lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
SUKMA 2018 : Terengganu Bakal Cipta Sejarah
Foto : Syaiful MustaffaKUALA TERENGGANU - Atlet Terengganu yang bakal beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak tidak lama lagi, ditagih menunjukkan semangat juang yang tinggi supaya mampu mencipta sejarah yang tersendiri bukan hanya untuk diri masing-masing, malah untuk kontinjen dan juga Terengganu khasnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, atlet perlu mempersiapkan diri dan emosi supaya mampu memahat rekod peribadi yang pastinya menjadi kebanggaan kepada keluarga, negeri dan juga negara.“Kita bersukan dengan bersungguh-sungguh, berusaha dengan semaksima mungkin dan jangan lupa antara tujuan dan matlamat kita bersukan bukan sahaja untuk menang. “Tetapi bersukan juga untuk melahirkan semangat kesukanan, semangat bantu membantu, semangat tolong menolong dan berusaha untuk mendapat kejayaan,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Kunjung Hormat Penganjuran SUKMA Edisi Ke-19 Perak 2018 di Dewan Jamuan Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin (30 Ogos).Wan Sukairi berkata, Terengganu akan menghantar seramai 555 atlet dan 199 pegawai serta jurulatih ke SUKMA Perak pada 12 hingga 22 September  2018 yang akan menyertai 29 jenis sukan di temasya itu nanti.Sehubungan dengan itu, pada 5 September ini, satu kem akan diadakan untuk atlet bagi menekankan aspek disiplin dan peraturan sepanjang temasya  sukan negara terbesar itu.“Aspek disiplin (adalah) suatu perkara yang sangat penting  dan untuk itu kita akan beri penekanan kepada atlet dalam program selama 10 hari tersebut. Insya Allah kita yakin atlet kita mematuhi  segala peraturan yang ditetapkan oleh pegawai dan jurulatih kerana ia menjadi asas kejayaan,” ujarnya. Menurutnya, disiplin adalah perkara yang sangat penting  dalam setiap atlet dan mereka tidak boleh mengabaikannya semata-mata untuk mengejar kejayaan.
01 Sep 18
97
Empty Image
Pelbagaikan Sukan Untuk Semua Lapisan Masyarakat
Dr. Samsuri bersalam dengan pemain sebelum perlawanan. Foto: Media MB.MARANG - Kepimpinan di semua peringkat menyarankan penganjuran kepelbagaian kejohanan sukan supaya boleh disertai semua lapisan masyarakat, kata Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar."Pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang ada di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama dun Rhu Rendang perlu menganjurkan sukan mengikut kesesuaian penduduk."Usaha ini perlu dilaksanakan supaya DUN Rhu Rendang boleh dijadikan contoh kepada DUN lain dalam keunikan penganjuran kejohanan sukan yang dapat disertai semua golongan dari kecil hingga dewasa," katanya ketika hadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan ADUN Rhu Rendang di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini, malam tadi.Dr. Samsuri melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian. Foto: Media MB.Sebanyak 21 pasukan menyertai kejohanan itu yang akan berlangsung selama dua bulan bermula semalam sehingga Oktober 2018 di dua venue perlawanan iaitu Kampung Kelulut dan Kampung Rhu Rendang.Majlis perasmian itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 penonton yang menyaksikan perlawanan pembukaan kumpulan C antara juara bertahan, Rusila FC dan Rhu Rendang B.Perlawanan berakhir menyaksikan Rusila FC menang dengan mata 3-1.Foto: Media MB.
