lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Gelanggang Bowling Padang Gong Badak Bertaraf Dunia
Dato' A Rahman (kanan) bertanyakan sesuatu kepada peserta Terengganu. -Foto Harish Fadzillah. KUALA TERENGGANU - Gelanggang Bowling Padang Gong Badak di sini yang bernilai RM6.5 juta menempa sejarah apabila julung-julung kali mengadakan kejohanan bertaraf dunia dengan penyertaan 11 buah negara bermula 25 hingga 28 Ogos.Kejohanan Pasukan Campuran Bowling Padang Asia 'Beautiful Terengganu Malaysia' Tahun 2018 merupakan kejohanan pertama diadakan di situ dan berlangsung di dua gelanggang berasingan masing-masing berkeluasan 40 meter persegi.Presiden Persatuan Bowling Padang Malaysia Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ia satu pengiktirafan dunia yang diberikan oleh Persatuan Bowling Padang Antarabangsa kepada gelanggang tersebut yang merupakan perlawanan pertama selepas ia siap dibina baru-baru ini. Korea Selatan turut serta dalam Kejohanan tersebut.Katanya, negara yang menghantar peserta ialah Singapura, Sri Lanka, Thailand, Brunei Darul Salam, China, Macau, Korea Selatan, Pakistan, Filipina, Hongkong dan Malaysia. Seramai 110 atlet menyertai kejohanan tersebut."Pasukan Terengganu turut serta dalam kejohanan tersebut sebagai tuan rumah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan tersebut 26 Ogos. Kejohanan itu dirasmikan Setiuasaha Kerajaan Terengganu Dato' A Rahman Yahya.Dato' A Rahman (tengah) mencuba permainan bowling padang di Gelanggang Gong Badak Kuala Terengganu disaksikan oleh Dato' Haji Wan Nawawi (kiri).Dato' Wan Nawawi berkata, antara tujuan kejohanan itu diadakan ialah untuk memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan menarik asia kepada para peserta.Mereka akan dibawa berkunjung ke Tasik Kenyir Hulu Terengganu yang berupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.Antara peserta beraksi dalam kejohanan tersebut."Jika ada kesempatan mereka akan dapat berkunjung ke Santuari Kelah di Tasik Kenyir untuk merasai kejinakan ikan sungai termasuk ikan kelah di tempat tersebut," ujarnya.Beliau juga memperkenalkan tempat-tempat menarik yang patut atlet sukan berkenaan melawat termasuk Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah.Di sekitar pulau berkenaan, terdapat hidupan laut termasuk terumbu karang antara kehidupan laut tercantik di dunia.
25 Aug 18
724
Empty Image
700 Sertai Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku
Haji Amzad Hashim ceria dan bersemangat meneruskan kayuhan bersama para peserta. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku anjuran Kerajaan Negeri Terengganu berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 700 orang peserta dari seluruh pelusuk negeri.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, kerajaan dan rakyat harus sama-sama berganding bahu dan membulatkan tekad untuk membina negeri yang baik untuk kesejahteraan bersama."Ianya bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera kepada semua."Saya mengharapkan program seperti ini dapat terus merapatkan silaturrahim dalam kalangan rakyat Terengganu daripada pelbagai bangsa dengan menzahirkan rasa kecintaan dan kebersamaan kita di dalam menyambut kemerdekaan ini," ujarnya.Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan penganjur di atas kerja keras dan penglibatan program yang bermakna seperti ini dalam menghayati kemerdekaan negara kita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (25 Ogos).Sementara itu, menurut Haji Amzad yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Islam Se-malaysia (PAS) Kuala Terengganu, beliau pada asalnya bercadang untuk turut sama menyertai kayuhan dalam jarak satu kilometer sahaja sebenarnya."Tetapi oleh kerana semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak merdeka kita yang berbasikal, saya teruja untuk turut sama mengayuh sehingga sepuluh kilometer jaraknya," katanya.Turut hadir, Ketua Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Pengerusi Terengganu Revolution Cycling Team, Wan D’zlyshah Wan Shahreman, Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Sabri Zakaria dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani.
