lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
PPKM Ampang A juara Piala Presiden Sepak Takraw Terengganu 2018
Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) Terbuka Terengganu 2018. - Foto  Mohamad Firdaus MusaPasukan sepak takraw PPKM Ampang A muncul juara Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) Terbuka Terengganu 2018 selepas lawan mereka di final Gastep B menarik diri akibat kecederaan pemain dalam kejohanan yang diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, semalam.Kemenangan PPKM itu diraih ketika kedudukan semasa 9-8 apabila tekong Gastep Zulkifli Abdul Razak atau 'Sobey' mengalami kecederaan sehingga memaksa pasukan menarik diri akibat ketiadaan pemain simpanan.PPKM Ampang A membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi kejohanan manakala Gastep B menerima RM3,000 beserta trofi yang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu yang turut dihadiri oleh Presiden PSNT Mohd Shapian Ali.Bagi jurulatih PPKM Ampang A Aswadi Abdullah melahirkan rasa syukur dan mengakui saingan kali ini sangat sengit dengan penyertaan pasukan lain."Sasaran kami hanya separuh akhir kerana ramai pemain mempunyai komitmen lain dan kami hanya sempat mengumpulkan pemain pada saat akhir dan kami amat bersyukur juara,'' katanya selepas perlawanan.Pengurus pasukan Gastep B Tuan Azman Tuan Alias mengakui pasukannya terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara kejohanan."Walaupun sedih dengan keputusan yang kami lalui kami tetap bersyukur dengan naib juara ini.Pemain kami terpaksa bermain tie-break pada perlawanan peringkat ketiga suku separuh akhir jadi pemain terpaksa mengerah tenaga yang banyak bagi memenangi perlawanan itu."Dalam aksi final kami berbincang kami terpaksa menarik diri bagi mengelak kecederaan lebih teruk walaupun kami dilihat berpotensi menang kerana kami tidak membariskan pemain simpanan", katanya.Gastep B turut dibarisi pemain kebangsaan Hanafiah Dollah dan Syafiq Rahman.Sementara itu kategori Bakat Baru PSNT 2018 Tertutup Terengganu dimenangi oleh KHK Intemity B dari Kemaman yang menewaskan Kondo A (Hiliran) dengan 2-0.KHK mendapat hadiah wang tunai RM1,000 dengan trofi dan Kondo meraih RM600 beserta trofi. -Terengganu.news
07 Jan 18
302
Empty Image
Khairul Wakili Malaysia Kejohanan PES League Asia Bangkok Januari Ini
Seorang remaja tidak menyangka pembabitannya dalam permainan video bola sepak (Play Station) secara suka-suka selepas tamat persekolahan dahulu membawa tuah apabila berjaya mewakili Malaysia dalam Kejohanan Pro Evolution Soccer (PES) League 2x2 Asia di Bangkok, Thailand bulan depan.Muhammad Khairul Amin Shamsudin, 20 dari Bandar Permaisuri, Setiu, berkata, dia hanya bermain secara suka-suka selepas tamat persekolahan kerana sebelum ini dia tidak pernah mempunyai permainan `video game' itu.“Semasa tamat SPM, ayah saya belikan permainan PS3 dan pada masa itu saya bermain PES 15 mewakili Malaysia, tetapi malangnya tidak dapat meneruskan saingan mewakili Malaysia kerana tidak menang.“Saya main permainan ini secara dua lawan dua, pada mulanya dua minggu lepas ada pemilihan untuk saringan mengikut peringkat zon di Malaysia iaitu mengikut negeri,” katanya yang kini giat menjalani latihan sekiranya tiada kelas pengajian.Menurutnya, pemilihan pada masa itu dibuat di Shah Alam, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan dan pada pemilihan tersebut hanya memilih beberapa kumpulan untuk ke peringkat saringan yang dibuat di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada minggu lepas untuk saringan sekali lagi.“Pemilihan ini hanya memerlukan dua pasukan sahaja di mana terdapat dua kali saringan untuk memasuki peringkat ini.“Saringan pertama dibuat di sebuah studio di Seksyen 9, Shah Alam kerana saya belajar di Politeknik Engku Omar (Perak) dan menjalani latihan praktikal di Rawang Selangor, manakala pada hujung minggu saya akan ke sana,” katanya yang gemar bermain sukan itu pada masa lapang.Menurutnya lagi, dia akan ke Bangkok, Thailand, pada 20 Januari depan bersama rakan pasukannya bagi mewakili Malaysia ke peringkat asia yang disertai lapan buah negara termasuk Korea Selatan dan Jepun.Khairul Amin, anak sulung kepada pasangan Shamsudin Idris, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan isterinya, Hapsah Yusuff seorang guru di Sekolah Menengah Guntung, itu berkata, sebelum ini dia hanya bermain untuk satu lawan satu, bagaimanapun gagal membuktikan keupayan diri sehinggalah menyertai permainan dua lawan dua yang baru diperkenalkan untuk PES musim 2018. Tambahnya, dia bersama rakan pasukannya, Hafeez Shariffudin membuat keputusan untuk menyertai pertandingan pada kali ini memandangkan ini adalah peluang untuk mereka.“Walaupun akan berhadapan dengan pemain handalan di Asia tetapi harapan saya adalah dapat mengharumkan nama negara serta Negeri Terengganu dalam sukan itu kerana pertandingan julung kalinya disertai warga Terengganu," katanya.“Pada mulanya, ibu bapa saya tidak mengambil hal sangat pembabitan saya dalam permainan ini kerana ia hanyalah 'game' biasa tetapi selepas saya menyertai beberapa perlawanan barulah dia mula memberi perhatian dan sokongan, " katanya yang pernah mencapai beberapa kemenangan dalam sukan itu.
