu, Amirullah Othman berkata, program itu berjaya menghimpunkan sebanyak 54 pasukan di seluruh Kelab MAYC Terengganu.Turut hadir, Pegawai Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Zamri Awang Hitam dan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Tuan Hazirul Tuan Mat.“Kami menganjurkan program seperti ini adalah untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak-anak muda di negeri ini. Malah, program seperti ini adalah satu kejayaan kelab MAYC dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sihat khususnya pada hari minggu.“InsyaAllah selepas ini MAYC Terengganu akan menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti sukan agar dapat menghimpunkan para belia untuk terus aktif dan menjalani hidup yang sihat,”katanya kepada TeganuKita di Kejohanan Futsal Piala Pengerusi MAYC Terengganu di Hazlan Indoor Soccer, Kuala Terengganu.Tambahnya, sukan adalah satu aktiviti yang penting dalam menghimpunkan belia.Amirullah berkata, dengan aktiviti seperti itu, golongan belia tidak akan tersasar jauh dan dapat membantu kerajaan dalam melahirkan dan membentuk masyarakat yang berwibawa.Dalam kejohanan itu, juara milik pasukan Lorong Che Mat Taukey (LCMT) A membawa pulang RM1,000 dan medal, naib johan pula Ukhuwah Berkat Trading (RM500 dan Medal) dan tempat ketiga, LCMT B (RM300).Sementara itu, Pengarah Program merangkap Setiausaha MAYC Terengganu, Faizal Harun berkata, program itu mendapat sambutan yang hangat dari belia di seluruh daerah.“Banyak pasukan lagi yang ingin sertai aktiviti ini, tetapi kami hanya membuka untuk 54 pasukan sahaja kerana memikirkan faktor tempat yang dijalankan itu hanya mempunyai 3 gelanggang, ia tidak cukup untuk menjalankan aktiviti dengan bilangan pasukan yang banyak.“Walaubagaimanapun, MAYC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan penyokong yang hadir pada hari ini. Kami akan menjalankan lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang kerana telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari belia,”katanya.
10 Sep 17
194
Empty Image
Trek Lingai Challenge Paling Mencabar
“Trek Kejohanan  Lingai Challenge 2017 paling mencabar berbanding enam perlumbaan berbasikal lasak yang disertai sebelum ini berikutan banyak kawasan berbukit perlu dilalui.“Paling mencabar terpaksa meredah Bukit Menara Gong Lingai, kawasan semak, selain perlu menempuh alur sungai,” kata pemenang kategori  Heavyweight  Tuan Aminuddin Tuan Ngah, 31, dari Bukit Payong, Marang.Katanya, bagaimanapun, nasib menyebelahinya  kerana tidak mengalami  kemalangan dan sebarang kecederaan ketika melalui pelbagai laluan berliku.“Bukan mudah untuk menghabiskan trek perlumbaan sejauh 35 kilometer dengan jarak masa tidak kurang 4 jam.“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan berlatih, pantang ada masa terluang, pasti akan bersama beberapa peminat basikal lasak mencari lokasi sesuai untuk berlatih,”katanya.Tuan Aminuddin turut memberitahu, dia tidak pernah mengenal erti penat, yang penting nekad berusaha mendapat kedudukan terbaik  dalam setiap kejohanan yang disertai. “’Alhamdullilah, apa yang diusaha itu berbaloi pada perlumbaan kali ini, selain mampu mencapai catatan masa terbaik sejak menyertai  beberapa siri kejohanan basikal lasak sebelum ini.“Saya akan terus menyertai kejohanan seterusnya, sekiranya diberi peluang,”” katanya selepas menerima hadiah kemenangan pada  Kejohanan  Lingai Challenge 2017 di Gong Lingai Batu Rakit, hari ini.Majlis penyampaian hadiah  disempurnakan Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.Manakala  Flag Off disempurnakan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tg Abd Jalil kira-kira jam 8 pagi.Lebih 1,300 penggemar aktiviti berbasikal lasak mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi bagi  menyahut  kejohanan itu yang  menawarkan  hadiah menarik beserta cabutan bertuah  dengan nilaian keseluruhan hampir RM35,000. Berdasarkan jumlah itu, 40 peserta adalah dari  Thailand, 4 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina. Sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu ClosedBagi kategori Men Open, Saufi Mat Senan memenangi tempat pertama  dikuti Muaz Abd Rahim (tempat kedua) dan Anuar Manan ditangga ketiga
09 Sep 17
234
Empty Image
1,300 Pelumba Basikal Lasak Bakal Sahut Lingai Challenge
Lebih 1,300 penggemar aktiviti berbasikal lasak menyahut Lingai Challenge 2017 pada 9 September ini yang menawarkan  hadiah menarik beserta cabutan bertuah  dengan nilaian keseluruhan hampir RM35,000. Perlumbaan sejauh 35 kilometer itu akan berlangsung di Kampung  Gong Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana kejohanan itu yang juga Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tg Abd Jalil, berkata kejohanan itu turut disertai pelumba dari luar negara, termasuk 40 peserta dari Thailand, 4 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina.Katanya, setiap pelumba akan meredah denai-denai  hutan simpan, kebun buah-buahan, ladang dan laluan berbukit yang pastinya memiliki keunikan tersendiri."Bakal memberikan pengalaman yang tersendiri kepada peserta apabila berkayuh sambil menikmati keindahan alam di samping cabaran mendaki yang mengujakan.“Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu Closed,” katanya.Terdapat juga acara-acara sampingan lain antaranya sukaneka dan pertandingan bola sepak 7 sebelah semata-semata mahu memperkenalkan aktiviti pertama kali anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama  Pejabat Daerah Kuala Nerus.Selain hadiah wang tunai kepada 10 tempat teratas, cabutan bertuah juga disediakan yang keseluruhannya bernilai RM20,000 termasuk hadiah utama iaitu skuter Yamaha Ego Solariz.Ia dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Kayoh Bike Club , Terengganu Heritage Cycyling Team dan Kelab Kebajikan dan Sukan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus (PENERUS).