25 Aug 18
421
Empty Image
Enam Pasukan Meriahkan Bola Sepak 9 Sebelah Kampung Bukit
Oleh : Ariss AliasSetiuKejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Kampung Bukit, di sini,  menarik penyertaan enam pasukan yang diwakili warga belia dan veteran.Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, kejohanan anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit yang bermula semalam berakhir hari ini berjaya merapatkan silaturahim dan memupuk semangat kesukanan di kalangan peserta."Saya amat gembira melihat sambutan oleh penduduk kampung terhadap kejohanan ini dan insyaAllah kita akan mengadakan kejohanan bola sepak yang lebih besar di peringkat DUN selepas ini,"katanya di majlis penutup dan penyampaian hadiah, hari ini.Turut hadir, Penolong Penyelia Kemasyarakatan dan Kebajikan Pusat Khidmat DUN Langkap, Ahmad Mohd Nor, Pengerusi MPKK Kampung Bukit, Zulkifli Mahmood Chen dan Pengerusi MPKK Tayor Tengah, Encik Mazlan Musa.Kejohanan ini menarik kehadiran ramai penduduk kampung yang menyokong pasukan masing-masing.Program turut dimeriahkan dengan pasukan bola sepak remaja Sekolah Sukan Bukit Nenas yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kampung Bukit.
24 Aug 18
280
Empty Image
SUKMA 2018 : Yakin Capai Misi Menang Kembali
Ustaz Wan Sukairi Wan AbdullahOleh: Athiyah SakinahKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu yakin akan mencapai sasaran menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) untuk kali yang kelima dengan moto ‘Win Back Mission’.Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan kontinjen Terengganu yang akan mmenyertai SUKMA yang akan diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan bermula 12 hingga 22, September ini.“SUKMA ini merupakan sukan yang terbesar di peringkat kebangsaan dan diadakan dua tahun sekali dan negeri Terengganu pernah  menjuarai sebanyak empat  kali berturut-turut,“iaitu  pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012 (serta) kali ini juga Negeri Terengganu mensasarkan untuk kemenangan kali yang kelima,” tegasnya.Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata, beliau telah pun mengikuti perkembangan latihan-latihan yang diadakan dan saya lihat atlet-atlet kita begitu bersemangat dan bertungkus lumus untuk siapkan diri dengan persiapan yg terakhir.“Mereka juga turut berazam untuk  merampas kembali kejuaraan sukma di peringkat kebangsaan untuk kali ini,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya, Wisma Darul Iman, pada Ahad 19 Ogos.Menurut beliau lagi , Terengganu akan menghantar seramai 555 orang atlet dengan 314 atlet lelaki manakala seramai 214 atlet wanita.Katanya, sebanyak 29 acara yang akan dipertandingkan,  dan daripada keseluruhan acara-acara tersebut sepuluh yang akan menjadi sasaran.“Sasaran untuk mendapat emas diantaranya ialah acara berbasikal yang menjadi acara "favourite" atau pun acara kegemaran Terengganu yang keduanya acara  judo, takraw, acara silat, olahraga, menembak, memanah, boling padang, bola sepak dan juga angkat berat,“Sepuluh acara ini adalah acara yang kita meletakkan target yang besar untuk memperolehi pingat emas,” ujarnya.Setakat ini, katanya, sebanyak 53 emas, 28 perak dan juga 42 gangsa yang telah menjadi sasaran Terengganu .Justeru itu, untuk lebih menyemarakkan lagi semangat para atlet, beliau berkata, pihak Majlis Sukan Negeri telah melantik bapa-bapa angkat sukan yang akan disertai, terdiri daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan jabatan yang tertentu.“Kita telah melangsungkan acara penyerahan…..pelantikan bapa angkat bersama dengan semua atlet yang diadakan di Wisma Darul Iman baru-baru ini,” tambah beliau
20 Aug 18
328
Empty Image
TFC III Ke Pentas Final