01 Sep 18
81
Empty Image
SUKMA 2018 : Bola Sepak Dijangka Sumbang Emas
Oleh : Syed Kamal Skuad bola sepak Terengganu yakin mampu menghadiahkan emas buat kontinjen negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak nanti.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang juga bapa angkat kepada sukan itu, yakin dengan prestasi semasa yang ditunjukkan pasukan itu selepas menjuarai Piala Presiden 2018, baru-baru ini.“Kita sangat mengharapkan prestasi yang cemerlang dalam Piala Presiden ini dapat dikekalkan di SUKMA nanti. Saya yakin satu emas sudah berada dalam genggaman Negeri Terengganu kerana kita telah pun berjaya meraih johan Piala Presiden baru-baru ini,” katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Jalinan Mesra Bapa Angkat Pasukan Bola Sepak Sukma 2018, di Hotel Primula, di sini, malam tadi. Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman, Mohd Soud Said.Amzad berkata, walaupun sudah bergelar juara, pemain diingatkan supaya tidak begitu selesa dengan kedudukan itu, sebaliknya perlu mengekalkan momentum dan prestasi supaya sentiasa berada di landasan terbaik."Kami akan sedia membantu pasukan kita sama ada dari segi moral mahupun peruntukan yang diperlukan pasukan bagi membuahkan hasil yang gemilang buat pasukan kita insyaAllah,"katanya lagi.
01 Sep 18
40
Empty Image
Delima Warrior Bersinar
Oleh : Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Delima Warrior muncul johan selepas menumpaskan Titian Baru B dalam perlawanan akhir anjuran Kelab Belia Kampung Titian Baru di Padang Bola Kampung Titian Baru, di sini, semalam.Kemenangan itu melayakkan Delima Warrior membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta piala iringan dan pingat emas, manakala Titian Baru B yang muncul naib johan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 bersama pingat perak dan tempat ketiga dan keempat pula Kaki Lima FC dan CND Junior, masing-masing menerima wang tunai RM500 beseta pingat gangsa.Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah. Beliau yang juga ADUN Bukit Payung turut membuat sepakan mula sebagai gimik merasmikan perlawanan akhir itu.Mohd Nor turut mengucapkan terima kasih kepada Kelab Belia Titian Baru dan juga kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Titian Baru kerana berjaya menganjurkan perlawanan itu di samping dapat memupuk kerjasama berpasukan serta hubungan silaturahim sesama peserta dan pemimpin setempat. "Diharapkan MPKK dapat mengadakan banyak lagi program yang bermanfaat kepada penduduk sepertimana kejohanan bola sepak ini,” ujar beliau lagi.Perlawanan sepanjang dua hari bermula 31 Ogos disertai sebanyak 42 kumpulan yang bukan sahaja  dari DUN Bukit Payung, malah dari Dungun dan Kuala Terengganu.
01 Sep 18
159
Empty Image
Terengganu Johan Piala Presiden
Terengganu FC III penyumbang piala pertama untuk Terengganu baharu. KUALA TERENGGANU - Terengganu mendapat Piala Pertama dalam Kejohanan Bolasepak Piala Presiden selepas PAS mengambil alih teraju pemerintahan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.Serentak itu Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja khususnya para pemain pasukan bolasepak Terengganu FC III kerana berjaya menggondol Piala tersebut dalam pentas final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, 29 Ogos lalu.Ucapan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam status facebooknya beberapa hari lalu.Katanya,  itu adalah piala pertama diperolehi dalam aktiviti sukan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) di bawah kerajaan baharu.Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalannya,  Haji Hishamuddin Abdul Karim atas kejayaan itu.Haji Hishamuddin, pengurus dan 'team' jurulatih pasukan turut memberi sokongan padu kepada pasukan yang digelar 'Sang Penyu' itu pada malam perlawanan.Di pentas final itu  Terengganu FC III mengalahkan Kedah dengan dua gol berbalas satu,  untuk mempastikan piala kejohanan milik Sang Penyu.Terengganu FC III menyumbat gol ke gawang Kedah masing-masing melalui Mohamad Raimi di minit ke 13 dan Mohamad Samsul di minit ke 102 apabila perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.Manakala Kedah mendapat gol seawal minit ke dua melalui Aminuddin Abu Bakar. 
