lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
EKSPO TERENGGANU2018: TPM Rasmi Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad
Ahmad Zahid merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad sambil disaksikan oleh Ahmad Razif dan Yasin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kejayaan Terengganu membina litar lumba untuk anak muda turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad (KPTDIB) yang terletak di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Ketibaan beliau turut diiringi oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat.Selepas merasmikan kedai tersebut, Ahmad Zahid turut berkesempatan melakukan pelepasan ‘sprint’ bagi kategori kepala lori selain menyaksikan persembahan perlumbaan motosikal dari pelumba-pelumba cilik.Sebelum berangkat pulang, Ahmad Zahid sempat beramah mesra dengan ahli-ahli koperasi tersebut.Sementara itu, Pengerusi KPTDIB, Mohd Yasin Awang berkata kedai tersebut dibina adalah bagi memberi peluang kepada ahli-ahli untuk membeli barangan dengan lebih murah daripada kedai di luar.Katanya, empat buah kedai telah dibina di litar tersebut bagi turut memudahkan kepada peminat-peminat permotoran yang hadir ke situ untuk menyaksikan perlumbaan yang sering dianjurkan.“Tujuan saya menubuhkan kedai ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda ke arah lebih teratur dibawah bimbingan koperasi.“Kita ada empat buah kedai di sini untuk ahli-ahli koperasi iaitu kedai pakaian, barangan motosikal dan juga kedai makanan,” katanya.Tambahnya, buat masa sekarang, lebih 500 ahli telah mendaftarkan diri di bawah KPTDIB  sejak ianya ditubuhkan pada tahun lalu.“Kita tidak menetapkan yuran keahlian untuk yang berminat menjadi ahli koperasi kerana kita ingin memberi peluang kepada anak muda melabur.“Ada yang membuat bayaran bermula RM10 dan ada yang membayar RM50 bergantung kepada kemampuan mereka,” katanya.
26 Feb 18
1491
Empty Image
The Pocket Rocketman Cipta Rekod Baharu Asia
Foto Bernama.Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini, hari ini.Catatan yang membolehkan beliau mengungguli senarai pelumba pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai itu memadam rekod 9.843s yang dilakukan pelumba Jepun, Nitta Yudai di pentas kejohanan yang sama tahun lepas.Pada masa sama, catatan itu turut memadamkan rekod kebangsaan 10.074s miliknya yang dirakam pada edisi 2016 ACC di Jepun.Pelumba yang diberi jolokan 'The Pocket Rocketman' itu berkata pada awalnya misi utama adalah membuat catatan masa di bawah 10s dan langsung tidak menjangka mampu merekodkan kepantasan sehingga 9.774s memandangkan 9.8s adalah sasaran masa terpantas realisitik yang mampu dicapai.“Fokus utama saya hari ini adalah untuk cuba lakukan catatan terbaik di bawah 10s dan ketika saya sedang menunggu giliran, Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) terlebih dahulu mencatat masa di bawah 10s jadi selepas itu saya lebih bersemangat."Pada awalnya saya tidak menyangka berjaya mencipta sesuatu kerana suasana ketika saya menamatkan perlumbaan itu senyap seperti tiada apa-apa kejutan yang berlaku, namun apabila saya melihat ke skrin elektronik saya terkejut dan seakan tidak percaya dengan catatan masa itu," katanya kepada pemberita.Atlet kelahiran Dungun, Terengganu berusia 30 tahun itu sebelum ini merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lepas. -  BERNAMA
19 Feb 18
236
Empty Image
Jersi TFC Versi Pemain Mula Dijual Esok
Perbezaan antara jersi versi pemain (kiri) dan jersi versi peminat (kanan)Jersi Terengganu FC (TFC) bagi versi pemain yang akan mula dijual bermula esok dengan harga RM99.90 bakal memberi kepuasan serta keselesaan kepada pemakainya.Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof selaku pengeluar rasmi jersi pasukan tersebut berkata jersi versi pemain tersebut sangat berbeza dengan versi peminat yang mula dijual pada 3 Februari lalu.Katanya, walaupun harganya lebih tinggi berbanding dengan versi peminat, teknologi yang digunakan untuk versi pemain merupakan teknologi terkini yang memberikan keselesaan kepada pemilik jersi itu."Versi pemain ini menggunakan teknologi 'dspex' dimana kain tersebut lebih ringan berbanding jersi versi peminat menjadikannya lebih selesa dipakai."Setiap logo TFC yang ada pada jersi versi pemain juga berbeza apabila mengenakan 'High Density Rubber Rise Material' manakala logo penaja pula menggunakan kaedah 'plastisol' menjadikan logo tersebut nampak lebih teliti pembuatannya," katanya.Tambahnya, terdapat perbezaan ketara yang ditonjolkan oleh dua versi jersi TFC tersebut bersesuaian dengan kehendak peminat pasukan negeri itu."Bagi versi pemain jersi tersebut direka dengan kolar leher bulat manakala versi peminat pula kolar pada jersi tersebut berbentuk V."Selain itu, pada jersi versi pemain, terdapat pesak tambahan bagi menjadikannya lebih menarik berbanding jersi versi peminat," katanya.Selain itu, pada jersi versi pemain, terdapat tambahan logo penaja iaitu SP Bumi yang tidak terdapat pada jersi versi peminat.
