lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Peserta Luar LAJSM 2018 Meningkat Lima Kali Ganda
Wan Sukairi (berdiri tiga kiri) menunjukkan t-shirt LAJSM 2018 di Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimPeserta luar negara bagi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2018 menunjukkan peningkatan lima kali ganda kepada 2,000 orang berbanding hanya 400 peserta tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, LAJSM 2018 yang akan berlangsung 8 September depan di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dijangka disertai 50,000 peserta dari dalam dan luar ne­gara.“Sehingga kini, seramai 48,000 orang telah mengesahkan penyertaan termasuk peserta luar negara seperti Singapura, Thailand, Somalia, Yaman, United Kingdom, India, China, New Zealand serta Afrika.“Berdasarkan peningkatan bilangan peserta luar negara pada setiap tahun dimana pada 2016 hanya 100 pelari, 2017 (400) dan tahun ini seramai 2,000 yang telah berdaftar, kita percaya bahawa acara ini berupaya dijadikan salah satu platform utama mempromosikan negeri melalui pelancongan sukan sekali gus menjana ekonomi tambahan rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Presiden Persatuan Olahraga Amatur Te­­rengganu (POAT), Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Pe­ngarah Maj­lis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Wan Sukairi memberitahu, kerajaan negeri terus memberi kepercayaan penuh kepada POAT bagi me­ngurus dan menjayakan LAJSM 2018 dengan tema ‘Vacay Run’atau ‘Lari Sambil Melancong’ bagi menjayakan Visit Beautiful Terengganu.Katanya, LAJSM yag menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai RM214,000 menampilkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 12 km, lima km dan tiga km yang dijadualkan bermula pukul 12.01 tengah ma­lam sehingga pukul 10 pagi keesokannya.
25 Jul 18
137
Empty Image
Bas Kite Promosi Terengganu Sepanjang Sukma Perak
Wartawan Harian Metro, Zaid Salim menerima hadiah utama yang disampaikan A.Rahman selepas berjaya mengumpul jatuhan pin tertinggi bagi kategori VIP dalam pertandingan boling  di Pusat Boling Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu.Terengganu akan membawa 'Bas Kite' mengelilingi Bandar Ipoh, Perak sebagai inisiatif mempromosi pelancongan negeri sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Perak tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bas yang dikendalikan Syarikat Cas Ligas, anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memaparkan`Keindahan Terengganu’  itu akan bergerak di sekitar bandar, selain membawa atlet dari penginapan ke pusat latihan serta venue pertandingan bermula seminggu sebelum kejohanan sehingga tamat temasya itu.“Bas cas ligas akan bergerak di Ipoh sebagai satu promosi yang unik. Setakat ini Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama PMINT akan menyediakan sebuah bas dan mungkin menambah kepada dua bergantung kepada keperluan semasa,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Pertandingan Boling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, di Pusat Boling Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dalam pada itu, jabatan pelancongan negeri selaku bapa angkat kepada pasukan boling Terengganu mahu memastikan pegawai serta atlet yang mewakili acara itu mampu menjadi duta pelancongan dalam mempromosikan keunikan dan produk istimewa di Terengganu.Sukma Perak bakal berlangsung pada 12 hingga 22 September ini menjadi temasya sukan negara terbesar kali ke-19 yang menghimpunkan atlet dari seluruh Malaysia untuk bersaing dalam 29 sukan.
23 Jul 18
48
Empty Image
5,000 Peminat Bola Sepak Saksi Perlawanan Akhir Piala Dunia
Menteri besar menyampaikan penghargaan kepada penaja progam.Kira-kira 5,000 peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang ditayangkan melalui skrin gergasi di Pentas Budaya Pantai Kelulut, Marang, malam tadi.Pemimpin negeri yang hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah.Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik diadakan sepanjang dua hari program yang berakhir malam tadi.Antara aktiviti ialah pertandingan e-games Pro Evolution Soccer (PES), derma darah, jualan 'foodtruck', musik 'live band' dan kuliah santai yang menampilkan penceramah terkemuka, UstazAzhar Idrus.Ustaz Azhar Idrus menggamatkan progam dengan kuliah santai.Pertandingan 'Street Soccer 3 on 3' pula menyaksikan penyertaan 64 pasukan daripada lapan daerah di seluruh negeri.Ahmad Samsuri menyatakan harapan agar acara anjuran kerajaan negeri itu bukan sekadar untuk menonton perlawanan bola, sebaliknya menjadi majlis mengeratkan persaudaraan sesama masyarakat."Semoga acara yang dianjurkan empat tahun sekali ini menjadi kenangan manis kepada kita semua," katanya.Perlawanan tersebut menyaksikan Perancis akhirnya bergelar juara buat kali kedua dalam tempoh 20 tahun.Pengunjung pelbagai golongan memeriahkan program.