27 Dec 17
43
Empty Image
Ukom Juara Futsal Lima Penjuru
Barisan pemain yang mewakili Ukom pada perlawanan Persahabatan Lima Penjuru.Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul johan dalam Perlawanan Futsal Lima Penjuru di Gelanggang Futsal DS Sport, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan tersebut, Ukom yang berkongsi mata dengan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu hanya dipisahkan dengan kelebihan dua  jaringan berbanding persatuan itu.Kapten pasukan tersebut, Rosli Ariffin berkata, kemenangan tersebut adalah hasil daripada kerjasama setiap ahli yang tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa memastikan lawan tidak menguasai permainan."Selain itu, ahli pasukan juga sering memberi komitmen dan fokus dalam setiap perlawanan sebelum ini," katanya.Perlawanan itu disertai oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Jerangau, Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, dan  Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Marang.Dalam lapan perlawanan tersebut, Ukom dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu mendahului liga dengan 12 mata diikuti Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu (enam), Mardi Jeranganu (tiga) dan JKR Marang gagal meraih sebarang mata.
26 Dec 17
300
Empty Image
Gemuroh Juara Piala UMNO Kuala Nerus 2017
Pasukan Gemuroh yang muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Taman Perumahan Telaga Daing di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Gemuroh muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus 2017 yang berlangsung di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan akhir antara Gemuroh dan Taman Perumahan Telaga Daing yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Gemuroh muncul johan selepas berjaya menundukkan pihak lawan dengan jaringan 1-0.Jaringan tunggal tersebut dihasilkan oleh Mohd Jamali Mohd Nor seminit selepas bermulanya babak kedua.Dengan kemenangan tersebut, pasukan itu membawa pulang piala kejohanan, medal serta wang tunai berjumlah RM7,000.Pasukan Taman Perumanan Telaga Daing yang merangkul gelaran naib johan pula membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM5,000.Bagi tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh pasukan Tanjung Sabtu dan Banggol Tuan Muda dengan masing-masing membawa pulang medal berserta wang tunai RM3,000 dan RM2,000 bagi setiap pasukan.Dalam perlawanan tersebut juga, Mohd Hasrol Ali dari pasukan Taman Perumahan Telaga Daing dinobatkan sebagai pemain terbaik.
23 Dec 17
160
Empty Image
2,100 Peserta Bakal Berentap Pada Bantangan Jamboree Sabtu Ini
Kerajaan negeri  melalui Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu meneruskan Program Bantangan Jamboree 2017 dengan penyertaaan 2,100 pelumba basikal berbanding 1,300 peserta tahun lepas.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, daerah Marang  dipilih sebagai lokasi kejohanan memandangkan bentuk mukabuminya yang bersesuaian untuk aktiviti berbasikal lasak.Katanya, bentuk muka bumi seperti jalan raya, jalan-jalan kampung, laluan paya, denai, kebun getah dan bukit bukau amat bersesuaian sebagai cabaran kepada peserta berbasikal lasak.“Program itu sebagai kesinambungan kejohanan berbasikal lasak dan pacuan kenderaan 4x4 yang pernah dianjurkan di daerah Marang, seperti  Tesdec MTB Challenge 2017 di trek Bukit Kor dan Gondang, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 di Bukit Mawi, Kejohanan Drive Ride Mountain Bike Ride 2012 di Gong Cempedak dan  Jambori MTB 2011 di Kg Kedai Buloh dan Undang“Penyertaan 2,100 pelumba pada kejohanan kali ini, termasuk 30 peserta dari Thailand dan 10 pelumba Singapura adalah paling ramai berbanding penganjuran sebelum ini.“Dua kategori diperkenalkan iaitu Kategori Race untuk kayuhan di laluan lasak dan  Hardcore manakala kategori Jamboree lebih kepada kayuhan santai peserta amatur,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Duyong Marina, Kuala Terengganu, petang iniMenurutnya, laluan kejohanan bermula di Pantai Peranginan Kelulut, Marang kemudian melalui Kampung (Kg) Gong Chempedak, Kg Setar Kanan, Kg Batangan, Kg Jenang, Kg Alur Kumbang dan Kg Alur Tuman yang  melibatkan  sejauh 33 km.“Kejohanan off road yang menggunakan basikal mountain bike ini melibatkan 70 peratus di laluan lasak ’off road’ manakala 30 peratus trek laluan melibatkan jalan raya,”katanya.Katanya, penganjuran kejohanan kali kedua itu mampu memperkenalkan daerah Marang sebagai lokasi terbaik sukan basikal lasak dengan struktur dan diversiti mukabumi yang memberi cabaran maksimum.“Pemilihan lokasi pelepasan peserta di Pantai Peranginan Kelulut pada 23 Disember ini  menonjolkan imej negeri yang mempunyai 244 km pesisiran pantai terpanjang yang sentiasa menjadi antara keunikan destinasi Di Terengganu“Kejohanan sebegini berupaya menonjolkan keunikan produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di daerah Marang seperti Pulau Kapas, Kampung Tradisional Jenang, Pulau Kekabu, Pasar Minggu Bandar Marang dan ‘river cruise’ Sungai Marang,”katanya.