01 Sep 18
72
Empty Image
16 Pasukan Berentap di Kejohanan Sepak Takraw Alur Limbat
Aksi terbaik dipamerkan untuk menjulang kejuaraan.MARANG - Sebanyak 16 pasukan turun mempamerkan aksi dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Pusat Komuniti Kampung Tasek, semalam (31 Ogos).Ketua Penyelaras Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) DUN Alur Limbat, Mohd Effendi Ab. Razak,40, berkata, program itu dianjurkan sebagai pengisian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.Mohd Effendi."Program ini adalah usaha memupuk perpaduan di kalangan penduduk setempat terutama anak-anak muda. "Kami menyasarkan penglibatan anak muda supaya mereka terdidik untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah," katanya.Kejohanan itu berlangsung selama dua hari dan menawarkan hadiah berupa wang tunai RM500 serta medal untuk johan pertandingan.Manakala, naib johan bakal menerima wang tunai RM300 beserta medal, RM150 dan RM100 untuk tempat ketiga dan keempat.
31 Aug 18
138
Empty Image
Azizulhasni Raih Pingat Emas Kelima Negara
Foto: Bernama.JAKARTA - Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang meraih pingat emas kelima buat kontijen Malaysia setelah memenangi acara pecut individu lelaki dalam saingan Sukan Asia 2018, kelmarin (29 Ogos).'The Pocket Rocketman' menepati ramalan apabila menewaskan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia.Pingat emas itu merupakan yang pertama dimenangi beliau di Sukan Asia dalam acara tersebut.Pingat gangsa pula dimenangi pelumba Korea Selatan, Im Chea-bin yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom dalam penentuan tempat ketiga.
31 Aug 18
34
Empty Image
Bekas Jaguh Lumba Motosikal Negara Dedah Hampir Kehilangan Dua Kaki
Wazi Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau dalam arena sukan permotoran. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Hampir kehilangan dua kaki sewaktu perlawanan tidak menyebabkan bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abd Hamid berputus asa dari kariernya suatu ketika dahulu.Bagi pelumba yang pernah merangkul gelaran Juara Asia kategori 125cc pada tahun 1995, 1996 dan 2000, ianya suatu rekod yang dianugerahkan oleh Allah.Ditanya mengenai permasalahan berkaitan motosikal dan anak muda pada hari ini, beliau menyatakan bahawa anak muda sememangnya tidak dapat dipisahkan dari sifat sukakan cabaran."Apa yang terpenting adalah bagaimana cara kita menggunakan kemudahan dan minat yang ada."Kita terikat dengan undang-undang yang jelas-jelas untuk manfaat bersama tidak kira pengguna jalan raya yang lain bahkan kita sendiri."Maka, ikutlah apa yang baik buat diri kita dan orang lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan di Taman Shahbandar, kelmarin (29 Ogos).Sementara itu, tambah beliau, anak muda perlu mewarnai dunia permotoran khususnya anak Negeri Terengganu."Kita cukup berbangga dengan kejayaan pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah di usia yang muda."Anak muda harus memberi sumbangan kepada negara dengan menceburi bidang sukan seumpama ini."Jangan berentap di jalan raya yang mengundang bahaya pada orang lain," jelasnya.
31 Aug 18
279
Empty Image
‘Bapa Angkat SUKMA’ Jadi Ikutan
Cikgu Alias Harun (tengah) bersama 'anak angkatnya' pasukan Muay Thai Negeri Terengganu.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Pelantikan 'Bapa Angkat' untuk setiap acara sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang dipelopori Terengganu, kini menjadi ikutan negeri-negeri lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, program khusus itu adalah sebahagian daripada mekanisme pemantauan persiapan atlet.Katanya, ia memberi sokongan kepemimpinan dan penyelarasan program di dalam membantu mewujudkan komuniti berpasukan.“Pendekatan yang  diperkenalkan ini ialah ‘Bapa Angkat’ turun ke medan , berjumpa dengan atlet-atlet kita, ketika mereka mula latihan lagi dan akan turut serta dalam pertandingan di SUKMA bagi memberi semangat kepada atlet kita”, jelas beliau yang dilantik sebagai ‘Bapa Angkat’ acara sukan Muay Thai di SUKMA Ke-19 nanti.Tambahnya lagi, ianya juga memberi suntikan nilai-nilai positif dan  motivasi  dalam pembangunan sukan serta meningkatkan semangat juang para atlet dan membantu tingkatkan persediaan mental atlet.