15 Jul 18
55
Empty Image
Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Tenpin Boling Maksak
Terengganu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2018 Ogos ini.Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata, buat julung kalinya Maksak Terengganu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang akan diadakan 8 hingga 12 Ogos di Coral Crown Bowling, Paya Bunga Square Kuala Terengganu.Menurut beliau, 18 pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli kelab Maksak seluruh Malaysia akan menyertai kejohanan termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Katanya, majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan akan diadakan 12 Ogos bertempat di Paya Bunga Sentral yang bakal disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya merangkap Yang DiPertua Maksak Terengganu.
10 Jul 18
436
Empty Image
Kurangkan Penglibatan Orang Politik Dalam PBSNT
Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri menghormati keputusan ahli-ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang sebulat suara bersetuju meminda perlembagaan persatuan dalam Kongres Luar Biasa (EGM) PBSNT 2018 yang berlangsung di Kuala Terengganu, semalam.Agenda utama yang dipersetujui ialah pindaan Artikel 33 Perkara 1 dan 2 serta Artikel 39 PBSNT yang menyaksikan jawatan presiden secara automatik akan disandang oleh Menteri Besar Terengganu.Pindaan itu menyaksikan PBSNT kini diterajui Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan peletakan jawatan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman secara rasmi susulan tampuk pentadbiran negeri kini diterajui Kerajaan PAS selepas merampasnya daripada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, berhubung jawatan Timbalan Presiden yang dahulunya dipegang mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail yang telah dikosongkan,  pihaknya sedang meneliti beberapa perkara sebelum mengisi kekosongan tersebut.“Saya sedang meneliti beberapa perkara, sebab yang paling penting sekarang ini adalah objektif yang kita hendak capai.“Paling penting, kita mahu cari jalan terbaik membentuk organisasi dari segi struktur dan kepimpinan bagi mengembalikan balik kegemilangan sukan bola sepak Terengganu. “Saya akan berbincang dengan beberapa pihak termasuk bekas-bekas pemain, jurulatih dan pihak berkaitan yang ada kepentingan dalam sukan bola sepak di negeri ini dan selepas itu saya akan membuat keputusan apa yang terbaik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kepimpinan baru PBSNT di Majlis Perasmian Penutup Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Dalam pada  itu, Wan Sukairi berkata, pihaknya menyambut baik keputusan PBSNT yang mahu Presiden PBSNT ditentukan kepada individu yang menjawatan sebagai Menteri Besar.“Kita menghormati apa yang telah diputuskan di peringkat persatuan dan seperti yang telah  diputuskan secara automatik Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menjadi Presiden PBSNT menggantikan mantan Menteri Besar yang lalu.“InsyaAllah, di peringkat Timbalan Presiden ianya akan dilantik dengan persetujuan presiden,” ujarnya.Menurut beliau lagi, kerajaan negeri juga akan mengurangkan kebergantungan PBSNT kepada orang politik secara berperingkat-peringkat bagi memastikan pengurusan persatuan itu bergerak lancar.“Kerajaan negeri akan mengikuti apa yang diputuskan dalam EGM sehingga sampai ke satu peringkat PBSNT dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang politik secara beransur-ansur.“Namun begitu ia mungkin akan memakan masa satu hingga dua tahun kerana kita hanya akan melepaskan PBSNT apabila persatuan ini berada pada tahap yang kita yakin dapat berdikari termasuk dari sudut kewangan dan kepimpinan,” ujarnya.Selain itu juga, menurut beliau lagi, strategi untuk mengurangkan kebergantungan persatuan kepada penglibatan orang politik adalah bagi membantu pemain menonjolkan permainan yang lebih bermutu. “Kerajaan negeri akan kurangkan penglibatan orang politik dalam persatuan ini kerana setelah sekian lama orang politik menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PBSNT, prestasi pasukan bola kita tidak konsisten, kadang naik dan kadang turun.“Kita mahu lihat persatuan boleh berdikari dan juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada kewangan kerajaan negeri,’ ujarnya.Katanya, beliau juga mengharapkan pengurusan baru PBSNT bukan sahaja dapat berjalan dengan baik tetapi dapat meningkatkan lagi prestasi bola sepak Terengganu ke peringkat tertinggi seperti yang dipamerkan oleh sukan berbasikal apabila menunjukkan prestasi begitu cemerlang.
