lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
RTES Bolot Keseluruhan Hadiah Sultan Mizan Cup 2017
RTES berjaya merangkul kesemua hadiah pada Kejohanan Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mengungguli kejohanan Sultan Mizan Cup 2017 yang berlangsung di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu.Kejohanan yang berakhir hari ini menyaksikan RTES membolot kesemua hadiah bagi kategori 120 kilometer dalam acara individu, kumpulan dan kuda terbaik.Bagi acara individu, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Bulkhari Rozali dari RTES dengan catatan masa terbaiknya  6:12:32.Dengan catatan masa tersebut, beliau memecahkan rekod masa terbaik yang pernah dilakukannya pada 2014 iaitu 6:16:24.Kemenangan tersebut membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, piala iringan, medal, jam tangan dan pelana kuda.Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Bheom Seo dan Asri Abd Aziz yang juga dari RTES dengan catatan masa masing-masing 7:40:02 dan 7:40:26.Masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 serta piala iringan, medal dan jam tangan.Menurut Bulkhari, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kuda yang ditungganginya, RTES Annaversary untuk muncul sebagai juara individu.Namun demikian, katanya, tidak mustahil jika kuda tersebut tidak mampu untuk menamatkan perlumbaan jika terdapat sebarang masalah.Katanya, keadaan cuaca yang hujan bokeh menyebabkan  kuda sukar dikawal dan dia berusaha menenangkannya sepanjang perlumbaan."Tetapi apabila keadaan hujan, laluan ini akan menjadi rosak apabila air mulai bertakung dan menjadikannya sedikit licin."Jadi saya kena lebih banyak berjaga-jaga dengan laluan tersebut," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.Penyampaian hadiah dilakukan oleh Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan turut disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Bagi acara kumpulan pula, RTES A yang dianggotai Bulkhari, Bheom, Asri dan Shahrul Affendy Ahmad dinobatkan sebagai juara dengan catatan masa keseluruhan 21 jam 33 minit.Tempat kedua pula menjadi milik RTES B yang dianggotai oleh Datuk Sri Sharifuddin Ab Ghani, Hairie Alias, Mohd Yunus Abdullah dan Mohd Baharudin Ab Rahman dengan catatan masa 28:01:04.Tempat pertama bagi acara kumpulan membawa pulang RM20,000, piala dan medal manakala tempat kedua pula membawa pulang RM15,000, piala dan medal.Keadaan Kuda Terbaik pula dimenangi oleh kuda yang ditunggani Bulkhari, RTES Annaversary sekali gus melayakkannya membawa pulang RM25,000, piala dan pelana kuda.
14 Oct 17
246
Empty Image
Rhinos Juara Tarik Tali Kebangsaan
Rhinos dari Sabah muncul sebagai juara Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan buat kali ketiga berturut. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kumpulan dari Sabah, Rhinos muncul juara keseluruhan Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan Sempena Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah, Androd Sadian berkata, beliau amat bersyukur apabila berjaya memenangi kedua-dua kategori yang dipertandingkan, iaitu Bawah 23 dan Terbuka Awam.Katanya, skuad yang disertai oleh 25 peserta termasuk lima pegawai pengiring muncul juara peringkat kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut.Androd"Kami sangat gembira kerana usaha dan pengorbanan skuad untuk mencapai sasaran sebagai johan untuk kedua-dua kategori berhasil."Resepinya mudah iaitu mesti terus berlatih. Tiada hari tanpa latihan. Itu adalah rahsia kejayaan skuad Rhinos," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan Sempena Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Bagi kategori Bawah 23, johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, piala dan medal.Tempat kedua pula dimenangi oleh Tebuan Tanah dan ketiga Red Giants.Kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta piala serta medal.Manakala bagi kategori Terbuka Awam pula, johan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala dan medal.Dalam kategori tersebut, pasukan dari Kuala Lumpur, DBKL dan Jerung KL masing-masing muncul sebagai naib johan serta tempat ketiga.Pasukan berkenaan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan RM2,000 berserta piala dan medal.
