Artikel "Sukan" Terkini
53,000 Sertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud
Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri) dan Hishamuddin (kiri) beramah mesra dengan para peserta yang menyertai pertandingan.KUALA TERENGGANU - Seramai kira-kira 53,000 orang peserta telah menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jumlah peserta yang dapat dilihat daripada pendaftaran yang melibatkan seluruh negara mencecah sehingga 53,000 orang daripada 5 kategori yang dipertandingkan sekaligus menunjukkan peningkatan sambutan berbanding tahun sebelum ini."Kita masih lagi menggunakan konsep bersukan sambil menikmati keindahan yang ada dalam Negeri Terengganu ini .“Ramai juga yang menyertai program ini buat kali pertama.“Kita mengharapkan agar pada tahun-tahun akan datang, penyertaan daripada luar semakin bertambah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melepaskan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam (8 September).Ustaz Wan Sukairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, program yang bertemakan ‘Lets Vacayrun’ ini akan menjadi satu tarikan kepada orang luar agar dapat lebih mengenali Negeri Terengganu Darul Iman ini.Menurutnya, apa yang menarik peserta akan dihidangkan dengan makanan tradisi negeri iaitu nasi dagang.“Pengalaman berlari dalam hujan rintik juga merupakan satu memori yang sangat menarik yang dilalui oleh peserta hari ini,” jelasnya.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
09 Sep 18
104
SUKMA 2018 : Karate Sasar Satu Pingat Emas
Oleh : AminjiKUALA TERENGGANU - Pasukan karate Terengganu mesasarkan satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak, bermula Selasa ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat 2 negeri, Ab.Razak Ibrahim berkata, walaupun atlet karate Terengganu terdiri daripada atlet baharu, ini bukan halangan untuk merangkul emas."Walaupun baru dan kurang pengalaman tidak sesekali mematahkan semangat dan berusaha untuk mendapatkan emas,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bapa Angkat Dengan Atlet Sukan Karate di Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 3 September lalu.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu, Timbalan MSNT, Mohd Sabri Alias serta pegawai-pegawai MSNT.Ab.Razak Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, semua atlet sukan karate sedang menjalankan latihan yang bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk SUKMA ini.“Saya amat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan pasukan karate sempena SUKMA 2018 ini yang terdiri daripada 10 pemain, dua jurulatih dan dua pengurus."Saya doakan pasukan karate Negeri Terengganu terus berjaya dalam SUKMA 2018 dan mampu mengembalikan kejayaan yang terdahulu,"katanya.
08 Sep 18
470
Lagenda Muay Thai Dunia 'Menari' Di Terengganu
KUALA TERENGGANU - Petarung Muay Thai terkemuka dunia, Seanchai PK akan turun menentang petarung Korea Selatan yang sedang meningkat naik, Kim Donghwan dalam DSPEX Muay Thai Challenge Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, pada 5 Oktober ini.Seanchai yang digelar 'lagenda hidup' oleh peminat sukan Muay Thai merupakan petarung yang memiliki kemahiran pertarungan paling menarik untuk disaksikan.Pengerusi penganjur kejohanan, Mohd Azmi Deraman berkata, kejohanan itu merupakan kejohanan kedua terbesar negara yang disertai petarung Thailand itu.Jawatankuasa penganjur kejohanan."Kejohanan ini turut menampilkan enam petarung tempatan bagi merebut piala menteri besar serta satu lagi petarungan antarabangsa di antara, Luke dari Wales dan Petsangnaun dari Thailand," katanya.Paling menarik, DSPEX Muay Thai Challenge yang mendapat sokongan kerajaan negeri menawarkan harga serendah RM70 bagi sekeping tiket menyaksikan kejohanan."Ini merupakan tiket masuk paling murah di dunia yang melibatkan Seanchai. "Tambahan pula kami sertakan cenderahati berupa t-shirt kejohanan dan cabutan bertuah kepada penonton, ia nyata berbaloi," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, kelmarin.Maklumat berkenaan tiket kejohanan boleh didapati menerusi laman Facebook DSPEX Muay Thai Terengganu Challenge 2018 atau menghubungi Kelab Muay Thai Kubang Jela melalui talian 019-966 5327.Aksi Seanchai di salah satu pertarungan.
