Artikel "Sukan" Terkini
Terengganu FC lll Julang Piala Presiden 2018
Ustaz Hishamuddin (tengah) meraikan kejayaan Piala Presiden 2018 bersama barisan pemain Terengganu FC III.Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA LUMPUR - Terengganu FC lll mengharumkan nama Negeri Terengganu apabila berjaya membawa pulang Piala Presiden 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menegaskan ia satu bentuk konsep pembangunan bola sepak di dalam negeri ini."Walaupun dalam ruang yang terhad, ia tetap menjadi satu perkara yang perlu diteruskan."Justeru, kami bersyukur kepada Allah yang mengurniakan kejuaraan ini dan mengakui kedua-dua pasukan saling bersaing secara seimbang pada malam kelmarin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Kedah FA dengan gol 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin (29 Ogos).Menurut Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, semangat berpasukan yang dipamerkan bukan sahaja daripada pemain, malah membabitkan semangat berpasukan pihak pengurusan TFC III, PBSNT, penaja-penaja dan paling istimewa semangat yang tidak pernah luntur daripada kalangan penyokong Terengganu."Mewakili Pengerusi PBSNT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua."Kejuaraan ini, kami hadiahkan buat seluruh rakyat Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu yang banyak membantu," tambahnya.Turut menyaksikan perlawanan tersebut, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusof Mahadi dan pengurusan tertinggi FAM.
31 Aug 18
118
1,300 Peserta Meriahkan Larian Mahabbah Merdeka 2018
Wan Sukairi melepaskan peserta larian mahabbah Merdeka 2018 di Bataran Batu Burok, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKira-kira 1,300 peserta menyertai Larian Mahabbah Merdeka 2018 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.Pelepasan para peserta dari Dataran Batu Burok telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Belia, Sukan dan NGO) Mohd Rahimee Mohd Ramli.Para peserta dengan diiringi pihak polis dilepaskan kira-kira pukul 8.30 pagi melalui perjalanan dengan jarak 3.5 kilometer menuju Jalan Persinggahan (Belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah) melalui Hotel Sumai sebelum menuju ke Bulatan Batu Bersurat kemudian menuju Jalan Sultan Mahmud dan ke Dataran Batu Burok semula.Selain menyemarakkan sambutan menjelang hari kebangsaan, acara larian ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta NGO.Lebih menarik, program yang diadakan secara tahunan dengan kepelbagaian acara itu turut menyediakan hadiah cabutan bertuah dimana kali ini disediakan 61 cabutan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke -61.
29 Aug 18
28
110 Atlet Dari 11 Negara Tutup Tirai Boling Padang
Oleh : Atiyyah SakinahKUALA NERUS – Seramai 110 atlet dari 11 negara menutup tirai penyertaan pertandingan sukan boling padang peringkat negara Asean selama empat hari di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, di sini, yang berakhir semalam (28 Ogos).Majlis penutupan itu disempurnakan oleh bapa angkat kepada sukan Lawn Bowls Terengganu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Turut hadir, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Menurut Yahaya, kejuaraan itu bukan sahaja untuk memupuk bakat peserta tetapi juga bertujuan menyatukan semua pihak yang terlibat dengan cara yang menyenangkan walaupun kita berbeza budaya dan juga berbeza kepercayaan.“Memenangi permainan adalah penting tetapi menang dalam menyatukan persaudaraan peserta adalah lebih penting,” katanya.Katanya lagi, beliau percaya kesemua pasukan sudah membuat yang terbaik pada pertandingan tersebut dan menghargai semua pihak yang terlibat kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan itu.Sementara itu, Yahaya juga berharap penganjuran itu menjadi satu kejayaan besar kepada semua pemain serta mengambil peluang untuk menikmati keindahan yang ada di Terengganu serta Malaysia amnya.