14 Oct 17
367
Empty Image
Terengganu Lokasi Pencarian Protege Ekspeditor Negara
Sebahagian peserta yang hadir pada Programpada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah Kassim Selari dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya terutamanya di kalangan wanita, Sekretariat Aweta yang membawa misi All Women Expedition To Antartica (Aweta) 2018 kini giat memilih wanita muda Terengganu selaku pelapis kepada Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.Misi diketuai Sharifah Mazlina, yang juga wanita Islam pertama berjaya merentasi Kutub Utara sedang mengenal pasti lima wanita yang layak untuk menyertai ekspedisi yang dijadualkan pada November tahun depan.Sharifah Mazlina berkata, misi itu bertujuan melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya pada masa akan datang.“Ketika ini, negara masih kekurangan ikon dalam kalangan wanita yang boleh dijadikan sebagai contoh, sekali gus mampu dijadikan panduan oleh generasi muda hari ini."Setelah 15 tahun saya dijadikan sebagai ikon kepada masyarakat terutamanya wanita, kini sudah tiba masanya saya mencari pelapis untuk meneruskan kejayaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.Aweta 2018 merupakan kesinambungan misi ke Antartika oleh Sharifah Mazlina pada tahun 2004 (Ekspedisi Solo Merentasi Antartika 2004) untuk mengambil dan membawa balik kapsul masa yang ditanam.Menurutnya,  sepanjang tempoh 15 tahun,  dia turun padang berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada orang ramai, namun kini dia ingin mencari anak didik dan ia direalisasikan dengan misi Aweta ini."Pihaknya mahu mencari lima wanita untuk bersama-sama saya menjelajah ke Antartika yang dijadualkan pada November tahun depan."Sepanjang mengikuti latihan yang merangkumi fizikal, mental dan sebagainya ini,peserta juga akan diterapkan dengan pelbagai ilmu supaya apabila tamat misi ini nanti mereka akan menjadi ikon yang berjaya,"katanya.
10 Oct 17
40
Empty Image
Pameran Senjata Suntik Kelainan Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017
Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ketiga yang sedang berlangsung di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus membawa kelainan apabila turut menyediakan pameran senjata kepada pengunjung.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pameran seumpama itu pastinya memberi tarikan kepada orang ramai dari pelbagai peringkat usia yang sebelum ini tidak berpeluang melihat pelbagai jenis senjata dan peralatan tentera secara lebih dekat."Saya ucapkan tahniah kepada ATM yang telah berjaya menganjurkan satu program yang sudah pasti akan menarik ramai peminat."Saya juga rasa terpegun kerana pada tahun ini disertakan sekali dengan pameran persenjataan, peralatan dari tentera yang saya yakin bukan perkara mudah untuk membawanya kerana dari segi keselamatan dan sebagainya termasuk membawa helicopter untuk ke mari," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika lawatannya ke Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata program tersebut mengisi kalendar pelancongan sebagai acara tahunan.Tambahnya, program itu juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai mewarnai acara  dan menyokong inisiatif pelbagai pihak untuk menarik pelancong serta pelawat terutama yang gemarkan sukan lasak untuk ke Terengganu.