17 Feb 18
432
Empty Image
KT City Fun Jaya Konsep Ketiga TTB
Peserta KT City Fun Run 2018 bergambar bersama Menteri Besar sebelum memulakan larian sejauh empat kilometer di Pulau Warisan, kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli PutraProgram beriadah, KT City Fun Run 2018  mencapai konsep ketiga dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu keluarga bahagia serta penyatuan bangsa supaya kekal harmoni sampai bila-bila, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, program yang berkonsepkan riadah bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain."Selain menjadi gelombang kepada sektor pelancongan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan rakan-rakan kerana mereka di sini juga sebagai tempat untuk bersosial."Yang paling seronok kita dapat lihat berlaku penyatuan, tidak kira bangsa dan agama, mereka dapat bersama.  Inilah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ingin mempastikan kehidupan yang harmoni yang kita perjuangkan sejak dulu, kini dan selamanya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.Seramai 4,000 peserta mengambil bahagian berlari mengelilingi  Bandaraya Kuala Terengganu sejauh empat kilometer.Peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah utama sebuah motosikal.
01 Feb 18
99
Empty Image
Kobert Taja UKOM FC
Faeez bersama pasukan futsal Ukom FC sebelum perlawanan menentang PLAN Malaysia Projek Timur bermula. Pasukan futsal Unit Komunikasi Negeri (UKOM FC) menerima tajaan jersi daripada pengeluar rasmi jersi bagi Terengganu FC, Kobert.Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof berkata, penajaan tersebut sebagai memberi semangat kepada kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan terutama bola sepak serta futsal.Katanya, selain sibuk dalam tugasan harian, mereka juga haruslah beriadah supaya lebih cergas dan cerdas, selain memupuk semangat berpasukan dan gaya hidup sihat."Apa yang dilakukan oleh Ukom FC haruslah diberi pujian. Walaupun mereka sering sibuk dalam tugasan harian, namun aktiviti beriadah tidak ditinggalkan untuk terus cergas," katanya kepada Teganukita.Penyampaian tersebut dilakukan oleh Faeez sebelum perlawanan persahabatan antara UKOM FC menentang PLAN Malaysia Pejabat Projek Zon Timur di Gelanggang Futsal Durian Burung, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan tersebut, saingan sengit antara Ukom FC dan pihak lawan berakhir dengan seri 6-6.
30 Jan 18
224
Empty Image
Jersi Terengganu FC Dijual Mulai 3 Februari
Jersi Terengganu FC (TFC) dan TFC 2 akan dijual bermula pada 3 Februari ini sempena perlawanan pertama TFC menentang PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu.Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof selaku pengeluar rasmi jersi pasukan tersebut berkata, terdapat dua versi iaitu versi peminat dan versi pemain yang akan dijual kepada peminat bola sepak negeri.Katanya, bagi keluaran pertama hanya versi peminat sahaja yang akan dijual dan penjualannya amat terhad."Pada 3 Februari ini, sebanyak 1,000 helai jersi utama pasukan versi peminat akan dijual di Kobert Store dan melalui empat agen berdaftar yang boleh dibeli di SSINS pada hari perlawanan."Manakala bagi jersi pelawat dan versi pemain pula, ianya akan mula dijual pada 9 Februari ini pada perlawanan menentang Selangor," katanya kepada Teganukita, hari ini.Tambah Faeez, harga yang ditawarkan bagi versi peminat adalah RM69.90, manakala bagi versi pemain pula berharga RM99.90."Pada musim sebelumnya, versi pemain dijual dengan harga RM129.90. Atas permintaan daripada peminat, kita kurangkan harga sebagai tanda sokongan kepada pasukan negeri," katanya.Dalam pada itu, Faeez mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menjadi pengeluar rasmi jersi pasukan Terengganu bagi musim 2018 dan 2019.