29 Aug 18
441
Terengganu Pergiat Produk Pelancongan Sukan
Ustaz Sulaiman Sulong (kanan) berucap dalam sidang media kejohanan tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Pertandingan Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 yang sedang berlangsung sekarang ini adalah salah satu produk pelancongan sukan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, ia bukan pertandingan biasa kerana melibatkan peserta yang datang daripada 10 negara dan 20 pasukan yang akan bertanding."Pertandingan boling padang yang diadakan pada kali ini merupakan satu acara yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri,“Ianya melibatkan peserta yang datang menyertai pertandingan dan dalam masa yang sama kita mengambil kesempatan untuk melancong dengan menziarahi tempat-tempat menarik.“Kita turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Terengganu sesuai dengan apa yang kita lancarkan iaitu 'Beautiful Terengganu',” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Majlis Makan Malam Rasmi Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 di Dewan Permata, Hotel Permai Inn pada Ahad, 26 Ogos.Katanya, melalui aktiviti sukan itu, kerajaan negeri dapat menjana pulangan dan hasil pendapatan serta membantu penggiat-pengiat pelancongan serta para peniaga.Para pemain juga ialah pelancong yang akan membeli produk keluaran tempatan.Sehubungan dengan itu, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, beliau berharap dengan tersedianya kelengkapan dan tempat arena Lawn Bowls yang bertaraf dunia di Gong Badak akan menarik lebih ramai lagi kontijen yang datang ke Terengganu.Menurutnya, tiada masalah untuk pasukan Malaysia merangkul beberapa medal dalam pertandingan kali ini.“Apabila menjelang SUKMA, pasukan Terengganu akan menghantar para atlet untuk membuat pendedahan luar samada berlawan dan kita pernah ke Perth untuk berlatih tetapi sekarang ini kita tidak perlu ke mana-mana,“Sebagai pulangan, ianya memberi satu pendedahan yang baik kepada pasukan SUKMA yang akan bertanding 2 minggu lagi,” tambahnya.Justeru, ianya juga adalah satu pulangan yang baik kepada Negeri Terengganu.
27 Aug 18
60
Terengganu Pertimbang Beri Insentif Atlet Raih Pingat Di Sukan Asia 2018
Kerajaan negeri sedia mempertimbang untuk memberi insentif kepada atlet-atlet negeri ini yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, walau bagaimanapun jumlah dan bentuk insentif tersebut belum diputuskan.“Pada peringkat awal ini kita akan melihat dan meneliti terlebih dahulu perkembangan yang berlaku.“Sekiranya tidak ada masalah, InsyaAllah kita boleh fikirkan sesuatu sebagai satu galakan dan penghargaan kerajaan negeri kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan nama negara dan negeri,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Terengganu telah berkunjung ke Jakarta selama empat hari sebagai tanda sokongan kepada atlet negeri khususnya yang menyertai Sukan Asia 2018.Turut bersama menyertai rombongan tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Belia, Sukan dan NGO) Mohd Rahimee Mohd Ramli.Wan Sukairi berkata, kunjungan tersebut bertujuan memberikan kata-kata semangat buat semua atlet Terengganu yang mewakili negara."Mereka bukan sahaja berusaha mengharumkan nama negara, malah telah mengharumkan nama Negeri Terengganu.“Kita juga menyampaikan sedikit sumbangan kerajaan negeri kepada 35 orang atlet Terengganu yang telah mewakili negara dalam sukan Asia kali ini sebagai salah satu bentuk motivasi untuk mereka,” ujarnya.Menurut beliau, buat masa ini (petang semalam) Malaysia telah berjaya meraih dua pingat emas, lima perak dan lima gangsa dimana salah satu pingat gangsa telah disumbangkan oleh atlet Terengganu iaitu Mohd Nafiizwan Adnan menerusi acara perseorangan skuasy lelaki.
27 Aug 18
61
Kerajaan Gesa Para Atlet Berjuang Bersungguh-Sungguh
Ustaz Sulaiman Sulong berucap dalam program tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menggesa agar para atlet Persatuan Asian Lawn Bowls Terengganu dan Malaysia berjuang bersungguh-sungguh melawan atlet dari negara lain dalam Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong berkata, semua atlet yang mewakili Malaysia harus mempersembahkan mutu pertandingan dan mendapat kemenangan.Beliau juga berkata, semua kontijen harus memberi cabaran yang terbaik untuk pastikan mendapat nombor di peringkat Asia.“Kita mengharapkan para atlet menunjukkan semanagat kesukanan. Kalau kalah pun tidak mengapa. Tiada masalah."Yang penting kita tunjukkan semangat kesukanan dan dalam masa yang sama membuktikan bahawa semangat kesukanan dan tautan ukhuwah di antara seluruh atlet yang bertanding,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Rasmi kejohanan Asian Lawn Bowl Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 di Dewan Permata, Hotel Permai Inn pada Ahad, 26 Ogos.Katanya, beliau mahu para atlet menunjukkan bahawa mereka membawa dakwah Islam sebagaimana Negeri Terengganu meletakkan tema Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Justeru, beliau mengucapkan selamat bertanding kepada seluruh atlet khususnya atlet yang mewakili Negeri Terengganu dan Malaysia.