06 Sep 18
190
Kekalkan Semangat Berpasukan
Foto: Harish Fadzillah KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu mestilah mengekalkan semangat berpasukan yang tinggi agar tidak jatuh dan lumpuh.Timbalan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim berkata, semangat berpasukan yang tinggi hadir perlu di semua peringkat.“TFC III telah berjaya untuk Piala Presiden dan akan menyarungkan balik jersi pada minggu depan untuk beraksi di gelanggang Sukma (Sukan Malaysia 2018).“Jadi kita jangan hampakan harapan YAB (Menteri Besar) supaya pulang dengan membawa ilmu dan pingat emas Sukma,” katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Meraikan Pasukan Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di Permai Inn pada kelmarin (4 September).Hishamuddin berkata, jika dahulu pasukan TFC IV tidak bergelar juara dan berjaya sebagaimana baru-baru ini. Oleh itu, pasukan tidak akan mundur sama sekali.Sehubungan dengan itu juga, pasukan bola daripada peringkat kecil hinggalah ke peringkat profesional mempunyai suatu kesinambungan yang luas dan saling bersangkutan.“Kita perlu akui lambakan pemain di Negeri Terengganu terpaksa dieksport keluar.“Kita juga tidak mampu untuk membekalkan pasukan yang lebih kerana dunia bola sepak pada hari ini memerlukan kos yang sangat luar biasa,” jelasnya.Justeru itu, Hishamuddin berkata, dengan kekangan kewangan masa kini, pasukan TFC I hingga TFC IV akan dikendalikan dengan sebaik mungkin.Antara penaja utama untuk PBSNT ini adalah Kerajaan Negeri Terengganu.
06 Sep 18
32
Pelan Pembangunan Bola Sepak Terengganu Berhasil
Foto : Harish FadzillahKUALA TERENGGANU – Kejayaan pasukan Terengganu Football Club (TFC) III menjuarai Piala Presiden 2018 dan pasukan TFC IV sebagai Naib Johan Piala Belia 2018 membuktikan bahawa Pelan Pembangunan Bola Sepak Terengganu berada pada landasan yang betul.Ianya juga membuktikan kesinambungan program pembangunan pemain muda dalam menyediakan pemain pelapis yang berkualiti untuk diserapkan ke pasukan utama negeri pada masa hadapan.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, jawatankuasa teknikal dan pembangunan PBSNT yang bertanggungjawab mengurus pembangunan bola sepak negeri ini akan terus memantau dan memastikan program yang dilaksanakan adalah tersusun serta sistematik.“PBSNT di bawah kepimpinan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku presiden akan terus menyokong dan menyusun langkah proaktif dalam menghadapi saingan di masa hadapan.“Selain itu juga aspek yang paling penting iaitu kebajikan para pegawai dan pemain amat diutamakan terutamanya gaji, masalah kecederaan dan urusan lain yang berkaitan.“Agar mereka dapat memberi focus untuk mencapai sasaran sekaligus memberi kebanggaan kepada seluruh peminat bola sepak Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika di Majlis Kesyukuran meraikan pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di Permata Ballroom, Permai Inn, di sini, kelmarin (4 September).Sehubungan dengan itu, berhubung dengan tohmahan di dalam media sosial menyatakan PBSNT tidak menyediakan urusan logistik bagi beberapa perlawanan terbaru adalah tidak tepat dan tidak benar.“Komitmen pengurusan dalam hal ini amat diutamakan untuk memastikan pasukan sentiasa fokus.“Prestasi pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia amat baik dan berharap agar peminat memberikan sokongan terus dari segi moral dan semangat serta beramai-ramai turun ke stadium memberi sorakan,” ujarnya.Justeru itu, beliau berharap agar perancangan yang dibuat ini akan membuahkan hasil yang positif terhadap perkembangan bola sepak negeri.
06 Sep 18
43
Gangsa Jadi Sandaran Pasukan Squash SUKMA: Ustaz Muhammad Khalil
Ustaz Muhammad Khalil (tengah) bersama 'anak angkat' pasukan skuasy Negeri Terengganu.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan pasukan skuasy negeri bakal merangkul pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, walau bagaimanapun pasukan tersebut diharapkan dapat memperoleh pingat perak atau emas di dalam acara individu mahupun berkumpulan.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Temu Mesra Antara “Bapa Angkat” dengan atlet-atlet sukan squash di Pusat Sukan Universiti Malaysia Terengganu, kelmarin (4 September).Menurut Ustaz Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, persiapan pasukan squash negeri sudah berada di kemuncaknya dan menunjukkan bahawa mereka begitu bersemangat dan mempunyai cita-cita yang begitu tinggi untuk bertanding di SUKMA nanti.“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana dapat bersama-sama pasukan squash negeri yang berjumlah seramai sembilan orang termasuk pengurus dan pemain-pemain," katanya.Beliau mendoakan agar skuad squash terus bersemangat di dalam latihan dan mencapai target yang diimpikan."Saya doakan kontijen Negeri Terengganu akan dapat mencapai satu keputusan yang lebih baik daripada sebelum ini kerana Negeri Terengganu dalam sejarah SUKMA telah empat kali menjadi juara keseluruhan," ujarnya.Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Pegawai-pegawai Majlis Sukan Negeri Terengganu.
