lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
RM500 Untuk Pemenang Pingat Emas Acara Memanah SUKMA
Ustaz Mohd Nor Hamzah memberikan motivasi kepada para atlet acara memanah SUKMA. Foto - Syaiful Mustafa Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinSagu hati RM500 akan diberikan kepada atlet Terengganu yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam dalam acara memanah Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan berlangsung di Perak tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, RM500 akan diberikan sebagai hadiah kepada pemenang pingat emas dalam acara tersebut.Beliau yang merupakan bapa angkat kepada Pasukan Memanah Terengganu bersedia memberikan sumbangan peribadi itu untuk menghargai dan menaikkan motivasi pemain-pemain pasukan negeri.“Semoga mendapat pertolongan daripada Allah untuk memberikan kemenangan kepada anda semua yang telah berusaha dengan gigih."Kita perlu mengharumkan Negeri Terengganu bahkan mengangkat sukan memanah ini sebagai sukan yang hebat.."Saya yakin dan positif terhadap pasukan ini, mudah-mudahan mereka mampu mencapai keputusan yang baik dan membawa pulang sekurang-kurangnya 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas Lawatan Bertemu Pasukan Memanah Negeri Terengganu di Padang Sasar Scout Inn, Seberang Takir, semalam (15 Ogos).Kejohanan tersebut akan berlangsung di Padang Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak, pada 15 hingga 21 September 2018.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memberikan motivasi dengan menyatakan bahawa mereka yang bersungguh-sungguh dalam sukan memanah ini akan mendapat pahala.Ianya kerana memanah ialah antara perkara yang menjadi sunnah dalam ajaran Islam.Beliau juga berpesan supaya para pemain dapat menjaga dan meningkatkan  kesihatan mental dan jasmani dalam persediaan menghadapi pertandingan yang akan menjelang tidak lama lagi.Lawatan Ustaz Mohd Nor Hamzah bertemu pasukan memanah Negeri Terengganu bertujuan untuk melihat tahap prestasi dan juga menyuntik semangat kepada para atlet.Pasukan ini terdiri daripada 14 orang atlet. Mereka berlatih setiap hari kecuali hari Selasa dan dibantu oleh beberapa jurulatih yang profesional.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu bersama Pengurus Pasukan Memanah, Jailani Halus.
15 Aug 18
515
Empty Image
Terengganu Jadi Tuan Rumah Boling Padang Asia
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berucap dalam sidang media tersebut. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Terengganu bakal mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018  yang akan berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.Kejohanan selama 4 hari dan berakhir 28 Ogos depan itu  menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi kejohanan itu merupakan satu pengiktirafan besar dan perlu dibanggakan.Katanya,  pemilihan itu bermungkinan disebabkan  Terengganu memiliki kemudahan gelanggang boling padang antara yang terbesar di Asia.''Gelanggang  yang dinaiktaraf membabitkan peruntukan RM6 juta  itu pernah dijadikan gelanggang temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan pelbagai kejohanan sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media kejohanan sukan itu di Hotel Permai, petang ini.Wan Sukairi berkata, seramai  118 atlet iaitu  88 atlet  tempatan dan 30 atlet luar negara membabitkan negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura menyatakan minat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.“Kerajaan negeri percaya dengan penganjuran program seumpama itu berupaya menghimpunkan pemain-pemain boling padang professional dan amatur, selain menaikkan imej Terengganu di mata dunia,” katanya
15 Aug 18
87
Empty Image
30 Atlet SUKMA Dirai
Kuala Nerus - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman meraikan kira-kira 30 orang  atlet sukan bowling dan bola jaring di satu majlis hi-tea di Restoran Warisan Sari,  Tok Jembal di sini pada 14 Ogos.Arrifin (berkod) dan Haji Tun Ahmad Faisal (tiga,kanan) bertanyakan sesuatu kepada atlet SUKMA XIX. Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ratu Bowling Negara, Shalin Zukafli bersama rakan-rakan beliau  yang akan ke Palembang tidak lama lagi.Dalam status facebooknya Ariffin berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu."Saya selaku bapa angkat sukan bowling SUKMA tahun ini, berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu, " katanya.Sebelum itu Kerajaan Terengganu berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan dengan misi ‘Win Back Mission 2018’ dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 di Perak bermula 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan meletakkan  69 pingat emas sebagai sasaran pencapaian untuk merampas kembali kejuaraan sukan berkenaan tahun ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.