27 Aug 18
23
Bola Sepak Erat Ukhwah Pemuda, MPKK
Oleh: Abd MuhaiminSETIU - Ukhwah pemuda dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Banggol Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri semakin erat hasil penganjuran Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Kampung Banggol yang melibatkan 12 pasukan dari kalangan belia.Pengerusi MPKK Kampung Banggol, Zulkefili Che Esa berkata, penganjuran bola sepak tujuh sebelah di Padang Bola Kampung Banggol, di sini merupakan langkah utama kita bagi merapatkan golongan belia dan juga ahli jawatankuasa MPKK."Saya cukup puas hati dengan penganjuran seumpama ini yang mana kita dapat melihat golongan belia menjadi lebih akrab bersama jawatankuasa MPKK Kampung Banggol sekali gus dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah di Padang Bola Kampung Banggol, baru-baru ini (24 Ogos).Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Khas Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Ab Wahab, Pengarah JPRD Wahab Jusoh dan semua jawatankuasa MPKK Kampung Banggol.Sebelum itu, Shaharizukirnain yang turut hadir memberi sokongan kepada peserta program juga berbangga dengan kejayaan penganjuran julung kali berkenaan yang dilihat menjadi asas utama ke arah gaya hidup yang cerdas dan sihat."Syabas dan tahniah kepada MPKK dengan penganjuran perlawanan seumpama ini. Islam tidak mengharamkan aktiviti bersukan asalkan ianya menepati tuntutan syariah, ahli sukan boleh menjadi contoh melalui sukan yang tidak melalaikan dan pemakaian yang menutup aurat. Kita juga akan diberi ganjaran pahala apabila ahli sukan yang lain mencontohi kita dalam menjaga aurat dan solat," kata beliau lagi.
26 Aug 18
141
SUKMA XIX: Tunggu Pengumuman Penting MB, 5 September ini
Ustaz Wan Sukairi- Foto Tengku Syamim
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan membuat pengumuman penting berhubung dengan kemajuan terkini atlet Terengganu ke Sukan Malaysia ke 19 (SUKMA XIX) di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, 5 September ini.
Pengumuman itu akan dibuat di majlis khas yang dianjurkan kerajaan negeri bagi meraikan para atlet SUKMA XIX yang akan berlepas menyertai sukan tersebut di Negeri Perak.
Dr Ahmad Samsuri akan menyerahkan bendera kepada 555 atlet negeri di majlis yang sama sebagai simbolik dan menanam semangat untuk berjuang merampas kembali kejuaraan keseluruhan kali kelima dalam sukan berkenaan yang akan berlangsung pada 12 hingga 22 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah membuat kenyataan tersebut di Sidang Media di Wisma Darul Iman baru-baru ini.
Katanya, atlet negeri berada ditahap terbaik dan menyertai latihan agresif selama dua tahun untuk mencapai kejayaan tersebut.
Menurut beliau 10 acara sukan menjadi sasaran emas Terengganu termasuk acara berbasikal, judo, angkat berat, memanah dan perahu layar.
"Kita (Terengganu) mensasarkan mendapat emas dalam sukan berbasikal, judo, angkat berat, memanah dan perahu layar serta kita menjangkakan mendapat lebih dari 14 pingat emas dalam acara berbasikal," katanya.
Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Derwan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata kontinjen negeri Terengganu meletakkan sasaran 69 pingat emas dalam sukan tersebut.
Sementara itu di Majlis Perhimpunan Kontinjen Terengganu Menjelang 100 Hari Sukma XIX Perak di Kuala Nerus, baru-baru ini, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Encik Ibni Amin Busu, dilaporkan sebagai berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan penyusunan serta persiapan rapi dilakukan pihaknya sejak dua tahun lalu.
Antara sukan yang menjadi perhatian untuk meraih pingat emas buat Terengganu juga termasuk taekwondo, silat dan olahraga.