08 Jul 18
256
Empty Image
Sultan Mizan Sertai Saingan 40km RTES-STC Endurance Ride
Sultan Mizan turut beraksi bagi kategori 40km di kejohanan RTES-STC Endurance Ride 2018. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd NoorKejohanan RTES - STC Endurance Ride 2018  yang berakhir semalam meriah dengan penyertaan lebih 30 penunggang dalam dan luar negara.Kejohanan berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di  Lembah Bidong, Setiu itu diadakan selama empat hari bermula 28 Jun lalu dengan empat kategori dipertandingkan.Kategori 180km dan 40km dipertandingkan pada 28 Jun dan acara pelepasan disempurnakan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Paling menarik, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan menyertai kategori 40km.Manakala, kategori 80km dan 120km pula memulakan saingan pada hari berikutnya. Perlumbaan kategori itu yang tamat semalam penunggang UniSZA Endurance, Nazulki Muda dan penunggang KAET, Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama.
03 Jul 18
551
Empty Image
200 Meriahkan Kabat Bukit Maras
Para peserta merakamkan kenangan di puncak bukit.Seramai 200 peserta terdiri dari remaja, dewasa dan kanak-kanak memeriahkan program Kabat Bukit Maras yang diadakan di Kampung Maras, Tepoh, semalam.Kabat, sebuah istilah rakyat Terengganu yang merujuk kepada aktiviti mendaki ini dianjurkan oleh Persatuan Luncur Udara Terengganu, Amazing Terengganu dan Fit Terengganu sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan memanfaatkan persekitaran tempat tinggal mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang turut bersama dalam program itu berkata kerajaan turut merancang untuk membangun puncak pada ketinggian 1100 meter itu sebagai pusat rekreasi baharu bagi penduduk sekitar.Pemandangan sawah padi dari puncak menarik perhatian pendaki."Pejabat Daerah Kuala Nerus telah meneliti potensi lokasi ini dan bersetuju untuk membina kemudahan asas iaitu pondok rehat dan tandas awam di puncak bukit."Manakala, trek pendakian akan diperbaiki dengan aspek keselamatan tanpa tanpa pengubahsuaian bagi mengekalkan ekosistem dan alam sekitar," katanya.Beliau memaklumkan perancangan itu dijangka akan disepakati dalam masa terdekat setelah segala aspek diselidiki terlebih dahulu.