14 Aug 18
33
Empty Image
20 Pasukan Rebut Piala ADUN Jabi
Kejohanan Bolasepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi membuka tirai semalam dengan penyertaan 20 pasukan.Kejohanan yang dijangka berakhir pada penghujung September menjadi perintis di Terengganu sebaik peralihan kerajaan yang baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.Perlawanan antara Kepala Gajah FC vs Felda Selasih FC di Padang Bola Kampung Kerandang, menjadj pembuka tirai kejohanan.ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, kejohanan itu merupakan medan untuk mengembangkan bakat dan menghimpunkan anak muda DUN berkenaan ke arah aktiviti  yang lebih sihat.Kata beliau lagi, acara yang melibatkan anak muda itu juga agenda yang diberi keutamaan kepimpinan baru kerajaan Terengganu.
11 Aug 18
215
Empty Image
Kontinjen JBPM Capai Sasaran Pingat SUKBOM
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustaman (berdiri, tengah) meraikan kejayaan atlet kontinjen Terengganu dalam Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2018 di Melaka yang berakhir Isnin lalu.Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu membawa pulang 10 pingat emas dalam Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2018 di Melaka, baru-baru ini.Timbalan Penguasa JBPM, Rozizah Abnihajar yang juga ketua kontinjen berkata, kutipan tersebut mencapai sasaran dan turut melakar sejarah tersendiri dengan dinobatkan juara keseluruhan bagi acara ping pong dengan jumlah pungutan dua emas dan satu gangsa.Jelasnya, kesemua 10 pingat emas itu turut diperoleh menerusi acara badminton, olahraga, bowling, 'Mr Wonderful' dan golf."Penyertaan kali ini merupakan pencapaian terbaik terutama dalam acara balapan, dan kejayaan ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan atlet."Kontinjen yang melibatkan 82 orang atlet memberikan kerjasama yang cukup baik sehingga meletakkan JBPM Terengganu di tangga keenam berbanding kedudukan kelapan dalam SUKBOM 2016 yang lalu di Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam.Rozizah yang juga Ketua Balai JBPM Kuala Terengganu turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..SUKBOM 2018 berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), menyaksikan kontinjen ibu pejabat muncul juara keseluruhan menerusi kutipan 22 emas.Kejohanan dwitahunan akan datang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada tahun 2020.
08 Aug 18
268
Empty Image
Terengganu FC II Kekal Sebagai `Feeder Team'
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)  bersetuju untuk mengekalkan Terengganu FC II (TFC II) sebagai pasukan 'feeder team' (pasukan simpanan), manakala pasukan utama Terengganu Football Team I (TFC I) akan terus dimantapkan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.Keputusan mengenai kedudukan pasukan kedua negeri itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT pertama yang dipengerusikan Presidennya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Timbalan Presidennya,  Hishamuddin Abdul Karim yang juga Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pasukan kedua Terengganu itu akan terus bersaing dalam Liga FAM 2019."Sehubungan itu juga, PBSNT juga bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan yang akan bertanggungjawab menguruskan pembangunan bola sepak negeri ini dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik"BSNT juga menyusun beberapa langkah proaktif dalam memperkukuhkan saingan di masa hadapan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa. Tumpuan buat masa ini adalah untuk Piala Malaysia dengan mengharapkan agar pasukan TFC terus mara dan bangkit.Tengku Farok berkata, kerajaan negeri dan PBSNT berharap agar perancangan dan keputusan berkenaan akan membuahkan hasil yang positif dalam perkembangan bola sepak negeri.