21 Dec 17
656
Empty Image
Mr AWT Classic Tawar RM60,000
Mr AWT bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 dalam kejohanan yang berlangsung pada 24 Disember ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Lapan kategori bakal dipertandingkan dalam Kejohanan Mr AWT Classic di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus pada 24 Disember ini.Pengerusi kejohanan tersebut, Mazlisham Abdullah berkata, kejohanan tersebut merupakan anjuran AWT Seven Group dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, Persekutuan Bina Badan Malaysia dan Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu.Katanya, kejohanan terbesar di Pantai Timur itu menawarkan hadiah hampir RM60,000 bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan."Bagi kategori bina badan, ianya dipecahkan kepada tiga kategori iaitu 'Men Muscle', Bina Badan Atas dan Bawah 75 kilogram (kg) . Manakala bagi kategori badan cantik ianya dipecahkan kepada lima kategori iaitu Badan Cantik Atas dan Bawah 170 sentimeter (cm), Bakat Baru Badan Cantik Atas dan Bawah 170cm dan Badan Cantik Tertutup Terengganu."Selain itu, beberapa acara selingan turut diadakan pada tarikh kejohanan tersebut antaranya 'bench press', 'squat' dan 'deadlift'," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam sidang media sempenan kejohanan tersebut di Permai Inn, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu, Mohd Hamrullah Mohd Nur.Tambahnya, dijangkakan lebih 300 peserta bakal mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Mazlisham berkata, sehingga hari ini, lebih 100 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka melalui laman web yang disediakan."Pendaftaran secara manual akan mula dibuka sehari sebelum kejohanan iaitu pada 23 Disember 2017 bermula jam 3 petang sehingga 8 malam di tapak kejohanan," katanya.
19 Dec 17
306
Empty Image
Terengganu Agih Lebih RM380 Ribu Kepada Atlet Cemerlang
Atlet Sukan Sea dan Para Asean melaung Terengganu nelang. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Terengganu mengagihkan insentif berjumlah lebih RM380,000 kepada 79 atlet Sukan SEA  dan 21 atlet Para Asea 2017 selepas kejayaan mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan  menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Kejayaan Sukan SEA/ Para Asean di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir mengiringi  baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan  Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Seramai 100 atlet, termasuk 21 atlet Para Asean  menerima insentif menerusi Skim Hadiah Kemenangan (Shake) dengan setiap atlet layak menerima  RM5,000 bagi kejayaan meraih emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 untuk gangsa.Manakala bagi acara berpasukan RM2,500 untuk pingat emas, perak (RM2,000) dan gangsa pula sebanyak RM1,500.Sultan Mizan yang memenangi pingat emas bagi acara kuda lasak (Endurance) pada temasya Sukan SEA 2017 lalu turut berkenan menerima insentif tersebut.Penerima terbanyak insentif adalah  Zulhairi Ahmad Tarmizi yang memperoleh wang tunai RM18,500 berikutan kejayaan meraih tiga emas dan satu perak pada sukan Para Asean lalu.Sementara itu, Ahmad Razif berkata, Terengganu bukan sahaja dikenali sebagai kuasa besar pendidikan negara, malah juga kuasa besar dalam bidang sukan. Katanya, perkara itu dapat dibuktikan apabila ramai atlet Terengganu  berkemampuan mencipta nama negara malah ada yang berjaya memecahkan rekod Sukan SEA baru-baru ini.“Pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur sebanyak 26 pingat emas, 16  pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya dikutip  atlet kita.“Manakala sukan Para ASEAN 2017 pula, sebanyak tujuh pingat emas, 12 pingat perak dan 11 pingat gangsa telah berjaya dimenangi oleh para atlet ,” katanya.Menurutnya, seluruh rakyat Terengganu turut berasa bangga di atas pencapaian luar biasa Sultan Terengganu, Sultan Mizan yang berjaya merangkul  dua  emas dan satu  perak dalam acara kuda lasak.“Secara keseluruhan, sukan berbasikal  paling banyak menyumbang pingat pada temasya sukan baru-baru ini apabila berjaya menyumbang 10 pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet tidak kira yang memenangi pingat emas, perak mahupun pingat gangsa. Sesungguhnya kejayaan anda semua merupakan satu kebanggaan buat negera dan seluruh rakyat Terengganu,”katanya.