Oleh:Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU - Sekali lagi pasukan bola sepak Terengganu, TFC III berjaya  menjejaki langkah Terengganu FC IV ke pentas final Piala Presiden 2018 selepas menundukkan JDT III 1-0 pada masa tambahan, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,di sini, malam tadi.Tempoh 90 minit perlawanan gagal menghasilkan sebarang jaringan sehingga mengheret ke masa tambahan. Gol berjaya diledakkan pada minit terakhir perlawanan melalui tendangan sudut yang disudahkan melalui jaringan Amirul Syazwan.Perlawanan bersejarah itu turut disaksikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.Dalam pada itu, Hishamuddin yang akan berada di Jakarta dan Palembang menghadiri  Asean Games pada 24 Ogos ini, memberitahu akan berusaha pulang lebih awal bagi memberikan sokongan kepada perlawanan akhir Piala Presiden yang dijadualkan pada 29 Ogos di Cheras, Selangor. TFC III akan bertemu pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Presiden 2018."Harapan tinggi penyokong bola sepak Terengganu, pasukan yang bertarung dalam Piala Belia dan  Piala Presiden ini akan menjulang kejuaraan pada 26 dan 29 Ogos ini."Usah memandang rendah pihak lawan, sentiasa fokus dan mengekalkan semangat berpasukan untuk kejuaraan. Pasukan pemain tidak bersendirian, mereka memiliki penyokong yang setia dan pengurusan yang sentiasa bersama," ujar beliau.
20 Aug 18
24
Empty Image
Tahniah! Terengganu FC IV Layak Ke Final
Ustaz Hishamuddin (tengah dari belakang) bersama pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV. Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS - Perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 menyaksikan pasukan Terengganu FC IV menumpaskan pasukan Melaka United U19 dengan agregat 4-3 selepas berhempas pulas di laman sendiri.Mereka berentap di padang dengan 10 pemain selepas seorang pemain dikenakan kad merah pada minit yang ke-46.Terengganu FC IV akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, perlawanan ini cukup mendebarkan terutamanya apabila pasukan Terengganu dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua."Perlawanan yang cukup mendebarkan. Saya bangga dengan kesungguhan pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh pemberita selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam (19 Ogos)."Walau bagaimanapun, Terengganu bangkit mempamerkan aksi luar biasa apabila menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan."Saya optimis dan berharap agar Terengganu dapat membawa pulang piala tersebut dan terus mempamerkan aksi yang luar biasa di pusingan akhir nanti," ujarnya.Ustaz Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh turut serta menyaksikan perlawanan tersebut.
20 Aug 18
319
Empty Image
Kemalangan Penyebab Kadar Kematian Tertinggi
Ustaz Wan Sukairi (kiri) beramah mesra dengan seorang pemandu SMPJPJ.Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA NERUS - Boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku perperangan dan juga ada kematian di Gaza, Palestin. Jika dibandingkan kematian akibat kemalangan yang berlaku di Gaza, jauh lebih besar jurangnya berbanding dengan kemalangan yang berlaku di Malaysia.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia adalah suatu perkara yang pelik, kerana biasanya tempat yang berlaku peperangan banyak berlaku kematian namun kematian banyak juga terjadi di negara yang tiada peperangan."Di Malaysia tidak ada perperangan, tetapi kematian berlaku hampir setiap hari," katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ketika merasmikan Program Skuad Muda JPJ (SMJPJ), di Litar Gong Badak, di sini, kelmarin (17 Ogos).Katanya, dalam tempoh 6 bulan bermula bulan Januari hingga Jun tahun ini, Terengganu mencatatkan 5,403 kemalangan dan 147 kematian."Ini adalah suatu angka yang tinggi sebenarnya."Menyedari tentang perkara ini, maka skuad muda JPJ ingin mencuba suatu perkara yang baru."Ianya bertujuan supaya kita berjaya menuntut perkara yang diingini dengan mengenengahkan konsep-konsep dan pendekatan-pendekatan yang boleh dilaksanakan," ujarnya.Tambah beliau, setiap rancangan akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang akan dicapai dan mendapat kejayaan."Program ini akan membakar semangat agensi-agensi kerajaan yang lain."Mudah-mudahan program ini akan memberi inisiatif yang baru kepada kita dengan adanya ilmu untuk menghindari dan mencapai angka sifar kemalangan," jelasnya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri.