08 Aug 18
45
Empty Image
Terengganu Usul Lima Isu Kepada Menteri Belia Dan Sukan
Terengganu membangkitkan lima perkara kepada Kerajaan Pusat termasuk isu peruntukan khas kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Terengganu Cycling Team (TSG) seperti yang  dijanjikan oleh Menteri Belia dan Sukan terdahulu, dalam mesyuarat di Putrajaya, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, permohonan insentif khas itu berdasarkan kejayaan cemerlang atlet Terengganu dan juga kecemerlangan sukan berbasikal di mata dunia yang dicapai oleh TSG.Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyentuh pembinaan Velodrom berbasikal di Dungun, Pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Pembinaan Kompleks Sukan Mini di Jabi, Setiu dan Pembinaan Pusat Rekreasi Air di Pulau Duyong."Semua projek ini sebahagiannya telah pun diletakkan batu asas pembinaan dan telah diumumkan sendiri oleh menteri terdahulu, juga oleh kementerian dan diluluskan dalam perancangan projek RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10)."Dengan pendekatan politik yang matang ditunjukkan oleh YB Menteri, saya yakin ianya akan dapat dilaksanakan dan direalisasikan," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas Mesyuarat Bersama Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, semalam.Turut hadir dalam mesyuarat itu semua Exco Belia Dan Sukan Negeri-negeri seluruh Malaysia.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut menzahirkan rasa senang dengan sikap matang yang ditunjukkan oleh YB Menteri apabila berulang kali memberitahu untuk memastikan pembangunan sukan dan projek berkaitan tidak akan diabaikan serta tetap akan melaksanakan pembangunan itu di negeri pembangkang seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.Malah, menurut beliau lagi, Saddiq juga bersetuju untuk melakukan lawatan ke Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk menyelaraskan semua perkara berkaitan kementeriannya di antara kerajaan pusat dan negeri secepat yang mungkin.
07 Aug 18
390
Empty Image
SUKMA XIX: Terengganu Hasrat Rampas Kembali Kejuaraan
Oleh Suhaimi TaibKerajaan Terengganu berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan dengan misi ‘Win Back Mission 2018’ dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke XIX di Perak bermula 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan meletakkan  69 pingat emas sebagai matlamat pencapaian untuk merampas kembali kejuaraan sukan berkenaan tahun ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.Katanya, Terengganu pernah muncul juara keseluruhan sebanyak empat kali berturut-turut dari tahun 2008 hingga 2012.Pada kejohanan bagi edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu, Terengganu menduduki tempat ketiga di belakang Selangor dan Sarawak selepas memperoleh 47 pingat emas, 42 (perak) serta 44 (gangsa).Menurut beliau, sukan yang menjadi tumpuan sebagai target pingat emas ialah lumba basikal, judo dan memanah.Katanya, pencapaian  dalam sukan lumba basikal sebelum ini  ialah Mohammad Azizul Hasni Awang, merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008.Beliau telah dianugerahkan  Olahragawan Kebangsaan sempena Anugerah Sukan Negara 2017 di Kuala Lumpur baru-baru ini.Semetara pencapaian terbaharu sukan judo pula ialah sebanyak 15 pingat emas , enam pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya diraih oleh 32 atlet   Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA)  dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung di Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor, pada 7 dan 8  April lalu.Atas kejayaan itu, TEJA menerima insentif kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM26,200.00 keseluruhannya.Menurut laporan Portal Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Farah Aqilah Azlan merupakan atlet yang menerima ganjaran tertinggi sebanyak RM1,500.00 setelah berjaya merangkul satu pingat emas bagi acara 52kg ke atas dan satu pingat gangsa bagi acara Judo Kata (Uke).Pada 1 Ogos lalu Menteri Besar Terengganu Dr. Samsuri Mokhtar telah melantik dan menyerahkan watikah perlantikan kepada Bapa Angkat untuk  29 Kontinjen SUKMA di Perkarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).Mereka termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Haji Alias Razak (Kontinjen Berbasikal), Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Omar (Kontinjen Badminton), Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri, Dr. Haji Mamad Puteh (Kontinjen Hoki).Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Abdul Rahman (Kontinjen Angkat Berat), Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri 2, Abdul Razak Ibrahim (Kontinjen Karate), Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim (Kontinjen Bola Sepak).Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Zainal Abidin Mohamed (Kontinjen Akuatik), Pegawai Daerah Setiu, Haji Rosdi Awang (Kontinjen Gimnastik), Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim (Kontinjen Lawn Bowls), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah (Kontinjen Memanah).Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahari Mamat (Kontinjen Menembak), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Haji Hishamudin Abdul Karim (Kontinjen Olahraga), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Haji Ridzuan Hashim (Kontinjen Pencak Silat).Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Haji Ahmad Shah Muhamed (Kontinjen Perayu Layar), Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairudin Aman Razali (Kontinjen Sepak Takraw), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (Kontinjen Skuasy), Ahli Parlimen Setiu, Haji Shaharizukirnain Abdul Kadir (Kontinjen Taekwando).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman (KontinjenTenpin Bowling), Timbalan Pengerusi  Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Sulaiman Sulong (Kontinjen Wushu), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awan, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Saiful Azmi Suhaili (Kontinjen Bola Baling).Pengarah Pelancongan Negeri, Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak (Kontinjen Bola Jaring), Pegawai Daerah Besut, Haji Shahidan Embok (Kontinjen Bola Keranjang), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Haji Hanafiah Mat (Kontinjen Golf), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Haji Hilmi Harun (Kontinjen Judo).Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Maliaman Kassim (Kontinjen Kriket), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Haji Alias Harun (Kontinjen Muay Thai), Ahli Parlimen Dungun, Haji Wan Hassan Mohd. Ramli (Kontinjen Petanque).Timbalan Pengerusi Jawantankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Haji Wan Hapandi Wan Nik (Kontinjen Ragbi) dan  Ahli Parlimen Kemaman, Haji Che Alias Hamid (Kontinjen Tinju).Sementara itu, Ustaz Wan Sukairi berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta untuk kejayaan cemerlang dalam sukan berkenaan tahun ini.Atlet-atlet Terengganu dilatih oleh seramai 133 orang jurulatih termasuk 10 orang jurulatih luar negara membabitkan sukan akuatik, badminton, bola jaring, hoki, kriket dan sepak takraw.Di samping itu mereka juga dilatih oleh 53 jurulatih sambilan dan 70 orang jurulatih sepenuh masa bagi memantapkan prestasi dan keupayaan mencapai kemenangan dalam sukan berprestij itu.“Sebanyak 217 program latihan intensif telah diadakan termasuk 41 daripadanya diadakan di luar negara.“Manakala kem jati diri dan ‘team building’ berjumlah 28 siri kem,” jelasnya.Sebanyak 472 kejohanan telah disertai sejak awal penyediaan kontinjen iaitu sejak  bulan November tahun 2016 meliputi 84 kejohanan yang diadakan di luar negara.Tinggal lagi usaha yang gigih perlu digembelengkan antara pelatih dan atlet dengan dokongan bapa-bapa angkat yang dilantik.Negeri Terengganu berpeluang cerah untuk menjadi juara berdasarkan perkembangan latihan dan pencapaian semasa kontinjen.Menurut Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Latihan Kotinjen telah memasuki fasa akhir.Seluruh jentera telah digerakkan secara agresif supaya kontinjen negeri bersedia sepenuhnya untuk merealisasikan misi tersebut dengan membawa piala kejuaraan pada 22 September nanti.Ustaz Wan Sukairi dan Timbalannya Haji Hishamudin bertemu sendiri dengan atlet-atlet SUKMA bagi memberi sedikit sebanyak  suntikan semangat kepada mereka.Kontinjen negeri akan menyertai kesemua  26 jenis sukan yang dipertandingkan.“Bagaimanapun kita hanya menyertai sebanyak 85 peratus dari keseluruhan acara yang dipertandingkan,” jelas Ustaz Wan Sukairi.Kontinjen Terengganu tidak menyertai beberapa acara dalam sukan akuatik, gimrama, badminton, karate, pelayaran, olahraga, taekwando dan wushu.“Namun 85 peratus merupakan peratusan tertinggi dalam sejarah penyertaan kontinjen Terengganu setakat ini,” jelas beliau lagi.