30 Jun 18
587
Empty Image
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu
Ahmad Samsuri bersama isteri mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak. Harish Fadzillah Abu KassimKira-kira 15,000 orang hadir ke rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Orang ramai mengambil masa lebih satu jam untuk bersalaman dengan Ahmad Samsuri dan Isteri Tuan Faizah  Tuan Abdul Rahman sebelum menikmati pelbagai juadah disediakan.Walaupun terpaksa berdiri dan beratur di tengah panas terik, ia tidak menghalang rakyat termasuk mereka yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.Tiada riak keletihan pada pada wajah Ahmad Samsuri dan isteri yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.Lebih 200 juadah termasuk laksam, sate, nasi dagang, nasi minyak,keropok goreng segera dan pelbagai kuih muih disediakan untuk pengunjung.Malah, rumah terbuka pemimpin terbabit bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat malah anak perantau dan penduduk luar Terengganu
14 Jun 18
236
Empty Image
Terengganu Mahu Rampas Juara SUKMA 2018
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri (tengah berbaju hijau) bersama Wan Sukairi turun padang memberi sokongan bersama tetamu kenamaan lain bagi menyaksikan bola sepak akhir Liga Juara-Juara, Liverpool menentang Real Madrid dalam Program 'Meh Tengok Bola' di Gelanggang Budaya Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, awal pagi tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Terengganu akan memastikan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 di Perak pada September ini menjadi milik mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan mengatur persiapan serta perancangan rapi bagi menghadapi temasya tidak lama lagi itu.Katanya, Terengganu yang sebelum ini gah dalam persada sukan tanah air sudah dua kali gagal mempertahankan kejuaraan SUKMA pada temasya terdahulu. Kali terakhir Terengganu muncul juara sukan dwitahunan itu adalah pada 2012, selepas bergelar juara bertahan sejak edisi 2008 lagi.“Terengganu dua kali tidak berjaya mengekalkan juara pada SUKMA  dan kerajaan negeri akan memastikan kita dapat merampas semula kejayaan itu.“InsyaAllah kita akan melihat keperluan dan persiapan yang sepatutnya supaya tahun ini juara menjadi milik kita. Kita juga berharap semua rakyat Terengganu mendoakan kejayaan ini,”katanya ketika berucap di Program 'Meh Tengok Bola' di Gelanggang Budaya Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, awal pagi tadi.Program anjuran kerajaan negeri sempena perlawanan akhir secara langsung Liga Juara-Juara antara Liverpool menentang Real Madrid yang berkesudahan Real Madrid menang 3-1, disiarkan menerusi layar gergasi, berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung di kalangan anak muda  terutama peminat bola sepak.Turut hadir memeriahkan program itu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Sebelum perlawanan bermula pada jam 2.45 pagi, orang ramai berpeluang menyertai sembang santai bersama tokoh anak muda dan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.Selain itu, turut diadakan pertandingan PS4, jualan `carboot', cabutan bertuah dan program bersahur serta siaran langsung perlawanan Liga Super antara Terengganu dengan Melaka yang turut dipancarkan menerusi layar gergasi dan menyaksikan tuan rumah menang 1-0.
27 May 18
52
Empty Image
RM3 Juta Bina Padang Sintetik Kemaman
Penduduk di Kemaman khususnya golongan muda dapat memanfaatkan padang sintetik baharu yang pertama di Terengganu bernilai RM3 juta hasil cetusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semasa beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan dahulu, Najib memberi idea untuk membina satu padang sintetik di Kampung Mak Chili, Kemaman dan inisiatif itu amat ditunggu-tunggu serta kini menjadi kenyataan.“Kemudahan padang sintetik ini menelan kos pembinaan hampir RM3 juta dan kos penyelenggaraan amat rendah serta ia kekal selama tujuh hingga lapan tahun dan tiada sebarang masalah jika dibandingkan dengan kos padang biasa.“Kita bayangkan cuaca sangat mencabar dan hari ini Kemaman dapat laksanakan padang sintetik siap pada waktu sepatutnya dan pemain peringkat negeri mahupun kebangsaan juga boleh menggunakan padang ini.“Selain itu, akan ada penambahan bilik persalinan, pusat bina badan dan lampu dari semasa ke semasa,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Kemaman di Mini Stadium Kampung Mak Chili, Kemaman, hari ini.Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap calon BN DUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said, calon BN DUN Cukai, Dato’ Mohamed Awang Tera dan calon DUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.Menurut Ahmad Shabery, orang ramai boleh menikmati padang sintetik itu yang  secara tidak langsung mencetus era pembangunan bola sepak di Bandar Kemaman.“Pengalaman Kemaman mempunyai padang hoki yang merupakan antara penyumbang besar melahirkan pemain hoki Malaysia.“Saya berharap bermula dari padang sintetik ini Kemaman dapat melahirkan pemain bola sepak untuk negeri atau negara pada masa akan datang,” katanya.
05 May 18
1098