19 Aug 18
243
Empty Image
Sukan Wadah Penyatuan Masyarakat
Wan Hapandi (tiga dari kiri) ketika menyampaikan ucapan alu -aluan pada pertandingan tersebut.DUNGUN - Kerajaan Negeri Terengganu menggalakkan agar rakyat dapat menceburi bidang sukan kerana ianya dilihat sebagai satu wadah untuk menyatupadukan keharmonian dalam kalangan penduduk di negara ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Hassan berkata, ianya dapat dilihat dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum dan umur berkumpul sekiranya satu pertandingan sukan diadakan di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa.Menurutnya, semua lapisan umur dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka dan keharmonian sebegini sangat diharapkan demi menjaga keamanan di negara ini."Di negara lain yang bergolak, kita lihat masyarakatnya hidup dalam kesedihan dan ketakutan disebabkan oleh sikap individu atau kumpulan yang hanya mementingkan agenda peribadi mereka sehingga sanggup mengorbankan keharmonian masyarakat mereka sendiri," katanya.Wan Hapandi ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lembah, di sini, kelmarin (17 Ogos).Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 12 buah pasukan telah mendaftar untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.Wan Hapandi melontar bola takraw sebagai gimik perasmian kejohanan tersebut.Menurut Wan Hapandi, pihaknya memuji usaha penganjuran yang telah diadakan dalam mencungkil bakat-bakat baru di kalangan anak muda dalam sukan sepak takraw."Negeri Terengganu dikenali sebagai 'kilang' melahirkan bakat baru dalam sepak takraw di mana ramai pemain sepak takraw telah mewakili negeri dan negara dalam sukan ini," katanya.Tambah Wan Hapandi, kerajaan negeri sentiasa memberikan galakan dan sokongan terhadap setiap aktiviti pembangunan sukan yang dilakukan agar dapat melahirkan atlet yang dapat membawa cabaran negara ke peringkat antarabangsa satu hari nanti."Kita sudah ada wakil dari negeri ini yang sudah mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal yang banyak merangkul kejayaan di peringkat antarabangsa dan kita harapkan lebih ramai lagi dari negeri ini yang dapat mengharumkan nama negara satu hari nanti," katanya.Menurut Wan Hapandi, aktiviti seperti ini amat digalakkan kerana ianya dapat mengisi masa lapang anak-anak muda dengan menyertai aktiviti riadah dan sekaligus dapat mengelakkan mereka dari melakukan sebarang aktiviti-aktiviti negatif.“Jikalau dilihat, hari ini terlalu banyak masalah sosial yang melibatkan  anak-anak muda dan kita berharap dengan aktiviti sebegini akan dapat membendung budaya yang boleh merosakkan akhlak dan masa depan merek," katanya.Tambah Wan Hapandi,  kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan di setiap dun bagi penganjuran sebarang aktiviti sukan di setiap kawasan mereka .
