Artikel "Sukan" Terkini
Serikandi Pertaruh 27 Peserta Di Kejohanan Sukan Melaka
Wakil Serikandi yang menyertai PTIWBNM di Melaka pada tahun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Seramai 27 peserta termasuk jurulatih mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017 di MITC, Melaka selama tiga hari bermula hari ini.Serikandi diketuai oleh Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria.PTIWRBNM di Melaka pada kali ini disertai 558 peserta membabitkan 14 negeri dan mereka akan bertanding dalam perlawanan badminton serta tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.Majlis perasmian PTIWRBNM disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron.Majlis penutup program tersebut dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 25 November ini di MITC, Melaka.
22 Nov 17
38
Penjenamaan Baharu Pasukan Bola Sepak Terengganu
Ahmad Razif bersama barisan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hampir dua jam di Hotel Primula.Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju membuat pembaharuan dengan menjenamakan semula skuad bola sepak Terengganu sebagai Terengganu FC (TFC) I dan TFC II yang akan beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Perdana musim depan.Keputusan itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT yang dipengerusikan Presiden persatuan itu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar sekali gus menamatkan persoalan mengenai pasukan berstatus kelab T-Team sebelum ini sama ada kekal di Liga Super atau sebaliknya musim depan.Katanya, Liga Super 2018 hanya akan disertai skuad Terengganu yang akan dikenali sebagai TFC di bawah kendalian ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.“Pasukan TFC I ini akan dibarisi gabungan pemain terbaik daripada kedua-dua pasukan Terengganu dan T-Team, selain diperkuat dengan khidmat lima awang import berbanding empat musim ini.“Manakala pasukan TFC II pula bertindak sebagai pasukan ‘feeder’ kepada skuad TFC I di mana pasukan ini pula bermain untuk Liga Perdana. Mereka dibarisi seratus peratus pemain kelahiran Terengganu melibatkan gabungan pemain T-Team dan Terengganu serta dua pemain import,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hampir dua jam di Primula Beach Hotel , Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, selain TFC I dan TFC II, penstrukturan semula itu turut melibatkan kesemua pasukan pembangunan bola sepak Negeri Terengganu termasuk skuad Piala Presiden (TFC III), Piala Belia (TFC IV) dan Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) B-17 (TFC V).Dalam perkembangan yang sama, badan induk bola sepak Terengganu itu turut menubuhkan syarikat Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang bakal bertanggungjawab mengkomersialkan pasukan dari Terengganu sekali gus mampu bergerak sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri pada masa akan datang.“Jadi dengan langkah penjenamaan semula ini, ia sedikt sebanyak mampu mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan negeri terhadap kedua-dua pasukan melibatkan Terengganu dan T-Team sebelum ini.“Saya yakin dengan inisiatif yang dilakukan ini bukan sahaja mampu menambah kekuatan pasukan, malah berpeluang mencapai sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim depan,” katanya.Dalam pada itu, Ahmad Razif turut memaklumkan jawatan pengendali TFC II akan ditentukan dalam masa terdekat selepas perbincangan diadakan dengan jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan.
21 Nov 17
166
1,400 Peserta Meriahkan Kayuhan Hari Komuniti Bandar Hijau
Lebih 1,400 peserta memeriahkan program berbasikal sempena Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Daerah Besut (MDB), hari ini.Program bermula di Dataran Kota Putera Square, turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar dan Yang Dipertua MDB, Rashid Jusoh.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut melakukan upacara pelepasan peserta.Rashid berkata, program itu antara lain bertujuan memperluaskan aktiviti berbasikal di kalangan masyarakat terutama golongan remaja.Katanya, program itu mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malah ia turut disertai oleh peserta dari Kelantan.Beliau berkata, kayuhan sejauh 34 kilometer itu sebagai suatu kegiatan riadah ke arah membudayakan gaya hidup cergas.Selain itu, katanya, aktiviti seumpama itu juga dapat memperkenalkan beberapa lokasi menarik daerah berkenaan kepada pengunjung luar.“Program kayuhan itu juga bagi menyemai kecintaan masyarakat terhadap keindahan persekitaran danbersama menjaga kebersihan,” katanya.Rashid berkata, pihak penganjur menyediakan hadiah bernilai RM58,000 termasuk cabutan bertuah kepada pemenang dan peserta yang bernasib baik.