06 Sep 17
563
Empty Image
Atlet Terengganu Sumbang Pingat Sukan SEA Bakal Peroleh Ganjaran
Ahmad Razif cuba memandu kenderaan ATV ketika merasmikan tapak dan stable Kuda bagi  Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Awasan Pantai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri akan memberikan insentif kepada 59 atlet Terengganu yang berjaya membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-29 baru-baru ini.Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jumlah insentif itu belum diputuskan buat masa ini bagaimanapun, pengagihannya akan dibuat berdasarkan skim yang ditetapkan."Penyertaan atlet anak Terengganu dalam Sukan Sea kali ini merupakan yang paling berkualiti, jadi sebagai penghargaan dan untuk meraikan kejayaan mereka maka kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas serta pemberian insentif kepada para pemenang.“Bagaimanapun jumlahnya tidak boleh diumumkan sekarang," katanya kepada sebelum merasmikan Tapak dan Stable Kuda bagi  Unit Berkuda Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Awasan Pantai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Ahmad Razif,  jumlah pingat yang disumbangkan atlet negeri ini adalah 26 emas, 13 perak dan gangsa (10).Katanya, pemenang pingat berganda adalah ratu trek negara, Fatehah Mustapa yang memperoleh empat emas; Azizulhasni Awang (2 emas); Khairul Anuar (1 emas, 2 perak); Nur Aliya Ghapar (1 emas, 1 perak, 1 gangsa); Irwandie Lakasek (2 emas); Mohd. Safarudin Abu Bakar (1 emas, 1 gangsa); Mohd. Hanafiah Dolah (1 emas, 1 gangsa) dan Zul Bahrin Mat Asri (2 perak). "Yang paling manis, apabila Azizulhasni meraih pingat emas ke-111, iaitu jumlah sasaran emas negara," katanya.Seramai 75 atlet anak negeri ini merupakan antara 844 atlet negara yang akan beraksi dalam Sukan SEA Ke-29 dan jumlah itu merupakan penyertaan tertinggi bagi atlet Terengganu berbanding 50 atlet dalam temasya sukan yang sama di Singapura dua tahun lalu.
30 Aug 17
341
Empty Image
Kejayaan Azizulhasni Hadiah Emas Ke111, Pengiktirafan Besar Buat Rakyat Dan Negeri- MB
Negara kita telahpun berjaya mencapai sasaran 111 pingat emas untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekali gus menjadi juara keseluruhan dalam temasya tersebut.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut berbangga dengan pencapaian atlet-atlet yang menyumbang kejayaan kepada negara khususnya atlet dari Terengganu.Katanya, emas ke-111 Sukan SEA disumbangkan oleh anak Terengganu, Azizulhasni Awang dalam acara pecut individu lelaki di Velodrom Nasional, malam tadi.Malah, beliau juga turut berbangga apabila seorang lagi anak Terengganu, Fatehah Mustapa turut merangkul emas ke-110 dalam acara pecut individu wanita.Tambahnya, kejayaan anak Terengganu merupakan satu pengiktirafan besar buat rakyat dan Negeri Terengganu."Dengan pencapaian itu, Terengganu bukan sahaja dikenali sebagai kuasa besar pendidikan negara malah juga kuasa besar sukan Negara.“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni dan Fatehah, serta seluruh atlet Terengganu yang mewakili Malaysia diatas kejayaan menyumbangkan pingat emas kepada Negara sehingga kita berjaya mencipta sejarah buat negara kita.“Perjalanan kita tidak terhenti setakat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sahaja. Teruskan perjuangan dan ciptalah lebih banyak cerita-cerita kejayaan sehingga ke persada antarabangsa. Rakyat Negeri Terengganu khasnya, dan Malaysia amnya sentiasa mendoakan kejayaan atlet-atlet kita,”katanya.