18 Aug 18
279
Empty Image
Badminton Tertutup Setiu Cungkil Bakat Anak Muda
Oleh: Ariss AliasSETIU - Penganjuran Kejohanan Badminton beregu Lelaki Tertutup Setiu mampu mencungkil dan mengasah bakat orang  ramai terutama golongan belia. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap,  Azmi Maarof berkata kejohanan anjuran Kelab Badminton Chalok (KBC) itu merupakan langkah terbaik untuk  mencungkil bakat, mencari pelapis di kalangan anak- anak muda."Saya cukup komited untuk mengadakan pertandingan seumpama ini pada masa akan datang  supaya lebih ramai masyarakat setempat  bersama-sama menyertainya sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengamalkan gaya hidup sihat," ujarnya. Beliau berkata sedemikian ketika Majlis Penutup Kejohanan Beregu Lelaki Tertutup Setiu di Dewan Sivik Chalok, di sini, semalam.Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Chalok Kedai, Rosli  Othman dan Ketua Pemuda Pas DUN Langkap yang juga Pembantu Penyelia Latihan i-Mits Suharmizi Hamzah.Dalam kejohanan tersebut, pasangan Bustamin dan Wahab bangkit untuk menjuarai kategori B beregu lelaki setelah menewaskan gandingan Amirul dan Izat yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. Bagi kategori C pula menjadi milik pasangan Khairul Azmi dan Abdullah setelah menewaskan pasangan Muqri dan Amirul Aizie.
18 Aug 18
120
Empty Image
JBPM Sasar Pingat Di Kejohanan Bina Badan Dunia
Majlis amanat dan penyerahan pakaian sukan oleh PPjB Sobberi bin Basiran, Komandan ABPM Wilayah Timur kepada peserta bina badan bagi menyertai Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan, Mr Malaysia 2018.KUALA TERENGGANU- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yakin lapan atlet  mereka mampu meraih pingat tanpa mengira warna pada Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan, Mr Malaysia 2018  yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 17 Ogos ini di Melaka.Jurulatih pasukan bina badan JBPM, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB )Hasmadi Jusoh berkata, mereka bakal menggalas cabaran kontijen JBPM dan membawa pulang kejayaan melalui penyertaan buat julung kali ini.Jelasnya, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan anak buahnya ketika menjalani latihan yang turut diketuai bersama PgKB ll Alias Musa."Oleh itu pihak kami berusaha untuk latih semua atlet membuat persiapan terbaik bagi memastikan mereka berada di tahap terbaik menjelang kejohanan.“Masih ada masa.. kami akan manfaatkan masa ini untuk buat persiapan terakhir bagi memastikan atlet kami bersedia sepenuhnya pada kejohanan nanti."Kalau boleh kita nak bomba serba boleh, kalau sebut sukan..orang dah gerun untuk bertanding kerana reputasinya yang bukan sahaja pandai bermain tetapi mempunyai tenaga dan stamina yang tinggi sekali gus membawa imej yang baik kepada JBPM," katanya kepada pemberita ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini,  hari ini.Hasmadi berkata. JBPM sememangnya merasa gembira dengan penyertaan anggota bomba agar mereka terlibat dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan produktiviti mereka dan melahirkan modal insan yang berkualiti.Sementara itu, dua anggota bomba dari BBP Kuala Terengganu, PB Ezam Aziery Mamat dan PB Yusri Yong merupakan antara lapan atlet yang akan berentap di kejohanan tersebut.Bagi PB Ezam Aziery, beliau bersiap sedia untuk menyertai kejohanan ini buat pertama kali dan berusaha untuk membawa balik kejayaan terutama bagi pihak JBPM."Setakat ini saya sudah buat semua persiapan dari segi mental dan fizikal melalui latihan yang rapi tanpa menjejaskan kerja sebagai anggota sebab saya bawa nama bomba sebenarnya."Saya kena bijak bahagikan masa, untuk kerja dan latihan supaya tidak berlaku pertindihan lagi pun kerja ikut masa lebih memudahkan untuk lakukan latihan secara konsisten dan bawa balik pingat untuk JBPM," katanya.
16 Aug 18
1243