05 Aug 18
181
Empty Image
Terengganu Tekad Rampas Kembali Juara Keseluruhan Sukma 2018
Ahmad Samsuri menyerahkan surat perlantikan kepada ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang merupakan bapa angkat bagi acara olahraga pada Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu bertekad untuk merampas semula kejuaraan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini selepas kali terakhir meraih kejayaan sejak 2008 hingga 2012.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dengan sasaran 69 pingat emas kontinjen Terengganu yang diwakili 555 atlet optimis mampu merampas kembali gelaran juara keseluruhan dimana sasaran pingat emas kali ini diharap dapat dijelmakan menerusi acara berbasikal, judo dan memanah.“Kerajaan negeri sehingga kini telah membelanjakan sebanyak RM8 juta sebagai persediaan menghadapi SUKMA kali ini,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, Wan Sukairi berkata, pelantikan bapa angkat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan ketua jabatan itu diharap memberi kesan positif kepada pencapaian cemerlang atlet yang bertanding pada Sukma edisi kali ini.Katanya, perlantikan bapa angkat juga bertujuan memastikan kelancaran seluruh aktiviti dan memberi suntikan semangat serta menjaga kebajikan anak buah masing-masing.Sebagai rekod, Terengganu muncul juara keseluruhan buat julung kali ketika menjadi tuan rumah temasya Sukma 2008 apabila meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.Lebih manis, Terengganu mencipta rekod apabila muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukma 2012 di Pahang.Ketika itu, kontinjen Terengganu dinobatkan selaku juara selepas berjaya membawa pulang 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.
01 Aug 18
48
Empty Image
"Teruskan `Me-rocket' The Pocket Rocket Man" - MB
Kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh warga Terengganu dalam bidang akademik, sukan dan sebagainya hingga ke peringkat antarabangsa.Kejayaan `The Pocket Rocket Man', Azizulhani Awang yang merangkul  Pingat Emas di Piala Basikal Trek China 2018, dalam acara kegemarannya iaitu Keirin, baru-baru ini membanggakan seluruh kepimpinan dan rakyat Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar' mengucapkan tahniah kepada anak Terengganu yang memahat nama di persada dunia itu."Kegigihan beliau yang konsisten berlatih dan terus mencipta kejayaan perlu dijadikan dorongan kepada anak muda lain."Teruskan "me-rocket" The Pocket Rocket Man!," ulas beliau lagi.Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menerima suntikan berharga menjelang Sukan Asia di Jakarta-Palembang, bulan depan selepas memenangi pingat emas kedua pada kejohanan Piala Trek China 2018 di Taiyuan, China pada Khamis lalu. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, yang meraih pingat emas pertama dalam acara pecut pada Rabu, meneruskan kayuhan bertenaganya untuk memenangi emas kedua dalam acara keirin pada Khamis.Mohd Azizulhasni mencatat masa 13.569 saat untuk menewaskan dua pelumba China, Xu Chao dan Wang Yibo, yang masing-masing memenangi perak dan gangsa selepas ketinggalan 0.568 dan 0.811 saat di belakang pelumba Malaysia itu.
29 Jul 18
111