28 Sep 17
727
Empty Image
Sukan 7S1M1S Cungkil Bakat Pelajar
SK Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor menjadi juara kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) Kesungguhan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menganjurkan kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) di bawah 11 tahun berjaya mencungkil bakat muda dan pelapis sukan negara.Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBR Tan Sri Shukry Mohd Salleh, berkata kejohanan yang memasuki tahun ketiga itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Katanya YBR telah memperuntukkan sebanyak RM671,280 bagi penganjuran 7S1M1S."Kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk mencungkil bakat pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan."Pada kejohanan tahun lepas, seramai lima orang peserta telah ditawarkan untuk menyertai akademi JDT (Johor Darul Ta'zim) bagi mengembangkan lagi bakat sedia ada," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan 7S1M1S di Stadium Gong Badak, petang semalam.Majlis penutup kejohanan itu, disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bazlan Abd Rahman. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor  mengondol juara apabila berjaya menewaskan SK Cochane (WP Kuala Lumpur), manakala tempat ketiga SK Seremban 2A (Negeri Sembilan).Kejohanan yang memasuki Tahun ke-3 itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori NBOS (National Blue Ocean Strategy) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025 melalui kerjasama di antara pihak swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Kejohanan itu merupakan salah satu program Pembangunan Pendidikan YBR dengan objektif utama penganjurannya adalah bagi memberikan galakan dan dorongan kepada atlet remaja di sekolah-sekolah supaya bergiat aktif dalam kegiatan sukan serta melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.
27 Sep 17
194
Empty Image
Pengamal Media Terengganu Bakal Tawan Gunung Latimojong, Indonesia
Sebahagian dari pendaki yang akan memulakan pendakian ke Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan pada 3 Oktober nanti.Seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah APM Terengganu Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.Menteri Besar, Dato’ Seri  Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua kerajaan ini.Katanya, secara tidak langsung  ia juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya Wilayah Sulawesi Selatan. "Ini adalah satu lagi transformasi yang berlaku di negeri ini di mana misi yang akan membawa nama Terengganu ini pertama kali dianjurkan dan menariknya aktiviti ini melibatkan peserta dari kalangan media."Kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik langkah yang dilaksanakan khususnya oleh  pengamal media Terengganu dalam sama-sama membantu kerajaan menaikkan imej Terengganu menerusi pelbagai inisiatif."Semoga kembara Terengganu De Latimojong ini dapat menjadi wadah dan memberi impak yang positif dalam jalinan dua hala ini dan mengingat pendaki supaya sentiasa mementingkan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti itu.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Larian Jambatan Sultan Mahmud 2017 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjayakan misi ini dengan pembabitan anak-anak syarikat kerajaan negeri di bawah Terengganu Incorporated dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.Ahmad Razif berkata, kumpulan pendaki ini bukan berpaksikan kepada pendakian sahaja malahan turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membantu penduduk di desa  berkenaan.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman, Rozainah Zakaria berkata ekspedisi ini bertujuaan mewujudkan integrasi silang budaya di antara wilayah Sulawesi Selatan dan Terengganu."Menerusi ekspedisi  pendakian gunung luar negara ini sekaligus mendukung satu daripada lapan prinsip TTB yang berteraskan komitmen tinggi dalam misi dan visi," katanya.Beliau berkata selain itu menerusi aktiviti seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan prestasi, mental dan fizikal sejajar dengan keperluan profesion sebagai wartawan.Che Adam yang juga Chief De Mission berkata kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut."Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.Katanya, kumpulan pendaki akan turut  melakukan pertukaran logo Visit Beautiful Terengganu dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.“Pada masa sama, ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian," katanya.Tambahnya lagi, penglibatan media dalam program ini secara tidak langsung memberi kecergasan melalui siri latihan sebelum ini sesuai dengan tugas wartawan yang memerlukan persediaan kekuatan mental dan fizikal pada bila-bila masa.
