Artikel "Sukan" Terkini
Atlet Negara Juara Swimathon 2018
Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han muncul juara kategori laut terbuka. Foto oleh Harish fadzillah Abu KassimPerenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han,22, membuktikan dia juga berbisa di kategori laut terbuka apabila muncul juara Kapas-Marang International Swimathon 2018 di Pantai Kelulut, Marang, pagi ini.Pelajar jurusan Sains Sukan Universiti Malaya itu berkata, kemenangan itu merupakan satu kejutan kerana beliau mengambil keputusan menyertai persaingan itu tanpa melakukan persiapan rapi."Saya baru pulang daripada Sukan Komanwel dan hanya berharap dapat menghabiskan renangan," katanya.Tern memperbaiki cacatan masanya peribadinya apabila mencatatkan 1:25:46 berbanding 1:27:18 pada penyertaan 2016 lalu.Dalam pada itu, remaja dari Singapura, Ervina Lim,16, menggunguli perenang wanita dengan catatan 1:34:20.Ervina berkata, ini kali pertama beliau menyertai Swimathon dan tuah menyebelahinya apabila muncul juara."Kejohanan ini sangat menarik dan negeri ini sangat cantik. Saya pasti akan datang memperbaiki catatan masa tahun hadapan,"katanya yang hadir ditemani kedua ibu bapanya.Kejohanan Kapas-Marang International Swimathon 2018 tahun ini adalah penganjuran kali ke-14 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Daerah Marang dengan menghimpunkan 650 peserta daripada 24 buah negara.
22 Apr 18
366
Azizulhasni, Fatehah Dominasi Anugerah AST
Ahmad Razif meletakkan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu . Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Raja dan ratu berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sekali lagi dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati pada Anugerah Sukan Negeri Terengganu (AST) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Azizulhasni memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali pada musim 2007/2008, 2009/2010 dan 2015/2016, manakala Fatehah pula memenanginya tiga tahun berturut-turut pada 2007/2008,2009/2010 dan 2013/2014.Kejayaan Azizulhasni menjuarai acara keirin di World Track Cycling Championship di Hong Kong tahun lalu dan menghadiahkan dua emas pada temasya Sukan SEA menjadi faktor utama kepada pemilihan beliau sebagai olahragawan Terengganu.Dengan kemenangan itu masing-masing membawa hadiah wang tunai RM7,000, piala pusingan, piala iringan, sijil kepujian serta wang tunai RM2,000 kepada persatuan yang diwakilinya.Hadiah kemenangan disampaikan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada ibu Azizulhasni Selamiah Yong,54, dan Puan Esah Isa, 58 (ibu Fatehah) kerana dua atlet itu masih berada di Gold Cost bagi menyertai kejohanan Sukan Komanwel. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail pula dinobat sebagai tokoh Sukan Negeri Terengganu dengan membawa pulang piala iringan, sijil kepujian, barangan sukan serta wang tunai RM1,000.Bagi kategori olahragawan harapan pula dimenangi Syed Akma Fikri Syed Ali melalui sukan petanque manakala olahragawati harapan dimenangi Nur Iman Aina Ahmad Sabti juga melalui sukan petanque di mana kedua-duanya membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil kepujian, wang tunai RM2,500 serta RM1,000 kepada persatuan yang diwakilinya.Sementara itu, Zuhairie Ahmad Tarmizi atlet berbasikal paralimpik yang menggondol empat emas pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 pula dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Terengganu 2017.Manakala, olahragawati paralimpik pula disandang oleh atlet berbasikan paralimpik wanita iaitu Nur Shahida Tajudin yang memenangi satu perak dan satu gangsa pada temasya sukan yang sama tahun lalu. sukan serta wang tunai RM1,000.
09 Apr 18
348
Gimnasium Rakyat Dibangunkan Di Setiap DUN
Antara aktiviti dilaksanakan sempena Fit Malaysia pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTerengganu bakal membangunkan gimnasium rakyat di Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kemudahan sukan di seluruh Terengganu untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan masyarakat.Katanya, buat permulaan, kemudahan itu akan dibina di Kuala Nerus sebelum diteruskan ke setiap DUN."Kita juga merancang untuk mewujudkan program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berserta insentif untuk menggalakkan rakyat membentuk berat badan ideal," katanya ketika merasmikan Program FIT Malaysia peringkat negeri di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, pagi ini.Ahmad Razif turut mengumumkan pembinaan litar lumba kedua bersebelahan Velodrom Azizulhasni yang bakal dibina di Dungun.Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Briged Jeneral Mohd Khairy Jamaluddin juga mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan baharu di DUN Jabi untuk masyarakat sekitar Setiu.Khairy berkata, program Fit Malaysia di Terengganu pada kali ini mencatat rekod tersendiri, apabila menarik penyertaan kira-kira 25,000 peserta menerusi acara larian dan berbasikal sekali gus menjadi antara penyertaan terbesar negara setakat ini.