28 Aug 17
118
Empty Image
Pasukan Ragbi Terengganu Tunduk Kepada Johor
Ahmad Razif bersama pasukan ragbi Terengganu yang turut diwakili  Tengku Muhammad Ismail  di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Zulkifli PutraPasukan Ragbi Terengganu terpaksa akur di laman sendiri apabila tumpas dengan Johor 29-32 pada perlawanan akhir di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, petang semalam. Terengganu turut diwakili Yang diPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail  Sultan Mizan.Kejayaan itu membolehkan Johor yang juga naib juara tahun lalu menjulang Piala Agong buat kali kedua selepas pertama kali memenanginya pada tahun 2013.Juara bertahan, Perak pula berpuas hati sebagai pasukan ketiga terbaik kejohanan selepas menang tipis 16-14 terhadap Kedah pada perlawanan tempat ketiga-keempat sebelum ituJuara membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, diikuti RM10,000 bagi naib juara sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM7,000 dan RM5,000.Hadiah disampaikan Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-35 anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia yang membuka tirainya pada 29 Julai  lalu di Selangor dan berakhir semalam (26 Ogos) di Terenggganu Ini merupakan kejohanan tahunan peringkat kebangsaan bagi kategori 15 Sebelah Sepasukan dan dikelolakan bersama Persatuan Ragbi Negeri Terengganu selaku tuan rumah bagi perlawanan separuh akhir dan akhir pada edisi kali ini. Kejohanan Ragbi Piala Agong 15 pemain sepasukan Edisi Ke-35 disertai oleh 11 pasukan negeri (Ahli Gabungan KRM dan Bersekutu) termasuk ATM dan PDRM.
26 Aug 17
873
Empty Image
Anak Dungun Juara Siri Pertama Kejohanan Powerboat F3000
Yusof yang memandu D'Dalima muncul johan dalam siri pertama kejohanan F3000 Powerboat International Challenge yang berlangsung hari ini di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.Pelumba dari Dungun, Yusof Abu Bakar, 62, muncul juara dalam perlumbaan Terengganu F3000 Powerboat International Championship siri pertama dalam sirkit kejohanan tersebut yang berlangsung di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Yusof yang memandu D’Dalima berkata, beliau bernasib baik dapat memenangi perlumbaan itu memandangkan sebelum ini belum menduduki tempat terbaik dalam setiap pertandingan dan bergelar juara.Katanya, walaupun merupakan anak jati Terengganu, dia tidak pernah menyertai perlumbaan di negeri sendiri dan ternyata kali ini dia `langkah kanan' apabila berjaya mengungguli masa terpantas dan mengenapikan pencabar lain yang lebih berpengalaman."Ini merupakan kali pertama saya muncul sebagai juara dan amat bertuah apabila memenanginya di negeri ini."Sebelum-sebelum ini tiap kali hampir menang selalu ada masalah seperti enjin pecah, kipas enjin jatuh dan sebagainya. Jadi ini juga dikira nasib apabila berjaya muncul sebagai juara," katanya kepada pemberita.Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang RM20,000 berserta piala.Tempat kedua dimenangi oleh Haji Nordin Haji Mohamad dari Pasukan Brunei manakala tempat ketiga dirangkul oleh Zulfaqa Ramli yang mewakili Pasukan ZRZZ Racing Team dari Johor.Masing-masing membawa pulang Rm15,000 dan RM10,000 berserta piala.Hadiah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terenganu, Dato Mohd Yasim Awang.Turut hadir Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengurus Kelab Sukan Powerboat F3000 Malaysia, Mohd Glenn Abdullah.
26 Aug 17
640
Empty Image
Pasukan Ragbi Terengganu Diperkuat Tengku Muhammad Ke Final Petang Ini
Skuad Ragbi Terengganu berjaya menewaskan Kedah di separuh akhir sekaligus berjaya ke peringkat akhir menentang Johor di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, jam 4 petang, hari ini.Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin turut memperkuatkan pasukan Terengganu sehingga mara ke peringkat final.Baginda berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Ragbi Piala Agong 2017 Edisi Ke-35 di Primula Beach Resort, semalam.Tengku Muhammad turut berkenan meraikan pemain pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir, masing-masing Terengganu, Johor, Kedah dan Perak.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Penasihat Persatuan Ragbi Terengganu Bazlan Abdul Rahman yang juga ADUN Batu Rakit dan beberapa Exco Negeri.Ahmad Razif ketika berucap berkata, beliau berasa berbangga kerana kontinjen Terengganu yang diketuai oleh baginda ke peringkat akhir dan berharap agar skuad itu mejuarai Piala Agong tahun ini.Juara Piala Agong akan menerima hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi manakala, naib juara mendapat RM10,000.
25 Aug 17
133