04 Sep 18
761
Terengganu Harap Pulang Dengan Kejayaan
Ustaz Satiful Bahri Mamat (tengah) berucap kepada media selepas perjumpaan ramah mesra tersebut.Oleh: Muhd LukmanKUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri mengharapkan pasukan Terengganu membawa kejayaan membanggakan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, berkata dia mengharapkan pasukan Sukma Terengganu mampu melakukan yang terbaik dan mampu memperoleh pingat.Katanya, setiap perkara yang kita buat kita dahulukan dengan bismillah dan kita letakkan segala pengharapan kita kepada Allah S.W.T agar beroleh kejayaan, InsyaAllah ada pertolangan dari-Nya."Kita perlu mengharumkan Terengganu bahkan menangkis pandangan remeh pasukan lain terhadap pasukan Terengganu."Saya berharap pasukan kita dapat menyumbang sebanyak mungkin emas buat Terengganu dan boleh mengatasi pencapaian Sukma kita yang lepas,”katanya yang merupakan bapa angkat kepada Pasukan Menembak Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas Perjumpaan Ramah Mesra bersama Pasukan Menembak Negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu petang semalam.YB Ustaz Saiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut memberikan kata-kata semangat dan sedikit tips untuk mereka beroleh kejayaan dalam pertandingan tersebut.Beliau juga sempat mengingatkan para pemain supaya menjaga kesihatan untuk menghadapi sukan ini tidak lama lagi.“Jangan lupa jaga etika dan adab kita semasa berada di negeri orang kerana kamu semua membawa nama negeri ini, perlu menunjukan contoh tauladan yang baik kepada para atlit lain,”katanya.
03 Sep 18
141
MB Hadir Di Stadium Suntik Semangat TFC
MB (depan, tiga dari kiri) bersama Ustaz Hishamuddin (empat dari kiri) menyaksikan perlawanan bolasepak antara TFC dan Perak di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah Kuala Terengganu. -Foto Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Malaysia antara Skuad Terengganu FC (TFC) dan Perak bagi menyuntik semangat juang pasukan Penyu itu di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, 2 September.Turut hadir memberi semangat, Timbalan Pengerusi Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyaksikan pertarungan sengit untuk mempastikan skuad Penyu layak ke separuh akhir bersama Perak.Walaupun skuad TFC kecundang 1-2 kepada Perak namun kedua-dua pasukan berkungsi 10 mata dalam saingan Kumpulan A bagi menempah tempat ke suku akhir piala berkenaan.Bagaimanapun skuad Penyu tetap unggul sebagai pendahulu kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan.Skuad Penyu bimbingan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim bermula garang dengan beberapa percubaan bahaya menerusi rangkaian penyerangnya yang diketuai kapten, Kipre Tchetche dan Mohd Ashari Samsudin, namun berjaya dipatahkan pertahanan skuad The Bos Gaurus.Pelawat yang hadir dengan misi wajib menang berjaya menyerap tekanan dengan melakukan serangan balas untuk meledak jaringan pendahuluan menerusi penyerang sensasinya, Gilmar Da Silva tapi kubu tuan rumah terus kebal bertahan.Pada minit ke-20, Gilmar yang mendapat peluang di dalam kotak penalti hasil kealpaan benteng tuan rumah tidak melepaskan peluang berkenaan dengan mencetak nama sebagai penjaring gol buat pasukannya untuk mendahului 1-0.Kelibat pemain TFC dan Perak lincah bertarung di padang.Skuad TFC yang dilihat tertekan nyaris dibolosi buat kali kedua sembilan minit kemudian melalui tolakan mengelirukan Muhammad Firdaus Saiyadi, tapi bola bergolek melepasi tiang gol sekali gus terselamat pintu gol tuan rumah.Bersambung babak kedua, skuad kendalian Irfan Bakti yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir terus diasak pasukan The Bos Gaurus yang ghairah untuk menambah jaringan dengan beberapa percubaan bahaya yang nyaris menemui mulut gol.Hasil sepakan sudut Lee Tuck, Mohd Ashari yang tidak dikawal melakukan rembatan kencang di dalam kotak penalti pada minit ke-65 sekali gus berjaya menyamakan kedudukan 1-1.Semangat juang tinggi pemain Perak akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat jaringan kemenangan 2-1 sekali lagi menerusi Gilmar pada minit ke-86 perlawanan.