30 Mar 18
147
Velodrom Azizulhasni Bakal Dibina Dalam Tempoh Terdekat
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Azizulhasni . Foto Tg Syamim Tg IsmailKerja- kerja pembinaan Velodrom Azizulhasni di Dungun yang dirancang sejak beberapa tahun lalu, akan dimulakan dalam tempoh terdekatMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata velodrom bernilai kira-kira RM12 juta itu akan dibina di atas tanah seluas 12 hektar di Kampung Balai Besar, di Dungun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020."Dengan terbinanya velodrom ini, ia sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kerana memiliki prasarana sukan bertaraf antarabangsa di daerah ini."Selain itu, kita harap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pelapis berpotensi untuk mewakili negara dalam sukan lumba basikal di kejohanan peringkat antarabangsa," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peletakan Batu Asas Velodrom Terengganu di Dungun, petang ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Velodrom itu dibina sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang juga anak jati Dungun kerana berjaya mengharumkan nama negara hingga ke pentas dunia dalam acara lumba basikal.
29 Mar 18
27
Kejayaan TSG Bukti Usaha Kerajaan Tidak Sia-Sia
Kejayaan Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG) melakar sejarah muncul juara keseluruhan buat pertama kali selepas 22 tahun penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), membuktikan usaha kerajaan Terengganu terhadap pembangunan sukan berbasikal tidak sia-sia.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selaku pemimpin nombor satu negeri itu, beliau sangat berbangga dengan pencapaian pasukan TSG, malah rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, juga amat gembira dengan kemenangan tersebut."Setelah 22 tahun kita tunggu, hari ini dapat mencipta sejarah dan dicipta pasukan TSG. Sudah pasti kerajaan Terengganu akan memperkasakan lagi sukan berbasikal. Kita akan terus membantu pasukan dalam mencari bakat baharu.“Saya percaya kejayaan Ovechkin akan membakar semangat pelumba tempatan dalam pasukan TSG untuk melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.Kejayaan pelumba Rusia, Artem Ovechkin memenangi jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan untuk pasukan Malaysia, menutup saingan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang melabuhkan tirainya di Dataran Merdeka, semalam.Tiada sasaran diletakkan kepada pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu, namun beliau membuktikan kerjasama berpasukan yang erat selain sokongan padu daripada kerajaan negeri Terengganu yang membuat pelaburan besar terhadap TSG, jelas membuahkan hasil positif.Untuk rekod, Ovechkin merupakan pelumba pertama yang meraih jersi kuning untuk pasukan Malaysia sejak pengenalan LTdL pada 1996.Dalam pada itu, pelumba Itali kembali menguasai jersi hijau selaku Raja Pecut dengan pelumba pasukan Bardiani-CSF, Andrea Guardini menyambar jersi berkenaan buat kali keempat setelah memenangi jersi berkenaan sebanyak tiga kali sebelum ini - 2011, 2012 dan 2016.- Bernama
25 Mar 18
144
LTdL 2018: Penduduk Terengganu Teruja Saksi Saingan
Peluang menyaksikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang menamatkan peringkat ketiga semalam tidak dilepaskan segelintir penduduk Terengganu.Mohd Zakri Ibrahim, 37, yang berkerja sebagai penyelenggara elektrik di Kuala Nerus mengakui teruja dengan acara gemilang yang jarang disaksikan secara langsung di depan mata sendiri."Saya membawa anak- anak datang untuk memberi pengalaman menyaksikan acara peringkat antarabangsa ini. Saya harap kerajaan negeri akan terus jadi penganjur kerana Terengganu merupakan pengeluar bakat atlet basikal negara," katanya yang ditemani dua anaknya.Manakala, Zaharatul Aini Mohd Albakri,42 dari Pulau Pinang pula tidak menyangka kunjungannya ke Kuala Terengganu memberikan pengalaman berharga apabila berpeluang menyaksikan persaingan beberapa pelumba yang menamatkan perlumbaan di bandar Kuala Terengganu."Ini kali pertama saya saksikan LTdL. Ia sangat mengujakan kerana dapat melihat sendiri kelajuan dan semangat pelumba di garisan penamat," katanya.Bagi Zarif Syahmi Mohd Othman, 11, yang mengunjungi lokasi persaingan ditemani bapa dan sepupunya, Mohd Farish Mohd Rosdi,10, pula mengimpikan untuk menjadi pelumba negara suatu masa nanti."Seronok dapat lihat LTdL, saya sangat bersemangat dan mahu jadi seperti mereka suatu hari nanti," katanya.LTdL 2018 akan memulakan peringkat keempat bermula di Dungun pagi ini.