18 Nov 17
41
Peluang Anak Terengganu Tonjol Bakat, Keterampilan Diri Pada 18 November Ini
Tun Ahmad FaisalRakyat terengganu yang mahu mencuba nasib bagi menonjolkan bakat dan keterampilan diri untuk mewakili Terengganu boleh menyertai Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata sepanjang larian sejauh 5 kilometer tersebut berlangsung, uji bakat terbuka akan diadakan bagi memilih 10 peserta bagi mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat akhir."10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain."Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.Dalam program tersebut sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma kepada peserta yang mendaftarkan diri dengan 1,000 helai daripada 100 plus manakala 2,000 helai lagi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Tun Ahmad Faisal berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan 'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas."Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'."Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu."Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan juga dijemput di majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
15 Nov 17
56
Terengganu Muncul Naib Juara Piala Tun Abdul Razak
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif ( lima dari kanan) dan Dato' Rozi meraikan kejayaan pasukan THT yang muncul naib johan di pentas final Piala Tun Abdul Razak, malam ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPasukan Hoki Terengganu (THT) gagal mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak edisi ke-55 apabila tewas di tangan Perak 3-2 di Stadium Azlan Shah, Perak, malam ini.Dalam perlawanan yang turut disaksikan pleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas asakan.Namun demikian, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-30 melalui pukulan kencang Muhammad Najib Abu Hassan.Lima minit berselang, skuad kendalian Sarjit Singh kembali memberi kelegaan apabila menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari.Pada minit ke-52, Perak sekali lagi kembali di depan apabila pukulan kencang Muhammad Haziq Samsul berjaya membolosi gol Terengganu.Semangat juang yang tinggi, THT sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari pada minit ke-56.Seminit sebelum tamat perlawanan, Hafifihafiz Hanafi meranapkan impian THT untuk mengekalkan kejuaraan apabila menyempurnakan pukulan sudut penaltinya untuk menjadikan kedudukan akhir 3-2.Selaku juara, Perak membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 manakala Terengganu menerima wang tunai RM7,000.Dalam kejohanan tersebut, pemain THT, Faizal Saari telah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak dengan jumlah keseluruhan sembilan gol.
12 Nov 17
98
Jangan Sesekali Putus Asa Anakku - Ahmad Razif
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini memberi kata-kata semangat kepada pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa.Fatehah dilaporkan terbabit dalam kemalangan pada final keirin di siri kedua Piala Dunia yang berlangsung di Manchester awal pagi tadi.Memetik dalam akaun Twitter, Ahmad Razif turut mendoakan agar Fatehah cepat sembuh selepas terbabit dalam kemalangan tersebut."Jangan sesekali putus asa, anakku. Kejayaan tidak datang bergolek. Doa saya sentiasa mengiringi Fatehah," katanya.Susulan kejadian tersebut, Fatehah dibatalkan penyertaannya pada final keirin siri kedua Piala Dunia kerana didakwa menjadi punca kejadian pelanggaran itu di Manchaster, United Kingdom.Fatehah kemudiannya dilihat bangkit meneruskan kayuhan ke garisan penamat mendapat tepukan gemuruh penonton.
12 Nov 17
51
Hoki Piala Tun Abdul Razak: Perak, TERENGGANU.. Siapa Juara Malam Ini?