23 Sep 17
25
Empty Image
Cabaran Cuaca Sejuk Bukan Halangan LAJSM 2017
Acara tahunan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang kali pertama diadakan bermula tengah malam semalam nyata memberi cabaran kepada pelari tanah air dan luar negara.Walaupun cuaca sejuk dan hujan ketika acara bagi kategori 42 dan 21 kilometer (km) ianya tidak mematahkan semangat juang peserta-peserta tersebut.Bagi kategori lelaki terbuka antarabangsa 42 kilometer, bekas pemenang acara tersebut pada empat tahun lepas, Joshpat Kiptanui Too Chobei dari Kenya muncul kembali merampas gelaran itu dengan catatan masa dua jam 28 minit dan 02 saat.Dengan catatan masa tersebut,  Joshpat mengenepikan cabaran rakan senegaranya, Elisha Kiprotich Sawe (2:28:14s) dan bekas juara tiga kali berturut-turut,  Julius Kiprotich Seurei (2:32:19s).Kategori wanita pula, pelari yang juga dari Kenya, Jemimah Wayua Musau muncul juara bagi acara itu selepas merakam catatan masa terbaik dua jam 54 minit dan 50 saat meninggalkan Naumi Jepkosgei  (3:07:53s) selaku naib juara dan ketiga,  Caroline Kigen (3:12:37s).Sementara itu, kategori lelaki terbuka pula diungguli Nik Fakaruddin Ismail yang menamatkan larian sejauh 42 km dengan masa terpantas 2:41:41s di depan Mohd Nazri Ahmad (2:52:10s) untuk tempat kedua dan Mohd Athir Ismail (2:56:53s) di tempat ketiga.Wanita terbuka dimenangi oleh Loh Chooi Fern yang pernah meraih tempat ketiga pada 2014 dalam acara 21km setelah menamatkan larian dengan masa 3:28:19s meninggalkan Foo Kam Miew (3:59:39s) ditempat kedua dan Chin Mui Yin (4:13:55s) ketiga.Juara bagi kategori utama itu menerima hadiah wang tunai RM5,000, naib juara RM3,000 dan ketiga RM2,000.Dalam pada itu, kategori lelaki terbuka 21 km pula juara menjadi milik Muhaizar Mohamad dengan masa 1:14:46s mengetepikan cabaran Poo Vasanthan Subramaniam (1:15:42s) di tempat kedua dan ketiga menjadi milik Anas Rosli (1:15:54s).Bagi kategori wanita pula juara menjadi milik bekas atlet Sukma Johor, Sheela Samivellu yang turut melakarkan hatrik kemenangannya dengan catatan masa terpantas 1:13:16s di depan Pavithra Das (1:32:36s) dan Yee Pei Ni (1:37:47s).Pemenang bagi kategori itu menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib juara RM2,000 dan ketiga menerima RM1,000.Hadiah bagi kesemua kategori tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Penyampaian Hadiah LAJSM di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Dato' Wan Hisham Wan Salleh.LAJSM 2017 pada tahun ini mencatatkan kejayaan apabila seramai 50,130 peserta menyertainya termasuk hampir 4,000 daripadanya adalah peserta dari luar Terengganu.Selain itu, peningkatan sebanyak lima kali ganda bagi kategori ‘Full Marathon’ 42 kilometer iaitu seramai 350 peserta termasuk dari United Kingdom, Great Britain, Perancis, India, Laos, Singapura, Macau, Thailand, Singapura dan Indonesia.Untuk tahun ini juga, sebanyak 23 kategori telah dipertandingkan dengan jumlah keselurahan hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang berjumlah RM204,000.
23 Sep 17
396
Empty Image
LAJSM 2017 Catat Kejayaan Tersendiri
Peserta LAJSM 2017 mengambil kesempatan bergambar dengan pemimpin nombor satu Terengganu, Dato, Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah KasimLarian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 mencatatkan impak dan kejayaan tersendiri apabila merekodkan 50,130 penyertaan termasuk hampir 4,000 daripadanya adalah peserta dari luar Terengganu.Selain itu, peningkatan sebanyak lima kali ganda bagi kategori ‘Full Marathon’ 42 kilometer melibatkan seramai 350 peserta termasuk dari United Kingdom, Great Britain, Perancis, India, Laos, Singapura, Macau, Thailand, Singapura dan Indonesia.Untuk tahun ini juga, sebanyak 23 kategori dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang berjumlah RM204,000.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia LAJSM 2017, kerajaan negeri akan merancakkan lagi acara dan aktiviti larian sebegini bagi mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat.Dengan kejayaan penganjuran acara tahunan LAJSM sebagai acara ‘pelancongan sukan’ terbesar di Terengganu juga memberi makna yang cukup besar kepada kerajaan negeri khususnya kepada penggiat industri pelancongan Terengganu.“Dengan hadirnya puluhan ribu peserta ke LAJSM ini, ianya memberikan senyuman kepada penggiat industri pelancongan khususnya di Kuala Terengganu sama ada premis penginapan, kedai makan dan pusat-pusat perniagaan lain.“Kehadiran mereka ini juga terutamanya dari luar Terengganu memberikan impak ekonomi kepada seluruh pelusuk destinasi pelancongan di negeri ini memandangkan mereka semua hadir bersama keluarga, sambil berlari sambil melancong,” katanya.Pada LAJSM 2017 itu, majlis pelepasan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.