28 Jan 18
496
Empty Image
PBSNT Laksana Transformasi Untuk Tambah Baik Kelab
Foto oleh : Harish Fadzillah Abu KassimPersatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan pelbagai transformasi bagi menambah baik kelab-kelab di bawah naungannya.Antaranya adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat iaitu Terengganu Football Club Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan penubuhan syarikat itu, ianya akan mengurangkan kebergantungan kelab-kelab tersebut kepada kerajaan negeri terutamanya dari segi kewangan."Dengan penubuhan syarikat ini, sebenarnya kita sudah pergi ke satu konsep yang lebih profesional selain syarikat akan menguruskan lima pasukan di bawahnya."Jadi untuk kewangan selepas pada ini, mereka tidak akan bergantung 100 peratus kepada kerajaan. Mungkin selepas ini ada stadium sendiri dan ada lagi perkara-perkara yang menjana pendapatan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Memperkenalkan Pemain dan Jersi Pasukan Terengganu FC Musim 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Ahmad Razif yang juga Presiden PBSNT berkata, melalui gerakan transformasi itu, buat masa sekarang, terdapat lima kelab yang bernaung di bawah satu pengurusan."Terengganu FC dijadikan sebagai 'parents club' manakala Terengganu FC 2 sebagai 'feeder club'. Seterusnya kita ada Terengganu FC 3, Terengganu FC 4 dan Terengganu FC 5."Jadi maknanya sekarang kita ada satu sistem yang ada kesinambungan iaitu dengan menyediakan pelapis. Daripada bawah 17, bawah 19, kemudian bawah 21. Pasukan bawah 21 ini kita sediakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2018 nanti," katanya.Dalam program yang berlangsung malam tadi, ribuan peminat bola sepak Terengganu membanjiri stadium tersebut untuk menyaksikan pelancaran jersi bagi kelima-lima pasukan bagi musim 2018.
26 Jan 18
32
Empty Image
Atlet Tenpin Boling Jadi Duta Kecil Pelancongan Terengganu
Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Terengganu dalam Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dilantik sebagai duta kecil dalam mempromosikan Terengganu di negeri-negeri luar.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, mereka akan dibawa bersama ke luar negeri dalam program Jelajah Beautiful Terengganu (JBT).Beliau yang juga bapa angkat kepada acara sukan tersebut berkata, dengan membawa atlet muda itu, ianya juga akan memberi semangat kepada mereka."Kita nak bawa mereka ke program-program jelajah ini dan mereka akan membantu mempromosikan Terengganu melalui program JBT. Jadi ini sebahagian daripada usaha untuk membina semangat atlet berdepan orang ramai."Mereka bukan sahaja menjadi seorang atlet tapi juga akan dijadikan duta kecil untuk mempromosikan Terengganu dan kita berharap ia akan membantu membina semangat atlet-atlet muda ini agar lebih bersedia untuk Sukma," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu Bersama Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukma XIX 2018 Perak di Coral Crown Bowl Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Sabri Abas dan Ketua Pegawai Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Wan Adnan Wan Derahman.Tambah Tun Ahmad Faisal, siri jelajah tersebut akan bermula pada Februari ini di Melaka.Dalam pada itu, Wan Adnan berkata, PMINT yang dilantik sebagai jabatan angkat kepada sukan tenpin boling akan memberikan insentif terbaik kepada atlet yang membawa kejayaan kepada Terengganu dalam Sukma."Kita akan berikan insentif dengan nilai yang cukup menarik kerana jika kita memenangi emas, ini merupakan emas pertama untuk sukan boling."Malah kita tahu, sebelum ini Terengganu memang tidak kuat dalam sukan boling, tetapi dengan adanya kelengkapan yang cukup lengkap di Coral Crown Bowl, mungkin pasukan mampu mencipta kejayaan," katanya.