Menurut beliau, komitmen yang ditunjukkan oleh atlet negeri itu yang dalam latihan intensif fasa terakhir juga telah mempamerkan perkembangan positif ke arah meraih kejayaan di Perak.
"Acara-acara sukan lain juga ada diletakkan dalam senarai sasaran emas dan kami yakin jumlah 69 emas boleh dicapai.
"Berbanding edisi lalu di Sarawak, kontinjen Terengganu tahun ini akan mempertaruhkan 35 peratus muka baru," kata Encik Ibni Amin.
26 Aug 18
40
Atlet Terengganu Raih Pingat Gangsa Di Sukan Asia 2018
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kanan) menyampaikan insentif kerajaan negeri kepada atlet skuasy negara, Mohd Nafiizwan Adnan.JAKARTA - Atlet Terengganu, Mohd Nafiizwan Adnan menjadi kebanggaan negara dan mengharumkan Negeri Terengganu apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan skuasy lelaki Sukan Asia 2018 yang masih berlangsung di Jakarta dan Palembang.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, walaupun hanya berjaya meraih pingat gangsa, Mohd Nafiizwan Adnan yang merupakan antara anak Terengganu telah mempersembahkan yang terbaik buat negara."Kunjungan ke Jakarta sempena Sukan Asia pada kali ini bertujuan untuk memberikan kata-kata semangat buat semua atlet Terengganu yang mewakili negara."Mereka bukan sahaja berusaha mengharumkan nama negara, malah telah mengharumkan nama Negeri Terengganu.Pihak kerajaan negeri turut mengambil kesempatan menyampaikan insentif buat semua atlet negeri yang terpilih mewakili negara sempena Sukan Asia kali ini sebagai salah satu bentuk motivasi buat mereka,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (27 Ogos).Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Terengganu bagi mengunjungi Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang."Inisiatif yang dimainkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) ini meletakkan objektif utama bagi meraikan atlet negara yang berasal dari Negeri Terengganu sebagai salah satu bentuk motivasi untuk mereka."Seramai 35 orang atlet yang mewakili negara sempena Sukan Asia 2018 ini berasal dari negeri Terengganu."Satu majlis ringkas turut diadakan di wisma atlet atau perkampungan atlet di Kemayoran bersama atlet negara dari Terengganu," ujarnya.Pihak kerajaan negeri turut menyampaikan insentif sokongan buat semua atlet Terengganu yang terpilih mewakili negara sebagai tanda sokongan pihak kerajaan negeri dalam aktiviti sukan.Buat masa ini, Malaysia telah berjaya meraih dua pingat emas melalui acara boling dan skuasy, lima perak dan lima gangsa.Sasaran yang ingin dicapai oleh kontinjen negara masih berpotensi untuk diraih melalui acara sukan yang berbaki.Wan Sukairi Wan Abdullah bersama ahli rombongan berkesempatan menyaksikan keseluruhan acara separuh akhir perseorangan skuasy lelaki dan wanita di Arena Skuasy Gelora Bung Karna.Turut bersama menyertai rombongan ini adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli, .
26 Aug 18
199
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Oleh: Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2018 akan berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, pada 7 hingga 9 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia , Sukan dan NGO negeri , Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Negeri Terengganu merupakan di antara negeri yang sangat memberi penekanan kepada sukan bahkan pernah digelar sebagai kilang atlet untuk negara.Katanya, komitmen Terengganu yang begitu kuat dalam bahagian sukan ini bukan sahaja bergiat dalam berbasikal malah juga begitu sinonim dengan sukan berkuda.“Sultan Mizan Zainal Abidin adalah merupakan Sultan yang sangat meminati sukan berkuda."Di Terengganu sendiri kita memiliki kemudahan yang bertaraf internasional ataupun antarabangsa untuk sukan berkuda ini,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media di pejabatnya.Sehubungan itu, beliau berkata, Perlumbaan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan pada tahun ini, turut diadakan pada 12 sehingga 14 Oktober depan.Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai agar memberikan sokongan kepada sukan yang menjadi ‘sunnah nabi’ itu.“Dengan adanya pertandingan sebegini dapat lagi menyemarakkan sukan berkuda dan menjadikan sukan tersebut sebagai sukan yang akan disertai oleh orang ramai di kalangan rakyat Terengganu,” tambah beliau.
26 Aug 18
80