20 Mar 18
259
LTdL 2018 : Perlumbaan LTdL Suntik Semangat Peminat Sukan Berbasikal
Nik Mohd berjaya menduduki podium tempat ketiga. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 melonjakkan semangat peminat sukan berbasikal di Terengganu khususnya anak-anak muda yang melihat acara itu memberi impak positif kepada pembangunan masa depan belia.Ramai peminat sukan berkenaan hadir memberi sokongan di garisan penamat peringkat ketiga LTdL melibatkan jarak 166km dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, kira- kira jam 3 petang, hari ini.Dalam acara itu, pelumba kelahiran Pasir Putih, Kelantan Nik Mohd Azwan berjaya menduduki podium ketiga.Nik Mohd merupakan anggota polis Diraja Malaysia menamatkan kayuhan sejauh 166 kilometer dengan catatan masa 3 jam 58 minit 31 saat.Dengan kemenangan itu, beliau berjaya meraih jersi putih iaitu pelumba terbaik Asia selepas merekodkan masa keseluruhan 12:45:45 saat.Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat.Sejumlah 132 pelumba mewakili 22 pasukan berstatus jelajah profesional dunia, profesional benua, benua dan pasukan kebangsaan memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang akan meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,341km, membabitkan lapan negeri di Semenanjung Malaysia.LTdL 2018 akan bermula dari Kangar ke Kulim dengan jarak 147.9km; diikuti laluan Gerik- Kota Bharu (208.3km); Kota Bharu-Kuala Terengganu (166km); Dungun-Pekan (177.6km); Bentong-Cameron Highlands sejauh 169.4km dengan pendakian berstatus Hors di Tanah Rata; Tapah-Tanjung Malim (108.5km); Nilai-Muar (222.4km) dan tamat di Dataran Merdeka menerusi laluan Rembau-Kuala Lumpur (141.1km).
20 Mar 18
53
TSG Tubuh Akademi Cungkil Bakat Baru
Pasukan TSG bersedia beraksi pada LTdL 2018. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan menubuhkan Akademi Terengganu Pro Asia Cycling Team sebagai usaha mencungkil bakat baru dalam sukan berbasikal dari seawal usia tujuh tahun.Akademi yang dijangka bermula sebelum pertengahan tahun ini mampu melahirkan lebih ramai pelumba berkualiti dan profesional.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, inisiatif itu mampu memberi pendedahan awal kepada bakat muda untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa."Di Terengganu ramai pelumba-peluma basikal, tetapi sekarang ini mereka tidak diketengahkan malah, tidak ada peluang untuk diketengahkan.“Oleh itu kita perlu mewujudkan pasukan pelapis untuk memberi peluang dan pengalaman kepada mereka untuk menyertai acara-acara terutamanya di luar negara", katanya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada Majlis Perasmian TSG Station dan Memperkenalkan Pelumba Serta Barisan Penaja di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengarah Eksekutif TSG, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab.Rozi berkata, jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memilih pelajar yang berkelayakan termasuk mempelawa kanak-kanak yang memiliki basikal lajak untuk mencuba nasib.“Saya melihat mereka ini sangat berbakat, jika diberi peluang dan terpilih untuk bersama-sama menyertai akademi, sekurang-kurangnya mereka tidak lagi melepak di lokasi tertentu sehingga larut malam. “Buat permulaan seramai 30 pelajar di bangku sekolah rendah dengan mengutamakan anak jati Terengganu akan diserap bagi memberi pendedahan di akademi itu yang berpusat di Kuala Terengganu.“TSG akan mengendalikan akademi tersebut sepenuhnya termasuk modul pelaksanaannya,""katanya.