16 Jan 18
319
Empty Image
THT Tewas, KLHC Julang Piala Sumbangsih
Pemain yang mewakili THT dalam misi merampas Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, petang tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Hoki Terengganu (THT) sekali lagi kecewa apabila gagal merebut Piala Sumbangsih dari Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) buat kali ketiga berturut selepas tewas 4-5 menerusi penalti 'shoot out' dalam perlawanan merebut piala tersebut di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, petang tadi.Pengendali pasukan tersebut, Sarjit Singh a/l Kundan Singh berkata pemain THT bermain sangat baik dalam permainan tersebut terutamanya bermula pada separuh masa kedua."Kita bermain sangat baik, kecuali kesilapan kita menyebabkan (KLHC) dapat gol kedua. Perkara baiknya, kita bangkit dari ketinggalan 0-2,  kepada 2-2 dan itu sangat baik untuk pasukan."Sekarang kita perlu fokus kepada liga. Ia sangat penting kerana kita mahukan memegang kembali gelaran juara liga kerana tahun lepas kita tewas kepada mereka dalam 9 saat terakhir," katanya selepas tamat perlawanan.Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat.Sebelum tewas menerusi pukulan penalti 'shoot out', THT dan KLHC seri 2-2.Gol pembukaan dijaringkan oleh pasukan pelawat menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun pada minit ke-16.Pada minit ke-24, tuan rumah sekali lagi dikejutkan apabila Muhammad Hafizuddin Zaidi berjaya mengukuhkan kedudukan KLHC menerusi gol padang.Walaupun banyak peluang yang diperoleh oleh skuad kendalian Sarjit, namun kebuntuan tersebut diakhiri pada minit ke-44 menerusi pukulan sudut penalti yang di sempurnakan dengan kemas oleh Faizal Saari untuk kedudukan 1-2.Dua minit sebelum tamat perlawanan, THT berjaya menyamakan kedudukan menerusi penalti ‘stroke’ yang disempurnakan dengan kemas oleh pemain dari Argentina, Gonzalo Peillat sekaligus mengheret perlawanan ke penentuan penalti ‘shoot out’.Dalam perlawanan tersebut juga, Mohd Fitri Saari dari THT telah dinobatkan sebagai pemain terbaik.
12 Jan 18
45
Empty Image
THT Tidak Rela Dikecewakan Buat Kali Kedua
Ahmad Razif bersama pasukan THT. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKapten Pasukan Hoki Terengganu (THT), Fitri Saari tidak rela pasukannya dikecewakan buat kali kedua ditangan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila turun membuat perhitungan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Batu Burok, petang ini.Tonggak tengah kebangsaan itu bertekad turun dengan misi membalas dendam kekalahan 3-4 ditangan KLHC menerusi pukulan penalti selepas terikat 3-3 dalam masa permainan sebenar pada final Piala Tan Sri P Alagendra, Ahad lalu."Kami bukan saja tewas ditangan KLHC, tapi turut kehilangan piala yang dimenangi musim lalu. Jadi, misi kami mahu menebus kekecewaan yang kami alami, Ahad lalu dengan menjulang Piala Sumbangsih petang ini."Hanya Piala Sumbangsih masih belum kami kecapi dan berharap ia menjadi milik THT musim ini," katanya yang ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Pemain THT dan Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) yang bermain dalam Liga Hoki Malaysia TNB/MHL 2018, malam tadi.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.Pemain tengah berusia 24 tahun itu berkata, kekalahan tempoh hari memberi pengajaran berguna buat pasukan dan tidak mahu perkara sama berulang dalam perlawanan petang ini."Sepatutnya kami mengekalkan kelebihan dua gol yang diperolehi, namun kerana keghairahan memburu jaringan ia memakan diri sendiri."Jadi, saya dan rakan sepasukan akan turun dengan semangat juang tinggi bagi memastikan misi membalas dendam kami terbalas bagi mengubat kedukaan," katanya.
11 Jan 18
46