Malam ini Terengganu berdepan dengan tuan rumah Perak dalam perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2017 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.Terengganu berjaya mara ke perlawanan akhir hoki selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan 2-1 di stadium yang sana, malam tadi.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat yakin pasukan Terengganu yang memiliki ramai ayam tambatan dan pemain berpengalaman akan terus komited untuk mara walaupun Perak memiliki kelebihan barisan pemain yang mewakili skuad negara.Dato' Rozi berharap para peminat sukan Terengganu mendoakan kejayaan pasukan Hoki Terengganu (THT) malam ini sebagaimana kejayaan menuumpaskan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir sebelum itu.Beliau yang berada di Ipoh sejak semalam bagi memberi sokongan kepada pasukan itu, berharap kemenangan berpihak kepada Terengganu walaupun bertarung di tempat lawan selaku tuan rumah."Saya berharap rakyat Terengganu yang ada di ibu kota dan berdekatan bandar Ipoh datang memberi sokongan beramai- ramai."Bertarung bukan di tempat sendiri membuatkan kita lebih bersungguh dan mahu membuktikan tiada halangan melainkan peluang," kata Rozi kepada Teganukita, hari ini.Malah, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menzahirkan nada serupa dan berharap pasukan Terengganu mampu melakar kejayaan cemerlang sebagaimana rekod dalam arena sukan sebelum ini sekali gus mempertahankan kejuaraan piala berprestij negara itu.Ahmad Razif berharap para pemain memberi tumpuan sepenuhnya untuk 'moving foward' dan mencipta kecemerlangan untuk pasukan bagi menaikkan lagi nama negeri sebagai kuasa baru sukan negara. '
11 Nov 17
556
THT Bakal Pertahan Piala Tun Abdul Razak Malam Ini
Terengganu selaku juara bertahan menepati ramalan mara ke pentas final bakal bertemu Perak dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak Edisi ke-55 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam ini.Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi separuh akhir.Biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan menerusi Dangerous Lee Mathew yang memanfaatkan gerakan pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama, ayam tambatan THT, Faizal Saari mengesahkan kemenangan apabila meledak dua jaringan dalam tempoh tiga minit untuk membawa Terengganu ke perlawanan akhir.Manakala Perak pula mara selepas menundukkan Melaka 2-1 melalui penalti 'sudden death'.Perlawanan pada malam ini akan bermula jam 8.30 malam yang dijangka turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
11 Nov 17
55
3,000 Baju-T Percuma Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku
Tun Ahmad Faisal menunjukkan baju yang akan diagihkan secara percuma. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma dalam Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan 'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas."Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'."Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu."Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena program itu, di Gerbang Pelancongan Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Pengarah Projek Sky Events Management Sdn Bhd, Angeline Chuah.Tambah Tun Ahmad Faisal, sepanjang larian tersebut berlangsung, uji bakat terbuka turut diadakan kepada 10 peserta untuk mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat akhir."10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain."Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan turut akan berada di sana bagi majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
30 Oct 17
154
Sokong MB Ilhamkan Bina Litar Lumba
Pembukaan Litar Lumba Pemotoran Terengganu pada pada April lalu ternyata dapat mengurangkan gejala rempit khususnya di bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Malam kelmarin, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sekali lagi berkunjung ke litar berhampiran Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus untuk bertemu dan berbual dengan anak muda serta melihat aksi perlumbaan mereka.Kunjungan itu ternyata menggembirakan golongan itu kerana dapat bersama dengan seorang pemimpin yang bertanggungjawab mengilhamkan sebuah litar pemotoran yang lebih selamat dan terjamin untuk mereka berlumba."Alhamdulillah, masalah mat rempit di jalan raya berjaya dikurangkan memandangkan litar lumba ini dapat memberi ruang kepada peminat motor untuk berlumba di kawasan yang sesuai," kata Ahmad Razif yang dipetik melalui laman Facebook beliau.Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu, Zokri Othman berkata, beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri membina litar pemotoran itu kerana ia dapat mengurangkan gejala mat rempit."Saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri terengganu dibawa kepimpinan YAB Menteri Besar sekarang kerana berjaya mewujudkan satu pusat atau litar lumba Terenggaanu ini bagi mengatasi golongan ini menggunakan jalan raya untuk tujuan berlumba."Sekurang-kurang inilah usaha murni kerajaan bagi melihat generasi muda dapat mengadakan aktiviti secara sihat dan berdisiplin," katanya.Sementara itu seorang pesara dari Kertih Kemaman, Muhammad @ Roslan Zakaria berkata, keperihatinan Menteri Besar, Ahmad Razif yang begitu cakna dengan orang muda dengan memberi idea membangunkan sebuah litar pemotoran seharusnya disambut baik semua pihak."Ternyata pembinaan litar tu dapat mengurangkan jumlah mat rempit yang menggunakan jalan raya sebagai litar lumba dan ini sekaligus dapat mengurangkan jumlah kemalangan kerana litar yang disediakan itu adalah selamat," katanya.Sementara itu, seorang pemuda, Mohd Amirul Asjad Fadzlee, 23 dari Chukai, Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar kerana mengambil inisiatif dan tidak memandang remeh isu lumba haram dengan membina sebuah litar lumba permotoran khas itu di Gong Badak.Litar seluas 2.4 hektar mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 25,000 peminat sukan permotoran.Antara kemudahan yang disediakan termasuk Litar Cub Prix sepanjang 1.35 km dan Sprint Test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift.
28 Oct 17
79