03 Sep 18
51
SUKMA 2018 : Perak Sedia Sambut Kunjungan 11,000 Atlet
Foto: Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU –Tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19, Perak kini melebihi 90 peratus persiapan akhir dan bersedia menerima kehadiran hampir 11,000 atlet dan pegawai ke temasya dwi tahunan yang akan bermula 12 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zukarnain Abd Munaim berkata, jumlah itu melibatkan 12 kontinjen yang menyertai 29 acara sukan keseluruhannya di 12 lokasi seluruh Perak.Katanya, satu pertiga acara akan berlangsung di Daerah Kinta dan Ipoh, sementara acara perasmian pula bakal berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 11 September ini.“Dalam tempoh baki yang ada tidak kurang daripada 11 hari lagi kita akan mempergiatkan promosi dalam media utama seperti RTM dan TV3,” katanya lagi.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Kunjung Hormat Penganjuran SUKMA Edisi Ke-19 Perak 2018 di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin (30 Ogos).Tambah beliau, majlis penutup temasya itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.Selain itu juga, beliau berharap SUKMA yang berlangsung di Perak buat kali kedua selepas penganjuran pertama kali pada 1994 lalu, adalah yang terbaik sepanjang penganjuran temasya itu di negara ini.“Saya berasa`agak gerun' juga hadir ke Negeri Terengganu kerana Terengganu punya rekod yang sangat baik dalam SUKMA ini kerana beberapa kali menjuarai juara keseluruhan SUKMA.“Kita sedia maklum rekod inilah menyebabkan kerajaan negeri (Terengganu) meletakkan sasaran untuk merampas semula kejuaran SUKMA pada tahun ini,” katanya lagi.Menurut Hasnul lagi, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis jamuan bagi meraikan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, pada 20 September ini.Katanya, jamuan yang bakal meraikan 50 orang atlet dan 15 pegawai menjadi acara istimewa buat tuan rumah dan tetamu yang hadir sempena penganjuran sukan itu nanti.
02 Sep 18
50
Aktiviti Bersukan Mampu Tambah Kenalan
Dr Samsuri mendengar penerangan daripada pihak penganjur Oleh: Aslam WiraMARANG- Kerajaan negeri menyarankan kepada masyakat supaya menjadikan aktiviti bersukan sebagai tempat menambah kenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pendekatan itu sewajarnya diamalkan kerana sifat berkenalan di antara kita adalah sifat yang dituntut oleh Allah SWT.Katanya, dia turut mencadangkan supaya memperbanyakan program lain untuk semua lapisan masyarakat selain daripada sukan bola yang boleh diadakan dalam bentuk kejohanan. Satu sukan untuk perempuan dan golongan berumur agar Rhu Rendang boleh menjadi contoh."Kita ingin tunjukkan kepada Dun-Dun lain bahawa dun Rhu Rendang sangat unik, di mana sukan diadakan untuk semua lapisan masyarakat supaya keharmonian dapat dicapai." katanya.Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang di Padang Astaka Kampung Paya semalam.Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang disertai oleh 21 pasukan di dalam Dun Rhu Rendang yang berlangsung selama lebih kurang dua bulan, bermula 31 Ogos.Kejohanan ini adalah di bawah anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di bawah kerjasama DACS dan Pemuda Pas Rhu Rendang.Di kemuncak program Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberikan sedikit insentif dan bola sepak khas yang ditandatangani oleh beliau kepada pengurus 21 pasukan diiringi oleh Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Encik Mohamad Bin Embong.Turut bersama di Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang 2018 tersebut adalah Penghulu Kanan Encik Ibarahim Bin Othman, Ahli Majlis Daerah Yusof Abdul Hadi, Pengarah MTD Tuan Haji Daud Jusoh, Penyelia i-MiTS Encik Mohamad Bin Embong, Pegawai Khas Parlimen Marang Encik Harun Bin Yusof, dan Pegawai Khas ADUN Encik Wahad Bin Osman.
02 Sep 18
397