14 Mar 18
166
Azizulhasni, Wan Nawawi Terima Anugerah Olahragawan Kebangsaan dan Kepimpinan Sukan
Mohd Azizulhasni dan Wan Nawawi bersama anugerah masing-masing. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Anak kelahiran Dungun, Mohd Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan di Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017 yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi.Anugerah itu berjaya diraih Azizulhasni atau digelar The Pocket Rocket Man berikutan mempamerkan prestasi cemerlang di beberapa kejohanan dunia dan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos tahun lalu.Beliau pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menggegar dunia dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (UC) di Hong Kong.Dengan kemenangan itu, Azizulhasni berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil selaku pemenang utama. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri , Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dianugerahkan Kepimpinan Sukan berikutan kejayaan pasukan boling padang kebangsaan yang diketuai beliau selaku Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) yang meraih enam emas pada Sukan SEA KL2017 lalu. Tahun ini, Majlia Sukan Negara (MSN) telah menerima 83 senarai calon untuk 11 kategori yang ditawarkan yang mana jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding edisi sebelum ini, sekali gus membuktikan prestasi atlet negara kini semakin melonjak ke tahap agak meyakinkan.ASN yang diperkenalkan sejak 1966 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kejayaan cemerlang sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan tanah air.SENARAI PENUH PEMENANG ASN 2017:1. Olahragawan Kebangsaan - Mohd Azizulhasni Awang @ Muda (Berbasikal).2. Olahragawati Kebangsaan - Cheong Jun Hoong (Terjun).3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Muhammad Ziyad Zolkefli (Olahraga).4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Tiada pemenang.5. Pasukan Lelaki Kebangsaan - Pasukan Hoki Lelaki.6. Pasukan Wanita Kebangsaan - Pasukan Tenpin Boling Wanita.7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Mohd Poad Md Kassim (Olahraga).8. Jurulatih Wanita Kebangsaan - Yoong Sze Yuin (Bola Keranjang).9. Anugerah Tokoh Sukan - KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Persatuan Bola Sepak Malaysia).10. Anugerah Kepimpinan Sukan - Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (Persekutuan Lawn Bowls Malaysia).11. Anugerah Khas - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) & Hafizh Syahrin Abdullah
13 Mar 18
676
EKSPO TERENGGANU 2018: Lebih 1,000 Sertai Kayuhan Ekspo Terengganu
Antara peserta yang terlibat dalam Fun Ride sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto ehsan daripada Lokman Hamid.Lebih 1,000 penggemar sukan berbasikal di negeri ini menyertai program Fun Ride anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersempena Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.Penolong Pengarah MSNT, Nasree Najmi berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila hampir kesemua ahli kelab-kelab berbasikal di setiap daerah termasuk Setiu, Dungun dan Kemaman turun padang untuk turut sama beriadah.Menurutnya, kayuhan sejauh sejauh 23 kilometer itu bakal mengambil masa antara sejam hingga ke sejam setengah di mana peserta perlu melalui Bulatan Batu Enam, Jambatan Pulau Sekati, Cabang Tiga, Jambatan Sultan Mahmud , Pulau Duyong, Bukit Tumbuh dan kembali ke Kompleks Sukan Gong Badak.“Pada acara yang julung kali diadakan ini kita turut menyediakan hadiah lumayan kepada peserta yang bertuah dengan hadiah wang tunai RM1,000 bagi cabutan bertuah pertama dan RM500 kepada pemenang bertuan kedua dan ketiga.“Selain hadiah wang tunai kita turut menyediakan hadiah barangan elektronik kepada peserta melalui cabutan bertuah yang dilakukan selepas tamat acara kayuhan,” katanya.Dalam pada itu, Nasree berkata, MSNT akan terus memperhebatkan acara-cara sedemikian dalam usaha melahirkan masyarakat sihat menerusi aktiviti sukan selain mengcungkil bakat-bakat baharu sukan berbasikal pada masa akan datang.Pada program itu, peserta dari Kelab BMCC, Asyraf Syazwan Mazuki berjaya dinobatkan selaku peserta bertuah dengan membawa pulang hadiah wang tunai yang disampaikan sendiri, Nasree Najmi selepas tamat kayuhan santai Expo Terengganu 2018. - Sinar Harian
28 Feb 18
63