23 Sep 17
98
Empty Image
50,000 Peserta Bakal Sertai LAJSM Sabtu Ini
Seramai 50,000 peserta dari dalam dan luar negara bakal menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 Sabtu ini.Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu, Dato’ Wan Hisham Bin Wan Salleh berkata, LAJSM kali ini merupakan platform untuk mempromosi pelancongan negeri ini yang diberi tema “Vacay-Run” iaitu mempromosi pelancongan sukan “Sporst Tourism” sempena Tahun Melawat Terengganu. Katanya, LAJSM yang menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai lebih RM204,000 menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer, 21 kilometer, 12 kilometer, 5 kilometer dan 3 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’.“Buat pertama kalinya pada tahun ini, Persatuan Olahraga Amatur Terengganu diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk mengurus dan menjayakan LAJSM dengan tema “Vacay Run 2017” iaitu berlari dan melancong sempena LAJSM2017,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, namun kali ini terdapat kelainan masa pelepasan.
“Ia akan bermula pada pukul 12 malam dan dijangka berakhir pada pukul 10 pagi,”katanya.
20 Sep 17
82
Empty Image
250 Peserta Sahut Cabaran Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017, 22-30 September Ini
Kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Armed Forces Parachute Association (MAFPA) serta Malaysia Parachute Association (MYPA) bakal menganjurkan Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (3rd Terengganu Challenge 2017) yang akan berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula 22 hingga 30 September ini.Sekretariat program, Kapten Amar Abd Aziz berkata, penganjuran melibatkan beberapa kategori itu turut disertai negara luar termasuk pasukan-pasukan tentera.“Seramai 250 peserta yang terdiri daripada anggota Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut Malaysia termasuk 40 peserta daripada Bahrain, China dan Indonesia.“Pada kejohanan kali ini, empat kategori dipertandingkan iaiatu ‘Accuracy Sport’, ‘Accuracy Military’, ‘Formation Skydiving’ dan ‘Canopy Formation Skydiving’ dengan menawarkan anggaran hadiah keseluruhan berjumlah USD10,000,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (3rd Terengganu Challenge 2017) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Amar berkata, selain daripada memperkenalkan sukan payung terjun di kalangan rakyat setempat, ia juga dijadikan sebagai salah satu platform memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan.Tambahnya, pelbagai acara sampingan turut dijalankan bagi menarik orang ramai dan peminat sukan ekstrim itu sepanjang kejohanan di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu nanti.“Pada 22 dan 23 September, kami mengadakan pertunjukan tempur tanpa senjata manakala pada 28 dan 29 September pula diadakan kawad senyap oleh pasukan tentera.“Selain itu, kami turut mengadakan pameran statik aset Tentera Darat, pameran kerjaya bersama Angkatan Tentera Malaysia serta sesi pengambilan perajurit muda Tentera Udara,” katanya.Dalam pada itu, Amar berharap agar orang ramai dapat meluangkan masa mengunjungi tapak kejohanan untuk menyaksikan sendiri kelainan serta kejutan yang bakal dipertontonkan nanti.
19 Sep 17
578