17 Dec 17
193
Empty Image
Atlet Sukan SEA, Para ASEAN Terima Insentif Malam Ini
Kejayaan atlet Terengganu dalam temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini bakal dirai dalam Majlis Penyampaian Insentif Kejayaan yang diadakan di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel, malam ini.Seramai 74 atlet negeri ini telah terpilih mewakili negara dalam Sukan SEA 2017 yang berlangsung 19 hingga 30 Ogos lalu dimana daripada jumlah itu, seramai 32 orang telah menyumbang pingat emas, 15 (perak) dan 15 (gangsa).Sementara, Sukan Para ASEAN 2017 yang diadakan pada 17 hingga 23 September diwakili 28 orang atlet Terengganu dan daripada jumlah itu, seramai lima orang telah menyumbang emas, 11 (perak) dan 8 (gangsa).Setiap atlet yang mewakili negara layak menerima sumbangan sebanyak RM500 untuk setiap kejohanan yang diwakili melalui Skim Wakil Negara (SWARA).Bagi Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE), setiap pingat yang dimenangi melayakkan atlet wakil negara mendapat sumbangan untuk acara individu iaitu RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,500 (gangsa).Dan bagi acara berpasukan, RM2,500 (emas), RM2,000 (perak) dan RM1,500 (gangsa).
16 Dec 17
118
Empty Image
Terengganu Juara Keseluruhan Kapal Layar GP Monsun
Peserta bersedia untuk memulakan pertandingan  Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017. Foto Harish Fadzillah KassinCabaran Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017 dikuasai tuan rumah, Terengganu apabila muncul pasukan terbaik keseluruhan dalam kejohanan yang berakhir petang semalam, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.Kejayaan itu membolehkan pasukan negeri membawa pulang wang RM3,000 berserta piala pusingan serta piala iringan.Atlet tuan rumah berbakat besar, Asmawi Azman dinobatkan sebagai pelayar terbaik melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala pusingan dan piala iringan.Anak jati Pulau Duyong itu turut  meraih johan kategori Laser Radial Open.Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Dato’ Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri yang juga Presiden Persatuan Luncur Layar Terengganu (TWSA), A. Latiff Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh.Sementara pelayar dari Thailand, Panwa Boonnak menguasai kategori Optimis Overall manakala pelayar Kedah, Muhammad Fauzi Kaman Shah (Laser 4.7 Overall) dan Muhammad Danial Shahidan dari Perak (Laser Standard).Kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama MSNT, Jabatan Pelancongan negeri dan TWSA selama empat hari dengan tawaran hadiah keseluruhan lebih RM60,000 kepada pemenang turut menyaksikan penyertaan pasukan Thailand serta Singapura.
26 Nov 17
922
Empty Image
Permata Ashman Jaya Muncul Johan Piala Pengerusi MAYC Marang
Pasukan Permata Ashman Jaya FC muncul johan Kejohanan Liga Sepakan Penalti Piala Pengerusi MAYC Kawasan Marang Terbuka Terengganu, semalam.Kemenangan pasukan yang diketuai pengurus pasukan, Nik Rosidi Megat Deraman membolehkan mereka membawa pulang RM1,500, medal dan piala pusingan kejohanan.Manakala naib johan menjadi milik Batu Enam FC (RM1,000 dan medal) dan ketiga serta keempat pula memihak kepada Bukit Guntong FC dan Barber Womoh FC.Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM300 beserta medal.Program dua hari bermula 24 November lalu di Padang Bola Kampung Rawai, Bukit Payong  berjaya menarik penyertaan 64 pasukan itu dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Alor Limbat, Saiful Bahri Baharuddin.Turut hadir, Pengerusi MAYC Kawasan Marang merangkap Pengerusi MAYC Negeri, Amirullah Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung Rawai, Ngah Bidin.
26 Nov 17
275