“Bagi negeri Terengganu, ketua kontijennya adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Haji  Samiun Salleh,  dan timbalannya ialah Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Faroq Husin Tengku Abdul Jalil," jelas beliau.Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menambah, temasya sukan dwi-tahunan itu akan diadakan di Perak  bermula pada 12 September sehingga 21 September  2018.Manakala katanya, pertandingan bagi sukan Muay Thai bermula pada 15 hingga 21 September, 2018 dan gelanggangnya bertempat di  Grik, Perak.“Pengurus yang terlibat sepenuh masa ialah Hashim Ramli, dan jurulatih salah seorang daripadanya ialah Hafiz Rozaidi Ramli bersama dengan tiga lagi jurulatih”, tambahnya lagi.Cikgu Alias berkata, Negeri Terengganu menghantar seramai 15 orang  peserta yang terdiri daripada sembilan orang atlet lelaki dan enam orang  wanita.“Daripada persiapan dan juga laporan-laporan, kita jangkakan dua pingat emas menerusi atlet yang bernama Mohamad Azizi , dengan beratnya ialah 48-51 kilogram bagi lelaki dan menerusi atlet perempuan, Siti Nur Fadhilah, berat  57-60 kilogram bagi wanita," katanya.Beliau yang ditemui di pejabatnya di Batu 48, pada 30 September juga memaklumkanbahawa terdapat tiga orang  daripada mereka sedang berada di Hong Kong menyertai pertandingan antarabangsa.Beliau turut meletakkkan harapan yang tinggi kepada pasukan ‘anak angkatnya’ akan membawa balik pingat emas untuk acara Muay Thai ini bagi Negeri Terengganu.
31 Aug 18
196
Empty Image
SUKMA 2018: Pasukan Perahu Layar Bakal Sumbang Pingat
Ustaz Ahmad Shah Muhamed (dua dari kanan) melawat pasukan perahu layar negeri untuk memberi semangat.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU - Kerajaan optimis bahawa atlet pasukan perahu layar bakal menyumbang pingat kepada pasukan Negeri Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, seramai 25 orang atlet keseluruhannya telah membuat persiapan bagi menghadapi temasya SUKMA yang akan berlangsung tidak lama lagi.Menurutnya, berdasarkan persiapan yang telah diaturkan oleh ketua jurulatih, beliau yakin pasukan perahu layar sudah bersedia untuk menempuh pertandingan yang akan berlangsung pada pertengahan September ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan di pusat latihan pasukan tersebut di Duyong Marina, Pulau Duyong, semalam (30 Ogos).Ustaz Ahmad Shah Muhamed yang juga merupakan bapa angkat Pasukan Perahu Layar Terengganu berkata, latihan telah dibuat di tempat pertandingan iaitu di Lumut, Perak selama dua minggu.Menurut beliau, berdasarkan persiapan yang telah diaturkan oleh Ketua Jurulatih, beliau yakin pasukan Perahu Layar sudah bersedia untuk menempuh pertandingan yang akan berlangsung pada pertengahan September ini."Berbekalkan pengalaman yang lepas, saya yakin pasukan kita mampu meningkatkan lagi pencapaian pada kali ini."Pada SUKMA yang lepas, pasukan perahu layar memberi persembahan yang baik dengan pungutan 4 pingat emas dan 2 pingat perak."Saya tidak nampak satu halangan yang besar untuk kita perolehi pingat emas yang banyak, ditambah lagi dengan persiapan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh jurulatih dan para atlet."Bagi saya, halangan yang sebenar ialah diri kita sendiri, sekiranya kita boleh perasaan lemah dan kekurangan, ianya sudah cukup untuk kita memacu diri kita kepada kejayaan."Yang penting, semua atlet mesti ada sikap ingin mencapai kejayaan dan kesungguhan mestilah diterjemahkan dengan usaha yang gigih dan mematuhi jurulatih pasukan.""Saya optimis pasukan perahu layar kali ini akan menghadiahkan bilangan pingat emas  yang lebih besar kepada Negeri Terengganu dari tahun-tahun sebelum ini," ujarnya.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu, Ketua Jurulatih Pasukan Perahu Layar Terengganu, Abdul Rani Idris dan Pengurus Pasukan Perahu Layar Terengganu, Nor Sapinah Ngah.
31 Aug 18
739